Sunday, March 31, 2019

Tasek Nilai...

Diari Daud - hari ni Isnin 1 April 2019...sejak balik dari kampung, badan tak sihat, macam demam aje...Tapi aku tak pi klinik pun, makan aje panadol. Aku sebenarnya
tak boleh makan ubat demam dan ubat tahan sakit. Aku
alahan pada ubat2 tu, kalau aku makan tentu
mata menjadi bengkak merening..
hahaha...jadi aku makan
panadol aje untuk demam, tu sebab dah hampir seminggu masih tak sembuh...



 

Macam mana pun aku kena turun trek untuk peluhkan badan selama sejam pertama untuk minggu ni. kalau aku ada kebun sendiri mungkin aku panaskan dan peluhkan
badan di kebun aje yang penting berpeluh...Doktor kata seminggu
kena peluhkan badan selama 3 jam setengah.
Jadi aku bangun awal untuk gerak
ke tasek nilai tu......
Pagi ni sejuk aje sebab subuh tadi ujan lebat..matahari pun lewat nampak
sebab awan tebal kat langit tu. Selesa la pagi ni, tak panas tapi berpeluh bila dah
lama berjalan. Ramai jugak yang berjalan dan joging pagi ni....awal pagi dia orang dah ada semua kaum dan semua usia.

Ok lah..rasa malas nak tulis panjang panjang...lihat aje la foto foto yamg aku sertakan bersama......











Sebelum aku tutup tulisan tu...aku doakan kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua dan jangan lupa doakan supaya
ibubapa kita dan ibubapa mertua kita diluaskan oleh ALLAH SWT kubur
mereka dan hindarkan mereka drpd siksaan kubur, siksaan
akhirat dan juga siksaan api neraka serta
dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah......

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...