Saturday, March 16, 2019

Broga..oh...broga

Diari Daud - Hari ni Sabtu, 16 Mac 2019 - awal pagi lebih kurang jam 4.30 pagi aku serta isteri dan jiran sebelah dinding kami, telah menghantar anak memasing
ke GMI untuk sertai rombongan lawatan ke Perak bersama
guru silat mereka. Turut serta ialah anak
jiran belakang, berkongsi parit..
...hahahaha.....

jam lebih 4 pagi
berkumpul..
sembang sebelum balik
Sampai di GMI tunggu anak
dekat luar dewan GMI tu sementara yang lain2 sampai..
Setelah cikgu silat dia orang tiba jiran aku sembang dengan guru silat tersebut
...aku cuma turut mendengar aja apa yang dia orang sembangkan. Tak lama kemudian lebih kurang 5.00 pagi lebih kami gerak balek tinggalkan anak2 dengan rakan2 yang lain..
Sebenarnya ini kali kedua aku masuk GMI tu sepanjang GMI tu
wujud kat situ...Kali pertama aku masuk masa
SUKAN IPTA rasanya yang gunakan
gelanggang di situ..Aku kejenya ialah membuat rakaman video sukan berkenaan...

sampai broga sebelum jam 7.00 pagi
tiket parking...
en. saipul di sebelah tu..
doa diketuai sdr. kamarul
nak amik gambor ni..
mula menapak ke kaki bukit broga
ada tempat persinggahan di sini...
  Tiba di rumah dari GMI hampir jam 6.00 pagi...aku sebenarnya ada program dengan bekas rakan rakan sepejabat aku dulu tu..sekarang aku da pencen, dia orang sume bekas
rakan se opis aku la kan...Kami bercadang untuk mendaki bukit broga
di semenyih tu. Janjinya jam 7.00 pagi berkumpul di broga.
Jadi lepas solat subuh aku terus gerak
ke Semenyih. Tiba di Semenyih
aku amik jalan tengah pekan Semenyih tu...
Pulak dah! jalan pulak ada renovation, aku dah masuk
separuh jalan dan patah balik serta cari jalan lain untuk masuk
pekan semenyih tu. Berjaya masuk pekan Semenyih. Seterusnya selepas
petronas terus masuk kiri menuju ke Bukit Broga....Bukit broga terletak di bahagian timur pekan Semenyih...ala tempat dimana kerajaan tewas masa PRK yang lalu tu
la...oopst! Jarak dari Semenyih lebih kurang 8 kilometer kut...Bukit Broga
tu merupakan tumpuan pengunjung sejak beberapa tahun
yang lalu sebagai lokasi pendakian ramai
pengunjung.... Ketinggian
nya lebih kurang 400 meter dari paras
laut. Broga terletak di kedua dua negeri, Selangor dan
Negeri Sembilan....Uniknya pekan Broga, balai polis terletak di negeri sembilan sementara klinik kesihatan dan padang bola terletak di Selangor...


selamat datang...
dikenakan tol sebab melalui tanah orang...
rakan2 sentiasa ada untuk memabntu..
muka bumi macam2
hp aku tak berapa friendly, aku aje yang clear...
Aku tiba di Bukit Broga tu lebih kurang
jam 6.50 pagi. Masih gelap lagi masa tu. Terus aje masuk parking. Aku tanya berapa, dia kata seringgit...aku bagi aje seringgit. Kemudian terus cari parking...fullamak
jenuh aku cari parking, macam penuh aje semuanya...Bukan cantik
pun parkingnya, cuma dalam ladang kelapa sawit yang
tanahnya tak rata sangat pun...lekuk lekak
giler...opst! ada ke perkataan lekuk lekak tu...aku tibai aje..
Memang banyak kete, pelik pulak aku, dia orang ni sampai jam
bape, dia orang sampai tengah malam ke...atau terus
aje tidur kat situ...setelah tiba tengah malam tadi..Cari punya cari baru
la dapat satu tempat kat hujung dunia...jauh bukan main...Dia orang pakat parking dekat dekat aje dan yang jauh tinggalkan untuk orang lain...hahaha...apa boleh buat laa...


ceria...
lagi ceria
acara rakam kaki..
bukti aku da pijak tanah bukit broga ni....hahaha
aku, anak sdr kamarul dan sdr. kamarul..
Selesai parking maka aku pun bergerak ke depan iaitu dekat dengan jalanraya
iaitu tempat orang kutip tiket parking tu la..Aku tunggu kenkawan kat situ. Lepas jam 7.00 pagi, dari kete ke satu kete rakan2 sampai...Nampak kete cik siti suraya sulaiman
dan kete cik asmahanim amir masuk dan amik tiket parking kat situ...
Dia orang terus masuk ke dalam....Aku masih tunggu
di situ dengan harapan dia orang datang ke
depan dimana aku berada...
Nampak jugak kete encik matnoor
masuk...dia nampak aku dan aku angkat tangan, dia balas
balik...Tiba2 terdengar suara panggil...cari gak arah suara tu...rupanya encik
saipul...dia sedang ada di keretanya...Aku gerak ke situ dan bagi salam dan kami bersalam.
Dia bersama anak dia...Encik Saipul ni mantan bos aku...aku sebut mantan
sebab aku da pencen dah...dah takde ketua lagi dah......hahaha..


pandangan keliling...
pandangan keliling..
hajjah juli, pn miza, isteri sdr. ikhwan dan sdr. ikhwan
depan, engku, cik anim dan sdr kamarul..
atas batu tu en. matnoor
Kemudian en. saipul ni gitau untuk masuk ke bahagian dalam sana untuk jumpa
dengan yang lain lain...Setelah berkumpul kami semua buat stretching. Lepas stretching ada taklimat dan sebelum mula melangkah, baca doa yang dibaca oleh
sdr. kamarul. Aku pun da lupa, taklimat dulu ke atau stretching
dulu...da lupa pulak...belum warga emas da lupa
...hahaha...opst!
Kami mula melangkah...mula mula
tu landai aje muka bumi...Mula2 dalam ladang kelapa sawit
..kemudian masuk ke hutan sikit...Akhirnya tiba di papan tanda Bukit Broga..
Dari sini da mula mendaki...Kemudian kami sampai satu lokasi, di sini setiap orang dikenakan tol singgit kut tetapi kelab yang sponsor, aku tak berapa pasti, yang pastinya aku tak kuar duit pun masa melalui tol ni...hahaha...terima kaseh la yg sponsor tu..


sdr. kamarul
hajjah julie dan pn miza...orang kuat ni...
cantek kat belakang tu...maksud aku permandangan...hahaha...
tengok la jalan yg mencabar tu...
muka bumi yg pelbagai...
Dari sini bermulalah kami mendaki dan menuruni
lembah untuk sampai di kemuncak. Kami mula gerak jam 7.30 pagi, dah agak lewat gamaknya sebab di kawasan yang tiada pokok cahaya matahari dah jelas
sangat. Mencabar jugak untuk tiba di kemuncak..Kami tak laju
pun bergerak...Kami singgah singgah untuk berehat
sebelum sambung lagi perjalanan...
Aku tengok ramai jugak orang yang datang ke sini
..semua siri usia ada...semua bangsa ada...Makin jauh makin penat pulak
rasanya...Banyak tumbuhan yang aku jumpa masa da jauh berjalan...Tumbuhan
lalang...lalang amat dominan di sini...pohon pohon besar jarang aku nampak. Bila semakin jauh berjalan dan makin tinggi baru lah nampak taman2 perumahan dan
bangunan di kejauhan...Aku rasa termengah mengah jugak
masa mendaki tu...seronok tapi sengsara sikit...
...hahaha...apa apa laaa....


kene hati hati kat sini...
hati hati gak kat sini..
rehat sat
posing...
selfie
Banyak jugak tempat kami singgah untuk rehatkan badan...maklumlah
badan yang dah banyak siri memang perlukan rehat sebentar sebelum sambung perjalanan
Opst! aku da lupa untuk gitau ahli rombongan kami tu...Yang aku ingat ialah
en. saipul dan anak, en. matnoor serta anak, kamarul serta anak,
 ikhwan bersama isteri dan anak anak, izwan bersama isteri
dan anak anak, pn syafa sensorang aje,
hajjah juli sensorang, pn miza
pun sensorang..
Cik Siti Suraya dan
Cik Asmahanim memang
pun sensorang kannnn...dan tiga orang pelajar intern
kalau tak silap termasuk engku..Rasanya itu aje kut..kalau aku terlupa
maaf la yeee...Tanah yang kami pijak memang keras aje sebab musim panas...
Jalan nak menuju ke atas banyak bilangannya...macam boleh pilih mana yang nak dilalui sama ada yang mudah atau pun yang paling sukar...Biasanya yang short cut paling sukar...


selfie
posing..
cik suraya, sabar je layan kanak kanak..da boleh da tu..
pn syafa..pn miza, en. matnoor & hajjah julie..
lencun baju sebab peluh...
Jalan yang kami ikut untuk mendaki adalah melalui jalan untuk terus ke puncak kedua..........
kami skip kemuncak pertama tu..Tiba di kemuncak kedua dengan rasa
gembira dan rasa suku mati letihnya tu...Singgah sat dan rehat..
Di sini kami tangkap gambor dan macam macam
la sebelum sambung lagi perjalanan..
Ada gak yang menikmati makanan yang dibawa di lokasi tu...
Ada jugak yang posing giler kat lokasi ni...kalau tak silap puan syafa
posing yoga atas batu besar kat situ...eh! kat lokasi ni ke...atau lokasi lain...aku
pun da lupa...Setelah puas rehat kami pun sambung lagi untuk menapak menuju ke destinasi yang berikutnya. Redah lagi jalan yang macam rupa, daripada cerun
yang curam hinggalah permukaan yang landai dan adakalanya jalan yang
macam liang lahat dalamnya...opst! Semua bentuk muka bumi kami harung demi untuk membuktikan kami boleh sampai di kemuncak....

permandangan sekitar
pelajar kejuruteraan ukm
posing
puncak paling tinggi...tak pi pun...
pn miza, puan syafa terlindung, cik suraya, cik anim, hajjah julie, anak bungsu sdr. kamarul belakang tu..
Mendaki ni bukan benda yang mudah, mesti ada cara dan dan skill..
Kasut dan pakaian mesti sesuai...jangan terburu buru, ambil masa untuk berehat
jika badan rasa letih...air kena cukup..perlu lihat apa yang dipijak sebab kalau silap pijak lembah curam menunggu dengan selera terbuka luas...kalau tak ke lembah
mungkin kaki terseliuh dan sebagainya...mana yang sakit, sila
bawak ubat dan jangan bawak jururawat nanti isteri
marah..hahaha...opst!.. Puan miza jugak
memberi tip tip untuk mendaki melalui pengalaman
hidup beliau...Sepanjang perjalanan sama ada mendaki dan
turun kembali ke kaki bukit...puan miza dan hajjah Juli yang menjadi
orang yang terakhir untuk memantau dan membantu ahli ahli yang paling akhir...
Mereka berdua bekerja keras memastikan setiap ahli yang bermasalah dalam
perjalanan dibantu dengan secukupnya...jangan ada sesiapa pun yang tercicir dan
sebagainya...terima kasih dan penghargaan yang tinggi untuk mereka berdua.........
Kerjasama dalam kumpulan jugak baik...suraya dan hanim turut membantu kanak kanak
yang turut serta dalam program pendakian bukit broga tu...aku cuma mampu
bawak badan sendiri aje..itupun termengah2 giler...
....ekekeke....opst!


aku dan en. matnoor
atas batu tu en. saipul
posing..
permandangan sekitar
aku dan sdr ikhwan
foto ehsan en. matnoor...
Setelah beberapa lama
kami berhempas pulas mendaki dan menapak
akhirnya tiba di lokasi persingahan yang berikutnya...Rasanya di sini
kami jumpa student ukm fakulti kejuruteraan mencari modal untuk projek mereka
dengan menjual air minuman sejuk...Ramai gak yang beli.
Di sini jugak kami singgah dan berhat serta menikmati
permandangan sekeliling yang cantik di sekitar kaki bukit.. Ada jugak yang sibuk mengambil gambar...maklumlah bukan mudah untuk tiba di sini, jadi gunakan kesempatan
ini untuk tangkap gambor banyak banyak...entah bila lagi boleh daki ke
situ lagi. Aku sebenarnya baru kali ini sampai ke bukit ni...
yang lain lain mungkin ada yang telah tiba di sini
lebih daripada sekali kut...Siti Suraya
Sulaiman dah empat kali katanya sejak masih
bersama Penerbit UKM...empat kali beb sampai ke kemuncak
bukit ni...aku baru ni aje...itu pun setelah aku menjadi pesara...hahaha...Agaknya bila lagi aku dapat mendaki lagi di sini untuk sampai ke puncak tertinggi tu....berharap je...


turun...
senyuman di sebalik panaih lit lit...
nak turun da
turun...mencabarnya...
selfie
Di lokasi yang kami jumpa student ukm ni, kami bergambar beramai ramai dan student ukm tu yang tolong tangkapkan gambor kami tu...Minuman mereka yang dijual tu pun dah
habis dah pun. Kumpulan kami tidak bercadang untuk ke kemuncak yang
paling tinggi sebab jangkaan aku mungkin dah hampir tengah hari.
Macam mana pun en. saipul dan anaknya pi jugak mendaki
setakat pertengahan untuk sampai ke kemuncak
yang paling tinggi tu....Aku macam
ada hasrat untuk jelajah kemuncak yang paling tinggu tu
di masa akan datang tapi...tak tau bila lagi la...mungkin banyak tahun lagi
kut...tapi masa tu aku dah jadi warga emas ganda dua kut...hahaha...opst! apa apa la..
Tapi manalah tau kan mungkin aku masih ada tenaga untuk buat pendakian walaupun dah bergemerlapan cahaya emas usia aku masa tu kan...kan....sapa tau.....


cabaran ketika turun...
cabaran ketika turun..
kanan tu hajjah julie dan pn miza dan kiri tu student upm
baik baik...
hajjah julie dan puan miza serta pelajar upm...
Setelah agak lama kami kat situ akhirnya kami bergerak pulak untuk ke bawah...Masa mendaki kami terpaksa bergelut dengan graviti dan memang siksa melawan
graviti...masa menurun jugak terpaksa berhati hati walaupun tidak
melawan graviti tapi menahan diri supaya tidak terjatuh
lantaran tarikan graviti...macam sama aje
rasanya degupan jantung
masa mendaki dan menuruni bukit tu
kerana melayan mainan graviti yang tidak membolehkan
kita leka walau sesaat pun...Masa turun tu kami bertemu jugak
bermacam macam orang termasuk pelajar universiti lain...dari upm pun ada...
Setelah berhempas pulas untuk turun ke bawah...turun memang ke bawah
kan...hahaha...akhirnya kami tiba di lokasi kemuncak pertama yang kami skip kan masa mendaki tadi......

grup lain sedang mendaki
grup kami sedang turun
rehat sat...bawah puan syafa, duduk hajjah julie, puteri izwan dan cik asmahanim amir....
cik asmahanim amir, sabar je layan kanak kanak...
en. saipulizam dan puteranya...sedang rehatkan badan...
Di lokasi ini kami berehat seketika
untuk menghilangkan lelah serta bergambor di sana sini...Masa ni memang
panas lit lit sebab dah pukul 10 atau pukul sebelas lebih kut...tak pasti pulak..Walau pun dah panas masih ada jugak yang mendaki ke puncak...Rasanya bukit Broga
ni memang tak putus putus dengan pengunjung, sentiasa
aja ada bila bila masa pun...memang hidup
bukit broga ni dengan denyut nadi
pengunjungnya......
Selesai istirehat dan bergambor kami
sambung perjalanan untuk turun ke kaki bukit....Jalan
menuju kaki bukit nampaknya lebih mencabar lagi..jalannya lebih curam kut..
laluannya ada jugak yang memerlukan berpegang pada tali dan rantai...kalau tak silap aku la...Agaknya memang dibentuk laluan macam tu kut untuk menambahkan lagi cabaran kepada pengunjung yang cinta kepada aktiviti sedemikian...


ada yang basahkan tekak kat sini
selfie ni keje aku la...
berehat
minum minum...
Akhirnya kami tiba di kaki bukit yang lebih landai dan agak selesa
untuk mengatur langkah kaki. Kami bertemu lagi dengan lokasi tol yang jugak menjual makanan dan minuman. Nampaknya ada yang sedang minum kat situ..Sebenarnya kami tiba berasingan kumpulan di kaki bukit tu...Ada grup yang sudah mendahului
dan ada grup yang tinggal di belakang bersama dengan pemantau
yang sentiasa menjaga kumpulan yang ada
di belakang tu............
Akhirnya kumpulan yang aku ikut tu tiba
di gerai bunian. Masa mendaki warung ni belum dibuka lagi.
Boleh dikatakan semua ahli kumpulan ni membeli air untuk menghilangkan
dahaga....Tak lama kemudian tiba pula ahli kumpulan yang dibelakang tadi dan turut serta
singgah di warung berkenaan. Tak pasti aku mengapa dinamakan gerai bunian
...Kami singgah di situ agak lama juga hingga masing masing mampu
menghilangkan dahaga memasing.......


aku dan sdr ikhwan
kawasan parking kete
rehat sat...aku, cik anim,, baju ijau tu pn syafa, isteri sdr. ikhwan dan puan miza...
Seterusnya kami bergambor ramai ramai di papan tanda
bukit broga tersebut...Selesai aje terus sambung perjalanan menuju ke lokasi tempat letak kereta berhampiran jalanraya berkenaan. Tiba di lokasi tersebut berehat sat dan anak
anak mengambil peluang mengenali kambing yang meghasilkan
susu semata mata...siap jual susu kambing lagi kat
situ. Baka kambing tersebut berasal
dari luar negara...........
Akhirnya sebelum memasing bergerak
balik, satu taklimat penutup telah diadakan...lupa pulak sapa
yang bagi...haihhh...da banyak umur aku ni...saraf saraf otak ada yang dah gagal
berfungsi dengan sebaik baiknya...hahaha...apa apa la...Sempat pulak berbual dengan isteri ikhwan berkaitan masa dia intern kat pptp dalam tahun 2005 dulu..
Hubungan mereka berdua berakhir dengan berkongsi pelamin...
...hahahaha.......


kete sape tuuuu....
balik...
balik...
Setelah selesai, kami memasing gerak ke kete memasing
untuk meninggalkan kaki bukit broga tu...Rupanya suraya parking depan
kete aku aje...Kami semua bergerak ke arah Semenyih...ada sebahagian daripada
kami pi arah tesco kerana mungkin untuk memenuhi selera tengah hari sebab masa tu hampir jam dua belas tengah hari...Sementara aku terus menuju ke pekan
semenyih dan terus balik ke bangi......

Harapan aku moga ada lagi program sebegini yang akan diwujudkan oleh bekas rakan rakan opismate aku tu. Harap dia orang tak lupa pesara seperti aku ni
untuk turut serta bersama. Aku sebenarnya adakalanya
rindu dengan kehijauan hutan seperti mana
semasa aku bertugas dulu. Dulu sering
mempunyai tugasan luar yang berkaitan tugas rakaman seperti ekspedisi dan sebagainya. ...memang aku suka dengan kehijauan hutan ni....aku memang suka hijau...haha..

Sebelum aku tutup tulisan aku ni ingin aku doakan kita semua, tak kira sape pun akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan semua dosa kita hingga ke akhir
hayat kita semua dan jangan lupa sentiasa doakankedua
ibubapa kita dan ibubapa mertua kita akan
diluaskan oleh ALLAH SWT akan
kubur mereka dan
dihindarkan oleh ALLAH SWT akan semua
mereka daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api
neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi serta orang yang soleh dan solehah...aamiinnnn....

~~~  SEKIAN  ~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...