Thursday, May 13, 2021

Hari ni RAYA Kedua.

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 14 Mei 2021...adalah Raya Kedua. Semalam Raya Pertama takde pi memana pun. Dalam PKP ni aktiviti ziarah tidak dibenarkan. Jadi duk aje kat rumah dan Raya je dengan famili aje la...apa boleh buat kan...Ikut aje la...Kalau langgar nanti, jika nasib tak baik kena saman pulak. Bukan kami tak rindu nak ziarah..Biasanya hari Raya tentu kami akan ziarah adik beradik isteri aku sekitar sini. Biasanya kami akan pi ziarah rumah Kak Nab dan Biras aku abang Kamal...dan jugak ziarah ke Banting, tapi kat Banting macam dah tak pi kut sebab tuan rumah dah pindah...hahaha. Kami jugak akan melawat rumah Nyah Alias di Jenderam tu. Famili aku masuk tahun ni dah dua kali tak pi rumah Nyah Alias tu...sebab penangan Corvid19 la ni...Bimbang pulak nak langgar peraturan gomen supaya tiada ziarah menziarah. Jadi Raya di rumah aje la. Boleh baca catatan Raya aku masa Raya 2018 DI SINI. Masa dah wujud COVID19 ni aku tak pernah pi ziarah Raya ke rumah Nyah Alias sebab bimbang Covid19 sebab dia pun warga emas, aku pun warga emas...hahaha...

Sambutan Raya Pertama semalam kami sesama famili aje beraya kat rumah. Kami tak ziarah mana mana pun. Anak sulung aku pun tak ziarah kami sebab tak boleh rentas daerah kat Selangor ni. Pada aku elok lah akur aje la dengan peraturan tu.... Bimbang kena saman sebab ziarah menziarahi. Tak mampu aku nak bayar saman sampai beribu-ribu. Duk aje la kat rumah. Semalam pun kelihatan ada drone Polis yang pantau dari udara, kata dia orang la. Aku tak tengok dengan mata kepala aku sendiri pun. Takpe la, kalau tak boleh ziarah, itu lebih baik daripada bayar denda beribu ribu ringgit for nothing kan...hahaha...



Nampaknya kat Selangor ni kes Covid 19 dah hampir cecah 5K kes. Risau aku dengan keadaan demikian. Ini bermakna jauh lagi untuk kita di Selangor ni untuk bebas daripada si COVID19 tu. Tak tau la nape cepat sangat capai tahap macam tu. Aku bimbang dengan virus Corona dari India dan Afrika yang mudah merebak dengan cepat tu. Kat India dah dikatakan setiap hari orang mati 3 - 4 ribu dan dah tak boleh kawal dah. Harap kita tak macam tu la. Dengarnya virus varian dari India tu dah pun di kesan di negara kita...hati hati la kita semua...Tolong la patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan tu...

Pada aku kita sabar aje la dengan keadaan sekarang yang tak membenarkan kita semua menyambut Hari Raya dengan lebih meriah macam sebelum COVID 19 wujud. Sabar aje la dan berdoa aje la supaya wabak pendemik cepat berlalu pergi dan tidak menoleh lagi ke belakang. Sekarang ni solat kat masjid dan surau dah kembali seperti dalam PKP iaitu hanya AJK surau dan masjid aje yang dibenarkan solat di surau dan masjid kat Selangor ni. Solat Raya pun terpaksa dibuat di rumah aje. Solat Jumaat hari ni pun tak boleh pi ke masjid...


Rasanya itu aje yang aku nak catatkan di sini, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH serta dihindarkan kita semua daripada siksa kubur,siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnn...

Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #bmf, jika tak boleh semua, jangan tinggalkan semua...


~ sekian ~
daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...