Monday, January 6, 2020

Hiking Melati Hill : 4 & 6 JAN 2020

Diari Daud : Sabtu dan hari ni Isnin, 4 dan 6 JAN 2020, aku pi hiking di Melati Hill. Hari Sabtu aku datang memang penuh giler kat Melati Hill tu. Aku dapat parking kat hujung taman melati tu je...penuh sangat. Biasa cuti memang macam tu... kalau nak dapat parking datang aje waktu awal pagi. Aku biasanya jam 8.00 pagi baru gerak, mana nak dapat parking dekat dengan kaki bukit melati tu. Hari Sabtu tu aku mendaki centipede, naik ke monkey hill dan cobra hill serta keluar kat hujung taman melati tu dan terus masuk kete serta balik...

melati hill...banyak kete parking
puncak centipede hill
mendaki ke puncak monkey hill
puncak monkey hill
puncak monkey hill
masa dilaluan untuk ke kaki bukit cobra...
sejam lebih, 2 Km lebih dan bakar kalori 170 lebih..
Hari ni ISNIN, 6 JAN 2020, aku gerak ke Melati Hill tu lebih jam 8.00 pagi. Tiba di kaki Melati Hill tu hampir jam 9.00 pagi. Di sini aku rancang nak mendaki ke puncak centipede kemudian pi ke monkey hill dan masuk ke cobra dan turun ke kaki cobra hill untuk ke jalanraya dan balik ke Bangi. Ini plan asal aku...plan asal ni boleh berubah bila bila masa je...

tak banyak sangat kenderaan pagi ni..
mendaki ke centipede hill
hampir puncak centipede hill
Aku tiba di kaki bukit melati tu hampir jam 9.00 pagi. Parking kete kat kaki bukit tu. Tak ramai nampaknya orang hari ni..Boleh la aku parking kat tempat berhampiran kaki bukit tu. Gerai kat kai bukit tu tak buka pun, mungkin sebab hari biasa tak ramai yang datang untuk beraktiviti di situ.
Aku mula la mendaki centipede hill tu. Centipede Hill ni mula mula lagi dah mendaki curam gak. Bagi yang muda muda ok la tapi bagi aku yang dah berusia usang ni jenuh jugak untuk sampai puncak. Banyak kali jugak la aku berhenti untuk amik oksigen masuk ke aveoli paru paru aku. Kalau ikutkan kehendak diri memang aku tak suka dengan hiking yang meletihkan ni tapi disebabkan aku peluhkan badan ni untuk sihat maka aku paksa diri ni jugak untuk berusaha peluhkan badan ni. Kalau ikut kehendak diri lebih baik duk relax aje dan makan aje apa yang nak dimakan kan...hahaha...Makanan adalah punca segala penyakit....tak gitu.

Memang hiking aku tak minat banyak pun...maksudnya bukan minat yang mendalam la...cuma minat gitu gitu aje.....

puncak centipede
puncak centipede
puncak centipede..
Ada satu ketika tu aku memang tercungap dah. Sandar kat pokok kecik di pertengahan pendakian untuk ke puncak centipede tu. Ada grup tiga orang pompuan yang muda tak muda pun...tua pun tak tua pun..tengah2 kut.....hahaha... Salah sorang tegur aku...you ok ke...agaknya dia risau aku tersandar tercungap amik oksigen kut...hahaha...Aku jawab ok ...hahaha..Mungkin dia risau kut sebab biasanya yang yg berusia macam aku ni mungkin banyak penyakit bahaya...tu yang dia risau tu...Biasanya orang veteran macam aku ni merupakan pesakit yang mendapat rawatan kat DR JO tu...Dia orang sentiasa aje ada kat bukit ni untuk beraktiviti seperti yang dicadangkan oleh DR JO tu..Grup pompuan tu sebenarnya dalam perjalanan untuk menuruni bukit tu...Dia orang dari puncak sementara aku nak ke puncak. Aku beri dia orang laluan untuk turun ke kaki bukit tu...moga dia orang tu sentiasa selamat...

aku nak turun, dia orang nak naik ke centipede..
simpang ke eagle dan ke monkey hill
trail ke monkey hill
Selesai sedut oksigen dalam dalam maka aku teruskan mendaki ke puncak tu. Dalam pendakian tu memang aku selalu berenti untuk amik oksigen. Memang aku cepat termengah mengah, mungkin faktor kolestrol yang wujud di dinding2 salur2 darah aku kut...Dah usia usang ni memang ada aje penyakit yang cinta dengan tubuh orang yang dah berusia ni...macam aku la...kalau tak beraktiviti peluhkan badan lagi mudah penyakit tu lekat dan terus berakar umbi dalam badan kita yang dah berusia ni....kena sentiasa berjaga jaga...

sampai simpang untuk mendaki ke monkey hill dan ke rope hill
mendaki ke monkey hill
mendaki ke puncak monkey hill
Hari biasa ni memang agak tak ramai yang datang ke melati hill ni. Tu sebab aku jarang bertembung dengan orang lain kat sini. Aku sengaja pilih laluan yang aku boleh bersua dengan orang lain pada hari bekerja ni. Tu sebab aku tak masuk mosquito, tak masuk eagle hill dan rope hill sebab lokasi tersebut pada hari bekerja ni memang tak ramai yang lalu kat situ dan sunyi aje...
Akhirnya aku tiba di puncak centipede hill tu. Masa tu ada dua orang aje kat puncak tu. Aku rehat sat dan amik nafas panjang panjang. Aku jugak amik beberapa gambor view dari atas bukit tu. Ini tah kali ke bape dah aku amik gambor ..hahaha...Ye la apa yang boleh dibuat dipuncak tu yang dah berkali aku jejak kat atas tu...gambor yang sama aje macam yang lalu lalu...hahahaha...Selesai berehat aku pun sambung perjalanan...kali ni menuruni bukit untuk ke monkey hill pulak...

pi ke puncak monkey..curam ni...
ke puncak monkey hill
nun di sana puncak monkey hill...aku tak pi pun sebab aku melencung ke puncak rope hill..dah dekat sangat..
Menuruni bukit ni takde masalah pun cuma kena jaga step kita supaya tak tergelincir dan jatuh. Kalau jatuh yang rendah takpe tapi kalau jatuh tempat yang curam tentu akan mendatangkan kecederaan yang teruk.....memang teruk kalau tak hati hati...Banyak perkara yang boleh sebabkan kita jatuh, seperti tersangkut kaki kat akar2 atau berpijak di permukaan tanah yang licin. Musim kering pun tanah licin jugak kalau tapak kasut dah takde bunga atau permukaan tempat kita berpijak tu banyak batu2 halus tu...aku dah kena yang ada batu2 halus tu...Hari ni pun aku dah kena sekali...nasib baik la tak teruk....alhamdulillah...
Setelah menuruni puncak seketika, akhirnya aku tiba di persimpangan untuk ke monkey hill dan ke eagle hill di kaki Centipede Hill tu...Rehat sat kat situ. Ada beberapa orang aku jumpa kat situ sedang berehat. Aku pun tak tau dia orang nak kemana, aku tak tanya pun...hari ni memang aku tak banyak tegur orang pun, tak tau kenapa, aku rasa selesa pulak dengan tak bertegur sapa dengan orang lain...hahahaha....apa apa pun moga dia selamat la bila hiking kat melati hill ni...

aku pi melencung ke puncak Rope Hill...
shot 'tight' di signage rope hill tu...
survey trail rope hill tu sat kat depan sana..
Aku pilih simpang ke kiri untuk pi ke monkey hill tu. Depan aku ada sorang yang macam aku jugak. Jalan nak ke kaki Monkey Hill tu tak jauh pun ia cuma ada laluan mendatar dan laluan menurun yang tak banyak pun dan bagi aku tak sukar untuk lalu di sini. Aku yang sukarnya ialah laluan yang mendaki sebab aku sentiasa aje berhenti untuk amik nafas, aku cepat termengah mengah....Tak tau la sebab dah usia banyak atau sebab himpunan kolestrol dalam darah yang menempel di dinding dinding salur darah aku ni..
Akhirnya aku tiba jugak di kaki Monkey Hill tu...rehat sat kat sini sambil perhatikan laluan mendaki yang panjang dan paling tinggi serta curam kat melati Hill ni...rasa aku la monkey hill ni yang tertinggi..Laluanya agak curam dan panjang. Biasanya aku berkali kali berhenti kalau mendaki monkey hill ni...dan badan aku memang keluarkan banyak peluh bila mendaki di sini. Tu sebab aku suka mendaki di sini, banyak peluh dan cepat berpeluh tapi termengah mengah pun banyak jugak...hahaha....

trail di rope hill
abang kamaruddin sedang buang dahan mati yang menghalan di trail rope hill tu...kat signage tu...
laluan di rope hil menuju cobra hill
Masa aku mendaki ke puncak, ramai pulak aku jumpa orang lain kat sini...Aku tegur tegur gitu aje, tak sembang panjang pun. Lelaki pompuan semua aku jumpa...Hari ni kanak2 aku tak jumpa. Yang veteran memang ramai aku jumpa. Yang veteran tu, dia orang lebih baik keadaannya daripada aku ni...Aku sering aje berhenti sebab termengah mengah tapi dia orang jarang berhenti macam aku walaupun veteran dan jalan slow aje...Rasa segan pulak aku dengan veteran yang lain tu. Yang muda muda tak sah cite la, dia orang laju aje memang tak banyak singgahnya...hahaha...Masa mendaki ke puncak monkey hill ni ramai ada jugak yang tegur aku...mungkin sebab usia kut...Yang muda2 selalu tegur dan bagi salam, aku sambut aje teguran mereka tapi tu lah...hari ni aku tak macam selalu aku tanya macam macam kat dia orang yang aku bersua tu...hahaha...
Sebelum sampai ke puncak monkey hill tu, aku terfikir untuk pi ke puncak rope hill yang boleh melalui satu trail sebelum sampai ke puncak monkey hill tu. Aku pun amik laluan ke kanan dan terus berjalan. Akhirnya aku tiba di puncak rope hill yang ada signage rope hill tu. Sempat aku tangkap gambor kat signage tu...aku pilih frame yang 'tight' aje sebab aku tak pi ke puncak rope hill tu melalui kaki bukit Rope Hill tu. Cukup la aku amik gambor frame yang 'tight' tu...sebab usaha aku tak banyak pun untuk ke situ....hahahahaha...

aku sentiasa mengekori di trail rope menuju puncak cobra tu..
sempat selfie di trail tu...
curam jugak trail ni...
Setelah aku tangkap gambor aku kat signage Rope Hill tu aku pun cuba nak 'reseach' laluan Rope Hill yang satu lagi tu. Aku pernah naik Rope Hill ni sekali dengan isteri aku. Sejak ditutup sebab orang jumpa Cobra tu aku tak pernah masuk lagi ke situ. Jadi laluan dari kaki bukit masuk dan naik ke Rope Hill tu aku memang dah tau sebab pernah sekali masuk dulu. Tapi laluan satu lagi tu iaitu ke Cobra Hill tu aku tak pernah masuk dan tak tau pulak tembus ke mana. Aku baru tau pagi ni daripada abang kamaruddin tu..Hari ni aku cuba la untuk selidik sikit laluan yang aku tak pernah lalu tu. Aku masuk ke laluan atau trail tu...agak jauh jugak tapi di hujung tu aku jumpa satu trail menurun...aku tengok macam jauh aje...Fikir punya fikir maka aku ambil keputusan untuk patah balik dan naik ke puncak Monkey Hill. Jadi aku patah balik la....

cerun ke bawah...
mendaki lagi...mencabar kat rope hill ni...
mendaki dengan bantuan tapi...
Bila aku tiba di puncak rope hill yang ada signage tu aku terlihat ada seorang veteran dari trail ke puncak Rope Hill tu sedang buang ranting kayu mati yang menhalang laluan dia untuk ke Signage Rope Hill tu...Aku sempat selfie dari jauh dengan dia...saja je...hahahaha...Kemudian aku pi jumpa dengan dia tu...Aku tegur dia dulu...kami sembang la kat situ...Dia kata dia sensorang aje masuk ke Rope Hill tu melalui trail Rope Hill di kaki Monkey Hill tu...Dia pun tau trail tu lama tutup sebab orang jumpa cobra tu. Kemudian bila dia dengar aku cite macam mana yang aku tulis sebelum ni maka dia pun ajak aku sama sama lalu kat trail tu menuju ke Cobra Hill. Dia kata trail yang aku cuba selidik tu menuju ke Cobra Hill. Jadi aku pun setuju aje la untuk sama sama dengan dia untuk melalui trail tu...Kalau sensorang memang aku takkan pi lalu situ, macam senyap sunyi aje...

curam ni...
dah sampai puncak cobra hill
wefie kat cobra hill ni...
Maka kami mula la berjalan melalui trail tu ke Cobra Hill. Rancangan aku untuk ke puncak Monkey Hill terus aje aku 'delete' sebab aku bersetuju untuk pi dengan abang tu ke Cobra Hill melalui trail tu...Aku bahasakan diri dia abang sebab umur dia dah 64 tahun. Dia bersara umur 57 tahun dan dia bekas kakitangan kerajaan. Aku tak berapa dengar bila dia sebut nama pejabat tempat dia keje tu...segan la aku nak tanya lagi...aku diam aje la...
Dia ceritakan hal keluarga dia ...Dia dah bercucu ramai gak sebab anak dia yang atas ramai pompuan kut...teka aku aje tu tapi dia kata dia awal dapat cucu sebab dia ada anak pompuan..
Rupanya trail tu jauh jugak untuk tiba di Cobra Hill tu..Yang aku ingat banyak menurun dan banyak mendaki dan jarang sangat yang mendatar...Yang pasti jugak trail tu sunyi sangat .. jarang ada orang lain lalu. Dia pun mungkin tak pi kalau sensorang kut...tu sebab dia ajak aku...Bagus jugak tu...ini kali pertama aku lalu kat situ...memang kali pertama...Dia walau pun dah 64 tahun masih kuat....dia tak tercungap macam aku...steady aje dia berjalan dan mendaki...Aku aje yang yang sering mintak rehat...dia macam tak pape je...Wah! umur dia dah 64 tahun sedangkan aku masih MUDA 4 tahun daripada dia...hahaha...Aku pulak yang sering minta rehat terutama bila dalam keadaan mendaki...hahaha...lawak jugak aku ni....Opst! lupa nak cite...nama dia KAMARUDDIN...tinggal di Nilai Impian...Rasanya dia jugak tinggal di Kelana Jaya...rasanya la ...sebab ada dia sebut kalau tak silap...

turun ke kaki cobra hill
di kaki cobra hill
dah nak balik...
Agak lama jugak kami berjalan menuruni dan mendaki di situ. Jauh jugak laluan kat sini...aku rasa la...Ada jugak pendakian yang curam kat sini dan sering ada tali untuk membantu pendaki memudahkan untuk melalui trail ni...Aku memang seronok la kalau aktiviti sebegini...cepat aje berpeluh...tapi yang aku tak suka sebab aku cepat termengah mengah kalau mendaki...itu yang aku tak puas hati...tak puas hati kat diri sendiri aje...hahahaha...Kami sembang banyak perkara masa berjalan tu...
Abang tu pun cerita la berkaitan panyakit anak dia tu..anak dia kena penyakit saraf setelah SPM..ala...kesiannya aku dengar..Rupanya abang ni menanggung ujian yang besar jugak daripada ALLAH SWT...moga dia bersabar...Sampai la ni anak dia tak sembuh dan sering pi ke HUKM dan HKL...mendapatkan rawatan susulan...Dalam hati aku doakan moga anaknya sembuh dan moga ALLAH SWT sentiasa merahmati serta memberkati dia dan keluarganya sentiasa dunia hingga ke syurga..aamiinnnn...Kalau ada sesapa saja yang terbaca blog aku ni kita sama samalah doakan untuk ABANG KAMARUDDIN dan keluarganya tu...Ada diantara kita ni doanya amat berkat dan mudah dimaqbulkan oleh ALLAH SWT...jadi kita sama sama la doakan untuk dia tu...Dia orang Kelantan dan isteri dia orang PERAK...

masa 2 jam, jarak lebih 2 kilometer, bakar kalori 200 lebih kalori..

puncak tertinggi 153 meter...aku rasa yang tertinggi puncak COBRA HILL kut...
Akhirnya kami tiba di puncak COBRA HILL tu...kami rehat sat kat situ..Kami sempat berwefie kat situ...Kemudian kami bergerak turun ke kaki COBRA HILL tu...Sepanjang kami melalui trail rope hill ke cobra hill tu memang kami tak jumpa sesapa pun. Kami jugak tak jumpa sesapa pun bila kami menuruni cobra hill tu..Menuruni Cobra Hill memang tak penat pun. Kami bergerak sambil bersembang...Melalui trail ke kaki bukit ni la aku tergelincir...tapi nasib baik tak teruk...cepat cepat aje bangun...hahahaha...
Tak lama kemudian kami pun tiba di kaki bukit dan terus cari jalan keluar ke jalanraya. Kami bersembang aje sepanjang masa berjalan tu...Kami bersetuju untuk sama2 hiking bersama lagi di sini masa akan datang...insyaALLAH Taala......

Di bawah ni aku sertakan infor berkaitan kalori..moga ada manfaat untuk kita...

Itu aje yang ingin aku tulis...moga kita semua, tak kira sape, akan sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH dunia hingga ke syurga serta dihindarkan oleh ALLAH SWT diri kita semua daripada API NERAKA yang panas tu..aamiinnnn...

Jangan lupa terus kita istiqamah dengan #bmf ye...


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria


No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...