Monday, May 31, 2021

TOTAL LOCK DOWN

Diari DAUD – Tulisan aku kali ini agak panjang sikit tapi tak panjang mana pun. Harap korang sabar la membacanya...hahaha...Hari ni SELASA, 1 Jun 2021…hari pertama TOTAL LOCK DOWN. Ini kali kedua total lock down. Total lock down dibuat setelah kes covid harian makin lama makin tinggi. 29 MEI 2021, 9K kes. 30 MEI 2021, 699 kes. 31 MEI 2021,  6K lebih kes. Hari ni SELASA, tak tau la berapa kes, harap turun la... Kes tinggi ni merupakan kes sambutan Raya dulu tu..Tak faham la dengan dia orang yang suka melanggar SOP sebelum ni yang menyebabkan kes Covid harian mencanak naik. Golongan netizen ini mungkin juga yang maki hamun bila MUFTI bagi fatwa merentas sempadan dulu tu, masa sebelum Raya. Sekarang ni akibat langgar SOP untuk beraya, Covid 19 terus mencanak tinggi setiap hari. Fatwa Mufti di maki hamun secara berjemaah oleh netizen. Sekarang ni kita dah terima akibat rentas sempadan tu. Rasanyanya perbuatan maki hamun mufti tu pun dah berdosa dah, agamawan pewaris Nabi. Kalau takde mereka tentu hidup orang Islam tak tentu keruan…Bersyukur la sebab kita ada golongan agamawan yang menjadi penunjuk jalan bahagia ke akhirat. Mungkin semua kesalahan dianggap biasa aje bagi yang suka melanggar peraturan. Harap netizen yang menghina Mufti tu dapat belajar daripada tindakan mereka tu. Sebenarnya dalam soal Covid ni aku tak risau pun barkaitan mati sebab mati tu memang dah pasti. Kalau ajal kita dah ditentukan disebabkan Covid, memang kita tak boleh elak pun. Aku takut mati cuma sebab amal tak banyak, itu memang aku takut. Aku jugak takut Covid ni sebab aku tak mahu menanggung sakit dan sebagainya. Itu yang aku taknak. Dikatakan mereka yang diserang Covid ni dikatakan organ dalaman badan akan rosak dan tak sihat seperti sebelum diserang Covid bila dah bebas daripada sakit. Itu yang aku taknak iaitu menanggung sakit....



Diantara golongan orang yang terjejas teruk masa Total Lock Down....

Hidup dalam keadaan total lock down ni tentu sukar terutama bagi orang yang pendapatannya, kalau ada keje ada duit, takde keje takde duit. Total lock down selama 2 minggu ni tentu sukar bagi mereka kerana tak boleh kuar rumah mencari rezeki. Bagi yang punyai pendapatan tetap mungkin takde masalah pun, dorang dah tentu ada income walaupun total lock down. Mungkin ramai golongan yang berpendapatan tetap yang menyebabkan kes Covid ni mencanak tinggi kut. Golongan yang suka melanggar SOP..itu andaian aku je...hahaha....Golongan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang memang terjejas teruk masa Total Lockdown. Golongan yang berniaga gerai, golongan yang keje dengan syarikat orang lain yang terpaksa tutup musim total lock down ni dan kegiatan-kegiatan ekonomi lain yang terpaksa tutup selama masa total lock down ni. Yang paling terasa kesannya ialah ramai orang Melayu yang ramai keje kat kampung2 dan yang keje dengan syarikat-syarikat kecik. Takkan pemilik syarikat nak bagi gaji jika syarikat pun tak boleh buka untuk menjana pendapatan. Selain daripada itu orang-orang kampong yang keje sendiri secara kecilan seperti ambik upah buat keje-keje kampong sana sini dan seumpamanya pun terjejas. Semua pihak terkesan dengan total lock down ni tetapi golongan yang diatas paling teruk menerima kesannya…Adakah kita merupakan bangsa yang memang suka langgar peraturan walaupun nampak rupa macam patuh pada peraturan…Adakah kita merupakan manusia yang tak fikirkan hal orang lain akibat tak patuh pada peraturan...Kita pun tau kan, iman kita tak sempurna jika kita tak kasih sesama Muslim....cubalah renung kembali….

Kes 31 MEI 2021, ada berkurang sikit

Kes tertinggi pada 29  MEI 2021

Rata-rata negeri kat negara ni tinggi kes Covidnya. Yang paling tinggi ialah Selangor yang tak pernah tak jadi juara. Sekarang ni Kelantan pun hampir 1K kes. Rasanya ini mesti sebab aktiviti balik kampong musim raya itu hari. Dulu Kelantan sentiasa zon hijau macam warna parti politiknya…hahaha…Aku pun suka warna hijau tu...haha...Yang paling utama kes rentas negeri la kut. Begitu juga dengan kes langgar SOP dan kes kes yang lain…Yang peliknya ada jugak yang melanggar SOP di kawasan PKPD. Dorang ni dah kenapa. Sekarang sukar nak tau sama ada yang bergerak tu pembawa Covid atau tak, sebab ada jugak pembawa Covid yang tiada tanda-tanda pun dia telah dijangkiti Covid, maknanya badan dia sihat aje. Jadi hati hati la dan patuhilah SOP. Payah nak cakap pada golongan yang degil ni…

Peraturan sukan masa TOTAL LOCK DOWN

Masa musim PKP aku tak buat eksesais kat luar rumah, musim Total Lock Down ni dah ada peraturan untuk panaskan badan kat luar rumah. Aku pun tak tau sama ada musim PKP dulu tu boleh kuar eksesais atau tak di luar sana tu..Maka terpaksa la senam senam ringan aje kat dalam rumah supaya badan tak menjadi galeri kalori yang tak dihakis. Perlu sangat kita gerak-gerakkan juga urat-urat kat badan kita supaya kita terus sihat. Macam2 cara kita boleh gerakkan badan dalam rumah. Mana yang banyak duit tu boleh la beli treadmill. Ada benda alah tu boleh la berjoging dan berjalan dalam rumah…tak gitu…Di bawah ini aku letakkan carta keperluan harian kalori mengikut usia, makanan dan kalori serta aktiviti yang boleh membakar kalori. Pada aku ambillah kalori mengikut aktiviti harian kita sebab kalori yang menjadi lebihan tentu akan berkumpul dalam badan dan mampu membentuk tubuh kita seperti KOTAK EMPAT SEGI…hahaha…opst!. Jadi musim Total Lock Down ni aku nak mulakan eksesais di luar rumah. Dah sebulan lebih tak panaskan badan di luar sana tu...tapi tak tau bila nak mulakan...hahaha...




Diantara aktiviti yang boleh hakis KALORI..

Satu hal lagi yang aku rasa dah sentuh beberapa kali ialah berkaitan media social. Kalau korang selalu masuk ke media social termasuk Face Book tentu korang selalu terserempak dengan komen-komen maki hamun dan sebagainya. Korang juga tentu tau, banyak isu-isu dalam media social terkandung juga perkara fitnah dan gossip gossip. Aku nak jelaskan di sini fitnah ialah perkara yang tidak benar yang sengaja diada adakan. Gossip atau mungkin boleh disamakan dengan umpat yang merupakan berita benar berkaitan seseorang dimana jika individu tersebut mendengar atau membacanya, dia juga tak suka. Kedua dua ni merupakan perkara yang berdosa jika kita terlibat sebagai pembuat umpatan atau pengumpat atau tukang share cerita orang lain. Ini dosa sesame manusia. Dosa sesame manusia hanya boleh dimaafkan oleh orang berkenaan. Kalau dosa kepada ALLAH kita boleh terus taubat dan mohon ampun kepada Pencipta. Kalau dosa sesame manusia mesti mintak maaf dengan manusia tu. Jika manusia berkenaan telah maafkan maka ALLAH akan ampunkan dosa tersebut. Banyak lagi dosa lain berkaitan dosa sesame manusia ni antaranya maki hamun orang lain, hina orang lain, sama ada dengan suara, tulisan dan jugak body language. Memang dosa ini hari hari kita buat dalam MEDSOS atau media social. Begitu juga dalam kehidupan seharian termasuk maki orang ketika memandu kenderaan dan sebagainya lagi. Bersikap kasar, bergaduh, menipu, menyamun, merompak dan sebagainya yang melibatkan orang lain. Kalau kita boleh jumpa orang tu bolehlah kita terus mintak maaf. Apa kata orang tu mungkin kita tidak akan jumpa sampai mati seperti menghina raja2, menghina menteri, menghina ketua kampong, menghina mufti atau agamawan,menghina orang lain, menghina rupa orang yang tak lawa dan macam macam lagi yang seumpama dengannya. Jadi tentu sukar untuk minta maaf kan…Rasanya, kalau mustahil untuk pi minta maaf, cubalah kita buat sedekah yang diniatkan pahalanya untuk semua mereka yang kita telah zalimi atau sakiti atas muka bumi ni, sama ada yang kita kenal atau yang tak kita kenal. Kalau kita maki ketika memandu, kita bukan kenal pun orang yg kita maki dalam kete lain tu…tak gitu... Rasanya yang paling utama buatlah sedekah yang pahalanya hingga sampai ke hari KIAMAT seperti sedekah bina masjid, bina tahfiz, bina surau dan sebagainya yang pahalanya akan dijana hingga ke hari KIAMAT selagi bangunan2 tu terus kekal. Kita niatkan pahala berkenaan untuk semua orang yang kita zalimi dan sakiti tu…tak gitu..Dengan yang demikian taklah kita menjadi muflis kerana terpaksa membayar dosa kita tu dengan pahala kita di akhirat nanti. Bila pahala kita dah habis kita terpaksa pulak tanggung dosa-dosa orang yang kita zalimi atau sakiti tu. Namun begitu kita juga mesti bertaubat untuk tidak melakukan perkara-perkara yang berdosa tersebut. Jadi fikirlah sewaras-warasnya. Jadikanlah diri kita ni memadam perbuatan dosa kita dengan perbuatan pahala yang kita lakukan….tak gitu…Tapi kalau dosa sesame manusia macam mana nak di delete dosa tu…? Jadi fikirlah sedalam-dalamnya…Tapi tu la, pada pandangan aku eloklah kita semua maafkan semua orang sebelum mati. Bila dah maafkan, nanti kat akhirat kita tak perlu berlama-lama untuk berada di mahkamah ALLAH SWT nanti untuk segala masalah dengan manusia lain. Dah la duk di akhirat beribu tahun, berdepan pulak dengan manusia lain untuk selesaikan urusan antara manusia, tentu makan masa duk di mahsyar tu kan. Jadi sekali lagi eloklah kita maafkan dosa semua orang, tentu banyak pahalanya memaafkan orang lain...tak gitu...


Takkan korang nak jadi penghuni di sini, tentu tempat tu LEBIH DASYAT daripada yang digambarkan...tak gitu...

Satu lagi aku nak tulis ialah berkaitan asal usul bangsa Melayu. Sebenarnya aku baru jumpa video seorang penyelidik ni. Biasanya penyelidik ialah orang berilmu dan hasil penyelidikannya adalah diiktiraf dunia. Memang kepakaran dia menyelidik perkara yang perlu dan yang penting untuk diselidik, perkara yang signifikan untuk diselidik...Kalau kita tak percaya pada orang yang berilmu maka sama macam kita tak cakna dengan tuntutan agama yang menyuruh kita bertanya dengan orang yang lebih tahu atau lebih berilmu. Agama meletakkan orang yang berilmu ditempat yang tinggi dan mulia. Penyelidikan penyelidik ni adalah berkaitan Asal Usul bangsa Melayu. Syarahan dia berasaskan fakta sains yang makan masa 7 tahun untuk diselidik dan disiapkan. Buku yang ditulis tu pun dah diterbitkan dan dijual di pasaran. Video ni agak panjang tapi cubalah luangkan masa untuk mendengar dan menonton video ni. Syarahan ni anjuran ABIM dalam tahun 2018. Apa yang boleh aku simpulkan ialah Melayu Nusantara bermula dari Tanah Melayu semuanya. Orang Melayu merupakan bangsa kedua tertua dan lebih tua dari bangsa India dan Cina. DNA bangsa Melayu lebih dekat dengan DNA orang asli Jakun....hahaha...Kita baka orang asli rupanya.....Kemerdekan Malaysia ditentukan oleh orang putih dan orang luar serta tiada satupun wakil orang Melayu. Orang Melayu memang telah dianaktirikan sejak dulu oleh orang putih, itu sebab kita bangsa miskin sampai hari ni. 60% tanah di Tanah Melayu dikuasai bangsa asing. Tanah Rizab Melayu perlu kekal 50% tapi sekarang ni dah terhakis. Orang Melayu bertambah teruk lagi disebabkan oleh ahli Politik Melayu sendiri. Kalau nak tau lebih lanjut, tontonlah video ni selama sejam setengah, sabarlah menonton. Kalau korang nak miliki buku tu, harap belilah, yang harganya seratus lebih. Jadikan koleksi di rumah untuk bacaan anak-anak cucu dan generasi kemudian...



Rasanya itu aje yang aku nak tulis....moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diredhai ALLAH SWT dunia hingga akhirat. Moga kita semua dihindarkan oleh ALLAH SWT daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan ke dalam syurga...aamiinnnn...

Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua....

~ Sekian.... ~
daud.montak.zakaria

Thursday, May 27, 2021

Covid...oh!...Covid...

Diari DAUD - Hari ni KHAMIS, 27 Mei 2021...Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk hidup hari ni..membolehkan untuk mohon ampun lagi kepada PENCIPTA...

Jumlah kes covid di negara kita mencecah  7857 kes dah hari ni. Naik lagi nampaknya…Kita tempat kedua selepas India dalam hal berkaitan Covid ni. Tak tau la bila covid ni akan berakhir di negara kita ni. Risau sangat dengan keadaan sekarang ni. Varian baru dari India dan Afrika pula sekarang ni mudah merebak dengan cepat. Lebih bahaya daripada virus yang wujud sekarang ni. Varian baharu ni boleh merebak melalui udara. Dan jaraknya mungkin dalam 6 meter masih boleh dijangkiti. Wabak yang sedia ada boleh merebak dalam jarak 1 hingga satu setengah meter. Ia merebak melalui droplets atau cecair dari mulut dan hidung. Yang varian baru ni lagi advance dan lagi pantas merebak. Nampak macam semua boleh kena tanpa kira usia dan sebagainya. Varian baru ni tiada tanda ia dihidapi oleh pembawa. Hati hati la semua…jangan pandang ringan varian baru ni. Antara cara varian baru ni masuk ke negara ni ialah melalui lorong2 tikus di utara tanah air kita. Dikatakan sesapa yang dah dijangkiti oleh mana mana covid ni, organ dalam badannya akan bermasalah walaupun dah sembuh. Jadi hati2 la…kalau dah sembuh tapi organ dalam seperti buah pinggang rosak, tak guna gak kan..Aku bukan la takut mati sebab mati tu memang tak boleh elak….cuma aku tak mampu untuk menanggung sakit kalau dijangkiti.


Di India tu dah macam tak boleh kawal dah la ni. Hari hari kematian mencecah 4K setiap hari. Teruk lagi kat sana tu sebab ramai yang mati dan ada sumber mengatakan mayat2 pengidap covid tu ada yang dibuang aje ke Sungai Ganges tu…Lagi risau mendengar berita macam tu. Fikirkanlah, Sg. Ganges tu mengalir dari India kemudian masuk ke Bangladesh dan terus ke laut. Pandangan aku yang tak berapa berilmu ni, tidakkah mayat bercovid tu akan mencemari laut dan mencemari ikan ikan yang makan sisa sisa mayat2 di laut tu…hahaha…. Takkan ikan ikan tu tak makan sisa sisa mayat bercovid tu kan..tentu ikan ikan tu tak melepaskan menu yang jarang dijumpai oleh mereka kan..…hahaha. Tidakkah ikan-ikan tu akan berenang ke pantai negara kita dan ditangkap oleh nelayan serta seterusnya dimakan oleh kita semua…hahaha…Banyak pulak gelak aku ni....Aku belum nampak pun sebarang sumber yang menulis berkaitan dengan hal ni…Aku cuma agak-agak aje apa yang ada dalam kotak pemikiran aku je…hahaha..Kalau ikan ikan di lautan yang dicemari dengan covid 19 ni kita makan, tentu ia membawa padah pulak kepada kita...gitu la gamaknya kan.…Ikan-ikan tu tentu berada di sebelah barat semenanjung kan, sebab India berada di sebelah barat Semenanjung…Kena hati-hati la negeri2 yang berada di sebelah pantai barat negara ni…hahaha…Tapi korang jangan pakai sangat teori tak ilmiah aku ni…hahahaha….Kena tanya jugak orang lebih berilmu. Bertanya orang yang lebih berilmu dituntut oleh agama. Kena tanya pakar virus sama ada corona tu boleh hidup dalam badan ikan bila ikan tu makan sisa2 mayat covid tu. Kena Tanya jugak pakar sains marin sama ada ikan2 kat pantai Bangla tu boleh ke berenang sampai ke pantai negara kita ni…Semuanya kena tanya pakar-pakar. Kita tak boleh buat cerita sendiri aje, yang kita boleh buat ialah ramalan dan andaian aje yang tak tentu benarnya…tak gitu…hahahaha….



Satu lagi ialah berkaitan vaccine pula…Eloklah kita memasing amik vaccine tu. Ramai dah pakar2 bercakap berkaitan vaccine tu. Bukan bermakna orang yang dah vaccine tu tak kena covid tapi kalau dia kena pun kesannya taklah mudarat sangat macam orang yang tak kena vaccine tu.…Jadi kita amik aje vaccine tu. WHO jugak dah buat kenyataan, Covid ni takkan lenyap hujung tahun ni..maknanya kita kena la hidup dengan si CORONA tu lepas tahun 2021. Aku pun dah daftar tapi tak tau bila akan dicucuk dengan jarum tu. Aku ada penyakit tentu akan dicucuk dengan vaccine yang sesuai dengan orang yang memang ada penyakit….Jangan tunggu lagi…Mati memang tak boleh elak kalau dah ajal tapi vaccine ni cuma mengelakkan diri daripada dijangkiti teruk oleh virus Covid 19 tu, bukan untuk mengelakkan mati. Vaccine tu pun tak kata untuk mengelakkan ajal maut…hahaha…Ajal maut urusan TUHAN…


Rasanya itu aje yang aku nak pok pek kat sini...moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia dan akhirat serta dihindarkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnnn....


Jangan lupa, terus istiqamah dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...

~ Sekian ~
daud.montak.zakaria

Sunday, May 23, 2021

Kembali PKP di Selangor...

Diari DAUD - Hari ni ISNIN, 24 Mei 2021. Esok 25 Mei 2021, PKP di Selangor dan hampir seluruh negara akan diperketatkan lagi. Kebanyakan premis perniagaan dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja. Semalam pun kes Covid19 dah hampir mencecah 7K sehari. Di Selangor adalah tertinggi hingga mencapai 2K kes. Makin teruk nampaknya. Kita berada ditempat kedua selepas INDIA dalam kes COVID19 ni. Dikatakan sekarang ni Varian Baharu Covid 19. Ia mudah merebak dengan cepat dan banyak la lagi ciri-cirinya yang menggerunkan kita semua. Ada sumber berita mengatakan varian baru ni dibawa masuk antaranya melalui jalan tikus. Cuma musykil pulak aku, adakah Vaccine yang kita ambil sekarang ni mampu mengekang Covid 19 varian baharu ni...?. Tak tau la sampai bila kita akan macam ni, masih dikurung dalam rumah. Marilah kita berdoa ramai ramai supaya Covid ni cepat redanya.




Pagi ni aku dan isteri bersihkan kawasan kecik belakang rumah tu. Tak de keje nak buat jadi bersihkan aje la kawasan belakang tu. Aku bercadang untuk tanam kembali sayuran kat situ. Sepanjang bulan pose itu hari tak buat pape pun kat kawasan belakang tu. Sayuran yang lama lama tu dah habis dah dan ada yang dah pun tua dan tak boleh dimakan lagi. Jadi cadang nak tanam baru la ni..Daripada duk aje diam diam, baik buat apa yang patut musim PKP ni. Cuba la tanam sesikit sayuran kat belakang tu...Jadi la untuk musim sesak sesak boleh la digunakan sayur sayur yang bakal ditanam tu...Esok akan mula aku tanam kembali kat kawasan belakang rumah tu...



Satu lagi perkara yang dah lama aku tak dapat buat musim Covid 19 ni ialah untuk panaskan badan di sekitar taman perumahan tempat aku tinggal ni. Sebelum puasa memang aku selalu berjalan untuk buang kalori sekitar taman perumahan sini. Lepas hari raya ni dah tak boleh dah sebab dah masuk ke fasa PKP. Masa ni boleh beriadah dalam kawasan rumah sendiri aje dan tak boleh luar kawasan rumah. Rasanya dah banyak kalori yang terkumpul musim syawal ni. Musim puasa mungkin tak kumpul kalori kut sebab pose. Tak tau la bila boleh kembali panaskan badan untuk buang kalori ni. Masa bukan musim Covid ni biasanya aku panaskan badan di Tasik Ujana Nilai Negeri Sembilan tu..atau hiking di Melati Hill di Nilai jugak... Musim Covid 19 ni dah tak boleh rentas sempadan daerah dan negeri. Tunggu aje la boleh rentas negeri, baru la pi balik ke Tasik Ujana tu...



Musim Covid 19 ni, tak banyak benda yang boleh dibuat, hanya duk rumah aje, kebanyakan waktunya. Apa lagi, asyik layari internet aje la...tak banyak benda lain yang boleh dibuat. Dah naik jemu dah berkurung di rumah. Dah bosan sangat dah rasanya, tambah pulak dah pencen macam aku ni. Kalau masih bekerja tentu takde bosan kut sebab boleh buat keje kat opis..ewahhhhh...hahaha...Bila dah terdedah dengan MEDSOS atau media sosial ni tentu macam banyak pulak kumpul dosa je kan. Dosa secara global. Tentu banyak benda yang dikatakan dalam MEDSOS tu dan tentu sekali akan timbul perkara yang berdosa seperti buang masa, fitnah, umpat keji dan sebagainya. Kalau dikenangkan, rasa macam risau jugak bila dah mati nanti sebab bawa bersama dosa fitnah, dosa mengumpat, dosa mengeji dan sebagainya...tak gitu. Kalau dosa dengan Pencipta kita boleh mintak ampun secara direct kepadaNYA. Yang bermasalahnya ialah dosa sesama manusia...Macam mana nak minta maaf. Kalau tak minta maaf, maka akan berterusan dosanya hingga ke akhirat. Oleh itu, jika bimbang rasa akan jadi muflis di akhirat nanti maka cubalah kita buat sedekah yang diniatkan untuk individu yang kita umpat, keji dan fitnah tu. Dengan harapan pahala sedekah tu akan dapat membayar kembali dosa2 yang kita tanggung tu supaya kita tak muflis di akhirat nanti. Rasanya eloklah cari sedekah yang pahalanya boleh berterusan hingga ke hari Kiamat seperti sedekah untuk bina MASJID atau SURAU atau PUSAT2 TAHFIZ...tak gitu. Jadi sama sama la kita fikirkan. Nak mintak maaf macam mana kalau orang yg kita umpat tu tak mungkin kita temui seperti pak pak menteri,ulamak2 yang kita hina dan individu yang berada dalam MEDSOS tu...kan..kan...Rasanya gitu la kut caranya......Dalam masa kita hidup mencari keselesaan di bumi ni, jangan lupa kita masih ada tempat yang kekal untuk dituju dan untuk dihuni secara kekal. Jadi jangan lupa la ye, masalah agama juga kena amik berat bukan ambil sambil lewa dan secara 'part time'. Kena tanam dalam sanubari kita semua bahawa apa yang kita buat di dunia ni semua kerana ALLAH. Kalau kita cari kekayaan, adalah kerana ALLAH dan kalau dah kaya tentu wajib keluarkan ZAKAT setiap tahun dan SUNNAT hukumnya keluarkan SEDEKAH...tak gitu. Hilangkan dan lenyapkan semua sikap RIYAK, SOMBONG, UJUB dan seumpamanya....



Rasanya setakat itu aje la yang aku nak coretkan hari ni..moga kita semua, tak kira sapa la akan diampunkan oleh ALLAH semua dosa kita, dihindarkan daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga..aamiinnnn..

Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...


Sekian...
daud.montak.zakaria

Thursday, May 13, 2021

Hari ni RAYA Kedua.

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 14 Mei 2021...adalah Raya Kedua. Semalam Raya Pertama takde pi memana pun. Dalam PKP ni aktiviti ziarah tidak dibenarkan. Jadi duk aje kat rumah dan Raya je dengan famili aje la...apa boleh buat kan...Ikut aje la...Kalau langgar nanti, jika nasib tak baik kena saman pulak. Bukan kami tak rindu nak ziarah..Biasanya hari Raya tentu kami akan ziarah adik beradik isteri aku sekitar sini. Biasanya kami akan pi ziarah rumah Kak Nab dan Biras aku abang Kamal...dan jugak ziarah ke Banting, tapi kat Banting macam dah tak pi kut sebab tuan rumah dah pindah...hahaha. Kami jugak akan melawat rumah Nyah Alias di Jenderam tu. Famili aku masuk tahun ni dah dua kali tak pi rumah Nyah Alias tu...sebab penangan Corvid19 la ni...Bimbang pulak nak langgar peraturan gomen supaya tiada ziarah menziarah. Jadi Raya di rumah aje la. Boleh baca catatan Raya aku masa Raya 2018 DI SINI. Masa dah wujud COVID19 ni aku tak pernah pi ziarah Raya ke rumah Nyah Alias sebab bimbang Covid19 sebab dia pun warga emas, aku pun warga emas...hahaha...

Sambutan Raya Pertama semalam kami sesama famili aje beraya kat rumah. Kami tak ziarah mana mana pun. Anak sulung aku pun tak ziarah kami sebab tak boleh rentas daerah kat Selangor ni. Pada aku elok lah akur aje la dengan peraturan tu.... Bimbang kena saman sebab ziarah menziarahi. Tak mampu aku nak bayar saman sampai beribu-ribu. Duk aje la kat rumah. Semalam pun kelihatan ada drone Polis yang pantau dari udara, kata dia orang la. Aku tak tengok dengan mata kepala aku sendiri pun. Takpe la, kalau tak boleh ziarah, itu lebih baik daripada bayar denda beribu ribu ringgit for nothing kan...hahaha...



Nampaknya kat Selangor ni kes Covid 19 dah hampir cecah 5K kes. Risau aku dengan keadaan demikian. Ini bermakna jauh lagi untuk kita di Selangor ni untuk bebas daripada si COVID19 tu. Tak tau la nape cepat sangat capai tahap macam tu. Aku bimbang dengan virus Corona dari India dan Afrika yang mudah merebak dengan cepat tu. Kat India dah dikatakan setiap hari orang mati 3 - 4 ribu dan dah tak boleh kawal dah. Harap kita tak macam tu la. Dengarnya virus varian dari India tu dah pun di kesan di negara kita...hati hati la kita semua...Tolong la patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan tu...

Pada aku kita sabar aje la dengan keadaan sekarang yang tak membenarkan kita semua menyambut Hari Raya dengan lebih meriah macam sebelum COVID 19 wujud. Sabar aje la dan berdoa aje la supaya wabak pendemik cepat berlalu pergi dan tidak menoleh lagi ke belakang. Sekarang ni solat kat masjid dan surau dah kembali seperti dalam PKP iaitu hanya AJK surau dan masjid aje yang dibenarkan solat di surau dan masjid kat Selangor ni. Solat Raya pun terpaksa dibuat di rumah aje. Solat Jumaat hari ni pun tak boleh pi ke masjid...


Rasanya itu aje yang aku nak catatkan di sini, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH serta dihindarkan kita semua daripada siksa kubur,siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnn...

Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #bmf, jika tak boleh semua, jangan tinggalkan semua...


~ sekian ~
daud.montak.zakaria

Friday, May 7, 2021

Kembali semula ke PKP.

Diari DAUD - Khamis, 6 Mei 2021, Selangor kembali semula ke garisan PKP...PKP 3.0. Banyak yang tak boleh dilakukan musin PKP ni berbanding semasa PKPB. Di Selangor setakat ni kes lebih 1K dan kes dalam negara lebih 3K. Tak taulah apa yang menyebabkan kes melonjak tinggi. Yang pastinya tentu SOP tak dipatuhi oleh ramai di kalangan kita. Kita tak boleh salahkan sesapa, itu silap kita sebagai rakyat. Kalau kita patuh SOP, rakan kita pulak yang langgar. Macam tu la prosesnya, tu sebab kes jadi tinggi sangat. Tak perlu salahkan sesapa, kita sendiri yang kena disiplinkan diri sendiri...maksudnya setiap individu. Sekarang ni bila PKP semua tak boleh. Berniaga pun mungkin tak boleh dan tentu menyusahkan orang mencari rezeki. Pi beli makanan di bazar Ramadhan mungkin tak boleh, lantaran tak boleh berniaga. Susah lagi la peniaga untuk mencari rezeki. Dah ada sedikit kelonggaran masa PKPB, kita sendiri yang rosakkan. Tak percaya lihatlah di bazar2 Ramadhan dan jugak temapat2 makan serta di pasaraya2, jarang patuh pada SOP pun. Jangan salahkan sesapa diri sendiri yang bermasalah...hahaha...opst!
Apa apa pun semua perkara yang telah, sedang dan akan berlaku semuanya dah ada dalam pengetahuan Pencipta, memang telah tercatat dalam kitab Pencipta di Loh Mahfoz...kita tak boleh komen banyak pun. Pencipta maha mengetahui segalanya sebab biji yang gugur di malam yang gelap pun ada dalam pengetahuan Pencipta, inikan pulak wabak CORVID19 yang nampak jelas dan nyata...Redha je la dan usahalah kita semua untuk menghindari wabak  berkenaan...tapi kalau kita terkorban sebab wabak tersebut, bermakna, itu memang dah ajal kita...ada sesapa yg boleh elak mati ke...hahah...atau korang ada pandangan yang lain..hahaha..

Masjid baharu akan dibina.

Bermula hari Khamis, masjid dan surau di Selangor dikurangkan jemaahnya. Masjid boleh dihadiri 100 jemaah aje, surau pulak 50 orang. Sebelum ni masjid dibenarkan 450 orang. Masa PKP ni jemaah wanita langsung tak boleh beribadah di masjid. Sebelum ni boleh dengan jumlah 50 orang. Rasanya setakat ni tiada pun cluster masjid selain daripada kes Tabligh dulu tu. Solat Terawikh semalam pun telah dihadkan seramai 100 orang jemaah aje, mana yang lebih tu diminta solat kat rumah aje...Apa boleh buat laaaa...Apa apa pun kena patuh la dengan apa yang digariskan oleh Majlis Agama Islam. Rasanya dengan pengurangan jumlah jemaah masjid tentu sukar untuk dapat peluang bertarawikh dan sertai jemaah Jumaat di masjid. Rasanya jugak mungkin semalam peluang terakhir dapat Terawikh di masjid kut, ramai jemaah, jadi sukar nak dapat peluang masuk masjid musim PKP ni..Apa boleh buat la...Oh ye, sekarang ni Masjid Kariah Bangi iaitu kariah tempat aku dah mula buat kutipan dana untuk membina masjid baharu. Bolehlah sesapa saja yang nak infaq. Infaq la dalam bulan Ramadhan ni, besar pahalanya. Apa lagi, lekas la buat infaq sebelum berakhir Ramadhan untuk dapatkan pahala berganda hingga 700X. Derma buat masjid ni pahalanya akan berterusan hingga hari kiamat selagi masjid tu terus wujud. Kita akan berterusan terima pahalanya walupun kita telah mati. Infaqlah untuk diri sendiri atau untuk emak bapak kita. Semak poster di bawah, ada nombor akaun di situ...Aku tak pasti boleh solat di masjid baharu ni atau tak sebab aku pun akan berpindah ke kampung hujung tahun ni...insyaALLAH...



Hari Jumaat ni aku tak pi ke Masjid Kariah Pekan Bangi tu untuk tujuan solat Jumaat. Pengumumam masa solat kat masjid semalam kata kalau takde jemputan melalui HP maka tak perlu lah datang masjid untuk solat Jumaat. Panggilan akan dibuat melalui HP(mungkin wassap) pada jemaah yang dijemput untuk solat Jumaat....kalau takde, takde la. Petugas masjid kata mengerjakan Jumaat masa PKP ni akan dibuat secara bergilir...sebab jumlah jemaah adalah terhad kepada 100 orang aje. Sampai tengah hari nama aku tak naik pun, maknanya tak terpilih la tu...Hermmmm...nak solat Jumaat pun kena ada jemputan...hahaha...Macam mana nanti bila kita nak dimasukkan ke syurga oleh ALLAH SWT nanti kannn...Rasanya 100 jemaah tu cuma untuk lebih kurang 4 atau 5 saf aje dalam masjid berkenaan. Belum lagi ditolak dengan AJK masjid yang berjumlah mungkin dalam 20 orang kut, tak pasti aku. Dicampur lagi dengan wakil ajk surau surau kut, dikariah tersebut. Sudahnya orang bese-bese macam aku ni mungkin tak ramai pun yang dapat peluang untuk berJumaat. Sebelum ni aku dah dapat peluang berJumaat 3 kali berturut-turut....Alhamdulillah...Semuanya guna kopun sebab ramai yang nak berjemaah di sini. Ramai jemaah kat sini, ruang 450 orang jemaah tu, semua penuh, kalau hari Jumaat. Ramai sebenarnya penduduk keliling kawasan ni. Memang patut la dibina masjid baharu. Apa apa pun satu penghargaan yang tinggi kepada semua petugas masjid Bangi ni yang sedaya upaya berusaha dengan sungguh2 untuk memberi ruang kepada para jemaah untuk solat di masjid tersebut...terima kasih...Solat Hari Raya nanti pun tak lebih 100 orang jemaah. Nasib la kannn...Rasanya tak pi solat raye la kut...Walaupun tak pi solat Jumaat, aku letakkan jugak poster solat Jumaat Masjid Bangi kat sini..tajuknya Lailatur Qadar.



Sebagai muslim yang mengerjakan Ramadhan, kita memang memerlukan bersua dengan Malam Lailatul Qadar tu. Banyak pahala boleh dijana daripada segala ibadat yang kita buat jika bertepatan dengan Malam Lailatul Qadar hingga lebih baik drpd 1000 bulan atau 83 tahun beribadat. Malam tersebut bermula dari waktu Maghrib hingga waktu Subuh esok harinya. Jadi...buatlah macam2 amalan, banyakkan lagi amalan pada 10 malam terakhir Ramadhan tu. Malam Lailatul Qadar dikatakan berada pada salah satu malam dalam 10 malam terakhir tu. Dikatakan lagi pada malam2 yang ganjil. Pandangan aku lebih baik semua 10 malam terakhir tu lipat gandakan segala amalan kita dalam pelbagai bentuk solat sunat, baca Quran, sedekah, zikir dan sebagainya...malam2 yang lain pun pahalanya akan digandakan sebanyak 700X. Tinggalkan dulu lepak2 kat kedai2 kopi atau mamak tu...eh! pkp ni boleh lepak lagi ke...hahaha... Jangan la tunggu pokok buluh sujud atau sebagainya..baru nak berdoa dan beramal...hahaha..Dulu masa kecik2 ingat lagi orang cite macam tu...Kalau ye pun ada pokok buluh sujud dan kita tengok aje dan tak buat amal tak guna gak...kan..hahaha...Ini antara kisah2 masa kecik dulu...Jadi sama samalah kita usahakan gandakan amal dalam 10 malam terakhir ni...
Berkaitan balik kampung..memang aku rindu nak balik kampung. Ini bermakna dah dua tahun berturut-turut aku tak balik kampung masa Hari Raya. Aku bukan ada emak bapak pun lagi tapi memang la rindu untuk balik ke kampung tu sebab aku dilahirkan di sana. Bagi yang ada emak bapak memang la rindu sesangat nak balik kan..tak gitu...Kalau tak dapat balik tentu menangis guling-guling kan...hahaha...Aku balik sebab untuk tengok rumah aku kat kampung tu dan jugak untuk jengah sedara mara terdekat kat sana tu. Selain tu bila balik kampung biasanya aku akan pi ziarah kubur emak bapak aku dan titipkan doa untuk mereka. Doa dari jauh pun boleh, tak masalah pun.. tapi kan...bila kita berdoa di kubur emak bapak lebih ada 'feel' lagi. Melainkan emak bapak kita tiada berpusara...kan...Biasanya bila balik kampung tentu aku akan ke pusara emak bapak aku untuk berdoa. Mereka memang perlukan doa kita tau, jangan lupa tu..Berdoa di tikar sembahyang dan berdoa di pusara 'feeling' nya lain sangat...Masa berdoa kepada mereka di pusara lebih baik menghadap muka dorang, bermakna kita membelakangkan kiblat. Salah satu catatan aku sebelum ni berkaitan ziarah kubur kedua emak bapak aku. Boleh dibaca di SINI.

Akhirnya disebabkan RAYA tak lama lagi, aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya lebih dulu la, kepada korang semua, maafkan segala dosa aku tau.. dan semestinya aku dah maafkan korang semua..antara kita takde dosa apa apa pun yeee...


Rasanya itu aje yang aku nak catatkan di sini, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan ke dalam syurga...aamiinnnn...

Jangan lupa, terus istiqamah dengan #bmf, kalau tak boleh semua, jangan tinggalkan semua...


~ Sekian ~
daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...