Saturday, October 21, 2017

Melawat Insan Yang Allah Sayang..

Hari ini, Sabtu, 21 Oktober 2017, kami pi melawat insan yang disayangi ALLAH
SWT di HOSPITAL KAJANG. Insan tersebut ialah BIRAS aku.
Suami adik ipar aku, suami kepada adik isteri aku...
Kami pi lepas Zohor, anak bongsu
aku pun turut serta.




Anak lelaki aku yang tua pun
turut melawat biras aku tu. Dia gerak dari
Semenyih, kami bergerak dari Bangi. Dia sampai
dulu di hospital. Ini kali kedua kami melawat biras aku tu selepas
lawatan kami pada bulan Julai yang lalu.
Ini juga merupakan kali kedua 
aku menjengah pekan
Kajang. Jarang aku pi pekan Kajang ni.
Malas nak masuk Kajang ni sebab jem sesangat pada
waktu waktu tertentu. Lagi pun Bangi dan sekitar Bangi da banyak da
tempat tempat yang perlu di pi....
Tiba di hospital kami park kete kemudian terus menapak ke bangunan
wad tersebut. Aku park jauh jauh sebab kalau pi parking
yang dekat bimbang penuh dan terpaksa pulak
pusing lagi sekali...jadi park
je tempat yang jauh..




Lepas parking terus tuju ke bangunan
wad berkenaan. Dari jauh kelihatan anak sulung bersembang
dengan adik ipar aku iaitu MAK CU dia. Kami tiba dekat, isteri aku seperti
biasa terus salam dengan adiknya serta anak anak biras
aku tu. Aku dan isteri serta anak aku terus
masuk ke wad bersama adik
ipar aku tu.
Anak aku yang bungsu terpaksa
tinggal di luar sebab tak cukup umur untuk dibenarkan
masuk ke wad. Jadi tunggu la dia di luar dengan pesanan jangan merayau...
Masuk wad Kajang biasalah..tentu sesak punya, di laluan
pun ada katil pesakit...sesak sangat...kesian..
Sepatutnya hospital Kajang ni
mesti bina lagi satu bangunan untuk kurangkan
kesesakan jika tidak boleh hapuskan kesesakan. Sampai di katil
biras aku tu...kami bersalam dan bertanya kabar. Dia operate untuk sambung
kembali usus yang telah dibedah beberapa bulan yang lalu. Kalau
tak silap dia kata operation tersebut makan masa tiga
jam, kalau tak silap katanya. Dia dikehendaki
berpuasa untuk merehatkan sebentar ususnya yang baru 
disambung kembali. Katanya macam da 2 hari puasa...kalau aku tak silap..




Tak lama kemudian anak lelaki biras aku tiba untuk
ambil giliran menjaga biras aku tu. Tinggallah kami dan anak biras aku sambung
berbual. Tak lama kemudian ibu biras aku tiba. Untuk beri ruang yang
luas untuk mereka aku tinggalkan wad untuk keluar selepas 
bersalam dengan biras aku dan tegur makcik
tersebut. Tinggallah anak sulung aku dan ibu dia di dalam
wad. Aku terus keluar dan tunggu di luar bersama anak bungsu aku. Tak
lama kemudian anak sulung aku keluar. Kami bersembang diluar. Kemudian
isteri aku keluar setelah agak lama berada dalam wad tersebut.
Tak lama kami berlegar depan bangunan wad tersebut...
Isteri abang ipar aku dan menantunya tiba untuk
melawat. Kami semua bersalam sebelum
NYAH ZAIMAH dan menantunya ARRASHID masuk ke wad
untuk melawat pesakit. Kami semua bersembang sebentar sebelum anak
biras aku keluar dan bertemu kami. Dia kata abahnya dah boleh minum. Doktor
benarkan dia minum jadi anak biras aku pi cari minuman di cafe
hospital tersebut. Sementara aku dan isteri pi menuju
kereta untuk balik. Anak bungsu aku pula
mengikut anak sulung aku ke kediamannya di........saujana putra.........




Akhirnya doa aku untuk ALONG...semoga CEPAT SEMBUH dan dapat
menjalankan kehidupan seperti biasa dan BAHAGIA
BERSAMA KELUARGA DUNIA HINGGA SYURGA....aku juga doa
supaya semua pesakit kat hospital tu cepat sembuh...aamiinnnnn...

*aku tak amik gambar dalam hospital sebab menghormati etika dalam wad yang 
melarang rakaman foto dan ada ketikanya aku langar gak...huhuhu...

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Friday, October 20, 2017

fuh! sarapan berdua kat luar harini..

Hari ni, Sabtu, 21 Okt. 2017, cuti hujung minggu, hermmm...sarapan kat luar hari ni. Sebenarnya tiada niat pun nak sarapan kat luar. Kami keluar cadang nak
beli makanan jer dan bawak balik makan dengan anak2....

stesen komuter bangi, 2km jer dari rumah..

Tiba tiba lepas beli makanan timbul
pulak kat kepala tuk cari roti canai, tanya isteri
mana ada gerai jual roti canai dekat2 sini. Dia cadangkan mamak
tapi rasanya mamak kena pi bandar bukit mahkota. Fikir fikir jauh, kemudian 
dia cadangkan kat stesen komuter Bangi. Jadi terus jer pi sana,
tanpa fikir panjang, sebab dekat sesangat. Aku
jarang makan kat luar, tu sebab
gerai depan mata pun aku tak ingat. Aku rajin makan kat
rumah jer selepas beli dari gerai2 kat luar...
Tapi biasanya bila hari cuti
macam ni kami beli jer kat jiran yang
yang jual kueh dan nasi lemak berhampiran dengan
rumah kami.....




Ada ketikanya makan di luar berdua jer bagus gak.
Makan atau sarapan kat luar dengan isteri jer atau berdua jer ada 
kelainan...tak percaya cuba lah...Mungkin boleh sembang
dan sebagainya tanpa fikir yang lain....tak gitu..
Rasanya bila da tua tua macam ni memang 
selesa pi makan dan minum berdua jer kut kat luar...gamaknya..
eh! ye ke da tua....huhuhu.....




Apa2 pun
pasangan muda2(yang da kawen la) pun sekali sekala
kena makan kat luar juga...mana2 pun boleh tak perlu lokasi2 yang eksklusif..
.........boleh sembang2 dalam suasana yang berlainan
daripada suasana dalam rumah...sekali
sekala la...tak perlu selalu....
Kalau selalu macam mana ibu ibu nak beri makan dengan air
tangan sendiri untuk suami dan anak anak....tak gitu...
Selesai sarapan gerak balik dengan membawa bekalan yang dibungkus
untuk anak di rumah.....ingat segala yang dibelanjakan
untuk isteri dan anak anak berpahala jika
IKHLAS...

*minggu depan aku sibuk keje KONVO UKM seminggu...sabtu hingga selasa (28 - 31)
bertapa dalam dewan je......memalam pun keje maaa...

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Wednesday, October 18, 2017

Alamanda sat...

Hari ini RABU, 18 OKT. 2017, aku pi Alamanda sat dengan anak dan isteri. 
Pi sana cuma nak pi Celcom Centre. Sebab dapat mesej suh
tukar sim kad kepada 4G sebelum
30 Oktober 2017.


Sampai je di sana, anak aku yang 
cari lokasi Celcom Centre di Alamanda tu. Jenuh juga nak cari......
Maxis dan DG senang je jumpa. Aku tunggu je anak aku cari 
lokasi centre tu. Bila jumpa terus pi dan tanya  pekerja
 centre tu. Dia suh isi borang dan tunggu  giliran 
dipanggil.
Bila turn aku tiba,  terus pi kaunter. Dia 
minta IC. Dalam masa dia duk buat keje, aku tanya
nape kena tukar kepada 4G. 


Dia
kata untuk selaraskan.
Aku tanya lagi kalau tak tukar sim lama
takleh guna ke. Dia cakap tak tukar pun takpe...
Kalau aku tau macam tu lebih baik tak tukar. Boleh guna gak...
Selesai je hal tu, kami pi masuk pasaraya AEON
kat Alamanda tu. Lama sungguh tak masuk
sini sejak Bangi dah penuh
dengan pasaraya.



Wah! aku tengok
kat display tv tv tu...ho..ho..ho..
banyak betul model tv sekarang ni. Sekarang 
tv da ada UHTV kalau tak silap aku, yang boleh tayangkan
visual 4K...huhuhu...maknanya visual lebih
cantik sebab resolutionnya lebih tinggi
lebih daripada 1080....4K la katakan...................
wah...dunia sekarang pantas ke hadapan.....
rasanya macam tak boleh nak kejar da...lagi dikejar...lagi
jauh dan pantas dia berlari. Di Alamanda
tu aku beli barang sikit...dan...
terus balik...


Kami singgah makan
tengah hari di gerai baru dekat
sekolah teknik sepang tu. Kami pernah makan
kat sini dulu. Makan 4 orang dengan air jumlahnya 29rm...
rasanya tak mahal sangat pun............... Sempat 
tinjau ngan ekor mata harga makanan lain...seperti mee, nasi 
goreng dan sebagainya...harganya antara 5.50rm 
hingga 750rm kut...
ALHAMDULILLAH...kenyang...itulah nikmat ALLAH SWT.
Selesai makan

 terus balik...dan........
.....esok pi keje sebab cuti da tamat......huhuhuhu......

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Tuesday, October 17, 2017

Layan je...

Semalam dan hari ni (Isnin & Selasa - 16 & 17 Okt. 2017), aku bercuti kerana
keletihan sebab baru balik dari perkampungan Orang Asli Pos
Gob Gua Musang Kelantan. Mulanya aku mohon
cuti hari Isnin je sebelum balik.
Namun disebabkan pada hari Isnin aku baru sampai
dari Gua Musang maka aku mohon satu hari cuti lagi la...letihhh....



Jadi semalam anak aku ajak pi makan luar di CS. Nak taknak pi jugak
walaupun badan rase letih. Jadi pi la kami tiga beranak
makan di sana selepas Asar. Kami order
makanan ...aaaa....aaaa...
lupa pulak dah...
Tu lah da lama tak makan benda ni
sampai aku lupa namanya...Memang da lama tak
makan pun makanan ni. Aku memang gemar makanan ni dulu.
Selalu beli...tapi bila tiap kali makan aku asyik sesema maka aku berenti
beli dan makan. Aku alah dengan makanan laut dan belacan..
Kuahnya ada belacan gamaknya.......



Jadi hari ini aku makan juga..
walaupun aku tau aku akan kena selsema....apa boleh
buat da.....makan je la ubat..................................................................
Satu lagi...bagi anak bini makan ni berpahala...bukan sia-sia...ada
pahalanya tu....asalkan dibuat dengan ikhlas dan
jangan ungkit ungkit...kalau ungkit habis
la pahala tuuuuu...tak gitu...



Berserah je pada ALLAH...kalau nak sakit jugak, apa nak buat
kan....terima je la....lagi pun bukan makanan tu je ada
kat dunia ni....tapi hari ini aku makan jugak...
huhuhu........bak kata pepatah...
kalau kedai dobi lain ada....apa heboh sangat
dengan kedai dobi Islam, dia orang da takde keje lain ke, asyik
intai hal orang Islam je....opst! melalut pulak aku....
inilah tulisan aku yang agak melalut....tiada kaitan sangat pun dgn cite di atas...
huhuhu.....maklumlah da meluat aku dengan
mereka yang duk salahkan orang Islam je...termasuk orang
Islam yang turut menyalahkan orang Islam...huhuhu..

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Wednesday, October 11, 2017

Pos Gob Gua Musang Malam ni..

Hari ni, Khamis, 12 Okt. 2017, dan malam ni aku akan pi Pos Gob Gua Musang
Kelantan. Aku pi dengan sdr. KAMARUL juruvideo dan 
sdr. IKHWAN jurufoto. Semua kami dari Pusat Komunikasi Korporat
 Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semua peserta berjumlah lebih kurang 40 orang .
Kami semua akan tidur di khemah khemah yang disediakan....
  


Kami ke sana kerana buat rakaman video
dan foto lawatan kerja VVIP ke penempatan orang asli
berkenaan. Termasuk malam nanti bermakna aku da pi ke Pos Gob
sebanyak 3 kali. Pos Gob ialah penempatan orang asli yang paling pedalaman
di semenanjung yang terletak di KELANTAN. Dari Gua Musang lebih
kurang 80 km. Perjalanan ke sana makan masa lebih kurang
tujuh jam melalui jalan balak. Takde langsung
jalan tar. Kalau musim hujan
berlumpur dan kalau musing panas berdebu..




Mereka ke sana yakni
VVIP yang terlibat pi ke sana
untuk meninjau perkembangan aktiviti pendidikan
untuk orang asli yang telah dimulakan sejak awal tahun 2016 yang
lalu. turut sama ke sana nanti ialah team perubatan
yang akan menjalankan rawatan percuma
untuk orang asli. Para
penyelidik jugak akan turut serta
untuk membuat kajian atau menyemak kajian
mereka yang lalu di penempatan orang asli di sini....




Jadi tugas kami cuma merakamkan
segala aktivi lawatan dan sebagainya di sana nanti.
Harap kami selamat pegi dan balik dan selamat ketika berada
di sana. Moga dapat melaksanakan tugas dengan baik
dan sempurna. Rakaman tu nanti aku
akan edit untuk dijadikan sebuah penerbitan
dokumentari dan seterusnya akan aku upload ke utube untuk
tontonan...jangan lupa tonton yeee..........

Doakan kami semua ok ye........

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

Tuesday, October 10, 2017

Cite harini, 10 Oktober 2017

Hari ni, Selasa, 10 Oktober 2017...di opis kami handle bengkel MCP
di studio ukm. Aku dan rakan kendalikan bengkel tersebut
dan hari ini hari terakhir. Kami berjaya
selesaikan hingga berjaya...
Tamat satu kisah..................................
Kalau nak tonton bengkel penerbitan mcp kami pi
SINI







.................................................................................................................

Balik rumah waktu lebih kurang
6.00 petang ada pengumuman untuk buat semburan
nyamuk aedes...haihhh...rasanya minggu lepas da sembur. Dengar
cite dua tiga hari ini ramai pulak yang dijangkiti
demam denggi tu....tapi bukan jalan
aku...jalan dibelakang
rumah aku....Oleh itu perlu gamaknya semburan
menyeluruh kut...........
Setakat ini denggi tiada ubat. cara berkesan ialah menghalang
pembiakan nyamuk aedes. Jadi terpulang kepada kita...kalau nak bela aedes
silakan...sediakan takungan air....buat tak tau jer bekas2 takungan air..
tin2 kosong dan sebagainya.......tapi siaplah kene DENDA...opst!




Sebenarnya forging ni merupakan semburan racun serangga yang dicampurkan
dengan minyak diesel. Masa semburan sepatutnya semua makanan
ditutup. Pintu rumah dibuka supaya asap masuk dalam
rumah. Biasanya semburan ni dilakukan
di kawasan wabak denggi dan di kawasan banyak nyamuk.
Biasanya dilakukan waktu pagi dan petang kerana nyamuk aedes ni
aktif menggigit pada waktu berkenaan.. .waktu malam tak aktif..
Semburan ni sebenarnya untuk mengurangkan jumlah nyamuk aedes, bukan
untuk membasmi. Berkesan untuk jangka pendek je....apa2
pon daripada tidak buat apa2 kan gitu.......Untuk lebih
berkesan, perlu kita hapuskan tempat2
pembiakan nyamuk...takde care lain....tapi...adakah kita benar2
berusaha untuk hapuskan aedes.........



Kalau kita nak melawat saudara mara dan sebagainya janganlah
melawat pada waktu pagi atau petang kerana itu
masa nyamuk aedes aktif di kawasan
wabak denggi. Carilah masa yang lain...waktu malam dia
tidak aktif....tapi....apa kata kalau nyamuk tu memang 
da ada celah celah rak kain dalam rumah kita....
tentu bila2 masa je dia boleh hirup darah kita....tak gitu....jadi hati2 lah...
dan banyakkan berdoa.............................

SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...