Tuesday, July 27, 2021

Isteri Boleh Keluar HKL

Diari DAUD - Hari ni SELASA, 27 Julai 2021, awal pagi aku terima panggilan daripada HKL minta hantar barang isteri aku ke wad di Hospital Kuala Lumpur hari ni. Isteri aku dimasukkan ke HKL sebab 'brain anuerysm'. Pagi JUMAAT, 23 Julai 2021, jam 1.30 pagi isteri aku dimasukkan ke HKL. Isteri aku di transfer ke HKL sebab di Hospital Serdang tiada pakar untuk urusan pembedahan 'brain anuerysm' yang telah pecah. Jam 10.00 pagi aku gerak ke HKL dari Bangi Lama dengan anak lelaki kedua aku. Dalam perjalanan ke KL, biasalah tentu ada sekatan jalanraya oleh pihak keselamatan sebab wabak Covid sekarang ni.

Selepas sekatan aku terima panggilan dari HKL bahawa isteri aku dah boleh keluar wad dah sekarang ni. Tapi dorang kata aku boleh ambil isteri aku waktu petang sebab doktor sedang sediakan dokumen dan sebagainya untuk isteri aku keluar wad. Kami dah separuh jalan nak sampai HKL dah, baru terima panggilan tersebut. Kalau terima panggilan awal tentu kami tak perlu pun gerak keluar. Tujuan kami untuk hantar barang kegunaan isteri aku seperti pakaian dan sebagainya untuk kegunaan dia semasa berada di wad biasa tu. Sebelum tu dia berada di ICU selepas proses pembedahan anuerysm berkenaan. Apa boleh buat la...kami terpaksa la balik dulu nampaknya dan waktu petang baru kami datang ambil.

Isteri aku di transfer ke HKL untuk pembedahan 'brain anuerysm' yang dah pecah dan berlaku pendarahan dalam kepala. Situas ini amat bahaya dan perlu dibedah segera. Anuerysm otak ialah satu situasi dimana gelembong terbentuk pada pembuluh darah dalam otak. Bila ia pecah, isteri aku pening dan tumbang dalam bilik air pada subuh KHAMIS, 22 Julai lalu. Gelembong pada pembuluh darah ini dikatakan berlaku kerana terdapat kelemahan pada dinding pembuluh darah. Gelembong tersebut makin lama makin besar dan dinding pembuluh darah makin nipis. Proses pembesaran gelembung ini makan masa jugak. Apabila ia membesar, dinding pembuluh darah semakin menipis akan akan mudah pecah. Bila pecah, ia akan berlaku pendarahan dalam otak dan keadaan ini amat bahaya. Isteri aku 'brain anuerysm' nya dah pecah dan darah terus mengalir. Dia sentiasa aje sakit kepala dan pening serta tak boleh berjalan. Isteri aku buat dua kali scan di kepalanya untuk pastikan 'brain anuerysm' yang pecah tu.

Dikatakan 'brain aneurysm'  90% tidak bergejala jika belum pecah. Apabila ia pecah baru timbul gejala diantaranya sakit kepala yang hebat, muntah, mual, kejang, lemah anggota badan dan pengsan. 10%  aneurysm otak yang bergejala menekan saraf mata, saraf wajah dan saraf penglihatan. Dikatakan tiada sebarang sebab yang pasti yang menyebabkan 'brain anuerysm'. Namun terdapat beberapa faktor yang menyebabkan 'brain anuerysm' ini seperti merokok, tekanan darah tinggi, minum alkohol berlebihan, kolestrol, genetik dan penyakit lain yang menyebabkan pembuluh darah menipis. Dikatakan juga kaum wanita lebih ramai daripada lelaki yang mengidap 'brain anuerysm' ini. Ia biasanya berlaku pada pesakit yang berusia lebih 40 tahun.

Tindakan doktor bila terdapat pesakit yang menghidapi 'brain anuerysm' ialah membuat pemerhatian, tindakan untuk menyumbat 'anuerysm' berkenaan atau lakukan pembedahan. Semua tindakan bergantung kepada usia pesakit dan kepakaran doktor berkenaan. Namun jika 'brain anuerysm' tersebut pecah maka pembedahan perlu segera dilakukan kerana ia amat bahaya. Walau bagaimanapun di Malaysia ni adakah perkhidmatan CT Scan akan diberi kepada orang yang mengidap 'brain anuerysm' jika pesakit tersebut tiada masalah. Sebabnya 'brain anuerysm' boleh diketahui apabila pesakit telah dijalankan CT Scan ke atasnya. Biasanya CT Scan dibuat setelah 'brain anuerysm' tersebut pecah macam yang dialami oleh isteri aku tu...sapa boleh jawab ni...hahaha...

Apabila 'brain anuerysm' pecah maka pembedahan perlu dilakukan segera kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dalam otak dan memang amat bahaya. Sel-sel otak  akan terkesan dan otak boleh membengkak. Bila salurdarah dah pecah tentu oksigen kurang mengalir ke otak. Sel otak perlukan oksigen. Ini tentu boleh mendatangkan mudharat yang bukan main-main....tak gitu...

Dalam pembedahan 'brain anuerysm' ini, doktor akan lakukan bebarapa kaedah gunakan clip atau 'anuerysm' berkenaan di isi dengan koil khas. Pesakit 'brain anuerysm' ini boleh sembuh dalam 2 minggu. Namun dikatakan 'brain anuerysm' ini boleh terbentuk lagi jika faktor penyebabnya tidak diambil berat oleh pesakit. Oleh itu untuk mencegah 'brain anuerysm' semua orang termasuk pesakit mestilah patuh kepada nasihat doktor, jangan merokok ( aku bukan perokok pun),kawal tekanan darah kalau kita pengidap darah tinggi, jangan minum alkohol berlebihan, buat senaman, jaga pemakanan terutama yang berkolestrol, jangan ambil dadah dan jangan pandang ringan sakit kepala yang dialami.

Oleh yang demikian daripada apa yang aku catatkan 'brain anuerysm' juga merupakan salah satu penyakit yang amat bahaya jugak. Oleh yang demikian cubalah elakkan atau cubalah buat apa yang patut kita lakukan untuk menjauhkan penyakit tersebut daripada diri kita. Kita aje yang mampu mengelakkan diri kita sendiri daripada penyakit berkenaan.

Lepas zohor waktu petang kami gerak kembali ke KL untuk jemput iateri aku yang dah dibenarkan keluar wad 6A Institut Kajisaraf, Tunku Abdul Rahman, HKL. Kami gerak dari Bangi dan terus melalui lebuhraya Plus. Memang ada sekatan jalanraya oleh Polis dan Tentera. Kami tak diperiksa dengan detail sangat, cuma tanya2 gitu je. Lagipun salinan dokumen, kami letak atas dashboard kete. Dorang periksa teliti kalau kenderaan perdagangan aje...Lepas sekatan terus sambung perjalanan ke HKL. Masuk perkarangan hospital, di bahagian emergency tu banyak jugak kete ambulan kat situ. Mungkin banyak kes Covid kut. Jalan melaluinya ditutup dan kami dilencongkan. Tiba kawasan parking dalam bangunan terus aje parking kete dan gerak ke bangunan Institut Kajisaraf Tunku Abdul Rahman.

Bila masuk lobi terus ambil suhu dan scan my sejahtera. Kemudian terus jumpa polis bantuan kat lobi dan beritau untuk naik ke wad 6A untuk urusan bawa keluar isteri. Polis bantuan call wad 6A dan seterusnya aku dibenarkan naik. Sampai di atas terus jumpa staf di meja utama dalam wad berkenaan. Terus aku tanya untuk discharge isteri dan aku beri nama isteri aku. Sorang staf kat situ beritau aku berkaitan pembedahan isteri aku tu. Dia juga beritau, buat sementara ni tidak digalakkan pesakit terima lawatan di rumah nanti. Lepas dia jelaskan dia tanya ada soalan tak...Aku rasa takde soalan dah..rasanya dah jelas pun. Yang bercakap dengan aku tu rasanya doktor kut...sorang doktor pompuan. Kemudian aku diminta untuk berjumpa nurse yang bertanggung jawab dalam urusan untuk bawa keluar isteri aku tu. Aku gerak ke meja nurse berkenaan.

Tiba di meja tersebut aku nyatakan tujuan kedatangan aku dan dia ambil fail. Kemudian bermulalah sesi penerangan oleh jururawat tu pulak. Banyak yang diperkatan berkaitan jadual makan ubat. Mak aiiii...sebeban ubat isteri aku tu...Dia juga suruh pi ke klinik berhampiran untuk proses bukak jahitan. Masa tiba kat rumah terus bukak FB Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra sebab untuk buat booking untuk bukak jahitan tu. Tengok tarikh untuk booking tu, dah pun penuh. Jadi aku pilih tarikh yang lain. Dah terpaksa lewatkan sikit. Sekarang ni nak jumpa untuk rawatan di Klinik Kesihatan di Bangar Seri Putra tu kena booking sebab wabak Covid sekarang ni..Isteri aku memang rutin check up kat klinik kesihatan tu, berkaitan 'high blood pressure'. Kemudian nurse berkenaan minta aku bayar bil di Bahagian Hasil HKL sebelum bawa isteri keluar. Lepas bayar bawa slip bayaran ke Wad 6A tu. Selesai aje terus turun ke bawah dan pi ke Bahagian Hasil tu untuk jelaskan bayaran.

Jenuh jugak cari bahagian hasil tu. Maklumlah ini kali kedua aku sampai di sini. Kali pertama masa  aku bedah hidung lebih 20 tahun lalu. Aku dibedah hidung bukan untuk dimancungkan lagi tapi sebab sinus  yang teruk serta 8 hari aku duk dalam wad masa tu. Anak aku tanya staf kat bahagian kecemasan tu. Kemudian kami pi ke arah yang ditunjukkan. Agak jauh jugak untuk menapak ke sana. jumpa aje lokasi tu terus gerak ke bangunan tu. Aku masuk kedalam dan ambil nombor yang diunjukkan oleh pengawal. Ramai berkumpul dalam tu sebab staf hospital akan bawa pesakit Covid melalui koridor bangunan tu. Aku pun risau jugak sebab Covid varian baru ni bahaya. Anak aku pun dorang suruh masuk ke kawasan kaunter bayaran tu sebab bimbang duduk diluar. Kemudian nombor aku naik dan aku terus jumpa kaunter 5 dan beri dokumen bayaran tu. Agak lama jugak dia uruskan. Aku tengok kat board waktu bayaran tamat jam 5.00 petang. Kalau aku lewat tentu kaunter tu dah tutup dan terpaksa datang lagi. Nasib baik sangat sebab masa tu dah jam lebih 4 petang. Kalau tak, tentu kena datang besok sebab kalau bayaran tak dijelaskan, tak boleh bawa keluar pesakit. Semua ini tentu pertolongan ALLAH SWT...ini memang aku yakin sangat...macam semuanya dah diatur cantik..Kemudian staf tadi beri slip berkenaan kepada aku untuk pi ke kaunter lain pulak iaitu kaunter untuk terima bayaran.

Aku beri slip bayaran kepada kaunter berkenaan pula kemudian dia semak. Dia tanya isteri aku kerja kerajaan ke. Aku kata tak, aku kata aku aje yang pesara kerajaan. Dia minta kad pesara. Aku beri dan dia buat salinan kad tu di bahagian lain. Isteri aku diletakkan di Wad Kelas 3 sebab masa pendaftaran masuk wad, aku tak beri Kad Pesara aku...Aku tak kisah pun wad mana, asalkan isteri aku diberi rawatan yang sempurna dan dilayan dengan baik...Kemudian dia datang kembali ke kaunter tu. Tak lama kemudian dia beri slip tu kepada aku. Aku tanya, takde charge ke...Dia kata takde sebab aku pesara kerajaan. Aku ucapkan terima kasih aje..memang terima kasih sangat pun..Kalau kena bayar tentu beratus rasanya. Aku tengok nilai semua ubat tu pun dah beratus. Wang untuk implan aku dah selesaikan awal sebelum pembedahan lagi. Harga implan tu tak boleh tangguh. Sebabnya implan tu kena bayar kepada syarikat pembekal. Memang peraturan kerajaan macam tu, harga implan pihak pesakit yang kena bayar. Harga implan tu agak mahal jugak la. Selesai aje terus kembali ke bangunan Institut Kajisaraf dan terus naik ke wad 6A. Aku tengok isteri aku dah tukar pakaian dah. Setelah selesai aku pun pimpin isteri aku keluar wad. Ada staf tanya perlukan wheelchair....aku kata tak perlu. Aku terus pimpin isteri aku ke lift. Semua staf di Bahagian Kajisaraf tu baik2 belaka. Memang agaknya mereka dah di train macam tu kut....

Sampai di bawah terus bawa isteri aku ke lobi dan angkat tangan kat Polis Bantuan kat situ dan terus pimpin isteri aku tinggalkan lobi. Isteri aku masih tak boleh berjalan sendiri, kena pimpin.Tak berani nak tunggu kat lobi tu sebab sering aje ambulan bawak pesakit Covid kat situ untuk masuk melalui lift. Kami tunggu anak kami ambil kete di parking lot. Tak lama kemudian dia sampai, pimpin isteri aku masuk kete dan terus bergerak. Sampai di rumah isteri aku rehat sat kat ruang tamu. Kemudian sediakan tempat tidur dia. Makan minum isteri semua disuap. Mandi dan sebagainya semua kena uruskan. Nak ke bilik air pun kena pimpin. Dia tak mampu berjalan sendiri. Harap semuanya akan ok dalam masa terdekat...minta semua doakan isteri aku ye...

Akhirnya aku ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada semua adik beradik, sedara mara, rakan2 kami, semua jiran jiran kami dan sesiapa saja yang mendoakan isteri aku. Moga kalian semua dimasukkan oleh ALLAH SWT ke dalam syurga serta dihindarkan daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka...aamiinnnnn....Pada semua mereka yang sedang sakit, moga kalian cepat sembuh...aamiinnnn...Kepada kalian yang kehilangan insan tersayang...takziah diucapkan...Rasanya itu aje yang aku nak tulis...moga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai ALLAH SWT dunia dan akhirat...aamiinnnn...


Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf...kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...

~ sekian...
daud.montak.zakaria


No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...