Thursday, January 24, 2019

Aku dah hampir nak tinggalkan UKM sebagai staf...

Hari ni, Khamis, 24 Januari 2019...aku hadir sesi perjumpaan kakitangan PKK di bilik majlis ukm. Sebenarnya aku da wassap puan fairuz. Aku tanya adakah aku wajib hadir
perjumpaan tu...dia jawab WAJIB..alamak...Kalau aku diberi pilihan
aku memang lebih suka untuk tidak hadir...ekekeke..opst!
Aku tanya jugak perkara tu sebab sekarang ni
aku sedang bercuti panjang
sebelum benar benar bersara pada 1 MAC 2019.
Jadi...sebagai kakitangan yang BAIK ...ewah...aku akur aje dan aku memang
bangun awal hari ni, sebelum azan subuh, sebab aku kena gerak ke ukm sebelum jam
8.00 pagi. Lepas jam 8.00 pagi memang jalanraya ke ukm dari bangi lama
akan jem sikit sebab banyak kete nak ke arah kajang.
Ada tiga traffic light perlu ditempuhi
...tu sebab jem......

sesi dengan Naib Canselor UKM..
sesi dengan Naib Canselor UKM..
selesai dengan Naib Canselor UKM...aku amik dari insta cik anim...sorry nim...dan TQ...
Tiba di bangunan penerbit aku
parking kete...masa tu baru jam 7.30 pagi kut.
Aku tak masuk opis pun sebab opis pun tengah renovation, mungkin
banyak habuk kat dalam tu. Sedang aku tunggu, tiba encik matnor...kemudian kakitangan
penerbit dan kemudian sdr. shahrul...kemudian sdr. saniy...opst! berapa
banyak kemudian daaa....
Dipendekkan cite sdr. shahrul ajak aku
pi naik kete dia ke bangunan canselori ukm tu. Bersama kami ialah sdr. saniy.
Tiba di bangunan canselori terus parking setelah sdr. shahrul mintak kebenaran pengawal untuk satu parking lot kat sana tu. Biasanya parking lot amat payah di bangunan
canselori ni, maklumlah semua berpusat kat situ termasuk opis naib
canselor dan sebagainya kat sana.

Kami singgah di opis PKK dulu sebelum
naik ke tingkat 5 untuk ke bilik majlis di mana perhimpunan kakitangan
akan diadakan. Bila kami masuk aje kat opis tu...halamak tentu menjadi riuh sikit...riuh sikit aje, maklumlah kami di cawangan pkk jarang sangat ke admin pkk tu...jadi bila
sekali sekala jumpa mesti riuh rendah sikit tak riuh tinggi mana
pun...ekekeke....
Setelah seketika berada di opis admin pkk tu, maka
kami pun naik atas sebab dah hampir jam 8.30 dan perjumpaan kakitangan
tu bermula jam 8.30 pagi tu la...Masuk aje ruang bilik majlis tu kami jumpa sdr. kamarul. Bila masuk aje ke dalam kami jumpa cik anne...sorang lagi..aaaa...la aku da lupa dah
...isyhhh...macam mana aku boleh lupa, aku ni bukan la tua
sangat pun...sebenarnya usia tua dan muda ni
dipisahkan oleh garisan halus aje...namun sebab garisan tu halus jadi aku
ni nak kata tua pun bukan tua nak kata muda pun bukan....jadi...fikirlah sendiri....ekeke...opst! itu sebenarnya gurau senda aje pun...

acara perjumpaan kakitangan pkk...

acara perjumpaan kakitangan pkk...
Apabila Naib Canselor masuk maka bermulalah agenda perjumpaan kakitangan PKK tu...agenda pertama ialah dengan naib canselor. Semua bahagian dalam pkk
 jelaskan segala bidang tugas memasing dari a sampai z....Sebenarnya
kami punyai Naib Canselor yang baru. Beliau baru masuk
memegang jawatan bermula januari ni lah...
Sebab baru maka dia nak tau segala perkara yang berkaitan
dengan ukm ni termasuklah pusat komunikasi korporat. Semua bahagian
bentangkan semua termasuk lah ketua bahagian aku encik hazrul...aku cuma ingat berkaitan bajet untuk tukar alat mcp yang diperkatakan oleh en. hazrul dalam sesi tu...
...huhuhu...Yang lain lain aku tak berapa ingat, banyak sangat kalau aku nak ingat...jadi aku abaikan aje la...Penutup sesi dengan NC ialah kata2 yang diucapkan oleh Naib Canselor.
daripada kata2 NC, aku dapat menelah dia merupakan seorang yang simple
dan tidak terlalu rumit....
Dia bukan saja perlukan kualiti tapi juga kesan daripada tugas yang dibuat...rasanya itulah gamaknya pada pandangan aku berkaitan NC baru tu. Banyak yang dia perkatakan
tapi itu aje yang aku ingat...huhuhu....

Setelah NC keluar dari program tu maka selepas 'break' agenda kami kami pulak. Pengarah mulakan aluan dengan perkara berkaitan persaraan aku pada 1 MAC 2019 ni
serta berkaitan pemergian kerahmatullah sdr. ramli adnan pada
16 januari 2019 yang lalu......
Tulisan aku berkaitan SDR. RAMLI ADNAN boleh dibaca

opis pkk untuk majlis tahlil dan makan tengah hari
opis pkk untuk majlis tahlil dan makan tengah hari
opis pkk untuk lepas majlis tahlil dan makan tengah hari
Sebenarnya banyak yang diperkatakan dalam sesi perjumpaan tu tapi tak dapatlah aku huraikan di sini sebab aku lupa...ekekeke...dan juga ini merupakan RAHSIA
RASMI PKK. Tiba pulak ke agenda terakhir ialah penghargaan
kepada PENGARAH kami DR. SABARIAH
yang akan cuti sabatikal.......
Maknanya pengarah kami tamat perkhidmatannya
sebagai Pengarah PKK. Doa aku moga dia sukses dalam apa jua
yang dilakukannya...Ada lagi rupanya agenda terakhir iaitu apa apa yang perlu diketengahkan dalam sesi tu. Ramai yang mengambil peluang untuk ucapkan apa apa kata untuk Pengarah kami tu...dan.... yang paling menghibakan dan mengerikan
aku....aku pulak diminta berkata sesuatu sebab aku nak bersara ni..
Sebenarnya aku tak prepare pun dan tak sangka
pun akan disuruh memberikan kata kata...tentulah aku jem...aku cuma hebat
buat keje video dan arahkan penerbitan mcp aje...kalau boleh dikata hebat la...aku biasa keje belakang tabir...yang depan tabir ni aku memang fail....hahaha....Jadi aku bantai
aje berkata kata dalam masa dua minit...hahaha...Ada pulak yang rakam
masa aku berkata kata tu...bila aku dengar balik aku
pun nak gelak, tak tau apa yang aku katakan...hahaha...sib baik suara aku mirip P. Ramlee
...tapi p.ramlee yang entah salinan beratus ratus la kut...hahaha...opst!
Apa boleh buat laaaaa.........
Tapi yang pastinya aku dah mohon maaf kepada semua dan aku dah maafkan semua itu yang penting...aku dah anggap aku dah takde apa apa dosa dengan dia orang dan
dia orang pun dah takde apa dosa dengan aku...jagi kalau ada mana mana
dikalangan kawan2 yang masih rasa aku ada dosa dengan
mereka...aku HARAP SANGAT MAAFKAN
SEMUA DOSA DOSA aku tu.......
Dunia ni sebenarnya bukan lama pun untuk kita, jadi tak perlulah kita lokek nak maafkan sesape pun....tak rugi kita maafkan orang lain. Anggap semua yang negatif
yang kita alami tu sebagai ujian atau anggap la sebagai
kifarah...tak gitu....tidak akan MASUK SYURGA jika dalam hati kita ada sikap sombong walau sebesar zarah sekalipun....hati hati lah kita semua....
Sebelum majlis ditutup ada pulak majlis sampaikan cenderamata untuk pengarah,
untuk aku dan satu lagi untuk puan mazlin....yang ni pun aku tak tahu lebih
awal....program ni penuh dengan kejutan yang memang
mengejutkan aku aje...hahaha.......apa boleh buat la...


ucapan Tan Sri mantan Naib Canselor UKM sebelum lunch...
ni aku dengan pegawai aset pkk bincang berkaitan aset uav yg aku handle...sdr. sam...dengan dia ni hati2.. kita
mesti jauh dari dia 3 meter macam perokok dengan restoran...
aku dengan orang kuat uav la ni sdr. shahrul..
Selesai aje di bilik majlis semua staf kembali ke opis PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT UKM. Di sana kami semua baca yaasiin dan tahlil khususnya untuk
sdr. RAMLI ADNAN yang telah kembali kerahmatullah...Bacaan Yaasiin diketuai
oleh sdr. KAMARUL BAHARIN SUPAAT....
Moga amal kami tu akan menjadi asbab sdr. ramli dimasukkan ke dalam SYURGA bersama
para rasul, para nabi dan orang yang soleh dan solehah......serta dihindarkan oleh
oleh ALLAH SWT daripada sebarang siksaan selepas mati....
Selepas tamat aje tahlil, kami tunggu pula mantan NAIB CANSELOR yang akan datang ke opis kami untuk sama sama menjamu selera di opis kami ni. Sebenarnya beliau
yang menaja makan tengah hari tu....terima kasih YB. Prof. Tan Sri..
Bila Tan Sri tiba maka acara bermula. Mantan NC membuat ucapan sebelum
doa makan dibaca dan kami mulalah makan dengan berselera.

Aku makan bersama yang lain dalam bilik mesyuarat PKK. Dalam masa makan tu macam macam la disembangkan. Teruk jugak aku kena bahan dalam masa ni...tapi...
aku langsung tak kisah pape pun...sekelumit dendam pun takde....Macam2
la yang dia orang bahan aku...sekali lagi aku kata aku
tak kisah...tambahan pulak aku anggap
dia orang bahan aku macam bahan bahan manja aje...tambah
pulak kalau yang membahan tu yang memang manja2...ekekeke....ooopst! hahaha....
Perkataan 'GERAI' merupakan perkataan yang agak popular jugak disebut dalam sesi membahan ni...tambahan bila ada cik matnoor...hahaha...Tapi terus terang aku katakan aku langsung tak amik hati pun sebab aku orang yang 'BAIK' ... hahaha....aku puji diri sendiri sebab tentu takde sape pun nak puji aku pun...hahahaa....

Selesai aje makan aku ngan sdr. shahrul balik ke opis cawangan PKK di Bangunan Penerbit UKM. Dari sana aku terus masuk kete aku dan balik ke rumah, tu pun dah
jam lebih 2.00 petang....


sesi membahan..opst! jangan marah...aku gurau aje...aku tak kisah pape pon...tah bila kita boleh jumpa lagi..
...jangan terasa eaaa....
...cenderamata yang aku terima, kat rumah baru aku buka....sayang korang sume...ekeke..Aku bukan nak
tunjuk tag kuning tu tapi nak jadikan semua ni sebagai kenangan...tag tu pun aku kena pulangkan kepada ukm nanti
bila da besara...ekekeke...
ni lah cenderamhati tu...tq sume....
akan aku simpan NILAI nya dalam KALBU...ewahhh...
Tiba kat rumah aku bukak cenderamata yang aku terima tu...WOW! sebuah jam tangan...terima kasih semua..terima kasih banyak KELAB KAKITANGAN PKK...eh! ye ke daripada kelab ni...aku teka aje....Aku akan simpan cenderamata ni
buat selamanya...aku tak akan pakai pun...aku akan
simpan sebagai kenangan....kalau boleh aku nak masukkan dalam
frame, memang akan aku framekan, tapi mustahil jam boleh di frame kan..kan...hahaha...apa apa pun terima kasih untuk semua kakitangan Pusat Komunikasi Korporat UKM...

Sebelum aku tutup kalam aku ni...aku berdoa moga kita semua, tak kira sape la, sebab semua muslim adalah bersaudara, akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas
semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua....dan pesan aku untuk
kita semua ialah, jangan lupa setiap lepas solat kita sentiasa
mendoakan supaya kedua ibu bapa kita dan ibubapa mertua kita akan
diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa2 mereka serta dihindarkan mereka daripada
siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka serta dimasukkan ke dalam
SYURGA bersama para rasul, para nabi  serta orang orang yang
soleh dan solehah....Jangan lupa tutup doa kita
dengan selawat ke atas nabi sebab doa tak akan diangkat jika tidak menyebut nama Rasulullah saw.....

 ~ SEKIAN ~


daud.montak.zakaria

4 comments:

  1. Terima kasih cip Daud atas kenangan indah yg cip kongsikan bersama kami walaupon dlm jangka masa yg tidak lama. Mohon maaf jika ada kata² yg mengguris hati dari saya. Harap kita akan ketemu lg di masa yg lain. ����

    ReplyDelete
  2. ...haha...sama2 cik anne...kenangan ni akan tetap kekal abadi dalam ingatan...

    ReplyDelete
  3. Hehe.... Seronok baca entri ni.... Sebab tu saya cakap wajib hadir sebab macam2 ada....hahaha... All the best En.D.... Nikmatilah waktu2 berholiday ye... Maaf atas segala gurauan manja kami ye.... X meriah kalau x gurau2 kan?

    ReplyDelete
  4. ...hahaha...terima kasih puan fairuz...tu lah dalam hidup ni kita kena ada gurauan, kalau tak tentu stress kan...hahaha...apa apa pun saya tak kisah pun...sedikit kecil hati pun takde, percaya lahhh...hahaha....semua yg dilalui masa ni memang menjadi nostalgia buat saya....terima kasih untuk segalanya...

    ReplyDelete

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...