Wednesday, December 15, 2021

HKL lagi...

Diari DAUD : Hari ni KHAMIS, 16 Dis. 2021, aku pi HOSPITAL KUALA LUMPUR kerana isteri aku ada temu janji dengan doktor pakar hari ni. Kami dihantar oleh anak kami. Aku memang la tak biasa dengan KL tu...Tak mampu pun aku nak bawak kenderaan masuk ke KL tu....Jam 7.00 pagi dah kuar rumah dah. Kalau pi KL biasanya memang jem la. Macam biasa la kat Jalan Sg Besi tu tentu jem je tiap masa.

Kami tiba di HKL dalam lebih kurang sejam...tak sampai sejam pun dah sampai situ. Kami singgah di BANGUNAN KOMPLEKS PAKAR & RAWATAN HARIAN, HKL. Turun je kami terus menuju ke pintu lobi utama. Scan mysejahtera dan terus masuk. Tiba di lift kami tunggu sebentar sebab agak ramai jugak untuk gunakan lift berkenaan. Ada sejumlah 6 buah lift di situ, kalau tak silap aku. Beratur semuanya untuk tunggu lift. Kalau keadaan macam tu payah jugak untuk pastikan jarak memasing...πŸ˜€πŸ˜€

Tiba di tingkat atas atau tingkat 5, isteri aku terus cek nama dia depan jururawat yang mengurus kedatangan pesakit yang telah tercatat kat buku besar tu. Segala temujanji memang dah ada nama tercatat dalam buku besar dia orang. Selesai cek nama dan dibenarkan masuk ke dalam klinik, isteri aku letakkan kad dalam bekas yang disediakan dan seterusnya kami tunggu nama dipanggil. Tak lama kemudian isteri aku dipanggil dan dia pi ke kaunter untuk mengambil semula kad rawatan dan nombor giliran dia.

Agak ramai juga pesakit yang sedang menunggu dalam ruang klinik tersebut. Mereka semua mesti pesakit yang berkaitan dengan kepala...Beberapa lama kemudian nombor isteri aku dipanggil untuk masuk ke Bilik 3. Isteri aku pi sorang aje ke situ. Sekembalinya ke tempat duduk, dia kata jururawat cek tekanan darah dia. Jururawat kata tekanan darah agak tinggi walaupun dah cek dua kali. Kami tunggu pula giliran untuk dipanggil jumpa doktor pulak.

Bila nombor dipanggil untuk jumpa doktor di BILIK 1, aku pun turut serta menemani dia. Tiba di bilik doktor tu, doktor suruh duduk. Doktor tu tanya macam-macam la. Berkaitan ubat yang dimakan lepas pembedahan dan ubat darah tinggi yang biasa dia makan yang dibekalkan oleh KLINIK KESIHATAN SERI PUTRA. Dia juga cek keputusan CT SCAN yang dah dibuat sebelum ni. Dia kata perlu jaga tekanan darah tinggi tu. Dia sarankan supaya ubat darah tinggi disemak kembali di klinik seri putra tu. Dia kata kalau darah tinggi tak dikawal mungkin akan mudaratkan salur darah yang dah dibedah tu. Perlu kawal darah tinggi. Dia beri surat untuk diberikan kepada doktor masa berjumpa doktor kat Klinik Kesihatan tu nanti. Doktor tu sempat memeriksa luka pembedahan di kepala isteri aku dalam ruang yg berlangsir tu. Dia kata luka tu dah ok.

Keputusan CT SCAN yang doktor tu periksa, semuanya ok dah. Pembedahan tu memang sempurna, tiada sebarang masalah hasil daripada laporan CT SCAN tu. Akhirnya doktor tu kata, lepas ni tak perlu lagi buat temu janji di HKL...Semuanya dah ok tapi kena jaga tekanan darah. Tekanan darah yang tinggi boleh memudaratkan salur darah yang telah dibedah tersebut. Pembuluh darah yang pecah memang bahaya kepada pesakit. Aku amat bersyukur sebab segala-galanya dah ok, cuma isteri aku kena jaga tekanan darah dia je...Tak perlu lagi berulang ke HKL tu....

Selesai je kami ucapkan terima kasih kat doktor tu dan seterusnya kami keluar dari bilik doktor dan dari KLINIK NEUROLOGI tu. Kami terus menuju lift. Selesai dah satu hal...Ingatlah...sakit tu ujian ALLAH. Semua manusia akan diuji walau siapa pun kita...kuat, lemah, kaya, miskin, bijak, kurang bijak dan sebagainya. Jangan anggap kita semua tidak akan diuji....

Rasanya itu aje yang aku nak tulis hari ni...Moga kita semua, tak kira sapa la, akan diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa2 kita serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga....aamiinnnn...


Jangan lupa, terus sokong #bmf kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...

~ sekian ~
daud.montak.zakaria

Saturday, December 11, 2021

Fasa Akhir Untuk Pindah Ke Desa...

Diari DAUD - Hari ni aku nak tulis panjang sikit. Dah lama dah tak update aku punya blog ni. Antara 23 Nov. hingga 7 Disember 2021, aku berada di kampung. Tujuan utama ialah untuk urusan tukar sekolah anak aku yang bungsu ke sekolah menengah di kampung. Hal tersebut dilakukan sebab aku dah hampir sangat untuk pindah ke kampung. Urusan tukar sekolah bermula di Bangi lagi. Aku mohon tukar sekolah dari Sek. Men. Bandar Seri Putra, Bangi. Bila Pengetua di Sekolah Seri Putra beri kelulusan, maka aku pun gerak la ke kampung pada hari Selasa.


Bakar kalori di bendang.

Bakar kalori di bendang

Cadang nak terus ke PPD Perak Tengah kat Bandar Seri Iskandar tu. Tapi kami tiba di sana dari Bangi dah waktu tengah hari. Jadi tentu tak berapa tepat untuk terus ke PPD Perak Tengah tu pada waktu hampir tengah hari. Jadi kami terus balik dulu ke kampung aku. Tiba di rumah, kami mandi dan makan tengah hari. Rumah aku tu kecik je pun...Rasanya cukuplah untuk aku dan isteri habiskan usia tua kami di situ sebelum dijemput oleh PENCIPTA. Kalau ada sapa2 kenalan yang dalam perjalanan ke Lumut atau Pangkur, singgah la kat rumah kami untuk secawan dua kopi panas sebelum sambung perjalanan. Memang aku alu-alukan. Call aku awal2...πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€. Waktu petang kami gerak ke PPD Perak Tengah di Bandar Seri Iskandar tu. Tak jauh pun, lebih kurang 15 kilometer sahaja...rasanya la...πŸ˜€.

Tiba di PPD terus aje parking dan tulis nama dan scan suhu di pos pengawal kat bangunan tu. Tanya pengawal untuk jumpa bahagian pertukaran sekolah. Lepas dapat maklumat terus masuk bangunan tu. Di kaunter dalam pejabat tu, terus jumpa staf kat kaunter tu. Aku serahkan borang untuk tukar sekolah anak aku. Staf pompuan tu semak borang tu. Dia tanya kenapa pilih sekolah Bota Kanan. Dia kata lagi, biasanya mereka yang duduk di Layang-Layang Kanan akan pilih sekolah di Pekan Parit. Aku jelaskan, pertama takde bas kalau masuk sekolah di Pekan Parit tu. Kalau di Pekan Bota ada bas sekolah. Kedua jarak ke Bota Kanan dan ke Parit berbeza. Ke Pekan Bota Kanan lebih dekat berbanding ke Pekan Parit. Sebab ketiga aku merupakan alumni sekolah kat Bota Kanan tu. Aku ambik MCE 1978 di SEKOLAH MENENGAH DATUK ABDUL RAHMAN YAAKUB BOTA KANAN tu. Akhirnya, staf tu kata proses ambil masa 3 hari dan dia akan hubungi aku melalui HP. Petang tu jugak aku dapat call dari PPD Perak Tengah tu, staf tu kata permohonan tukar sekolah telah diluluskan dan aku diminta untuk ambil surat di pejabat PPD tu. Aku tanya nape cepat, kata 3 hari. Dia balas, pegawai dia ada di opis jadi pegawai tu dah luluskan dan tandatangan. Aku ucapkan terima kasih aje la.


Kedua-dua ni MEGAT namanya..Teman rapat juga sedara la ni...

Pagi RABU, aku pi ke PPD Perak Tengah di Bandar Seri Iskandar untuk ambil surat pertukaran sekolah anak aku. Tiba di sana terus jumpa pengawal dan kata nak ambil surat tukar sekolah. Masuk opis PPD tu terus jumpa staf di kaunter dan nyatakan untuk ambil surat pertukaran sekolah anak. Baik-baik belaka staf kat situ...Bila dah ambil surat kelulusan tu, maka kami pun terus keluar dan pi ke Bandar Seri Iskandar untuk beli barang basah untuk masak. Kami pi beli ayam dan ikan sebelum balik ke rumah. Masa kat kampung hari2 aku masak je...rasanya lebih jimat...Walaupun rege barang macam kat Bangi jugak...πŸ˜€

Adik pompuan aku...
Anak bungsu aku..

Pagi KHAMIS kami pi ke SEKOLAH SMDARY Bota Kanan. Masuk pintu utama dan jumpa dengan pengawal. Kami scan mysejahtera dan ambil suhu di situ. Tanya pengawal tu opis sekolah menengah berkenaan. Lepas dapat infor daripada pengawal maka kami terus pi ke pejabat sekolah. Di kaunter bagi salam dan seorang staf opis datang. Aku kata nak hantar surat untuk tukar ke sekolah ini. Dia teliti surat tu dan panggil guru berkenaan. Guru tersebut keluar dan teliti surat berkenaan. Aku rasa guru tu mungkin penolong pengetua kut. Dia teliti surat tu dan beritahu kelas anak aku. Kemudian dia minta datang sekolah pada hari ISNIN minggu depan. Anak aku dimasukkan dalam kumpulan B kelas tingkatan 3. Selesai berurusan kami pun balik. Esok JUMAAT, ISNIN anak aku akan mula bersekolah di sekolah tu selama seminggu. Anak aku dalam kumpulan B. Maknanya dia sekolah selama seminggu sebelum bercuti selama 3 minggu. 

Buang Kalori di sawah dengan adik ipar..

Hari JUMAAT, pagi, aku, adik pompuan dan anak bungsu aku pegi ziarah kubur emak dan bapak aku. Sempatlah berdoa untuk roh kedua emak bapak dan semua penghuni di perkuburan berkenaan. Kita jangan kedekut dengan doa. Kesemua yang berada di sana adalah sedara seagama kita...Tidak sempurna iman kita jika tidak kasih kepada sesama agama Islam. Sentiasalah berdoa dan sedekahkan pahala kepada mereka. Allah swt berkuasa untuk sampaikan pahala tu kepada mereka...InsyaALLAH. 

Masa awal aku kat kampung, 2 orang rakan baik aku telah bertandang ke rumah aku. Mereka bukan saja kawan baik tapi sedara aku jugak...Megat Mizi dan Megat Ze...Bila dia orang datang bertandang, macam2 hal yang kami sembangkan. Biasalahlah dah berpuluh tahun tak jumpa...serius la...memang berpuluh tahun tak jumpa...Tambah pulak bila ada PKP selama 2 tahun tu dulu...Kami bersembang berkaitan hal kehidupan je...tak sentuh sesapa pun.....Lama jugak la kami sembang...Aku memang 'salute' sangat la kat dia orang yang dah berjaya dalam hidup memasing...Pada kaca mata aku, dia orang dah berjaya sangat dah dalam bidang memasing......


Masa buang Kalori kat bendang jumpa la kenalan kampung..Maaf la
aku memang sukar nak kenal sebab dah lama aku takde di kampung...Aku
berada di luar Perak dah 37 tahun. Dah tua2 baru nak pindah ke kampung sendiri...

Aku juga sempat melawat lokasi ternakan ikan sangkar di SUNGAI PERAK tu. Lebar Sg. Perak tu...macam dulu jugak...malah lebih lebar lagi rasanya. Lokasi kami mandi manda dulu dah semak samun dan dah tak wujud pun sama ada sebab hakisan atau dah semak samun. Lagi pun dah lama sangat, berpuluh tahun kut, sungai tak lagi dijadikan lokasi tempat mandi macam dulu. Projek ikan sangkar tu diusahakan oleh sedara mara aku jugak. Aku pi melawat ke situ dengan adik pompuan aku dan anak bungsu aku. Aku doakan moga usaha mereka semua akan terus maju di masa akan datang. Jangan kita lokek untuk doakan kebaikan untuk sesiapa saja. Ada pahalanya orang yang berdoa untuk orang lain. Masa balik kampung beberapa bulan dulu tu pun aku sempat melawat ke lokasi tersebut. Masa aku melawat kat situ aku jumpa sedara aku LATIT tu. Balik kampung yang lalu pun aku jumpa dia jugak kat atas sangkar tu.. Latit tu memang sedara rapat aku dan kawan rapat aku masa aku zaman remaja. Dia muda daripada aku lebih kurang 5 tahun...kalau tak silap. Kalau sekarang ni aku dah umur pencen tentu boleh agak dah umur dia sekarang.


Cantik kan kawasan bendang awal pagi...

Aku juga sempat menghadiri kenduri rumah sepupu aku lepas solat Jumaat. Aku pi dengan adik ipar aku, Jo. Sempat la kami makan masakan kampung seperti PATIN TEMPOYAK dan lain2. Kerabu pun ada. Memang kerabu tu makanan favorit aku pun tapi sebab ada udang, aku terpaksa batalkan untuk menikmati makanan berkenaan. Aku memang alah kepada makanan laut selain daripada ikan. Ikan laut yang boleh menimbulkan gatal2 jugak aku tak makan pun. Ramai jugak jumpa sedara mara dan rakan kat situ. Kenduri dengan SOP yang dipatuhi...

Sempat juga aku berkunjung ke Pekan Parit lepas solat Jumaat dan hari2 yang lain. Kami beli Cendol Parit kat pekan tu. Pekan Parit ni memang banyak menyimpan kisah masa silam zaman aku kecik2 dulu. Aku dah catatkan hal Pekan Parit ni dalam tulisan aku yang lalu. Jam beso kat Parit tu masih teguh berdiri seperti dulu...πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€. Rasanya jam tu dibina masa merdeka atau sebelum merdeka lagi, aku tak berapa pasti pun. Aku juga sempat pi ke pasar raya-pasar raya di Bandar Seri Iskandar tu. Bandar Seri Iskandar tu mungkin bandar terbesar di daerah Perak Tengah kut. Ada ECONSAVE, ada BILLION, ada LOTUS, ada premis2 perniagaan yang kecik2 dan besar serta macam - macam lagi. Ada jugak lokasi macam kat Nilai 3 tu. Tapi aku dah beli tilam macam TOTO tu kat situ namun langsung takde kualiti. Aku dah bakar dah tilam tu...Kalau nak berniaga, buat la betul2...😑😑😑... Institusi pengajian tinggi pun ada di situ seperti UNIVERSITI PETRONAS, UiTM, IKBN, kolej2 vokasional dan sebagainya. Pusat pentadbiran daerah pun terletak di situ. Namun kawan kampung aku kata harga barang di Daerah Perak Tengah ni agak mahal jugak. Aku rasa pun macam tu kut...Aku rasa macam rege barang kat BANGI jugak...

buang kalori di bendang..

suasana di bendang...

Masa di kampung sempat jugak la aku bakar kalori di sawah setiap SABTU dan AHAD pada setiap minggu selama 2 minggu aku duduk kat kampung tu. Aku rasa selesa je bakar lemak kat sawah. Sekali berjalan selama sejam lebih dan jaraknya 6 Km. Memang la masa aku dah pindah nanti aku akan bakar kalori di sawah aje la...Lebih selesa. Lagi pun kawasan sawah taklah semak samun. Musim ni sawah padi dalam keadaan hampir masak. Ramai jugak orang sekampung yang aku jumpa. Ada yang aku kenal dan ada jugak yang aku tak berapa kenal dah. Lagi pun masa kecik dulu aku memang jarang keluar rumah waktu siang...πŸ˜€πŸ˜€...Ramai orang kampung yang aku tak kenal dulu...apatah lagi sekarang ni...Memasing nampak udah berumur macam aku ni...hahaha...Dah tua rupanya aku ni...πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Masa kat sawah tu sempat la aku tengok orang sembur racun serangga dengan gunakan DRONE. Baru pertama kali aku saksikan benda ni...Aku tanya tuan punya sawah tu, dia kata ini musim kedua DRONE digunakan untuk siram racun disawah di LAYANG-LAYANG KANAN ni.... Aku pernah tanyakan kos guna drone untuk racun serangga dalam se ekar tapi aku dah lupa pulak apa dia kata. Sawah di sini jugak dah lama gunakan mesin penuai untuk tuai padi, tak perlu cara tradisional lagi iaitu 'banting' padi. Aku pernah banting padi di tanah bapak aku masa remaja dulu. Sekarang tanah sawah tu dah ditanam kelapa sawit. Kenalan kampung tu bagi tau aku sekarang ni tak tau apa rasa beras yang ditanam tu sebab padi yang dituai terus dibawa pergi. Masa dulu boleh jugak dibawa ke kilang padi untuk diubah jadi beras dan boleh la rasa beras baru. Sekarang ni kilang padi kat sekitar sini termasuk di Pekan Layang2 tu dah tutup dah pun...dah tak wujud lagi dah...


menabur racun di bendang dengan DRONE.

Aku rasalah memang guna drone ni lebih mudah dan cepat. Mungkin lebih mudah daripada gunakan cara lama yang gunakan tong racun yang digalas di belakang badan. Sakit-sakit badan kalau sembur racan berekar-ekar..Tapi satu kelemahan drone ia tak boleh tabur atau sembur baja di sawah sebab garam daripada baja tu akan menyebabkan bahagian tertentu drone menjadi karat. Aku sempat rakam cara menabur racun serangga dan aku dah edit video tu dan boleh di tonton di atas sana tu...

Masa kat kampung jugak aku sempat pi makan bubur Perak di Titi Gantung. Kawan rapat merangkap sedara aku Megat Mizi, seorang Pengetua Pencen ajak aku pi ke sana. Aku ikut je la. Dia yang belanja..Aku memang tak pernah pun makan bubur Perak ni masa kat Perak tu. Lewat petang dia amik aku kat rumah. Kami gerak la ke Titi Gantung tu. Jaraknya mungkin lebih kurang 15 Km kut...tak pasti...Lepas makan bubur, Megat Mizi bawak aku melawat ke rumah adik dia MEMUN di taman perumahan berhampiran situ. Luas jugak taman perumahan tu. Penuh dengan rumah2 bangalow di sana sini...Persis kawasan elit....πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€Lewat petang kami gerak balik....


Selama seminggu anak aku bersekolah, aku terpaksa hantar dan ambil dia dari sekolah. Bas sekolah ada tapi buat masa ini perkhidmatannya diberhentikan seketika sebab murid tak ramai pi sekolah. Sebab kumpulan murid pi sekolah terbahagi kepada team A dan B. Jadi pengusaha bas tak peroleh keuntungan. Hari-hari la aku kena hantar dan ambil anak aku. Dalam 15 minit perjalanan untuk sampai ke sekolah. Langsung takde jem pun macam kat Bangi ni. Taklah pening kepala menghadap jem...hahaha...Masa anak aku mula masuk sekolah tu aku pun turut sama hantar dia ke dalam kawasan sekolah. Bila dia dah masuk kelas aku pun berjalan-jalan la di halaman sekolah tu. Dah banyak betul bangunan dalam sekolah tu. Masa aku sekolah dulu ada sikit je bangunan dalam kawasan tu. Dah berubah 360 darjah dah...Sekarang ni sekolah tu dah ada tingkatan 6, masa aku dulu belum ada lagi...



kawasan bendang...rakam semasa bakar kalori di sawah...

Sempat la aku bersembang dengan Pengetua dan Penolong dia di halaman sekolah tu. Pengetua tu orang Daerah sini jugak. Dia kenal beberapa kawan-kawan satu batch dengan aku masa MCE 1978 tu. Yang paling dia kenal ialah ADNAN HASAN tu. NAN tu duduk kat pekan BOTA tu. Almarhum MAZLAN DIN (Lt. Kol), SULAIMAN dan yang lain2. Dia jugak kenal dengan kawan dan sedara aku MEGAT MIZI tu sebab masing2 Pengetua sekolah menengah di Perak. Bezanya MEGAT MIZI tu dah pencen sementara Pengetua SMDARY tu masih muda lagi la kalau dibandingkan dengan kami yang dah pencen ni...Selesai bersembang, aku mintak diri untuk pulang. Baik sungguh Pengetua tu...Begitu juga dengan Penolong dia tu...Aku memang suka bertemu dengan orang yang baik-baik macam ni....

Sepanjang aku duduk kat kampung tu, aku masak sendiri je untuk makan. Aku rasa lebih jimat walaupun rege barang basah kat kampung ni macam sama je dengan kat Bangi tu....Barang basah aku beli kat Seri Iskandar dan Parit. Rege ayam pun berbeza jugak kat sini. Harga yg selalu aku jumpa 9.50 RM sekilo dan ada aku jumpa 9.00 RM sekilo. Agaknya rege ayam ni sama je di seluruh negara kut....Kat kampung aku pun banyak gerai kalau nak makan...memang tak jadi masalah untuk makan di gerai kat kampung aku tu...Cumanya kita kena sediakan duit aje....πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€ Harap gomen nak import ayam dari China tu akan jadi kenyataan la...Tentu rege ayam akan turut. Penguasaha ayam macam dah bersuara dah...Dah tu sapa suh jual mahe-mahe sekilo...

ayam black pepper..

Aku balik ke Bangi semula pada 7 Disember lalu sebab anak aku dah cuti sekolah. Dia cuti selama 3 minggu. Hujung bulan Disember 2021 nanti kami akan balik kampung sebab anak aku mula sekolah kembali pada 2 Januari 2022 kalau tak silap. Masa ni kami akan terus pindah dan berada di kampung untuk menetap di sana. Mungkin sekali sekala kami akan datang ke Bangi. Anak-anak kami masih tinggal di Selangor. Anak bungsu saja yang tinggal bersama kami di kampung.
Sebenarnya aku memang seronok tinggal kat kampung. Aku selesa dengan suasana kampung, tu sebab aku nak sangat pindah ke kampung. Cuma pada waktu malam agak sunyi jugak la. Jam 8.00 malam memang dah gelap dah pun...ermmm...jam 7.00 petang tu pun dah samar2 dah...Kalau kat pekan tentu terang benderang sampai pagi. Gelap2 di kampung tentu banyak hantu kut...tapi tu la...kat kawasan terang pun banyak hantu jugak macam kat BANGI...πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€...

Rasanya itu je yang aku nak coretkan hari ni. Moga kita semua, tak kira sapa la, akan dihindarkan ALLAH drpd siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka...serta dimasukkan kita semua ke dalam SYURGA...aamiinnnn...


Jangan lupa terus sokong #bmf kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

~ sekian ~
daud.montak.zakaria


TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...