Diari daud - dari 22 - 26 aku ada di kampung. Aku balik kampung sebab macam macam hal...Aku balik kampung bersama isteri dan tiga orang anak kami. Kami gerak
ke kampung hari jumaat lepas maghrib. Lepas maghrib terus
aje kami keluar....fullamak banyak pulak
kenderaan kat jalanraya
...aku ingatkan kete
kami aje yang ada atas jalan tu..
rupanya ramai yang ada kat atas jalan tu...hahaha...opst!
Aku jangka tak ramai atas jalanraya tu rupanya tak...banyak kenderaan macam
balik raya aje...Siap jem lagi di lokasi tertentu kat perak tu...Kami gerak jam 8.00 malam dan kami sampai perak jam satu pagi lebih kurang...Padahal dalam tiga jam setengah
aje boleh tiba dikampung tu...apa boleh buat la....
kami sampai kampung dah lewat tengah malam... |
tengah malam.. |
sawah takde pokok padi... |
sawah dgn anak bungsu aku |
sawah belum ada pokok padi... |
Aku tinggal di rumah adek aku kat kampung tu jika aku balik kampung..rumah
adik aku aje yang selalu kami jadikan tempat menginap setiap kali kami balik kampung. Kat kampung tak banyak pun aktiviti aku buat. Aku sempat pi sawah sat untuk selfie
hahahga...aku pi dengan anak lelaki bungsu aku dan jugak adik
pompuan aku tu.
Kat sawah tu apa lagi aku selfie
la kat situ tapi sawah masa ni takde tumbuhan padi pun..
dia orang baru nak tanam kembali tanaman padi tu. Kami jumpa dua tiga orang indon
kat sawah tu tengah pancing ikan. Indon indon tu keje kat ladang kelapa sawit kat kampung aku tu...rupanya memang ramai pekerja indon kat kampung aku...aku tak tau pun
sebelum ni....agaknya sebab orang tempatan kita taknak keje kat ladang
kelapa sawit tu. Jadi tentu pekerja asing digajikan untuk
keje kat situ...kita tak boleh la salahkan mereka sebab kita taknak keje kat situ
...kan...kan...kan....
sawah..belakang tu indon mancing...adik pompuan aku dan anak bungsu aku |
kat sawah banyak burung bangau |
ni kat jeti sungai perak |
jeti sungai perak...adik pompuan aku dan anak bungsu aku |
masjid lama...tahun 70 an aku solat jumaat sini..masa tu sekolah rendah... |
gerai tomyam bota kana, dari kiri, adik pompuan aku, anak aku, anak bungsu aku, isteri aku, anak pompuan aku dan aku la tu... |
..orang perak kata tebin...hahaha...Jadi aku pun bawaklah dia dan anak
bungsu aku arah ke tebin tu..Sampai sana terus turun kete dan terus pi ke tepi sungai tu
...parking pun tepi sungai aje. Kami pi duduk kat jeti sungai tu tengok beberapa orang sedang pancing ikan...Sungai perak la ni dah tak banyak air dan
sebahagian besar kawasannya macam dah cetek aje...
Kat tempat kami singgah
tu pulak salah satu kawasan yang airnya masih dalam dan kalau jatuh mesti lemas dan hanyut punya....
beli sarapan kat gerai kampung aku..semua ada untuk sarapan.. |
beli satay murah jalan bota lumut sebelum sampai pasar malam titi gantung... |
satay murah... |
pasar malam titi gantung... |
pilih ikan pekasam... |
Kemudian kami terus melalui jalan masjid
lama kat layang2 tu. Masjid tu memang dah tinggal rangka aje
pun...masa sekolah rendah dulu memang aku selalu aje solat jumaat kat situ..
selalu aje penuh masjid tu...La ni kami dah ada masjid baru kat layang2 tu. Sempat aku snap foto masjid yang dah tinggal rangka tu..masjid tu sebenarnya tepi sungai aje dan masjid baru pula di tepi jalanraya. Kemudian kami terus balik ke rumah...
Lama betul masjid lama tu..aku solat jumaat masa umur
sekolah rendah...dah 50 tahun lebih kurang...
parit... |
pasar senin parit |
parit |
parit |
parit...sungai perak... |
parit...sungai perak... |
Waktu malam kami semua pi makan kat gerai tomyam yang bersepah
kat bota tu....sebenarnya di sini atau area kampung aku ni memang banyak gerai
makan dan jugak kedai makan sama ada di bota atau bandar seri iskandar. Kat kampung aku pun ada jugak gerai atau kedai makan tapi aku cuma sempat beli makanan kat
sebuah kedai makan aje. Kedai makan yang banyak tentu sekali di
bandar seri iskandar sebab sana ramai pelajar
ipt seperti uitm, universiti petronas
institut belia negara dan pejabat pejabat kerajaan...
Masa kat kampung aku sempat singgah di pasar malam
titi gantung....bagaimanapun pasar tu taklah sebesar pasar malam
bandar baru bangi, tapi ok la jugak...Masa nak pi pasar malam titi gantung tu
sempat aku beli satay kat gerai tepi jalanraya ke lumut tu..murah beb secucuk 60 sen aje....dan kambing 1.20 sen secucuk....murah kan...kat bangi ayam dan daging singgit secucuk...
Masa kat kampung jugak sempat aku
pi sungai untuk tengok pemeliharaan ikan dalam sangkar tapi
masa aku tiba tu dia orang sedang turunkan sangkar ke dalam sungai... tak pasti
sama ada projek tu dah mula atau baru nak mula. Di sini aku sempat jumpa kawan sekolah rendah yang dah lama tak jumpa...puluh tahun kut...akhir sekali jumpa rasanya
lepas darjah enam dan sekarang baru jumpa, masa dah pencen..
Panjang gak la sembang kami...berkaitan macam macam...Sempat jugak jumpa orang kampung aku yang bukak gerai kat situ, mat dolat namanya
...sempat salam dengan dia...aku tak lama pun kat situ...jam 7.00 petang aku
balik rumah bersama anak bungsu aku dan suami adik pompuan aku....Tak sempat pun nak minum kat situ sebab dah petang sangat dan aku nak balik...dah senja..
gerai tomyam dengan adik pompuan aku dan suami dia serta anak2 aku.. |
gerai tomyam |
depan rumah adik pompuan aku |
depan rumah adik pompuan aku.. |
Aku sempat jugak pi pasar senin parit, itu pun dah tengah hari
tapi masih ramai orang yang berniaga serta jugak pembeli kat situ. Ramai jugak orang nampaknya. Sempat jugak aku dan isteri serta anak aku berfoto kat sungai atau
tebin di parit tu..Selesai kat pasar senin tu aku pi tengok tanah aku
kat bandar seri iskandar tu...Tanah tu lebih kurang satu
ekar kut. Aku cuba cari pokok durian yang aku
tanam dulu tu... tapi sepokok pun
takde....tak membesar...hahah...apa boleh buat
la tapi kalau pokok liar liar nampak subur aje kat situ...hijau rimbun aje daunnya..
Tanah tu sebenarnya dah dibersihkan dan dah takde pokok getah pun. Cadang nak bukak kebun dan tanam buah aje kat situ. Kalau tak dapat makan pun takpe yang
penting kalau dimakan haiwan atau di curi orang, dapat jugak pahala
nya...Rezeki tu ALLAH SWT yang punya....Kalau aku pindah
kampung aku cadang nak tanam buah buahan aje kat situ...soal aku dapat
makan atau tak, itu soal lain...walau apa pun makan atau amiknya, tetap aku dapat pahala..apa ade hal kan.......Tanah kat sri iskandar tu lebih kurang 5 kilometer daribandar seri iskandar.
Kebanyakan tanah di situ ditumbuhi kelapa sawit dan
pokok getah...monyet memang banyak kat situ...kalau ada pokok buah buahan tentu
habis dimakan kera kera tu...atau di curi orang sebab kawasan tu terpencil sangat walaupun di tengah2nya ada jalanraya yang menghubungkan pekan parit dan bandar sri iskandar perak...Sunyi aje kawasan tu...tiang letrik pun takde....
Balik kali ni aku tak sempat nak singgah lama kat
pasaraya pasaraya yang ada kat seri iskandar tu...aku sempat singgah
sat kat billion dan tesco tapi aku tak sempat nak singgah di aiconsave yang baru
bukak tu...Kat pekan parit pun aku tak sempat nak lelama...tak sempat nak tangkap gambor jam besar kat pekan parit tu....hahahaha.....
sungai perak |
sangkar ikan |
sangkar ikan.. |
kawan lama...puluh tahun tak jumpa |
Masa kat kampung aku gak sempat
bincang dengan orang yang akan bina rumah aku kat kampung tu..
Aku cadang nak bina rumah...tak besar pun, lebih kurang tiga bilik aje dan kosnya
lebih kurang 80K aje...rasanya cukup la tu...Selalunya kalau rumah besar pun, akhirnya yang tinggal situ cuma suami isteri yang dah banyak umur sebab anak2 tentu
dah ada keluarga sendiri akhirnya..Lagi pun tak perlu besar pun sebab
untuk duk sekejap aje sebab aku dah banyak umur. Kita manusia ni kalau hidup pun dalam lingkungan 70 tahun aje...jadi aku ni dah hampir 60 tahun...nak sampai 70 lebih
kurang 10 tahun aje...jadi kalau besar mana pun rumah yang
kita bina akhirnya akan tinggal jugak...
Rasanyanya cukup aje la besar tu...aku ibaratkan rumah
tersebut sebagai tempat transit sebelum kita berpindah ke alam yang kekal
...tak gitu...jadi aku anggap mudah aje...tak perlu nak rumah yang besar2 sebab akhirnya ia takkan ikut kita balik ke akhirat...tak gitu...hahaha...ooopst! Jangkanya rumah tu akan
siap selepas raya kut tapi aku taklah secepat gitu nak pindah...mungkin
dalam 2 atau 3 tahun baru pindah ke sana kut...kut laaa...
Andaikata pada satu ketika nanti rumah tu tak
dapat menampung anak cucu yang
ramai, mungkin ada yang akan sewa chalet dan pape
je kut sebab kat situ pun rasanya banyak gak rumah tumpangan
dan sebagainya..Sebab ada masanya seperti raya tentu tak dapat menampung
anak cucu yang ramai kan. Lagi pun tentu ada dikalangan anak2 nak menjaga aurat anak bini jadi tentu perlukan tempat yg privasi...Dalam penjagaan aurat perlu dititk beratkan sebab ipar duai, sepupu sepapat bukannya mahram...tak gitu...hahaha...
rumah adik pompuan aku... |
tengok tapak rumah.. |
Rumah tu sebenarnya dibina atas tanah adik
pompuan aku...aku bercadang nak tukarkan tanah kelapa
sawit aku di tanah sawah tu dengan tanah dia tu...semua ni kena selesaikan
dengan sempurna supaya tak timbul nanti masalah bila aku dah mati...seksa tau kalau
hal tanah tak selesai walau satu inci pun. Jadi harap semuanya boleh selesai supaya anak cucu nanti tak bermasalah berkaitan tanah tu nanti. Perbincangan kena buat
dengan telus dan dipersetujui bersama supaya tak timbul
masalah di akhirat nanti....tak gitu....
Nak buat rumah kat tanah kelapa sawit aku tu, lokasinya terpencil sangat...
jadi tukar aje la dengan tanah adik pompuan aku tu...terima kasih banyak kat dia...Kat sawah tu terpencil sangat dan tentu banyak pocong kalau memalam...kut...hahahaha...ooopst!
tanah perkuburan |
ziarah kubur sedara mara dan ayah ibu...anak lelaki aku dan adik pompuan aku.. |
tanah perkuburan |
doa untuk semua..anak2 lelaki aku... |
atok...anak lelaki aku |
ziarah pusara...adik pompuan aku dan anak bungsu aku ada dalam gambor ni.. |
serta penghuni lain tanah wakaf tu dihindarkan oleh ALLAH SWT daripada
siksaan kubur dan api neraka serta dimasukkan mereka ke dalam syurga..Kita jangan kedekut mendoakan semua kaum muslimin dan muslimat sebab hidup kita yang
sekarang ni pun bukan sebab doa kita semata mata, mungkin juga sebab
doa2 orang2 muslim yang lain...Rasanya tentu semua tau kan setiap berdoa kita
akan doakan jugak semua kaum muslimin dan muslimat...tak gitu...mungkin doa berkaitan kaum muslimin dan muslimat itu termasuk doa untuk kita sebagai orang
muslim...tak gitu.... Selesai aje di tanah perkuburan tu..aku, adik pompuan aku serta
kedua dua anak lelaki aku gerak balik ke rumah adik pompuan aku....
kami nak balik dah |
kami nak balik dah |
tapah |
tapah... |
Sepanjang berada kat kampung aku tu selama 3 hari, banyak jugak benda yang aku tak sempat buat dan tak sempat nak pi tengok....masa rasanya macam
tak cukup masa aje...apa boleh buat la.....
Sebelum aku tutup tulisan ni aku doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa kita hingga ke akhir hayat dan jangan lupa kita doakan jugak
kedua ibubapa kita dan ibubapa mertua kita supaya diluaskan
ALLAH kubur mereka dan dihindarkan mereka
daripada siksaan kubur, siksaan akhirat
dan jugak siksaan api neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga....aamiinn..
~ SEKIAN ~
No comments:
Post a Comment