Wednesday, March 25, 2020

HIKING aku terhenti sebab CORONA..

Diari DAUD - Hari ni KHAMIS, 26 MAC 2020..bermakna PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) telah berlangsung selama 9 hari sejak 18 MAC 2020 yang lalu. Sekarang ni dilanjutkan lagi daripada 30 MAC hingga 14 APRIL 2020. Ini bermakna sepanjang perintah berkenaan aku tak turun untuk pi hiking di BUKIT MELATI tu..Bila tak kuar untuk hiking, badan aku tak berapa nak FIT la...rasa lenguh2 dan lesu sebab mungkin peluh tak kuar daripada badan kut. Kali akhir aku HIKING ialah pada 16 MAC 2020 dan boleh dibaca DI SINI. Benar, memang rasa tak selesa sebab badan dah biasa dengan aktiviti tu....bila tiba2 terhenti tentu ada kesannya. Biasanya aku hiking di melati hill tu dua kali setiap minggu. Apa boleh buat la...Tapi tu lah, aku ada jugak pi tengok kat FB Melati Hill tu...macam ada aje pengunjung ke sana tu. Apa apa pun aku taknak la amik risiko la sebab chinesevirus ni amat bahaya terutama kepada golongan yang berpenyakit dan golongan usia emas...aku ni da usia emas kannn...hahaha...opst! Boleh mati beb kalau kena virus ni..tapi tu lah, ajal tu memang dah tentukan, memang takleh elak pun..

foto lama masa kat melati hill...
google pict.
Bila dah terkurung di rumah dan jarang kuar, cuma masa nak beli makanan aje, maka rasanya berat pun dah bertambah kut sebab makan tido makan tido aje...Malas nak ukur pinggang ni...kalau korang tak caya cuba la ukur pinggang korang tu...hahaha...Duduk di rumah ni takde aktiviti apa pun dan putus dari dunia luar...Aku cuma bergantung kepada media internet untuk dapatkan akses ke dunia luar...Hari hari setiap saat dan ketika asyik pi ke facebook dan ig aje la...twitter aku takde pun...Itu aje la sumber berita aku sepanjang masa berkurung ni. Memang banyak la berita yang tak sah yang yang sah yang boleh aku dapat melalui sumber media berkenaan. Pandai pandai la tapis sendiri...

google pict
google pict
Bila kita melayari internet ni macam2 berita tak sahih dan sahih yang kita boleh boleh capai dan baca...Rasanya yang tak sahih lagi banyak kut...Kita kena pandai la untuk tapis sendiri kan..Jadi aku nak cite la, apa yang aku terbaca, tapi jangan percaya la, ada yang kata virus ni hasil perbuatan sebuah perancangan untuk kurangkan penduduk dunia yang dah mencapai 7 billion ni...Dah sesak kan dunia ni, dah 7 billion...jadi tentu ada perancangan untuk kurangkan penduduk dunia yang sesak ni...macam bertepatan pulak sebab wabak ni terjadi di negara yang punyai penduduk yang paling ramai di dunia iaitu China...rasanya penduduk China berjumlah lebih 2 billion sekarang ni. Itu yang aku dapat baca tapi korang semua jangan percaya sangat la sebab ini bukan cerita sah pun...tak payah la dijadikan hujah tulisan aku ni ye...jangan share la, itu lebih baik..

google pict
Satu lagi cite yang aku selalu baca ialah perkara berkaitan usaha usaha gomen baru memerangi chinesvirus ni. Macam2 tindakan yang dilakukan untuk mengekang serangan musuh yang tak nampak ni. Kesian dengan mereka yang duduk dibarisan depan yang sangat bertungkus lumus yang terdiri daripada  semua peringkat pekerja kesihatan, polis, tentera, rela dan sebagainya. Dah agak lama jugak dia orang berdepan dengan musuh ni tapi masih lagi ada jangkitan baru yang muncul setiap hari. Kesian kan...dikatakan dia orang ni bekerja 24 jam....tanpa henti...kesian dengan dia orang dan keluarga dia orang jugak kan...doakan yang baik2 untuk mereka serta keluarga mereka...Staf kesihatan sibuk dengan pesakit dan anggota keselamatan pulak sibuk dengan tugas menjaga supaya PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) ini dipatuhi oleh orang ramai. Dikatakan 95% telah mematuhi sekatan, selebihnya tidak mematuhi arahan tersebut dan degil sangat. Aku geram jugak dengan mereka yang tak mematuhi arahan tu...Tindakan dia orang yang degil tu tentu akan menambahkan lagi bilangan pesakit berkenaan yang bergantung kepada pembawa yang bergerak ke sana sini..Rasanya elok yang engkar tu ditembak aje dan dilupuskan macam sampah..tapi...agama kita tak benarkan...Jadi janganlah ikut saranan aku ni...tak perlu pun...aku bagi cadangan tu sebab aku geram sesangat...Tapi aku suka dengan tindakan Russia, sapa yang engkar akan dipenjara selama 5 tahun. Muat ke penjara kita untuk yang engkar sejumlah 5% tu....5% daripada penduduk, rasanya berjuta jugak tu...ada ruang ke untuk penjarakan mereka tu..

google pict
Satu lagi isu pengikut TABLIGH...aku pun tak setuju orang ramai asyik menyalahkan pengikut tabligh tu...Hal ni bertambah membiak bila media2 arus perdana dan media nyamuk2 ni sentiasa memainkan berita berkenaan termasuk jugak netizen yang ramainya mungkin terdiri daripada mereka yang JAHIL..Media macam sengaja aje gembar gemburkan golongan ni...Ini memang teori dalam media, jika kita sering pasakkan minda penonton atau pembaca dengan sesuatu isu maka akhirnya pembaca akan termakan jugak akhirnya dengan propaganda tu...Itu memang ada dalam teori komunikasi...Golongan TABLIGH ni semua orang yang baik2 cuma tindakan segelintir aje yang tak buat saringan, tapi ramai jugak yang dah pi buat saringan tu dan ramai jugak yang telah dikuarantin....mungkin kurang 5% agaknya yang belum buat saringan. Kita jangan mudah salahkan mereka. Mereka tu sebenarnya dijangkiti...tapi oleh sebab dia orang ni ramai tu yang nampaknya mereka dipersalahkan. Ramai jugak daripada mereka yang telah meninggal dunia sebab virus ni. Sekarang ni seolah olah tabligh yang menjadi penyebab padahal yang mula2 sekali pembawa ke sini ialah 3 orang pelancong China yang dibenarkan masuk ke sini masa era gomen yang lalu dari Singapura..Untuk pengetahuan semua, sebelum ni ada jugak perhimpunan agama oleh penganut HINDU di Pulau Pinang, kalau tak silap...Jumlah yang hadir melebih 30 RIBU orang...Setakat ini dikatakan golongan berkenaan tiada jangkitan...tapi pasti ke tiada jangkitan, sudahkah pihak berwajib selidik mereka yang mengikuti perhimpunan penganut HINDU tu...belum ada berita yang ditulis..Ada yang berkata CHINESEVIRUS tu tak serang orang HINDU sebab virus tu TAK NAMPAK orang INDIA tu...hahaha...opst! Ayat ni cuma ayat gurau aje ye...abaikan aje ye....hahaha...

google pict
Aku bertambah geram bukan saja SI KAFIR yang salahkan TABLIGH ni tapi jugak ORANG ISLAM sendiri. Tak perlu nak salahkan mereka sebab mereka golongan yang dekat dengan Pencipta yang sentiasa berzikir di mulut dan sentiasa ada tasbih di tangan..mereka sentiasa tenggelam dengan ibadat mereka kepada Pencipta. Kalau dibandingkan dengan kebanyakan kita, ibadat mereka dengan kita macam langit dengan bumi...insaf la memasing...jangan dalam masa kita mencaci mereka kita tak sedar aqidah dan iman kita terlucut. Kita tak tau mungkin itu cara ALLAH nak meninggikan darjat dia orang dan jugak untuk memberi mereka SYAHID asbab daripada amalan mereka yang mulia tu..Kita macam mana...adakah kita akan lebih mulia dengan memaki hamun dia orang serta share berkaitan berita negatif berkaitan dia orang. Aku sebenarnya tak heran sangat orang ISLAM sendiri yang memaki hamun dia orang ni sebab kalau kita melihat kepada kajian lalu, orang MUSLIM yang TIDAK dirikan solat 5 KALI setiap hari ada lebih kurang 80% dan cuma 20% aje yang dirikan solat 5 KALI setiap hari. Itu data penyelidik yang lalu...Jadi asbab tak solat penuh tu mungkin akan menghasilkan generasi MUSLIM yang tak sempurna IMAN, yang sering kita jumpa dalam media sosial yang kejenya suka fitnah, maki hamun, fitnah dan pelbagai lagi perkara mungkar yang dilakukan...Mungkin jugak doa golongan TABLIGH dan kegiatan golongan TABLIGH ini jugak menjadi asbab negara kita masih aman...kita mana tau kan...Doa mereka lebih hampir dengan PENCIPTA...Jadi, fikirkan lah kembali pandangan kita kepada golongan TABLIGH tu..Harap kita perbaharui la kembali tanggapan kita kepada golongan TABLIGH jika tanggapan kita NEGATIF terhadap mereka. Aku taknak gunakan istilah CORONA VIRUS tapi aku gunakan istilah CHINESEVIRUS supaya kita jangan lupa virus tu berasal dari negara CHINA...itu sahihnya...BUKAN Virus Tabligh ye...Jumlah kematian sekarang ialah sudah pun mencecah 20 orang...Harap wabak ni cepar tamatnya...

google pict
Berbalik kepada cite HIKING aku tu...aku pun tak tau bila boleh mula kembali. Rasanya buat masa ni memang tak boleh nak pi ke melati hill tu. Aku tak pandai nak peluhkan badan kat dalam rumah sebab alat2 sukan takde pun kat rumah aku ni. Harap janganlah tubuh aku menjadi mudharat asbab tak mampu pi hiking musim PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) ni...Harap PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)  ini tidak terus berpanjangan hingga berbulan bulan...Sama samalah kita berdoa moga ada pengurangan dan seterusnya wabak tersebut tamat dengan segera...aamiinnnn...Letih beb duk kat rumah tak boleh kuar sebarang masa ni...Aku pi beli barang rumah pun kena pi sensorang aje...guna aje la list yang isteri kirim dalam wassapp...hahaha...apa boleh buat la... 

google pict
Apa apa pun aku doakan kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan kita semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksaan neraka...aamiinnnn...
Aku paparkan jugak infor berkaitan kalori di bawah ni, moga ada manfaat untuk kita semua...

Jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF


~~~~     SEKIAN    ~~~~~

daud.montak.zakaria

Monday, March 16, 2020

HIKING dan corona

Diari DAUD - Hari ni SELASA, 17 MAC 2020, aku pi hiking kat MELATI HILL lagi. Sensorang aje pi. gerak pun dah lebih jam 8.00 pagi. Tiba di kaki bukit tu hampir jam 9.00 pagi. Tak banyak nampaknya kete parking kat kaki bukit tu. Mungkin sebab musim coronavirus ni kut, orang dah berhati hati untuk kuar rumah. Selesai parking kete aku pun mula mendaki bukit tu. Tak ramai pun hikers lain yang aku jumpa. Hari SABTU lepas pun aku datang hiking kat sini dan boleh dibaca DI SINI. Aku tak bercadang untuk tulis panjang hari ni.

melati hill
pandangan dari puncak centipede
puncak centipede hill
Disebabkan orang nampaknya tak ramai aku fikir untuk hiking tak jauh sangat kut hari ni. Cadang nak mendaki ke puncak centipede dan turun ke simpang untuk ke monkey dan eagle hill kemudian patah balik mendaki ke puncak centipede dan turun ke kaki bukit dan balik. Bimbang jugak aku sebab macam sunyi aje kat melati hill hari ni.

kaki monkey hill
ke puncak monkey hill
puncak monkey hill - da ada signage baru
Setelah tiba di puncak centipede, rehat sat,aku sensorang aje dan tangkap gambor. Kemudian aku pun pi ke kaki bukit di simpang untuk pi ke eagle dan monkey hill tu. Ada la jumpa sorang dua hikers lain...tak ramai pun..Akhirnya aku tiba di simpang ke monkey dan eagle hill tu. Ada la beberapa orang hikers kat kaki bukit tu. Kemudian aku tengok ada sorang hiker terus gerak ke monkey hill. Disebabkan ada hiker pi ke monkey tu maka aku pun cancell la plan aku dan aku terus ikut aje hiker sorang tu pi ke monkey hill. Tak ramai pun masa mula2 pi ke monkey tu. Hiker yang sorang tu jauh depan aku. Masa tengah mendaki ke monkey tu barulah muncul beberapa orang hikers yang lain.

monkey hill
ke cobra hill
cobra hill
Dipendekkan cite aku sampai ke puncak monkey hill tu. Dah ada signage baru kat puncak tu. Selesai di monkey aku pun gerak ke cobra hill. Seterusnya aku tiba di cobra hill dan lepas rehat terus aje gerak kekaki bukit dan cari jalan kuar ke jalanraya dan terus balik. Selesai hiking untuk hari ni.

cobra hill
kaki cobra hill
keluar ke jalanraya
Aku berjaya bakar lebih 100 kalori dan berjalan lebih kurang 2 kilometer serta cipta lebih 4 ribu langkah. Hikers tak ramai hari ni mungkin sebab bimbang terkena virus corona kut. Aku serah aje pada TUHAN sebab DIA yang maha berkuasa. Kalau aku mati sebab corona tu pun memang dah ajal la kan...Aku tak bimbang pun dengan kematian sebab memang tak boleh nak elak pun dan masanya pun TUHAN dah tentukan... kan. Yang aku bimbang ialah amalan yang tak banyak untuk dibawa bersama. Kalau ikut pada umur aku la ni...mungkin tak lama kut...mungkin tak sampai umur 65 tahun kut..ooopst!...mungkin la kut...kalau lebih pun mungkin tak sampai 70 tahun kut...Rasa macam tak lama lagi la tu...hahahaha...Apa apa pun sesapa yang baca blog ni jaga2 lah diri tu baik2 dalam musim penyakit yang disebabkan oleh virus corona ni...

bakar lebih 100 kalori, jarak 2 kilometer dan 4 ribu langkah


Apa apapun aku doakan kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan kita semua daripada siksaan neraka yang maha pedih tu...aamiinnnnn... 
Di bawah ni aku letakkan infor berkaitan kalori, moga ada manfaatnya untuk kita semua...




Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #BMF



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

Saturday, March 14, 2020

HIKING musim Corona...

Diari DAUD - Hari ni SABTU, 14 MAC 2020, aku pi Hiking hari ni. Aku pi sensorang aje pun. Isteri aku ada program lain. Sibuk dia minggu ni. Lebih jam 8.00 pagi aku gerak ke BUKIT MELATI tu. Awal minggu ni jugak aku pi sensorang jugak, hari SELASA, kalian boleh baca tulisan aku tu DI SINI. Aku sampai kat kaki bukit tu hampir jam 9.00 pagi...Ramai jugak yang dah ada di situ..penuh jugak parking. Aku kena parking jauh jugak. Walaupun coronavirus menyerang ramai jugak yang datang sini. Tapi tu la masing masing kena jaga betul2 diri tu. Elakkan dari bersentuhan dengan orang lain. Mana yang rasanya dah kena virus tu jangan la datang sini. Mana yang tak sihat tu, tutup la hidung tu, manala tau kalau bersin dan apa2 lagi la...Akhir sekali kita berdoa dan tawakkallah supaya tak kena virus tu...tak gitu...Aku tak bercadang untuk tulis panjang panjang kat sini...cukup la aku letak foto foto aje. Plan aku dari awal memang nak mendaki ke centipede hill, monkey hill dan rope hill sebelum aku balik ke BANGI...

bukit melati
bukit melati
ke puncak centipede
ke puncak centipede
dari puncak centipede
puncak centipede
Mendaki ke puncak centipede agak ramai jugak. Tak putus putus,ada yang mendaki dan ada jugak yang turun ke kaki bukit. Setelah beberapa kali berhenti akhirnya aku tiba jugak ke puncak centipede tu...Ramai jugak orang kat atas tu. Rehat sat kat situ dan tangkap gambor. Bersua jugak dengan WAK yang sering aku jumpa kat melati Hill tu....dan pernah aku tulis berkaitan dia dalam blog ni... Aku tak tegur pun dia sebab aku tengok dia dengan geng dia. Dah veteran sangat wak ni..kuat lagi untuk hiking. Dia ni pesakit DR. JO. Umur dia memang lebih jauh veteran daripada aku. Aku pun tak tau la sama boleh sampai macam umur dia tu...Kalau tak dapat sampai macam umur WAK tu redha aje la kan. Mati tu pasti tak dapat ubah dah. Yang aku bimbang bukan mati tapi adakah aku dah cukup amalan untuk dibawa bersama nanti.....

turun ke kaki bukit
simpang kiri ke monkey hill, kanan ke eagle hill
kaki bukit monkey
ke puncak onkey hill
ke puncak monkey hill
ke puncak monkey hill
Cite mati ni kan..pintu pertama yang kita kena hadapi setelah mati ialah alam barzah....atau alam kubur..Takut bila kenangkan siksa alam barzah tu. Ustaz kata kalau nak elakkan siksa kubur selalu hari hari baca SURAH AL MULK. Baca lah surah tu hingga kita mati. Tapi SOLAT mesti la penuh. Kalau SOLAT tak penuh memang tak boleh elak la walaupun kita baca SURAH AL MULK tu. Solat 5 waktu setiap hari tu wajib, dosa besar kalau tinggal dengan sengaja...Ada jugak yang kata kena selalu bersedekah...ada jugak yang kata kena baca AL QURAN selalu...Ada jugak yang kata kena sering SOLAT TAHAJJUD....Jadi rasanya kalau nak selamat amalkan lah semuanya...buat apa yang ALLAH SWT suruh dan tinggalkan semua yang ALLAH SWT larang.
Satu lagi jangan derhaka kepada kedua ibu bapa...Bila teringat emak bapak rasa sebak pulak kan...Anak lelaki ni masa belum akil baligh selalu aje menjawab kata2 mak. Tapi kata2 bapak memang aku tak berani lawan pun. Bapak aku dulu memang garang. Dia orang dididik oleh datuk aku macam gaya hulubalang hulubalang lama kut...garang...aku nak angkat muka kat bapak aku pun tak berani. InsyaALLAH, rasanya aku cuma bersikap suka lawan cakap emak ni masa belum akil baligh aje. Lepas akil baligh rasanya takde pun...opst! bukan angkat diri dalam bakul ye...Masa aku dah keje, bila balik kampung dan nak balik ke negeri tempat keje selalu aje dan tak pernah lupa salam dengan emak bapak, sambil salam, sambil mintak maaf atas segala dosa aku kat dia orang...direct aje cakap masa tu..sebab dah tau banyak berkaitan derhaka dengan emak bapak ni.... Rasanya dosa dengan mak bapak selesai la tu...insyaALLAH TAALA...Jarang emak bapak tak ampunkan dosa anak2...insyaALLAH TAALA....kan...kan...Jadi untuk anak2 jangan lawan emak bapak dan jangan derhaka..Aku doakan EMAK BAPAK aku, dihidarkan oleh ALLAH SWT daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan jugak siksaan neraka...luaskan kubur mereka serta bukakanlah salah satu pintu syurga ke kubur mereka semua hingga ke hari kiamat...aamiinnn...Begitu jugak aku doakan untuk emak bapak kalian semua yang baca blog aku ni..aamiinnnnn.....Opst! dah jauh cite aku ni...

puncak monkey hill
puncak monkey hill
trail ke cobra hill
puncak cobra hill
puncak cobra hill
Sepanjang aku berjalan dari centipede ke monkey hill tu memang ada aje orang lain yang aku temui...tak putus putus...Sepanjang aku melaui trail melati hill tu hingga habis, aku cuma jumpa dengan sampah berupa sekeping plastik makanan dan juga sekeping tisu. Rasanya tak banyak sampah yang dibuang oleh hikers...Hikers kat sini dah makin smart nampaknya...tak buang sampah merata rata...syabas...
Trail yang payah dan penat untuk didaki ialah ke puncak monkey hill aje...memang curam dan tinggi...memang cepat aje berpeluh kalau daki di sini. Aku pun selalu aje berhenti untuk berehat sebelum sampai dipuncak...
Akhirnya aku tiba jugak di puncak monkey hill tu. rehat sat dan tangkap gambor. Ada 5 orang hikers kat situ masa aku rehat tu. Selesai rehat aku pun sambung lagi untuk pi ke cobra hill. Tak lama aku tiba di cobra hill tu. Aku sorang aje kat situ. Rehat dan tangkap gambor. Selesai rehat aku cari jalan turun ke kaki bukit. Masa lalu kat sini aku sensorang aje...Sorang hiker tu laju aje potong aku dan terus hilang...laju aje dia...budak muda la kan...Beza kan antara budak muda dengan orang tua yang dah 60 tahun ni...hahahaha...ooopst!

ke kaki bukit
sampai di kaki bukit
keluar ke jalanraya
bakar lebih 200 kalori, 4 ribu langkah, lebih 2KM
Akhirnya aku tiba jugak di kaki bukit tu dan terus cari jalan keluar ke jalanraya. Tiba di jalanraya kete parking dah jarang dah kat situ. Aku masuk kete dan terus balik ke BANGI. Selesai hiking untuk hari ni. Aku berjaya bakar kalori lebih 200 kalori, cipta lebih 4 ribu langkah dan lebih 2 kilometer...Ok la tu kan...hahaha...
Masa balik tu sempat la jeling kat kaki bukit tu, gerai bukak nampaknya, ada jugak jualan barang2 hiking kat kaki bukit tu..jualan minuman dan buahan pun ada...Kalau korang datang melati hill ni memang boleh beli la apa2 yang korang nak...Sarapan pun boleh kat kaki bukit tu..Moga rezeki mereka semua diluaskan oleh ALLAH SWT...aamiinnn....
Apa apa pun aku doakan kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dijauhkan kita semua daripada siksaan API NERAKA yang maha pedih tu...InsyaALLAH TAALA...aamiinnnn... 
Di bawah ni aku letakkan infor berkaitan kalori, moga adamanfaatnya kepada kita semua...

Jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF



~~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...