Friday, December 6, 2019

Melati..oh..Melati Hill...dgn isteri kali ni..

Diari Daud - Hari ni Jumaat, 6 Disember 2019..aku pi mendaki  Melati Hill kat Nilai tu..Memang aku selalu panjat bukit tu sejak akhir akhir ni. Biasanya aku panjat
bukit tu dua kali seminggu. Rasanya ok gak 2 kali seminggu..Aku suka
panjat bukit tu sebab badan cepat aje berpeluh
jika dibandingkan dengan aku
berjalan sebanyak
5 kali pusingan di Tasik Ujana Nilai Impian tu..
Biasanya aku mendaki Bukit Melati 2 kali seminggu dan
berjalan keliling Tasik Ujana tu sekali seminggu. Rasanyanya cukuplah
jumlah jam 3 jam setengah setiap minggu untuk keperluan kesihatan tubuh badan...kut la, aku pun tak pasti...

beberapa kete parking di kaki bukit melati tu...
mula mendaki untuk ke puncak centipede hill
ketika mendaki
dekat nak sampai puncak dah...duduk tu isteri aku...
 Sebelum nak gerak tu semua disiapkan termasuk air minuman. Semua dimasukkan dalam beg memasing...Aku pi dengan isteri dan anak bungsu aku kali ni...Pakai seluar trek
siap kasut dan stoking supaya kaki tak melecet. Sebaik baiknya
tapak kasut tu biarlah yang masih banyak bunganya..
opst! betul ke sebut bunga, macam
tayer kete pulak...
Tapi tu la, kasut aku dah agak haus
dan sering jugak macam rasa nak tergelincir bila daki
bukit tu, tambahan pulak kalau laluan tu basah sebab hujan pada malam
sebelumnya...Bahaya jugak kalau kasut tidak lagi mencengkam...sebab banyak jugak laluan yang curam kat situ...

pandangan dari puncak centipede hill...bangunan tinggi tu kat mesa mall
posing sat kat puncak centipede hill tu
trail menurun untuk ke monkey hill dari centipede hill
 Bila semua dah di sediakan dan takde lagi yang tinggal, maka, kami pun pi kuar rumah dan masuk kete...Baca lah apa apa doa supaya kita semua tidak terlibat dalam
apa apa yang boleh menyusahkan dan boleh mendatangkan
kecelakaan dan sebagainya...Kena berserah
aje pada PENCIPTA...
Kena jugak baca doa sebab kita ada TUHAN...dia yang pegang
jiwa jiwa kita...jangan lupa tu...

trail menuju ke monkey hill
laluan menurun ke monkey hill
menurun ke monkey hill
 Aku gerak ke Melati Hill tu jam 8.00 pagi lebih sikit dan tiba di sana lebih kurang hampir jam 9.00 pagi...Macam yang aku kata tadi kali ni aku pi dengan isteri aku dan anak
bungsu aku. Dah lama aku tak pi dengan dia orang. Biasanya aku
ke Melati Hill tu sensorang aje sejak akhir2 ni. Aku tak
risau pun sebab bila tiba di sana memang
ramai orang yang beraktiviti
mendaki Melati Hill tu...

turun dari puncak centipede hill ke monkey hill, curam gak ni..
simpang ke eagle hill dan monkey hill
simpang eagle hill dan centipede hill
trail menuju monkey hill
Sebaik aje tiba, terus parking kete dan
kami mulalah mendaki. Trail pertama kami daki ialah
ke Centipede Hill. Centipede Hill ni, kami pilih laluan yang curam. Bila
melalui laluan yang curam mesti banyak kali berhenti untuk rehatkan badan dan amik
nafas. Bila aku berhenti, isteri dan anak aku pun kenalah berhenti. Setelah selesai berehat kami sambung mendaki. Banyak kali lah kami berhenti untuk amik nafas..
Yang banyak berhenti untuk berehat, aku la tu sebab aku sentiasa aje termengah mengah bila mendaki di trail Centipede Hill ni...

trail ke monkey hill
tasik, rasanya banyak ikan ni...
dekat sampai ke simpang monkey hill dan rope hill
Setelah beberapa kali berhenti, akhirnya
kami tiba di puncak centipede hill tu. Masa mendaki tu kami bertemu dengan pendaki yang lain. Ramai jugak dia orang. Veteran, lelaki dan pompuan semua ada..Di puncak
centipede hill tu kami rehat sat dan aku amik beberapa foto
ketika berada di puncak centipede hill tu...
Setelah beberapa lama
berehat maka kami pun sambung perjalanan untuk ke monkey hill pulak.

simpang ke monkey hill dan rope hill, lelaki tu ialah veteran dari USJ
simpang ke monkey hill dan rope hill
monkey hill
Kami menuruni cerun untuk ke monkey hill pulak. Masa ni kami berselisih
dengan ramai pendaki yang lain.
Sempat jugak aku snap beberapa foto ketika menuruni
bukit untuk ke trail monkey hill tu..Setelah beberapa ketika menuruni centipede
hill tu maka kami sampai di simpang untuk ke eagle hill dan ke monkey hill. Kami pilih simpang kiri untuk ke trail monkey hill.

trail ke puncak monkey hill
trail ke puncak monkey hill
trail ke puncak monkey hill, belakang tu trail ke puncak monkey hill
Laluan untuk ke trail monkey hill tu banyak yang menurun dan
yang melalui laluan yang landai...tak banyak yang mendaki pun..Setelah beberapa ketika berjalan akhirnya kami tiba di simpang untuk ke rope hill dan monkey hill. Rope
Hill la ni dah bukak dah...Itu hari laluan tu tutup sekejap sebab
ada orang jumpa king cobra yang besar.
Sekarang ni ia telah dibuka
dan boleh dilalui kembali...harap harap ular tu dah pindah jauh la...rasanya kami
pun memang taknak bersua dengan benda2 yang macam tu...

daki ke puncak monkey hill
rehat di trail ke monkey hill
puncak..
Sebelum tiba di simpang tu terdapat sebuah tasik kecil...Aku singgah
sat di tepi tasik tu dan aku perhatikan memang banyak
anak anak ikan yang timbul di permukaan air tu..
Rasanya tentu banyak ikan ikan besar dalam tasik tu. Aku snap
beberapa foto di situ. Di sini jugak aku jumpa sorang pendaki veteran yang aku
pernah jumpa sebelum ni. Aku bagi salam dan kami berbual sebentar di situ. Dia ni datang dari USJ bersama rakan2 dan anaknya. Anaknyalah yang menemani dia
semasa mendaki trail trail di situ. Itulah jasa anak kepada
ayah dia tu...Rasanya yang temani dia tu ialah
anak pompuan dia kalau tak silap...

dekat sampai puncak monkey hill
puncak monkey hill
monyet yang patriotik..hahaha...tunggu makanan gamaknya...
Setelah selesai bersembang dengan dia
maka aku pun sambung untuk mendaki trail monkey hill
tu... Trail untuk pi ke puncak monkey hill tu memang curam dan jauh jugak. Kalau mendaki di trail ni memang cepat aje kita berpeluh. Aku pun sering aje berhenti ketika
mendaki trail ni. Berehat beberapa kali untuk mendapatkan udara
untuk dibawa masuk ke paru paru aku. Lama jugak
mendaki trail ni dengan usia yang dah
usang ni...termengah mengah la jugak...dan akhirnya setelah beberapa lama maka kami pun tiba di puncak monkey hill tu..Rehat sat dan jumpa dengan pendaki
veteran yang aku jumpa di kaki bukit tadi.

monkey hill...belakang tu trail nak ke cobra hill
monkey hill
pandangan dari puncak monkey hill
Kami berehat sebentar di puncak monkey hill ni. Terdapat dua orang
pompuan yang mendaki secara solo sedang berehat jugak kat situ. Aku berehat dan snap beberapa foto di situ. Terdapat beberapa ekor kera datang hampir
dengan kami. Pendaki veteran tu kata kera tu
mungkin nak makanan. Mungkin ada
orang telah beri kera2 tu makanan tu sebab bila kita
bukak beg aje ia akan datang dekat dekat...macam tak takut orang aje kera tu....

ke cobra hill
trail ke cobra hill, redup aje..
puncak cobra hill
Setelah beberapa ketika berehat kami pun sambung kembali perjalanan kami untuk gerak ke cobra hill pulak. Laluan ke cobra hill tu macam cantik aje...Laluannya
datar sahaja dan ada satu tempat aje agak mendaki tapi
tak tinggi mana pun sangat...Laluan
pi ke puncak cobra hill tu agak jauh jugak tapi takla
jauh sangat pun...Redup aje laluan di situ...Macam menarik aje laluan tu dan sempat la aku snap foto kat laluan ni....

nak kuar dah dari cobra hill
istana penghuni hutan
turun ke kaki bukit..
Akhirnya kami tiba di Cobra Hill tu...Rehat sat dan amik beberapa foto kat sini. Kami tak lama pun di puncak cobra hill ni. Laluan ke rope hill dari cobra hill ni
pon sudah dibuka dan boleh dilalui kalau sesapa yang
nak pi lalu di trail rope hill tu. Lepas snap
beberapa foto kami pun cari laluan untuk keluar dari
cobra hill tu...Laluan untuk ke kaki bukit dari cobra hill ni agak cerun jugak
Kita kena sentiasa berhati hati sepanjang masa turun ke kaki bukit tu. Kena hati hati
sebab bimbang tergelincir. Isteri aku ada tergelincir kat laluan ni...
Kalau hari hujan semalam tentu laluan
tu basah dan bertambah licin...


Lemba...mudah tumbuh di kawasan semak samun dan hutan termasuk ladang getah dan sawit
Sepanjang aku melalui trail sekitar Melati Hill ni sering aku jumpa tumbuhan LEMBA..
Tumbuhan lemba ni dikatan sejenis herba. Buahnya yang matang bila
dimakan akan berasa manis. Manisnya masih kekal walau
pun kita dah tidak mengunyah buahnya lagi...Kalau
kita makan benda tawar pun akan berasa
manis jugak. Kalau kita minum air tawar pun akan berasa manis jugak.
Tapi aku pun tak tau berapa lama rasa manis tu akan wujud, sebab aku pun
belum pernah makan lagi buah Lemba ni...hahaha....Dikatakan ia merupakan herba
untuk penyakit tertentu...Akarnya dikatakan boleh ubat buah pinggang,
sakit kepala, sakit perut, ulcer mulut, demam, batuk,
melawaskan kencing dan lain lain...Macam mana nak guna
tumbuhan ni sebagai ubat, kena la tanya orang tua, tapi tu lah aku pun
orang tua jugak...Kalau nak tanya orang lebih tua daripada aku, ramai yang dah pindah
ke BARZAH...Tapi tu lah bagi aku dalam memilih herba untuk dijadikan ubat, kena
la hati hati...Risau jugak ia boleh bagi kesan kat organ dalaman kita...hati hati
la eaaa......
Sepanjang aku masuk hutan ni tak pernah aku jumpa pokok
tongkat ali atau kacip fatimah...mungkin hutan
ni hutan kecik kut dan merupakan
ladang getah dan kelapa sawit...tu sebab takde pun pokok2 herba yang 'hardcore' punya....

dah sampai kaki bukit
nak kuar dah...yang tu simpang nak masuk mosquito hill, tak mampu nak masuk lagi...
menuju jalanraya
Setelah beberapa lama menuruni bukit ni, akhirnya kami tiba di kaki bukit...Dari sini kami terus cari jalan ke luar ke jalanraya. Kami tak bercadang pun untuk mendaki
lagi ke mana mana trail pun sebab sudah tiada tenaga dah
...yang ada cuma ada sisa sisa tenaga untuk
keluar ke jalanraya aje....Itu la kesannya bila usia kita ni da usang..hahaha...
Setelah beberapa lama maka kami pun tiba di jalanraya di hujung taman perumahan melati tu..Menapak ke kete dan akhirnya masuk kete serta terus gerak ke Bangi.
Sempat beli air durian belanda berharga 6 RM sebotol di kaki
bukit Melati Hill tu..Selesai sudah untuk peluhkan
badan hari ni...minggu
depan aku akan pi sensorang sebab isteri aku kata minggu depan dia tak nak pi...

nak balik dah
berjalan lebih sejam, hampir 2 Kilometer, bakar kalori hampir
200 kalori...
paling 150 meter..

Di bawah ni aku paparkan infor berkaitan kalori dangan harapan ia memberi sedikit manfaat kepada kita semua...

Apa apa pon moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua daripada siksaan
NERAKA...aamiinnnnn.......
Jangan lupa lupa teruskan istiqamah dengan #bmf



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...