Friday, May 1, 2020

Klinik dan Makanan, masa COVID-19

Diari DAUD - Minggu ni kita masih dalam sesi PKP dan minggu depan kita mula akan diberi kelonggaran untuk bergerak sedikit sebagaimana yang dikatakan oleh PM semalam, 1 MAY 2020. Alhamdulillah la ada sedikit kelonggaran tapi tu lah...tak timbul ke nanti gelombang ke dua sebab banyak kelonggaran yang diberi kepada semua untuk bergerak...Harap harap jangan la, sebab di JEPUN pun da berlaku gelombang kedua. Jepun yang rakyatnya penuh disiplin pun boleh berlaku gelombang kedua, macam mana dengan negara kita yang rakyatnya yang macam ramai je tidak berdisiplin. Cuba la lihat PKP yang lalu, berapa ramai yang ditangkap sebab engkar PKP. Sekarang ni seluruh dunia, dah lebih kurang 2 juta manusia dijangkiti covid19 ni dan lebih 200 ribu yang telah dikerandakan. Moga orang Islam yang tewas semuanya dikasihi ALLAH SWT dan ditempatkan di syurga serta kekal di dalamnya...aamiinnnn...PM jugak dah buat pengumuman balik kampung tuk RAYA tak dibenarkan...hahaha...ramai yang akan nangis kali ni Ramai la yang akan bukak lagu P.RAMLEE yang mendayu dayu tu kut...hahaha...apa boleh buat la...Kali pertama puasa tanpa beraya di kampung...Tapi tulah, raya tetap raya kan..tentu orang masih akan pi pasaraya untuk beli pakaian raya...Adakah akan timbul pulak KLUSTER SHOPPING RAYA...? Apa apa pun harap semua mesti hati hati, COVID-19 tu tak nampak, ia memang makhluk halus...hati2 ye...

semua foto dalam klinik sengaja aku 'blur' kan...
Dalam media sosial isu yang masih hangat sekarang ini ialah pelarian Rohingya dan jugak isu kemasukkan pendatang haram ke Malaysia. Isu ustaz ebit lew rasanya sudah sedikit malap sekarang ni. Pelik, Tun kata ada 2 juta pelancong dalam negara kita ni dan lebih 90% tiada rekod keluar. Mana dia orang sembunyi. Dikatakan ada yang telah punyai IC dan yang peliknya macam mana dia orang boleh peroleh IC. 2 juta pelancong yang hilang dalam negara kita ni bukan benda yang boleh dipandang mudah. Bila dia orang ada IC dia orang boleh peroleh macam2 faedah di malaysia ni....mengundi pun boleh... Ada spekulasi yang mengatakan pendatang China yang masuk dan tak kuar2 dari negara kita ni mungkin perisik. Benda ni telah ada sejarahnya dimana, masa sebelum jepun masuk tanah melayu ramai orang Jepun berada di tanah melayu. Mereka  bekerja di mana mana saja...sebagai tukang foto dan sebagainya. Kerja dia orang sebagai perisik sebelum Jepun masuk tanah melayu dalam tahun 1941 tu. Jadi pendatang China ni mungkin jugak bertindak sebagai perisik. Kita mana tau kan. Banyak perkara yang boleh dirisik terutama sekarang ni kecoh dengan tindakan agresif China di laut China Selatan tu. China anggap laut China Selatan termasuk laut malaysia sebagai kepunyaan mereka. Sekarang mereka sedang perang dingin dengan US di laut China Selatan. Itu pandangan beberapa orang penulis dalam media media internet. Rasanya negara kita pun mungkin menjadi salah satu sasaran pecaturan mereka di Asia Tenggara ni.



Pendatang dari negara China ni masuk ke Malaysia dan hilang dari radar mungkin ada sindiket kut yang uruskan mereka. Di Pulau Pinang kes pengeluaran IC kepada pendatang China ni masih dalam perbicaraan. Ramai yang bagi pendapat supaya IC bentuk baru dikeluarkan supaya dapat mengatasi pengeluaran IC kepada pendatang tu. Tapi adakah benda ni akan selesai sebab selagi kakitangan dan penduduk negara ini korupsi ia mungkin akan jadi sama jugak di masa akan datang. Bukan setakat pendatang China tapi pendatang lain pun ada yang memperoleh IC malaysia. Isu pendatang ni memang agak menakutkan. Di Langkawi dikatakan terdapat satu perkampungan yang dipenuhi oleh orang Myanmar dan tujuan dorang masuk ke negara ini memang tujuan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia. Apa dah jadi dengan negara kita ni. Kita memang tak sayang dengan negara sendiri bila kerlipan ringgit memenuhi setiap inci retina mata dikalangan sebilangan rakyat negara kita. Dalam kes yang berkaitan pendatang, Menteri KDN pun dah mengatakan pemilik kad UNHCR tetap pendatang. Tiada apa apa keistimewaan untuk mereka di sini. Harap isu pendatang ni perlu diselesaikan dengan baik supaya tidak menimbulkan masalah masa akan datang terutama 10 tahun akan datang bila ramai baka2 pendatang dilahirkan di sini. Dikatakan isu pendatang ni pernah berlaku di Sabah dulu..Dalam satu tulisan berita, dikatakan 16 ribu yang dikuarantin di SELAYANG SELANGOR tu, 10 ribu adalah warga asing terutama Rohingya...Sapa nak disalahkan...


Minggu ni jugak aku pi jumpa doktor di klinik kerajaan. Sekarang ni payah nak masuk ke klinik sebab akan di periksa sebelum masuk bertemu doktor dalam klinik tu. Di pintu utama aku diminta isi borang yang terdapat pelbagai pertanyaan yang berkaitan dengan corvic19 ni. Lepas isi borang staf klinik cek suhu dahi kita, kalau demam mungkin tak diberi masuk dan terpaksa pi ke khemah diluar klinik. Aku takde apa apa masalah dan dibenarkan masuk. Aku jumpa doktor sebab untuk dapatkan hasil pemeriksaan darah yang diambil 2 minggu lepas. Alhamdulillah...darah aku ok dan tak perlu dirujuk ke pakar sebagaimana yang disarankan oleh doktor 2 minggu yang lalu...syukur sangat...Selesai aje jumpa doktor terus balik ke rumah...


Minggu ni jugak aku kuar beberapa kali untuk cari barang keperluan untuk berbuka puasa terutama barang2 yang memang aku kena beli setiap minggu. Aku tak kesempatan untuk pi pasaraya seperti sebelum PKP sebab aku malas nak beratur panjang sampai ke jalanraya semata mata untuk masuk pasaraya. Jadi aku carilah keperluan di kedai kedai runcit sekitar sini. Bila aku dah pi beberapa kedai untuk dapatkan semua barang barang barulah aku dapat menilai harga barang di kalangan peruncit tersebut. Sebelum ni aku jarang pi banyak kedai untuk lengkapkan list barang2 yang aku perlu..Walaupun tak 100% tepat tapi rasanya hampir tepat la kut pandangan aku ni... Aku dah pi semua 'spotmart' di sekitar sini. Ada 5 buah 'spotmart' sekitar 7 km sekitar kawasan aku ni. Ada lebih kurang 5 buah kedai Aceh. Ada beberapa buah peruncit cina di kawasan aku ni. Aku dah dapat selami harga barang di semua 'spotmart' agak rendah jika dibandingkan dengan kedai Aceh dan peruncit cina. Rasanya beza harganya lebih kurang seringgit kut. Tapi tak tau jugak mungkin lebih daripada itu...Kedai melayu memang tak banyak pun kat sini atau aku yang terlepas pandang...hahahaha..Di Kelantan pun terdapat laporan mengatakan kedai Aceh menjual barang dengan harga yang terlalu mahal. Ada jugak yang kata tak masuk akal...Ada 50 buah kedai Aceh di sana menurut laporan. Ada laporan jugak berkaitan kedai Aceh naikkan harga barang di Selangor dan boleh dibaca DI SINI. Rasanya orang Aceh ni kenalah fikir banyak, dia orang datang sini cari makan dan kebanyakan mereka pelarian UNHCR. Kalau ikut peraturan pendatang UNHCR tak boleh buka perniagaan kat sini...kalau tak silap la...Lagi pun dia orang semua orang Islam, jadi jangan la jual barang sampai mencekik darah...Rasanya dah sampai masanya negara kita hantar dia orang balik ke Aceh tu...Begitu jugak dengan pendatang lain..Kedai Aceh ni macam rangkaian kedai mamak...dorang ada di mana mana...yang peliknya nape orang melayu tak boleh buat rangkaian kedai macam dia orang tu...sedangkan majoriti pelanggan adalah MELAYU...Mana orang2 kaya melayu...cubalah buat rangkaian peruncit macam tu...sampai bila kita menjadi pengguna aje...?

'spotmart'
Banyak jugak masa yang aku gunakan untuk membeli barang2 kerana terpaksa gerak ke banyak kedai kedai. Dalam keadaan sekarang nak amalkan #bmf agak sukar sebab kedai melayu tak banyak...Kedai Aceh memang la Islam tapi harga barang agak mahal jadi rasa malas nak masuk kedai dorang. Jadi terpaksa la jugak masuk 'spotmart' jugak. Tapi cari jugak barang produk muslim...Kalau dah takde barang muslim baru aku beli produk non muslim. Aku pun selalu pi kedai jual barang2 muslim tapi tak semua barang ada di situ. Biasanya kalau beras aku beli beras Faiza, minyak saji atau adela atau alif, sardin..cap ayam atau mak siti..eh! ye ke mak siti...hahaha..atau adabi...mee hon..faiza...kicap..jalen, susu pekat...saji...dan banyak lagi la...kalau dah takde barang muslim barulah aku beli yang bukan muslim..Yang payah nak dapat barang muslim ialah sabun basuh...tepung pulut..dan ada beberapa lagi yang aku terpaksa pi beli barang non muslim..Maknanya aku dalam bab beli barang ni dah boleh dikatakan dah pakar sangat la...opst! hahaha...Tapi tu la ada satu kali tu aku salah pilih, isteri aku suh beli DAUN SUP tapi aku terbeli DAUN KETUMBAR...hahaha...Rupanya seakan akan sama tapi DAUN SUP lebih besar daripada DAUN KETUMBAR...rasanya keduanya jugak berbeza...hahahaha...apa boleh buat la...tapi sayur yang lain2 memang aku boleh kenal seperti DAUN SEDERI dan sebagainya tu....banyak yang aku kenal, daun ketumbar tu aku terkena sebab hampir serupa tapi tak sama...hahaha...Apa boleh buat la....Aku ada buat video berkaitan KETUMBAR ni dan boleh ditonton DI SINI. Aku sempat terjumpa saudara FARIL dalam salah sebuah 'spotmart' tu. Kami sembang sat. Dia staf UKM dan bertuagas di PTM....aku da bersara pun..da lebih setahun da...

ketumbar
ketumbar
Akhirnya aku nak konsikan satu berita yang dikatakan berlaku di sekitar tempat aku ni. Kesnya berkaitan bunuh diri. Aku taknak cite berkaitan tu cuma aku nak katakan kita sebagai orang ISLAM jangan sekali kali berniat dan melakukan bunuh diri...Berdosa besar beb dan dikatakan akan kekal dalam neraka...jangan buat pasal. Kekal dalam neraka bermakna kekal dalam api...kekal dalam api buat selama lamanya...Di akhirat tiada penghujung dan tiada mati2 pun di akhirat sana sama ada di neraka atau di syurga, tiada mati mati.Tentu tak mampu kita nak kekal dalam api neraka...Tolong la jangan sekali kali bunuh diri. Jangan buat dosa besar...amalkan sihir pun dosa besar dan akan ditempatkan dalam neraka. Perbuatan sihir tu syirik...sebab kita minta pertolongan selain daripada ALLAH...Sihir tu gunakan JIN...Jadi...tooooolong la jangan bunuh diri dan jugak lakukan sihir serta dosa2 besar yang lain....yeee......Berita bunuh diri tu boleh dibaca DI SINI.

Rasanya itu aje yang aku nak kongsikan dan aku doakan moga kita semua, tak kira sapa la, sama2 akan sentiasa dirahmati dan diberkati Allah swt serta dihindarkan kita semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan jugak siksaan neraka yang maha pedih tu...
Jangan lupa teruskan #bmf..


~~~~~     SEKIAN     ~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...