Thursday, December 19, 2019

Bukit Melati..

Melati Hill
Diari Daud - Hari ni Khamis, 19 Dis. 2019. Aku memang dah plan nak naik BUKIT MELATI pagi ni. Aku kena buat aktiviti macam ni sekurang kurangnya 3 jam setengah seminggu supaya badan sentiasa membakar kalori yang diambil hari hari tu. Dah pencen ni tentu aku tak banyak aktiviti pergerakan seperti mana aku masih keje dulu. Jadi secara rutin aku kena jugak keluarkan peluh dari masa ke semasa setiap minggu sekurang kurangnya 3 jam setengah....Bukan sebab takut mati, sebab mati tu pasti, yang aku tak mampu ialah menanggung sakit....

Setelah bersiap, bukan siap apa apa pun cuma bawak beg sandang dan sebotol air kosong dalam beg, maka aku pun mula bergerak ke Melati Hill, lebih kurang 18 Kilometer dari tempat aku. Biasanya hari hari bekerja macam ni kat Melati Hill tu tak ramai yang datang untuk beraktiviti di sana tu. Pada aku agak selesa la sebab tak sesak, tapi tu lah...bila tak ramai rasa macam seram jugak la bila pi aktiviti dalam hutan tu sensorang...


bergerak menuju trail untuk ke Mosquito Hill
trail ke mosquito hill
ke mosquito hill
ke mosquito hill
Sebaik sampai di kaki bukit tu...cari tempat parking kete...Nampaknya kete tak banyak pun kat situ hari ni...maknanya memang tak ramai orang datang ke situ. Setelah siap parking dan kunci kete leklok maka aku pun mula menapak ke kaki bukit. Gerai kat kaki bukit tu pun aku tengok macam baru nak buka...aku pun tak pasti gerai ni bukak pada hari hari apa tiap2 minggu. Biasanya kalau hari cuti memang penuh pelanggan kat gerai tu...


ke mosquito hill
ke mosquito hill
ke mosquito hill
jumpa pendaki lain kat sini
Sampai aku ke kaki bukit tu aku terus mendaki. Aku plan untuk masuk MOSQUITO HILL, COBRA HILL, MONKEY HILL dan CENTIPEDE HILL. Aku terus mendaki ke trail untuk pi ke Mosquito Hill. Ada dua atau tiga pendakian sebelum aku tiba di laluan yang landai kat atas tu. Sepanjang berjalan tu aku snap aje foto foto, apa apa aje yang aku lihat. Dari laluan landai tu aku terus masuk ke laluan yang menurun dan penuh pokok pokok kiri dan kanan. Masa ni aku sorang aje yang lalu di sini. Seram jugak la..tapi...teruskan jugak...siang kan...ekekeke...


ke mosquito hill
ke mosquito hill
ke mosquito hill
ke mosquito hill
Setelah berjalan seketika aku pun tiba di cabang atau simpang yang satu menuju ke kiri dan satu lagi menuju ke kanan. Ke kiri dulu aku dah pi dah dengan isteri aku dan rakan baiknya itu hari. Kami sesat dan jumpa jalan mati bila kami masuk ke simpang kiri tu...Tulisan aku tu boleh dibaca...

Aku terus aje masuk ke simpang kanan dan mendaki ke atas. Selalu aje aku berhenti bila mendaki di sini sebab termengah mengah. Aku kena rehat dan tarik oksigen masuk ke aveoli dalam paru paru aku tu. Bila dah stabil aku sambung lagi mendaki. Tiba di pertengahan pendakian jumpa dengan pendaki 2 orang pompuan dan sorang lelaki veteran. Kami sembang sat sebelum aku sambung mendaki dan dia orang menuruni bukit tu.


jumpa kubang babi
ke mosquito hill
jumpa sorang pendaki lain..
ke mosquito hill
dah sampai di mosquito hill
Akhirnya setelah berpeluh kuyup maka aku sampai di puncak pendakian tu. Aku amik jalan ke kiri untuk ke MOSQUITO HILL. Walaupun landai laluan tu tapi agak jauh jugak aku nak tiba di MOSQUITO HILL tu. Dalam perjalanan di laluan tu aku sentiasa aje berhati hati sebab laluan agak licin mungkin sebab semalam hujan lebat kut. Terdapat jugak air yang masih bertakung di lekuk lekuk tanah dilaluan tu. Aku jugak jumpa lopak air tempat kubang babi...tempat babi mandi. Masa hujan  ni mesti ada lopak yang macam tu. Aku dah biasa dengan kubang2 babi ni sebab aku dulu buat keje rakaman video dalam hutan2 simpan dan sebagainya...Melalui laluan ni aku jumpa sorang pendaki lain yang sorang jugak macam aku. Tegur tegur gitu aje...Tapi kebanyakan laluan di sini, aku dalam keadaan sensorang dan sunyi aje serta tak jumpa orang pun...


terus pi depan untuk cari jalan ke kaki bukit..
ke kaki bukit
ke kaki bukit
dah tiba di simpang untuk ke jalanraya dan ke laluan menuju Cobra Hill
Akhirnya aku tiba di puncak MOSQUITO HILL. Aku sempat la selfie kat signage puncak Mosquito tu. Kemudian aku teruskan perjalanan untuk terus ke depan. Aku cari jalan untuk turun ke kaki bukit. Jumpa laluan untuk ke kaki bukit, aku pun terus ikut jalan berkenaan. menuruni bukit memang tak jerih mana pun dan tidak seperti mendaki bukit. Masa nak turun ni pun aku jumpa dengan dua orang pendaki lain.


menuju ke kaki bukit Cobra
menuju Cobra Hill
menuju Cobra Hill
mula mendaki ke Cobra Hill
 Setelah beberapa ketika akhirnya aku jumpa laluan di kaki bukit tu. Jumpa simpang satu ke kiri dan satu ke kanan. Aku amik laluan ke kanan sebab aku nak cari jalan untuk mendaki ke COBRA HILL. Laluan ke kiri ialah laluan untuk keluar ke jalanraya. Setelah beberapa ketika berjalan di laluan landai tu maka akhirnya aku tiba di simpang untuk mendaki ke COBRA HILL tu. Aku rehat sat kat sini untuk tarik oksigen masuk ke aveoli paru paru aku. Rehat di situ sat...bukan sat...agak lama gak...


mendaki ke Cobra Hill
Mendaki ke Cobra Hill
mendaki ke Cobra Hill
Mendaki ke Cobra Hill
Setelah penat hilang dan tenaga pun da terkumpul kembali maka aku pun mula mendaki ke puncak Cobra Hill tu...Laluan tu agak jauh jugak untuk tiba di puncak...Memang aku kena berhenti beberapa kali untuk amik oksigen masuk ke paru paru. Bila dah hilang penat aku akan sambung mendaki kembali. Di masa mendaki ni aku bertembung dengan sorang BRO yang pernah aku jumpa sebelum ni. Kami sembang sat. Aku bertanya kabar. Dia datang dengan rakan rakan dan rakan rakannya ada di belakang. Kami sembang sat di situ buat seketika. Dia datang dari jauh. Lupa pulak aku dari mana...sebab tempat tu jarang aku sebut...Selesai bersembang dia terus sambung perjalanan ke kaki bukit dan aku sambung perjalanan mendaki untuk tiba di puncak COBRA HILL.


ke Cobra Hill
berselisih dengan Bro ni...pernah jumpa sebelum ni..
puncak Cobra
puncak Cobra
Setelah beberapa lama mendaki akhirnya aku tiba di puncak COBRA HILL tu. Aku sensorang aje masa tu. Aku rehat kat situ dan snap beberapa foto kat situ. Tak lama kemudian tiba satu kumpulan yang lain, sorang lelaki veteran dan 4 orang pompuan. Aku sembang sat dengan lelaki veteran tu. Kami cite banyak perkara termasuk laluan ROPE HILL yang baru dibuka tu. Dia kata boleh daki di situ sebab laluannya dah luas dibersihkan. Dari situ dia amik laluan short cut ke Monkey Hill. Setelah semabang sat maka aku pun mintak diri untuk menapak ke MONKEY HILL pulak.


jumpa Bro ni di puncak Cobra
menuju monkey hill
menuju monkey hill
menuju monkey hill
Laluan ke Monkey Hill dari Cobra Hill taklah mencabar sangat, banyak laluan landai daripada mendaki. Akhirnya aku tiba di Monkey Hill tu. Jumpa dengan grup
beberapa orang pompuan. Salah sorang pompuan tu tegur aku. Dia
kata dia kenal aku. Mula mulanya aku terpinga pinga jugak tapi
akhirnya baru aku ingat aku pernah rakam foto dia orang
masa aku jumpa dia orang kat EAGLE HILL dulu tu..
Dia orang mintak aku snap kan foto dia orang bertiga kat situ. 
Memang aku dah lupa sebab aku melayu kan, melayu memang
mudah lupa..ekekeke...Aku mintak maaf kat pompuan tu sebab aku terlupa. Dia
orang terus ke Cobra Hill sementara aku terus aje rehat kat Monkey Hill tu seketika. Di Monkey Hill tu aku rehat sat dan rakam beberapa foto di situ. Masa rehat ni
pun aku bersua dengan pendaki lain di Monkey Hill tu...


hampir ke puncak monkey hill
puncak monkey hill
monkey hill
monkey hill
Setelah rehat seketika akhirnya aku pun mulakan langkah untuk menuruni puncak Monkey Hill tu ke kaki bukit. Lauan menurn ni agak curam jugak dan jauh untuk sampai ke kaki bukit. Bagi aku ini laluan ke puncak yang paling tinggi dan paling curam rasanya, sebab aku dah masuk semua bukit bukit kat sini. Aku dah masuk eagle hill, centipede hill, monkey hill, cobra hill, rope hill dan mosquito hill...Tapi aku belum pernah lagi mendaki semua bukit dalam SATU masa...Rasanya dalam usia yang dah usang ni aku tak mampu nak berbuat sedemikian...rasanya la....dalam mimpi mungkin boleh kut...ekekeke...opst!


nak turun ke kaki bukit
turun ke kaki bukit
turun ke kaki bukit
jumpa pendaki dari Ampang...
 Dalam perjalanan yang panjang untuk menuruni bukit tu aku kena la berhati hati walaupun laluan tu merupakan laluan menuruni bukit. Keadaannya yang curam amat bahaya kalau tak perhatikan betul betul dimana aku metakkan tapak kasut aku. Laluan tu licin dan menjunam aje. Dalam masa melangkah turun  tu aku jumpa dengan pendaki lain. Aku jugak jumpa dengan pendaki muda yang aku jumpa masa lalu. Dia datang dari Ampang mengikut ayahnya untuk mendapatkan rawatan dengan DR. JOHARI AZIZ...Aku memang tak kenal dengan doktor tu, cuma aku dengar cite aje dari pendaki lain. Dia seorang pakar saraf...Kalau ada sesapa yang ada foto beliau, kongsikan la di FB MELATI HIL tu yeee...nak kenal jugak mukanya tu...


ke kaki bukit
ke kaki bukit
ke kaki bukit
ke kaki bukit..sampai dah
Setelah agak lama menuruni bukit tu maka akhirnya aku pun tiba di kaki bukit berkenaan. Sampai disimpang satu ke kiri dan satu lagi terus ke depan. Simpang ke kiri masuk ke ROPE HILL dan yang terus menuju ke kaki BUKIT CENTIPEDE dan simpang ke EAGLE HILL. Aku terus perjalanan ke trail menuju Centipede Hill tu..Laluan di situ mulanya adalah mendaki sikit sikit tapi walaupun mendaki sikit tapi usia usang aku ni tentu termengah mengah jugak la dan terpaksa berhenti untuk berehat dan tarik oksigen dalam dalam untuk hilangkan penat. Selesai penat hilang, terus sambung berjalan. Masa tiba di laluan landai memang la tak penat langsung pun.


di kaki bukit
laluan ke centipede hill
paya...ada ikan ni..
mula aje ada beberapa pendakian
Setelah agak lama berjalan akhirnya aku tiba di simpang untuk mendaki ke CENTIPEDE HILL dan jugak simpang untuk turun ke EAGLE HILL. Aku rehat sat kat situ untuk settle kan dada aku yang mencungap cungap tu. Lama jugak aku rehat kat situ. Setelah rehat aku pun mula nak mendaki. Aku jumpa sekumpulan pompuan yang muda muda aje sedang menuruni bukit tu. Tak pasti pula dia orang nak pi mana. Aku jugak jumpa dengan seorang lelaki veteran yang sedang menuruni bukit tu...dia sensorang aje...Kami tegur menegur gitu gitu aje la...


laluan landai
hampir sampai ke kaki centipede hill
simpang kiri ke eagle hill
laluan ke puncak centipede hill
Untuk tiba di puncak CENTIPEDE HILL tu kena mendaki 3 pendakian, satu curam dan dua lagi kurang curam. Setelah melepasi pendakian pertama yang curam aku rehat sat. Amik nafas dalam dalam. Kemudian aku sambung lagi mendaki untuk ke puncak Centipede Hill tu. Masa pendakian kedua ni aku sering aje berhenti untuk berehat. Setelah agak lama mendaki akhirnya aku tiba di puncak CENTIPEDE HILL tu. Ramai jugak orang kat puncak tu.


satu grup pompuan sedang turun dari centipede hill
mendaki ke centipede hill
ke centipede hill
ke centipede hill
Kat puncak Centipede tu terdapat sekumpulan kanak-kanak beserta beberapa orang dewasa. Aku rasa mereka semua mungkin dari tadika tertentu kut...Dia orang sedang posing kat puncak tu. Aku sempat rakam beberapa foto semasa kat puncak tu. Aku jugak amik masa untuk berehat dan settle kan rasa mengah mengah aku tu. Setelah beberapa ketika berehat maka aku pun mula untuk bergerak turun ke kaki bukit. Perjalanan ke kaki bukit tu taklah mencabar sangat. Dah namanya pun menuruni bukit, laju aje la. Tapi aku singgah jugak untuk snap foto foto kat sini.


ke puncak centipede hill
puncak centipede hill
puncak centipede hill
puncak centipede hill
satu kumpulan kanak tadik kut...dgn penjaga dia orang
Setelah beberapa ketika menuruni bukit akhirnya aku tiba di kaki Centipede Hill tu. Rehat sat kat situ. Ada beberapa orang kat kaki bukit tu. Aku tengok ada jugak pelanggan kat gerai di kaki bukit tu. Aku amik masa berehat di situ. 

puncak centipede hill
nak turun ke kaki bukit
turun ke kaki bukit
turun ke kaki bukit
Setelah selesai berehat aku pun mula bergerak ke kete. Masuk kete dan terus gerak ke Bangi. Selesai la aktiviti aku peluhkan badan di sini. Rasanya esok aku datang lagi kut. Tapi minggu depan aku tak datang sini sebab aku akan balik kampung selama seminggu. Kat kampung rasanya macam takde aje tempat untuk beraktiviti. Atau ada sape sape tau tak kat kampung, dimana lokasi nak mendaki bukit macam ni...? Selesai aktiviti hari ni..

hampir tiba di kaki bukit
nak balik dah
hampir 2 jam, lebih 2 kilometer, bakar lebih 200 kalori
puncak tertinggi 146 meter..
Dibawah ni aku paparkan infor berkaitan kalori dan moga-moga ada manfaatnya untuk kita semua...harap harap gitu laaa...



Sama sama lah kita kasih sayang antara sedara se MUSLIM tanpa mengira bangsa sebab tak sempurna iman jika tidak menyayangi sedara se ISLAM. Jangan kita sakiti sedara se ISLAM sebab kita akan didakwa nanti di mahsyar...ramai yang masuk neraka sebab dosa sesama manusia. Jangan campur sangat hal manusia lain..tentu kita akan selamat. Bersihkan hati kita...memang payah tapi rasanya boleh diusahakan..Akhirnya, doa aku moga-moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh ALLAH SWT sentiasa serta dihindarkan kita semua daripada API NERAKA yang panas tu. memang kita tak mampu untuk duduk dalam neraka tu..Moga kita semua terhindar daripada siksaan tersebut..aamiinnnn....
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...