Thursday, March 28, 2019

Rangkuman tiga cerita..


Diari Daud - Hari ni Jumaat, 29 mac 2019...hari ni aku nak rangkumkan tiga cerita aku la...Pagi semalam, khamis, 28 mac 2019 aku pi ke Lembaga Tabung Haji
di Bandar Baru Bangi. Kami pi sana lebih kurang jam 10.00
pagi waktu malaysia. Aku cadang nak update
akaun dan data peribadi di sana
tu...Aku pi dengan
isteri aku dan anak bungsu aku.
Sebelum aku buat pape bertembung pulak dengan
bekas krew mcp aku dulu tu..HASNAH BASIRUM..dia kata
dia uruskan hal berkaitan almarhum suami dia, moga almarhum suaminya
sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT di alam sana..aamiinnn...Moga ALLAH SWT
mudahkan urusan bekas krew mcp aku tu dan moga dia sentiasa dirahmati
dan diberkati ALLAH SWT...
........aamiinnn..
Kemudian aku dan isteri
aku tanya staf yang melayan pelanggan tu. Aku tanya cara nak update akaun dan update data peribadi. Dia suh kami isi borang dulu. Jadi kami pun isilah borang tu...
dua borang kami kena isi untuk aku dan isteri. Aku isi dulu borang
isteriaku dan bila siap aku isi pulak borang aku. Bila dah siap
aku tanya balik staf tadi dan dia beri nombor
giliran dan minta kami naik
ke tingkat atas.

tingkat atas lembaga tabung haji bandar baru bangi...
tunggu dengan anak bungsu
kaunter urusan...
  Tiba tingkat atas, nampaknya ramai jugak pelanggan
kat atas tu. Kami cari tempat duduk yang kosong dan duduk serta tunggu giliran
kami tiba. Lama jugak tunggu situ sebab memang agak ramai jugak orang yang nak berurusan kat situ. Tak lama kemudian nama kami dipanggil. Kami guna
satu nombor aje. Bila dipanggil kami pi ke kaunter dan duduk.
Dia mintak IC kami. Kemudian dia semak borang
kami. Borang aku dulu yang dia selesaikan.

Bila segalanya ok dia bagi satu salinan
kepada aku untuk disemak. Dia kata kalau dah semak
bolehlah ditandatangan. Bila aku dah siap semak dan semuanya ok maka
aku pun sain dan seterusnya dia minta bubuh cap jari. Begitu jugak dengan isteri aku
yang ikut seperti apa yang aku buat dengan permintaan staf tu. Sebelum tu dia tanya daftar haji bila...aku cakap aku dalam senarai tahun 2080an...Aku tengok muka dia tak
terkejut pun...cuma dia kata kalau dah cukup wang boleh
membuat rayuan untuk pi haji. Kalau ikut giliran pendaftaran aku yang 2080 an tu, mungkin aku mati sepuluh kali, mati hidup mati hidup baru boleh pi haji...kut...hahaha....
Selesai aje maka kami terus balik..tapi sebelum tu singgah
sat kat giant tu...sekejap aje pun.....

anak kedua aku dan cucu kami...
staf restoran urban korean tu sedang sediakan makanan yang aku tak tau...haha..
nasi goreng untuk aku yg ada cheese di dalam...
staf sediakan makanan...
makan pun kena makan dengan sarung tangan..hahaha
Waktu malam pulak kami pi ke IOI...anak pompuan aku ajak makan kat sana...dia orang bincang adik beradik sebenarnya sebelum amik keputusan untuk makan kat IOI tu..
Aku ikut aje rancangan dia orang tu. Ikut aje la sebab anak pompuan
aku tu nak balik arau perlis pada hari ahad ni. Lagi
pun dia nak jumpa dengan anak sedara
dia iaitu anak kepada anak
lelaki aku yang
pertama...
Dia orang yang amik keputusan
untuk makan kat IOI tu. Dia orang rancang nak makan
makanan korea...Aku ikut aje...tak kisah lah yang penting dia orang
nak makan dan dia orang semua gembira...tu je...Aku tak kisah pun asalkan aku boleh makan makanan yang takkan kena alahan
untuk badan aku. Kami gerak ke IOI lepas maghrib. Anak lelaki tua aku yang bookingkan nak makan kat restoran tu...nombor 200 lebih dia dapat. Dia akan pi dulu dan solat
kat IOI, kami pula pula akan pi lepas maghrib.

lampu suram...
sila makan...menantu, isteri dan anak bungsu..
mula nak makan ni
aku tak tau nama makanan ni...kentang dan daging cincang kat atas...rasa macam
kebab pulak daging tu...
bersarung tangan...
selesai makan...
Lebih kurang jam 8.00 malam kami gerak ke IOI tu..
Amik masa jugak...anak lelaki kedua aku yang drive...aku sebenarnya tak tau
sangat jalan2 yang aku jarang pi tambahan pulak IOI ni, merupakan tempat pertama kali yang aku akan pi. Anak2 aku memang dah biasa dengan IOI ni. Tiba di IOI
terus cari parking...macam lama jugak cari parking tu. Besar
sangat IOI ni. Lepas parking terus cari kedai tu.
Anak pompuan aku yang lead. Jauhnya
tempat restoran tu dari tempat
parking tu......
Tiba di restoran tu terus masuk.
Kat meja tu da ada anak lelaki aku dan isteri dia yang
dah tunggu. Kami semua duduk. Bila cucu terjaga maka masing masing la
pegang dia tu. Cucu kami yang pertama. Tak lama lepas tu kami pun  mula makan. Sebenarnya aku pun tak tau apa masakannya. Anak2 aku mungkin tau kut...aku satu ape pun tak tau makanan tu. Siap ada staf yang sediakan kat meja kami tu. Aku
cuma makan nasi goreng dengan timbunan ayam di atasnya...aku
tak makan ayam pun.....Aku makan la separuh nasi goreng tu...

posing...anak, menantu dan cucu...
aku, cucu dan isteri...
makcik dan anak sedara
isteri, anak2, menantu dan cucu...
aku, isteri, anak, menantu dan cucu..
Nasi goreng tu nak kata ok pun aku tak tau sebab
aku biasa makan nasi goreng kat gerai gerai tepi jalan aje...tak pernah
makan nasi goreng ala korea ni...urban korean. Tapi aku makan jugak separuh...Nasi goreng tu di tengah2nya ada cheese dan di atas lapisan telur, macam telur dadar
aje...Rupanya barulah aku faham selera orang umur banyak yang lahir
di kampung dengan selera anak muda yang lahir lahir da nampak
jalanraya amat berbeza, ibarat langit dengan bumi.....
hahaha....opst!
Aku selera orang umur banyak, selera yang dah
biasa dengan nasi goreng emak dan kuah tempoyak emak...hahaha...
moga almarhum emak aku diampunkan semua dosanya oleh ALLAH SWT...Tentu beza kan dengan selera orang muda...tapi aku tak kisah pun asalkan dia orang seronok, itu aje...asalkan isteri aku jugak suka..Aku ni jenis yg tak kisah pun selagi
ianya harus...kan...kan...kan...haha.. Lama jugak kami makan kat
restoran tu..Selesai makan...kesimpulan aku, restoran ni
untuk orang muda memang ok...untuk aku yg da banyak umur
dan dah biasa dengan menu kampung, rasanya tak menepati...Tapi aku tak kisah pun asalkan isteri,anak2 dan menantu aku, gembira dan seronok...itu aje..itu yang penting bagi aku......Boleh jugak pi ke sini lagi tapi mungkin sekali sekala kut...Sebelum pi aku
kena makan dulu kat rumah kut...supaya kenyang dulu....hahahaha....opst!
Selesai aje kami makan kat
restoran tu maka kami pun amik gambor di lokasi kat situ...
Besar jugak IOI ni...ini merupakan kali pertama aku tiba di sini Aku memang
tak suka berjalan2 aku lebih suka duk rumah aje.tu sebab aku tak tau pape pun. Isteri aku pernah pi dengan anak2...sementara aku lebih
suka tunggu rumah...ekeke..opst!


kami satu keluarga...
paksu dan anak sedara
kami jumpa wanie kat IOI
kami jumpa wani kat IOI..paling kiri tu WANI...
Masa nak balik kami jumpa anak
sedara isteri aku Wani, yang bekerja di kiost jual roti kat IOI tu. 
Sempat la kami sembang...Lama jugak kami sembang sebelum kami mula bergerak balik. Masa tu anak sedara isteri aku dah kemas kiost dengan rakan sekerjanya yang lain.
Masa ni dah jam 11 malam jadi banyak kedai kedai dah
tutup masa tu...Kami balik masa tu pun dah
hampir jam 12.00 tengah malam...

tasek nilai sebelum jam 7.00 pagi...
sebelum jam 7.00 pagi, asap kilang pun tebal....
nak mula berjalan...
Pagi ni pula hari Jumaat, 29 Mac 2019..aku
macam biasalah.akan pi tasek nilai tu untuk panaskan
badan selama sejam kat situ. Aku tiba sebelum jam 7.00 pagi...masih gelap,
lampu pun belum padam..Dah ada orang yang sudah beriadah kat situ. Aku mulakan berjalan setelah amik gambor sikit. Nampak di hujung sana asap kilang tebal aje..tak pasti kawasan tasek ni selamat atau tak dengan asap yang tebal macam tu...

Masa aku berjalan kat situ ada yang bawak motor atas trek tu...memang
tak berdisiplin langsung...sering aku jumpa hal macam ni. Aku jugak pernah nampak
orang mancing ikan kat tasek ni. Padahal signboard ada banyak kat tepi
tasek tu yang melarang pancing dan tangkap ikan di situ.
Aku rasalah, undang2 tak dijalankan dengan tegas
tu sebab dia orang berani langgar aje
peraturan....Orang malaysia memang suka sangat langgar peraturan
dan kurang penghayatan sivic. Rasanya #majlisperbandarannilai patut kuat kuasakan undang undang supaya tiada lagi pelanggaran peraturan di sini....tak gitu....

trek kat tasek nilai
aku tak suka motor atas trek takde sivic langsung...#majlisperbandarannilai
sejam lebih berjalan
sejam lebih berjalan
nak balik dah...
Haihhhh...malas nak tulis panjang panjang...tengok aje la gambor2 tu.....
Akhirnya sebelum aku tutup tulisan aku ni, aku doakan kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita dan jangan lupa hari
hari doakan supaya kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa mertua
kita akan dihindarkan oleh ALLAH daripada siksaan kubur
dan siksaan akhirat dan neraka serta dimasukkan
ke dalam syurga...aamiinnnn...

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...