Saturday, July 24, 2021

Isteri masuk HOSPITAL SERDANG - flashback.

Awal pagi, KHAMIS lalu, 22Julai 2021, aku dan anak lelaki aku bawak isteri aku pi ke Hospital Serdang. Jam sebelum pukul 5.00 pagi kami gerak. Aku risau sangat, macam perlahan aje kete bergerak. Memang perlahan pun, mana boleh laju, pepagi buta. Risau sangat aku. Lagipun isteri aku mungkin cedera bahagian dalam kepala. Dalam perjalanan isteri aku dan aku duk di belakang. Dia baring dan aku picit kaki serta urut2 kaki dia. Dalam hati risau sesangat...Kerete, anak aku yang pandu. Walaupun takde banyak kenderaan sebab pagi buta tapi tak boleh laju sebab bimbang mudarat kat isteri aku. Memang rasa lambat aje nak sampai.

Tiba di kawasan Hospital Serdang, terus cari Unit Kecemasan. Anak aku pi jumpa staf bahagian kecemasan tu. Tak lama kemudian dia bawak wheelchair. Aku terus aje pimpin isteri aku duduk di wheelchair. Dia tak boleh berjalan sendiri, mesti kena pimpin....dia kata pening dan badan tak stabil. Aku pimpin, dudukkan di atas wheelchair. Kemudian terus tolak ke pintu masuk Bahagian Kecemasan tu. Sebelum masuk, aku kena daftar dulu. Aku bagi IC isteri aku dan staf tu masukkan data ke dalam komputer. Bila dah siap aku tolak isteri aku untuk buat swap test di khemah luar, setelah disuruh oleh staf berkenaan. Sekejap aje dah dapat keputusan. Petugas di sini pakai PPE, tentu panas kan...mungkin letih dan tak tidur semalaman. Mungkin doktor kut yg bertugas di sini. Setiap pasakit yang nak masuk wad mesti buat swap test. Selesai aje, aku pun tolak wheelchair untuk masuk ke bahagian kecemasan. Staf tu kata pesakit aje boleh masuk. Staf tu sorongkan wheelchair masuk ke dalam. Aku dan anak lelaki kedua aku tunggu depan bahagian kecemasan tu.

Sebelah bahagian kecemasan tu ada bahagian yang berkhemah untuk pesakit Covid 19. Luas betul kawasannya. Memang Covid kat Selangor ni hebat sangat kut. Bimbang jugak dengan lokasi tu. Tambah pulak Covid varian Delta boleh merebak melalui udara. Ramai nampaknya pesakit sedang tunggu untuk rawatan. Mungkin sejak awal lagi dorang dah ada kat sana tu. Masing-masing ALLAH bagi ujianNYA. Takut tengok ramai pesakit Covid yang nak masuk di bahagian berkhemah tu. Ramai jugak. Kesian fronliners, mungkin ramai yang tak cukup tidur dan ramai yang dah kepenatan kut. Ambulan silih berganti hantar pesakit ke situ...seram sangat.. Lebih kurang jam 8.00 pagi, doktor panggil waris Mardziah, aku pun menyahut dan terus ikut doktor pompuan tu masuk. Sampai dekat isteri aku, yang masih atas wheelchair, dia kata dia nak pi bilik air. Alahhh...kesiannya, dia tak mampu nak bangun. Tentu sukarnya menahan untuk ke bilik air. Nak gerak sendiri tak boleh. Dia kata darah dah ambil dan ubat tahan sakit dah bagi. Dia kata sakit kepala bahagian belakang kepala masih ada. Dia kata dia dah termuntah. Aku tengok muntah air aje di atas lantai...dalam plastik pun ada...kesiannya..Dalam wad tak boleh rakam video dan foto..tak boleh buat pape la...

Kemudian aku terus tolak wheelchair dia ke tandas. Agak jarak jugak tandas dengan kawasan dia tadi tu. Dia masih belum dapat katil sebab ramai pesakit. Sampai di tandas berhenti sat sebab blur sat. Dua-dua pintu tandas tulis 'male/female'...tentu la blur sat kan..Kemudian terus masuk pintu sebelah kiri yang terbuka luas. Aku cek dulu setiap tandas kalau2 ada orang kat dalam tu. Nampaknya ketiga-tiga tandas kosong. Aku kembali pada isteri dan sorong dia hampir ke pintu tandas yang ditengah sebab kat tengah tu tandas duduk, nanti mudah la isteri aku nak berurusan dalamnya. Aku dirikan dia sebab dia tak mampu berdiri tegap. Kemudian aku bawak masuk ke ruang tandas yang sempit tu. Aku dudukkan dia atas mangkuk tandas. Aku sinsingkan kaki seluar dia yang melepe ke lantai tu. Aku bukakkan air paip dan laraskan supaya tak kuat memancut. Kemudian aku dirikan dia. Setelah dia turunkan seluar aku dudukkan dia atas mangkuk tandas. Kemudian aku keluar...takkan aku nak sama2 dalam tandas bersamanya, sedang buang air. Aku tunggu di depan pintu dengan setia...ewahhh...hahaha..

Bila dia kata dah selesai baru aku buka pintu. Dia kata dah selesai berhajat besar dan kecil. Bila dah sempurna pakai seluar, aku pimpin dia keluar tandas...bukan pimpin tangan tapi peluk bahagian depan badan dia sebab dia tak boleh berdiri sangat. Kemudian bergerak sikit2 ke wheelchair dan seterusnya dudukkan dia atas wheelchair. Dalam hati aku macam2 perasaan ada. Inilah perasaan yang pertama kali aku rasakan bila melayani isteri yang sedang sakit kat hospital...nak cerita perasaan tu pun aku tak pandai. Selesai aja, aku sorong wheelchair isteri ke tempat tadi. Tunggu aje kat situ. Sebelum aku tiba kat situ tadi isteri aku dah termuntah dah. Kat dalam plastik pun ada muntah, kat lantai pun ada. Plastik tu...mungkin staf yg bagi kat dia kut...aku tak tanya pun...Kemudian staf hospital berikan katil untuk isteri aku. Staf bawak lapik tilam dan selimut. Aku bantu letakkan cadar kat atas tilam tu. Dia pi sat, mungkin cari bantal kut. Tapi bantal tiada, dia bawak cadar yang dilipat jadi bantal....pun boleh laaa...Nampak dia orang mcm tention je...mungkin sebab wad kecemasan tu ramai pesakit yg perlu dilayan. Dengar citenya wad yang lain penuh dan ada pesakit yang kena duk di wad kecemasan hingga tiba waktu masa keluar wad....sayu pulak rasanya...

Setelah isteri aku baring di katil dan rehat aku pun mula nak gerak keluar. Sian dia sebab terpaksa berdepan dengan hal ni...ni mungkin ujian ALLAH SWT...Kemudian aku pun keluar dan tunggu di luar. Tak lama kemudian anak lelaki sulung aku pun tiba. Maka kami bertiga ada di Hospital Serdang hari tu. Masa kat luar isteri aku wassap suh bawak ubat darah tinggi, stokin dan baju sejuk. Masa tu jam hampir 8.00 pagi. Dia mintak wan balik dan aku tunggu. Kami ambil keputusan suh anak perempuan aku datang hantar benda-benda tu semua. Kami masih tunggu di Hospital Serdang. Beberapa lama kemudian anak perempuan aku tiba dan parking depan Bahagian Kecemasan. Aku amik beg yang diisi pakaian isteri aku. Aku suruh anak lelaki kedua aku dan anak pompuan aku balik dulu...Aku gerak masuk ke bahagian kecemasan tu untuk berikan beg pakaian kepada isteri aku...Anak sulung aku tunggu kat luar.

Tiba di katil isteri aku, tak kelihatan isteri aku di situ. Terpinga pinga jugak aku. Tiba2 aku kelihatan Umi iaitu isteri Tuan Haji Sudin, jiran sama taman kami. Umi ni memang salah sorang rakan baik isteri aku. Mula kenal sebab almarhum adik ipar aku, Zizah, jaga anak dia, Fatehah, masa dorang bekerja puluh taun dulu. Sekarang anak pompuan dia tu dah Grade U...dah besar dah pun...Isteri aku dah lama kenal mereka tu...Zizah tu adik perempuan isteri aku. Kami bersembang panjang jugak la kat situ. Aku tak sedar pun Tuan Haji Sudin kat katil sebelah katil isteri aku tu masa awal pagi tadi...Tak lama kemudian isteri aku tiba di katil dengan dibawa oleh staf atas wheelchair. Isteri aku kata nak pi bilik air. Jadi aku bawak la isteri aku pi bilik air atas wheelchair tu. Sama macam cara aku bawak dan urus isteri aku kali pertama ke bilik air dan selesai semuanya, sama aje caranya seperti kali pertama pi bilik air tadi. Selesai aje terus bawa ke katil. Tiba dikatil terus pimpin dia baring di katil. Memang dia rasa sakit rasanya...Sempat dia makan roti. Isteri aku aku dah cek jantung dan buat scan. Setelah dia baring di katil, aku pun gerak keluar. Dia pun dah muntah lagi...

Di luar aku bincang dengan anak sulung aku. Kami bersetuju untuk gilir2 jaga isteri aku hari ni, KHAMIS. Aku mintak dia jaga hingga Zohor. Lepas Zohor, anak kedua aku tunggu pula. Malam nanti lepas Maghrib hingga esok pagi, JUMAAT, aku tunggu. Jadi aku balik dulu untuk selesaikan apa yang patut. Anak lelaki aku teman aku hingga ke kete. Kete aku, ada kete lain yang blok di belakang, tapi owner kete tu tinggalkan no. hp untuk dihubungi. Anak aku yang call sementara aku tunggu dalam kete dengan enjin kete dah hidup dah pun. Parking di sini memang macam ni la setiap masa. Goreng pisang pun tak selaris parking kat H. Serdang ni. ...sendat sangat...hahaha..Memang tak boleh elak parking yang penuh di Hospital Serdang ni. Bila owner kete sampai...dan alih kete...aku pun gerak balik. Dalam perjalanan balik bermacam-macam perasaan ada...aku pun tak tau nak kata apa dan tak pandai aku nak coretkan di sini...bercampur baur. Perjalanan balik, aku pi isi minyak kete dan beli pampers dewasa kat farmasi. Terfikir aku nak beli pampers sebab kalau tengah malam buta isteri aku nak pi bilik air, takde sapa nak pimpin. Staf semua sibuk sebab ramai pesakit...ruang antara katil pun payah nak lalu...Dia tak mampu nak jalan sendiri...Itu sebagai persediaan kalau2 perlu sangat...kesiannya isteri aku...Masa kat rumah dapat mesej anak lelaki aku...doktor kata isteri aku ada pendarahan dalam otak. Doktor sedang bincang dengan doktor pakar di HKL berkaitan kes tersebut serta mungkin perlu pembedahan. Jadi aku kena bergegas balik ke hospital dan tak sempat rehat banyak....Masa kat rumah aku terima call Along Awaludin....Dia tanya kabar berkaitan isteri aku...Dia 'beras' aku dan suami kepada adik pompuan isteri aku. Dorang kat Johor sekarang ni. Kami sembang agak panjang jugak. Dia cite dia dah serah tugas dah, sah pencen hakiki sekarang ni...Dia dah jadi YB sekarang ni...YANG BERSARA. Tahniah Along...Sebelum tu...'beras' aku, ABANG KAMAL call, tapi tak sempat angkat...

Mengimbau kembali macam mana isteri aku boleh sakit macam tu... Sebelum jam 5.00 pagi isteri aku masuk bilik air. Aku dah sedar masa tu. Tak lama kemudian aku terdengar bunyi jatuh dalam bilik air. Isteri aku bunyi mengerang dan dalam aje bunyi suaranya dan tak jelas bunyinya. Aku punya risau bukan main-main dengan gigil2 badan aku...Pintu kunci dari dalam. Lagi la aku risau. Isteri aku kat dalam mengerang kasar je bunyi suaranya berkali-kali....risau dan hiba pulak aku dengar....Dalam kelam kabut aku cuba pecahkan pintu. Nasib baik pintu bilik air tu pintu plastik pvc. Puas gak aku tolak akhirnya kunci kat dalam patah dan tercabut. Tengok isteri aku dah terlentang atas lantai. Kepala berhampiran sudut pintu serta boleh nampak dari luar...Dia dah tak berapa sedar tapi masih bersuara garau yang aku tak faham. Kelihatan macam dah nazak. Aku ajar dia mengucap sambil aku pangku dia. Tak sedar aku pun menangis panggil nama dia. Memang aku dah rasa dia akan tinggalkan aku. Sedih aku...menangis aku...tak pernah aku menangis sambil panggil nama dia...selang seli dengan ajar dia shahadah. Tak sangka aku keluarkan air mata jantan aku..Pertama kali aku menangis...Tuhan je tau risau bukan main masa tu..Dia dah kaku macam dah nazak sangat dah. Terusan aku ajar ngucap, dia ada bersuara tapi tak pasti sebutan, sedutan nafasnya makin kuat dan kemudian makin pelahan. Aku tengok dia dah pejam dah...ngelabah lagi aku..aku dak agak macam dia dah nak pergi dah. Aku gigil bukan main. Aku letakkan kepalanya atas lantai...sebab tak dapat cari kain untuk alas kepala dia. Kemudian pi kejutkan anak perempuan aku dan anak lelaki aku. Kami kembali ke bilik air. Anak pompuan aku dah ada dalam bilik air. Kami sama-sama angkat dia ke bilik depan dan letakkan atas katil. Kami memang berniat nak bawak ke hospital segera. Aku minta anak pompuan aku pakaikan pakaian dia. Dia dah 'tegobe je' kata oghang Peghak..Aku pi bilik air, mandi sikit dan bersiap, solat sunat 2 rakaat sekejap. Dalam keadaan macam ni memang menangis la kalau berdoa...maklum la isteri sendiri beb...Jantan macam mana pun kalau dengan isteri yang dah lebih 30 tahun hidup bersama, jadi macam tu la, tentu menangis punya...melainkan kalau lelaki yang tak sayang isteri...Selesai semua terus pimpin isteri masuk kete dan gerak ke Hospital Serdang. Dalam kete, isteri aku cite masa dalam bilik air dia pening dan terus tumbang. Dia cuma sedar masa dah ada atas katil, dia kata...Itupun dah makan masa 10-15 minit. Sebelum tu dia tak tau apa berlaku...masih bernafas tapi tak sedar. Macam aku dulu kemalangan kete langgar pokok dalam tahun 2009 dulu....jalan Bangi Lama ke UKM...selekoh banyak Jin tu..Lepas langgar pokok aku tak sedar langsung. Aku sedar bila dah ada atas rumput tepi jalan. Masa orang kuarkan aku dari dalam kete, aku tak sedar langsung. Macam sedar tak sedar aje orang kuarkan dari kete, jin agaknya yang kuarkan...Ewahhhh...jin pulak yang dapat nama. Kawasan kemalangan tu katanya keras...bukan keras sebab batu jalanraya...opst!...Sebab ada orang cite, orang tu nampak aku kuar sendiri dari dalam kete yang dah remuk 'tumbang' tu...Aku dikatakan kuar sendiri melalui pintu remuk tu...Sedangkan aku dalam mamai2 tu rasa ada orang yang keluarkan aku...Kalian fikirlah sendiri...Peristiwa kemalangan aku dalam tahun 2010 tu boleh dibaca DI SINI.

Dalam kete kami iaitu aku dan isteri aku, sembang dan dia masih boleh bercakap. Aku cite la aku nangis masa dalam bilik air tu. Aku rasa la, semua suami yang dah lama kawin macam aku ni, mesti kebanyakannya akan menangis kalau tengok keadaan bini macam tu...jangan nak ego sombong la...hahaha...Dia kata sayang jugak aku kat dia...hahaha...Biasanya memang kami selalu bersembang masa kat rumah, kalau boleh biarlah aku yang mati dulu bukan dia. Aku lebih suka macam tu..Memang serius aku suka macam tu...sebab kalau dia pi dulu aku malas nak cari bini lagi. Lelaki ni biasanya kalau isteri meninggal kebanyakannya akan cari isteri baru...Aku malas nak buat macam tu...tapi lelaki ni kebanyakannya tak boleh hidup sendiri...macam takut je nak tidur memalam sensorang kut...ekekeke...opst! Itu yang aku tak mau hadapi kalau dia pi dulu...biar aku je pi dulu. Bapak aku dulu pun, emak aku meninggal dulu drpd bapak aku, umur emak aku masa tu 65 atau 66 tahun. Emak aku pun meninggal asbab jatuh dalam bilik air...Bapak aku kawin lagi...isteri dia yang dikahwininya jugak meninggal. Akhirnya dia membujang hingga meninggal pada umur 96 tahun...Rasanya memang lelaki tak boleh hidup sensorang kut....Aku pun taknak hidup sensorang...jadi doa aku, biarlah aku mati dulu daripada isteri aku...jadi tak perlu la aku cari bini lagi kalau aku pi dulu...Tapi kalau kita tengok disekeliling kita la ni pun, memang suami lebih ramai pi dulu daripada isteri, ye dak...

Balik kepada cite tadi, sampai je di hospital, kami tunggu aje apa2 perkembangan dari doktor. Dalam masa yang sama anak sulung  aku hubungi rakannya yang mungkin membantu jugak dalam hal berkaitan isteri aku tu. Lepas maghrib, anak sulung aku tinggalkan kami sebab dia nak balik. Tinggal aku dan anak kedua aku di situ. Kami jugak tunggu di situ kalau ada perkembangan terbaru. Kami jugak bersembang dengan Umi dan anak pompuannya. Lepas isyak anak lelaki kedua aku pun balik ke rumah sebab malam ni giliran aku tunggu di situ. Bila anak lelaki aku balik, aku tunggu la di situ. Tak lama kemudian aku rasa mengantuk dan nak masuk tidur sat dalam kete di tempat parking yang samar2 je cahaya lampunya. Dalam kete dapat call daripada doktor, dia nak jumpa dan bincang. Tak sempat nak tidur, rasanya waktu tu dah jam 11.00 malam kut..tak pasti. Jadi aku pun terus masuk ke dalam wad kecemasan. Aku jumpa doktor berkenaan. Dia kata dorang dah buat scan lagi sekali dan pasti memang ada pendarahan dalam kepala. Pendarahan yang aktif...Jadi dorang kena hantar isteri aku malam tu jugak ke HKL. Doktor tu cite kos implan untuk stop kan pendarahan. Kalau aku sanggup bayar kos tu, dorang akan hantar ke HKL malam tu...Tanpa fikir panjang, aku kata aku sanggup bayar. Takkan nak risikokan isteri aku. Doktor tu kata pembedahan tu jugak ada risikonya dan kalau tak bedah pun, berisiko jugak. Aku tak fikir panjang, aku kata sanggup je...Takkan aku nak biarkan isteri aku dalam kesakitan. Selesai jumpa doktor aku terus call anak lelaki aku. Dia kata akan datang malam tu. Doktor tu kata akan dapatkan ambulan untuk bawa isteri aku ke HKL. Dia kata aku kena bawak kenderaan sendiri, follow kete ambulan tu sebab dalam ambulan tu cuma isteri aku dan doktor sahaja.

Aku memang tak mahir dengan KL tu jadi aku perlukan anak lelaki aku sama2 pi dengan aku ke HKL tu. Tak lama kemudian anak lelaki aku sampai di Hospital Serdang. Malam tu jugak aku dapat tau daripada Umi, Tuan Haji Sudin dah boleh keluar hospital dan akan balik rumah malam tu. Kami juga sempat jumpa Tuan Haji Sudin di luar bahagian kecemasan tu  sebelum balik. Kami bercerita panjang jugak. Doa aku, moga2 dia terus sihat hingga akhir hayat...aamiinnn...Rupanya dia dah 68 tahun. Dia tua daripada aku lebih kurang 7 tahun. Macam magic je...kami ni dah tua-tua belaka rupanya...hahaha...opst!

Tak lama kemudian dalam kul 1.00 pagi JUMAAT tu aku terima wassap isteri aku. Dia kata dia dah ada atas wheelchair untuk dibawa ke HKL. Bergegas aku ke sana dan jumpa dia atas wheelchair tu. Aku shoot dengan hp surat yang ada dinyatakan untuk di transfer ke HKL tu. Kemudian datang pemandu ambulan tu dan aku bantu tolak wheelchair tu ke kete ambulan. Kemudian aku bantu isteri aku naik ke dalam ambulan.  Pemandu ambulan tu suruh shoot foto isteri aku dalam ambulan sebagai bahan bukti untuk lepasi sekatan merentas negeri antara Selangor dan Kuala Lumpur. Anak lelaki aku pi ambik kete untuk siap2 follow ambulan tu...Kemudian kami terus kejar ambulan yang dah gerak bawak isteri aku tu. Akhirnya kami jumpa jugak sebab aku pun ingat nombor kete ambulan tu. Kami follow je kete tu...Tiada siren pun cuma lampu ambulan aje yang klip-klip. Slow je dia bawak mungkin sebab isteri aku ada pendarahan kat otak kut...itu jangka aku je la...tak pasti betul atau tak...

Akhirnya kami tiba di HKL dan singgah di bahagian Kecemasan. Tak lama kemudian ambulan terus gerak ke Bangunan Neurologi. Anak aku parking kete di parking lot. Kemudian kami sama2 gerak ke Bangunan Neurologi. Kemudian kami jumpa pengawal yang jaga kat pintu masuk bangunan tu. Cakap nak jumpa isteri di Wad 6A. Pengawal tu talipon kat bahagian tu. Dia kata boleh masuk sorang je. Jadi aku pun terus masuk lift. Sebenarnya nasib baik aku yang masuk sebab di atas aku yang kena buat urusan. Mulanya aku suruh anak aku yang pi. Tiba di Wad 6A terus masuk kemudian jumpa nurse yang ada kat meja dalam wad tu. Ada beberapa orang sedang buat urusan masing2. Kemudian aku dipelawa untuk dengar penjelasan staf berkaitan borang yang akan aku akui. Tapi sebelum tu doktor yang incharge ketika tu, terangkan kepada aku prosedur untuk pembedahan dan kos implan berkenaan. Bila aku dah puas hati baru aku berdepan dengan nurse yang akan bacakan segala maklumat dalam borang yang aku kena tandatangan tu. Banyak syarat yang dibaca dan pelbagai maklumat ditanya. Banyak peraturan tapi aku tak berapa nak ingat semuanya. Satu aje yang aku paling ingat ialah 'sepanjang isteri dirawat disitu, tiada sebarang lawatan dibenarkan'. Akhirnya aku tandatangan kedua-dua borang tu. Borang tu staf yang bacakan dan tik. Aku cuma dengar dan tandatangan aje...Apabila selesai dan puashati semua aku pun gerak keluar wad di tingkat dua tu. Staf tu kata aku dah boleh balik dan tunggu aje call esok untuk urusan pembedahan...


Kami pun gerak balik dalam pukul 2.00 pagi kut. Kami ikut lebuhraya, memang kami jumpa pun dengan sekatan polis dan berhenti. Anak aku tunjuk je foto dan surat yang aku dah disnap dgn hp tu sebagai bukti kami pi HKL. Tanya dia kena isi borang permohonan untuk rentas sempadan tak. Polis tu kata tak perlu cuma tunjukkan aje surat transfer isteri aku ke HKL tu dan jugak foto isteri aku tu jika bersua dengan sekatan. Sebenarnya hospital kat Serdang tu, tak keluarkan surat untuk untuk bukti isi borang rentas daerah kat balai polis. Bila aku mintak kat kaunter urusan dalam wad kecemasan kat Serdang tu untuk dijadikan bahan bukti, dia balas pertanyaan aku dgn kata2 macam tention je...Aku tak kisah pun cara dia sampaikan kata2 tu...Aku dah lebih 35 tahun dalam perkhidmatan awam dan bermacam-macam kerenah aku jumpa dalam tempat keje aku dulu tu...hahaha...Tapi ye la, aku pun faham, dia orang tention sebab wabak Covid ni sebenarnya dan wad yang penuh tu..... Hari ni, SABTU, kes dah sampai cecah 15K lebih. Harap kita jangan ada yang sakit sebab nampak macam katil hospital dah takde yang kosong gamaknya dah dan frontliners pun mungkin dah letih sangat kut...Tu sebab ada yang tersuntik picagari yang kosong sebab dah letih sangat-sangat. Kita pun kena faham dengan situasi mereka sekarang ni. 
Kami teruskan bergerak lepasi sekatan tu menuju ke Hospital Serdang. Kami singgah sana untuk ambil kete anak aku yang parking kat situ. Dari situ kami terus balik ke rumah. Sampai rumah mungkin dalam jam 3.00 pagi lebih. Sempat la tido sat.


Esok pagi dapat call dari Bahagian Neurologi tu. Staf sana cakap doktor nak jumpa. Bergegas kami pi ke HKL pagi tu. Dalam perjalanan ada satu tempat tu, ada sedikit jem sebab sekatan tapi dia tengok aje surat dan foto yang aku dah print kat atas dashboard tu. Dia tengok aje dan terus suruh teruskan. Yang aku nampak kenderaan perdagangan dorang cek betul-betul...mungkin cek surat MITI kut...Akhirnya tiba di bahagian Neurologi. Kami call wad 6A. Staf situ suruh naik ke wad 6A di atas. Tiba di atas nurse tanya apa yang dibincangkan dengan doktor semalam. Aku ceritan kos klip implan dan jumlah klip yang diperlukan. Jadi dia kata masukkan duit ke mesin ATM di MAYBANK. Aku nak bayar cash tapi dia kata tak terima cash. Bila dah masukkan duit, snap resit dan email ke alamat email yang diberi dan wassap resit tu ke wassap yang dia beri. Akhirnya buat salinan dan salinan di hantar ke wad. Pelik aku dengan urusan yang macam tu. Nape tak mudahkan lagi urusan. Sediakan kaunter untuk bayar cash, tentu lebih mudah dan cepat dan salinan resit boleh dapat serta merta. Tapi sebab fikirkan masalah isteri usaha jugak cari mesin ATM MAYBANK.  Kalau semalam dia bagitau, kat rumah aku siapkan semua melalui online banking kat PC aku...ewahhh...bukan nyombong tapi letih bila berurusan macam ni, yang boleh dimudahkan lagi tanpa menyusahkan. Aku pun pernah keje gomen lebih 35 tahun...ewahhh! hahaha... malas aku nak komplen banyak2...korang nilaikan aje sendiri.....Syukur jugak la sebab masih mampu bayar untuk uruskan masalah isteri. Macam mana dengan orang yang susah2 dan tak bernasib baik tu, yang terpaksa untuk dapatkan dana daripada pelbagai pihak sebab tak cukup wang...Waris yang sakit hiba pulak depan mata...rasanya, mereka lagi tention daripada aku...Bila teringatkan hal macam tu rasa bersyukur dan insaf sangat jugak la..masih mampu atasi masalah...jika dibandingkan dengan mereka yang kurang bernasib baik...tak gitu....? Aku doakan mereka yang tak bernasib baik, mendapat pertolongan ALLAH SWT dalam urusan yang sebegitu...aamiinnn...


Nasib baik anak sulung aku ada di HKL sebab hantar isteri dia untuk vaksin di HKL. Dia pun biasa dengan hospital-hospital ni. Dia keje dengan syarikat yang menjadi supplier alatan perubatan ke hospital-hospital seluruh Malaysia. Dia pun dah biasa dengan kawasan sekitar tu. Dia ajak aku pi cari MAYBANK sekitar situ. Staf hospital tadi cakap di Kampung Baru. Anak aku kata Kampung Baru jauh. Dia usahakan cari di kawasan berdekatan. Search kat google kut. Dapatla di lokasi berdekatan dan aku dah lupa nama kawasan tu. Kalau aku yang cari, sampai kiamat tak jumpa, tu sebab aku lebih suka duduk rumah aje. Tiba di bangunan MAYBANK tu aku turun dan masuk ke dalam bangunan MAYBANK tu. Ramai yang ada kat situ. Aku pi ke mesin untuk masukkan wang. Punyalah lama aku gunakan mesin tu. Dah puluh taun aku tak guna mesin masuk duit tu. Biasanya aku online ke bank melalui komputer rumah je. Jarang guna jugak apps bank di HP, bimbang tak selamat. Lagi pun mungkin aku 'old school' kut...hahaha..Mesin tu pulak asyik tak terima wang lusuh gamaknya...lama jugak la. Akhirnya berjaya jugak masukkan cash tu.


Selesai aje, aku masuk kete anak aku. Fikir pulak untuk buat salinan resit tu untuk bagi kat wad 6A tu. Anak aku kata dia nampak singboard fotokopi tu. Aku dah malas nak cari. Dia sendiri pi cari untuk buat fotokopi. Tinggallah aku dalam kete, sembang ngan cucu...hahaha...Tak lama kemudian anak aku masuk kete dan kata dah selesai buat fotocopy. Kemudian kami terus pi ke bahagian Neurologi HKL tu..Tiba je, aku terus naik atas untuk berikan salinan resit tu kepada staf wad 6A tu. Sampai di atas terus masuk dan berikan resit tu. Jururawat yang berkenaan jelaskan semua prosedur. Bayaran untuk inplan tu kena jelaskan cepat untuk teruskan urusan pembedahan. Dia akan call bila nak buat pembedahan nanti. Waktu tu dah tenagh hari dah. Jadi aku tunggulah kat Bahagian Neurologi tu. Letih jugak menanti. Anak kedua aku keluar untuk selesaikan urusan lain dan balik ke rumah. Anak lelaki sulung aku pi ambil isteri dia lepas vaksin untuk hantar isteri dia balik.Tunggu la aku di situ untuk terima call dari staf bahagian neurologi tu.


Lebih kurang jam 2 atau 3 petang aku dapat call daripada staf neurologi, suruh aku ke LG atau Lower Ground sebab dorang akan tolak katil isteri aku untuk masuk bilik bedah. Tunggu la aku kat situ. Tak lama kemudian staf yang tolak katil isteri aku tu tiba di LG dengan melalui lift. Mereka terus masuk satu ruang di bahagian pembedahan tu. Kemudian dorang suruh aku masuk untuk jumpa isteri sebelum tolak masuk bilik bedah. Isteri aku salam dengan aku...Aku minta izin staf untuk snap foto isteri aku. Selesai aje staf tu gitau aku untuk ambil semua barang isteri aku di wad 6A tu, semua sekali tanpa tinggalkan apa2. Semua barang aku bawak turun, pakaian, cerminmata, hand phone, botol air dan macam2 la...jenuh jugak aku kendung beg yang banyak barang tu. Masa aku uruskan semua berkaitan isteri aku tu...aku tak rasa lesu pun...mungkin ALLAH SWT kut yang beri kemudahan pada aku dan isteri aku..Mungkin jugak doa2 daripada semua kut...yakin aku dengan doa2 tu...Bila semua dah kemas aku terima call anak sulung aku. Dia kata akan ambil aku. Anak lelaki kedua aku dah ada di rumah dah.
Bila anak aku sampai, kami pun terus balik ke rumah. Jam masa tu dah pukul 3 petang kut, hari JUMAAT. Sepanjang aku uruskan isteri aku di Hospital Serdang dan di HKL...kami amat hampir dengan pesakit Covid. Di Serdang, kawasan khemah pesakit Covid bersebelahan dengan Bahagian Kecemasan. Sementara di Bahagian Neurologi urusan pesakit Covid sebelah menyebelah aje lift nya. Kami selalu dilarang berada di lobi sebab urusan pesakit Covid tu pun di lobi yang sama. Bimbang jugak aku sebab varian baru sekarang ni boleh merebak dengan cepat melalui udara....


Tiba di rumah memang aku keletihan dah....rehat aje la sampai malam. Payah jugak nak tidur. Hari SABTU, aku duk rumah aje tunggu apa apa call dari hospital. Anak-anak aku pun rajin call wad tu untuk tanyakan perkembangan ibu dorang. Akhir berita yang diterima dari HKL tu, isteri aku tu dah boleh makan dan dibuat scan lagi bahagian pembedahan tu. Harap semuanya selamat hingga betul-betul sihat. Di sini jugak aku ingin ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH atas semua doa2 sedara mara, rakan2 isteri aku, jiran2 kami serta sesiapa saja sama ada jauh dan dekat serta yang mendoakan kebaikan untuk isteri aku tu. Moga ALLAH SWT masukkan kalian semua ke dalam syurga serta terhindar daripada siksaan kubur, siksaan Mahsyar dan siksaan neraka...aamiinnnn....
Moga kita semua juga sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dunia dan AKHIRAT...aamiinnnn...


Rasanya itu aje yang aku sempat tulis hari ni....jangan lupa teruskan dengan #bmf, kalau tak mampu semua jangan tinggalkan semua..
Sekian....

daud.montak.zakaria.


No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...