Monday, November 8, 2021

Kisah Masak...

Diari DAUD - Hari ni aku nak cite pulak sejarah aktiviti memasak aku...nak riyak la konon...hahaha...opst! Taklah...saja je nak cite..Biasanya bila dah bersara dan dah tua2 ni, kita akan terimbau kembali sejarah hidup kita sebelum-sebelum ni...Tentu aku pun macam itu jugak la...Sekarang ni aku masih lagi teruskan aktiviti  memasak untuk makan tengah hari di rumah. Asalnya sebab isteri aku masih tak sihat selepas jatuh dalam bilik air lebih kurang 2 bulan yang lalu. Boleh baca tulisan aku berkaitan isteri sakit tu DI SINI. Hingga hari ini aku masih lagi memasak untuk makan tengah hari. Isteri aku masih tak mampu untuk masak sensorang, jadi aku kena masak jugak la. Dia cuma bantu aje mana yang perlu. Dia tak boleh berdiri lelama masa keje masak memasak tu. Jadi aku kena sambung la tugas aku tu hingga ke tarikh yang aku tak pasti bila akan berakhir...hahaha..Lagi pun sekarang ni, dalam sebulan lebih kurang, isteri aku kena habiskan sesi sekolah tadika tu untuk tahun ni. Habis sesi tahun ni, dia kena berhentilah sebab kami akan berpindah ke kampung hujung tahun ni...Insya ALLAH...Jadi kenalah aku sambung aktiviti masak untuk makan tengahhari tu, hari-hari gamaknya....

ANTARA MENU YG AKU MASAK..8 NOV. 2021

Sebenarnya ikutkan sejarah masak aku ni, memang sudah lama dah....bukan baru ni aku masak memasak ni... Bila saja aku dah berkahwin, langsung aku tutup buku bab masak memasak ni. Lama dah buku tu bersawang dalam minda aku tu...Bila da kawen bab masak memasak, semua isteri yang buat hinggalah tiba saat dia sakit tu. Betul..bila da kawen jadi malas nak masak-masak ni...hahaha...Aku cuma pegang tugas masak memasak masa dia bersalin aje. Maknanya empat kali aku masak memasak sepanjang perkahwinan tu sebab kami ada 4 orang anak saja. Kalau mengimbau lagi jauh, masa kecik2 dulu pun aku dah mula memasak dah pun. Masa kecik dulu kalau nak makan aje, selain daripada yang disediakan oleh mak, aku masak sendiri aje. Paling mudah aku masak goreng telur dadar dan nasi goreng. Atau goreng ikan bilis. Kalau goreng ikan bilis mesti bawang besar banyak. Dulu ikan bilis dan bawang murah je pun, ntah berapa duit je harga sekati masa tu. Masa tu mana ada guna kilogram. Itu aje la menu masa kecik, masak untuk sendiri aje pun. Masa tu masak dengan dapur guna minyak tanah, hanya otai aje yang pernah guna dapur tu...Sebelum2 tu tentu guna dapur kayu kut. Tapi masa aku dah kenal dunia aku rasa macam tak pernah guna dapur kayu tu...rasanya la... Biasanya mak masak sebelum dia pi motong getah dibelakang rumah tu. Kalau aku nak makan lain atau tambah lain kena masak sendiri aje. Menunya macam yang ditulis kat atas tu la. Tak berubah langsung pun. Aku punya telur dadar mesti banyak bawang, hingga hari ni macam tu. Aku memang suka bawang banyak. Bawang dulu tak mahal mana pun. Tapi tu la, kalau ikutkan PAKCIK GOOGLE tu, bawang baik untuk hakis kolestrol...tak pasti betulnya sejauh mana...hahaha...

Lain-lain masakan boleh tonton DI SINI

DAPUR MINYAK TANAH

Tahun 1980 aku dapat belajar kat POLITEKNIK UNGKU OMAR di IPOH tu. Selama hampir 3 tahun aku di situ. Itu aje politeknik yang ada masa zaman tu. Hanya sebuah saja sebelum tambah dengan POLITEKNIK SHAH ALAM, itu pun puluh tahun lepas tu. Masa aku masuk tu baru lepas pelajar Politeknik buat demontrasi...lupa aku kes apa...Dulu nak demo ni tak susah pun...La ni kalau demo tentu kena buang kolej. Dulu pun ada yang kena 'repeat' sebab demo tu la..Masa aku belajar, sepanjang pengajian aku tak dapat asrama dan terpaksa menyewa di TAMAN CEMPAKA berhampiran politeknik tu. Masa tahun SATU aku duduk dengan senior. Tahun kedua aku pulak jadi senior. Masa tu kat politeknik cuma pengajian untuk SIJIL je. Pengajian diploma untuk kursus PERKAPALAN aje, masa tu...Sekarang ni semua dah diploma kan. Masa tu pun kami masak sendiri beramai-ramai untuk makan. Duit beli bahan untuk masak kongsi je. Ada ketua yang pegang duit tu. Kami masak terutamanya untuk makan malam sebab siang masing2 ada kuliah. Aku pun involve dengan kawan2 serumah dalam sesi masak memasak tu. Masa duduk dengan senior Melaka, asyik masak asam pedas aje...hahaha...Kat rumah sewa kami tu ada senior dari Melaka, Selangor dan Trengganu. Bila aku dah jadi senior, kami masak macam2 jenis termasuk gulai lemak dan sebagainya. Kami masak sama2, kami makan sama2. Itulah resmi lelaki bujang. Kalau pompuan bujang mungkin masing2 punya menu sendiri kut...agak aku aje la. Masa beli ikan dan sayur kami pi biasanya 2 orang ke kedai untuk beli ikan dan sayur. Memang tak jauh pun dari rumah kami di TAMAN CEMPAKA tu. Itulah rutinnya. Adakalanya sebelum beli kami lepak di food court di Taman Cempaka tu. Minum dan makan ringan2 je kat situ. Aku masih ingat lagi aku sering pesan minuman 7up dicampur dengan ais krim yang diletak dibahagian atas. Dulu la, sekarang ni tak berani nak cuba macam tu...hahaha...Macam tu la rutin aku dalam bab masak memasak masa belajar kat Politeknik dulu tu. Masa kat Politeknik dulu kami ada biasiswa yang dianggap seperti elaun bulanan, rasanya 345rm atau 245rm sebulan...kalau tak silap. Aku dapat biasiswa JPA. Ada yang dapat biasiswa LLN, Lembaga Letrik Negara, dia orang bila habis belajar terus masuk LLN. Sekarang ni dah takde biasiswa dah...PTPTN aje yang ada...

MENU HARI NI...9 NOV. 2021

Bila aku dah dapat keje di UKM lepas abis belajar kat Politeknik tu, aku duduk menyewa, boleh dikatakan macam bilik dan ada ruang untuk masak di rumah WAK JONO dekat Masjid Bangi Lama tu. Ada ruang masak dan ada ruang untuk tidur. Masa ni jugak aku kena masak sendiri. Aku duduk sorang je pun. Yang paling mudah masak sardin la. Aku duduk sini 1983, masa mula2 keje di UKM. Masa duduk sini aku masak sendiri. Wak Jono dan isteri dia sering bagi makanan kat aku, moga kedua-dua almarhum dihindarkan oleh ALLAH SWT daripada  siksa kubur, siksa mahsyar, dan siksa neraka serta dimasukkan ke dalam syurga...aamiinnn...Duduk sini dulu selalu kena banjir kilat...hahaha...Bila air banjir naik, aku disuruh Wak Jono pindah ke atas sebab rumah bahagian atas ada tiang. Kat bahagian aku duduk adalah paras tanah. Anak sungai sebelah rumah aje. Kalau tak silap sekarang ni sungai tu dah didalamkan kut...Tak tau kena banjir atau tak lagi sekarang ni...Pada aku wak jono dan isterinya tu memang baik, memang patut mereka dirahmati, diberkati dan diredhai Allah swt dunia dan akhirat....aamiinnnn....Sekarang ni, rumah WAK JONO tu sudah tak wujud pun..Rasanya dalam 3 tahun jugak aku duduk di situ. Masa tu komuter takde pun. Landasan keretapi ada. Bangi Lama masa tu hutan banat lagi. Bandar Bukit Mahkota takde, Bandar Seri Putra takde, Bangi Avenue pun takde. Bangi Lama dulu hutan banat sebab ada Hutan Simpan UKM yang benar2 hutan. Jin pun banyak kat hutan simpan tu, tapi tak pernah aku jumpa sepanjang aku keje OT dan balik malam buta ikut jalanraya UKM - Bangi Lama tu...Dulu selalu pi KL naik BAS EKSPRES CEKAP dari Bangi Lama ke PUDU RAYA. Sekarang ni dah takde dah bas tu. Sekarang ni ada stesen komuter dah dekat Bangi Lama tu. Masa duduk Bangi Lama tu selalu jugak makan kat gerai almarhum Pak Lah kat tepi gate keretapi tu. Almarhum pekeja keretapi dulu dan dia bertugas jaga Gate keretapi tu. Kalau keretapi nak lalu dia akan tutup gate tu supaya kenderaan tak melintas jalan keretapi tu. Selalu singgah situ bila nak balik ke rumah Wak Jono tu. Masa tu bangunan balai polis lama masih ada lagi dekat gate keretapi tu. Sekarang ni balai polis dah pindah ke Bandar Seri Putra dah...Sejak wujud bandar perumahan tu. Aku lupa bila seri putra tu wujud. Opst! dah hilang cerita masak aku tu kan...

Gate lintasan jalan keretapi tahun 1984. Masa tahun tu aku dah duduk di Bangi Lama. Ambil foto dari google. Sekarang gate lintasan keretapi ni dah takde dah pun...Kalau korang nak lihat BALAI POLIS BANGI LAMA, taip aje kat google image tu..

SEGALA RESEPI ADA KAT SINI...

Bila aku dah keje kat UKM tu, lama-lama aku dapat ramai kawan se opis dan kawan2 lain di UKM tu. Kemudian kawan2 ajak pindah rumah bujang di Kg Teras Jernang, tak jauh dari UKM. Maknanya lagi dekat la aku dari tempat keje berbanding dari Bangi Lama tu. Dari Teras Jernang lebih kurang 3 Km tapi dari Bangi Lama lebih kurang 10 Km. Masa kat Teras Jernang aku dah ada motor untuk berulang pi keje. Tapi masa mula2 keje aku terpaksa naik bas yang penuh penumpang dan berhimpit lelaki pompuan tu, dari Bangi Lama ke UKM. Berebut naik bas lelaki pompuan masa tu. Setahun  lebih kurang aku keje di UKM, aku dah beli motor buruk untuk berulang keje dari Bangi Lama tu...hahaha...Struggle jugak mula nak hidup kan...Rumah sewa kat Teras Jernang tu ada 3 blok rumah papan. Tiap blok ada 2 pintu. Sewanya kalau tak silap, mula2 50rm kemudian dah lama lepas tu naik 100 rm sebulan hingga aku pindah ke Taman Bangi Indah di Bangi Lama, balik semula aku ke Bandi Lama...hahaha...tahun 1990. Masa kat rumah bujang tu aku duduk 2 orang mula2. Aku duduk dengan Zainal yang sekarang ni jadi jiran aku di Taman Bangi Indah. Kemudian masuk rakan pejabat aku Kamarul. Bila Kamarul sambung belajar di Institut Teknologi Mara, aku tinggal dengan Zainal aje. Masa duduk sini memang kami sentiasa masak bersama. Baget beli bahan untuk masuk, kongsi-kongsi. Aku dan Zainal memang sentiasa masak untuk makan terutama makan malam dan hari cuti. Selalu jugak kami pi KL bila hari cuti. Kami naik bas aje masa tu. Mana ada komuter masa tu. Hanya bas aje yang ada. Maknanya aktiviti masak-memasak sendiri ni lama dah aku amalkan. Tu sebab aku tak kekok pun untuk ke dapur. Bila Zainal kawin dan isterinya dapat pindah mengajar di Bangi, maka Zainal pun pindah menyewa di KG BAHAGIA Bangi Lama. Tinggal aku sorang aje kat situ. Tinggal sorang tentu la kena masak sendiri je sepanjang masa. Aku jarang sangat makan kat kedai, lebih suka masak sendiri. Selalu jugak aku masak rendang daging yang aku belajar dari emak aku. Masak lemak, masak taucu dan lain2. Emak aku sebagai sifu memasak aku...Moga almarhum emak aku diredhai ALLAH SWT dunia dan akhirat...aamiinnnnn...

AKU SELALU BELAJAR MASAK KAT ALMARHUM EMAK AKU NI..

Kemudian, tahun 1988 aku pulak kawin dan terus duduk di Teras Jernang. Bila dah kawin aku tutup semua buku masak memasak aku. Aku biarkan buku tu terus bersawang dan lusuh dalam minda aku. Masak memasak semua isteri aku yang buat. Sikit demi sikit skill masak aku semakin bersawang, lusuh dan akhirnya hilang entah kemana. Bila isteri aku bersalin dan tak kuat aje aku bukak balik buku masak memasak kat minda aku tu...Terpaksa semak balik resepi dalam ingatan, dulu mana ada MR. GOOGLE. Bila isteri aku sihat kembali, aku tutup semula buku memasak aku tu rapat2. Sejumlah 4 kali je la aku ada aktiviti masak sepanjang masa berkahwin tu sebab isteri aku bersalin 4 kali aje...hahahaha... Bila pindah ke TAMAN BANGI INDAH di Bangi Lama tahun 1990, buku masak aku terus tertutup dan cuma dibuka masa isteri aku bersalin dua kali di sini. Bila isteri aku jatuh sakit sebab jatuh bilik air tahun 2021 ni, aku kembali aktif memasak sampai la hari ni...hahaha...Sekarang ni mudah, MR GOOGLE bekalkan apa2 resepi pun...hahaha...Rasanya macam panjang jugak cerita sejarah berkaitan hal masak memasak aku ni kan...Bila buku masak memasak kat minda dah bukak balik tak pasti pulak bila akan tutup...Rasanya kali ni macam lama lagi la baru boleh tutup balik buku tu...Cadangnya dah bersara ni, nak la bersara dari bekerja dan masak memasak...hahaha...

Macam2 menu masakan ayam aku masak hari2. Anak bungsu aku tak makan ikan dan tak makan pedas. Jadi aku kena masak ayam ikut cita rasa dia la. Payah jugak nak layan kehendaknya dari segi menu ni. Macam2 menu ayam aku masak tapi yang dia makan semua menu 'old school' seperti masak kari, masak lemak, masak kicap, masakan berkaitan rempah2 la... Aku buat menu moden macam tak makan aje. Jenuh la aku selak menu kat internet tapi yang dia suka menu 'old school'...hahaha...Nampaknya kena la hari2 masak menu yang serupa dan sama tu...hahaha..Nak layan citarasa anak bungsu aku yang tak makan pedas dan ikan tu..Banyak menu recycle aje hari-hari yang aku masak..Dah la, aku nak pi masak...panjang jugak tulisan aku ni kan...hahaha...Dah siap masak dah pun...saja je nak sedapkan cite...haha..

Jangan lupa mari sama2 kita berinfaq sama ada untuk diri kita atau untuk kedua ibu bapa kita atau niatkan juga pahalanya untuk sapa2 saja yang kita kehendaki. Pahalanya berterusan hingga hari kiamat...

Rasanya itu aje yang aku nak tulis hari ni...moga kita semua sentiasa diredhai ALLAH SWT dunia dan akhirat...


Jangan lupa jugak teruskan istiqamah dengan #buymuslimfirst (#bmf) kalau tak boleh semua, jangan tinggal semua...

~ SEKIAN ~
daud.montak.zakaria


No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...