Thursday, August 15, 2019

Tasik Ujana sat...

tasek ujana
Diari Daud - Hari ni Jumaat, 16 Ogos 2019...lepas aku hantar anak pompuan aku ke Cyberjaya terus aku gerak untuk ke UKM pulak. Masa gi Cyberjaya
aku ikut jalan Dengkel dan bila nak ke UKM aku ikut
jalan putrajaya berhampiran PICC
Putrajaya tu...aku pun tak tau nama jalan tu....bab bab nama jalan
ni aku memang lupa dan fail sangat...dan tak tau pun...
Ikut jalan tu memang selesa sebab lebar...lurus dan tak sesak...Aku bawak la antara 120 - 140 KMJ... tapi tu lah kalau 140 memang tak selesa aje...stering pun goyang
aje...ringan aje rasanya...Jadi bagi yang ada kete murah macam
aku ni MYVI, jangan la bawak lebih daripada 140Km,
agak bahaya dan yang selesa cuma
setakat 130Km aje...Dah namanya pun kete murah kan.....apa boleh buat la....

tasek ujana
tasek ujana....dah takde orang
selesai
  Setibanya di Tasek Kejuruteraan UKM...alamak ada pulak sekumpulan
yang sedang buat senamrobik kat situ...Banyak kete parking kat situ...majoriti pompuan nampaknya. Segan pulak nak buat aktiviti berjalan kat situ...aku ni
memang malu sikit walaupun lelaki...aku tak malu
cuma dengan bini aje...ekekeke...opst!

Jadi aku amik keputusan buat aktiviti
berjalan di Tasek Nilai pulak walaupun agak jauh. Tiba sana
hampir jam sepuluh pagi kut. Turun kete terus aku mulakan berjalan. Aku
tak berjalan kat trek tepi tasek tu tapi di tempat perjalan kaki di pinggir jalanraya tepi tasek tu. Kat trek tu agak panas sangat sebab pokok takde...dan waktu dah tinggi hari...yang selesanya kat trek tu ialah sebelum jam 9.00 pagi aje...Di tempat pejalan
kaki tu banyak pokok jadi taklah panas banyak sangat.

selesai dah
waktu selesai
selesai
Masa aku baru sampai tu agak ramai jugak orang kat
sekitar tasik tu. Macam macam aktiviti dia orang buat tapi lebih kurang
sejam lepas tu macam dah takde orang aje cuma tinggal aku aje yang beraktiviti di situ
sementara ada sorang pengawal dalam pondok pengawal tu dan ada dua tiga
orang pekerja sedang bersihkan sampah sekitar tasek tu...
Agak seram gak kat situ bukan sebab bimbang
hantu tapi bimbang kalau
ada penyamun dan sebagainya tentu takde sapa pun yang mampu membantu...masing2 cuma ada senjata peribadi aje...hahaha...oopst!

Jadi lebih kurang sejam kat situ aku pun terus berhenti dan terus masuk kete dan balik...Memang lama aku tak datang ke tasek nilai ni lebih kurang sebulan lebih sejak anak pompuan aku buat latihan industri kat cyberjaya tu....

sunyi dah
nak balik
tak sampai 5km
Rasanya itu aje yang aku nak catat kat sini....moga kita semua tak kira sape la akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan segala dosa kita hingga ke akhir hayat
kita. Dan jangan lupa doakan supaya kedua ibubapa kita dan
ibubapa mentua kita akan diampunkan oleh
ALLAH SWT akan semua dosa
mereka, dihindarkan mereka daripada siksaan kubur,
diluaskan kubur mereka, dibukakan salah sebuah pintu syurga ke
kubur mereka, dihindarkan daripada siksaan mahsyar, serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga....
Jangan lupa jugak doakan kesejahteraan dunia akhirat untuk ahli keluarga kita, sedara mara kita, jiran2 kita serta kaum muslimin dan muslimat seluruhnya..
Jangan lupa doa jugak moga ALLAH SWT beri hidayah
kepada semua orang kafir...sebab mereka
akan kekal dalam NERAKA jika tak masuk Islam...kesian nanti tengok mereka kekal dalam API yang kekal...tentu kesian kan....




~~~~~     SEKIAN     ~~~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...