Friday, April 24, 2020

Ramadhan dalam wabak CORVIC-19

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 24 APRIL 2020, dan bermulalah sambutan bulan RAMADHAN untuk tahun 2020 ni. Kita mula berpusasa hari ni..Dikesempatan ni AKU ingin mohon maaf atas segala dosa aku kepada kalian semua. Semua mereka yang mengenali aku secara dekat atau jauh. Aku mohon maaf atas segala dosa aku. Aku pun dah maafkan semua dosa kalian semua. Marilah kita sambut Ramadhan dalam keadaan yang bersih dari sebarang dosa sesama kita. Tak perlulah kita nak bermusuhan, dunia ni bukan lama lagi pun terutama aku yang dah usia penghujung ni. Aku tak risau pun untuk mati sebab mati tu memang ALLAH SWT dah tentukan pun, takkan tercepat dan takkan terlewat. Yang aku bimbangkan ialah amal yang dibawa sama tu...cukup ke tak untuk hari akhirat tu...tu yang paling aku bimbang. Walaupun kita muda atau tua, mati tu tak tentu, ada ketikanya yang muda pi dulu...jadi tak perlulah kita nak sombong kat atas kulit bumi ni...lambat laun kita akan mati. Kalau hidup 100 tahun pun bukan lama sangat pun sebab kat akhirat nanti tiada pun penghujungnya...Sama samalah kita bersihkan hati kita...InsyaALLAH...Bulan Ramadhan yang mulia ni kita galilah sebanyak banyak mungkin pahala untuk kita bawa ke akhirat tu, tak gitu. Manalah tau mungkin kita tak berkesempatan untuk jumpa lagi pada hari raya nanti atau pada Ramadhan yang akan datang. Sekarang ni memang tak jumpa pun sebab PKP kan. Manalah tau mungkin kita jugak akan dijemput ALLAH SWT...secara tiba2 dalam Ramadhan ni..sape tau kan, tambahan aku yang dah berusia emas ni...bila2 masa aje akan dijemput Allah swt...Jadi aku amat perlukan kemaafan daripada kalian semua, ye. Jadi maafkan aje la semua dosa2 aku dan aku jugak dah maafkan semua dosa kalian...


Bulan Ramadhan ni semua kena jaga termasuk dalam bab gossip secara semuka atau dalam media antarabangsa seperti FB dan sebagainya. Kalau nak letakkan komen dalam sesatu isu janganlah ada bahasa kesat dan seumpamanya. Bukan bulan puasa aje...malah setiap masa kena jaga perkataan tu hingga ke akhir usia...kita ni tak mulia mana pun di sisi ALLAH SWT jika anggota kita penuh dengan dosa.....Kalau isu yang dibincangkan tidak nampak faedahnya dan akan menghakis pahala puasa kita, lebih baik ditinggalkan. Kalau nak tinggalkan komen eloklah komen yang menyedarkan orang lain bahawa kita semua sedang berpuasa. Dulu orang ramai mengumpat dari tingkap ke tingkap sekarang pula dalam skala yang lebih besar dan bersifat antarabangsa dalam bilik2 yg selesa serta di mana mana je...dan dosanya pun mestilah lebih luas dan besar lagi...tak gitu...


Sekarang ni isu yang paling besar diperkatakan dikalangan mereka yang masuk ke media media sosial ialah soal pendatang ROHINGYA dan jugak pelancong CHINA seramai 2 juta yang tak kuar2 dari negara kita tu...Entah lesap kemana tah. Ada yang peroleh IC Malaysia terutama di PENANG tu. Dalam hal pelarian ROHINGYA tu rasanya kita pun janganlah terima pelarian tu semua, kita bantu mereka yang masih tinggal di bangladesh tu.... Pelarian tu dah ada penempatan yang di khaskan oleh Bangladesh. Seramai 1 juta lebih rohingya kat penempatan tu. Kita pun membantu mereka dari segi derma dan sebagainya kepada Rohingya di penempatan tu. Namun mereka macam suka sangat nak datang ke negara kita sebab mungkin undang2 pendatang kat negara kita tak tegas kut. Kalau tak silap sape saja yang lahir di sini otomatik akan dapat kewarganegaraan...betul ke macam tu. Anggap aje negara kita malaysia ni sebagai sebuah rumah. Kita mesti amik tahu hal jiran kita. Kalau tak makan diberi makan. Kalau susah dibantu. Apatah lagi kita ni jiran se ISLAM, wajib bantu. Itulah yang lakukan selama ni, kita sering derma untuk Rohingya setiap masa. Kita bantu dalam derma derma yang kita sering beri. Namun sekarang ni jiran se Islam kita datang nak tinggal dalam rumah kita. Hukum berjiran hanya boleh bertandang 3 hari saja tapi mereka masuk kerumah kita dengan niat nak terus menetap. Bayangkanlah jika dah 20 tahun berada kat negara kita nanti..tentu lebih banyak lagi masalah sosial akan timbul...Satu maslah pulak kepada anak2 dan cucu2 kita masa akan datang natijah daripada tindakan datuk2 atau bapak2 dia orang...tak gitu..



Ada 1 juta lebih lagi Rohingya di Bangladesh tu nak datang masuk ke Malaysia ni. Ibarat sebuah rumah, mestilah ada tuannya. kalau tuannya tak mengizinkan, itu hak pemilik rumah....Sebenarnya masalah pelarian Rohingya ni masalah Bangsa2 Bersatu bukan masalah Malaysia sendiri. Malaysia tiada tandatangani apa apa pun dengan UNHCR tu. Jadi pelarian yang datang kat sini tu tetap pendatang haram. Kita memang dah sesak dengan masalah kaum di Malaysia ni dan tak perlulah ditambah lagi dengan kedatangan satu lagi etnik yang akan mewarnai lagi masalah kepelbagaian etnik yang sedia ada di negara kita ni. Satu lagi isu ialah pemberian IC kepada rakyat China yang berlaku di Penang tu. Kes tu masih dalam perbicaraan mahkamah. Tak taulah apa motif dia orang nakkan kewarganeraan Malaysia. Sedangkan negara China dah maju sekarang ni memang kita jauh terkebelakang daripada negara China tu. Mungkin dia orang tak suka dengan hidup terkongkong dalam Sistem Kominis kut. Atau mungkin ada agenda lain yang kita tak tau. Tun M kata ada 2 juta pelancong China dalam Malaysia sejak bermulanya wabak Corvic19 tu atau chinese virus tu...Mungkin kita tak tegas sangat macam negara lain tu. Warga China ada 2 juta dan 200 ribu etnik Rohingya...banyak sangat pendatang masuk ke Malaysia ni. Pendatang masuk ke negara kita ni mungkin ada sindiket yang bawak masuk ke sini. Dikatakan sorang pendatang kena bayar ribuan ringgit jugak untuk dibawa masuk ke Malaysia ni...Dikatakan 1 juta lebih Rohingya menunggu untuk masuk ke negara kita ni...Tak taulah apa nak jadi 10 hingga 20 tahun akan datang bila Rohingya dan pendatang China tu dah beranak pinak di negara kita. Tentu akan timbul lagi masalah kepelbagaian etnik di sini...Kita yang majoriti Melayu Islam tak tau la apa akan jadi kat anak cucu kita yang bakal mewarisi negara Melaysia ni daripada bapak2 mereka yang dah berhijrah ke BARZAH....Doa aje la banyak2 supaya negara kita terus berada dalam pemerintah Islam yang alim, waraq serta soleh hingga ke hari Qiamat...InsyaALLAH..aamiinnnnn...


Satu lagi isu yang sedang hangat di media sosial ialah tindakan Ebit Lew yang tak minta dipanggil ustaz, telah menamatkan aktiviti bantuan semasa PKP ni. Dia dan krewnya amat aktif membantu orang ramai semasa PKP ni dari segi keperluan bekalan dan sebagainya. Bantuannya tanpa mengira bangsa atau agama, semua dibantu. Dia jugak membantu frontliners dalam pelbagai kelengkapan dan sebagainya. Tindakan memberhentikan bantuan tersebut adalah kerana LAPORAN POLIS yang dibuat oleh individu yang tak berpuas hati dengan aktiviti bantuan yang telah dia jalankan sepanjang PKP ni. Nampak tak betapa powernya sikap HASAD DENGKI manusia. Sepatutnya kita semua sokong tindakan murni dia tu untuk membantu orang ramai yang memang dalam keadaan sukar masa PKP ni. Tak perlu lah kita bedah hatinya sama ada dia ikhlas atau tidak. Ikhlas atau tidak itu semua kerja TUHAN bukan tugas kita pun. Tuhan yang berkuasa menilai hati setiap manusia. Tidakkah individu yang buat laporan polis tu rasa bersalah sangat sebab dengan tindakan tersebut orang yang sepatutnya memperoleh bantuan dia telah dinafikan hak mereka untuk mendapatkan bantuan berkenaan. Jangan lupa doa orang yang susah tiada hijab di sisi ALLAH SWT. Sekali lagi aku katakan sifat HASAD DENGKI ni memang mainan syaitan dan kita sering terjebak dengan mainan syaitan tak kiralah si alim atau si jahil sekalipun. Pandangan aku memang MELAYU ni mempunyai sikap DENGKI MENDENGKI sejak zaman purbakala lagi. Kalau kita baca sejarah Melayu, memang sikap dengki mainan pembesar zaman kesultanan dan nampaknya sikap berkenaan terus subur hingga hari ini. Sepatutnya kita jugak harus berterima kasih kepada dia sebab aktiviti dakwah dan bantuan dia kepada golongan yang memerlukan tu telah menyebabkan kita terlepas daripada tuntutan fardhu kifayah. Ustaz telah laksanakan kewajipan berkenaan dan kita semua telah terlepas daripada dosa kefardhuan berkenaan. Kesian dengan Ebit Liew, sebab tak dapat lagi menyampaikan bantuan dia kepada yang memerlukan dalam saat PKP sekarang ni. Apa apa pun kita kena berbaik sangka kepada ALLAH SWT. Tentu Allah swt ada perancangan DIA untuk USTAZ berkenaan...InsyaALLAH....

ustaz ebit
Satu lagi isu ialah pelajar IPT mungkin akan dibenarkan balik ke rumah dengan SOP yang akan ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Rasanya elok jugak la sebab dah lama dia orang kat kampus tu dan tentu dia orang pun dah jemu kan...Anak aku bernasib baik sebab dia balik masa awal2 PKP lagi dan masa tu tiada sekatan untuk pelajar balik ke rumah...alhamdulillah...Tapi dikatakan ada diantara pelajar yang enggan pulang ke rumah. Dikatakan 15% enggan untuk pulang ke rumah memasing....Maklumat boleh dibaca DI SINI. Apa apa pon sapa yang nak pulang ke rumah tu alhamdulillah la kerajaan akan aturkan cara mereka akan pulang ke rumah memasing......


Rasanya tu aje yang aku nak coretkan di sini, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan kita semua daripada siksaan neraka yang maha pedih tu...
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf dalam keadaan yang sukar ni...



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...