Thursday, October 21, 2021

Kisah Balik Kampung & Kenangan Lalu(14 - 17 Okt. 2021)

Diari DAUD - Khamis, 14 Okt. 2021, kami rentas negeri untuk balik kampung. Ini kali pertama setelah dibenarkan rentas sempadan untuk gerak ke kampung. Dah lebih setahun kami tak balik. Kali ini memang kami amik peluang untuk balik ke kampung aku di PARIT tu. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Kami gerak jam 11.00 pagi dari Bangi. Jalan pun tak sibuk sangat masa ni. Kampung aku ialah KG SENIN, LAYANG-LAYANG KANAN, PARIT PERAK. Kalau ada sapa2 yang nak datang ke teratak kami yang kecik nanti, hanya call aje. Mana tau kalau2 ada yang sedang dalam perjalanan ke Lumut atau ke Pulau Pangkur masa tu. Aku memang bercadang untuk pindah kampung hujung tahun ni, InsyaALLAH. Tapi tu la, masih ada komitmen lagi kat Bangi ni. Mungkin aku akan datang ke Bangi ni beberapa kali lagi lepas dah pindah nanti.


Kami tiba di kampung hampir waktu Asar kalau tak silap. Petang tu kami cuma rihat aje di teratak kecik kami tu. Rasa macam letih aje kami rasa masa tu. Duk aje di rumah sampai malam. Malam kat sini gelap dan sunyi....
Pagi JUMAAT, 15 Okt. 2021, aku dan isteri serta anak bungsu aku pi ke Pekan Parit. Kami ke sana untuk beli barang dapur. Rupanya sekarang ni pasar basah di Parit tu sedang dibaik pulih dan sekarang ni ada pasar sementara di tebing Sungai Perak tu di bawah khemah2. Jadi kami beli la barang basah kat situ. Harga ikan macam kat Bangi je..ikan Keli 8 Rm sekilo, macam jugak kat Bangi. Kakak jual sayur kat situ macam dah biasa je dengan kami. Elok je sembangnya dengan kami. Dia cite khemah sementara sebelum ni ditiup angin masuk ke sungai, katanya. Siap suh kami tengok kat dalam sungai di belakang tu...Dia sembang dengan loghat Perak la. Lidah aku perlu kena tune balik untuk cakap Perak tu...Nanti bila aku dah pindah boleh la aku tune balik....Orang Perak yang jumpa aku kat Bangi kata aku takde loghat Perak pun...

video masa aku balik kampung.
Banyak betul nostalgia aku di pekan PARIT ni masa remaja dan masa kanak-kanak dulu. Pekan Parit masa aku kecik2 dulu memang meriah. Kalau ke Parit mesti pi makan mee Midin. Sekarang ni tapak khemah kedai mee midin tu dah penuh dengan diantaranya oleh beberapa buah gerai jual kuih muih. Masa aku remaja selalu pulak aku makan mee hailam kat gerai Cina tepi tebing sungai dulu tu..Kali terakhir aku makan mee hailam Cina tepi tebing dengan kawan2 tahun 1983. Lepas tu takde lagi dah. Ada yang kata mee tu tak halal. Sekarang ni memang aku tak makan la walaupun Cina yang jual mee hailam tu masih jual mee tu tapi gerai dia tepi tebing sungai tu dah pindah ke dalam bangunan sekarang ni. Lagipun sekarang ni dah ada MEE HAILAM D' PERAK kat Parit tu...Ada yang kata masih ada orang melayu yang makan Mee Hailam Cina tu...ceritanya la...tak pasti aku. Kat Parit ni dulu memang ada panggung wayang, selalu jugak tengok wayang kat situ. Tiket upah orang lain amik sebab nak amik tiket tu berebut. Lubang untuk amik tiket tu macam muat tangan aje...hahaha...Yang brutal aje boleh dapat tiket wayang tu. Dulu banyak sangat filem hindustan. Masa tengok wayang tu, selalu je gatal2 badan sebab kerusi dalam panggung tu penuh dengan pepijat...hahaha...Sekarang ni bangunan panggung wayang tu pun dah roboh. La ni Pekan Parit macam pekan mati atau hampir mati...Itu pandangan aku la...mungkin ramai yang tak setuju dengan pandangan aku tu...ada aku kisah...hahaha...
Balik dari pekan Parit, aku pi pula ziarah pusara emak bapak aku dengan adik pompuan aku. Nak masuk kawasan tanah perkuburan ni tak perlu pun scan mysejahtera macam di sebahagian tempat di negeri lain. Sempat la kami baca yasin dan berdoa untuk kedua emak bapak kami serta semua penghuni di perkuburan berkenaan. Kita jangan kedekut dengan doa. Dikatakan ada hadis yang mengatakan pada hari JUMAAT ruh orang yang telah meninggal akan berada di pusara. Namun ahli hadis mengatakan hadis tersebut adalah terlalu dhaif atau hadis palsu. Kita tak boleh beramal dengan hadis PALSU. Tapi, tu la kan...ALLAH SWT mampu melakukan apa saja...Ada jugak hadis yang mengatakan kalau ada anak2 yang ziarah pusara ibu bapa pada setiap Jumaat, akan diampunkan dosa2nya dan dicatat sebagai anak yang soleh...Hadis yang ni tak pasti pulak sama ada sahih atau tak...cuba la korang tanya ustaz2.

Foto lama...

Selesai di tanah perkuburan, kami gerak pulak ke tebing Sungai Perak. Adik pompuan aku ajak ke sana untuk melihat projek pemeliharaan ikan dalam sangkar. Tiba di tebing sungai, kami minta kebenaran untuk naik ke atas deretan sangkar2 dalam air di tebing Sungai Perak tu. Sepupu kami LATIT temankan kami di atas sangkar-sangkar tu. Dapat la aku beberapa infor berkaitan projek tu. Projek tu hasil usaha sedara mara kami jugak. Ikan yang dipelihara ialah TALAPIA MERAH dan IKAN PATIN. Kos membina setiap buah sangkar ialah 7K Rm. Ada beberapa buah sangkar ikan kat situ. Kos makanan ikan sebulan ialah seribu ringgit. Selepas 6 bulan, ikan boleh dijual. Ikan boleh dijual antara 14 - 15 rm sekilo. Terdapat juga kos lain seperti kos beli benih ikan. Keadaan cuaca juga mainkan peranan. Kalau musim tengkujuh kandungan air sungai terdapat tanah yang berlebihan dan boleh membinasakan benih2 ikan. Itu aje la infor yang aku dapat. Kalau nak infor lebih, pi la sendiri ke situ...
Sungai perak ni jugak menyimpan banyak kenangan aku masa remaja dan masa kecik2 dulu...puluh tahun dulu. Di sungai inilah aku dah kawan2 mandi manda. Kami menyelam dan berkejaran dalam air ketika menyelam untuk mengejar kawan2. Main kejar2 masa tu tapi dalam air. Logik ke atau tak, boleh mengejar kawan2  dalam air. Di sungai inilah kami menembak ikan dengan serampang besi. Tak besar mana pun ikan yang dapat tapi bangga jugak la kalau dapat. Udang sungai pun ada. Orang kata kalau banyak udang dalam sungai, maknanya ada buaya. Tapi tak pernah pun kami terserempak dengan buaya. Kami tembak ikan2 dan udang2 tu dengan serampang buatan sendiri je. Aku dah lupa kawan aku yang sama2 mandi dan bermain kat sungai tu. Masa dulu emak bapak aku macam tak kisah pun kalau aku pi sungai tu. Masa kecik dulu heboh ada hantu air kat sungai tu...Aku pun tak pasti betul atau tak cerita tu...Aku memang tak pernah jumpa pun. Dengar kawan2 cite je...Kami juga selalu mengutip Remis kat sungai tu...korang tau ke apa Remis tu....kalau tak tau cuba la google kalau ada..Aku jugak pernah turut serta menanam betik jalo dan menanam jagung bantu emak aku di tanah tepi sungai dan di pulau2 di tengah2 sungai tu...Tapi kenangan yang tu aku rasa macam dah kabur sangat dalam kotak ingatan aku...lama sangat dah..Tapi, tu la...kalau dulu2 ada gajet2 macam sekarang ni dan kami mampu beli, tentu kami tak involve dengan aktiviti sungai tu...hahaha...kannn...Masa kecik2 dulu memang kami pakar berenang dan menyelam dalam sungai tu...tapi sekarang ni tak pasti, boleh atau tak aku berenang lagi...Menyelam dalam air sambil bukak mata masa tu, bukan pejam mata...mungkin skill tu dah terkubur kut...Mata masing2 merah je bila dah lama menyelam dan mandi kat sungai tu...hahaha...kenangan tu..

google pict.
Kemudian aku dan adik pompuan aku bergerak ke arah sawah pulak. Adik pompuan aku nak jumpa dengan orang yang menguruskan kelapa sawit pulak. Kami dah tiba ke rumah dia dah tapi dia takde dan tak jawab salam pun masa kami berada di halaman rumah dia tu. Jadi kami teruskan perjalanan ke sawah pulak. Menghijau sawah sekarang ni. Memang cantik kelihatan sawah masa ni. Tentu ia bertambah cantik jika sawah sedang menguning nanti. Kami takde sawah sekarang ni...Dulu2 masa aku kecik dan remaja memang pernah aku bantu emak dan bapak aku kat sawah. Aku pernah tanam padi dengan kuku kambing. Aku pernah jugak potong dan  banting padi. Dulu sawah banyak lintah, sekarang ni nak pasti pulak. Memang rasa sengsara jugak keje kat sawah ni. Badan rasa miang aje bila bersentuhan dengan pokok2 padi dan jerami padi tu...tapi apa boleh buat...kan...Kami boleh dapatkan beras hanya dengan berusaha di sawah padi. Tapi kalau ada duit boleh je dapat beras...tapi guna duit la...Banyak jugak ingatan aku kat sawah ni. Sekarang ni sawah tu dah ditanam kelapa sawit oleh bapak aku...

Ini Gobek Sireh

Masa kecik2 dulu aku selalu cari Ikan Laga di sawah2 tu. Kalau ada buih kecik, itulah sarang ikan laga. Kami suka kalau dapat ikan laga yang warna gelap sangat. Ada yang sanggup tanam botol ikan laga tu dalam batang pisang beberapa hari untuk dapatkan warna ikan laga yang lebih gelap. Umpamanya ikan tu dah tambah garang la kononnya...hahaha....Ikan tu kononnya ditapakan la...hahaha..Tapi ada satu ikan yang jugak macam ikan laga, tapi ia tak berlawan pun...Macam pondan je ikan laga jenis tu..Di kampung dulu kami panggil ikan laga ialah Ikan Semila...rasanya macam tu la namanya. Kalau rakan aku ada terbaca, tolonglah betulkan kalau aku silap. Kalau jumpa buih yang besar dan pecah-pecah itu dikatakan buih ular. Tapi tak pernah pun jumpa ular. Sekarang ni tak tau aku sama ada masih wujud Ikan Semila tu. Sekarang ni kat kedai aquarium ada jual Ikan Laga tu. Masa kecik juga, aku memang suka cari ikan dalam tali air dan sawah dengan kawan2. Tangkap ikan untuk buat lauk. Jenis ikan seperti sepat, ikan keli dan ikan bocat (haruan). Dalam kolam kat sawah pun selalu jugak kami pi tangkap....hahaha...Masa tu kawan2 seusia ramai jugak. Aku tak ingat sapa kawan2 yang sama dengan aku dulu...Aku boleh agak2 aje sebab seusia atau hampir seusia...
Musim buah aaa...buah apa aaa...lupa pulak namanya..Kami selalu pi ke kawasan hutan kat sawah tu untuk dapatkan buah tu. Pokok tu kena panjat untuk dapatkan buahnya. Tinggi jugak pokoknya. Biasanya kawan2 aku yang panjat. Biasanya jugak untuk dapatkan buah tu, dahan2 pokok tu di potong. Berusaha betul kami masa tu...Baru ingat (berhari2 aku cuba ingat)...buah tu namanya BUAH KUNCO. Orang tempat aku panggil, tu la namanya..Buah tu bila masak rasa masam2 manis. Buahnya kecik2 je, sebesar kekacang basikal tu..Kami kumpul dan masukkan dalam buluh yang kami potong buat macam gobek sireh tu. Masing2 ada 'gobek' sendiri. Kami tumbuk la buah tu dalam 'gobek' tu sampai hancur. Kami campur belacan dan gula. Bila dah siap, kami makanlah...ermmm...sedap...masa kecik dulu kalau rasa macam tu, dah macam dapat makanan kayangan la...hahaha.... Sudahnya sekarang ni aku langsung tak boleh makan walau sikit pun belacan...padan muka. Mungkin sebab masa kecik suka sangat makan belacan...Aku tak pasti sapa yang ajar kami buat 'gobek' buah KUNCO tu...Masa kecik jugak aku dan kawan selalu je masuk hutan. Itu sebab sekarang ni aku suka dengan hutan. Sekarang ni kalau masuk hutan mesti aku buat video jugak. Masa kecik2 dulu kami juga pi ke padang kobo(kerbau). Aku dah lupa apa yang kami buat di sana...lupa sangat...Memang macam tu la aktiviti aku masa kecik...Ada jugak kawan2 aku yang tak 'involve' dengan aktiviti macam aku tu...Mungkin emak bapak tak bagi kut...tapi aku masa kecik, itulah cara aku...Mungkin sebab aku bukan golongan kayangan kut...

google pict

Waktu tengah hari aku solat Jumaat di Masjid Al Attar di Layang-Layang Kanan. Tak jauh dari rumah. Jemaah semua ikut SOP. Jangan fitnah jemaah masjid tak ikut SOP, nanti tak pasal pasal pulak pulak kena gari ramai2. Sedangkan 'orang lain' yang lebih brutal langsung takde foto digari beramai ramai pun. Malah dia orang lagi ganas walaupun beragama. Tak penuh pun ruang dalam masjid, mungkin ramai jemaah berada diluar kawasan sebab bekerja dan lain-lain. Mungkin jugak yang akil baligh dah tak ramai lagi kat tempat tu kut...kampung aku la tu...Hukum agama mengatakan, tinggalkan solat Jumaat sekali, berdosa besar. Tinggalkan Jumaat 3 kali berturut-turut, dicop sebagai munafiq.


google pict.

Sabtu, 16 Okt. 2021, kami bercadang untuk ke Bandar Lumut di Perak. Bandar Lumut jauh dari kampung aku lebih kurang 26 Km dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke sana. Sebelum bergerak aku tinjau sekeliling laman rumah adik pompuan aku tu. Laman rumah dia dengan depan teratak kecik kami tu sebelah menyebelah je...takde berlangkah-langkah pun... Macam2 yang ditanam dan macam2 yang dibela. Ada macam2 tanaman yang ditanam. Anak ikan pun dipelihara...itik angsa pun dibela...Korang kenal ke buah Nenam...korang pernah makan ke buah Nenam...Kalau pernah makan, memang korang orang kampung....

google map
Kami gerak ke Lumut dengan keluarga aku dan adik pompuan aku. Masa pi ke sana kami ikut jalan lama je. Sampai di sana terus parking kete dan kami berjalan ke tengah bandar tu. Parking dikenakan kupon. Terpaksa beli kupon kat sini. Kalau tak nanti kena denda dengan Majlis Kerajaan Tempatan. Bandar Lumut ni tak besar mana pun tapi tak pulak kami merayau sekitar bandar tu. Terdapat jeti untuk ke Pulau Pangkur di bandar Lumut ni. Kami cuma cari kedai2 jual makanan laut je. Memang banyak pun kedai jual makanan laut di sini. Bukan murah pun harga makanan laut tu. Kalau nak murah kat kampung nelayan kut...tapi ada ke nelayan jual bilis dan sebagainya di kediaman dorang...Jenuh pulak nak mencari tempat tinggal dorang. Kalau nak murah mungkin kami kena jadi nelayan kat laut tu kut.. Cari sendiri makanan laut kat dalam laut tu kut...hahaha...tak lawak kan tulisan aku ni...Selesai beli makanan laut termasuk bilis tu, kami pun mula gerak keluar dari bandar berkenaan.
 
Teluk Batik
Dalam perjalanan balik kami bercadang untuk singgah di pantai Teluk Batik. Teluk Batik tu tak jauh pun dari Lumut. Jumpa jalan masuk ke Teluk Batik, kami pun masuk ke pantai. Bila sampai di Teluk Batik tu...alamak ramainya orang kat sana dan banyak kete yang parking di situ. Macam sesak aje pantai tu...Disebabkan musim wabak Covid 19 ni, kami tak nak amik risiko, jadi kami batalkan niat untuk pi ke pantai Teluk Batik tu. Kami bukanlah manusia yang tak fikir panjang dengan risiko Covid ni. Memang kami sentiasa elakkan tempat-tempat yang berisiko musim Covid 19 ni. Tu sebab kami taklah macam sawan sangat nak pi semua lokasi masa wabak ni. Kalau kat Bangi pun kami lebih banyak masa dalam rumah daripada merayau tak tentu pasal. Memang kita kena jaga diri sendiri. Jangan ikutkan nafsu sangat. Dalam perjalanan balik kami singgah kat gerai jual pisang ditepi jalanraya. Isteri aku dan adik pompuan aku yang pi beli. Macam sama je harga pisang ni di mana mana kannn...nak tanam sendiri tanah takde, kera pun banyak sekarang ni...


Dalam perjalanan balik kami mengikuti Lebuhraya Pantai Barat Banting-Taiping yang masih belum siap sepenuhnya. Kami keluar susur Cangkat Cermin, Bota Kiri. Bila siap je lebuhraya ni nanti, kami dari Bangi boleh sampai kampung dalam masa 2 jam lebih. Tapi kami nak pindah kampung dah pun...hahaha...Kemudian kami bercadang pulak untuk lihat tanah kami berhampiran Bandar Seri Iskandar tu. Kami tunda dulu niat nak balik ke rumah. Dari Seri Iskandar jaraknya lebih kurang 6 Kilometer. Sampai je di lokasi tu kami berhenti. Kami tinjau sat tanah kami yang hutan banat tu. Sebelum ni tanah tu ada pokok getah tapi pokok getah ditoreh, hasilnya tak pernah sampai. Jadi kami tebang je la pokok tu dan terbiar jadi hutan. Bahagian aku ada lebih kurang satu ekar. Ditengah2 tanah tu ada sebatang jalanraya antara Bandar Seri Iskandar dan Pekan Parit. Dari pekan Parit lebih kurang 7 Kilometer. Ada sesapa nak beli tak tanah aku 1 ekar tu...aku jual 2 juta RM sebab ada jalanraya kat tengah2 tanah tu...hahahaha...Tak lawak kan cite aku tu...Selesai tengok tanah, kami teruskan perjalanan untuk balik ke rumah melalui Pekan Parit pulak...

google pict
Suasana senja di kampung tak sama dengan di bandar atau pinggir bandar. Di kampung suasana senja jadi semakin kelam dan sunyi dan lebih selesa duduk dalam rumah ketika ini. Hantu2 banyak kat luar...hahaha..opst!. Tapi sepanjang aku duk kat kampung tak pernah pun bersua hantu2 tu secara bersemuka...hahaha...Itulah kehidupan di kampung. Aku pernah merasai suasana kampung sebab aku dilahirkan di kampung dan tinggal secara sepenuh masa di kampung hingga umur 20 tahun.
Ahad, 17 Oktober 2021, kami bercadang untuk balik ke Bangi Selangor. Plan jam 10.00 pagi, gerak jam 11.00...itulah resamnya jam Melayu...hahaha...Sebelum gerak sempat la bergambar dengan adik pompuan aku dan suaminya. Seterusnya kami mula bergerak melalui jalan semasa kami balik ke kampung. Aku dah hafal rasanya jalanraya tu, tapi ada kalanya lupa jugak. Kami sering lalu melintasi CALIE'S CASTLE tu, tapi tak pernah pun singgah. Mungkin kalau aku dah pindah ke Perak, aku akan pi jugak jengah bangunan tu..Menarik kalau buat video...tapi kena ada cukup informasi..Rasanya macam tak puas pulak balik kampung kali ni. Sekejap sangat. Tapi takpe la, moga kampung tu nanti akan menjadi destinasi kami yang kekal dan terakhir sebelum kami dijemput ALLAH SWT....
Rasanya itu je yang aku nak tulis kali ni...macam panjang je kan...Apa-apa pun moga kita semua, tak kira sapa la, akan diredhai ALLAH serta dihindarkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka...aamiinnn...


Sebelum tu, marilah kita sama2 berinfaq untuk bina masjid baru ni. Besar pahalanya hingga hari kiamat...Nombor akaun ada tertera kat poster tu...


Jangan lupa, teruskan dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...
~ sekian ~
daud.montak.zakaria

Sunday, October 10, 2021

Bawa Anak Untuk Vaksin DOS PERTAMA.

Diari DAUD - Semalam, AHAD, 10 Oktober 2021, aku bawak anak bungsu aku untuk suntikan vaksin di BANGI AVENUE CONVENTION CENTER. Bangunan tu tak jauh dari rumah pun. Anak aku baru peroleh DOS PERTAMA. Temujanji dia jam 12.30 tengah hari. Jam 11.30 pagi aku dan dia gerak ke bangunan tu. BACC tu tak jauh sangat dan sebelah taman perumahan tempat kami tinggal je. Masuk pintu utama terus tuju ke pintu utama dewan tempat vaksin tu. Jumpa anggota RELA dan tanya dia apa yang perlu dibuat. Anggota tu suruh update profile mysejahtera dulu. Lepas tu dia suruh masuk ke dalam. Di dalam jumpa petugas yang periksa borang yang telah siap diisi di rumah. Kemudian tu dia suruh ke depan lagi dan terus naik ekskalator naik ke tingkat atas. Tiba di atas petugas suruh pi ke saluran B. Tak tau apa maksud B tu...mungkin DOS PERTAMA kut sebab ada yang ikut saluran A. Tiba di kaunter pertama dia cek borang dan mintak IC. 

Selesai je petugas suruh pi masuk ke dalam lagi. Kali ni berjumpa pulak dengan petugas yang cek borang tersebut dan tanya jika ada apa2 masalah anak seperti penyakit dan sebagainya. Aku diminta tandatangan borang tersebut. Borang tersebut ibu bapa atau penjaga yang kena isi dan tandatangan. Selesai tandatangan dia suruh masuk dan tunggu untuk disuntik. Petugas di situ panggil dan tengok borang dan suruh pi ke bilik nombor 3. Sampai di bilik nombor 3 kami masuk ke dalam. Di dalam ada seorang petugas yang akan beri suntikan. Dia suruh duduk. Anak aku duduk dan dia isi picagari dengan vaksin. Dia benarkan buat rakaman video. Aku biasalah...kalau dibenarkan memang nak sangat la..Namun ada kawasan dan fasa fasa yang lain tak boleh buat rakaman, jadi aku simpan aje HP aku.

Setelah selesai isi picagari dengan vaksin maka dia pun mulalah memberikan suntikan kat anak akau. Sebelum tu dia tanya tangan mana yang nak dilakukan suntikan. Humble nampaknya staf berkenaan. Selesai aje dia suruh anak aku scan mysejahtera untuk dos pertama kut. Kemudian dia beri borang tersebut dan suruh tunggu di bahagian menunggu. Ibu bapa tidak dibenarkan bersama anak di ruang menunggu. Ibu bapa disuruh tunggu di dataran, luar bangunan, depan bangunan tersebut. Lebih kurang 20-30 minit, aku lihat anak aku dah turun dari bangunan berkenaan. Dia taknak rakam foto di tempat 'SAYA DAH DIVAKSIN' tu...Kami pun terus aje beredar tapi sebelum tu sempat la aku rakam susana dalam kawasan BANGI AVENUE CONVENTION CENTER tu. Selesai untuk DOS PERTAMA. DOS KEDUA akan diterima lebih kurang 3 minggu lagi di lokasi yang sama. Kalau boleh aku akan rakam jugak nanti...


Hari ISNIN, hari ni, 11 Oktober 2021, macam biasa aku pi bakar KALORI keliling bangunan BANGI AVENUE CONVENTION CENTER, tempat aku bawak anak aku dapatkan vaksin DOS PERTAMA semalam. Hari ni, 11 Oktober 2021, jugak merupakan HARI PERTAMA boleh merentas negeri masa COVID 19 ni. Aku memang bercadang untuk balik kampung tapi bukan hari ni la. Aku cadang hujung minggu ni balik kampung sekejap. Tak lama pun, mungkin 2 atau 3 hari je. Nak hantar barang2 yang perlu ke kampung sebelum betul2 pindah ke kampung. Lama betul dah tak jengah kampung. Akhir balik kampung bulan November 2020, maknanya dah setahun la tu...Harap lebuhraya tak jem la...kalau jem, letih jugak la...Kita boleh rentas negeri jika dah dapat 2 dos vaksin. Polis akan buat pantauan jugak. Sapa2 yang tak peroleh vaksin tu, kalau polis ketahui akan terus didenda...hati2 la...Nanti tak pasal2 buang duit tanpa ada apa2 pulangan..Dah ada dalam berita mereka yang tak vaksin 2 dos diminta patah balik dan tak boleh rentas sempadan. Berbalik pada cite bakar kalori tu. Macam biasalah...hari ni berjalan sejauh 6 Kilometer dan berjaya bakar kalori lebih kurang 300 Kalori. Rasanya, ok la tu...

aneurysm

Selain daripada itu, keadaan kesihatan isteri aku dah bertambah baik. Moga-moga dia terus baik. Cuma dia tak mampu nak buat keje-keje berat yang sering dilakukan sebelum ini. Aku masih masak lagi...ewah...macam riyak je kannn...hahaha...Tapi dia bantu jugak sikit2 masa aku masak tu...Solat pun masih duduk atas kerusi. Nak sujud masih tak mampu sebab dia rasa pening. Nak berdiri lama pun tak boleh lagi. Jadi, buat je la setakat yang mampu. Moga kesihatannya terus bertambah baik. Terima kasih kepada kalian semua, tak kira sapa la, yang mendoakan kesihatan isteri aku tu...Moga kalian semua akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai ALLAH SWT dunia dan akhirat..aamiinnn... 


Buat sekian kalinya, sekali lagi aku mengajak kita semua untuk berinfaq. Tujuan infaq berkenaan adalah untuk membina masjid baharu KARIAH PEKAN BANGI. Banyak pahala kita berinfaq untuk membina masjid dan institusi2 Islam yang lain. Pahalanya berterusan. Tak rugi beb. Ada diceritakan oleh ustaz pahala bersedekah ni amat besar. Masa meninggal nanti ada jenazah yang akan minta untuk kembali ke dunia untuk membuat amal sedekah. Mana mungkin kembali jika dah mati...Besar pahala sedekah ni...pahala yang berterusan hingga kiamat. Rugi kalau tak berinfaq dan tak bersedekah. 


Berinfaq dan bersedekahlah kita...dan pahala infaq dan sedekah tu jugak boleh kita niatkan untuk orang lain seperti ibu bapa kita dan sebagainya lagi.

Rasanya itu je yang aku nak tulis hari ni, moga kita semua, tak kira sapa la, akan diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa2 kita serta dihindarkan kita semua daripada api neraka serta dibukakan seluas-luasnya jalan ke syurga...aamiinnnn...



Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua....





~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Friday, October 1, 2021

Rutin Biasa & Moga Isteri Terus Sihat..

Diari DAUD - Semalam JUMAAT, 1 Sept. 2021. Macam biasalah waktu pagi bakar kalori seperti biasa sekitar taman perumahan aje. Berjaya la bakar lebih kurang 300 kalori, cipta 8K langkah dalam masa sejam lebih dan sejauh 6Km. Ok la tu. Nanti bila dah pindah ke Perak nanti aku pun tak tau nak bakar kalori kat mana. Tempat aku tu kampung Melayu biasa. Kalau ada tempat bakar kalori mungkin di Bandar dan Pekan kut. Tempat aku tu lebih hampir dengan BANDAR SERI ISKANDAR. Tapi tu la, ada ke tempat bakar kalori di sana. Aku jugak suka hiking tapi tu la kat Perak nanti ada ka tempat untuk hiking. Aku memang minat masuk2 hutan ni. Selalu rindu dengan hutan. Masa keje dulu aku memang suka suasana hutan seperti yang pernah aku rakam dalam video masa masih bertugas dulu. Antara video yang pernah aku rakam lama dulu boleh tonton DI SINI. Aku perlu bakar kalori secara rutin untuk badan rasa agak sihat dan fit. Aku bakar kalori bukan sebab takut mati...sebab mati tu memang sapa pun tak boleh elak...Jadi eloklah kita terutama yang dah tua2 ni biasakan bakar kalori secara rutin.

bakar kalori

Masa aku bakar kalori tu rasa mata tak selesa bila tengok sampah merata-rata. Aku agak pelik la sampai bila manusia kat Malaysia ni nak berubah berkaitan tabiat buang sampah ni. Ada satu kawasan berhampiran, dah diletak papan tanda jangan buang sampah tapi dia orang boleh pulak buang sampah kat bawah papan tanda tu...Fikirlah sendiri betapa kroniknya tabiat manusia di negara kita ni. Aku memang tak suka dengan manusia yang takde disiplin buang sampah ni...Jadi, rasanya kita kena didik anak2 kita supaya buang sampah jangan merata-rata. Didik dia orang supaya buang sampah dalam tong sampah sejak kecil lagi. Kalau dalam kete sediakan plastik untuk kumpul sampah atau jangan buang sampah ke luar, tiba di rumah baru buang. Kalau tak buat macam tu, generasi akan datang pun akan jadi macam ni jugak la, suka buang sampah merata rata. Masa aku muda2 dulu pun ada jugak tabiat buang sampah di mana2 hatta di bawah papan tanda jangan buang sampah tu...Bila aku dah tua masih ada jugak sikap dan perangai 'sampah' tu...Fikirlah sendiri...

solat jumaat

Hari JUMAAT, 1 OKT. 2021, semalam merupakan kali pertama SOLAT JUMAAT masa FASA 3 COVID di Selangor ni. Dapatlah aku solat JUMAAT lagi kali ni sebab aku ada pas untuk solat Jumaat di masjid. Sekarang ni kali kedua Selangor benarkan masjid dirikan solat Jumaat dengan 350 orang jemaah. Harap akan datang boleh dirikan solat Jumaat ikut kapasiti masjid. Di Selangor tajuk khutbah ialah WARGA TUA PERLU DIHORMATI. Rasanya macam tu la tajuknya. Mungkin tajuk tu sempena HARI WARGA EMAS yang jatuh pada 1 OKT. Maknanya hari aku jugak la tu...hahahahaha...opst! Memang patut pun warga tua dihormati sebab itu memang tuntutan agama. Kalau nak ulas memang panjang tajuk ni. Dalam keadaan sekarang memang kaum muda perlu hormati warga tua. Kita pun tau keadaan anak muda sekarang. Kita boleh tinjau keadaan sikap mereka dalam media sosial. Bahasa yang ditulis banyak yang kasar2 tak kira ditujukan kepada siapa. Bila hormat warga emas atau orang tua telah diwajibkan dalam agama maka tentu hari2 dia orang boleh kumpulkan dosa dalam media sosial tu. Hati2 la dalam penggunaan media sosial. Sama jugak la dalam pergaulan harian, mana ada anak2 muda hormat orang tua macam zaman2 dulu..Dah banyak kurang adabnya...Jadi sapa yang nak disalahkan..

infaq bina masjid

Sekali lagi aku nak warwarkan di sini, Masjid Kariah Pekan Bangi sedang cari dana untuk bina masjid baru. Jadi marilah sama sama kita berinfaq untuk bina masjid baru tu. Besar pahalanya...Pahalanya akan terus mengalir hingga ke hari kiamat selagi masjid tu nanti wujud hingga ke hari kiamat. Bila kita mati memang pahala yang akan kita perlukan untuk dibawa ke akhirat. Harta2 lain akan diwarisi oleh waris yang hidup. Kita akan bawa pahala amalan kita aje. Kita jugak boleh niatkan pahala tu untuk orang lain seperti ibu bapa dan sebagainya. Kita juga boleh niatkan pahala tu untuk semua mereka yang kita pernah zalimi. Kita sebenarnya banyak dosa kepada orang lain, yang paling biasa ialah kita sering mengumpat orang lain. Di akhirat nanti kita terpaksa bayar dosa kita tu dengan pahala yang kita ada. Kalau pahala dah habis, maknanya kita dah muflis di akhirat nanti dan terpaksa pulak tanggung dosa orang lain. Jadi kita perlu jana pahala dengan sebanyak banyaknya. Di akhirat nanti bukan saja orang lain yang menuntut balasan kepada kita tapi jugak isteri dan anak2 kita kalau kita ada kesalahan kepada mereka. Di Mahsyar nanti tiada istilah bapa, emak, anak dan sebagainya. Macam2 yang akan mereka tuntut sebab masing2 ngeri dengan bunyi hebat neraka dan jugak warna api neraka yang gelap pekat yang boleh kita lihat di sana nanti. Masing2 menggigil melihat neraka yang hebat siksaannya. Rasa gerun yang maha hebat yang tak pernah kita lihat dan dengar masa di dunia. Itu baru melihat, belum lagi dimasukkan ke dalamnya..Oleh itu berlumba-lumbalah kita mencipta dan menjana pahala dengan sebanyak-banyaknya. Salah satu cara menjana pahala ialah dengan berinfaq membina masjid yang pahalanya berterusan hingga kita mati dan seterusnya hingga dunia kiamat...Kita jangan tenggelam sangat dengan kemewahan dunia...gunakan kemewahan dunia tu untuk menjana pahala...Tak rugi, pahala tu untuk kita jugak kat akhirat nanti...Jangan lupa, terus berinfaq untuk Islam...

masak

Jumaat, 1 Oktober 2021. Macam biasa aku kena masak waktu tengah hari. Memang setiap tengah hari aku kena masak untuk makan tengah hari. Tengah hari Jumaat tu aku masak simple giler...Masak ikan talapia berlada aje sebab tengah hari nak pi solat Jumaat. Isteri aku sekarang ni dah boleh tolong sikit-sikit. Sebelum ni dia nak berjalan dalam rumah pun kena pimpin. Aku masak ikan, sementara dia gorengkan ikan sebelum aku bubuh dalam sambal tu yang aku masak tu. Dia bantu masak sayur tapi dia tak boleh berdiri lama terpaksa duduk kat kerusi. Nampaknya lama lagi la aku kena duduk kat dapur ni. Lama lagilah baru boleh serahkan tugas kat dapur ni...hahaha...opst! Isteri tak sihat, terpaksalah aku masak lagi kat dapur hingga dia benar-benar sihat. Terpaksa la aku rujuk MR GOOG. untuk semak resepi2 kat situ...hahaha...Tapi tu la, anak anak aku jika masakan pelik2 dia orang tak berapa minat. Dia orang hanya minat masakan yang biasa seperti masak lemak, masak kari, rendang dan yang lain2 yang tak pelik dan mereka pernah makan. Aku lebih suka cari resepi dari MR GOOG dan cuba masak masakan tu. Biasanya aku semak resepi masak ayam je...sebab anak bungsu aku tak makan ikan....Kalau isteri aku masih tak mampu buat keje dapur, maka aku kena teruskan lagi..Buat masa ni dia nampaknya semakin sihat. Nak buat keje-keje berat masih tak boleh la. Itulah realti kehidupan yang perlu kita harus harungi. Jangan korang anggap hidup sentiasa bahagia je seperti dalam drama2 Melayu kat TV tu..Jangan bayangkan macam tu selalu, nanti korang kecewa nanti bila dah duduk dalam alam rumahtangga....Masa Tuhan nak uji, kita pun tak sangka...tiba-tiba je...Isteri aku jugak dah dapat tarikh untuk buat scan kepala isteri aku tu pada 30 November 2021 nanti. Tujuan scan tu untuk melihat pembedahan tersebut memang telah benar2 sempurna dan dah benar2 sembuh....Harap dia terus sihat dan tak perlu lagi berkunjung ke hospital untuk check up. Begitu juga, harap plan aku nak pindah ke kampung aku tidak tergendala. Tapi tu la, sekarang ni KJ kata jika vaksin dewasa tak sampai 90% tidak dibenarkan rentas negeri. Sekarang ni baru lebih kurang 80% orang dewasa divaksin. Harap cepat la sampai 90% tu...

Rasanya tu je yang aku nak coretkan hari ni...moga kita semua tak kira sapa la akan dikumpulkan oleh ALLAH SWT dalam syurga tanpa kita semua disiksa di kubur, mahsyar dan juga dalam neraka...aamiinnnn...

Jangan lupa teruskan dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua....

~ sekian ~
daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...