Wednesday, January 1, 2020

HIKING : 1 JAN 20 : MELATI HILL

Diari DAUD - Hari ni Rabu, 1 JAN 2020 , Hari pertama tahun baru Masehi..aku dah plan dah untuk hiking kat Melati Hill. Dah seminggu aku takde aktiviti berpeluh badan ni sebab aku ada di kampung selama seminggu. Hari ni hari pertama tahun baru masehi aku kembali peluhkan badan aku ni. Bila da lama berhenti macam malas pun ada tapi benda macam ni kena paksa diri jugak. Kalau tak paksa tentu aku lebih suka duk diam dan masukkan satnike dalam perut aku ni...hahaha...faham ke satnike tu...cari la sendiri...

banyak kete pagi ni...
ramai yang beraktiviti di sini
plan nak panjat ke mosquito hill
bila tiba di laluan datar
jumpa hiker cilik ni...
Aku gerak ke melati hill tu lebih jam 8.00 pagi. Aku takde plan pun nak mulakan hiking dari mana sebab kat Melati hill tu memang ada banyak laluan untuk dilalui. Kita boleh pilih nak mendaki Centipede atau Mosquito atau masuk dari Eagle Hill atau mula dari hujung Taman Desa melati tu...mana mana pun boleh. Ketiga tiga atau keempat empat laluan tu semuanya ok untuk sape sape aje yang berminat untuk peluhkan badan di sini...masuk aje mana mana...
  
mendaki ke mosquito hill
ke mosquito hill
ke mosquito hill
ke mosquito hill
Aku tiba di kaki bukit melati tu lebih kurang jam hampir sembilan pagi. Wah! ramai orang kat sini pagi ni. Banyak kereta yang parking kat jalanraya tu....jenuh aku cari tempat untuk parking. Ramai betul orang kat sini, mungkin sebab cuti umum tahun baru masehi kut. Aku dapat parking jauh di hujung taman perumahan tu...banyak kete. Lepas parking terus menapak ke kaki Melati Hill tu. Aku bercadang untuk masuk melalui mosquito, cobra, monkey dan akhirnya centipede hill sebelum turun dan balik....tak pi eagle hill dan rope hill sebab aku mana ada tenaga sebanyak tu untuk harung semua...da tua laaa...hahaha...

kiri menuju mosquito hill
ke mosquito hill
Tiba di kaki bukit tu aku terus mendaki untuk ke mosquito hill...ikut belakang gerai di kaki bukit tu....Memang mendaki pun. Sering aku berhenti untuk amik nafas. Laluan di sini semua mendaki aje. Jauh jugak untuk tiba di mosquito hill tu. Dalam perjalanan tu ramai jugak aku jumpa orang lain yang turut serta hiking kat situ...Kali ni memang tak berapa sunyi pun. Yang agak sunyi bila masuk ke laluan untuk ke mosquito hill tu...Jarang aku jumpa orang kat situ. Lama jugak baru tiba di mosquito tu.

hampir ke mosquito hill
dah sampai pun..
terus cari laluan untuk ke kaki bukit..
Selesai kat mosquito hill tu, aku pun turun ke kaki bukit. Tiba di kaki bukit terus cari laluan untuk mendaki ke Cobra Hill pulak. Ramai aku jumpa pendaki lain kat sini. Semua ada...lelaki, pompuan, kanak kanak...semua ada. Tiba di kaki bukit untuk mendaki ke Cobra aku rehat sat...amik angin dulu. Ramai orang yang sedang menuruni bukit tu...aku tegur tegur gitu aje...Dah tak berapa ramah pulak aku kali ni...hahahaha...

laluan meruni bukit
tiba di simpang untuk keluar dan ke cobra hill ...ada pendaki lain kat situ..
pilih pi ke cobra hill, simpang ke kanan
Setelah berehat maka aku mula mendaki untuk ke Cobra Hill tu...Terus melangkah ke atas. Ramai yang aku jumpa untuk menuruni bukit tu...tegur tegur gitu2 aje...Kali ni memang ramai mungkin sebab cuti umum. Masa mendaki ni aku selalu aje berhenti untuk amik nafas, maklum la da tua...hahaha...Tak banyak yang aku nak cite kat sini sebab dah banyak aku tulis sebelum ni...ni ntah episod ke berapa tah...ekekeke...opst!

laluan ke cobra hill
mendaki ke cobra hill
mendaki ke cobra hill

Setelah berhenti beberapa kali akhirnya aku tiba dipuncak Cobra Hill tu. Ada satu keluarga kat situ..Dia orang rehat sat kut. Tangkap gambor dan sebagainya. Melati Hill ni bukanlah lokasi yang hardcore untuk pendaki...tapi ok la kalau nak peluhkan badan hari hari...Aku pun tak datang sini hari hari tapi 2 kali seminggu aje biasanya. Lokasi untuk keluarkan peluh dan untuk sehatkan badan ok la tempat ni...Kita perlu sekurang kurangnya 3 jam setengah berjalan untuk sihatkan badan...sekurang kurangnya...kalau lebih lagi bagus...

nak sampai cobra hill dah
laluan ke monkey hill
hampir tiba di monkey hill
Setelah aku rehat sat kat Cobra Hill tu aku pun mula sambung berjalan untuk ke Monkey Hill pulak. Antara Cobra dan Monkey Hill tak jauh mana pun dan laluannya pun tak sukar mana pun dan lebih banyak laluan landai. Masa aku lalu kat sini aku jumpa ramai pendaki lain dan semua gender ada dan semua usia ada...kanak kanak pun ramai yang ikut serta dengan keluarga dia orang. Aku aje yang selalu sensorang tapi aku tak kisah punnnn...

puncak monkey hill
monkey hill
monkey hill
Ada jugak aku terdengar bualan pendaki lain. Cerita dia orang lebih kurang macam ni la...Kawan dia kata kalau posing kat Melati Hill ni tentu akan dapat komen daripada yang lain..ala...Melati Hill aje punnn...Terfikir gak aku memang la Melati Hill...Kalau nak lebih hardcore bukan la kat sini. Melati Hill ni pun diwujudkan untuk mereka yang menjalani rawatan dengan DR. JO. kalau tak silap la...tempat ni memang diwujudkan untuk pesakit dia beraktiviti mengikut apa yang disaran oleh DR JO tu..Orang ramai jugak macam aku ni cuma tumpang menggunakan lokasi berkenaan untuk peluhkan badan supaya sihat. Kalau memang nak yang lebih hardcore cari aje la lokasi pendakian yang lain yang lebih mencabar..pi la ke Mount Kinabalu atau pi la ke Mount Everest tu...tak gitu...tak perlu kita menggambarkan kita ni dah daki lebih extreme daripada lokasi ni...tak perlu sebut pun...kan...kan..

nak turun dari monkey hill
nak turun dari monkey hill
nak turun dari monkey hill
Pandangan aku jugak la... kalau sesapa dah mendaki banyak bukit2 dan banyak gunung2, tak perlulah kita perlekehkan lokasi yang kurang mencabar ni..Pada aku lebih baik kita semua ni bersyukur banyak banyak sebab masih ada kemampuan untuk beriadah seperti ni...boleh mendaki bukit, boleh berjoging, boleh daki gunung2 tinggi dan sebagainya...Orang yang berkerusi roda tu pun masih boleh bersyukur sebab dia punya tangan yang bertenaga untuk gerakkan roda kerusi roda dia tu...Jadi marilah kita bersyukur banyak banyak...tambah lagi kita ni lebih baik daripada mereka yang duduk di kerusi roda tu...tak gitu...Patut kita ni mesti lebih banyak bersyukur daripada mereka tu...Kita mampu beraktiviti ni pun atas nikmat yang ALLAH SWT beri kepada kita...apa kata kalau satu hari nanti terkena sakit saraf atau sebagainya yang tak membolehkan untuk beraktiviti lagi...tentu nanges beb...jadi marilah kita sama2 bersyukur banyak banyak...opst! jangan mara ye...

dah nak sampai ke kaki bukit
dah tiba di kaki bukit
paya yang banyak ikan kut..
Akhirnya aku tiba di Monkey Hill. Kat situ ramai hikers lain yang sedang berehat. Ramai kat situ...Masing masing satu kumpulan atau satu keluarga aje. Ada yang sedang tangkap gambor dan sebagainya..Aku tengok ada jugak yang baru sampai ke puncak tu. Aku tak lama pun berehat kat situ sebab ramai nampaknya. Maka aku pun mula bergerak untuk menuruni puncak Monkey Hill tu..

laluan ke kaki centipede hill...mula mula banyak mendaki....
laluan landai
tiba simpang untuk ke puncak centipede hill dan ke eagle hill
Dalam perjalanan menuruni bukit tu aku jumpa hikers lain yang sedang mendaki ke puncak. Ramai dan dalam banyak kumpulan. Pendakian ke Monkey ni memang curam dan tinggi. Aku rasa ini pendakian yang panjang dan lebih panjang daripada pendakian yang lain yang ada di melati Hill ni.. Tapi aku takde masalah pun sebab aku la ni sedang menuruni bukit tu...takde la sesak nafas pun seperti mereka yang mendaki...hahahaha...Terdapat jugak hiker yang macam dah 'give up' nak mendaki pendakian ke puncak monkey hill tu tapi ada rakan rakan yang beri semangat yang kata...tak jauh lagi pun, tiba la ke puncak....Kawan yang macam ni kita perlukan dalam hidup...yang sentiasa memberi semangat kepada kita...bukan kawan yang boleh menyebabkan kita rasa 'down' ..tak gitu...?

laluan ke puncak centipede hill
laluan ke puncak centipede hill
laluan ke puncak centipede hill
pandangan dari pada laluan ke centipede hill tu...
Tak lama kemudian aku tiba di kaki bukit monkey tu dan kat situ aku rehat sat...amik oksigen untuk penuhkan paru paru aku tu...Sempat la snap foto di situ. Kemudian aku mula meneruskan langkah untuk ke kaki Centipede Hill pulak. Laluan di sini mula mula aje yang mendaki itu pun tak jauh dan tak teruk mana pun. Akhirnya aku tiba di laluan landai untuk ke Centiped Hill.

ke puncak centipede hill
ke puncak centipede hill
puncak centipede hill
Tak lama kemudian aku tiba di kaki bukit Centipede Hill tu. Aku rehat sat kat situ sebelum mula mendaki. Laluan mendaki kat sini pun agak curam jugak dan tentu memenatkan jugak. Selesai rehat aku pun mula mendaki. Selalu jugak aku rehat di sini sebelum dapat mendaki pendakian pertama. Pendakian pertama ni memang teruk gak...Pendakian kedua tak berapa teruk pun dan pendek aje. Pendakian ketiga pun tak teruk tapi macam jauh jugak untuk tiba di puncak Centipede Hill tu.

pandangan dari puncak centipede hill
centipede hill
nak turun daripada centipede hill
Akhirnya aku tiba di puncak centipede Hill tu...takde orang masa tu. Aku rehat sat kat situ. Amik angin dan snap beberapa foto. Kemudian aku terus cari laluan untuk turun ke kaki bukit. Masa turun tu aku bersua ramai jugak yang nak naik ke puncak tu..Aku tegur tegur gitu2 aje..Masa turun tu aku jumpa sepasang veteran yang sedang mendaki. Kami bersalam dan kami sembang sat. Suaminya dah umur 66 tahun..uihhh! lebih tua daripada aku, aku ni macam muda pulak rasanya...hahaha...Wala dah 66 tahun dia masih kuat lagi mendaki di situ..nampak masih bertenaga. Dia kata dia bawak isteri dia mendapatkan rawatan untuk isteri dia dengan DR. JO. Dia kata ada perubahan bila dapatkan rawatan di situ. Isteri dia doktor sarankan buat pembedahan untuk jantung bagi memasukkan spring. Maknanya saluran tersumbat ke jantung tu kan... Tapi dia kata biar dulu. Dia buat rawatan dengan DR JO tu dulu. Suami dia kata ramai jugak yang berjaya dengan rawatan DR JO tu...Dari perbualan tersebut aku dapat menelah yang rawatan DR JO tu memang boleh dicuba la bagi sape yang nak mencuba...Doa aku moga pasangan tu akan sembuh daripada semua penyakit yang dia orang hidapi...aamiinnnnn....

pasangan veteran tu
turun ke kai centipede hill
dah nak sampai ke kaki bukit
Aku teruskan bergerak ke kaki bukit. Tiba di kaki bukit aku rehat sat. Ramai jugak orang yang berehat di kaki bukit tu..Gerai di kaki bukit tu pun aku tengok penuh aje. Di kaki bukit tu jugak aku tengok ada yang menjual minuman dan ada gerai yang menjual alatan pendakian. Peniaga di kaki bukit ni biasanya akan buka masa cuti rasanya. Masa aku datang hari bekerja agak jarang peniaga dan gerai kat situ menjalankan operasi mereka...Apa apa pun moga ALLAH SWT luaskan rezeki mereka semua..aamiinnn...

nak balik dah
jarak 3 KM, bakar kalori lebih 200 Kalori..ok la tu..
puncak tertinggi 144 meter

Selesai rehat aku pun terus gi kete dan balik ke Bangi. Masih banyak kete yang parking kat kaki buit tu...tapi kete kete yang berhampiran kete aku dah takde semuanya...Itu aje la yang ingin aku tulis..cadang aku nak tulis pendek2 aje tapi tertulis panjang jugak...hahaha...Apa apa pun moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh ALLAH SWT sentiasa dunia hingga ke syurga serta dihindarkan kita semua daripada siksaan neraka yang maha panas tu...aamiinnnnn....

Aku sertakan jugak infor yang berkaitan kalori..moga memberi manfaat kepada semua...


Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...