Monday, April 29, 2024

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku yg rapat tak ramai pun, tak sampai pun bilangan sebelah jari tangan aku. Dia sorang je balik dari Ipoh. Jumpa di Masjid Layang dan terus aku ajak datang rumah. Dia kata dia datang lepas Asar nanti. Maka petang lepas Asar tu dia sampai la ke teratak usang aku tu.


Sembang la kami sampai jam 7.00 petang lebih kurang. Banyak la topik yang disembangkan maklumlah agak lama tak jumpa dengan dia ni. Masa Raya dia Raya kat kampung isterinya di Kelantan tu. Ini la dia baru ada masa nak jengok desa tempat dia lahir tu. Macam2 la kami sembangkan petang tu. Turut sama ialah adik aku Limah dan bini aku la...takde la pulak bini orang...hahaha...

KG. SENIN LAYANG2 KANAN

Kami ni rakan sejak kecik lagi. Masa sekolah dulu aku di darjah dan tingkatan yang setahun lebih tua dari dia tu. Memang sejak kecik la. Bila mengimbau balik masa kecik dulu, dia salah sorang daripada rakan rapat aku yang sedikit tu la...hahaha...Kawan aku masa kecik atau lebih khusus masa sekolah menengah memang boleh bilang dengan jari...tak perlu pun jari kaki. Rakan aku tak lebih daripada 10 orang atau kurang daripada tu. Mungkin empat atau lima orang je kut. Masa sekolah menengah rakan kat kampung aku tak ramai. Dia orang ialah Mizi, Ze, Deris, Latit, Suhai, Leman dan sorang dua lagi kut...Tengok la tu, berapa orang sangat. Yang rapat dengan aku di kampung ialah Mizi, Ze, Latit dan Deris...itu je la rakan yang aku ada di kampung. Rakan rapat aku sekolah menengah ialah LEMAN MAT NOR dan SALLEH MAT ZAIN...Dua orang aje pun. Aku memang tak minat pun dengan bilangan rakan2 yang ramai. Aku rasa lebih selesa. Tu sebab rakan FB aku tak sampai 100 orang pun...hahaha...

Cite balik berkenaan MIZI ni. Baik dia ni. Masa sekolah menengah dia ni memang kaki surau kat kampung tu. Aku pulak tak la surau sangat walaupun ada la sikit2 surau...hahaha. Tak seperti dia, macam setiap waktu pi surau je...hahaha. Biasanya aku ni memang kuar malam sebab malam aje aku ada masa nak bersembang dengan kawan2 depan rumah Latit tu. Siang aku belajar kat rumah, malam baru aku kuar dan sembang kat atas jalanraya tu hingga tengah malam. Rajin belajar je...tapi tak jadi pandai sangat pun...hahaha...Selalu la aku jumpa MIZI ni yang kuar dari surau lepas isyak. Dia turut sama sembang dengan kami. Tapi dia ni tak lama pun sembangnya. Tak lama sembang dia pun cepat balik rumah. Dia kata kat rumah ada emak dan adik pompuannya saja. Cukup jaga betui dia kat emak dan adik dia tu...hahaha.

Kami yg tinggal pula terus saja sembang sampai tengah malam. Kalau dah tak ada orang sembang, baru aku balik dalam malam gelap pekat tengah malam tu. Ada ketikanya lebih jam 12 tengah malam. Masa tu tak takut langsung pun. Sekarang ni bunyi cicak kuat sikit pun dah terkejut beruk...hahaha. Ada ketikanya aku tidur saja rumah Latit tu sambil tengok TV. Itu pun kalau esoknya bukan waktu sekolah la. Tayangan kat screen tv yang masih aku ingat yang sering kami tonton berdua ialah THREE'S COMPANY. Cuba la korang search kat video utube tayangan komedi tu...hahaha...Komedi bahasa inggeris tapi ada sari kata BM, memang faham la. Tayangan hitam putih...

Masa aku dah keluar politeknik dan keje di UKM 1983, aku ada sekali pi ziarah untuk jumpa MIZI di Lembah Pantai. Masa tu dia penuntut di MAKTAB PERGURUAN BAHASA. Lepas tu lama la tak jumpa sebab dia di posting ke Serawak rasanya la. Aku masih ingat lagi, dia ni jadi pengapit aku masa aku nikah tahun 1988. Dia juga jadi peneman aku kat rumah pengantin pompuan. Lepas tu aku dah tak jumpa dia lagi. Masa tu masing2 dengan hal sendiri la. aku pun dah jarang balik kampung bila dah keje kat Selangor tu. Tambah pulak aku dah kawen dan beranak pinak. Memang jarang la jumpa lagi. Bila aku da pencen dan pindah kampung tahun 2020 baru la kami jumpa balik. Dah empat kali RAYA la aku tinggal kat kampung sunyi dan gelap gelita ni...hahaha...Lebih 30 tahun aku duduk kat Selangor tu. Pun sama jugak kat Selangor tu, memang aku tak buat ramai kawan pun kat selangor tu. Aku lebih selesa duk di rumah kalau tak bertugas. Aku memang jenis RUMAH KU SYURGA KU...Aku lebih selesa dengan rakan yang boleh dibilang dengan jari tangan tu...


Ahad pagi, MIZI call aku ajak minum pagi. Aku ikutkan saja. Minum di GERAI YUS & MARIAH je...ok la tu. Ramai juga jumpa orang2 sekampung. Jumpa pengerusi masjid, siak, bilal dan beberapa orang lagi. Banyak la topik yang dibualkan berkaitan cerita kampung. Politik pun sekali naik la tu. Biasa la kalau dah duk kat gerai di kampung melayu. Bukan kampung Melayu je yang suka hal politik ni, kaum lain pun sama termasuk la masyarakat majoriti Cina di Jinjang tu (maklumat drpd pendakwah, FIRDAUS WONG...). Tentu topik mereka berkenaan orang melayu la pulak. Anak abang Leman pun, JAMIN, turut serta dalam sesi bersembang tu. Dia memang balik kampung jika cuti. Mungkin tiap minggu kut. Dia kat KL sekarang ni...Memang banyak sembang dia orang ni. Aku lebih banyak mendengar daripada melontarkan kata-kata. Aku lebih selesa macam tu. Agak lama juga la jugak kami kat gerai tu, mungkin lebih sejam kut. Hingga roti canai Yus dan Mariah tu pun dah nak habis dijual kut...hahaha...

KAWASAN RUMAH LATIT KG SENIN

Siap MIZI bayar, dia yang belanja minum, dia ajak aku naik kereta dia dan masuk kampung Baru, kawasan tepi sungai tu. Dia kata nak pi rumah sedara dia tu iaitu USTAZ AT. Tiba rumah ustaz At kami singgah la sat dan dipelawa masuk ke rumah. Ustaz At takde pun kat rumahnya. Hanya isteri, kakak dan emaknya saja yang ada masa tu. Kami sembang la sat di rumah tu. Ustaz AT tu sedara semoyang dia. Yang aku faham opah dia dan datuk ustaz At tu adik beradik. Jadi mereka ni semoyang. Dan suami opah Mizi pula adalah abang sulung kepada bapak aku tapi berlainan emak. Terngok tu...Kat kampung ni macam semua ada link sedara mara...hahaha..macam kawen sama suku. Kat negeri Sembilan, kawen sesama suku ni tak dibenarkan oleh Adat Minangkabau...hahaha...

RUMAH USTAZ AT

Selesai kuar dari rumah ustaz At tu, Mizi bawak aku merayau dengan kereta dalam kampung Baru tu. Aku memang tak mahir dalam tu sebab tak ada keperluan aku masuk kampung kat situ. Merayau la kami dalam kawasan tu. Dia ceritakan rumah2 sapa dalam kampung tu. Ada rumah yang aku tak kenal pun pemilik yg dia katakan tu. Aku memang tak tau pun. Dia tunjukkan juga rumah rumah pelakon pompuan yang dah lama tak berlakon tu. Yang bapaknya nama Zainuddin tu. Zarina kannn...kalau tak silap la nama tu...Aku pun tak tau dia tu orang Layang2 Kanan dan asal dari rumah tu. Bagusnya MIZI ni dia amat ramah dan mudah mesra dengan orang. Aku ni memang tak la...tak kose aku...hahaha...Pi tengok masjid lama yang dah tinggal rangka tu. Dia tunjukkan rumah kat dalam tu...rumah alang dego, rumah man terung, rumah sedara dia anak Embun. Embun tu adik emak Mizi. Dan banyak la rumah2 kat dalam tu. Aku memang tak kenal pun orang kat dalam ni, terutama orang baru2...Sikit sangat yg aku kenal. Sempat juga kami sembang berkaitan rumah Mat Lidi. Tempat kami selalu tengok tv masa kecik. Sebelum tonton tv kami kena kutip sampah. masa kecik tu happy je tak kisah pun kutip sampah atau tak. Masa tu bukan ramai pun orang yg ada tv kat rumah. Rumah2 tertentu saja yg ada. Nama anak mat lidi masa tu ialah Itam dam Ma...Aku tak ingat pun nama tu. Mizi yg ingatkan aku pada nama tu...Bila disebut, tentu la aku ingat balik. Ada jugak tempat lain kami tonton tv masa kecik. Kat kedai Aji Usop di kota pago pun kami pi tonton tv masa kecik2 dulu. Lagi satu rumah yg letak di belakang rumah anak Ha kedai runcit kat Layang2 tu. Lupa nama orang tu. Habis sesi jelajah tu, kami pun kuar la dari kampung tu..Dan...kami bercadang untuk cari sedara mara yang yang lama kami tak jumpa di seberang sungai pulak pada tarikh yang lain. Aku pernah pi kampung sedara aku di seberang sungai tu masa kecik2 dulu. Masa tu aku sekolah rendah dan ikut bapak aku pi ke sana tu. Di seberang sungai tu keturunan keluarga 2 orang abang kepada bapak aku...Masih ramai lagi kat seberang tu...

KG. BAHARU LAYANG2 KANAN.

Sekarang nak cite pulak kisah Raya aku kat kampung pulak. Kali kali ke 4 aku Raya di kampung lepas aku pindah ke sini dari Bangi Selangor. Macam lama jugak rasanya kan...


Raya pertama lepas solat ada sesi keluarga dalam rumah. Kemudian pi rumah Limah, adik aku untuk raya2. Tak sempat nak rakam video kat situ. Tak lama kemudian datang keluarga isteri Brahin beraya di rumah Limah tu. Kemudian dia orang datang rumah kami pulak. Anak Limah Zaidah dan suaminya datang beraya sama. 
Kemudian kami iaitu keluarga aku dan keluarga Limah dan keluarga Brahin pi raya rumah Aida anak ucu Pian. Sepupu kami. Kat sini pun tak ada buat rakaman video. Petang pula kami pi ke Changkat Seleboh, rumah besan kami. Jumpa jugak anak pompuan kami yang beraya hari pertama kat rumah mentuanya. Kemudian kami balik. Masa balik melalui seri iskandar kami jem di traffic light di Bota Kanan. Nak balik lalu Parit tak boleh sebab jem jugak di Jalan Parit Siputih tu.

CANGKAT SELEBOH

SAUK KUALA KANGSAR

Esok paginya kami kami pi Sauk, kampung kelahiran bini aku. Memang peraturan kami pada Raya Kedua mesti pi ke Sauk. Kami pi rumah kakak ipar aku kat sana. Ada tiga buah rumah. Rumah Kak Siah, Kak Saba dan Kak Awe. Jumpa jugak la ramai sedara mara dan ipar duai kat sana tu. Memang ramai la sedara mara kat situ. Tambah pulak sedara mara yang datang dari Selangor. Lepas Asar kami gerak balik ke Parit. Kami ikut Bota Kiri untuk tiba di rumah sebab kalau ikut Pekan Parit tentu akan jem kat pekan tu..

MANJUNG

Esoknya kami beraya pulak di Manjung iaitu rumah 2 orang abang ipar aku kat Manjung tu. Mula singgah beraya di rumah Abang Usop. Beraya la kat situ kejap. Abang ipar aku tak berapa sihat. Moga Allah swt mudahkan urusan mereka semua. Kemudian kami beraya di rumah Encik Akhir. Rumah abng ipar aku. Kemudian kami beraya pulak ke rumah anak abang ipar aku di manjung jugak. Rumah anak abang Usop. Waktu lewat petang sikit kami gerak balik ke Parit. Maka selesailah raya di rumah sedara mara isteri aku tu.

KAWASAN RUMAH LATIT

Tah hari raya keberapa ke, kami beraya pulak di rumah sepupu kami iaitu rumah Latit, rumah Yah dan rumah Na. Kami pi dengan adik pompuan aku, Limah. Kami perlu pi Raya ke rumah sepupu kami sebab itu masih lagi hubungan silatur rahim selain hubungan silatur rahim adik beradik. Kalau putuskan silatur rahim, akan jauh daripada syurga...jaga2 tu...jangan berani putuskan silatur rahim. Dunia ni cuma sekejap saja. Lepas beraya di rumah sepupu kami tu, kami gerak pulak ke rumah Mat Dolat sebab adik Mat Dolat, Liza jemput kami ke majlis jamuan untuk majlis pertunangan anaknya. Terima kasih la sebab jemput kami. Di situ jugak aku jumpa Ze, rakan dan jugak sedara aku tu. Makan2 la kami sekejap di situ sebelum balik ke rumah. Petang tu kalau tak silap kami beraya di rumah abang aku, Brahin, sebelah rumah aku. Dia dan sorang anak lelaki dan sorang anak pompuan yang ada di rumah. Isterinya kuar dengan anak menantu. Sembang la kami sekejap dengan Brahin kat rumah tu.

KAMUNTING

Kemudian hari Sabtu kami pi ke rumah kakak aku, Matun di Taiping. Kat Kamunting. Kami gerak pagi. Kami ikut lebuhraya baru WCE. Rupanya tak lama pun kalau melalui lebuhraya tu. Sejam lebih kurang. Kalau macam ni, mungkin boleh pi selalu ke Kamunting tu...gamaknya laaa...hahaha... Sebenarnya aku dah tak jejak rumah kakak aku tu dah belas2 tahun kut. Mungkin lebih 20 tahun. Selalu jumpa Raya sebab dia orang balik ke kampung aku. Jumpa di kampung je la. Tak tau kenapa pulak hati aku tergerak nak pi ke Taipng tu kali ni. Tak tau aku mimpi apa. Kacau jugak kat WCE ni bila tiba simpang untuk keluar ke Changkat Jering tu. Jem otak aku sat kat situ sebab tak tau nak tuju mana. Akhirnya masuk tol ke utara melalui PLUS untuk susur keluar ke Kamunting tu. Dengan tunjuk jalan oleh adik pompuan aku, Limah dan jugak CIK WASE akhirnya kami sampai jugak depan rumah kakak  aku tu. Setelah berpuluh tahun tak datang sini, akhirnya aku tiba juga di sini. Kami sembang2 la kat rumah kakak aku. Anak2 dan cucu2 dia orang pun turut serta datang ke situ. Rumah dia orang tempat lain. Abang ipar aku pun turut ada bersama. Sebenarnya lepas MCE dulu aku pernah keje di kilang kain kat Kamunting ni. Tak lama la aku keje kat sini sebelum aku dapat masuk Politeknik Ungku Omar. Satu2nya Politeknik yang wujud di Malaysia masa tu...hahaha...Aku masuk ke Poli selepas pelajar Poli buat demo besar-besaran kat situ...hahaha...Di sini pun aku tak sempat rakam banyak foto dan video...tu sebab video kat sana tak banyak pun...
Akhirnya lepas makan tengah hari dan lepas Zohor kami gerak balik melalui lebuhraya WCE dan keluar susur ke Changkat Cermin. Akhirnya kami sampai ke rumah dengan selamat....

~ sekian ~
                       daud m zakaria


No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...