Sunday, February 2, 2020

Singgah kat "bekas" OPIS aku sat...

Diari DAUD - Hari ni ISNIN, 3 FEB. 2020...Hari ni memang aku dah plan dah untuk pi ke opis KOPERASI UNIKEB sebab nak renew INSURAN KENDERAAN aku. Aku memang sejak dari keje lagi aku dah buat insuran kat UNIKEB tu tambahan pulak aku memang ahli koperasi UKM masa tu. Sampai aku bersara aku masih gunakan khidmat koperasi tu untuk renew insuran dan roadtax aku. Bayar aje dan dia orang uruskan, kemudian pi amik bile dia orang call nanti. Jam 9.00 pagi lebih aku pi ke sana. Lama jugak aku tak lalu jalan BANGI - UKM tu sebab aku dah pencen. Kalau tak memang setiap hari keje aku lalu ikut jalan tu hingga aku macam dah hafal dengan apa yang ada di kiri kanan jalan tu...maklum la aku lalu kat jalan tu sejak 15 November 1983...fikir la berapa puluh tahun aku lalu situ hampir tiap hari....

Tak lama pun urusan aku kat opis koperasi unikeb tu...tak sampai pun setengah jam kut...kut la...Selesai aje aku terfikir pulak nak singgah kat bekas opis aku kat UKM tu untuk jumpa kenkawan lama. Ada ketikanya rasa rindu pulak aku dengan rakan rakan se opis aku dulu tu...semua kenkawan kat situ la...tambah pulak yang pernah keje bersama dengan team rakaman video kami tu...Unit lain tu pun aku rindu jugak...maklumlah lama dah berkawan...bertahun tahun pulak tu....Jadi aku pun tanpa sebarang plan awal, aku pun terus aje drive ke bekas opis aku tu dan terjah aje...

AKU, SDR. SHAHRUL, SDR KHALID & SDR KAMARUL
Sebaik aje masuk terus jumpa SDR. KAMARUL....sembang sat dengan dia tu...Macam biasa la...sdr Kamarul banyak jugak cite yang dikongsikan dengan aku...Aku sembang dengan dia tu berkaitan macam2 hal la...Dalam masa yang sama terjumpa dengan SDR. KHALID...aku tegur KHALID tu...sihat nampaknya dia...moga dia terus sihat..aamiinnn...Kemudian aku pi ke pintu bilik opis CIK ANIM tu...sapa dia dan berbual sat...masih ramah dan comey awek Kedah tu macam dedulu...opst! hahahaha...Kemudian aku terus jumpa dengan rakan aku satu unit dulu tu...SDR. SHAHRUL...Sdr Kamarul pun turut sama ada dalam bilik SDR SHAHRUL tu...Macam macam la kami sembangkan dalam bilik sdr. shahrul...macam riuh aje aku rasa dalam bilik tu...hahaha...Macam macam yang kami sembangkan...meliputi semua perkara...termasuk la perkara berkaitan keje...Banyak jugak la yang aku tau...Seronok jugak bercerita dengan dia orang...maklumlah rasanya dah hampir setahun aku tak jumpa dia orang semua...Tulisan berkaitan aku tinggalkan opis setelah bersara boleh dibaca DI SINI. Keje MCP yang terakhir dengan dia orang pun boleh dibaca DI SINI...

Lama sangat aku cita dalam bilik sdr shahrul tu...hingga sdr. kamarul dan sdr. khalid pun dah blah kuar...kami masih lagi bersembang...Seronok jugak sembang dengan sdr. shahrul ni...lama tak jumpa kannn...berkaitan keje dan termasuk la berkaitan rakaman majlis konvo yang terbaru. Konvo terbaru yang lalu memang aku dah bersara dah pun....
Sedang kami bersembang muncul CIK SITI SURAYA kat pintu bilik shahrul tu...dia tunjukkan muka kat situ dan memang nak jumpa aku kut...hahaha...oopst! Aku ni kawan lama dia kan... kawan masuk HUTAN SIMPAN RAUB lagi tu...hahaha...kannn...Tulisan EKSPEDISI HUTAN RAUB 2009 tu ada DI SINI. Dia kata dia nak pi ke PPUKM sebab ada tugas rasmi di sana...Hermmm...masih comey awek Melaka tu...hahahaha...opst! CIK SURAYA kemudian tinggalkan kami untuk terus bersembang. Tak lama pun kami sembang kemudian aku rasa macam dah lama sangat kat situ...hampir jam 12 tengah hari...aku ada kat opis tu sejak jam 10 lebih youuuuuuuuu....hahaha...

AKU & EN. MAD NOOR kat bilik opis dia..
Aku kuar dari bilik sdr shahrul dan terus jumpa sdr kamarul serta kemudian jumpa SDR. MAT NOOR pulak...Rindu aku dengan mat noor ni...Kami sembang panjang jugak dalam bilik dia tu...macam macam pulak kami sembangkan...riuh aje rasanya....Kemudian sembang pulak depan pintu bilik CIK ANIM tu...hahaha...macam macam la disembangkan termasuk la hal berkaitan MELATI HILL tu...hahaha....Esok pagi aku hiking lagi kat Melati Hill tu..SDR. MAT NOOR ni aku ingat sampai bila2 sebab dia yang buatkan VIDEO masa aku nak tinggalkan opis aku tu pada 28 FEB. 2019 yang lalu. Video tu boleh ditonton DI SINI......Aku jugak jumpa sat dengan SDR HAZRUL ketua unit aku masa aku keje dulu tu...Setelah agak lama bersembang aku pun mintak diri untuk pulang...dah lebih jam 12.00 tengah hari tuuu...Aku doakan moga SEMUA rakan rakan aku iatu SDR. KAMARUL, SHAHRUL, EN. MD NOOR, CIK ANIM, CIK SURAYA, SDR KHALID, EN. HAZRUL dan semua yang lain2 akan sentiasa DIRAHMATI & DIBERKATI oleh ALLAH SWT sentiasa dunia hingga ke syurga...aamiinnn...Sempat jugak aku wefie dengan rakan2 bekas opis aku tu...tapi dengan yg pompuan ni aku rasa macam dah segan pulak sebab dah hampir setahun aku tinggalkan opis tempat aku pernah keje tu...hahahaha....apa boleh buat la...Bila berkunjung kembali ke opis ni teringat pulak dengan rakan aku ALMARHUM HAJI RAMLI...tulisan aku berkaitannya ada di tulis DI SINI...Sama sama kita semua sedekahkan pahala AL FATIHAH untuknya....Moga dia bahagia di sana..aamiinnn...

MELATI HILL
Akhirnya aku doakan kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan daripada siksaan neraka yang maha pedih tu..aamiinnnn....
Kalau ada la dalam tulisan aku ni, gurauan yang lebih lebih...harap dimaafkan ye...ye...ye...

 Jangan lupa jugak..terus istiqamah dengan #BMF ye...



~~~~~     SEKIAN     ~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...