Sunday, August 1, 2021

Buka Jahitan Luka Kepala Isteri

Diari DAUD - ISNIN, 2 OGOS 2021, Aku bawak isteri aku pi ke KLINIK KESIHATAN BANDAR SERI PUTRA, BANGI untuk bukak jahitan di kepalanya. Isteri aku masuk hospital pada hari Khamis, 22 Julai di Hospital Serdang dan di transfer ke Hospital Kuala Lumpur pada 23 Julai 2021 sebab di Hospital Serdang tiada pakar Otak atau Neurologi. Tulisan aku berkaitan hantar isteri ke Hospital Serdang tu boleh dibaca DI SINI. Isteri aku discharged pada 27 Julai 2021. Tulisan aku berkaitan isteri aku 'discharged' tu boleh baca DI SINI. Isteri aku menjalani pembedahan sebab 'ruptured anuerysm'  dan pendarahan dalam otak. Alhamdulillah...keadaan kesihatan dia sekarang ni tambah baik...harap terus ok dan sembuh...aamiinnn...

foto 23 Julai 2021

Kalau ikutkan tarikh bukak jahitan ialah pada 30 Julai 2021 tapi disebabkan untuk rawatan pesakit luar mesti 'booking' terlebih dahulu. Maka kena buat 'booking' la. Aku nak 'booking' online pada 30 Julai 2021 tapi dah penuh pulak. Maka terpaksa aku 'booking' pada hari Isnin 2 Ogos 2021. Booking jam 9.30 pagi, namun kami gerak awal dan tiba jam sebelum 9.00 pagi, gamaknya. Terus aku scan MY SEJAHTERA. Kemudian tanya petugas yang pakai PPE depan pintu klinik tu. Aku kata nak bukak jahitan luka isteri. Dia perhatikan surat yang aku bawa. Aku seterusnya kata, sepatutnya datang pada 30 Julai 2021. Nak booking dah tak boleh sebab dah penuh, jadi aku booking 2 Ogos 2021. Dia kata kalau ada surat dari Doktor HKL tu, tak perlu booking...walk in aje...Oooo...gitu, aku yang tak faham...hahaha...apa apa je la..Yang booking tu kalau nak jumpa doktor, tapi kalau dah ada surat dari Doktor, tak perlu booking, hanya walk in je. Dia suruh aku masuk dan isi borang serta dapatkan nombor giliran.

Seterusnya aku pimpin aje isteri aku masuk ke klinik tu. Sebelum tu staf kat depan klinik tu tanya, isteri aku boleh berjalan sendiri tak. Aku kata tak boleh...dia benarkan aku masuk sama. Kami scan suhu dan terus masuk. Di dalam aku pimpin isteri aku ke sebuah kerusi dan suruh dia duduk. Aku seterusnya pi ke meja untuk isi borang bagi dapatkan rawatan. Isi nama, umur, alamat dan seterusnya aku serahkan borang dan surat daripada doktor HKL tu kepada staf di kaunter. Di kaunter, staf kaunter beri nombor giliran dan suruh aku tunggu. Tak lama kemudian nama isteri aku dipanggil. Aku pi ke kaunter. Kakitangan tanya pesara ke...aku kata ya. Kemudian dia beri kepada aku borang dan surat daripada Doktor HKL tu kembali dan minta aku pi ke Bilik 13.

Aku pimpin isteri aku ke Kaunter 13 yang agak jarak jugak la dari kaunter pendaftaran tu. Sebenarnya memang aku kena pimpin isteri aku tu. Dia tak boleh berjalan sebab sakit kepala dan masih tak kuat anggota badannya. Di rumah pun setiap kali nak ke bilik air dan ke mana-mana dalam rumah terpaksa aku pimpin dan ada ketikanya anak2 aku pimpin. Nasib baik bab masak memasak menantu aku yang bantu sekarang ni. Ringan la sikit rasanya...bukan sikit la tapi ringan banyak...hahah....Kalau isteri aku nak mandi pun aku yang kena pimpin masuk ke dalam bilik air. Duk la kami dalam bilik air tu...hahaha...Bantu dia duduk dan aku yang mandikan. Tapi gosok badan dan sabunkan badan dia yang buat. Cuma di bahagian yang dia tak sampai terpaksa la aku sabunkan. Bila tiba macam ni teringat pulak kata2 Datuk Fadilah Kamsah dulu..Dia kata sekali sekala suami isteri perlu mandi bersama untuk eratkan kasih sayang suami isteri. Tapi aku tak mandi sama pun...tak pernah pun...cuma aku hanya mandikan dia je masa dia tak sihat ni buat masa ni...hahaha... Kata2 Datuk Fadilah tu berdasarkan "Aisyah pernah menceritakan bahawa: Aku pernah mandi bersama Rasulullah dari satu bekas dan Baginda mendahuluiku (mengambil air dari bekas tersebut), sehingga aku katakan: Sisakanlah untukku, sisakan untukku. Sedang keduanya dalam keadaan junub. - [HR Muslim 485].." Nak pi ke mana-mana dalam rumah buat masa ni isteri aku perlu dipimpin. Aku anggap ini ujian aku dan isteri aku yang Allah swt bagi kat aku dan isteri aku. Aku tak pernah melayan almarhum bapa dan emak aku masa dia orang sakit dulu...jadi kali ni, ujian aku ialah Allah bagi pulak aku untuk melayan isteri aku ketika dia sakit dan kurang upaya buat masa ni...Redha aje la...Buat masa ni...Sentiasa aku doa supaya dia cepat sembuh. Aku tak kisah pun sekarang ni untuk layan isteri macam tu. Aku sentiasa doa, janganlah aku terpaksa dilayan oleh sesiapa pun seperti aku melayan isteri aku sekarang ni. Kalau nak mati pun biarlah aku dalam keadaan sihat dan tidak terlantar...aamiinnn... Aku memang taknak menyusahkan anak2 dan isteri aku...Ada ketikanya kita mudah menjadi DERHAKA ketika menjaga kedua ibu bapa...Jadi aku taknak anak2 dan isteri aku jadi derhaka semasa aku tidak bedaya. Jadi biarlah aku mati dalam keadaan sihat. Biarlah aku cuma dimandikan orang, setelah aku mati sahaja...aamiinnnn...

Ubat yang doktor bagi isteri aku tu untuk dimakan agak banyak jugak la..Masa makan ubat isteri aku agak kerap. Ada ubat yang perlu dimakan setiap empat jam. Jadi setiap 4 jam mesti beri ubat. Jam 12.00 tengah malam kena bangun, jam 4 pagi kena bangun...Ubat masih banyak lagi dan terpaksa la bangun dalam waktu2 yang berkenaan. Seringkali kepala dia rasa sakit yang sangat sakit la..tak tau aku nak cite...nak picit tentu tak boleh...sebab yang sakit tu di bahagian pembedahan. Mana boleh picit tak tentu pasal sebab tempat jahitan tu merupakan tempat tempurung kepala dibukak atau dibedah... nak picit macam mana. Doa aje dalam hati moga Tuhan ringankan sakit isteri aku tu. Cuma kena beri ubat tahan sakit sama seperti panadol tu setiap 4 jam...Bila ubat tahan sakit tu kesannya habis...maka sakit timbul kembali...Tak tau nak buat macam mana bila dia dah rasa sakit kepala yang amat sangat tu. Kesian aku rasa....ujian untuk dia...Tuhan akan beri ujian yang mampu ditangani oleh hambanya...Dia takkan beri ujian yang tak mampu diterima oleh hambaNYA. Aku pun tak pasti sampai bila keadaan macam akan berlarutan. Harap janganlah lama sangat. Setakat ni dah lebih seminggu dia discharged dari hospital. Bimbang jugak aku dia makan banyak ubat tu, bimbang akan muncul pulak kesan2 lain...harap2 janganlah jadi seperti yang aku bimbangkan tu.


Opst! berbalik kepada cite tadi. Sampai di kaunter 13, aku berhenti dan fikir sat...yang aku tau kaunter 13 tu tempat ambil darah pesakit. Kebetulan ada staf keluar pintu kaunter 13 tu. Aku terus tanya kalau nak buka jahitan luka kat sini ke...dia kata ya...Dia pun ambil borang yang aku bawa tu. Dia kata tunggu nombor giliran di panggil. Tak lama kemudian nombor giliran dipanggil. Aku pimpin isteri untuk masuk ke bilik 13. Staf pompuan kat dalam tu kata..masuk ikut pintu satu lagi...Aku pun pimpin isteri aku ke pintu satu lagi. Bila pintu dibuka, aku tanya sama ada aku boleh sama2 masuk ke. Dia kata boleh. Tiba di dalam, isteri aku disuruh duduk atas katil untuk rawatan. Tirai ditarik untuk tutup bahagian tersebut. Kemudian staf berkenaan sediakan alatan untuk buat tugas tu. Masa dia buat keje bukak jahitan tu, isteri aku duduk dan staf pompuan tu gunting sikit2 jahitan tu. Aku ceritalah berkaitan pembedahan kepala isteri aku tu. Masa tu aku ada di belakang staf pompuan yang sedang gunting benang jahitan di kepala isteri aku tu. Aku perhatikan staf tu buka jahitan isteri aku tu. Aku tanya jugak. Masa sekarang ni boleh atau tak kepala isteri aku dibasahkan. Dia kata dalam dua hari ni jangan dibasahkan. Selepas tu baru boleh tapi perlu dikeringkan betul2. Baik layanan staf yang bertugas bukak jahitan luka isteri aku tu...Moga dia sentiasa dirahmati dan diredhai ALLAH SWT dunia dan akhirat...Tak lama kemudian keje membuka jahitan tu selesai. Setelah selesai kami keluar, selepas ucapkan terima kasih banyak kat staf tu...Alhamdulillah...selesai dah...Terima kasih kepada semua staf KLINIK KESIHATAN BANDAR SERI PUTRA BANGI yang baik2 belaka tu...terima kasih...

Rasanya itu aje yang aku nak kongsikan di sini....moga kita semua, tak kira sapa, akan sentiasa diredhai ALLAH SWT dunia dan akhirat...Kepada sedara mara, jiran jiran dan kaum muslimin dan muslimat yang sakit...moga kalian semua segera disembuhkan oleh ALLAH SWT penyakit kalian...kepada yang kehilangan orang yang disayangi, moga2 ALLAH SWT tempatkan mereka dalam golongan orang yang soleh dan solehah...aamiinnn...

Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...

~ sekian ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...