Wednesday, December 30, 2020

Riadah di TASIK UJANA & NC Baru UKM..

Diari DAUD - Hari ni RABU, 30 Disember 2020. Pepagi lagi aku dah gerak ke TASIK UJANA Nilai Impian untuk panaskan badan kat trek tasik berkenaan. Memang aku selalu pi 2 kali seminggu ke tasik tu untuk buang kalori yang terlebih dalam  badan aku ni. Masa PKPB tu memang tak pi la sebab sempadan ke Nilai tu tutup. Tiba di sana lebih kurang jam 7.00 pagi. Aku rakam video sat dengan niat untuk edit dan upload ke youtube aku tu.




Selesai rakam video aku terus aje berjalan. Agak ramai jugak pagi ni tapi tak seramai macam hari Sabtu atau Ahad. Kalau hari cuti memang ramai. Macam macam orang ada. Aku berjalan lebih kurang 5 pusingan aje...dapat la lebih kurang 6KM berjalan dan bakar kalori lebih kurang 300 kalori...ok la tu....

Selesai aje berjalan, bersiap nak balik aku terjumpa pulak sdr. MEOR SONY, staf UKM. Rupanya ramai jugak orang UKM yang duduk di BANDAR BUKIT MAHKOTA tu. Kami sembang agak lama jugak. Kemudian datang dua orang lagi yang buat aktiviti panaskan badan di situ. Sorang tu aku kenal sebab selalu jumpa dia jogging kat situ.Dia duduk kat Avinew...opst! betul ke spelling aku tu...hahaha...Sorang lagi aku tak kenal tapi Meor Sony kenal kedua duanya...Aku dengan meor cerita berkaitan UKM aje la...Dia kata dia Work From Home...sejak kes covid naik ni...Selesai sembang kami pun bergerak balik...Cadang aku nak edit video aku kat tasik tu tapi software premier aku da bermasalah...nampaknya lama lagi la aku boleh buat suntingan video...Nanti nak hantar komputer ke kedai baiki komputer...gitu la nampaknya...


meor sony...

Hari ni aku baru tau PROF. DR. EKHWAN TORIMAN dilantik jadi NAIB CANSELOR UKM...Tahniah! Prof. Berita kat SINI...Aku kenal Prof ni sejak aku buat video PROF. JUMAAT sejak tahun 2008 kalau tak silap. Diantara rakaman video kami ialah XPDC SAINTIFIK BUKIT FRASER. Baik orangnya Prof. Ekhwan ni...peramah aje...humble orangnya...tahniah la sebab dilantik jadi NC UKM tu...Dua video pertama di bawah tu merupakan video kali pertama aku dan almarhum RAMLI buat rakaman yang ada PROF. EKHWAN dalam XPDC tu...Muda lagi dia masa tu...Video ketiga berkaitan PADI UKM tu ialah video kali akhir aku buat rakaman sebelum aku PENCEN...hahahaha....

Prof. Ekhwan

XPDC BUKIT FRASER
XPDC BUKIT FRASER
PADI UKM

Rasanya itu aje yang aku nak tulis, moga kita semua tak kira sapa la akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT semuanya serta dihindarkan kita semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksaan neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga....aamiinnnn....

Jangan lupa teruskan dengan #bmf, kalau tak boleh semua, jangan tingalkan semua...


Sekian...

daud.montak.zakaria




Wednesday, December 16, 2020

Tasik Ujana Berkabus

Diari DAUD - 16 Disember 2020, RABU, pepagi lagi aku da gerak ke TASIK UJANA Nilai Impian untuk hangatkan badan. Gerak dari Bangi, sepanjang jalan memang kabus tebal sangat. Tak tau nape kabus tebal pagi ni...mungkin sebab hujan semalam kut...mungkin la...aku pun tak pasti...nanti la aku google sebab sebenar...Rasanya link INI dapat terangkan berkaitan kabus tu...baca la....Aku tiba ditepi tasik tu lebih kurang jam 7.00 pagi...masih gelap...lampu jalan kat trek tu pun masih menyala...



Jarang sebenarnya kabus tebal macam ni sejak akhir akhir ni. Sampai di tepi TASIK UJANA tu kabus memang masih tebal. Jarak penglihatan pun tak jauh sangat. Lepas aku rakam video maka aku pun mulalah berjalan untuk cuba hakis kalori yang berlebihan dalam badan aku tu..😊😊😊Pepagi ni ramai jugak orang beraktiviti di tasik tu...hampir penuh jugak parking kat situ. Terdapat jugak lopak air atas trek tu...semalam memang macam sepanjang hari hujan je. Musim hujan kut. 



Kabus tersebut semakin naik matahari semakin ia menipis. Masa dalam keadaan kabus tu cahaya matahari pun tak nampak jelas. Namun kabus tu makin lama makin menipis. Sempat la aku berjalan sejauh 5 KM lebih selama sejam lebih. Rasanya ok la tu daripada tak buat langsung kan..Selesai berjalan terus rakam video sikit2 sebelum balik...Tak semena mena aku terpandang orang yang pernah aku kenal..Dia pun pandang aku jugak...maknanya dia kenal jugak aku..USTAZ HAFIZ...Imam Masjid UKM. Dia kata dia duduk di PAJAM. Dia kata dia sering joging kat sini. Kami sembang panjang jugak kat tepi tasik tu. Dia tak tau pun aku dah pencen...dia ingat aku dipindahkan ke jabatan lain dalam UKM. Rasanya mungkin ramai kut orang UKM tak sedar aku dah pencen...maklum la aku tak sepopular mana pun...😀😀😀😀 Lama jugak kami bersembang...berkaitan UKM je pun...Akhirnya kami memasing minta diri untuk buat hal memasing...dia pi ke trek untuk mulakan joging...aku pulak masuk kete untuk balik ke rumah...Alhamdulillah...ada jugak orang UKM yg aku jumpa...dapat la sikit infor berkaitan UKM...Ada kalanya rindu jugak dengan UKM..😉😉😉 Ada sesape lagi dari UKM, yang aku boleh jumpa kat TASIK UJANA di masa akan datang...boleh gak kita sembang2 kan....ada ke gamaknya...😀😀😀 Boleh pulak aku lupa nak selfie dengan USTAZ HAFIZ tu...biasanya aku memang rajin selfie selfie ni...😆😆😆😆 Di bawah ni ada video berkaitan riadah aku kat tasik tu pada 16 Disember 2020.

Kenangan masa keje dulu...kami sedang rakam ucapan HARI RAYA

Ustaz Hafiz, Imam Masjid UKM.

TASIK UJANA 16 DIS. 20

Rasanya itu aje yang aku nak tulis kat sini...moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksaan neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam SYURGA...aamiinnnn....

Jangan lupa teruskan dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...



~~~~~ SEKIAN ~~~~~

daud.montak.zakaria

Tuesday, December 8, 2020

Hari Pertama Rentas sempadan PKPB

Diari DAUD - 7 Disember 2020, hari pertama boleh merentas sempadan masa PKPB ni. Jadi pepagi lagi aku gerak melintas sempadan Negeri Sembilan. Aku nak pi panaskan badan di trek Tasik Ujana Nilai Impian, NS tu. Sejak tak boleh merentas sempadan, aku terus aje duk kat rumah tanpa pi memana untuk peluhkan badan. Rasa badan pun dah tak berapa nak sihat sebab badan dah lama tak berpeluh...

Sebelum ni aku memang akan pi 2 kali seminggu ke tasik tu untuk peluhkan badan. Memang perlu kita peluhkan badan sekurang2nya 3 jam setengah setiap minggu untuk jadikan badan kita lebih fit. Dengan panaskan badan, maka kalori yang tersimpan mampu dihakis dari tubuh kita..Hari hari kita makan jadi lebihan yang disimpan perlu kita hakiskan...Rasanya dah sebulan aku tak pi ke tasik tu. Ramai jugak pagi ni kat tasik tu untuk aktiviti panaskan badan kat tasik tu.Dah boleh merentas sempadan ni maka aku akan terus pi ke tasik ni 2 kali seminggu sama sebelum ni...Sebelum ni aku pi sana hari RABU dan hari SABTU kalau tak silap. Harap jangan ada lagi halangan untuk rentas sempadan lepas ni...harap la...Selain daripada aku pi ke tasik ni, aku juga sering pi MELATI HILL di Nilai jugak untuk HIKING. Dah lama sangat aku tak pi HIKING tu...agak lama la sejak masa covid 19 ni. Sempat la aku berjalan sejauh lebih kurang 6KM dalam masa sejam hari ni.....



Sebelum pi aktiviti ke Tasik Ujana ni, aku bersama keluarga aku ada program lain. Kami berkumpul di rumah kakak ipar aku dan biras aku di KG ABU BAKAR BAGINDA tu.
Kumpul bersama sedara mara isteri aku. Kami berkumpul sambil makan tengah
hari dengan keluarga adik beradik isteri aku. Kami berkumpul sambil makan
tengah hari bersama 3 buah keluarga adik beradik isteri aku. Aku memang
suka dengan program macam ni...berkumpul dengan sedara mara,
ipar duai serta 'beras-beras'😊😊😊😊 di rumah sedara mara isteri aku...
Lagipun jaraknya tak jauh pun dari rumah aku...
Kalau jauh...entah la...sebab aku bukan jenis manusia yang suka keluar
dari rumah...Aku lebih berminat memerap kat rumah...berkumpul di kedai kopi pun aku
tak minat...hahaha...opst!...walaupun aku dah pencen ni...Tapi aku tak halang pun
jika isteri aku nak ziarah adik beradik dia jika ada sedara mara yang nak
bawak dia...atau anak-anak nak bawak dia pi memana...hahaha...

panaskan badan di TASIK UJANA...

Kami berkumpul 3 buah keluarga adik beradik isteri aku...Keluarga kakak ipar aku, Kak Nab, keluarga adik ipar aku dari Banting, Asmah dan keluarga aku.. Masing keluarga bawak sedikit masakan memasing...tu sebab penuh satu meja tu...hahaha...opst!. Kami jugak bawak bersama menantu kami yang baru je menikah dengan anak lelaki kami tu. Biarlah dia kenal sedara mara...Bila da bertemu reramai tentu macam macam cite yang keluar tapi tak mengumpat orang punnnn...mengumpat tu berdosa besar....Yang kenakan orang pun ada...hahaha...tapi aku kisah pun tak...Sekelumit pon tak terasa punnn...Dah tua tua ni kita jangan cepat terasa hati dan merajuk sakan...Kita sediakan perisai cukup2, jangan cepat terasa...Kita didik hati kita keras seperti batu supaya tahan dengan segala 'peluru' yang ditujukan kat kita...hahahaha...opst! Aku tak kisah langsung pun...aku dah biasa dengan benda2 macam tu...hahaha...Lagipun perlu ada jugak sedara mara yang macam ni dalam ramai2 tu, supaya tak la sunyi sangat majlis...hahaha...Kita bukan berada di tanah wakaf...memang la sunyi kalau tanah wakaf...hahaha.....

Anak buah isteri aku, DIN yang baru nikah jugak tu, turut serta bersama makan tengah hari di rumah Kak Nab. Dia orang tiba lewat sikit sebab ada hal lain...Dengar cite dia nak balik ke universiti arab saudi tu dalam bulan disember ni tapi tak tau tarikh yang tepat...Dia akan uruskan untuk bawak bini dia bersama...Moga dia terus cemerlang dalam menuntut ilmu di universiti madinah tu...aamiinnn...Aku jugak doakan semua sedara mara yang lain, semoga korang berjaya dalam kehidupan korang dunia hingga akhirat...Kita mesti sering mendoakan orang sekeliling kita...jangan kedekut dengan doa...Sebenarnya aku memang suka dengan jalinan tali silatur rahim dalam keluarga isteri aku ni...Harap sangat ia terus terjalin erat hingga bila bila...hingga ke syurga...aamiinnnn...Itu memang tujuan hidup kita kannn...untuk ke destinasi kita yang hakiki di syurga nanti..InsyaALLAH..Diantara kita mesti eratkan hubungan silatur rahim antara kita tanpa melihat kepada sama ada kaya atau miskin, berilmu atau kurang berilmu...Semua ukuran itu hanya untuk dunia aje...tu semua ujian untuk kita semua...Jangan kita ada sikap sombong, riyak dan sebagainya dikalangan kita sampai bila2...Allah tak pandang pun apa kita ada..ALLAH SWT cuma pandang segumpal daging yang mendiami rongga dada kita...Kalau bersih daging tu..maka bersihlah rohani dan jasmani kita...

Hubungan silatur rahim tak boleh dijual beli...

Silatur rahim perlu dijaga, dibajai, supaya jadi lebih subur...Silatur rahim amat dituntut dalam agama yang kita anuti...Kalau kita bermusuh hingga ke mati...walau dengan sesiapa sekali pun sama ada adik beradik,sedara mara atau sedara seISLAM ..maka kita telah menempah ruang dalam NERAKA...duduk dalam neraka bukan seperti duduk dalam AIS ABC...berdosa kerana memutuskan silatur rahim...hati hati la yeee...

Doa aku, moga silatur rahim dalam keluarga aku, keluarga sedara mara aku, keluarga isteri aku dan keluarga sedara mara isteri aku...akan terus subur dan kekal hingga ke SYURGA..Syurga tu memang destinasi kita yang HAKIKI...Moga moga kita dikumpulkan semuanya di syurga nanti...aamiinnn...Kalau boleh pertemuan lepas ni akan lebih mampu kumpulkan lebih ramai sedara mara...InsyaALLAH Taala...aamiinnnn...

Aku juga sempat edit beberapa video...sesaja je sebab dah tak buat apa kan...maklumlah memerap aje kat rumah masa PKPB ni...hahaha...Boleh ditonton DI SINI dan jugak DI SINI...

Apa apa pun...moga kita semua, tak kira sapa la akan dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dan dihindarkan kita semua drpd siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnnnn....

Jangan lupa, teruskan #bmf...



- SEKIAN -

daud.montak.zakaria

Tuesday, December 1, 2020

Balik Kampung 19 - 23 Nov. 2020.

Diari DAUD - Lama betul aku tak buat 'posting' kat blog ni. Masa PKPB ni macam semua aktiviti aku terhenti terutama aktiviti berjalan di Tasik Ujana Nilai Impian tu. Bila sempadan tak boleh direntas maka secara automatik aktiviti panaskan badan aku di Tasik Ujana Nilai Negeri Sembilan, semua terhenti. Aktiviti aku panaskan badan langsung tak dilakukan. Bimbang pulak badan aku tak fit, maklumlah sekarang ni badan aku dah menjadi galeri untuk beberapa jenis penyakit...ekekeke...😃😃😃...


Parit Perak

19 - 23 November 2020 yang lalu, aku balik kampung sebab ada perkara yang perlu dilakukan walaupun waktu PKPB. Untuk merentas sempadan aku terpaksa pi ke Balai Polis Bangi untuk minta kebenaran merentas sempadan ke Perak. Aku isi dua borang untuk dua buah kereta. Isteri aku dapatkan maklumat daripada adik iparnya seorang anggota polis, cara untuk mohon rentas sempadan. Dia suruh isi borang dan sediakan salinan IC untuk borang yang aku isi tu. Sebenarnya aku memang dikelilingi oleh sedara mara, ipar duai dan biras biras yang baik2 belaka. Aku juga dikelilingi oleh jiran jiran dan kenalan yang baik2 jugak. Alhamdulillah aku dikurniakan nikmat sebegitu oleh ALLAH SWT. Dengan maklumat tersebut aku isi borang dan terus pergi ke balai polis untuk urusan merentas sempadan. Mudah aje awek2 polis yang jaga kaunter di balai tersebut meluluskan permohonan aku tu...alhamdulillah...tak banyak kerenahnya, mungkin borang aku tu lengkap dan sempurna kut...hahaha...


Kg Senin

19 November 2020, Khamis, kami gerak ke Perak dengan dua buah kereta yang setiap sebuah kereta terdapat 3 dan 2 orang di dalamnya. 3 orang merupakan penumpang maksima dalam sesebuah kenderaan semasa PKPB ini. Kami tinggalkan pesan pada jiran minta tolong siramkan sayur2 yang kami tanam tu...tak banyak mana pun sayurnya...tapi cukupla untuk rencah nasi goreng atau meehon goreng...hahaha...Syukurlah kami dikurniakan jiran2 yang baik2 belaka...yang sedia memabantu...moga ALLAH SWT sentiasa berkati dan rahmati semua jiran-jiran kami dunia hingga akhirat...aamiinnn...Kami berada dalam kenderaan ke Perak selama lebih kurang 4 jam. Kami tiada masalah untuk melepasi sekatan polis sebelum masuk ke lebuhraya PLUS. Tiba di jalanraya keluar di Gopeng Perak kami jugak diperiksa salinan borang yang dibawa. Setelah selesai anggota polis baca salinan borang tersebut, dia lepaskan kami untuk teruskan perjalanan. Masa sepanjang jalan di Perak kami melalui 3 lagi sekatan. Setiap sekatan polis, anggota yang memeriksa dokumen yang kami bawa akan ucapkan 'TAHNIAH'...Akhirnya kami tiba di rumah kami menjelang tengah hari KHAMIS, 19 Nov. 2020.

Pejabat Pentadbiran Agama Islam Manjung

Majlis akad nikah

Kami tiba di rumah kami di kampung aku tu. Kami bersihkan rumah bersama biras aku yang duduk di rumah depan rumah kami tu. Hari Khamis tu kami hanya duduk di rumah aje. Tak pi mana pun. Kat kampung masa tu musim hujan tapi hujan tak turun setiap hari pun. Pagi Jumaat, 20 November 2020, kami gerak ke Bandar Manjung Perak. Kami gerak dengan 2 buah kereta dan setiap kete punya 3 dan 2 orang penumpang aje. Masa PKPB ni, maksima boleh ada 3 orang dalam kete. Tiada pun sedara mara yang lain dijemput untuk turut serta sebab majlis tu nanti cuma majlis yang ringkas aje. Kami tiba di Pejabat Pentadbiran Agama Islam Manjung dalam pukul sembilan lebih waktu pagi. Kami tunggu sebentar sebelum pasangan anak aku tiba kemudian. Sebenarnya pagi ini kami hadir di majlis akad nikah anak lelaki kami dengan pasangannya dari Pantai Remis Perak. Semua akad nikah di Perak dibuat di Pejabat Agama di Perak. Ramai jugak pasangan yang aku tengok dinikahkan di situ pagi berkenaan. Selesai majlis akad nikah, anak lelaki dan pasangan dia ada sesi fotografi. Kami pula pergi ke rumah abang isteri aku yang dah tinggal di bandar tu sejak sekian lama. 

Bandar Manjung

Di rumah abang ipar aku tu, kami dijamu makan tengah hari. Abang ipar aku yang sulung dan isterinya jugak ada di rumah berkenaan. Kami makan tengah hari di situ. Memang sedap2 aje masakan yang disediakan. Macam yang aku katakan awal tadi, aku memang dikelilingi oleh semua sedara mara, ipar duai serta biras biras yang baik2 belaka..alhamdulillah, moga berterusan sebegitu serta moga ALLAH kumpulkan kami di SYURGA nanti...aamiinnnnn...Anak lelaki aku dan pasangan dia tiba di rumah tersebut setelah kami selesai makan tengah hari. Mereka dilayan makan tengah hari oleh abang ipar dan biras aku...Selesai makan kami rehat sebentar dan selepas tu kami minta diri untuk balik ke kampung aku di Parit Perak. Kami dibekalkan dengan buah pisang dan pucuk ubi..terima kasih bebanyak...Jauh kampung aku dengan Bandar Manjung tu lebih kurang 40Km kut...

Abang Ipar dan Biras aku..

Sebenarnya waktu PKPB ini, kami tak buat sebarang majlis untuk perkahwinan anak kami. Majlis keramaian memang dilarang masa PKPB ni. Memang dah dirancang tapi dibatalkan masa PKPB ni. Tempahan khemah jugak aku batalkan...begitu jugak tempahan 2 homestay. Kita mampu merancang tapi ALLAH SWT punya rancangan yg lebih unggul....Bagaimanapun aku bercadang juga untuk buat MAJLIS DOA SELAMAT selepas PKPB nanti. Harap PKPB ni cepatlah sampai ketitik noktahnya. Kalau rentas sempadan boleh dibuat, kami memang bercadang untuk adakan majlis di rumah kami di Parit Perak tu. Harap semua sedara mara dan rakan2 akan datang ke majlis kami tu...InsyaALLAH...Harap2 boleh dibuat pada bulan Januari 2021 nanti...InsyaALLAH...

Bagi yang nak datang ke Perak ni, ada lokasi untuk bercuti di sekitar Manjung ni, iaitu Lumut, Teluk Batik, Pangkor dan Teluk Senangin. Ada infor yang mengatakan Teluk Senangin pantainya cantik tapi banyak lalat kat pantai tu. Kehadiran beribu-ribu lalat ni sebab terdapat ladang ayam dan ladang babi berhampiran. Sepatutnya majlis tempatan lebih tegas supaya tidak benarkan ladang2 berada 5 kilometer dari kawasan peranginan. Rasanya ini memang silap majlis tempatan yang tak perihatin dan tegas dengan masalah ni...Orang yg ada kuasa ni memang selalu mengalah bila berdepan dengan kaum tu....apa nak jadi la...😡😡😡😡

Ada berita LALAT di daerah tersebut di SINI

Abang Ipar dan Biras aku..


video akad nikah anak aku..

Sebelum kami balik Perak untuk majlis akad nikah anak kami...aku dan isteri aku sempat pi hadir majlis pernikahan anak sedara isteri aku, HASSANUDDIN di MASJID BESI PUTRAJAYA tu...pada 14 November 2020. Moga mereka suami isteri sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...aamiinnnnn...Di bawah ni video akad nikah anak sedara isteri aku tu di Masjid Besi Putrajaya tu...

video akad nikah anak sedara isteri aku di masjid besi

Hari SABTU pagi, aku pi ke Pasar Sabtu di Bota Kanan tu. Aku bawak isteri dan adik pompuan aku. Kami beli macam2 barang untuk keperluan kami tinggal di rumah kami di Perak tu. Selama 3 hari kami tinggal di rumah kami tu. Rumah kami tu tak besar mana pun tapi cukuplah untuk kami laki bini tinggal di situ hingga akhir hayat nanti. Sekarang ni rumah tersebut digunakan masa kami balik kampung sahaja. Adik pompuan aku dan adik ipar aku jaga rumah tu dan bersihkan sekeliling rumah tersebut. Kalau tak dibersihkan tentu semak samun. Terima kasih kepada mereka berdua, moga ALLAH SWT sentiasa pelihara mereka dunia akhirat...aamiinnn...

Waktu petang aku pi ke BANDAR SERI ISKANDAR. Kami pi ke DIY untuk beli barang keperluan rumah. Kami jugak beli kek untuk HB anak bungsu aku. Balik ke rumah, kami sambut HB anak bungsu aku di rumah adik pompuan aku di rumah di hadapan rumah aku tu. Kami buat kecik2 aje pun. Masa aku rakam video majlis kecik tu...rakaman aku rosak pulak, langsung tak boleh guna untuk aku buat video. Agaknya aku dah tua  kut...tu sebab silap tekan butang HP aku. Tu sebab dalam video aku takde banyak footage majlis tu. Aku minta foto kat adik pompuan aku dan foto dari anak pompuan aku masa nak edit video majlis tu...memang aku ni da tua laaa...boleh pulak silap tekan butang rakam video HP aku tu...apa boleh buat laaaaaa.....

Bandar Seri Iskandar

Ahad, pagi aku pi ziarah pusara bapak aku dan emak aku yang terletak sebelah kampung aku tu...Tak jauh mana pun...mungkin lebih kurang 250 meter dari rumah kut. Aku pi sorang aje. Masa kecik2 dulu memang takut nak pi kat tanah kubur tu, sebab semak. Sekarang ni kawasan kubur tu dah bersih dan waktu malam ada lampu kat kawasan kubur tu. Kalau ada pocong sandar kat tiang lampu tu memang jelas nampak la...hahaha...Sampai aje di kubur tu aku sempat baca surah yasin di skrin HP aku. Aku juga sempat doakan supaya kedua ibu bapa aku dan semua penghuni tanah perkuburan tersebut dihindarkan oleh ALLAH SWT dari siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka. Kita jangan kedekut berdoa untuk semua orang Islam...jangan kedekut....kita pun nanti akan masuk kubur jugak...tentu ada yang akan doakan untuk kita nanti. Kalau tak manusia yang berdoa, mungkin makhluk2 ALLAH yang lain...sapa tau kan...Jadi janganlah kita semua sombong sangat sesama manusia, sampai waktunya kita akan dimasukkan ke dalam lahat dan tanah kubur tu akan diinjak2 oleh kaki manusia yang akan kuburkan kita nanti..tak perlu rasa sombong dalam soal apa sekalipun...Tak perlu kita hidup sombong atas muka bumi ni...Sebenarnya ibu bapa kita yang dah meninggal tu tahu kita ziarah pusara mereka tu....

Pekan Parit

Aku jugak sempat pi ke sawah yang tak berapa jauh dari kampung aku tu. Sebenarnya aku pi ke tanah kubur dan sawah tu dengan kete dan sorang aje... Malas nak berjalan kaki, maklumlah da tua tua ni...hahaha...malas nak menapak...Sawah masa tu sedang menghijau dengan padi. Cantik kelihatannya, maklumlah jarang pi sawah. Aku takde sawah pun kat situ sebab bapak aku dah tanam pokok kelapa sawit di sawah kami tu. Sekarang ni pokok kelapa sawit je la. Aku cuma tengok sawah orang aje la...jadi la kannnnn...Aku rakam sikit video kat sini. Boleh tengok dalam video yang aku dah edit tu...

Sungai Perak di Pekan Parit

Petang Ahad tu, aku bawak anak pompuan aku dan anak bongsu aku ke Pekan Parit. Dulu pekan Parit ni meriah jugak..masa aku kecik2...Sekarang ni dah macam pekan mati. Salah satu sebab pekan Parit ni menjadi mati mungkin sebab BANDAR SERI ISKANDAR dah pesat. Di Bandar Seri Iskandar ada beberapa buah pasaraya dan banyak premis perniagaan dan taman perumahan. Di bandar Seri Iskandar pun ada beberapa buah institusi pengajian tinggi seperti Universiti Petronas, UITM, Institut Kemahiran Belia Negara dan lain2...Pekan Parit yang aku pi ni memang macam dah jadi pekan mati tapi masih ada sikit nyawa la...hahaha...Masa aku kecik dulu memang meriah. Kami selalu pi pekan Parit ni. Dulu ada sebuah panggung wayang yang tayangkan macam2 cerita dan banyak jugak cerita hindustan. Nak amik tiket pun payah sebab berebut. Kami sering upah orang lain amik tiket untuk kami dan kami beri sedikit upah. Aku dan rakan2 pun pernah pi malam2 ke pekan tu dengan naik basikal ramai2. Kena pi ramai malam2 sebab terpaksa melalui satu kawasan dan jalan sunyi gelap yang kiri kanan tiada penghuni pun...semak dan ladang getah aje yang ada di situ...semestinya ramai JIN kat situ...Tapi aku tak pernah pun jumpa JIN kat kampung aku tu sepanjang aku tinggal di kampung. Orang lain ada jugak cite pernah jumpa macam2...hahaha...Masa kecik dulu memang meriah pekan Parit ni. Kami makan mee maidin, mee hailam dan sebagainya di sini...memang terkenal dan meriah pekan tu pada orang2 kampung kami masa aku kecik2 dulu. Sekarang ni Pekan Parit ni pekan mati yang hidup sikit2...hahaha...Hari ni sempat la kami pi keliling pekan tu masa singgah kat situ. Kami pi tengok sungai. Air sungai masa aku kecik dulu nampak jernih jugak tapi sekarang ni lebih banyak kelihatan seperti teh susu aje...nampak sangat sungai besar Perak ni macam ada masalah dan sedang sakit kut....Sebelum balik kami sempat beli cendol...beli cendol biasa je yang harganya RM3.50 sen...tak jadi beli cendol durian berharga RM10 tu...hahaha...

Video menjengah kampung 19 - 23 Nov. 2020

Pagi Isnin, aku sempat bawa isteri dan adik pompuan aku ke Pasar Senin di Pekan Parit. Kami beli sedikit keperluan di Parit tu. Ramai jugak pembeli dan penjual di Pasar Senin tu. Isteri aku beli beberapa bungkus IKAN PEKASAM..Macam2 ada jual dipasar tu. Sayur kampung pun banyak...Ikan2 pun banyak...Hampir tengah hari kami tinggalkan kampung aku untuk kembali ke SELANGOR. Harap kami akan kembali ke kampung tahun 2021, antaranya untuk selesaikan MAJLIS DOA SELAMAT di rumah aku kat kampung tu...

Cipta nostalgia sebelum gerak ke Bangi

Apa apa pun, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dunia hingga ke syurga. Moga kita dijauhkan daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan ke dalam syurga...aamiinnnnn..

Jangan lupa, teruskan dengan #BMF



SEKIAN

daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...