Wednesday, March 2, 2022

Lama Tak Update Blog.

Diari DAUD - Hari ni RABU, 2 MAC 2022. Lama betui aku tak update blog ni. Bukan sebab apa, tapi saja je malas nak tulis. Jadi hari ni aku nak tulis panjang sikit. Dah masuk bulan MAC 2022 dah ni. Ini bermakna aku dah menetap di kampung aku ni dah lebih kurang 3 bulan kut. Aku memang menetap dah kat sini sebelum aku mati. Itu memang pilihan aku nak menetap di sini, InsyaAllah...aku tak menyesal pun...

Hari hari yang awal ni aku hanya memerap aje kat rumah...Memang masa aku remaja masa duduk kampung ni pun aku bukan rajin sangat kuar pun. Jadi dah biasa dah dengan keadaan macam ni. La ni memang banyak memerap aja kat rumah. Sekali sekala aje aku pi masjid...opst! harap bukan riyak...Aku jugak sempat pi bertandang ke rumah sepupu aku yang agak rapat jugak masa aku muda remaja masa kat kampung dulu tu. Lebih sejam la aku kat rumah dia. Panjang jugak la sembangnya. Dia dan isteri dia aja yang ada di rumah tu. Anak2 semua dah beso. 

Kehidupan aku kat kampung sekarang ni berbeza sikit dengan hidup di BANGI. Beza sikit je pun. Kat sini agak sunyi sikit. Kalau nak beli barang keperluan kena pi BANDAR SERI ISKANDAR, PEKAN PARIT atau PEKAN BOTA KANAN. Jauh dari Seri iskandar lebih kurang 17 Kilometer. Dari Pekan Parit, 6 Batu. Dari Pekan Bota, 4 Batu. Aku tak pandai nak tukar ke kilometer. Kat Bota Kanan dan Pekan Parit ada Pasar Sabtu dan Pasar Senin. Harga keperluan kat sini lebih kurang sama dengan kat BANGI je...takde jimat mana punnn...Tak murah pun. Selama aku tinggal kat sini harga ikan pun sama dengan Bangi. Ikan Keli pun cecah RM 8 atau Rm 9. Jering pun RM 7 sekilo...hahaha...Mahal jugak beb. Harga kuih, 5 ketul pun dah RM 2 atau RM 2.50. Dengarnya macam nak naik kata penjual tu...minyak masak plastik dah payah dapat...hahaha...lantak la korang. Takde beza sangat pun dengan harga kat BANGI tu. Kat Bangi, pasar raya dan pasar pape pun semua dekat rumah...jalan kaki pun boleh. Kat sini, semuanya jauh2...tapi tak nyesal pun pindah sini...Ada aku kisah...hahaha...

Ada sekali tu, aku pi Pantai Remis untuk cari ikan murah...Hemmmm...mimpi je la...kat sana pun mahal macam kat Pekan Sabtu dan Senin tu...takde beza pun...Yang bezanya cuma ikan baru je la...Rasanya cukup la sekali je pi sana. Nak pi sana pun makan masa 45 minit. Ada yang kata barang2 keperluan kat PERAK TENGAH ni memang mahal...

Buat masa ni aku jarang dah bakar kalori kat sawah macam yang lepas lepas. Aku cuma bersihkan semak samun keliling rumah aku aje untuk bakar kalori kat badan aku ni. Aku dah pun bersihkan tanah jiran aku yang penuh semak samun ni. Orang kampung memang suka semak samun ka...hahaha...opst!. Tanah orang la tu. Tanah tu sebelah rumah kecik aku je. Tuan tanah tu duduk jauh. Aku bersihkan tanah jiran aku tu tanpa bayaran apa2 pun. Tuan tanah tu sepupu aku yang duduk jauh. Aku bersihkan kawasan yang aku mampu aje. Aku bersihkan tanah tu seluas yang aku nak aja, yang tak sakitkan mata aku memandang. Aku memang tak suka berjiran dengan semak samun. Katanya ular tedung pun banyak di semak2 kat sini. Aku bersih aja la setakat aku mampu. Taklah luas mana pun. Kalau aku bersihkan luas-luas nanti tak ikhlas pulak jadinya...dan pahala pun tak dapat. Aku memang ikhlas bersihkan semak samun kat tanah tu...tanpa bayaran. Kurang la sakit mata aku sebab semak tu...Aku tak suka berjiran dengan semak samun.

Bersihkan tanah bukan keje yang asing pada aku. 37 tahun dulu aku memang biasa bersihkan tanah bapak aku tu sebab aku duk di rumah. Pokok durian pun aku tanam masa tu. Banyak pokok jugak la yg aku tanam sebab masa tu bapak aku masih keje dan seminggu sekali aje balik ke rumah kalau tak silap. Jadi keje-keje kampung ni bukanlah berat sangat pada pandangan aku. Cuma dah tua2 ni tenaga agak kurang tapi masih boleh bersihkan tanah pelan-pelan...hahaha...Aku bukan jenis yang malas...ewah! angkat bakul sendiri nampaknya. Masa duk kampung dan masa remaja dulu aku pernah motong getah belakang rumah, aku pernah keje tanam padi dan banting padi. Masa dulu mesin tak wujud pun di sawah tu. Sekarang ni semua guna mesin...sediakan duit je...

Jadi, keje kampung ni cuma mainan aje bagi aku...hahaha...macam riyak pulak kan...Tapi, itulah realiti hidup di kampung sebelum aku tinggalkan kampung pada umur 23 tahun. Sekarang ni da pencen, pulang balik ke kampung. Harap keje aku bersihkan tanah jiran tu ada pahalanya...Tapi tu la bila ditulis di sini macam riyak dan tak ikhlas pulak...macam mana nak peroleh pahalanya. Harap sangat ada pahalanya, kalau tak banyak, sikit pun ada la hendaknya. Sekarang ni, dah hujung usia ni, kita rajin2 la cari pahala, sebab kita akan mati. Kalau tak mampu buat pahala banyak2, jangan pulak cari dosa dan timbun banyak2. Tambah pada usia nak mati ni...hahaha...

Buat masa ni, waktu malam memang aku tak kuar rumah pun, sebab gelap sangat...hahaha...Aku masih canggung dengan suasana gelap kat kampung ni...seram beb...seram. Maklumlah selama 37 tahun aku duduk kawasan yang penuh dengan lampu-lampu. Tup...tup...sekarang ni aku duduk dalam kawasan gelap gelita yang sunyi dan banyak jin-jin sana sini...hahaha...Memang ambik masa aku nak sesuaikan diri dengan keadaan sekarang ni. Masa memuda dulu tengah malam pun 'sadin' aje aku balik rumah kat baruh ni. Langsung tak takut pun. Berjalan balik tengah malam pun berpandukan cahaya di langit aja. Masa tu mana ada duit nak beli lampu picit. Masa muda dulu memang aku akan kuar waktu malam je. Siang memerap aja kat rumah. Orang kampung pun tak kenal aku sangat. Dulu mana ada lampu-lampu kat jalanraya macam sekarang ni. Sekarang ni sepanjang jalanraya tu dah ada lampu2. Bagus jugak wakil rakyat yang dulu tu. Harap semua ketua2 masyarakat ambik tau berkaitan rakyat di bawah pimpinan mereka di kampung. Mesti ambik tau sebab di akhirat nanti akan ditanya. Sekarang ni aku dah jadi penduduk kampung sini dan kalau wakil rakyat di sini tak amik tau masalah aku, aku akan tuntut di akhirat nanti. Aku tengok jalan masuk ke rumah aku tak diturap kemas. Robek sana sini, aku akan tuntut di akhirat nanti...bersedia la korang..Wakil rakyat kena ambik berat pada orang bawah, nanti ramai di sana nanti akan tuntut semua perkara. Masa tu berpeluh sampai dalam seluar..opst! tapi masa di mahsyar tu mana ada pakaian pun...hahaha..bogel je memasing. Tapi takde sapa pun nak tengok sebab siksa sangat di mahsyar tu. Ramai jugak orang kampung yang takde tanah sendiri. Takde salahnya wakil2 kampung tu usahakan untuk mereka yang takde ber tanah tu...Masak korang di hadapan ALLAH SWT kat mahsyar nanti...ingat tu...

Opst! dah jauh cerita aku tu...hahaha...Aku rasa la lama2 nanti aku akan biasa dengan keadaan kampung yang gelap dan sunyi ni dan keberanian aku masa muda2 dulu akan menjelma kembali...mungkin keberanian aku setara dengan orang yg boleh bermalam di tanah wakaf tu...hahaha...opst! Ayat yang las-las tu sembang je la....hahaha...Kampung ni memang sunyi, lebih2 lagi tengah malam dan dini hari...seram beb. InsyaAllah bila aku dah biasa nanti mungkin rasa seram aku tu akan terhakis jua...Sebab memang aku sendiri yang memilih untuk duduk di kampung yang gelap dan sunyi ni lepas bersara...Aku memang suka kehijauan. Itu memang pilihan aku. Aku tak menyesal pun.

Aku jugak memang berharap, tempat aku menetap ni jumpa semua orang baik-baik belaka. Aku memang tak suka jumpa orang2 yang tak baik ni. Hujung usia aku ni memang harap sangat jumpa semua mereka yang baik2 aje. Aku memang tak suka dengan hal2 umpat keji, hina, gosip2 dan semua yang seumpama dengannya. Aku nak baik2 je sampai mati sebab aku dah tua. Habis tinggi pun rasanya boleh hidup tak sampai 10 tahun lagi kut......gamaknya la...Aku memang tak suka benda2 umpat, keji, fitnah kat keliling aku ni. Aku memang tak berminat pun. Aku rasa aku dah cukup dengan kisah2 umpat keji, fitnah dan semua benda2 tak baik ni masa aku keje dulu tu. Kalau kita tak involve dengan umpat fitnah masa keje dulu, mungkin kita pernah dengar orang mengumpat dan memfitnah. Rasanya cukup2 la yang dulu2 tu je...Sekarang ni memang aku tak suka benda2 tu secara berlebihan melainkan untuk dijadikan sempadan dan juga sebagai panduan..Aku taknak involve dengan benda2 tak baik tu lagi sebab aku dah tua dan takut mati. Takut mati sebab banyak dosa dan berharap aku tak tambah lagi dosa yang dah ada tu. Harap apa yang dibuat sekarang ni dapat tambah pahala sebelum mati.

Dah hujung2 usia ni, kalau kita ada banyak duit eloklah sedekah untuk dapatkan pahala. Orang yang ada sikit2 duit macam aku ni pun jugak sedekah la jugak, untuk jana pahala sebelum mati. Carilah benda yang boleh datangkan pahala yang berterusan untuk bersedekah. Contohnya seperti bina masjid, bina tahfiz dimana pahalanya sampai hari kimat jika tempat2 tu wujud sampai kiamat. Kita jana pahala yang menguntungkan sekarang ni untuk akhirat. Tak perlu bermegah2 dengan harta yang kita ada terutama dah usia nak mati ni. Kalau kita ada menzalimi orang lain, patut juga kita sedekah dan fidyahkan pahalanya kepada orang yang kita zalimi tu. Banyak cara kita zalimi orang. Contohnya kita tipu orang, kita hutang orang, kita curi harta orang, kita ambik tanah orang walaupun seinci, kita hina orang, kita hina keluarga orang, kita hina fizikal orang, kita hina macam2 berkaitan orang lain. Kita maki orang masa bawak kereta dan apa2 kenderaan. Kita tak bagi signal masa nak masuk simpang yg sebabkan orang marah dan kita jugak maki orang yg tak beri signal tu...hahaha...dan sebagainya. Orang2 yang kita zalimi inilah yang akan tuntut nanti di mahkamah Allah di mahsyar nanti. Semua orang buat tuntutan termasuk isteri dan anak2 kita...ingat tu. Kalau kita tak banyak pahala dan tak banyak sedekah untuk difidyahkan pahala kepada orang yang kita zalimi, kita akan merana di mahsyar dan di akhirat nanti. Neraka amat panas beb. Jangan main2. Jangan suka2 cakap orang Islam akhirnya akan masuk syurga jugak. Jangan cakap macam tu...Neraka tu amat panas, meraung raung nanti ko dalam neraka tu. Ingat tu...sedekah banyak2 dan fidyahkan pahalanya kepada semua orang yang kita pernah zalimi masa kat dunia ni...jangan main2...Neraka bukan siksa yang main2...ia bukan macam panas api dapur...Api dapur pun kita tak larat nak tanggung. Di neraka tu kita tak mati-mati..Neraka akan bakar badan kita yang berdosa tu walaupun dosa tu kecik je. Di sana nanti dosa sebesar hama atau zarah, akan kita lihat jugak dan akan dibakar jugak oleh api neraka.

Kalau kita tak banyak pahala nanti, tentu kita akan jadi muflis di akhirat nanti. Sebab muflis, kita tak banyak pahala untuk diberikan kepada mereka yang menuntut keadilan di mahsyar nanti. Bila kita dah tak cukup pahala, kita akan tanggung pulak dosa orang lain. Las las ... kita akan duduk dalam api neraka untuk berjuta atau berbillion tahun...Korang tak takut ka...Korang da rasa selesa ka...Siksa beb duk dalam neraka tu. Kalau tinggalkan solat satu waktu dengan sengaja pun dah 80 ribu tahun dalam neraka. Satu hari di sana seribu tahun di dunia. Kira la 80 ribu tahun dalam neraka. Korang bijak matematik kan, cuba la kira...Itu baru satu waktu solat. Belum lagi campur dosa2 yang lain termasuk menzalimi orang lain. Jangan buat pasal beb dengan sebarang dosa walaupun kecik. Menzalimi orang lain tu dosa besar. Daun tumbuhan di tanah kita, masuk ke tanah orang lain pun dikira dosa besar kerana menzalimi jiran. Melalui tanah orang lain tanpa kebenaran pun, menzalimi orang lain. Macam aku ni...Aku lalu tanah milik orang lain. Aku dah mintak kebenaran melalui wassap...hahaha...opst! Harap dia benarkan la...tapi aku dah lalu dah pun...hahaha...Moga dia beroleh pahala besar sebab aku melalui tanah dia tu...lama rasanya aku lalui kat situ....hahaha...

Jangan lupa jugak, kita bersedekah untuk fidyahkan pahalanya kepada kedua ibu bapa kita yang dah meninggal tu. Bantulah ibu bapa kita dengan doa dan pahala sedekah kita tu untuk mereka. Cari sedekah yang pahalanya hingga ke hari kiamat seperti pahala sedekah bina masjid atau bina tahfiz2 dan pusat2 yang berkaitan dengan agama. Selagi ada orang yang beribadat kat masjid tu dan selagi ada orang yang mengaji agama di pusat2 agama tu...insyaAllah pahalanya akan berterusan hingga hari kiamat. Selagi ada orang beribadat dan mengaji di lokasi2 agama tu hingga hari kiamat. Jangan lupa. Ingatan ni untuk aku dan semua la tu...hahaha...

Panas neraka ni beb...meraung kita seperti apa yang dikatakan ustaz yang berpandukan al quran dan hadis tu. Siksa sangat neraka tu. Ahli neraka tu Allah besarkan tubuhnya untuk merasakan siksaan yang lebih teruk. Gigi ahli neraka tu pun sebesar bukit uhud. Giginya pun dah besar, apatah lagi tubuhnya. Bila tubuhnya besar, tentu permukaan kulitnya luas dan tentu rasa sakitnya lebih luas dan hebat lagi, sebab permukaan kulit tu luas. Ikutkan sains deria rasa ada pada kulit dan bila terbakar tentu rasanya sakit sangat di kulit tu. Bila kulit tu dah hangus dan tak rasa sakit, akan diganti dengan kulit baru yang berderia rasa baru untuk merasai sakit yang baru pula. Sampailah bertrillion tahun kalau dosa kita besar sangat. Ingat tu beb....siksa sangat kat dalam neraka tu...Jadi..sama2 la kita kumpul pahala dan banyak bertaubat dan jangan zalimi orang lain...Sama2 la kita doa supaya kita semua dihindarkan daripada siksa neraka yang amat hebat tu. Doakan kita sama2 terhindar daripada siksa kubur, siksa mahshar dan siksa neraka. Siksa neraka yang paling ringan adalah kepada bapa saudara Nabi aja. Kalau kita yang masuk neraka, tentu takkan dapat siksa yang ringan kut...Walaupun siksanya ringan tapi siksaan tu akan sebabkan otaknya menggelegak. Yang merasai siksa tu anggap itulah siksa yang paling berat dan paling siksa. Ingatlah wahai diri aku dan kita semua...Sekali lagi...ini ingatan untuk aku dan juga untuk kita...Tak perlulah kita nak berlebih2 dengan harta dunia ni...ingatlah mati...Harta akan diwarisi oleh isteri dan anak2. Pencen akan diwarisi oleh isteri atau suami. Hanya harta yang kita sedekah aje yang akan dibawa ke alam berzah dan alam akhirat...

Ok la...rasanya itu aje yang aku nak tulis...moga ada manfaatnya...Maafkan semua dosa aku kat kalian...kalau ada...

Sekian...

daud.anak.montak


No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...