Monday, October 28, 2019

Tasik Ujana..oh..Tasik Ujana..

Diari Daud - Hari ni Selasa, 28 Okt. 2019, aku pi ke tasik ujana nilai impian, untuk peluhkan badan sat kat sana tu. Sepatutnya aku pi semalam iaitu hari Isnin. Memang hari
Isnin tiap minggu aku pi tasik tu untuk peluhkan badan aku kat sana.
Tiap2 minggu aku memang pi peluhkan badan di
tasik ujana tu. Biasanya tiap kali
datang aku akan
berjalan lima kali pusingan sekeliling tasik tu.

tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian- mula
Hari ni aku datang hari Selasa, sebab
semalam hari hujan sepanjang hari dari pagi sampai
petang. Dah dikatakan musim hujan tentu lebih kerap hujan daripada
hari panas. Pepagi lagi iaitu sebelum jam 7.00 pagi aku dah gerak ke tasik tu. Aku
sampai kat tasik tu 15 minit sebelum jam 7.00 pagi. Ada beberapa orang sedang joging dan berjalan masa aku tiba.

tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
Aku tengok jugak dah ada yang meninggalkan tasik
selepas ia selesai panaskan badan di tasik tu...Ini bermakna dia datang lebih awal ke tasik tu, mungkin sebaik selesai solat subuh kut. Aku memang sering jumpa dia ni
setiap kali aku datang ke sini. Dengan terjumpanya dia ni maknanya
dia setiap hari datang ke tasik ni, sedangkan aku datang
sini 3 kali seminggu aje iaitu Isnin, Rabu
dan Jumaat.

Selain orang tu ada
lagi orang yang aku jumpa sebelum ni tapi
setiap kali aku datang orang berkenaan sering tiada. Rupanya
dia dah tukar hari datang ke sini. Dia dah tak datang pada hari yang aku datang ke
sini, rupa rupanya sekarang ni dia datang hari berbeza dengan hari yang aku datang ke tasik ni...

tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
Sorang kaum cina pencen yang aku ceritakan dulu tu pun aku jumpa jugak pada hari ni..Aku rasa dia memang berkunjung setiap hari ke sini...maknanya hari
hari dia ada di sini...tapi tak hairan pun sebab rumah dia terletak
di taman pinggir tasik tersebut. Rajin dia peluhkan
badan di sini. Aku rasalah orang
yang dah pencen ni mesti
jugak peluhkan badan supaya maintain sihat
sentiasa atau tidak menyebabkab sakit yang dihidapi
menjadi bertambah buruk keadaannya sebagai contoh masalah kolestrol.
Masalah ni boleh diatasi jika kita sentiasa buat aktiviti peluhkan badan selalu. Dikatakan jugak tekanan darah tinggi pun boleh jadi stabil jika kita sering
peluhkan badan setiap minggu sekurang kurangnya
3 jam setengah kalau kita cuma berjalan sahaja...tapi kalau joging, mungkin
sekurang2nya 2 jam setengah seminggu...itu nasihat doktor kepada aku lama dulu dah....

tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
Rasanya esok hari Rabu aku akan datang lagi ke sini untuk peluhkan badan. Hari Rabu memang hari aku sering datang sini setiap minggu...begitu juga hari Jumaat.
Jumaat lepas aku tak dapat datang ke sini sebab aku buat
aktiviti tracking di MELATI HILL, NILAI bersama
isteri dan anak serta anak2 jiran
dan jugak famili rakan baik
isteri aku yang tinggal satu taman dengan kami....
Tulisan aku berkaitan aktiviti di Melati Haill tu boleh dibaca

tasik ujana nilai impian-nak balik dah
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian - selesai dah
Setelah aku berjalan lebih kurang 5 pusingan kat tasik tu, maka aku
pun berhentilah sebab dah cukup masa selama lebih kurang
sejam. Memang macam tu aje la setiap hari tatkala
aku datang berjalan di tasik ini...
Aku rasa ok la tu setiap hari aku datang lebih kurang
3 jam dan bila dicampurkan semua masa ketiga tiga hari tu maka dapatlah jumlah
sebanyak 3 jam lebih seminggu untuk setiap minggu aku datang peluhkan badan di tasik ini....Dah tua tua ni kena jagalah sikit kesihatan diri, bukan sebab takut mati
tapi malas nak alami sakit bila kita tak sihat...Mati tu memang
kita tak boleh elak pun sebab ia udah ditetapkan
ALLAH SWT. Kalau sakit ni, mungkin kita
boleh usaha untuk elakkan
serta diiringi dengan doa...tak gitu...kan...kan...
Jadi untuk minggu ini aku akan datang lagi esok, Rabu dan Jumaat nanti...

Rasanya ini aje yang aku nak tuliskan...macam dah abis idea...aje...Akhirnya aku doakan moga kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati
oleh ALLAH SWT serta dihindarkan oleh ALLAH SWT
daripada siksaan API NERAKA....aamiinnn...

tasik ujana nilai impian - nak balik dah
tasik ujana nilai impian - 6Km lebih
tasik ujana nilai impian - 6Km lebih..
Jangan lupa istiqamah dengan.....#bmf



~~~~~     SEKIAN    ~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...