Monday, December 30, 2019

Menjengah Desa 23 - 30 Disember 2019...

kampung aku la ni...
Diari Daud - 23 Disember - 30 Disember 2019 aku berada di kampung halaman aku kat Perak tu..Aku balik ke Perak dengan isteri dan dua orang anak lelaki kami. Anak lelaki kedua aku tak sihat tapi kami gerak jugak ke Perak....Hal balik kampung ni memang dah dirancang awal2 lagi dah...Kami gerak ke Perak waktu hampir tengah hari dan tiba di kampung aku tu selepas Zohor kut...aku pun da tak ingat sangat dah...Tak kisah la yang penting aku balik kampung masa tu....hahaha...


pekan Parit
pekan Parit
pakan Parit
pekan Parit
Aku tak berhasrat untuk tulis kat sini mengikut urutan peristiwa sebab aku memang dah lupa tarikh tarikh tersebut. Usia da tua la katakan...eh! dah tua ke..hahaha...Ada beberapa perkara yang aku lakukan ketika berada di kampung tu. Tapi tu lah nak ingat balik semuanya agak payah sebab tak bercatat langsung. Ingat mana yang ada kat kepala aje. Sampai aje di kampung tentu aje kami terus ke rumah kami yang dah lama siap tu...bukan besor mana pun tapi rasanya cukuplah untuk aku dan isteri tinggal sebelum kami dijemput Pencipta untuk ke alam lain. Kita jangan terlalu tumpukan sangat hidup kat dunia ni...tak lama pun...habis tinggi pun 70 tahun...kalau lebih daripada tu maka itu usia bonus yang Tuhan bagi...Hidup di alam barzah lagi lama....kalau tak percaya...contohnya moyang kita dulu mati masa tahun berapa...masa tu kita pun takde...Katakan dia mati masa tahun 1900...fikirlah berapa lama dah dia di barzah tu...sedang kan dia mati mungkin dalam usia 70 tahun...sekarang ni 2019....dah lebih 100 tahun dia dalam barzah...jadi dia dah berada dibarzah lebih lama daripada usianya dia kat dunia ni jika dia mati pada usia 70 tahun...jadi hidup di barzah lebih lama daripada hidup kat atas bumi ni...opst! melalut pulak aku...hahaha...Jadi tak payah la terlalu sangat fikirkan hal dunia ni sepenuh hati...tapi tinggalkan dunia langsung pun tak boleh jugak sebab sumber pahala yang kita jana tu adalah di dunia ni....bukan planet lain..opst!

jambatan kecik hubungkan pekan Parit dengan tanah seberang sungai...
jambatan kecik hubungkan pekan Parit dengan tanah seberang sungai...
kubur ibu
kubur bapak
Sebaik tiba terus aje bersihkan rumah tu...maklumlah malam nanti nak tidor kat situ. Sebab dah agak lama rumah tu tak berpenghuni maka kami bacalah apa apa yang patut semasa tinggal di situ maklumlah rumah kat kampung. Dah namanya kampung tentu ada makhluk lain yang Tuhan jadikan bersama kita manusia ni...Jangan tak percaya... JIN dan SYAITAN ada disebut dalam AL QURAN. Kalau tak percaya JIN dan SYAITAN tentu ISLAM kita tak sempurna..sebab seolah olah kita tidak mempercayai apa yang disebut dalam AL QURAN tu...nauzubillah....
Masa berada kat kampung tu sempat la aku tengok suasana gelap keliling rumah waktu malam...banyak malam jugak la...Teringat aku masa zaman remaja keluar waktu malam..lihat ke langit, tengok bintang2 dengan rakan yang aku ada masa tu..Bila tengok suasana gelap keliling rumah teringat dan rindu masa remaja...keluar memalam dan sebagainya..Aku memang keluar waktu malam sembang2 dengan kawan2...siang siang memang aku jarang keluar...Tapi tu lah walaupun aku sering keluar memalam sampaitengah malam sensorang balik rumah...tapi tak pernah pun aku jumpa hantu atau sebagainya...rasanya memang aku ni bukan muka hantu kut...opst! ...memang tak pernah jumpa sampai la aku da tua ni..tapi aku pun taknak jumpa la walaupun mukanya kelihatan macam ratu segala ratu...memang aku taknak jumpa...hahaha...

ziarah tanah wakaf
tanah wakaf kg senin
tanah wakaf kampung senin
sawah..
Semasa berada di kampung tu aku sempat ziarah kubur ibu bapa aku tu. Pada aku...aku perlu ziarah kubur mereka untuk mendoakan supaya mereka akan sentiasa dikasihani oleh ALLAH SWT. Tak pi kubur dia orang pun aku sentiasa doakan kebaikan untuk dia orang semua..sentiasa...Aku ziarah kubur ibubapa aku dengan anak bungsu aku. Kami berdoa untuk kedua ibu bapa dan seluruh penghuni di tanah perkuburan berkenaan supaya dihindarkan daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan neraka serta dimasukkan kesemua mereka ke dalam syurga...aamiinnnn....Sebenarnya orang yang udah mati memang perlu sangat doa daripada kita yang masih hidup...mereka tiada pertolongan sesapa melainkan doa kita semua...jangan kita lokek mendoakan semua yang telah mendahului kita semua...Kita pun akan menyusul nanti. Kalau dibandingkan alam dunia dan alam kubur...alam kubur adalah lebih lama daripada alam dunia. Oleh itu adalah lebih baik kita doakan kesejahteraan mereka semua di alam kubur tu...bila di alam kubur mereka sejahtera...insyaALLAH di alam akhirat nanti mereka akan selamat...kan...kan...aamiinnn..

sawah
sawah
sawah
bangau kat sawah
Selesai ziarah kubur, aku dan anak bungsu aku pi pulak ke sawah...saje je ke sawah tu...padahal aku bukan ada sawah pun...cuma tengok sawah orang aje. Oleh kerana jarang pi ke sawah tu...aku rasa agak tenang jugak bila lihat sekitar sawah yang luas tu...jauh mata memandang...rasa aman aje...Aku amik sikit foto kat situ...Rehat sat di bawah pokok kekabu kat sawah tu...Korang tau ke pokok kekabu...kalau tak tau korang cari la sendiri...Padi yang ada kat sawah masa ni sedang masak dan kerja menuai dengan gunakan mesin sedang berjalan. Ikan2 nampaknya banyak dalam tali air kat sawah tu..Anak aku memang tak sabar nak mancing...Aku langsung tak kisah pun sebab aku memang lahir di kampung...sawah, kebun getah dan sebagainya bukan asing sangat bagi aku...Anak aku lahir di taman perumahan tentu teruja kalau berada di sawah tu...Kalau dia tak pernah lihat pokok padi tentu dia fikir pokok padi sebesar pokok kelapa...agaknya la...ekekeke...Masa balik sempat la snap berpuluh burung bangau putih yang ada kat batas atau permatang sawah tu...sedang mengintai ikan2 sebagai sumber rezeki mereka...


bantu adik aku pasang pagar
solat jumaat di masjid kampung aku....surah pendek pendek aje...tak melelahkan orang tua dan
orang yang uzur...
kat rumah abang ipar aku di Manjung...bincang masalah dunia...hahaha...
kat rumah abang ipar aku di Manjung..
Masa kat kampung sempat la aku bantu adik pompuan aku pasang pagar disebahagian tanah dia tu...aku bantu aje yang setakat aku mampu..Pasang pagar hingga siap. Pagar tu cuma untuk menghalang babi masuk ke kawasan rumah..Aku tak tau la nape banyak sangat babi masa ni...Masa aku kecik dan menetap kat kampung dulu, langsung takde sekor babi pun kat kampung aku tu...La ni banyak pulak...Kera pun banyak sangat kat kampung aku tu...Masa dulu kat kampung aku memang takde kera pun. Ada yang kata, babi banyak kat kampung tu sebab habitat mereka dah dijadikan ladang sawit...tu sebab babi banyak terdapat di kampung aku tu...Begitu jugak jugak dengan monyet...kehadiran mereka di kampung aku sebab habitat mereka diganggu. Dan ada jugak cite dari mulut ke mulut mengatakan ada orang yang lepaskan monyet2 tu dikampung aku...tak tau la dibawa dari mana dan tak tau jugak sama ada cite ni benar atau cuma kabar angin aje...tapi tu lah...yang pastinya monyet dan babi memang banyak sekarang ni..Maknanya aktiviti bertanam tanaman jugak terganggu dengan kehadiran monyet dan babi ni...payah tanaman nak tumbuh dan payah jugak buah buahan untuk masak ranum di pokok tanpa gangguan makhluk berkenaan...apa boleh buat la....
Aku sempat jugak solat jumaat kat masjid al attar kampung aku tu...hampir penuh masjid...surah yang imam baca tu surah pendek aje...tidak menyusahkan jemaah yang tua dan uzur...Masa jumaat ni isu khutbah adalah berkaitan dengan zakat...eh! ye ke...aku pun da lupa...Jangan lupa tunaikan zakat pendapatan kita semua kalau tak nanti kita akan dibakar di neraka kalau tak tunai zakat...salah satu daripada rukum ISLAM...Aku benar2 lupa tajuk khutbah tu...maaf ye...

isteri aku dan abang dia yg tua...abang usop
pekan senin bota kanan
pasar senin bota kanan...penjual apam...beratur ramai untuk dapat beli...ada jugak
yang potong Q..pada aku eloklah ikut peraturan sebab masaing2 da tua tua belaka...dah akil baligh pun...
pasar senin bota kanan..
Aku jugak dapat menjengah pekan Parit, Bota Kanan dan jugak bandar Seri Iskandar...Lumut jugak.... Pekan pekan tu tak banyak berubah pun tapi ok jugak la...Sempat la pi pekan senin...sempat la pi pasaraya yang ada beberapa buah kat seri iskandar tu..Saje je jenjalan dan beli sedikit peralatan letrik untuk rumah aku tu...beli sikit sikit aje...itu aje yang boleh kan...sikit2 lama2 jadi bukit. Dah itu aje kemampuan yang aku ada..ok la tu...Kalau takde alat2 letrik tentu sukar di zaman sekarang ni...Kami jugak beli barang barang keperluan rumah untuk mudahkan kami bila balik kampung...walau sepotong cili kering takde tentu sekali sukar untuk memasak...tak gitu..Kat pekan Parit tu sempat singgah carnival jualan kat dewan terbuka tu...tak besar mana pun tapi ok la tu..Belik t-shirt murah untuk anak aku..Beli 4 helai dan 6 rm sehelai...bila mintak tawar dia kata ambik 5 helai 30 rm...penipuan dalam sembunyi dan hormat tapi tetap jugak menipu...berniaga biarlah jujur....Di pekan Parit tu sempat la aku pi ke sungai Perak yg luas tu untuk tengok persekitaran sungai dari atas jambatan kecik untuk ke seberang sungai tu...nyaman aje kat situ bila ditiup angin...rindu dengan Sungai Perak tu...hahaha...

Hadir majlis kenduri kawen jiran kami di taman perumahan yang dah pindah lepas pencen ke
Kampung Simpang Tiga Parit..
Bergambar bersama keluarga yang mengadakan majlis kenduri kawen tu..
Suasana malam sekitar rumah..
Suasana gelap keliling rumah yang menggamit rindu aku ke zaman kanak2 kat kampung aku ni..


Kat kampung jugak kami sempat pi menghadiri kenduri kawen anak jiran kami di taman tempat kami tinggal masa di Bangi tu..Tapi pasangan Haji dan Hajjah yang dah pencen tu dah pindah ke kampung dia orang di Kampung Simpang Tiga. Kampung yang dia orang tinggal tu tak jauh sangat daripada kampung aku. Aku memang payah untuk pi kenduri kawen ni, melainkan kalau aku sendiri yang kawen..opst! hahaha...ayat yang tu gurau aje ye...Aku pi jugak dengan semua ahli keluarga aku yang balik kampung masa tu...Aku kena pi sebab aku nak pindah ke kampung dan tentulah perlukan kenalan di kampung yang berhampiran..tak gitu...? hahahaha...Kat majlis rumah jiran kami tu, kami jumpa dengan HJ DIN dan isteri seisi keluarga dia....Dia orang datang dari Bangi tuuu...Tak terfikir pulak aku nak snap foto dia orang tu...lupa pulak..Dia orang petang tu jugak kembali ke Bangi...jauh tu...baiknya dia orang ni...jauh2 pun sanggup ziarah...besar pahala yang dia orang dapat tu...insyaALLAH...Moga Allah rahmati dan berkati keluarga mereka sentiasa dunia hingga ke syurga..aamiinnn...Kami jugak sempat bergambar dengan famili yang jadi tuan rumah majlis kawen berkenaan...Selesai menjamu selera kami balik ke kampung aku...Kampung dia orang lebih kurang 20 Kilometer, rasanya dari kampung aku tu...Moga pengantin sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT ...begitu jugak seluruh keluarga jiran kami tu...moga sentiasa dirahmati dan berkati ALLAH sentiasa dunia hingga ke syurga...aamiinnnn....

pi sawah lagi
pi sawah lagi
pi sawah lagi..
tali air ni banyak ikan sambar menyambar tapi payah nak makan umpan pancing...
Masa kat kampung jugak kami dapat menziarahi abang-abang ipar aku kat MANJUNG tu...Kami pi ke rumah encik akhir untuk bincangkan sesuatu...tak perlu la aku citekan apa yang dibincangkan tu....ekekeke...Layanan mereka kat kami amat terbaik. Abang ipar aku dan isterinya jamu kami dengan mee goreng dan kuih serta buahan. Dia orang baru balik dari cuti cuti malaysia...hahaha...Sedap mee goreng dan kuih yang dia orang sediakan..buat sendiri tu...Terima kasih banyak2 kat dia orang tu...Moga dia orang sekeluarga sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga syurga. Moga2 dia orang punyai rezeki untuk ke TANAH SUCI pada tahun 2020 ni...aamiinnn...insyaALLAH TAALA....Lama jugak kami kat rumah dia orang tu...Kemudian kami gerak ke rumah  abang ipar aku yang sorang lagi tu...di MANJUNG jugak..Abang Usop, kami panggil abang ipar aku sorang lagi tu...Kami tiba di situ hampir maghrib. Sembang la kami dengan famili tu...cadangnya sekejap aje tapi akhirnya dekat jam 9.00 malam baru balik...hahaha..Sempat jugak sembang dengan anak dia orang berkarier sebagai dentist tu...soronok gak sembang dengan dia berkaitan isu yang timbul la ni...anda cari la sendiri isu yang hangat sekarang ni.....hahaha...Abang ipar aku tu dah 76 tahun umur dia...nampak sihat aje...tak banyak penyakit yang dia ada...harap dia terus sihat hendaknya dan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT untuk mereka sekeluarga dunia hingga syurga...aamiinnnn....

anak bungsu aku sedang mancing..
kat sini pun banyak ikan sambar menyambar tapi taknak makan umpan
sabar tunggu ikan makan umpan..
Aku jugak sempat sekali lagi pi ke sawah dengan anak bungsu aku tu...Anak bungsu aku tu tak sabar2 nak mengail ikan kat tali air sawah tu...Sebelum tu melilau cari tali pancing dan mata kail di Parit...kat Parit kedai tutup...terus pi bandar Seri Iskandar...masa gerak dari Parit ke Bandar seri iskandar tu...sempat aku singgah kat tanah sekangkang kera aku kat tepi jalanraya tu...Tanah tu buat masa sekarang ni penuh dengan ladang semak samun...hahahaha...Singgah sat tapi tak boleh nak masuk..hasil semak samun banyak sangat dan tebal....sempat tengok dari tepi jalanraya aje setelah aku berhentikan kete tepi jalanraya tu...Sekejap aje pun...kemudian gerak ke Seri Iskandar...buat masa sekarang aku tak dapat nak fikirkan lagi apa aku nak buat dengan tanah tu...tapi tanah tu aku takkan jual pun...biarlah jadi pusaka untuk anak anak..insyaALLAH...Setelah selesai beli mata pancing dan tali pancing, terus balik rumah. Lepas zohor terus pi sawah...Sebelum tu aku korek cacing untuk dijadikan umpan...Anak lelaki aku macam geli aje pegang cacing tu...Aku dah biasa dengan cacing2 ni masa aku kecik dulu...tak kisah pun walaupun cacing tu liuk lintuk kiri kanan...Sebenarnya cacing ni sumber protin kalau kita duk dalam hutan bila takde makanan lain..Cuma buangkan isi perutnya dan terus makan gitu aje...Aku tonton dalam national geography tu la....aku tak pernah cuba pun...hahahaha...Kalau nak tau cuba la sendiri....

ikan haruan...masih sunti lagi...anak aku dapat masa mancing tu...
pi teluk batik & lumut...
Dalam perjalanan ke sawah untuk mancing tu, aku tebang pokok spesis palma untuk dijadikan batang pengail..Selesai aje terus bawak kete ke lokasi memancing..Aku pilih lokasi memancing jauh ke hujung kampung kat sawah tu...Tak pasti aku kawasan mana. Sebelum tu aku ikat mata pancing dan tali pancing..Aku sebenarnya tak pandai ikat tali pancing...aku tibai aje...asalkan ianya terikat...Masa dulu pun..bukan aku yang ikat tali pancing untuk aku tapi orang lain yang buatkan...La ni aku pulak ikat tali pancing untuk anak aku...aku tibai aje...asalkan terikat udah la...hahaha...Kami pancing dalam tali air tu...Lepas waktu zohor. Lama jugak kami mancing kat situ...Kat kebun berhampiran tempat kami pancing tu, banyak jugak monyet2...nampak macam mereka makan cempedak aje...Aku sergah terus mereka lari entah ke mana...Ikan kat tali air tu tak berhenti menyambar tu...tak berhenti langsung tapi umpan pancing langsung ikan2 tu tak sentuh pun..Namun akhirnya anak aku dapat jugak sekor ikan haruan...Buka main suka dia bila kail dia yang kena...Aku pancing jugak tapi habuk pun tak dapat..Masa kami pancing tu kami jumpa dengan orang lain yang lalu kat situ...aku cuma angkat tangan aje...Lepas dapat sekor ikan haruan tu....langsung takde rezeki...itu aje sekor...Cuma haruan SUNTI aje yang kami dapat...haruan belum akil baligh...kecik aje punnn...Bila tak dapat lagi maka kami pun terus balik aje...Benarlah bahawa rezeki tu memang kepunyaan ALLAH SWT...dia yang berhak beri pada sesiapa yang dia kehendaki...walaupun dalam tali air tu banyak ikan sambar menyambar...cuma HARUAN SUNTI aje yang dapat...hahaha....

bistro seafood teluk batik
lumut
lumut
Petang tu kami mengikut adik pompuan aku serta anak dan menantunya makan kat bistro seafood di teluk batik rasanya....iaitu lakasi dekat Lumut. Kami gerak jam 5.00 petang..Di Cangkat Cermin kami masuk ke Laluan Lebuhraya Pantai Barat. lebuhraya tu lebuhraya baru dan masih dalam percubaan...takde tol lagi...tol free buat masa ni...Walau gomen baru..tol tu takkan free punya...hahahaha..oopst! Cantik jalan tu...takde lekuk2...maklumlah jalan baru...kalau ikut jalanraya lama tentu lobang sana sini...Jarak pun agak singkat sikit..Sampai kat Bistro Seafood tu kami pun buat order...Bistro tu tepi laut aje...Siap dengan surau lagi...Anak dan menantu adik pompuan aku yang belanja..moga rezeki mereka bertambah luas sentiasa serta moga mereka sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga..aamiinnnnn...Selesai kami maghrib kat situ maka kami terus ke Lumut pulak. Di pekan LUMUT tu kami pi singgah kedai yang jual makanan laut kat situ...Banyak jugak kedai2 yang jual makanan laut tu...Kami beli la di situ dan setelah selesai terus balik...masa tu rasanya dah jam sembilan malam lebih...kalau tak silap laaa....

Hari akhir sebelum balik aku serta adik pompuan aku dan anak pompuan dia pi ke Pejabat Tanah perak tengah di Bandar Seri Iskandar untuk urusan tanah...Rupanya urusan tanah yang melibatkan bayaran dihentikan hingga tahun baru. Ini oleh kerana segala urusan tanah yang melibatkan bayaran dihentikan buat masa ni sebab sekarang ni masa pejabat kerajaan buat 'close account' sebab dah hujung tahun. Kami cuma sempat isi borang aje dan urusan akan dilakukan tahun depan. Maka aku, adik pompuan aku dan anak pompuan dia akan datang lagi ke Pejabat Tanah Perak tengah tu nanti pada tahun baru 2020 nanti....Maknanya aku kena balik kampung lagi la....Sempat jugak aku tanya berkaitan untuk ganti geran yang dah hilang. Staf kat situ kata perlu bayaran untuk dapatkan geran baru dalam lingkungan 200rm lebih...Untuk dapatkan salinan geran kena bayaran 80rm...Aku jugak sempat tanya kenapa dalam carta organisasi tiada gambar Pegawai Daerah...staf tu kata Pegawai Daerah yang baru masih belum ada....Sibuk aje aku ni kan...semua nak tanya...hahahaha....

kedai juai makanan laut, Lumut..isteri aku dan adik pompuan aku...
Lumut...
gerak balik ke Parit...
urusan di Pejabat Tanah Perak Tengah Bandar Seri Iskandar
Rasanya itu aje yang ingin aku tulis...moga kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan kita daripada siksaan neraka yang maha panas tu...aamiinnnnnn....

Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #bmf....


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...