Tuesday, December 17, 2019

Datang lagi ke Melati Hill

Diari Daud - Hari ni Selasa, 17 Dis. 2019, aku pi ke Melati Hill untuk aktiviti 'hiking'....macam biasa la kalau pi sana. Kali ni aku pi dengan isteri dan anak bungsu aku serta kawan baik isteri aku, Pn Masmiaza dan suami dia, En. Amos. Selesai
bersiap maka kami pun mula gerak...Cuaca pagi
macam mendung aje...memang
dua tiga hari ni
hujan tak berenti aje. Bila
kami sampai ke sempadan Nilai tu hujan renyai-
renyai turun tapi tak lama pun. Bila sampai kat kaki bukit tu macam takde lagi dah
renyai-renyai tu...Tiba kat kaki bukit tu kami tunggu sat Pn Mas dan suami dia En. Amos tu. Isteri aku pi beli air durian belanda kat penjual di kaki bukit tu...6 RM sebotol...
Nampaknya ramai jugak orang yang berkunjung ke situ untuk hiking walaupun hari ni hari bekerja. Banyak jugak kereta yang parking di kaki bukit tu...Rasanya lebih
30 buah kete kat kaki bukit tu. Tak lama kemudian Pn Mas dan
En. Amos pun tiba. Sebaik aje tiba maka kami pun
mula mendaki di laluan berhampiran
gerai di kaki bukit tu..
Gerai tu hari ni macam tak buka aje...biasanya hari cuti aje ia buka...memang penuh
kalau hari cuti tu....

trail ke MOSQUITO HILL
Banyak gak kete kat kaki bukit tu..
melati hill
selfie sat...pilih la mana nak pi...
signage untuk ke mosquito hill
Sebenarnya pagi ni aku bercadang untuk bawa dia orang mendaki
ke MOSQUITO HILL, MONKEY HILL, CENTIPEDE HILL dan akhirnya turun ke kaki bukit dan balik...itu plannya...Aku pun baru sekali aje melalui laluan pi ke MOSQUITO
HILL melalui belakang gerai tu. Hari ni redah aje lagi..Tulisan
melalui belakang gerai untuk ke MOSQUITO
HILL tu ada aku tulis beberapa
hari yang lalu


Kami pun mula la mendaki untuk ke
Mosquito Hill tu. Laluan dari sini agak curam jugak.
Setelah mendaki seketika maka kami pun sampai di laluan yang
agak landai. Tangkap foto sikit kat sini. Kemudian sambung berjalan untuk masuk
ke hutan tu. Laluan di situ agak menurun. Kami berjalan hingga kami tiba di satu simpang. Di simpang tu aku suh dia orang masuk ke simpang kiri.....

Agak jauh jugak kami berjalan dan akhirnya kami tiba di hujung
yang semak samun tu...hahaha...rupanya jalan yang aku suh lalu tu adalah jalan
mati dan takde laluan lagi dihujungnya...Aku dah silap jalan la tu...hahaha...Kesian aku kat satu  pasangan veteran jugak ikut belakang kami padahal dia orang dah
mendaki jauh ke atas di simpang yang ke kanan tu...Simpang yang
ke kanan tu yang betulnya..hahaha.....Aku sendiri
dah tak cam jalan kat situ...Aku
baru lalu sekali aje kat situ beberapa hari yang lalu..apa boleh buat la...

pendakian pertama ke mosquito
pendakian kedua
tiba di laluan landai
snap foto sat
sambung gerak kembali
 Maka kami pun kembali semula ke simpang yang kami temui tadi
dan terus mendaki ke simpang berkenaan.
Pendakian kat sini agak curam
jugak. Aku dulu memang melalui jalan ini
dan tersesat terus masuk ke CENTIPEDE HILL padahal
aku bercadang untuk ke MOSQUITO HILL. Bila sampai aje kat atas
aku terus pi survey trail masuk ke kiri dulu. Isteri aku... aku suh tunggu di simpang yang kami tiba tu. Aku pi dengan anak bungsu aku.

Aku pi survey trail tu untuk pi ke MOSQUITO HILL.
Survey punya survey aku jumpa dengan dua orang pendaki veteran. Aku tanya dia orang untuk pi mosquito hill. Dia tunjukkan arah ke lokasi berkenaan. Kemudian aku patah
balik ke belakang untuk dapatkan isteri aku dan rakan dia tu. Tak
sampai separuh berjalan aku dah nampak isteri aku
dan rakannya menuju ke
arah aku...Rupanya dia orang pun dah dapat maklumat daripada pendaki lain bahawa
jalan berkenaan menuju ke Mosquito..

pi masuk simpang yang salah...jalan mati tu...
kembali ke simpang yang mendaki ke arah mosquito tu...
mendaki ke mosquito hill..ada pasangan veteran lain bersama kami..
belakang tu trail ke mosquito
Setelah semua ada kami pun terus aje menuju ke
MOSQUITO HILL. Tak jauh pun, kami jumpa puncak Mosquito Hill tu. Kami snap la beberapa foto kat situ. Kami berada di situ sekejap aje. Kemudian kami patah balik untuk menuju ke MONKEY HILL. Kalau kami terus ke depan melalui Mosquito
tu, kami akan bertemu dengan jalan untuk keluar ke jalanraya.
Aku pernah melalui trail untuk ke Mosquito
Hill tu dari arah jalan keluar tu
pada hari hari yang lepas yang aku pernah tulis tu....

Kami patah balik dari Mosquito Hill tu untuk tiba di satu
trail naik ke atas...Dari situ kami
gerak ke depan dan akhirnya tiba di satu simpang
trail untuk ke puncak monkey hill dan untuk turun dari puncak Monkey
Hill. Kami pilih untuk mendaki ke puncak Monkey Hill. Tak jauh mana pun kami mendaki
akhirnya kami tiba di puncak Monkey Hill. Di situ kami rehat sat...minum dan
sebagainya. Aku rakam foto sikit kat sini... Selesai rehat kami pun
pilih trail untuk turun dari Monkey Hill tu...Kami tak pi pun ke COBRA HILL. Kami gerak untuk turun dari Monkey Hill tu..Ini merupakan kali pertama kami menuruni trail
dari puncak Monkey Hill tu. Biasanya kami mendaki aje trail
untuk ke puncak Monkey Hill tu. Ini trail
ke puncak Monkey Hill
yang paling tinggi
dan curam, rasanya laaaaa......Kena hati2 kalau mendaki atau turun sebab curam..

trail ke mosquito
trail ke mosquito
trail ke mosquito
trail ke mosquito
trail ke mosquito
Kami bercadang untuk turun dari Monkey Hill ni dan terus gerak dan mendaki ke CENTIPEDE HILL dan seterusnya
dari puncak Centipede Hill tu kami akan bergerak
turun melalui trail untuk menuju ke jalanraya dan seterusnya balik laaa...
Masa kami turun dari puncak Monkey Hill tu ramai jugak kami jumpa pendaki yang
lain yang nak pi ke puncak Monkey Hill tu. Kami jumpa grup empat orang pompuan yang nak mendaki. Kami sembang sat kat situ..Dia orang kata kat sini lebih
mencabar daripada BROGA HILL. Kat Broga Hill macam santai aje bila mendaki....
Lepas sembang sat kami pun teruskan perjalanan untuk turun ke kaki Monkey Hill tu. Kami jugak jumpa dengan pendaki lain...Kami tegur gitu gitu aje. Aku sempat selfie
dengan pendaki muda. Aku tanya dia dari mana...dia jawab
dari Ampang. Alamak jauhnya datang...
Dia kata dia ikut ayahnya
datang sini sebab ayahnya mendapatkan rawatan daripada DR. JO...

puncak mosquito..kali ketiga bagi aku, kali pertama bagi dia orang...
isteri aku dan rakan baik dia
kami bersama..
trail mendaki ke Monkey Hill
trail mendaki ke Monkey Hill
Kami teruskan lagi perjalanan ke kaki bukit. Kami bersua jugak dengan
pendaki yang lain. Tegur tegur gitu
aje semasa dalam perjalanan tu. Setelah agak lama menuruni
puncak maka akhirnya kami tiba di kaki trail menuju ke Monkey Hill tu. Di simpang
berkenaan ada jugak trail untuk ke Rope Hill di sebelah kiri kami. Tapi kami tak masuk situ pun....mungkin lain kali kut..da tua tua ni bukan mampu nak masuk semua trail...
Tiba di kaki bukit tu, terus kami berjalan untuk ke untuk mendaki
Centipede Hill pulak.

mendaki ke puncak Monkey Hill..tu pendaki lain...
hampir tiba di puncak monkey hill
selfie sat, background tu grup lain..
rehat sat kat puncak Monkey Hill
tu trail nak ke Cobra Hill, tapi kami tak pi pun ke sana...
 Masa melalui trail ni jumpa sepasang pendaki veteran. Aku tanya dia dari mana.
Dia kata dia dari Kajang dan baru pertama kali datang ke sini. Jadi aku cite la sikit sikit trail untuk mendaki ke puncak Monkey Hill tu. Dia kata umur dia dah 55 tahun. Aku
tengok masih kuat dia lagi. Kami sembang sat dan bila selesai
kami terus menuju ke arah Centipede Hill dan
dia pula ke arah untuk mendaki ke
Monkey Hill....

puncak Monkey Hill
Monkey Hill
gerak nak turun ke kaki puncak Monkey Hill
Gerak turun
Gerak turun ke kaki Monkey Hill
Trail untuk menuju ke CENTIPEDE HILL tu
tak mencabar sangat. Mula mula aje ada beberapa pendakian
tapi selepas tu jalannya landai aje hingga jumpa simpang untuk mendaki
ke puncak Centipede Hill dan simpang untuk ke Eagle Hill. Aku dan anak bungsu
aku dah pernah lalu jalan Eagle Hill tu tapi isteri aku dan rakan baiknya tu masih belum lalu lagi trail Eagle Hill tu...Aku memang bercadang untuk bawak dia orang satu hari
nanti melalui trail Eagle Hill tu...Insya ALLAH...

menuruni cerun ke kaki bukit...
jumpa dengan ramai pendaki lain
sempat selfie dengan pendaki muda dari AMPANG ni...
hampir tiba di kaki bukit...
hampir tiba di kaki bukit..
Setelah menapak agak lama, akhirnya
kami tiba di simpang untuk mendaki ke CENTIPEDE HILL dan jugak simpang menurun untuk ke EAGLE HILL. Di situ kami rehat sat untuk amik oksigen. Kena rehat
sat sebelum mendaki lagi. Untuk tiba di puncak CENTIPEDE HILL
ni kita kena daki 3 pendakian dimana  2 daripadanya
punyai pendakian yang agak curam dan
jauh gak...memang lenguh
la lutut jugak kalau mendaki untuk tiba di puncak CENTIPEDE HILL tu...

tiba di kaki bukit..
masuk ke trail untuk ke Centipede Hill
trail ke Centipede Hill mula2 je ada laluan mendaki...
laluan mendaki
laluan landai
Setelah agak lama berehat maka kami pun mula mendaki. Pendakian pertama
ni memang la curam dan tinggi. Aku singgah
jugak beberapa kali di sini untuk
tarik oksigen masuk ke paru paru aku..tercungap
cungap jugak weh mendaki di sini. Maklumlah usia dah usang..usia
bonus yang masih ALLAH SWT beri lagi...hahahaha...Beberapa kali berenti untuk sedut oksigen masuk ke paru paru dengan cepat untuk mengisi ruang ruang
avieoli dalam paru paru aku tu.......Lega bila dapat sedut
oksigen dalam dalam....

laluan landai melalui pokok pokok kelapa sawit
tiba dah di simpang untuk mendaki ke Centipede Hill dan turun ke Eagle Hill
rehat sat
mula mendaki ke Centipede Hill
mendaki ke Centipede Hill
Setelah beberapa kali berehat dan tarik nafas panjang-
panjang maka kami pun mula untuk mendaki kembali dan akhirnya dapat mengatasi pendaki curam yang tinggi gak tu...Tiba di atas rehat sat. Amik oksigen
lagi beberapa lama. En. Amos dan anak bungsu aku
dah mula mendaki dan dia orang macam dah
sampai puncak aje...

mendaki ke Centipede Hill
dari kaki bukit, mendaki ke Centipede Hill
selfie sat
rehat sebelum sambung mendaki ke Centipede Hill
trail untuk ke puncak Centipede Hill
Kemudian aku pulak mendaki
bila dah rasa lega dan oksigen dah masuk berkali
kali ke dalam paru paru aku. Aku tinggalkan isteri aku dan Puan Mas
di belakang. Aku terus mendaki dan berahat beberapa kali. Setelah beberapa kali berehat maka akhirnya aku sampai jugak di puncak CENTIPEDE HILL tu...Rehat sat kat
atas tu untuk tarik oksigen masuk ke paru paru puas puas. Selesai
rehat aku amik beberapa gambar view dari puncak
CENTIPEDE HILL tuuuu........

hampir puncak Centipede Hill
pandangan dari puncak Centipede Hill
isteri aku hampir sampai puncak Centipede Hill
kami bergambor sat
bergambor sat
Setelah agak lama berada di atas puncak tu
maka kami pun mula lah bergerak menuju ke kaki bukit...
Dah namanya pun menuruni ke kaki bukit tentu lah tak berapa mencabar
jugak tu...Bagaimana pun nak turun ke kaki bukit tu pun kena hati hati di tempat berpijak..Silap meletakkan tapak kaki boleh jugak tergelincir
dan sebagainya....tentu akan lebih susah kann..

gerak ke kaki bukit
trail ke kaki bukit.
trail ke kaki bukit..
trail ke kaki bukit...
dah hampir sampai...
Lebih kurang 15 minit menuruni bukit akhirnya kami tiba
di kaki Bukit Melati tu.. Berehat dan minum sat kat kaki bukit tu. Masih ramai
 jugak pengunjung lain di kaki bukit tu..Kami jugak jumpa dengan beberapa orang pendaki lain yang kami temui semasa kami mendaki dan melalui trail trail dalam kawasan
MELATI HILL berkenaan...Setelah selesai berehat maka kami pun masuk
kete dan gerak balik ke Bangi...Alhamdulillah tiada apa
apa perkara buruk yang berlaku...

nak balik dah..
lebih 2 jam..jarak berjalan 2 Kilometer dan bakar kalori
200 lebih...
puncak tertinggi 146 meter...

Di bawah ni aku sertakan infor berkaitan kalori, moga ada faedah untuk kita semua...




Moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa
dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serta dihindarkan daripada
siksaan NERAKA...Sama sama lah kita doakan kebaikan untuk sedara se ISLAM kita..
Tak sempurna IMAN kita kalau tak kasih kepada sedara se ISLAM kita...
Jangan melakukan dosa sesama MANUSIA sebab ramai
yang masuk NERAKA kerana MUFLIS sebab terpaksa tanggung dosa
orang lain yang kita sakiti kerana kita dah takde pahala untuk membayar kpd
orang berkenaan....Kita jugak boleh masuk NERAKA sebab sikap sombong, hasad dengki, umpat, keji, hina menghina dan sebagainya sesama MANUSIA...Jadi doakan aje
kebaikan untuk semua, sebab kita tak tahu sama ada kita akan mati
dalam HUSNUL KHOTIMAH atau SUUL KHOTIMAH...
hati hati ye...Mari kita
semua doakan kebaikan untuk semua...sama2 bersihkan hati
kita...Kisah seorang ABID iaitu AHLI IBADAT yang ditipu SYAITAN hingga jadi
AHLI NERAKA, dari tafsir ayat AL QURAN ini patut menjadi pengajaran untuk kita semua...Ustaz dulu ada beritau nama ahli ibadat tu BIRSHISH kalau tak silap...
Boleh dibaca.......

DI SINI..

Boleh jugak di baca..

DI SINI

dengan kisah yang hampir sama...Kisah ni untuk renungan kita bersama....
Teruskan istiqamah dengan #bmf ye


~~~~~     SEKIAN   ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...