Thursday, February 28, 2019

Hari Akhir sebagai Staf...Hari Pertama Sebagai Pesara..

Video hari akhir di Bangunan Penerbit sebagai staf UKM ada

DI SINI



Terima kasih banyak kepada en. matnoor yang membuat penerbitan video ni...

Diari Daud - Hari ni hari KHAMIS, 28 FEB. 2019,  hari ni hari akhir aku sebagai staf UKM..esok, 1 MAC 2019...aku mula menjelma sebagai YB...YANG BERSARA
...ekekeke..Hari akhir ni memang aku plan nak datang ke opis aku di
Bangunan Penerbit UKM tu...memang itu
rancangannya.
Aku ingatkan plan ni tak dapat dilaksanakan
namun akhirnya dapat jugak setelah aku dapatkan ubat di farmasi
petang semalam. Jadi pagi ni aku gerak ke ukm jam 9.30 pagi. Sebelum tu cari
pisang goreng di bandar baru. Tiba di opis lebih kurang hampir sangat jam 10.00 pagi.

aku, suraya & khalid - foto selfie aku banyak yg blur....banyak takleh guna..
aku, kamarul & en. matnoor
Kat opis bersua dengan cik matnoor, cik hazrul, cik siti suraya sulaiman dan cik anim...ada lagi cik khalid dan sempat angkat tangan dengan puan alia. Aku berada di opis
agak lama gak. Aku masuk bilik aku dan amik apa yang patut..
Bilik tu akan didiami oleh cik matnoor...aku dah
buat penyerahan kunci. Kunci2
studio aku serahkan kepada sdr. shahrul melalui
siti suraya. Dia orang keluar buat shooting. Cadang nak bertemu dia
orang tapi sampai aku balik dia orang masih sibuk dengan tugas di lapangan. Sebuah external aku serahkan kepada sdr. jasril, aku letak atas meja dia. Aku jugak
 mintak cik suraya shoot foto aku sedang tanggalkan nama aku 
di pintu bilik opis aku tu.....


mulalah amik apa yg patut...
siap amik dah...lepas ni ada penghuni lain...
Aku sempat juga berjumpa sdr. khalid dan kami bercerita
dengan dia berkaitan penyakit yang dialaminya. Aku bertiga dengan suraya.
Aku kesian sangat dengan dia...tak tau nak kata apa, hanya dalam hati aku doa sangat sangat dia akan cepat sembuh...moga cepat sembuh. Kata kata untuk yang lain
ialah moga kalian jangan stress dengan keje..cari ruang untuk
rehatkan minda...moga kalian semua dilindungai
oleh ALLAH SWT sentiasa...aamiinn...

Sempat juga aku posing dengan yang lain lain
untuk kali terakhir sebagai staf ukm. Sempat jugak sembang sembang
dengan miza yang ada urusan dengan sdr. khalid. Panjang jugak sembang dengan dia orang ni. Sempat jugak kami berbincang untuk naik bukit broga pada
9 feb ni...aku memang belum pernah daki bukit broga tu...
Foto selfie dengan dia orang banyak blur..haiyaa....


serah kunci bilik kat en. matnoor..foto suraya kut...
log out...foto suraya..
Encik matnoor mintak aku berlakon sikit untuk
dia shoot video untuk dibuat penerbitan video sebab hari ini adalah
hari terakhir aku di ukm sebagai staf pkk ni..tak sabar nak tonton hasilnya....
rasanya takde masalah pun untuk dia laksanakan video tu sebab dia memang dah biasa menghasilkan video dan masih terlibat dalam penerbitan video video di PKK tu...
Tak sabar rasanya nak tonton...hahaha...
Lebih kurang jam 12 lebih tengah hari aku keluar daripada opis kat bangunan
Penerbit UKM tu....
Sayanglah...banyak foto yang aku amik rata rata blur aje...jadi amik yang ok aje untuk letak kat sini...


foto lama ni masa jaga pa system di dewan anwar mahmud...1980-an
rakaman single cam dengan almarhum hj ramli....rasanya tahun 1990-an
sedang buat editing dgn media 100...sebelah aku tu abd. aziz ahmad, TA aku masa tu...1990-an rasanya..
Mengimbau kembali masa aku mula sampai ukm ni pada tahun 1983. Dapat surat tawaran daripada JPA lepas tamat belajar kat politeknik ungku omar Ipoh. Aku memang tak
pernah keluar daripada negeri perak, ini la mulanya. Sib baik kat KL
ada adik beradik yang dah lama diam kat KL ni. Dari
kampung terus KL dan tinggal bilik sewa dia
dan rakan2 dia...
Ada ramai jugak kawan dia
tinggal ramai2 kat KL tu...aku pun dah
lupa  tempat tu entah wujud entah tak lagi
 hari ni, rasanya tak jauh pun dengan bank negara kalau tak
silap. Jadi kawan dia yang bawak aku ke Bangi Lama sebab dia pernah tinggal
dengan keluarga angkat dia kat bangi tu. Rasanya perjalanan aku ke sini memang mudah, memang aku takde  sedara mara pun kat bangi ni. Jadi setelah kata putus dibuat
maka aku pun tinggallah di bangi lama bersama sebuah keluarga
yang tinggal dekat masjid bangi tu. Baik sangat keluarga
tu...moga ALLAH SWT masukkan kedua dua almarhum dan almarhumah
kedalam syurga tanpa siksaan kubur dan siksaan akhirat...
Aku mendaftar
sebagai staf ukm pada 15 November 1983.
Macam2 la asam garam kehidupan aku rasai, maklumlah
merantau dan duk kat bangi lama tu. Bukan senang
duduk di rantauan ni...ewah....maklumlah semuanya atas diri
sendiri, buruk pun usaha sendiri dan baik pun usaha diri kita sendiri gak
Kita kena pandai bawak diri dan pandai buat segala pertimbangan dengan sewajarnya. Umur aku masa tu baru aje 23 tahun...
Aku duk kat situ sampai tahun 1986 kemudian aku pindah
ke teras jernang, lebih hampir dengan ukm. Duduk satu rumah bujang dengan
Zainal staf unit pembangunan ukm. Masa bujang ni selalu turun KL. Saja je turun KL naik bas. Kat KL merayau aje sensorang...ada masanya kami reramai berbuka kat KL..
Aku jugak pernah duduk serumah dengan sdr. Kamarul sebelum
dia sambung belajar di UiTM di perak tu.......
Tahun 1990 aku pindah kembali ke bangi lama dan
menetap di taman bangi indah. Masa tu dah ada bini dan anak anak.
Sampailah sekarang aku menetap di Taman Bangi Indah ni...duk di sini daripada
sikit orang hinggalah ramai orang di sini setelah tumbuh bermacam macam taman kat sini. Dulu taman perumahan sikit aje kat sini...sekarang ni dah bersepah
...siap ada pasaraya lagi tu...kedai kedai usah cakap
la...mana mana pun ada....


taman negara 
ekspedisi hutan simpan ukm bangi..sebelah aku sdr. shahrul
Kajang masa tu tahun 1980an, merupakan pekan tak besar sangat pun...
pasaraya yang ada masa tu Billion aje...kemudian baru wujud
Ocean dan ala...lupa pulak...yang satu lagi tu...nampak sangat da tua..Dulu selalu
gak pi kajang untuk shopping sebab kat kajang aje yang ada pasaraya masa tu...Selain daripada itu aku sering naik bas ke KL, singgah Pudu Raya, la ni stesen bas bukan
kat pudu raya lagi kan...Masa tu pi memana semua naik  bas...kat KL selalu
pi bukit bintang...masa tu tenaga kuat, pi mana pun kat
KL tu berjalan aje dari stesen bas utama
di KL tu.....saden aje takde pape..

Sekarang ni aku pun dah tak tau 
apa ada kat kajang tu sebab da lama tak pi...Bandar
baru bangi dulu simple sangat...tak banyak fasa pun...sekarang ni
jangan cakap...sentiasa aje jem...nak masuk bandar baru pun susah...dah malas
pun nak masuk bandar baru bangi tu......La ni aku lebih banyak pi ke nilai negeri sembilan
tu......Dulu masa baru sampai bangi lama ni...hanya bas aje yang
aku gunakan untuk memana...kenderaan pun jarang aje...
Jalan ukm bangi lama gelap aje dengan
kebun getah...lama 
lepas tu baru ada  kelapa sawit....masa nak
balik ke bangi lama memalam buta pun takut kalau masa balik
keje tengah malam tapi harung aje la sebab itu aje jalan yang ada...takkan nak ikut
highway pulak kan....Masa duk
teras jernang pun sama jugak takutnya...gelap aje jalan bila malam....jalanraya masa tu memang jarang kenderaan pun, tak seperti hari ni...dulu boleh katakan kita boleh baring2 atas jalanraya tu....sebab kenderaan jarang sangat, mungkin hantu
pun bersepah bila malam...kut...sekarang ni jangan buat macam tu...
sampai pagi pun masih ada kenderaan yang lalu lalang dan
tak putus putus pun........
Pernah jugak berlaku, bila balik keje waktu tengah malam
ke bangi, ikut belakang bas last ke bangi jam 11.30 malam kalau tak silap...ikut 
aje la belakang bas tu dengan motor hingga tiba di kampung bahagia tu..Bila tiba kat kg bahagia bangi tu dah ok dah sebab banyak rumah tepi jalan...
lawak kan...hahaha...


program ISYAK di LANGKAWI 2007
rakaman TNEC 2009 RASANYA...


Mula keje, aku naik bas dari bangi lama ke ukm...
kalau tak silap aku, tambang bas tu cuma beberapa sen aje dari bangi
lama ke ukm. Beberapa bulan lepas tu beli motor cup buruk pun..dengan moto tu
lah aku berulang pi dan balik keje...banyak jasa moto tu...Ada motor senang sikit pi keje dan
tak perlu pun berhimpit himpit dalam bas masa balik dan pi keje...Bas tu pun bas
tua aje macam2 bunyi dalam bas tu, maklumlah bas tua, skrew da banyak
longgar kut...Namun gitu kena gak bersyukur kan...tapi tu la aku
lupa pulak sama ada aku bersyukur atau tak
masa tu..ekeke...

Di UKM aku diletakkan
di Pusat Teknologi Pendidikan UKM. Masa tu
pengarah teknik pusat teknologi pendidikan ialah chan bing fai. 
Masa tu jawatan aku sebagai juruteknik..memang grad daripada politeknik akan
menjadi juteknik J17 tapi sekarang ni jawatan tu da jadi penolong jurutera J29. Lebih seronok sikit kan......Mula keje aku tak tau nak buat pape pun, bantu aje keje keje juruteknik video yang lain...Masa tu juruteknik di PTP ialah abang jalil, kamarul baharin dan
juruteknik rendah almarhum haji ramli...Sekarang jawatan juruteknik
rendah dah dimasuhkan....semua naik ke juruteknik dan 
seterusnya penolong jurutera. 

Tak lama aku di PTP aku dihantar
ke Dewan Kuliah Utama untuk membantu almarhum
abang fadzil yang bertugas di sana. Tugas di sana ialah menyediakan
alatan bantuan mengajar dan mikrofon untuk kuliah dan pelbagai program yang diadakan di dewan kuliah tersebut. Sekarang ni dewan kuliah utama tu dah dikenali sebagai dewan
anwar mahmud. Alatan teknikal di sana semua dikendalikan oleh kami
dari Pusat Teknologi Pendidikan. Beberapa lama kemudian
aku sorang aje yang bertanggung jawab mengendalikan alatan audio
 dan tayangan kat dewan tu apabila almarhum abang fadzil kembali ke Pusat
teknologi Pendidikan UKM. Jadi sejak itu aku yang sediakan mikrofon dan on kan sistem audio di sana untuk kuliah harian dan sebagainya. Bukan itu aje...aku juga
bertanggung jawab menyediakan mikrofon untuk program program
seperti ceramah agama, forum dan sebagainya di dewan
tersebut.
Banyak sangat program di sana bukan siang aje tapi jugak malam serta
hari cuti sabtu atau ahad...memang banyak keje masa tu...ot tu kami takde had pun
masa tu, yang penting keje dibuat tanpa soalan....
Ramai jugak staf lain yang aku ajak keje dengan
aku di dewan anwar mahmud tu termasuk sdr. kamarul, haberi
dan almarhum haji ramli. Memang banyak sangat keje kat dewan tu dulu. Masa
tu ada dua buah dewan yang besar di ukm iaitu dectar dan dewan kuliah utama atau dewan anwar mahmud sekarang ni....


ULU DONG RAUB PAHANG...sdr. ali almarhum haji ramli dan siti suraya sulaiman
ULU DONG, RAUB PAHANG...2010 kalau tak silap...aku, sdr. ali, prof. jumaat, almarhum hj ramli dan cik shukri...
ulu dong raub..
Di Pusat Teknologi Pendidikan aku
pernah berpengarahkan pertama chan bing fai, 
dr. rudin salinger, ahmad jafni, dr. halimatun, prof. kamaruddin....
itu masa di PTP...Masa di Penerbit UKM pulak ialah, en hasrom, prof datuk
abdul razak dan prof. dr. kamaruddin. Masing2 punyai karekter masing masing sebagai pengarah. Masa dulu kami guna punch card untuk masuk dan keluar keje
...tak tau la sekarang ni, masih adakah lagi mesin punch
card tu lagi...kat ukm memang lama dah
tak wujud...aku pun tak ingat bila masa kami mula mula guna log in dengan komputer ni.

Masa PTP mendapat kelengkapan peralatan audio video
bernilai satu juta rm daripada grant jepun untuk mewujudkan STUDIO
UKM di dectar, aku diminta untuk sama sama involve dalam unit yang berkaitan
dengan video. Jadi keje keje di Dewan Kuliah Utama di gilir gilirkan dengan staf yang lain. Masa tu dalam grup audio visual ada beberapa staf iaitu abang jalil, kamarul,
almarhum haji ramli, aduka dan aku. Kami diketuai oleh Pembantu Teknik
sdr. AZIZ AHMAD....Keje kami di studio ukm tu meliputi pelbagai
tugas iaitu rakaman MCP setiap program besar di
dectar dan yang utamanya ialah majlis konvokesyen ukm
setiap tahun tu.. Apabila dewan kuliah utama diserahkan kepada JPP maka
kami tumpukan keje keje mcp di dectar dan jugak keje keje rakaman video single camera sahaja. Di studio jugak kami membantu menyediakan peralatan untuk
latihan mcp pelajar jabatan media dan komunikasi. Setelah
sekian lama kami jugak turut memberi tunjuk
ajar kepada pelajar untuk mengendalikan peralatan rakaman mcp
berkenaan hinggalah berakhir pada tahun 2013 kut apabila mereka sendiri mempunyai
studio mcp di jabatan media dan komunikasi, fssk.

amali mcp pelajar pengajian media...2009 atau 2010  mungkin...ada foto almarhum hj ramli...

amali mcp pelajar pengajian media...2009 atau 2010  mungkin...
Masa tu semua keje video kami yang buat
sama ada dalam kampus dan diluar kampus, tu sebab kami dari unit
video ptp popular seluruh kampus sebab kalau nak buat video kamilah yang
dihubungi. Kami jugak buat tayangan video masa pelawat luar datang ke ukm sama ada
di bilik senat atau bilik majlis. Dulu dulu bilik senat di kenali sebagai bilik jemaah....kalau tak silap..hahaha...Masa tu kami kenal hajjah  juli dan sebagainya masa tu...masa tu kami ni masih muda...sekarang ni pun kami masih muda kalau bandingkan dengan yang 
berumur 80 tahun ke atas...ekekeke....opst!

Banyak jugak kenangan kenangan lama masa keje sejak tahun 1983 hingga 2019 ni...mungkin aku tak boleh ingat semua tapi satu satu tu mungkin
masih ingat kut. Kami pernah buat rakaman mcp
di istana seri menanti semasa
penyampaian bintang kebesaran setiap tahun
semasa canselor ukm yang lama. Kami buat persiapan sehari lebih
awal di istana tu...Kami tidur kat resort dalam kawasan istana tu. Kalau resort penuh,
kami tidur di kuala pilah. Sekarang masa canselor baru, tak pernah buat rakaman mcp kat istana lagi. Unit kami jugak pernah buat rakaman mcp di dectar tapi audionya tak
terakam..fikirlah visual ada tapi audio takde. Rakaman tersebut merupakan
persembahan the zurah di dectar ukm.....fikirlah visual nampak
rancak aje dia orang menyanyi tapi audionya takde...
maknanya tak terakam la audio tu...hahaha...Banyak sebenarnya kenangan masa keje tu....


rakaman kayuhan basikan dari upsi ke ukm, sempena 45 tahun ukm
kendalikan pengarahan mcp di dectar


sanggar keje di langkawi 2018
 Tahun 1999 aku masuk belajar di ukm,
jabatan komunikasi masa tu. Aku dapat belajar sepenuh masa
dengan bergaji separuh. Bermulalah fasa belajar pulak. Aku amik bidang komunikasi
...major komunikasi dan minor sejarah. Masa belajar lainlah pulak ceritanya.
Masa ni memang aku dah ada bini dan ada anak anak....
Masa ni tumpu aje la kepada pelajaran. Tiga taun belajar...berulang alik la
aku pi kelas dari bangi lama ke ukm. Bila masa nak siapkan
projek video tu kadang kadang balik ke rumah
awal pagi...lalu aje la jalan sunyi dan seram menuju bangi tu..
Masa ni la aku kenal rakan rakan yang muda2 daripada aku satu bidang
pengajian...pengajian media dan komunikasi iaitu RAZIF, ISMA, FIZA, NIZA, JAMILAH,
GHAZALI, MAT FAT, NOORUL HAWA, MAT ROTU, NUYU...rasanya itu aje
kut...maknanya mana yang aku ingat ni tentu aku pernah akrab
dengan dia orang...Dia orang masa tu muda2 baru
kuar dari sekolah...aku masa tu da usia banyak tapi...belum tua
sangat pun...la ni pun belum tua...cuma lama aje kut...hahahaha...oopst!
Masa belajar tu jugak aku jumpa juruteknik 'garang' si bad tu..'Bad' tu panggilan
kebanyakan pelajar masscom masa tu...hahaha...tapi la ni dia dah jadi pensyarah KUIS tentu dah tak garang dah kut...hahahaha...Walaupun 'garang' namun dia amat
membantu para pelajar yang bernaung bawah pusat pengajian kami tu
...bidang media dan komunikasi....Staf yang sering ikut pelajar
ke lapangan...mana mana aje.......


masa rakaman video POS GOB dengan sdr. kamarul....

tasek chini pahang...pusat penyelidikan...2017 kut
Banyak kenangan yang indah dan tak berapa indah masa belajar ni..Yang tak indahnya ialah sebab kena belajar, kena gerak sana sini, kena pi sana pi sini, sama ada pi
kelas dan pi cari bahan di library...tapi tula kan, dah namanya belajar...
Kelas bukan setakat siang, malam pun ada, jadi kena la
aku berulang dari bangi lama ke ukm tu....
Kenangan yang indah tu memang banyak jugak, bila da
bercampur dengan pelajar lain tentu macam2 cerita yang timbul. Masa
ni memang seronok, memang enjoy walaupun kepala masa itu terbeban dengan
maklumat..Aku masih ingat beberapa perkara yang seronok gak masa belajar tu iaitu berkaitan dengan penerbitan filem..Ingat lagi aku, kami reramai bermalam di tepi pantai klanang banting untuk membuat rakaman nelayan di situ...sepanjang malam
kurang tidur..tidur bawah khemah aje..Aku lupa video tentang penerbitan
apa. Aku masih ingat jugak involve dalam penerbitan drama yang
mana diselitkan tarian dan lagu hindustan. Aku
involve dalam rakaman...ingat lagi ghazali yg sado pikul jibarm...
berat beb...usung ke sana sini...Aku jugak ingat rumah aku jadi lokasi shooting drama 
rakan rakan sepengajian...Aku ingat lagi kena stayback di jabatan komunikasi
untuk tunggu video siap disunting...kami ramai ramai ada di studio jabatan komunikasi...aku balik rumah kat bangi lama waktu dinihari dalam gelap gelita dan melalui jalan
ukm ke bangi lama yang banyak hantu tu...ekekeke...tapi tak pernah
pun aku jumpa hantu kat situ hingga hari ni pun...ooopst!
Masa tu kat jabatan komunikasi orang kuatnya
sdr. shuhaimi dan si 'bad' yang garang tu la...kalau takde dia orang memang susah la para pelajar masscom, jawabnya...
Pensyarah masscom kami masa tu ialah dr. rahmah, dr. asiah sarji, raja ahmad
alauddin, puan arfah dan...arrr...lain2 aku lupa dah......


train mcp pelajar intern tahun 2013 rasanya....5 orang di belakang tu pelajar intern yg tudung kuning senyum lebar berdiri tu bukan intern..
kendalikan rakaman mcp...lupa bila...


keje editng, lupa tahun bila..
Aku ingat jugak masa kami buat rakaman
perayaan thaipusam di batu cave tu untuk sebuah program
video yang aku lupa apa tajuknya. Aku jugak ingat masa buat video untuk
subjek 'kewartawanan siaran' dengan ros yang sekarang ni dia ada kat RTM tu...Aku ingat jugak menghasilkan video iklan tongkat ali, aku jugak ingat aku hasilkan secara grup
video eksperimental LGBT yang tak berapa erotik tu...aku jugak ingat
penerbitan mcp kumpulan aku di studio ukm tu dan aku salah
sorang daripada krew kamera masa tu..
Aku jugak ingat malam Festival Filem dan Penyiaran Pelajar ke 10 di dectar tu..
dan kami juara keseluruhan malam tu...dan...ada banyak yang lain lain yang aku tak ingat pun lagi...tapi tu lah, belajar masa tu memang enjoy aje
walaupun banyak keje sesangat..
Yang paling aku terkesan, kami dalam pengajian media ni amat rapat di antara satu dengan yang lain...memang rapat sangat...mungkin salah satu faktornya ialah kerana banyak
kerja2 penerbitan video dimana kami perlu berkumpulan dan juga perlu ada
kawan kawan lain untuk bantu membantu menyiapkan sesebuah
video....rasanya itulah kut...tu sebab kami rapat.....
Kami semua grad pada tahun 2002...rasanya semua berjaya dan ada yang meneruskan pengajian hingga peringkat yang paling tinggi...bagi aku cukuplah setakat
ijazah pertama...sukurang kurangnya aku dapat merasai
bagaimana rasanya belajar untuk dapatkan segulung ijazah...rasanya gitu la kut...
sekarang ni..da pencen da punnnnn......


foto untuk hari raya..2018
rakaman ucapan raya di masjid ukm foto kmarul 2018
rakaman ucapan raya di hukm..kiri sekali pengarah hospital tuanku muhriz..2018


2002 aku masuk keje kembali, kali ni PTP telah 'dinikahkan' dengan penerbit UKM dan kami duduk di bangunan baharu iaitu bangunan penerbit ukm. Macam biasalah bila
dah bekerja kembali tentulah buat keje kan...Bos aku masa ni
encik hasrom kemudian prof. dr. abdul razak dan
akhirnya prof. dr. kamaruddin.
Masa ini banyak keje keje video yang kami buat..
Rakaman penyelidikan tasek chini...Masa ni kami tidur dalam khemah
PLKN aje, mandi air kolah...masa tu aku dengan almarhum haji ramli, jurufoto pula sdr. ikhwan hashim. Lama jugak kami kat situ, seminggu kut, line tepon pun takde...dah la duk kat hutan tasek chini tu. Kami jugak banyak buat rakaman mobiliti pelajar...
Masa tu merata rata kami pi...hingga sabah dan sarawak
serta taman negara lagi tu...


tak tau krew konvo taun bila...
konvo 2018..grup rakaman mcp- foto mimi
konvo 2018 grup rakaman mcp...


Dalam tahun 2008 ke atas kalau tak silap aku..kami terima
staf baru iaitu...sdr. shahrul, jasril dan situ suraya...Masa ni dalam UAV
ialah aku, kamarul, almarhum haji ramli, aji ruhaizad, shahrul, jasril dan siti suraya.
Itulah grup video kami. Semua keje rakaman video kami buat sama ada single camera dan jugak multipple camera...semua kami buat. Rakaman mcp macam biasa, siang dan
malam termasuk rakaman majlis konvo tiap2 tahun tu...Kami jugak
buat rakaman penyelidikan rafflesia di hulu dong
raub pahang. Masa itu la kenal pegawai perhutanan EN. SHUKRI tu..
Selalu jugak kami pi ke sana...Cik Siti Suraya pun pernah pi ke sana...Maknanya
segala keje keje rakaman video kami buat dengan sebaik mungkin..

Akhir sekali...tahun 2013 Penerbit UKM dipisahkan daripada
unit grafik, unit cetak dan jugak audio visual. Penerbit UKM cuma tinggal penerbit
ukm sahaja. Unit Audio Visual diletakkan di bawah Pusat Komunikasi Korporat sementara unit unit lain terbubar dan kakitangannya di letakkan dibawah jabatan dan
pusat pusat yang berasingan....apa boleh buat laaa.....
Kami daripada unit audio video diletakkan di bawah PKK hingglah aku bersara
pada hari ini......gitu la citenya......huhuhu...

SELAMAT BERSARA UNTUK AKU.....


rakaman scp di kedah..2018 kut..aku, ikhwan dan saniy, staf baru masuk 2018...


rakaman untuk pusat citra- dr muzaphar sbg host..2017 kut..dari kiri cik asmahanim, cik suraya,
en. matnoor, sdr. izwan dan sdr. shahrul...depan tu aku la..
Sebelum aku tamatkan coretan ini, aku doakan moga kita semua
akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke
akhir hayat kita semua  dan jangan lupa setiap kali lepas solat sentiasa doakan moga ALLAH SWT luaskan kubur kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa mertua kita dan ALLAH
hindarkan mereka semua daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api
neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga dan kekal di dalamnya...aamiiinnnnnnnnn......

~ ~ SEKIAN ~ ~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...