Diari Daud - Hari ni Jumaat, 29 Nov. 2019..aku pi mendaki Melati Hill pagi ni. Memang dah plan dah pun. Jam 8.00 pagi terus aje gerak ke Melati Hill tu. Tiba sana
terus aje parking kete. Ramai jugak orang yang pi ke Melati Hill
tu berpandukan kpd banyaknya kete yang parking
kat tepi jalanraya tu..Mungkin dalam
lingkungan 30 buah kete
jugak tu...
Biasanya hari Jumaat aku panaskan badan di Tasik Ujana Nilai Impian..
tapi aku ubah jadual lagi kali ni...
Biasanya hari Jumaat aku panaskan badan di Tasik Ujana Nilai Impian..
tapi aku ubah jadual lagi kali ni...
![]() |
banyak jugak kete parking pagi ni.. |
![]() |
jam ni mula mendaki |
![]() |
pilih simpang ke kanan yang lebih curam |
![]() |
dekat sampai ke puncak centipede hill |
mula mendaki untuk ke kemuncak Centipede Hill
tu. Sengaja aku pilih cerun yang curam sikit untuk dapatkan
peluh...Bila mendaki yang curam tentu aku akan berhenti selalu untuk amik
oksigen. Tercungap cungap jugak la...mungkin sebab kolestrol dah melekat kat dinding salur darah kut...itu sebab tercungap cungap tu...
Tapi aku puashati la sebab bila mendaki kat sini memang peluh mencurah aje...
Masa mendaki tu selalu aje jumpa dengan orang yang sama mendaki dan jugak orang yang sedang menuju ke kaki bukit tu...
![]() |
pandangan dari puncak centipede |
![]() |
dah terik panas kat atas ni |
![]() |
puncak centipede |
![]() |
turun untuk ke trail monkey hill |
muda kat atas tu. Aku tegur aje la. Lepas tu aku snap beberapa foto.
Tak lama kemudian sampai beberapa orang ke puncak
centipede tu. Semua ada, lelaki pompuan,
kanak kanak dan orang yang
veteran macam aku ni..
![]() |
ke monkey hill |
![]() |
ke monkey hill |
![]() |
simpang ke eagle dan ke monkey |
![]() |
naik ke centipede.. |
maka aku pun mula turun melalui trail untuk pi ke monkey
hill pulak..Curam jugak cerun ni...Ada dua atau tiga cerun yang curam
rasanya. Masa menuruni cerun ni ramai jugak aku jumpa dgn pendaki yang lain. Aku
jugak jumpa pendaki lelaki yang bekerja di KLIA tu...Kali ni dia datang dengan dua orang rakannya, sorang muda dan sorang lagi macam sebaya dia jugak...Kami bertegur
sapa di situ sebelum dia dan rakannya mendaki ke centipede sementara
terus menuju ke trail monkey hill. Aku jumpa dia Isnin lepas
dan boleh dibaca DI SINI..
![]() |
nak pi ke monkey hill |
![]() |
ada tasik tu... |
![]() |
dah sampai ke trail untuk ke monkey dan rope hill...rope hill masih ditutup sebab ada yang jumpa king cobra |
![]() |
rope hill ditutup |
tu cuma aku sorang aje masa tu. Tak lama kemudian
aku tiba di tasik dan simpang untuk mendaki ke monkey hill dan
jugak untuk masuk ke rope hill. Rope Hill masih lagi ditutup sebab ada yang
jumpa ular king cobra besar kat situ. Tiba di simpang tu aku rehat sat untuk kumpul oksigen dalam paru paru...ekekeke...Itulah kan kalau usia dah usang....
![]() |
daki ke monkey hill |
![]() |
ke monkey hill |
![]() |
ke monkey hill |
![]() |
kat belakang tu trail mendaki ke monkey hill |
aku mendaki semula. Di sni aku jumpa pendaki satu keluarga
yang terdiri daripada dua orang wanita dewasa dan
anak anak dia..Kuat betul dia orang ni..
Rasanya umur mereka lebih muda daripada aku dan
tentu laju aje dan takde masalah pun untuk mendaki lebih cepat daripada aku...
![]() |
ke monkey hill |
![]() |
ada short cut tapi pilih untuk ke monkey hill |
![]() |
monkey hill |
![]() |
monkey hill |
Di sini jugak aku jumpa sorang pendaki veteran yang mendaki
sensorang aje. Aku berhenti dan berbual dengan
dia. Dia kata dia datang dari USJ. Dia
datang dengan rakan dia..
Rakan dia
memang laju aje mendaki katanya
jadi dia sorang aje la ikut rentak kemampuan dia
untuk mendaki ke monkey hill tu. Setelah aku selesai sembang
dengan dia maka aku pun meneruskan pendakian untuk ke puncak. Aku pun selalu
aje berhenti kat mana mana di laluan ni. Cerunnya tinggi dan curam jugak. Aku banyak berhenti di sini. Kalau sapa yang datang sini aku galakkan jangan tinggalkan
trail untuk ke puncak monkey hill ni sebab bila mendaki di sini
memang badan akan berpeluh abis punya....peluh gilerrr..
![]() |
resam |
![]() |
puncak monkey hill |
![]() |
laluan untuk ke cobra hill |
![]() |
trail ke cobra hill |
rehat maka aku pun sampailah di puncak monkey hill tu..Di situ
aku jumpa pendaki wanita dengan anak anak dia. Dia orang sedang berehat
dah posing kat atas tu. Aku rehat sat sebelum aku mula rakam foto sikit sikit. Kemudian aku rehat lagi. Selesai rehat aku pun mula bergerak ke Cobra Hill pulak.
![]() |
cobra hill |
![]() |
puncak cobra hill |
![]() |
puncak cobra hill |
![]() |
signage cobra hill dah bengkuk, mungkin sebab ribut kut atau vandalism...? |
Laluan tu mendatar aje dan ada sekali aje agak mendaki sikit tapi tak curam mana pun. Akhirnya tiba di puncak cobra hill pulak. Di situ aku rehat sat dan famili
yang aku jumpa tu dah mula meninggalkan cobra hill tu..Aku
rehat sat di cobra hill tu. Selesai rehat aku rakam
foto sikit kat situ. Aku tengok signage
COBRA HILL tu macam
dah bengkuk aje...mungkin di atas ni ribut kuat kut
tu sebab signage tu bengkuk teruk atau adakah perbuatan vandalism
kat atas tu...Harap harap janganlah ada perbuatan vandalism di sini...Rasanya janganlah kita semua tak kira sapa la ada sikap vandalism macam tu...Eloklah kita jaga
diri kita supaya tidak menjadi perosak harta awam....
![]() |
laluan untuk pi ke kaki bukit |
![]() |
tumbuhan yang biasa jumpa kat sini |
![]() |
laluan ke kaki bukit |
![]() |
jumpa kembali dengan bro staf KLIA ni dengan rakan rakan dia... |
di kawasan tropika yang lembab dan ada naungan. Tumbuh secara
berkumpulan dan ada ketikanya ia tumbuh di batang
pokok lain. Zaman melayu dedulu batang resam
ni dijadikan pen untuk menulis...
Tak pasti kegunaan pokok resam ni tapi rasanya ia merupakan
tumbuhan yang mampu menahan hakisan di cerun cerun. Kalau ia tumbuh dengan
tebal nak lalu pun susah. Bahayanya mungkin ular pun banyak kat
celah tumbuhan resam ni.....
![]() |
ke kaki bukit |
![]() |
laluan landai |
![]() |
pilih jalan naik bukit untuk amik peluh balik... |
![]() |
tiba di atas |
jumpa brother yang keje kat KLIA tu tadi. Kami sembang sat
kat situ. Macam macam yang kami sembangkan.
Termasuk berkaitan kesihatan.
Rakan dia cite, dulu
dia makan ubat kolestrol tapi sekarang
ni dah tak makan lagi dah. Setelah dia mendaki Melati Hill ni
secara tetap dua kali seminggu, rasanya dua kali seminggu, dia dah tak makan
ubat kolestrol lagi...dia dah bebas daripada kolestrol. Dia orang beritau aku, mendaki aje kat sini ikut cara kita. Maksudnya ikut cara sendiri atau kemampuan sendiri la..
akhirnya akan jadi biasa nanti...Setelah lama bersembang
akhirnya kami sambung kembali haluan kami
...aku pi gerak ke kaki bukit sementara dia orang terus mendaki ke cobra dan monkey hill. Dia orang mungkin akan mendaki semua puncak kat sini...
Bagus mendaki kat sini, disamping untuk dapatkan kesihatan, kita jugak mampu peroleh ramai rakan...Kalau kita jenis ramah memang mudah peroleh rakan di sini..
selamat mendaki eaaaa.......
![]() |
banyak jumpa kumpulan semut kat sini |
![]() |
turun kembali ke kaki bukit |
![]() |
cari jalan keluar |
![]() |
satu keluarga yang nak keluar ke jalanraya |
Aku terus mendaki dan selalu berhenti sebab termengah mengah.
Aku berhenti beberapa kali jugak untuk amik nafas.
Akhirnya tiba di puncak dan cari jalan
untuk turun ke kaki bukit.
Jumpa trail untuk ke kaki bukit, aku pun
teruskan perjalanan. Turun ke kaki bukit memang tak
termengah pun, laju je...Akhirnya setelah beberapa lama maka aku pun
tiba di kaki bukit dan terus cari jalan keluar. Masa nak keluar tu aku jumpa sat keluarga
veteran dengan anak anak jugak menuju ke jalanraya.
Tiba di jalanraya terus aje berjalan ke kete. Masuk kete dan terus balik ke Bangi. Itu aje la catatan aku hari ni.
Tiba di jalanraya terus aje berjalan ke kete. Masuk kete dan terus balik ke Bangi. Itu aje la catatan aku hari ni.
![]() |
simpang ke mosquito hill dan jalan keluar |
![]() |
nak balik dah |
![]() |
nak balik dah |
![]() |
berjalan sejam lebih, jarak lebih 2 Km, kalori yg dibakar hampir 200 kalori |
Di bawah ni aku sengaja letakkan infor berkaitan kalori untuk panduan kita bersama, moga ada manfaatnya....
Rasanya itu aje yang nak aku tulis, moga kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua
~~~~~ SEKIAN ~~~~~
No comments:
Post a Comment