Tuesday, July 27, 2021

Isteri Boleh Keluar HKL

Diari DAUD - Hari ni SELASA, 27 Julai 2021, awal pagi aku terima panggilan daripada HKL minta hantar barang isteri aku ke wad di Hospital Kuala Lumpur hari ni. Isteri aku dimasukkan ke HKL sebab 'brain anuerysm'. Pagi JUMAAT, 23 Julai 2021, jam 1.30 pagi isteri aku dimasukkan ke HKL. Isteri aku di transfer ke HKL sebab di Hospital Serdang tiada pakar untuk urusan pembedahan 'brain anuerysm' yang telah pecah. Jam 10.00 pagi aku gerak ke HKL dari Bangi Lama dengan anak lelaki kedua aku. Dalam perjalanan ke KL, biasalah tentu ada sekatan jalanraya oleh pihak keselamatan sebab wabak Covid sekarang ni.

Selepas sekatan aku terima panggilan dari HKL bahawa isteri aku dah boleh keluar wad dah sekarang ni. Tapi dorang kata aku boleh ambil isteri aku waktu petang sebab doktor sedang sediakan dokumen dan sebagainya untuk isteri aku keluar wad. Kami dah separuh jalan nak sampai HKL dah, baru terima panggilan tersebut. Kalau terima panggilan awal tentu kami tak perlu pun gerak keluar. Tujuan kami untuk hantar barang kegunaan isteri aku seperti pakaian dan sebagainya untuk kegunaan dia semasa berada di wad biasa tu. Sebelum tu dia berada di ICU selepas proses pembedahan anuerysm berkenaan. Apa boleh buat la...kami terpaksa la balik dulu nampaknya dan waktu petang baru kami datang ambil.

Isteri aku di transfer ke HKL untuk pembedahan 'brain anuerysm' yang dah pecah dan berlaku pendarahan dalam kepala. Situas ini amat bahaya dan perlu dibedah segera. Anuerysm otak ialah satu situasi dimana gelembong terbentuk pada pembuluh darah dalam otak. Bila ia pecah, isteri aku pening dan tumbang dalam bilik air pada subuh KHAMIS, 22 Julai lalu. Gelembong pada pembuluh darah ini dikatakan berlaku kerana terdapat kelemahan pada dinding pembuluh darah. Gelembong tersebut makin lama makin besar dan dinding pembuluh darah makin nipis. Proses pembesaran gelembung ini makan masa jugak. Apabila ia membesar, dinding pembuluh darah semakin menipis akan akan mudah pecah. Bila pecah, ia akan berlaku pendarahan dalam otak dan keadaan ini amat bahaya. Isteri aku 'brain anuerysm' nya dah pecah dan darah terus mengalir. Dia sentiasa aje sakit kepala dan pening serta tak boleh berjalan. Isteri aku buat dua kali scan di kepalanya untuk pastikan 'brain anuerysm' yang pecah tu.

Dikatakan 'brain aneurysm'  90% tidak bergejala jika belum pecah. Apabila ia pecah baru timbul gejala diantaranya sakit kepala yang hebat, muntah, mual, kejang, lemah anggota badan dan pengsan. 10%  aneurysm otak yang bergejala menekan saraf mata, saraf wajah dan saraf penglihatan. Dikatakan tiada sebarang sebab yang pasti yang menyebabkan 'brain anuerysm'. Namun terdapat beberapa faktor yang menyebabkan 'brain anuerysm' ini seperti merokok, tekanan darah tinggi, minum alkohol berlebihan, kolestrol, genetik dan penyakit lain yang menyebabkan pembuluh darah menipis. Dikatakan juga kaum wanita lebih ramai daripada lelaki yang mengidap 'brain anuerysm' ini. Ia biasanya berlaku pada pesakit yang berusia lebih 40 tahun.

Tindakan doktor bila terdapat pesakit yang menghidapi 'brain anuerysm' ialah membuat pemerhatian, tindakan untuk menyumbat 'anuerysm' berkenaan atau lakukan pembedahan. Semua tindakan bergantung kepada usia pesakit dan kepakaran doktor berkenaan. Namun jika 'brain anuerysm' tersebut pecah maka pembedahan perlu segera dilakukan kerana ia amat bahaya. Walau bagaimanapun di Malaysia ni adakah perkhidmatan CT Scan akan diberi kepada orang yang mengidap 'brain anuerysm' jika pesakit tersebut tiada masalah. Sebabnya 'brain anuerysm' boleh diketahui apabila pesakit telah dijalankan CT Scan ke atasnya. Biasanya CT Scan dibuat setelah 'brain anuerysm' tersebut pecah macam yang dialami oleh isteri aku tu...sapa boleh jawab ni...hahaha...

Apabila 'brain anuerysm' pecah maka pembedahan perlu dilakukan segera kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dalam otak dan memang amat bahaya. Sel-sel otak  akan terkesan dan otak boleh membengkak. Bila salurdarah dah pecah tentu oksigen kurang mengalir ke otak. Sel otak perlukan oksigen. Ini tentu boleh mendatangkan mudharat yang bukan main-main....tak gitu...

Dalam pembedahan 'brain anuerysm' ini, doktor akan lakukan bebarapa kaedah gunakan clip atau 'anuerysm' berkenaan di isi dengan koil khas. Pesakit 'brain anuerysm' ini boleh sembuh dalam 2 minggu. Namun dikatakan 'brain anuerysm' ini boleh terbentuk lagi jika faktor penyebabnya tidak diambil berat oleh pesakit. Oleh itu untuk mencegah 'brain anuerysm' semua orang termasuk pesakit mestilah patuh kepada nasihat doktor, jangan merokok ( aku bukan perokok pun),kawal tekanan darah kalau kita pengidap darah tinggi, jangan minum alkohol berlebihan, buat senaman, jaga pemakanan terutama yang berkolestrol, jangan ambil dadah dan jangan pandang ringan sakit kepala yang dialami.

Oleh yang demikian daripada apa yang aku catatkan 'brain anuerysm' juga merupakan salah satu penyakit yang amat bahaya jugak. Oleh yang demikian cubalah elakkan atau cubalah buat apa yang patut kita lakukan untuk menjauhkan penyakit tersebut daripada diri kita. Kita aje yang mampu mengelakkan diri kita sendiri daripada penyakit berkenaan.

Lepas zohor waktu petang kami gerak kembali ke KL untuk jemput iateri aku yang dah dibenarkan keluar wad 6A Institut Kajisaraf, Tunku Abdul Rahman, HKL. Kami gerak dari Bangi dan terus melalui lebuhraya Plus. Memang ada sekatan jalanraya oleh Polis dan Tentera. Kami tak diperiksa dengan detail sangat, cuma tanya2 gitu je. Lagipun salinan dokumen, kami letak atas dashboard kete. Dorang periksa teliti kalau kenderaan perdagangan aje...Lepas sekatan terus sambung perjalanan ke HKL. Masuk perkarangan hospital, di bahagian emergency tu banyak jugak kete ambulan kat situ. Mungkin banyak kes Covid kut. Jalan melaluinya ditutup dan kami dilencongkan. Tiba kawasan parking dalam bangunan terus aje parking kete dan gerak ke bangunan Institut Kajisaraf Tunku Abdul Rahman.

Bila masuk lobi terus ambil suhu dan scan my sejahtera. Kemudian terus jumpa polis bantuan kat lobi dan beritau untuk naik ke wad 6A untuk urusan bawa keluar isteri. Polis bantuan call wad 6A dan seterusnya aku dibenarkan naik. Sampai di atas terus jumpa staf di meja utama dalam wad berkenaan. Terus aku tanya untuk discharge isteri dan aku beri nama isteri aku. Sorang staf kat situ beritau aku berkaitan pembedahan isteri aku tu. Dia juga beritau, buat sementara ni tidak digalakkan pesakit terima lawatan di rumah nanti. Lepas dia jelaskan dia tanya ada soalan tak...Aku rasa takde soalan dah..rasanya dah jelas pun. Yang bercakap dengan aku tu rasanya doktor kut...sorang doktor pompuan. Kemudian aku diminta untuk berjumpa nurse yang bertanggung jawab dalam urusan untuk bawa keluar isteri aku tu. Aku gerak ke meja nurse berkenaan.

Tiba di meja tersebut aku nyatakan tujuan kedatangan aku dan dia ambil fail. Kemudian bermulalah sesi penerangan oleh jururawat tu pulak. Banyak yang diperkatan berkaitan jadual makan ubat. Mak aiiii...sebeban ubat isteri aku tu...Dia juga suruh pi ke klinik berhampiran untuk proses bukak jahitan. Masa tiba kat rumah terus bukak FB Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra sebab untuk buat booking untuk bukak jahitan tu. Tengok tarikh untuk booking tu, dah pun penuh. Jadi aku pilih tarikh yang lain. Dah terpaksa lewatkan sikit. Sekarang ni nak jumpa untuk rawatan di Klinik Kesihatan di Bangar Seri Putra tu kena booking sebab wabak Covid sekarang ni..Isteri aku memang rutin check up kat klinik kesihatan tu, berkaitan 'high blood pressure'. Kemudian nurse berkenaan minta aku bayar bil di Bahagian Hasil HKL sebelum bawa isteri keluar. Lepas bayar bawa slip bayaran ke Wad 6A tu. Selesai aje terus turun ke bawah dan pi ke Bahagian Hasil tu untuk jelaskan bayaran.

Jenuh jugak cari bahagian hasil tu. Maklumlah ini kali kedua aku sampai di sini. Kali pertama masa  aku bedah hidung lebih 20 tahun lalu. Aku dibedah hidung bukan untuk dimancungkan lagi tapi sebab sinus  yang teruk serta 8 hari aku duk dalam wad masa tu. Anak aku tanya staf kat bahagian kecemasan tu. Kemudian kami pi ke arah yang ditunjukkan. Agak jauh jugak untuk menapak ke sana. jumpa aje lokasi tu terus gerak ke bangunan tu. Aku masuk kedalam dan ambil nombor yang diunjukkan oleh pengawal. Ramai berkumpul dalam tu sebab staf hospital akan bawa pesakit Covid melalui koridor bangunan tu. Aku pun risau jugak sebab Covid varian baru ni bahaya. Anak aku pun dorang suruh masuk ke kawasan kaunter bayaran tu sebab bimbang duduk diluar. Kemudian nombor aku naik dan aku terus jumpa kaunter 5 dan beri dokumen bayaran tu. Agak lama jugak dia uruskan. Aku tengok kat board waktu bayaran tamat jam 5.00 petang. Kalau aku lewat tentu kaunter tu dah tutup dan terpaksa datang lagi. Nasib baik sangat sebab masa tu dah jam lebih 4 petang. Kalau tak, tentu kena datang besok sebab kalau bayaran tak dijelaskan, tak boleh bawa keluar pesakit. Semua ini tentu pertolongan ALLAH SWT...ini memang aku yakin sangat...macam semuanya dah diatur cantik..Kemudian staf tadi beri slip berkenaan kepada aku untuk pi ke kaunter lain pulak iaitu kaunter untuk terima bayaran.

Aku beri slip bayaran kepada kaunter berkenaan pula kemudian dia semak. Dia tanya isteri aku kerja kerajaan ke. Aku kata tak, aku kata aku aje yang pesara kerajaan. Dia minta kad pesara. Aku beri dan dia buat salinan kad tu di bahagian lain. Isteri aku diletakkan di Wad Kelas 3 sebab masa pendaftaran masuk wad, aku tak beri Kad Pesara aku...Aku tak kisah pun wad mana, asalkan isteri aku diberi rawatan yang sempurna dan dilayan dengan baik...Kemudian dia datang kembali ke kaunter tu. Tak lama kemudian dia beri slip tu kepada aku. Aku tanya, takde charge ke...Dia kata takde sebab aku pesara kerajaan. Aku ucapkan terima kasih aje..memang terima kasih sangat pun..Kalau kena bayar tentu beratus rasanya. Aku tengok nilai semua ubat tu pun dah beratus. Wang untuk implan aku dah selesaikan awal sebelum pembedahan lagi. Harga implan tu tak boleh tangguh. Sebabnya implan tu kena bayar kepada syarikat pembekal. Memang peraturan kerajaan macam tu, harga implan pihak pesakit yang kena bayar. Harga implan tu agak mahal jugak la. Selesai aje terus kembali ke bangunan Institut Kajisaraf dan terus naik ke wad 6A. Aku tengok isteri aku dah tukar pakaian dah. Setelah selesai aku pun pimpin isteri aku keluar wad. Ada staf tanya perlukan wheelchair....aku kata tak perlu. Aku terus pimpin isteri aku ke lift. Semua staf di Bahagian Kajisaraf tu baik2 belaka. Memang agaknya mereka dah di train macam tu kut....

Sampai di bawah terus bawa isteri aku ke lobi dan angkat tangan kat Polis Bantuan kat situ dan terus pimpin isteri aku tinggalkan lobi. Isteri aku masih tak boleh berjalan sendiri, kena pimpin.Tak berani nak tunggu kat lobi tu sebab sering aje ambulan bawak pesakit Covid kat situ untuk masuk melalui lift. Kami tunggu anak kami ambil kete di parking lot. Tak lama kemudian dia sampai, pimpin isteri aku masuk kete dan terus bergerak. Sampai di rumah isteri aku rehat sat kat ruang tamu. Kemudian sediakan tempat tidur dia. Makan minum isteri semua disuap. Mandi dan sebagainya semua kena uruskan. Nak ke bilik air pun kena pimpin. Dia tak mampu berjalan sendiri. Harap semuanya akan ok dalam masa terdekat...minta semua doakan isteri aku ye...

Akhirnya aku ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada semua adik beradik, sedara mara, rakan2 kami, semua jiran jiran kami dan sesiapa saja yang mendoakan isteri aku. Moga kalian semua dimasukkan oleh ALLAH SWT ke dalam syurga serta dihindarkan daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka...aamiinnnnn....Pada semua mereka yang sedang sakit, moga kalian cepat sembuh...aamiinnnn...Kepada kalian yang kehilangan insan tersayang...takziah diucapkan...Rasanya itu aje yang aku nak tulis...moga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai ALLAH SWT dunia dan akhirat...aamiinnnn...


Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf...kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...

~ sekian...
daud.montak.zakaria


Saturday, July 24, 2021

Isteri masuk HOSPITAL SERDANG - flashback.

Awal pagi, KHAMIS lalu, 22Julai 2021, aku dan anak lelaki aku bawak isteri aku pi ke Hospital Serdang. Jam sebelum pukul 5.00 pagi kami gerak. Aku risau sangat, macam perlahan aje kete bergerak. Memang perlahan pun, mana boleh laju, pepagi buta. Risau sangat aku. Lagipun isteri aku mungkin cedera bahagian dalam kepala. Dalam perjalanan isteri aku dan aku duk di belakang. Dia baring dan aku picit kaki serta urut2 kaki dia. Dalam hati risau sesangat...Kerete, anak aku yang pandu. Walaupun takde banyak kenderaan sebab pagi buta tapi tak boleh laju sebab bimbang mudarat kat isteri aku. Memang rasa lambat aje nak sampai.

Tiba di kawasan Hospital Serdang, terus cari Unit Kecemasan. Anak aku pi jumpa staf bahagian kecemasan tu. Tak lama kemudian dia bawak wheelchair. Aku terus aje pimpin isteri aku duduk di wheelchair. Dia tak boleh berjalan sendiri, mesti kena pimpin....dia kata pening dan badan tak stabil. Aku pimpin, dudukkan di atas wheelchair. Kemudian terus tolak ke pintu masuk Bahagian Kecemasan tu. Sebelum masuk, aku kena daftar dulu. Aku bagi IC isteri aku dan staf tu masukkan data ke dalam komputer. Bila dah siap aku tolak isteri aku untuk buat swap test di khemah luar, setelah disuruh oleh staf berkenaan. Sekejap aje dah dapat keputusan. Petugas di sini pakai PPE, tentu panas kan...mungkin letih dan tak tidur semalaman. Mungkin doktor kut yg bertugas di sini. Setiap pasakit yang nak masuk wad mesti buat swap test. Selesai aje, aku pun tolak wheelchair untuk masuk ke bahagian kecemasan. Staf tu kata pesakit aje boleh masuk. Staf tu sorongkan wheelchair masuk ke dalam. Aku dan anak lelaki kedua aku tunggu depan bahagian kecemasan tu.

Sebelah bahagian kecemasan tu ada bahagian yang berkhemah untuk pesakit Covid 19. Luas betul kawasannya. Memang Covid kat Selangor ni hebat sangat kut. Bimbang jugak dengan lokasi tu. Tambah pulak Covid varian Delta boleh merebak melalui udara. Ramai nampaknya pesakit sedang tunggu untuk rawatan. Mungkin sejak awal lagi dorang dah ada kat sana tu. Masing-masing ALLAH bagi ujianNYA. Takut tengok ramai pesakit Covid yang nak masuk di bahagian berkhemah tu. Ramai jugak. Kesian fronliners, mungkin ramai yang tak cukup tidur dan ramai yang dah kepenatan kut. Ambulan silih berganti hantar pesakit ke situ...seram sangat.. Lebih kurang jam 8.00 pagi, doktor panggil waris Mardziah, aku pun menyahut dan terus ikut doktor pompuan tu masuk. Sampai dekat isteri aku, yang masih atas wheelchair, dia kata dia nak pi bilik air. Alahhh...kesiannya, dia tak mampu nak bangun. Tentu sukarnya menahan untuk ke bilik air. Nak gerak sendiri tak boleh. Dia kata darah dah ambil dan ubat tahan sakit dah bagi. Dia kata sakit kepala bahagian belakang kepala masih ada. Dia kata dia dah termuntah. Aku tengok muntah air aje di atas lantai...dalam plastik pun ada...kesiannya..Dalam wad tak boleh rakam video dan foto..tak boleh buat pape la...

Kemudian aku terus tolak wheelchair dia ke tandas. Agak jarak jugak tandas dengan kawasan dia tadi tu. Dia masih belum dapat katil sebab ramai pesakit. Sampai di tandas berhenti sat sebab blur sat. Dua-dua pintu tandas tulis 'male/female'...tentu la blur sat kan..Kemudian terus masuk pintu sebelah kiri yang terbuka luas. Aku cek dulu setiap tandas kalau2 ada orang kat dalam tu. Nampaknya ketiga-tiga tandas kosong. Aku kembali pada isteri dan sorong dia hampir ke pintu tandas yang ditengah sebab kat tengah tu tandas duduk, nanti mudah la isteri aku nak berurusan dalamnya. Aku dirikan dia sebab dia tak mampu berdiri tegap. Kemudian aku bawak masuk ke ruang tandas yang sempit tu. Aku dudukkan dia atas mangkuk tandas. Aku sinsingkan kaki seluar dia yang melepe ke lantai tu. Aku bukakkan air paip dan laraskan supaya tak kuat memancut. Kemudian aku dirikan dia. Setelah dia turunkan seluar aku dudukkan dia atas mangkuk tandas. Kemudian aku keluar...takkan aku nak sama2 dalam tandas bersamanya, sedang buang air. Aku tunggu di depan pintu dengan setia...ewahhh...hahaha..

Bila dia kata dah selesai baru aku buka pintu. Dia kata dah selesai berhajat besar dan kecil. Bila dah sempurna pakai seluar, aku pimpin dia keluar tandas...bukan pimpin tangan tapi peluk bahagian depan badan dia sebab dia tak boleh berdiri sangat. Kemudian bergerak sikit2 ke wheelchair dan seterusnya dudukkan dia atas wheelchair. Dalam hati aku macam2 perasaan ada. Inilah perasaan yang pertama kali aku rasakan bila melayani isteri yang sedang sakit kat hospital...nak cerita perasaan tu pun aku tak pandai. Selesai aja, aku sorong wheelchair isteri ke tempat tadi. Tunggu aje kat situ. Sebelum aku tiba kat situ tadi isteri aku dah termuntah dah. Kat dalam plastik pun ada muntah, kat lantai pun ada. Plastik tu...mungkin staf yg bagi kat dia kut...aku tak tanya pun...Kemudian staf hospital berikan katil untuk isteri aku. Staf bawak lapik tilam dan selimut. Aku bantu letakkan cadar kat atas tilam tu. Dia pi sat, mungkin cari bantal kut. Tapi bantal tiada, dia bawak cadar yang dilipat jadi bantal....pun boleh laaa...Nampak dia orang mcm tention je...mungkin sebab wad kecemasan tu ramai pesakit yg perlu dilayan. Dengar citenya wad yang lain penuh dan ada pesakit yang kena duk di wad kecemasan hingga tiba waktu masa keluar wad....sayu pulak rasanya...

Setelah isteri aku baring di katil dan rehat aku pun mula nak gerak keluar. Sian dia sebab terpaksa berdepan dengan hal ni...ni mungkin ujian ALLAH SWT...Kemudian aku pun keluar dan tunggu di luar. Tak lama kemudian anak lelaki sulung aku pun tiba. Maka kami bertiga ada di Hospital Serdang hari tu. Masa kat luar isteri aku wassap suh bawak ubat darah tinggi, stokin dan baju sejuk. Masa tu jam hampir 8.00 pagi. Dia mintak wan balik dan aku tunggu. Kami ambil keputusan suh anak perempuan aku datang hantar benda-benda tu semua. Kami masih tunggu di Hospital Serdang. Beberapa lama kemudian anak perempuan aku tiba dan parking depan Bahagian Kecemasan. Aku amik beg yang diisi pakaian isteri aku. Aku suruh anak lelaki kedua aku dan anak pompuan aku balik dulu...Aku gerak masuk ke bahagian kecemasan tu untuk berikan beg pakaian kepada isteri aku...Anak sulung aku tunggu kat luar.

Tiba di katil isteri aku, tak kelihatan isteri aku di situ. Terpinga pinga jugak aku. Tiba2 aku kelihatan Umi iaitu isteri Tuan Haji Sudin, jiran sama taman kami. Umi ni memang salah sorang rakan baik isteri aku. Mula kenal sebab almarhum adik ipar aku, Zizah, jaga anak dia, Fatehah, masa dorang bekerja puluh taun dulu. Sekarang anak pompuan dia tu dah Grade U...dah besar dah pun...Isteri aku dah lama kenal mereka tu...Zizah tu adik perempuan isteri aku. Kami bersembang panjang jugak la kat situ. Aku tak sedar pun Tuan Haji Sudin kat katil sebelah katil isteri aku tu masa awal pagi tadi...Tak lama kemudian isteri aku tiba di katil dengan dibawa oleh staf atas wheelchair. Isteri aku kata nak pi bilik air. Jadi aku bawak la isteri aku pi bilik air atas wheelchair tu. Sama macam cara aku bawak dan urus isteri aku kali pertama ke bilik air dan selesai semuanya, sama aje caranya seperti kali pertama pi bilik air tadi. Selesai aje terus bawa ke katil. Tiba dikatil terus pimpin dia baring di katil. Memang dia rasa sakit rasanya...Sempat dia makan roti. Isteri aku aku dah cek jantung dan buat scan. Setelah dia baring di katil, aku pun gerak keluar. Dia pun dah muntah lagi...

Di luar aku bincang dengan anak sulung aku. Kami bersetuju untuk gilir2 jaga isteri aku hari ni, KHAMIS. Aku mintak dia jaga hingga Zohor. Lepas Zohor, anak kedua aku tunggu pula. Malam nanti lepas Maghrib hingga esok pagi, JUMAAT, aku tunggu. Jadi aku balik dulu untuk selesaikan apa yang patut. Anak lelaki aku teman aku hingga ke kete. Kete aku, ada kete lain yang blok di belakang, tapi owner kete tu tinggalkan no. hp untuk dihubungi. Anak aku yang call sementara aku tunggu dalam kete dengan enjin kete dah hidup dah pun. Parking di sini memang macam ni la setiap masa. Goreng pisang pun tak selaris parking kat H. Serdang ni. ...sendat sangat...hahaha..Memang tak boleh elak parking yang penuh di Hospital Serdang ni. Bila owner kete sampai...dan alih kete...aku pun gerak balik. Dalam perjalanan balik bermacam-macam perasaan ada...aku pun tak tau nak kata apa dan tak pandai aku nak coretkan di sini...bercampur baur. Perjalanan balik, aku pi isi minyak kete dan beli pampers dewasa kat farmasi. Terfikir aku nak beli pampers sebab kalau tengah malam buta isteri aku nak pi bilik air, takde sapa nak pimpin. Staf semua sibuk sebab ramai pesakit...ruang antara katil pun payah nak lalu...Dia tak mampu nak jalan sendiri...Itu sebagai persediaan kalau2 perlu sangat...kesiannya isteri aku...Masa kat rumah dapat mesej anak lelaki aku...doktor kata isteri aku ada pendarahan dalam otak. Doktor sedang bincang dengan doktor pakar di HKL berkaitan kes tersebut serta mungkin perlu pembedahan. Jadi aku kena bergegas balik ke hospital dan tak sempat rehat banyak....Masa kat rumah aku terima call Along Awaludin....Dia tanya kabar berkaitan isteri aku...Dia 'beras' aku dan suami kepada adik pompuan isteri aku. Dorang kat Johor sekarang ni. Kami sembang agak panjang jugak. Dia cite dia dah serah tugas dah, sah pencen hakiki sekarang ni...Dia dah jadi YB sekarang ni...YANG BERSARA. Tahniah Along...Sebelum tu...'beras' aku, ABANG KAMAL call, tapi tak sempat angkat...

Mengimbau kembali macam mana isteri aku boleh sakit macam tu... Sebelum jam 5.00 pagi isteri aku masuk bilik air. Aku dah sedar masa tu. Tak lama kemudian aku terdengar bunyi jatuh dalam bilik air. Isteri aku bunyi mengerang dan dalam aje bunyi suaranya dan tak jelas bunyinya. Aku punya risau bukan main-main dengan gigil2 badan aku...Pintu kunci dari dalam. Lagi la aku risau. Isteri aku kat dalam mengerang kasar je bunyi suaranya berkali-kali....risau dan hiba pulak aku dengar....Dalam kelam kabut aku cuba pecahkan pintu. Nasib baik pintu bilik air tu pintu plastik pvc. Puas gak aku tolak akhirnya kunci kat dalam patah dan tercabut. Tengok isteri aku dah terlentang atas lantai. Kepala berhampiran sudut pintu serta boleh nampak dari luar...Dia dah tak berapa sedar tapi masih bersuara garau yang aku tak faham. Kelihatan macam dah nazak. Aku ajar dia mengucap sambil aku pangku dia. Tak sedar aku pun menangis panggil nama dia. Memang aku dah rasa dia akan tinggalkan aku. Sedih aku...menangis aku...tak pernah aku menangis sambil panggil nama dia...selang seli dengan ajar dia shahadah. Tak sangka aku keluarkan air mata jantan aku..Pertama kali aku menangis...Tuhan je tau risau bukan main masa tu..Dia dah kaku macam dah nazak sangat dah. Terusan aku ajar ngucap, dia ada bersuara tapi tak pasti sebutan, sedutan nafasnya makin kuat dan kemudian makin pelahan. Aku tengok dia dah pejam dah...ngelabah lagi aku..aku dak agak macam dia dah nak pergi dah. Aku gigil bukan main. Aku letakkan kepalanya atas lantai...sebab tak dapat cari kain untuk alas kepala dia. Kemudian pi kejutkan anak perempuan aku dan anak lelaki aku. Kami kembali ke bilik air. Anak pompuan aku dah ada dalam bilik air. Kami sama-sama angkat dia ke bilik depan dan letakkan atas katil. Kami memang berniat nak bawak ke hospital segera. Aku minta anak pompuan aku pakaikan pakaian dia. Dia dah 'tegobe je' kata oghang Peghak..Aku pi bilik air, mandi sikit dan bersiap, solat sunat 2 rakaat sekejap. Dalam keadaan macam ni memang menangis la kalau berdoa...maklum la isteri sendiri beb...Jantan macam mana pun kalau dengan isteri yang dah lebih 30 tahun hidup bersama, jadi macam tu la, tentu menangis punya...melainkan kalau lelaki yang tak sayang isteri...Selesai semua terus pimpin isteri masuk kete dan gerak ke Hospital Serdang. Dalam kete, isteri aku cite masa dalam bilik air dia pening dan terus tumbang. Dia cuma sedar masa dah ada atas katil, dia kata...Itupun dah makan masa 10-15 minit. Sebelum tu dia tak tau apa berlaku...masih bernafas tapi tak sedar. Macam aku dulu kemalangan kete langgar pokok dalam tahun 2009 dulu....jalan Bangi Lama ke UKM...selekoh banyak Jin tu..Lepas langgar pokok aku tak sedar langsung. Aku sedar bila dah ada atas rumput tepi jalan. Masa orang kuarkan aku dari dalam kete, aku tak sedar langsung. Macam sedar tak sedar aje orang kuarkan dari kete, jin agaknya yang kuarkan...Ewahhhh...jin pulak yang dapat nama. Kawasan kemalangan tu katanya keras...bukan keras sebab batu jalanraya...opst!...Sebab ada orang cite, orang tu nampak aku kuar sendiri dari dalam kete yang dah remuk 'tumbang' tu...Aku dikatakan kuar sendiri melalui pintu remuk tu...Sedangkan aku dalam mamai2 tu rasa ada orang yang keluarkan aku...Kalian fikirlah sendiri...Peristiwa kemalangan aku dalam tahun 2010 tu boleh dibaca DI SINI.

Dalam kete kami iaitu aku dan isteri aku, sembang dan dia masih boleh bercakap. Aku cite la aku nangis masa dalam bilik air tu. Aku rasa la, semua suami yang dah lama kawin macam aku ni, mesti kebanyakannya akan menangis kalau tengok keadaan bini macam tu...jangan nak ego sombong la...hahaha...Dia kata sayang jugak aku kat dia...hahaha...Biasanya memang kami selalu bersembang masa kat rumah, kalau boleh biarlah aku yang mati dulu bukan dia. Aku lebih suka macam tu..Memang serius aku suka macam tu...sebab kalau dia pi dulu aku malas nak cari bini lagi. Lelaki ni biasanya kalau isteri meninggal kebanyakannya akan cari isteri baru...Aku malas nak buat macam tu...tapi lelaki ni kebanyakannya tak boleh hidup sendiri...macam takut je nak tidur memalam sensorang kut...ekekeke...opst! Itu yang aku tak mau hadapi kalau dia pi dulu...biar aku je pi dulu. Bapak aku dulu pun, emak aku meninggal dulu drpd bapak aku, umur emak aku masa tu 65 atau 66 tahun. Emak aku pun meninggal asbab jatuh dalam bilik air...Bapak aku kawin lagi...isteri dia yang dikahwininya jugak meninggal. Akhirnya dia membujang hingga meninggal pada umur 96 tahun...Rasanya memang lelaki tak boleh hidup sensorang kut....Aku pun taknak hidup sensorang...jadi doa aku, biarlah aku mati dulu daripada isteri aku...jadi tak perlu la aku cari bini lagi kalau aku pi dulu...Tapi kalau kita tengok disekeliling kita la ni pun, memang suami lebih ramai pi dulu daripada isteri, ye dak...

Balik kepada cite tadi, sampai je di hospital, kami tunggu aje apa2 perkembangan dari doktor. Dalam masa yang sama anak sulung  aku hubungi rakannya yang mungkin membantu jugak dalam hal berkaitan isteri aku tu. Lepas maghrib, anak sulung aku tinggalkan kami sebab dia nak balik. Tinggal aku dan anak kedua aku di situ. Kami jugak tunggu di situ kalau ada perkembangan terbaru. Kami jugak bersembang dengan Umi dan anak pompuannya. Lepas isyak anak lelaki kedua aku pun balik ke rumah sebab malam ni giliran aku tunggu di situ. Bila anak lelaki aku balik, aku tunggu la di situ. Tak lama kemudian aku rasa mengantuk dan nak masuk tidur sat dalam kete di tempat parking yang samar2 je cahaya lampunya. Dalam kete dapat call daripada doktor, dia nak jumpa dan bincang. Tak sempat nak tidur, rasanya waktu tu dah jam 11.00 malam kut..tak pasti. Jadi aku pun terus masuk ke dalam wad kecemasan. Aku jumpa doktor berkenaan. Dia kata dorang dah buat scan lagi sekali dan pasti memang ada pendarahan dalam kepala. Pendarahan yang aktif...Jadi dorang kena hantar isteri aku malam tu jugak ke HKL. Doktor tu cite kos implan untuk stop kan pendarahan. Kalau aku sanggup bayar kos tu, dorang akan hantar ke HKL malam tu...Tanpa fikir panjang, aku kata aku sanggup bayar. Takkan nak risikokan isteri aku. Doktor tu kata pembedahan tu jugak ada risikonya dan kalau tak bedah pun, berisiko jugak. Aku tak fikir panjang, aku kata sanggup je...Takkan aku nak biarkan isteri aku dalam kesakitan. Selesai jumpa doktor aku terus call anak lelaki aku. Dia kata akan datang malam tu. Doktor tu kata akan dapatkan ambulan untuk bawa isteri aku ke HKL. Dia kata aku kena bawak kenderaan sendiri, follow kete ambulan tu sebab dalam ambulan tu cuma isteri aku dan doktor sahaja.

Aku memang tak mahir dengan KL tu jadi aku perlukan anak lelaki aku sama2 pi dengan aku ke HKL tu. Tak lama kemudian anak lelaki aku sampai di Hospital Serdang. Malam tu jugak aku dapat tau daripada Umi, Tuan Haji Sudin dah boleh keluar hospital dan akan balik rumah malam tu. Kami juga sempat jumpa Tuan Haji Sudin di luar bahagian kecemasan tu  sebelum balik. Kami bercerita panjang jugak. Doa aku, moga2 dia terus sihat hingga akhir hayat...aamiinnn...Rupanya dia dah 68 tahun. Dia tua daripada aku lebih kurang 7 tahun. Macam magic je...kami ni dah tua-tua belaka rupanya...hahaha...opst!

Tak lama kemudian dalam kul 1.00 pagi JUMAAT tu aku terima wassap isteri aku. Dia kata dia dah ada atas wheelchair untuk dibawa ke HKL. Bergegas aku ke sana dan jumpa dia atas wheelchair tu. Aku shoot dengan hp surat yang ada dinyatakan untuk di transfer ke HKL tu. Kemudian datang pemandu ambulan tu dan aku bantu tolak wheelchair tu ke kete ambulan. Kemudian aku bantu isteri aku naik ke dalam ambulan.  Pemandu ambulan tu suruh shoot foto isteri aku dalam ambulan sebagai bahan bukti untuk lepasi sekatan merentas negeri antara Selangor dan Kuala Lumpur. Anak lelaki aku pi ambik kete untuk siap2 follow ambulan tu...Kemudian kami terus kejar ambulan yang dah gerak bawak isteri aku tu. Akhirnya kami jumpa jugak sebab aku pun ingat nombor kete ambulan tu. Kami follow je kete tu...Tiada siren pun cuma lampu ambulan aje yang klip-klip. Slow je dia bawak mungkin sebab isteri aku ada pendarahan kat otak kut...itu jangka aku je la...tak pasti betul atau tak...

Akhirnya kami tiba di HKL dan singgah di bahagian Kecemasan. Tak lama kemudian ambulan terus gerak ke Bangunan Neurologi. Anak aku parking kete di parking lot. Kemudian kami sama2 gerak ke Bangunan Neurologi. Kemudian kami jumpa pengawal yang jaga kat pintu masuk bangunan tu. Cakap nak jumpa isteri di Wad 6A. Pengawal tu talipon kat bahagian tu. Dia kata boleh masuk sorang je. Jadi aku pun terus masuk lift. Sebenarnya nasib baik aku yang masuk sebab di atas aku yang kena buat urusan. Mulanya aku suruh anak aku yang pi. Tiba di Wad 6A terus masuk kemudian jumpa nurse yang ada kat meja dalam wad tu. Ada beberapa orang sedang buat urusan masing2. Kemudian aku dipelawa untuk dengar penjelasan staf berkaitan borang yang akan aku akui. Tapi sebelum tu doktor yang incharge ketika tu, terangkan kepada aku prosedur untuk pembedahan dan kos implan berkenaan. Bila aku dah puas hati baru aku berdepan dengan nurse yang akan bacakan segala maklumat dalam borang yang aku kena tandatangan tu. Banyak syarat yang dibaca dan pelbagai maklumat ditanya. Banyak peraturan tapi aku tak berapa nak ingat semuanya. Satu aje yang aku paling ingat ialah 'sepanjang isteri dirawat disitu, tiada sebarang lawatan dibenarkan'. Akhirnya aku tandatangan kedua-dua borang tu. Borang tu staf yang bacakan dan tik. Aku cuma dengar dan tandatangan aje...Apabila selesai dan puashati semua aku pun gerak keluar wad di tingkat dua tu. Staf tu kata aku dah boleh balik dan tunggu aje call esok untuk urusan pembedahan...


Kami pun gerak balik dalam pukul 2.00 pagi kut. Kami ikut lebuhraya, memang kami jumpa pun dengan sekatan polis dan berhenti. Anak aku tunjuk je foto dan surat yang aku dah disnap dgn hp tu sebagai bukti kami pi HKL. Tanya dia kena isi borang permohonan untuk rentas sempadan tak. Polis tu kata tak perlu cuma tunjukkan aje surat transfer isteri aku ke HKL tu dan jugak foto isteri aku tu jika bersua dengan sekatan. Sebenarnya hospital kat Serdang tu, tak keluarkan surat untuk untuk bukti isi borang rentas daerah kat balai polis. Bila aku mintak kat kaunter urusan dalam wad kecemasan kat Serdang tu untuk dijadikan bahan bukti, dia balas pertanyaan aku dgn kata2 macam tention je...Aku tak kisah pun cara dia sampaikan kata2 tu...Aku dah lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam dan bermacam-macam kerenah aku jumpa dalam tempat keje aku dulu tu...hahaha...Tapi ye la, aku pun faham, dia orang tention sebab wabak Covid ni sebenarnya dan wad yang penuh tu..... Hari ni, SABTU, kes dah sampai cecah 15K lebih. Harap kita jangan ada yang sakit sebab nampak macam katil hospital dah takde yang kosong gamaknya dah dan frontliners pun mungkin dah letih sangat kut...Tu sebab ada yang tersuntik picagari yang kosong sebab dah letih sangat-sangat. Kita pun kena faham dengan situasi mereka sekarang ni. 
Kami teruskan bergerak lepasi sekatan tu menuju ke Hospital Serdang. Kami singgah sana untuk ambil kete anak aku yang parking kat situ. Dari situ kami terus balik ke rumah. Sampai rumah mungkin dalam jam 3.00 pagi lebih. Sempat la tido sat.


Esok pagi dapat call dari Bahagian Neurologi tu. Staf sana cakap doktor nak jumpa. Bergegas kami pi ke HKL pagi tu. Dalam perjalanan ada satu tempat tu, ada sedikit jem sebab sekatan tapi dia tengok aje surat dan foto yang aku dah print kat atas dashboard tu. Dia tengok aje dan terus suruh teruskan. Yang aku nampak kenderaan perdagangan dorang cek betul-betul...mungkin cek surat MITI kut...Akhirnya tiba di bahagian Neurologi. Kami call wad 6A. Staf situ suruh naik ke wad 6A di atas. Tiba di atas nurse tanya apa yang dibincangkan dengan doktor semalam. Aku ceritan kos klip implan dan jumlah klip yang diperlukan. Jadi dia kata masukkan duit ke mesin ATM di MAYBANK. Aku nak bayar cash tapi dia kata tak terima cash. Bila dah masukkan duit, snap resit dan email ke alamat email yang diberi dan wassap resit tu ke wassap yang dia beri. Akhirnya buat salinan dan salinan di hantar ke wad. Pelik aku dengan urusan yang macam tu. Nape tak mudahkan lagi urusan. Sediakan kaunter untuk bayar cash, tentu lebih mudah dan cepat dan salinan resit boleh dapat serta merta. Tapi sebab fikirkan masalah isteri usaha jugak cari mesin ATM MAYBANK.  Kalau semalam dia bagitau, kat rumah aku siapkan semua melalui online banking kat PC aku...ewahhh...bukan nyombong tapi letih bila berurusan macam ni, yang boleh dimudahkan lagi tanpa menyusahkan. Aku pun pernah keje gomen lebih 35 tahun...ewahhh! hahaha... malas aku nak komplen banyak2...korang nilaikan aje sendiri.....Syukur jugak la sebab masih mampu bayar untuk uruskan masalah isteri. Macam mana dengan orang yang susah2 dan tak bernasib baik tu, yang terpaksa untuk dapatkan dana daripada pelbagai pihak sebab tak cukup wang...Waris yang sakit hiba pulak depan mata...rasanya, mereka lagi tention daripada aku...Bila teringatkan hal macam tu rasa bersyukur dan insaf sangat jugak la..masih mampu atasi masalah...jika dibandingkan dengan mereka yang kurang bernasib baik...tak gitu....? Aku doakan mereka yang tak bernasib baik, mendapat pertolongan ALLAH SWT dalam urusan yang sebegitu...aamiinnn...


Nasib baik anak sulung aku ada di HKL sebab hantar isteri dia untuk vaksin di HKL. Dia pun biasa dengan hospital-hospital ni. Dia keje dengan syarikat yang menjadi supplier alatan perubatan ke hospital-hospital seluruh Malaysia. Dia pun dah biasa dengan kawasan sekitar tu. Dia ajak aku pi cari MAYBANK sekitar situ. Staf hospital tadi cakap di Kampung Baru. Anak aku kata Kampung Baru jauh. Dia usahakan cari di kawasan berdekatan. Search kat google kut. Dapatla di lokasi berdekatan dan aku dah lupa nama kawasan tu. Kalau aku yang cari, sampai kiamat tak jumpa, tu sebab aku lebih suka duduk rumah aje. Tiba di bangunan MAYBANK tu aku turun dan masuk ke dalam bangunan MAYBANK tu. Ramai yang ada kat situ. Aku pi ke mesin untuk masukkan wang. Punyalah lama aku gunakan mesin tu. Dah puluh taun aku tak guna mesin masuk duit tu. Biasanya aku online ke bank melalui komputer rumah je. Jarang guna jugak apps bank di HP, bimbang tak selamat. Lagi pun mungkin aku 'old school' kut...hahaha..Mesin tu pulak asyik tak terima wang lusuh gamaknya...lama jugak la. Akhirnya berjaya jugak masukkan cash tu.


Selesai aje, aku masuk kete anak aku. Fikir pulak untuk buat salinan resit tu untuk bagi kat wad 6A tu. Anak aku kata dia nampak singboard fotokopi tu. Aku dah malas nak cari. Dia sendiri pi cari untuk buat fotokopi. Tinggallah aku dalam kete, sembang ngan cucu...hahaha...Tak lama kemudian anak aku masuk kete dan kata dah selesai buat fotocopy. Kemudian kami terus pi ke bahagian Neurologi HKL tu..Tiba je, aku terus naik atas untuk berikan salinan resit tu kepada staf wad 6A tu. Sampai di atas terus masuk dan berikan resit tu. Jururawat yang berkenaan jelaskan semua prosedur. Bayaran untuk inplan tu kena jelaskan cepat untuk teruskan urusan pembedahan. Dia akan call bila nak buat pembedahan nanti. Waktu tu dah tenagh hari dah. Jadi aku tunggulah kat Bahagian Neurologi tu. Letih jugak menanti. Anak kedua aku keluar untuk selesaikan urusan lain dan balik ke rumah. Anak lelaki sulung aku pi ambil isteri dia lepas vaksin untuk hantar isteri dia balik.Tunggu la aku di situ untuk terima call dari staf bahagian neurologi tu.


Lebih kurang jam 2 atau 3 petang aku dapat call daripada staf neurologi, suruh aku ke LG atau Lower Ground sebab dorang akan tolak katil isteri aku untuk masuk bilik bedah. Tunggu la aku kat situ. Tak lama kemudian staf yang tolak katil isteri aku tu tiba di LG dengan melalui lift. Mereka terus masuk satu ruang di bahagian pembedahan tu. Kemudian dorang suruh aku masuk untuk jumpa isteri sebelum tolak masuk bilik bedah. Isteri aku salam dengan aku...Aku minta izin staf untuk snap foto isteri aku. Selesai aje staf tu gitau aku untuk ambil semua barang isteri aku di wad 6A tu, semua sekali tanpa tinggalkan apa2. Semua barang aku bawak turun, pakaian, cerminmata, hand phone, botol air dan macam2 la...jenuh jugak aku kendung beg yang banyak barang tu. Masa aku uruskan semua berkaitan isteri aku tu...aku tak rasa lesu pun...mungkin ALLAH SWT kut yang beri kemudahan pada aku dan isteri aku..Mungkin jugak doa2 daripada semua kut...yakin aku dengan doa2 tu...Bila semua dah kemas aku terima call anak sulung aku. Dia kata akan ambil aku. Anak lelaki kedua aku dah ada di rumah dah.
Bila anak aku sampai, kami pun terus balik ke rumah. Jam masa tu dah pukul 3 petang kut, hari JUMAAT. Sepanjang aku uruskan isteri aku di Hospital Serdang dan di HKL...kami amat hampir dengan pesakit Covid. Di Serdang, kawasan khemah pesakit Covid bersebelahan dengan Bahagian Kecemasan. Sementara di Bahagian Neurologi urusan pesakit Covid sebelah menyebelah aje lift nya. Kami selalu dilarang berada di lobi sebab urusan pesakit Covid tu pun di lobi yang sama. Bimbang jugak aku sebab varian baru sekarang ni boleh merebak dengan cepat melalui udara....


Tiba di rumah memang aku keletihan dah....rehat aje la sampai malam. Payah jugak nak tidur. Hari SABTU, aku duk rumah aje tunggu apa apa call dari hospital. Anak-anak aku pun rajin call wad tu untuk tanyakan perkembangan ibu dorang. Akhir berita yang diterima dari HKL tu, isteri aku tu dah boleh makan dan dibuat scan lagi bahagian pembedahan tu. Harap semuanya selamat hingga betul-betul sihat. Di sini jugak aku ingin ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH atas semua doa2 sedara mara, rakan2 isteri aku, jiran2 kami serta sesiapa saja sama ada jauh dan dekat serta yang mendoakan kebaikan untuk isteri aku tu. Moga ALLAH SWT masukkan kalian semua ke dalam syurga serta terhindar daripada siksaan kubur, siksaan Mahsyar dan siksaan neraka...aamiinnnn....
Moga kita semua juga sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dunia dan AKHIRAT...aamiinnnn...


Rasanya itu aje yang aku sempat tulis hari ni....jangan lupa teruskan dengan #bmf, kalau tak mampu semua jangan tinggalkan semua..
Sekian....

daud.montak.zakaria.


Sunday, July 11, 2021

Mencari DOS KE-2 Vaksin...

Diari DAUD - Hari ni AHAD, 10 JULY 2021, aku pi THE MINES untuk dapatkan vaksin kali ke-2. Anak aku yang tolong hantarkan aku ke sana sebab aku tak mahir dengan lokasi berkenaan, walaupun tak jauh sangat dari rumah aku. Temujanji aku jam 9.30 am, jadi kami gerak dalam jam 8.00 pagi. Kali pertama pi untuk dos pertama, Selangor dalam PKP tapi sekarang dalam musim PKPD. Mungkin banyak sekatan untuk sampai ke sana. Dalam perjalanan tiada pun sekatan polis walaupun dalam masa PKPD. Kami ikut Bangi, Teras Jernang, Sungai Merab Dalam dan The Mines. Lebih kurang setengah jam kami sampai di sana. Jalanraya macam lengang aje, mungkin sebab PKPD kut.

Masa dos pertama aku diberi vaksin jenis SINOVAC dan dah tentu la dos kedua ni merupakan jenis yang sama. Aku pernah terbaca jika kita disuntik dengan vaksin yang jenis berbeza untuk kedua-dua dos tu, kesannya adalah lebih baik lagi. Itu apa yang aku baca, benar atau salah, tak tau la. Apa apa pun cubalah google sendiri kalau boleh jumpa. Atau cuba la baca DI SINI. Semasa aku tulis tulisan ni, kes di Selangor dah mencanak, dah mencecah lebih 4K. 


Hari ni Selangor dah naik sampai 4600 lebih kes. Naik lagi daripada semalam. Tak tau la nak jadi apa dah..Selangor paling tinggi, macam mana nak balik kampung ni...hahaha...KKM kata kes tinggi sebab sekarang ni KKM sedang buat pengesanan terhadap mereka yang positif Covid dalam kawasan PKPD. Itu sebab kes mencanak tinggi sebab mereka yang positive sedang dikesan termasuk semua mereka yang ada hubungan dengan mereka yang positif covid tu. Kita tunggu la dalam dua atau tiga minggu lagi, mungkin jumlah positif tu akan berkurang. Dikatakan yang ramai menyumbang pertambahan jumlah tu ialah kluster kilang-kilang, pembinaan dan sektor yang seumpamanya. Kat kilang-kilang pun ramai pekerja asing, tentu mereka tak kisah pun dengan naik atau turun kes Covid ni. Sepatutnya kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi oleh MITI hendaklah pantau SOP mereka dengan betul. Pekerja mereka yang tak mengikut SOP tu yang menyebabkan kes Covid 19 bertambah mencanak. Itu la masalahnya dengan golongan KAPITALIS ni, dorang fikir untuk aje...Selain dari itu dikatakan di Selangor ni banyak kilang haram. Dia orang tak kisah kut, tutup atau tak tutup. Mungkin ada je yang terus beroperasi musim PKPD ni....sapa tau kan...

Video sebelum PKPD kut...

Pekerja kilang-kilang ni jugak mesti di vaksin dengan segera supaya kes Covid tidak meningkat lagi. Kalau jengah ke dalam MEDSOS ni, macam-macam berkaitan pekerja kilang dalam musim Covid ni. Gerun kita tengok kes di Selangor yang terus mencanak naik dan kabur untuk melihat kes semakin menurun. Harap la kes kat Selangor akan menurun dalam bulan OGOS dan SEPTEMBER nanti. 

Berkaitan dengan vaksin SINOVAC ni, ia merupakan vaksin yang terbentuk daripada virus covid 19 yang dah mati. Ia disuntik ke dalam badan penerima. Sistem imuniti badan kita akan mengenalpasti virus tersebut dan ia menghasilkan antibodi untuk melawan virus berkenaan. Dua dos diberikan dengan tujuan menguatkan lagi sistem imuniti tubuh kita daripada serangan virus COVID 19 tu. Beberapa minggu diperlukan untuk badan kita membentuk imuniti kepada virus berkenaan. Dikatakan vaksin SINOVAC ni masih kurang berkesan kepada varian covid yang lebih kuat. Kita sekarang tau kan varian Afrika dan India serta yang lain2 yang sekarang sedang menyerang penduduk dunia. Terdapat varian baru covid 19 yang lebih kuat sekarang ni. Macam-macam varian baru sekarang ni antaranya dikenali sebagai DELTA, DELTA PLUS, LAMBDA dan ada beberapa lagi varian yang aku dah tak ingat dah...Dikatakan, pakar kesihatan dunia sekarang tak pasti sama ada vaksin yang wujud sekarang ni mampu mengatasi varian Covid 19 yang terkini. Harap kerajaan mampu mengawal kemasukan varian baru dari luar tu. Orang yang dah dapat suntikan vaksin ni jugak perlu ikut SOP sebagaimana mereka yang belum menerima vaksin. Mereka yang dah di vaksin juga mungkin akan diserang Covid 19 tapi mungkin kesannya taklah separah mereka yang belum divaksin. Menurut KKM, ramai dikalangan pekerja bahagian hadapan yang dah divaksin, terkena Covid jugak. Tapi kebanyakannya di stage 1, 2, 3, 4 dan tiada yang berada di stage 5. Rasanya yang stage 5 tu mungkin berada dalam ICU kut. Jadi kita yang dah vaksin ni jugak kena jaga SOP. Mereka yang dah di vaksin kalau kena serang Covid mungkin tidak seteruk mereka yang belum di vaksin. Sama-sama la kita jaga diri sendiri dan keluarga kita.


Proses penerimaan suntikan vaksin yang kedua lebih kurang sama aja dengan semasa aku terima suntikan dos pertama dulu tu. Tak jauh sangat pun bezanya. Kali ni agak mudah sikit sebab semua data telah ada. Lepas kami parking, kami terus masuk melalui tangga. Disitu petugas suruh scan My Sejahtera dan amik suhu. Mereka suruh naik ke atas. Tiba di cek poin pertama dorang bagi satu slip kecil dan suruh isi nombor IC dan Nama sahaja. Di cek poin ini, anak aku tak dibenarkan masuk sama. Masa aku terima vaksin dos pertama dulu anak aku dibenarkan, ikut serta hingga selesai. Mungkin ramai kut atau ada kes orang positif covid masuk kut...gamak la...aku teka aje...Kemudian aku kena tunggu sat di ruang menunggu. Di situ aku isi slip tu dan tunggu. Di sini aku cek balik slip yang aku isi tu, biasala aku jenis selalu cek apa yang aku rasa aku kena cek berkali kali. Tak lama kemudian dorang suh beberapa orang bergerak naik tingkat atas. Di sini petugas suruh aku masuk ikut line HCO A. Tak faham apa makna HCO tu. Tunggu la di situ. Tak lama nombor aku naik kat skrin dan aku pun pi jumpa doktor di meja 22. Lepas dia selesai catat sesuatu aku pun terus di suruh tunggu di ruang menunggu untuk di vaksin DOS KE-2. Bila selesai aje yang lain2 di vaksin di bilik2 yang beberapa buah tu, barisan orang di depan aku di suruh masuk. Tak lama kemudian petugas depan bilik-bilik untuk suntikan vaksin tu angkat jari dua. Maka orang depan aku dan aku pun gerak menuju ke bilik suntikan vaksin tu. Masa proses suntikan vaksin tu aku tak buat rakaman video, bimbang tak dibenarkan...tutup aje la kamera hp aku tu...

tunggu untuk masuk bilik suntikan..

dah selesai suntik dan tunggu untuk ambil kad

Bila duduk aje depan petugas suntikan tu, aku dah gerun dah, maklum la, aku takut sikit dengan jarum ni. Tengok dia mencucuk jarum ke dalam botol vaksin tu pun aku dah ngilu dah...hahaha...Lepas vaksin di isi dalam picagari...eh! picagari ke...aku tak pasti..Dia tunjukkan cecair dalam picagari tu...Dia kata dia akan suntik 0.5 ml atau 0.3ml...aku dah lupa, maklumlah aku ngeri dengan jarum yang ada kat tangan dia tu. Masa nak cucuk tu aku agak keras sikit sebab takut...hahaha..Dia kata lembutkan badan...hahaha...Lepas tu dia mula menyuntik, haihhh...aku tak tengok pun, ngeri aje aku rasa dan agak pedih sikit. Aku tengok kat tempat lain aje dan tak mampu nak tengok masa dia cucuk lengan aku tu...hahaha...Lepas selesai aje, aku pun lega la...hahaha..Dia catatkan sesuatu di slip tu serta cop sebelum diberikan kepada aku..Biasala, aku ucapkan terima kasih...Baik-baik aje dia orang yang bertugas kat situ...Moga dia orang semua diberkati dan dirahmati ALLAH SWT serta diberi hidayah oleh ALLAH SWT semuanya...Aku lihat cop kat slip tu terdapat nama pekerja yang membuat suntikan serta jawatannya. Dia seorang jururawat rupanya...baik dia tu...hahaha....


video rakaman aku masa ambil vaksin dos kedua...

Masa menunggu tu adalah beberapa minit kut. Kemudian nombor giliran aku naik dan aku pi ke kaunter 6. Di situ petugas suruh aku pastikan NAMA dan nombor IC betul. Kemudian aku dibenarkan bergerak keluar. Di medan untuk berfoto nampaknya ramai berfoto di 'kotak-kotak' Saya dah di vaksin...rasanya macam tu tulisannya...lupa dah...Aku tak rakam foto pun kat situ sebab anak aku takde nak tolong snap kan. Malas pulak aku nak mintak orang lain snap kan foto aku tu...hahaha....Mana mana laaa...Aku harap vaksin ni jadi asbab tubuh aku mampu mengelakkan aku daripada serangan Covid 19 tu..aamiinnnn....Itu usaha kita...usaha dan tawakkal...itu yang betulnya..bukan tawakkal tanpa usaha...Aku bukak balik MySejahtera masa dalam kete dan terdapat 'certificate' aku dah selesai divaksin untuk DOS KEDUA. Dos pertama takde certificate...dos kedua aje...Kami terus gerak balik..

O.k la, sekarang ni aku nak tulis hal lain pulak. Jumaat minggu ni aku masih tak boleh solat Jumaat. Aku ganti aje dengan solat Zohor di rumah...tak boleh buat apa musim PKPD ni. Aku hanya mampu tengok HB Masjid Kariah Bangi dibenarkan solat seramai 6 orang aje. Itu pun petugas masjid sahaja. Aku jugak ambil kesempatan untuk paparkan poster Masjid Kariah Bangi untuk kutip dana buat masjid baharu. Aku tepek poster tersebut di bawah. Mana yang ada duit tu silalah menyumbang. Sapa sapa yang dah angkat bendera putih tu rasanya musim sekarang boleh la ditunda untuk menyumbang. Bagi yang ada banyak duit lebih-lebih lagi mereka yang mampu lagi beli MUSANG KING bolehlah menyumbang untuk bina masjid tu. Masjid tu akan dibina berhampiran taman perumahan tempat aku tinggal. Dah ramai penduduk sekitar sini sekarang ni. Tahun depan akan mula dibina kut...rasanya aku tak sempat nak solat kat situ kut sebab hujung tahun aku pindah ke kampung...insyaALLAH. Eloklah kita bersedekah sebab pahalanya akan berterusan hingga ke hari kiamat selagi masjid tu wujud di atas muka bumi ni. Besar pahalanya tu...Boleh jugak dihadiahkan pahalanya untuk ibu bapa kita yang telah meninggal atau mereka masih hidup atas muka bumi ni...Jom sama sama kita menyumbang....Kita bukanlah lama di atas muka bumi ni...Walau bagaimanapun jangan tinggal solat 5 kali setiap hari hingga meninggal. Pahala amalan-amalan lain akan diterima jika kita 'complete' solat 5 waktu setiap hari hingga mati...jangan lupa tu...


Rasanya itu aje yang aku nak tulis...Doakan yang baik baik untuk semua kaum muslimin...


Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf, kalau tak boleh semua, jangan tinggalkan semua...Kalau tak kita sapa lagi nak bantu produk muslim...



~ sekian ~
daud.montak.zakaria

Friday, July 2, 2021

PKPD lepas ni...

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 2 JULAI 2021, sekali lagi aku tak pi solat JUMAAT sebab PKP. Tak tau la kali keberapa dah. Ganti je la dengan solat ZOHOR. Pagi tadi buat aktiviti bakar Kalori di sekitar taman perumahan aje. Itu je boleh. Esok akan bermula PKPD di Selangor. Tentu hari ni berduyun-duyun orang pi buat pembelian 'panic'...agaknya la. Mesti ada yang jem giler kat sekitar ni kan...Bandar Baru Bangi macam mana, tak jem ke...tanya jerrr...hahaha...Rasanya masa PKPD ni memang aku tak boleh buat aktiviti bakar kalori di luar rumah. Semua aktiviti di luar rumah dilarang. Banyak jugak peraturan yang perlu diikut masa PKPD ni...Buat aje la eksesais dalam rumah je la...Hari ni kes Covid kat Selangor hampir 3K kes...bertambah pulak dah..Elok la bagi PKPD tu, tengok la hasilnya. Perlu buat sebab kes dah tinggi sangat. Kami yang patuh pada SOP dah jemu dengan kes covid yang tinggi tu....Elok lah bagi PKPD untuk 2 minggu tengok la hasilnya.

Ada yang kata kes tu tinggi sebab kilang masih banyak yang beroperasi. Ada yang kata pekerja asing yang keje kat kilang tu yang naikkan kes Covid ni. Ada jugak yang share dalam MEDSOS kata ada dibuat swap di klinik dan lebih 100 orang positif Covid. Ada jugak yang kongsi cerita ada yang positif Covid lari...macam-macam la kalau kita jengah ke medan media sosial tu...Semua ada kat MEDSOS tu sama ada cerita benar atau fitnah, semua boleh dapat. Dah sebulan PKP, langsung tiada kesan kat Selangor ni...Hari hari bertambah kes...Letih dah duk kat dalam rumah. Tengok la dalam dua minggu PKPD ni...kalau kes turun memang la sebab aktivit kilang-kilang dibuka. PKPD ni, eloklah pihak berwajib pantau semua kilang-kilang, manalah tau kalau2 ada kilang-kilang yang curi2 bukak...tak gitu...hahaha...Gamaknya la...Kerajaan kata vaksin dah dihantar ke Selangor....boleh baca DI SINI.

Kes hari ni, 2 Julai...kat Selangor hampir 3K...

Aku kesian la...tentu ramai rakyat yang tertekan dengan PKP dan PKPD ni kan...Nak cari makan tentu payah. Udah la sebulan PKP macam tak boleh cari duit...la ni tambah lagi 2 minggu PKPD pulak. Pasar2 malam tentu tak boleh bukak. Ramai jugak rakyat yang cari makan dengan berniaga di pasar2 malam tu...Kilang-kilang dan industri kecik pun mesti tutup dan tak dapat bagi gaji pada pekerja. Tentu ramai jugak yang diberhentikan sebab kilang tak boleh tampung kerugian sebab kilang tutup dan tak beroperasi. Rakyat yang cari upah dengan membina rumah dan bangunan atau kerja kontrak kecik-kecik jugak tentu tak boleh bekerja. Rasanya lebih banyak lagi industri kecik akan tutup rasanya....Letih kan bagi mereka yang terkesan. Rasanya tentu ramai yang dah kering wang simpanan sebab menampung belanja hari-hari sebelum ni...Tentu mereka semuanya amat tertekan...makan kena beli, sewa rumah kena bayar, pinjaman bank kena bayar, pinjaman kereta kena bayar...arghhhhh...letih dorang kan....Tak la tau nak kata apa dahhh.....

Apa-apa pun sesapa yang masih ada duit tu bolehlah infaq untuk bina masjid atau tampung kos apa-apa je kat masjid tu. Ada je masjid yang sedang berusaha mendapatkan dana untuk bina masjid baharu. Boleh la sesapa yang berduit buat derma kepada masjid-masjid tu. Pahala yang akan berpanjangan untuk diri sendiri sebelum mati atau pahalanya dihadiahkan untuk kedua ibu bapa kita atau dihadiahkan pahalanya untuk mereka yang pernah kita zalimi di dunia ni. Ramai yang kita zalimi di muka bumi ni, ada yang kita tak sedar pun kita menzalimi orang lain. Nanti kita akan jumpa mereka semua di mahkamah ALLAH SWT...Mungkin pahala infaq kita tu mampu mengelakkan kita jadi MUFLIS di sana nanti. Semua yang kita infaq tu jugak akan memberi faedah kepada kita untuk alam akhirat kita. Sedekah ke masjid merupakan sedekah yang berpanjangan pahalanya, hingga kiamat jika masjid tu masih terus wujud. Besar pahalanya tu...Pahala berkekalan...Jangan berkira sangat untuk menjana pahala ni...Kita tak kekal di atas kulit dunia ni...bila-bila masa je kita akan menjadi penghuni perut dunia...

BINA MASJID BARU

KOS BELI KAPET

Rasanya itu aje yang aku nak tulis hari ni....



Jangan lupa, teruskan dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggal semua...Kalau bukan kita, sapa lagi yang nak bantu produk muslim...


~ sekian ~

daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...