Monday, June 24, 2019

Dah bermula hari2 yg sibuk..

Diari Daud - Hari ni Selasa, 25 Jun 2019...Semalam Isnin, awal pagi dah bangun, macam aku masih keje dulu tu...la ni da bersara...Bangun seawal sebelaum 6.00 pagi. 
Selesai segala yang wajib dan yang perlu. Jam 7.30 pagi aku terus
 gerak menuju ke Cyberjaya. Macam semalam. Semalam
merupakan kali pertama seperti hari ini. Aku
gerak melalui jalan Bangi jalan
Dengkil dan masuk ke Kolej
Vokasional, masuk kampung dan terus masuk
ke Putrajaya arah ke PICC. Ada beberapa jalanraya yang
jem tapi jem bergerak...iaitu di traffic light Bangi, Sungai Buah dan selepas Kolej Komuniti Sepang kalau tak silap serta di jalan masuk ke Putrajaya. Jarak diantara kediaman
aku dan Cyberjaya lebih kurang 26 kilometer dan kalau
pergi dan balik jadi 52Km..
Hari hari bekerja selepas ni sepanjang 2 bulan lebih ni
aku akan hari hari pi Cyberjaya macam orang yang pi keje hari hari pagi dan petang. Sebenarnya aku akan pi ke sana kerana menghantar anak pompuan
aku yang menjalankan latihan industri di sebuah syarikat
di menara Paragon di Cyberjaya tu....

ke cyberjaya
Aku akan hantar dan ambik dia setiap
hari...pagi hantar jam 7.30 pagi dan petang pula aku akan
amik dia dari Cyberjaya tu..Dia kuar jam 6.00 petang. Ini bermakna satu hari aku akan berada di Cyberjaya dua kali setiap hari...Letih jugak tu..tapi apa boleh buat..anggaplah ia satu kewajiban yang memang perlu dilakukan oleh setiap ibubapa, memang
tanggung jawab ibubapa punnnn...

Masuk aje ke Putrajaya dari sempadan kampung,
terus aku gerak arah PICC namun tak masuk jalan PICC pun tapi terus tuju Cyberjaya. Dalam 6 kilometer dari situ terus masuk susur ke Cyberjaya. Dalam Cyberjaya
aku lebih bergantung kepada google map, aku lebih selesa dengan
google map daripada waze. Aku nak jelaskan payah
sebab aku bergantung pada googlemap
aje...ikut aje apa yang ia suruh..

ke cyberjaya
Aku memang tak mahir dengan
Cyberjaya ni. Bila tiba dalam Cyberjaya tu
memang tak nampak sangat pun signboard yang menunjukkan arah
sesuatu tempat dan kalau tak bergantung kepada googlemap dan sebagainya tentu
akan sesat laghat....Masa pi ke menara Paragon tu memang banyak belok kanan aje dan jarang beluk kiri...

Tiba aje di menara Paragon tu
mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kat Cyberjaya tu kenderaan agak banyak jugak sebab orang nak pi keje. Setelah anak aku turun dan masuk ke bangunan
Paragon tu maka mulalah agak gerak balik. Terpaksa la sensorang
aje. Masa pi tu ada la anak pompuan aku ingatkan
berkaitan arah yang perlu ditempuh
tapi masa balik ni aku kena tempoh sensorang aje dengan
google map sebagai peneman untuk tunjukkan jalan. Walau bagaimana
pun aku berjaya jugak keluar daripada Cyberjaya tu...Bila berjaya keluar dah tak susah dah..Aku amik keputusan untuk pi UKM pula...

menara paragon
Tiba di UKM terus pi Tasik Kejuruteraan tu
untuk buat workout sikit. Aku memang dah dari rumah pakai track suit dan aku memang nak berjalan di keliling tasik ukm ni. Tiba di tasik terus aje berjalan. Sebenarnya
lama aku tak singgah di tasik ukm ni kerana sering pi tasik
nilai sebab ia lebih selesa. Kali ni aku kena kerap
pi ukm untuk berjalan selama sejam
di tasik tu untuk kuarkan peluh. Kalau dah jam 9.00 pagi ni memang tak sesuai pi tasik nilai tu sebab hari dah panas sementara kat ukm ni masih ok sebab banyak pokok
di keliling tasik tu.

Selesai berjalan sejam maka aku pun mula gerak balik ke Bangi...Aku akan sering datang ke sini lepas hantar anak ke Cyberjaya tu. Sini lebih dekat daripada
pi ke tasik nilai tu.....

tasek kejuruteraan ukm
tasek kejuruteraan ukm
lama tak datang sini..
sejam lebih
selesai sejam lebih..
selesai untuk hari ni...
Lepas zohor aku pi ke klinik kesihatan seri putra untuk
amik ubat yang biasa aku amik tu la...Apa boleh buat la kalau dah ada penyakit tentu kena makan ubat tak gitu..Jangan mengeluh sebab kita ditimpa kesakitan...
redha aje la...Penyakit ni diberi ALLAH SWT atas
banyak sebab...sebagai penghapus
dosa kita, sebagai balasan dosa kita, sebagai ujian dan untuk menaikkan darjat kita
di sini ALLAH SWT...jadi...redha aje la....
Aku pi klinik kesihatan tu dengan isteri aku.
Tiba je klinik tu terus masuk dan pi ke bahagian farmasi.
Aku tekan nombor dan klip pada slip ubat tu dan tunggu nombor dipanggil.
Tak lama menunggu nombor timbul di layar tapi takde suara. Aku pi je ke kaunter tu...Ahli
farmasi tu kata nombor aku belum dipanggil...hahaha...pulak dah, tadi nombor ada
kat layar tapi memang takde suara...aku buat tak tau aje dan dia ambil gak
slip tu...seterusnya dia
bagi aku ubat yang perlu aku ambil...Aku pun tak tau nape nombor timbul
tapi bunyi takde...sekali lagi aku tak kisah pun...takkan
perkara kecik macam tu nak jadi isu kat
pegawai farmasi tu...haihhhh....
macam macam la...opst!...hahahahahahahaha...


klinik kesihatan bandar seri putra
nombor giliran aku...
bahagian farmasi
duk sebelah isteri...
Lepas asar pula aku kena pi Cyberjaya sekali lagi untuk
ambil anak pompuan aku kat menara Paragon tu..Harap jalan yang aku tempoh taklah sibuk kan...Sekali lagi aku terpaksa bergantung kepada pakcik googlemap...kalau tak
memang aku takkan sampai ke destinasi yang aku nak tuju tu...
Perjalanan pi agak tenang aje dan dalam
38 minit dah sampai ke menara
Paragon tu...

Tapi masa balik tu amat sadis
...gerak kul 6.00 petang dari cyberjaya kemudian terus
gerak ikut googlemap kemudian masuk Putrajaya...Seterusnya keluar susur
ke Kajang...sepanjang perjalanan memang kenderaan banyak sebab time orang balik keje semua.
Bila tiba susur keluar dari sempadan Putrajaya ke pinggir kampung. mulalah teruk jemnya. Dari 3 lane nak jadi satu lane, berebut rebut la memasing...aku pun berebut. Pas tu
pulak jem kat traffic light pulak. Traffic light dekat kampung limau
manis...trafic light kat jenderam hilir...traffic light kat
kolej memandu jalan jenderam tu...traffic
light kat Genom dan traffic
light kat pekan
Bangi...semua tu penuh dengan kenderaan dan jemm....Akhirnya sampai rumah jam 7.10 malam, maknanya lebih sejam perjalanan...Nampaknya dalam dua bulan lebih
ni aku macam jadi pekerja semula pi pagi balik petang..Sekali pi 26Km
..balik 26Km...Masa amik pun pi dan balik 26Km x2...
...hahaha...opst! apa boleh buat la....

pinggir jalan berhampiran menara Paragon
pinggir jalan berhampiran menara Paragon
3 lane nak jadi 1 lane dari putrajaya ke pinggir kampung....
inilah jalan kampung tu...di lokasi tertentu memang jem sendat punya...
Rasanya setakat ni aje yang aku nak citekan dan sebelum aku tutup
tulisan aku ni aku doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua dan jangan lupa doakan setiap lepas solat supaya ALLAH SWT akan mengampunkan semua dosa kedua ibubapa
kita dan kedua ibubapa mentua kita, serta ALLAH SWT luaskan kubur
mereka serta dibukakan salah sebuah pintu syurga ke
kubur mereka hingga ke hari kiamat
dan moga ALLAH SWT hindarkan mereka
semua daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan
juga siksaan api neraka serta dimasukkan ke dalam syurga
bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah dan mereka kekal di dalamnya...aamiinnnn.....

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~


daud.montak.zakaria

Tuesday, June 18, 2019

Catatan SYAWAL di PARIT PERAK dan Perlis...

Diari DAUD - Hari ni SELASA 18 Jun 2019, dulu semalam AHAD 16 Jun 2019 kami tiba dari kampung kerana bercuti selepas RAYA. Kami memang bercadang balik
kampung lepas berhari RAYA di BANGI. Kami bercadang untuk
balik kampung pada SELASA minggu lepas 11 Jun
2019 lepas anak pompuan
kami balik ke
Kangar Perlis untuk menghabiskan
sisa sisa subjek peperiksaan di UNIMAP. Dia naik ETS
dari KAJANG hingga ke KANGAR PERLIS pada jam 9.30 pagi. Lepas dia
gerak ke KANGAR kami pula gerak ke PERAK. Kami gerak lepas ZOHOR. Turut serta
ialah anak kedua aku dan anak bungsu aku. Anak sulung aku akan
sertai kemudian iaitu hari KHAMIS beserta isteri dan
anak kecil dia....


balik PERAK ikut PLUS, SKVE, SUNGAI BULUH, PLUS UTARA, GOPENG,
SERI ISKANDAR...BOTA KANAN..
hujan lebat kat kawasan sungai buluh kut...
rumah adik di KG SENIN..
Kami mula gerak lepas ZOHOR.
Kami gerak dari BANGI dan masuk ke LEBUHRAYA PLUS.
Dari PLUS kami masuk pula ke LEBUHRAYA SKVE menuju SHAH ALAM
dan seterusnya tiba di SUNGAI BULUH iaitu LEBUHRAYA PLUS ke utara. Laluan ke
utara memang macam tak sesak tapi yang menuju kembali ke selatan
nampak macam banyak aje kenderaan, mungkin
mereka balik ke KL atau mereka
beraya lagi kut. Masa kami balik ni merupakan 7 SYAWAL....Dalam perjalanan
ke utara tu kami tiba di satu kawasan yangmana ditimpa titisan hujan
yang lebat sangat...nasib baik tak lama...Apa apa hujan
tetap rahmat Allah swt untuk makhluk...
..makhluk bukan kita aje kan...


PEKAN PARIT....
PEKAN PARIT
BELI SARAPAN DI PEKAN PARIT...
Kami hanya singgah sekali aje iaitu
di hentian TAPAH. Singgah sat untuk solat ASAR.
Kami jugak sempat beli makanan dan buahan kat hentian TAPAH tu...
pi toilet memang dah tentu la kan...hahaha...
Memang setiap kali balik kami akan singgah kat hentian tu, sejak dulu lagi...Memang rutinnya macam tu...ok la tu kan...boleh gak enjin kete rehat jugak..
Kami tiba di rumah adik aku lebih kurang jam 6.30 petang...ALHAMDULILLAH kami selamat sampai. Kami bermalam di rumah adik aku tu. Memang kalau balik kampung aku
akan bermalam di rumah adik aku...aku rasa selesa bermalam
kat situ setiap kali balik kampung...

Rabu pagi kami pi pekan PARIT
untuk beli sarapan...sempat la tengok pekan mati PARIT tu yang
dah setahun aku tak tengok...hahaha...Kami jugak sempat beli kipas siling untuk
rumah kami yang baru siap di belakang rumah adik aku tu..Di PARIT tu sempat la tinjau pekan tu kejap...Nostalgia pekan Parit ni..Masa kecik selalu pi pekan
ni untuk makan mee maidin kat Parit tu...Sempat jugak
aku dengan kawan2 masa kecik tengok
wayang kat panggung wayang
pekan tu...sekarang dah lama takde panggung wayang tu
...biasanya tengok cite hindustan...Kami pi Parit tu naik basikal aje...waktu malam ramai2...aku pun dah lupa
dengan sape aku pi Parit tu....nostalgia kan...sekarang ni pekan
tu macam dah hampir mati sebab dah ada
BANDAR SERI ISKANDAR...
gamaknya la....banyak opis2 kerajaan pindah ke sana...


ZIARAH RUMAH KAK SIAH
RUMAH KAK SIAH..
RUMAH KAK AWE
RUMAH KAK AWE
Berbalik pada cite asal..lepas ZOHOR aku bersama
isteri dan 2 orang anak aku pi pulak BERSYAWAL dikampung SETERUS SAUK, KUALA KANGSAR. Tujuan kami untuk ziarah kakak kakak ipar aku di sana. Isteri
aku memang berasal dari sana, kampung SETERUS, SAUK.
Kalau dah jodoh, ceruk mana pun boleh
jumpa kan..kan...kan...
hahaha..opst!

Kami tiba di sana, di SAUK
tu dalam sejam melalui jalan PARIT, BELANJA, MANUNG,
KUALA KANGSAR dan akhirnya kampung SETERUS, SAUK. Masa yang diambil untuk ke sana dari kampung aku kat LAYANG2 KANAN tu lebih kurang sejam. Lalu jalan kecik melalui kampung2...macam kampung biasa la. Melalui jalan sedikit
bukit bukau tepi sungai...Singgah sat kat MANONG isi minyak...
Jalan kecik aje tapi ok la tu daripada tiada jalan...Jalan ni paling dekat untuk ke Kuala Kangsar tu...

Tiba di SAUK melalui jalan ke GRIK tu, rumah yang mula kami singgah
ialah rumah kakak ipar aku yang aku panggil KAK SIAH...isteri aku pun panggil macam tu...aku ikut aje la..Di rumah tu kami sempat menjamu selera dengan kueh
kueh raya yang masih ada lagi. Dia sorang aje yang tinggal
di rumah tu...Anak anak semua dah ada
keluarga sendiri...tinggallah
dia sorang aje...suaminya dah lama 'pergi'...moga almarhum bahagia di sana..aamiinnn...


RUMAH KAK AWE
KAWASAN RUMAH KAK SABA
RUMAH KAK SABA
Selesai di rumah tu, seterusnya kami pi ke rumah kakak ipar aku lagi sorang yang duduk berhampiran rumah tu jugak. Bagi salam dan kami pun masuk. Aku
panggil kakak ipar aku tu Kak Awe macam isteri aku panggil.
Kat rumah tu selain kak ipar aku ialah suami dia, abang JET, anak mereka
WANI dan jugak emak biras aku tu...Jadi kami ada di rumah tu agak dalam setengah jam la jugak. Selesai aje maka kami gerak pulak ke rumah kakak ipar aku yang sorang
lagi yang duduk di rumah dalam kampung yang sama...

Kami tiba di rumah kakak ipar aku lagi sorang tu dalam beberapa
minit aje. Bagi salam kat pintu...isteri aku yang bagi salam, kami tunggu dulu kat luar
untuk bagi masa tuan rumah untuk tutup aurat...aurat memang perlu dijaga...Selesai aje maka kami pun masuk. Kat rumah tu kakak ipar yang aku panggil KAK SABA
tu ada bersama anak pompuan dia yang dah berkeluarga, suami
anaknya tu bekerja. Kami di jamu dengan
mee atau spageti aku pun
tak pasti sebab aku tak mahir sangat dengan makanan ni. Pada aku kalau kelihatan macam mee, aku anggap mee aje...hahaha...Kami jugak makan kueh raya yang ada kat situ.
Tak lama kemudian anak pompuan dia yang sorang lagi balik dari tempat keje
bersama anak kecik dia. Kami bersembang la seketika sebelum kami
mintak diri untuk balik. Aku pun tak berapa ingat nama anak
pompuan dia tu...kalau tak silap NUR dan UMI tapi aku tak kenal pun mana satu umi mana satu nur maklumlah aku ni jenis yang 'terlalu rajin' pi cari sedara
mara...ekekeke...opst!...maaf la eaa...

tengah tunggu makanan...sebelah tu adik aku...
sedang jamu selera...adik ipar aku dan anak aku...
isteri dan anak aku...
Kami gerak kembali ke PARIT dah agak lewat petang jugak la...sama la
jalan yang kami lalui iaitu KUALA KANGSAR, MANUNG, BELANJA dan PARIT...Di Parit kami singgah sat sebab aku cuba nak cari buah DOYAN. Ada satu gerai kat
pekan PARIT tu jual doyan. Isteri aku dan anak anak pi beli
doyan kat gerai tu...sekilo dia juai 8RM
mungkin sebab dah malam
kut...Selesai beli terus aje balik ke kampung Senin tu...
Bila dimakan buah doyan tu bukanlah yang terbaik...doyan kampung, kalau nasib baik dapatlah yang bagus isinya tapi yang kami beli ni nampaknya isinya nipis
aje...apa boleh buat memang itu rezeki yang TUHAN dah
tentukan...redha aje laaa...

Malam tu kami pi makan malam kat gerai
makan kat pekan BOTA KANAN tu...nak pi bandar SERI ISKANDAR
agak jauh.....jadi kat bota kanan aje la. Kami makan kat gerai tepi jalanraya LUMUT ke SERI ISKANDAR. Gerak lepas maghrib. Kami gerak semua iaitu aku, isteri dan anak2 dan jugak adik aku dan suami dia.
Tiba aje kat situ terus masuk dan cari tempat duduk. Aku kalau balik kampung mesti datang sini untuk makan, jarang pi bandar SERI ISKANDAR tu...Kat situ cuma  7Km aje
kut tapi kalau bandar SERI ISKANDAR 15 Km gamaknya. Kat kedai atau 
gerai makan tu, semua ada, menu dan harga semua ada kat
dinding kedai tu...besar2 belaka... tapi aku order
mee hailam aje...itu aje yang aku boleh makan, maklumlah, banyak aku takleh makan sebab alahan...Harga semua lebih kurang aje macam kat
BANGI tu. Gerai tu memang gerai
tomyam...sebelah gerai ni pun macam jenis gerai yang sama aje...banyak sebenarnya gerai kat sekitar ni....Selesai aje makan terus aje balik....


4 jam tentu lenguh kaki drive...
gerak ke kangar perlis hari khamis....
singgah di R&R ...lupa nama rnr ni...masa pi Kangar
singgah untuk sarapan....
Hari KHAMIS, 20 Jun 2019 kami pi gerak
ke PERLIS awal pagi lagi dengan dua buah kete. Lebih kurang
jam 7.00 pagi kami mula gerak. Turut sama ialah isteri dan dua anak kami.
Kami pi ke PERLIS tu untuk amik anak pompuan kami di Kolej Kediaman Tan Sri Aisyah Ghani di Wang Ulu kat KANGAR tu.....Kolej Kediaman Siswi UNIMAP.
Kami melalui Lebuhraya PLUS dari Parit
Simpang Pulai, Ipoh, dan seterusnya ke utara. Agak makan masa jugak untuk tiba di KANGAR tu iaitu lebih kurang 4 jam rasanya. Kami singgah di beberapa
R & R sepanjang perjalanan tu sebelum tiba di lokasi kolej
kediaman anak pompuan kami tu...Letih jugak
duduk memandu selama berjam jam
tu...letih woooo.....Kaki letih tekan minyak dan clutch, 4 jam ooo...

Kami tiba di kolej kediaman anak pompuan
aku tu lebih kurang jam 12.30 tengah hari tapi anak aku belum tiba dari
lokasi pekse dia tu. Beberapa lama kami tunggu akhirnya dia sampai dan mulalah
sesi angkat barang2 dia masuk ke kete. Kami bawa 2 buah kete sebab nak bawak barang2 dia yang macam banyak aje tu...
Kolej pompuan, lelaki memang tak boleh naik ke bilik jadi anak pompuan aku bawa dari atas dan anak lelaki aku bawak masuk kete...Banyak jugak barang2 dia tu. Barang2
tu kena bawak balik semua sebab sesi akan datang anak pompuan
aku akan masuk ke sesi LATIHAN INDUSTRI pulak
sebelum masuk kembali untuk pengajian tahun tiga atau tahun akhir pulak....
moga pengajiannya dan pelajar2 lain berjalan lancar...
Kali ni kami tak pi mana mana pun di Perlis tu sebab kami balik hari..Kalau bermalam kat
Perlis tentu kami boleh pi mana mana macam yang lalu...Dulu kami dapat gak
pi taman ular kat perlis tu dan lain2...kali ni amik anak dan terus balik
ke Parit....


Kolej Kediaman Unimap di Wang Ulu, Kangar..
Kolej kediaman siswi unimap kangar
tunggu siap punggah barang ke kete...
 Selesai aje muatkan barang dalam kete, kami pun gerak...kete anak aku penuh dengan barang2 sementara kete aku bawak orang aje, aku, isteri, dan dua anak aku.
Sebelum jauh dari kolej kediaman tu kami singgah di masjid
berhampiran untuk solat jamak dan qasar
ZOHOR dan ASAR. Selesai aje terus mula gerak..
Aku ikut aje kete anak aku sebab aku tak tau jalan yang perlu dilalui. Anak aku
guna waze yang kadang2 masuk ke jalan kampung kampung yang macam jalan kampung kat MANUNG aje....hahaha...

Kami singgah di R&R Semanggol
masa kami balik ke PERAK dari KANGAR tu untuk isi perut. Selesai aje isi perut, kami teruskan perjalanan. Sepanjang lebuhraya jarang pun gerak bawah  110kmj
....hahaha...apa boleh buat la...kalau gerak macam tu rasa macam
kaki siput aje...tentu lambat sampai...Kebanyakan kete macam tu la melainkan
lori aje yang selalu gerak bawah 110kmj...hahaha...opst!...Dalam jam hampir 7.00 petang gak baru tiba kat rumah adik kat KAMPUNG SENIN tu...


isi barang masuk kete
jamak dan qasar kat sini...
R & R ...lupa namanya...SEMANGGOL  kut...
 Tiba di rumah adik aku, anak sulung aku bersama famili
dia, memang dah sampai dulu dari SELANGOR di rumah adik aku tu....Perjalanan kami dari utara tu lebih kurang 400 Km tu sebabkan kaki macam lenguh semacam aje...bawak
kete manual pulak tu...hahaha...Tapi... tu la bagi aku kete manual ni
memang kete lelaki tulen...hahaha...tapi kalau dalam
KL bawak manual, memang la mendidih kalau masih guna manual tambah kalau
memang keje sekitar dalam KL tu.....hahaha..

JUMAAT awal pagi aku pi pekan PARIT untuk
cari sarapan pagi...Macam macam dibeli termasuk roti canai...Boleh
jugak kalau aku nak pi ke pekan BOTA yang lebih hampir untuk beli sarapan tapi...malas nak ke sana...Masalah sarapan kat kampung aku ni memang takde pun, memana
boleh pi beli...orang jual masuk kampung pun ada..Harga murah sikit
daripada kat BANGI tu...rasanya la...

Lepas sarapan aku ajak anak kedua aku pi ziarah kubur bapak dan
emak aku di kawasan berhampiran aje...Tapi aku pi dgn kete ikut jalanraya...sebenarnya berjalan pun boleh. Tiba di sana letak kete depan gate pagar kawasan tanah
wakaf tu...Belum sempat aku masuk masuk kawasan tanah perkuburan
tu ada seseorang bagi salam...salam disambut.


makan tengah hari rasanya...
dah sampai BOTA KANAN...
Waaa...dengan dia ni aku dengar banyak
sangat cite dia. Dia baru balik dari kawasan tanah belakang
tanah wakaf tu. Dia kata dia tengok tanah bini dia yang ada kat sana. Dia kata
tanah isteri dia dah diguna oleh orang, dah ada rumah di situ. Dia kata tak patut orang tu buat rumah atas tanah bini dia. Dia kata dia nak jumpa orang yang bertanggung
jawab guna tanah tu tanpa kebenaran...Aku pun kata eloklah bincang
dengan baik...Dia kata dia anggota polis sambil tunjuk kad kuasa dia. Pada aku pun tak patut orang guna tanah tu tanpa kebenaran dia..memang tak patut pun, samalah
macam pencuri. Bila dah lama cite aku cepat2 potong cite dia
sebab kalau tak buat gitu tentu aku tak dapat nak lawat kubur emak bapak aku...Banyak sangat cite dia. Dia jugak cite dia merupakan salah sorang anggota  komando yang
pernah bawa kete proton saga di kutub utara tu...korang  semak la tentu ada
dalam internet kan...zaman sekarang tak susah cari maklumat
...hujung jari aje kan....
Rasanya tahun 2007. Lepas bersara komando dia dapat masuk polis dan dia tak
cite pun macam mana boleh masuk polis...dia sebut secara umum aje...Dia nak akan pencen 2 tahun lagi dan mungkin akan menetap kat kampung tu jugak. Dia menantu orang
kampung aku...Dia kata dia menantu Damanhuri...aku pernah dengar nama tu tapi
aku dah ingat2 lupa wajah orang tu sebab aku tinggalkan kampung aku
pada usia 20 tahun...sekarang ni dah 59 tahun...
Kalau balik kampung sekali sekala pun aku duk rumah aje...Kami bersalam sebelum aku mintak diri untuk masuk ke tanah wakaf untuk lawat kubur emak bapak aku dan
semua sedara mara yang ada di tanah wakaf tu...


beli sarapan kat PARIT dan pi pasar pulak..
tanah wakaf
aku jumpa si Johar ni, menantu damanhuri katanya...aku pun dah lupa wajah damanhuri tu....
Di tanah wakaf tu aku dan anak aku pi tengok kubur bapak aku dulu dan emak aku. Di kubur bapak aku, aku doakan kebaikan mereka dan semua yang ada di tanah
wakaf tu. Moga mereka semua diberikan kebahagiaan oleh ALLAH SWT
di alam sana tu....Itu aje yang mampu kami buat, doakan
untuk kebaikan mereka semua.....jangan jemu berdoa untuk mereka semua..
Ada ketikanya rasa macam damai aje bila duk kat tanah wakaf tu..
tapi biarlah tanah wakaf tu tak semak dan hutan...tak caya cuba tengok foto yang
aku paparkan tu...damai kan dengan langit biru cerah...Almarhum emak bapak kita tahu
kalau kita lawat pusara mereka....doakanlah untuk mereka dan semua almarhum
yang ada kat tanah wakaf tu...tak rugi kita doakan untuk mereka semua...
Mana tahu bila kita mati nanti ada penziarah lain yang
akan doakan untuk kita walaupun cuma sedara se ISLAM saje...kan..kan...

Kemudian aku ajak pulak anak aku pi
ke sawah yang sering kami pi bila balik kampung.
Bukan sawah aku pun tapi sawah orang lain. Saje je pi sana untuk
tengok sawah yang terbentang tu. Damai rasa hati bila tengok sawah yang luas tu
walaupun bukan sawah aku pun. Seronok dapat tengok sawah....luas terbentang...rasa damai tengok pokok padi yang hijau tu...Kalau masak tentu lagi cantik...Sempat berposing kat situ.
Tiba2 talipon aku berbunyi...rupa2nya isteri aku yang call, dia orang pun nak pi ke sawah tu...Aku suh dia orang datang dengan kete anak sulung aku. Tak lama kemudian
dia orang pun sampai. Apa lagi la semua duk posing kat sawah tu.
Anak bungsu aku siap bawak pancing lagi. Dia pi
mancing sensorang...apa pun tak dapat
...budak pekan atau urban mana la tahu nak mancing, takat baling umpan aje tapi kalau takde skill apa pun tak lekat...Aku pun dah hilang skill memancing tuu.....
Sempat jugak la kami berposing di sawah ORANG tu..
la ni ada posing dengan cucu lagi tu...haha..


pusara bapak aku....tu bukan nangis tapi lap peluh kut...panas kat situ...
pusara emak aku..
semoga semua penghuni tanah perkuburan ini BAHAGIA semuanya 'di sana'..aamiinnn...
Lama gak kami kat sawah tu sebelum kami mula gerak balik ke rumah sebab orang yang tukang buat rumah aku tu nak jumpa...Di rumah adik aku pula dah tunggu
orang yang buat rumah aku tu. Kami sembang dan hari tu
jugak datang orang nak pasang tiang letrik
untuk salurkan letrik ke rumah aku yang baru siap tu...pasang tiang
dan kabel aje tapi elektrik ke rumah belum lagi  disambung, rasanya itu tugas tnb....

Menjelang tengah hari aku serta anak anak dan adik ipar
aku pi solat jumaat di masjid kampung aku. Sampai aje terus masuk
masjid. Dah cantik masjid ni. Masjid baru dibina semula selepas terbakar
beberapa tahun yang lalu. Bentuknya pun lain aje daripada bentuk yang dulu tu.
Nampak cantik. Selesa solat kat sini..Jemaah pun tak penuh mungkin sebab ramai yang keje kut...Selesai solat terus balik ke rumah adik aku...

Waktu petang pula aku dan semua ahli keluarga aku
pi gerak ke Manjung untuk ziarah abang abang ipar aku yang tinggal kat pekan MANJUNG tu. Manjung terletak di jalanraya yang menuju ke LUMUT, PERAK. Kami memang
dah lama tak ziarah mereka...rasanya raya dua atau 3 tahun lepas
memang kami tak ziarah ke sana rasanya. Sebelum tu
selalu jugak pi ziarah kalau raya. Jadi
kami ingat2 lupa lokasi rumahnya
yang tepat. Aku pun call anak dia yang duk kat KL tu
untuk tanyakan lokasi rumahnya yang tepat. Dapat aje call tu aku suh isteri aku
aje yang bercakap dengan anak sedara dia tu...Selesai aje maka kami pun dapat tahu lokasi rumah yang tepat. Jadi kami pun terus aje singgah depan rumah abang
ipar aku tu...hahaha...


damai aje kan...
tanah wakaf kampung senin
sebelum berlalu...
sedara mara kita dan sedara se ISLAM kita semua..
selamat tinggal untuk hari ni...
Masuk aje ke dalam rumah jumpa dengan isteri abang
ipar aku dulu. Kemudian muncul pulak abang ipar aku tu. Kami bersalaman..
Aku salam dan peluk dia...jarang aku buat benda ni tapi sebab lama tak jumpa aku salam dan peluk dia. Siap dengan selfie lagi tu dengan dia hahahaha...opst! Mungkin
sebab lama tak jumpa mungkin dia pun macam ingat2 lupa
dengan aku...hahaha...apa boleh buat la....

Kami makan kueh raya kat situ dan anak2 aku
tak ketinggalan makan nasi jugak kat rumah abang ipar aku tu.
Sambil sambil tu kami sembang la macam macam. Abang ipar aku tu dah berumur
74 yahun. Moga dia sentiasa sihat hendaknya..aamiinnnn....Agak lama jugak kami kat situ dan akhirnya kami minta diri untuk pi ke rumah abang ipar aku yang sorang lagi.
Dia tinggal di kawasan berhampiran situ jugak.... Kat rumah abang Usop aku
tu sempat la jugak kami posing sebagai kenangan...


luas mata memandang
pemandangan kat sawah...aku takde sawah pun...
damai aje sawah ni...
cucu kami...sedar sedar je dah jadi atok...hahaha...
isteri aku dan anak2 serta cucu kami...
Kemudian kami pi cari pulak rumah abang ipar aku yang
sorang lagi kat MANJUNG tu...Aku tak mahir sebenarnya nak cari rumah tu
...selalu aje keliru. Sib baik ada anak aku...dia orang yang biasa duk atas jalanraya tentu
dah biasa cari cari rumah ni...Akhirnya jumpa jugak kami dengan rumah abang
ipar aku yang sorang lagi ni...Aku panggil dia 'ENCIK' sebagaimana isteri aku panggil...Untung adik beradik yang ada gelaran ni...dah penen pun adik2
panggil 'encik' jugak...hahaha..opst! Aku memang jarang jumpa
dia orang ni...isteri aku ada jugak pi sekali sekala bila ada
kenduri kendara...Itu bukan bermakna aku tak suka sedara mara, berdosa
kita benci orang lain ni...jika bukan hal sepatutnya..kalau tak suka pun, rasanya tak
boleh benci kut tapi bersabar aje la...Ya Allah swt, Kau masukkan kami ke dalam golongan orang yang penuh kesabarannya...aamiinn...Aku memang jarang pi cari sedara
mara ni....aku ni lebih CINTA duk di rumah daripada merayau sana sini...
memang itu sikap asal aku sejak kecik...

 Tiba aje depan rumah terus jumpa
abang ipar aku dan isterinya...terus kami bersalaman dengan yang diharuskan untuk bersalam....Macam dengan abang ipar aku yang tadi, aku bersalam sambil
peluk abang ipar aku tu...memang jarang sangat jumpa....Kemudian
kami masuk dalam dan menimati makanan yang disediakan
...Diakan sediakan nasi lemak untuk kami...
ALHAMDULILLAH...seeedapppp...


aku, isteri, anak2 dan cucu...
menantu, isteri anak anak dan cucu kami..
anak kami serta cucu..background anak dan menantu kami...
isteri, anak dan cucu kami...
Kami makan sambil sembang
...sembang biasa aje...di rumah tu cuma tinggal
dia orang dua laki bini...Anak anak memasing ada yang dah
berkeluarga sendiri...Rasanya kami jugak satu hari nanti mesti jugak macam tu kan...masa dah tua tua dan anak anak pun dah ada keluarga sendiri...tentu akan jadi gitu kan....
Abang ipar aku ni masih sihat nampaknya...moga dia terus sihat
hendaknya ...aamiinnnnnn.......
Setelah agak lama di situ maka kami pun minta diri untuk pulang ke PARIT...Macam biasalah kami semua bersalaman dan bermaafan dan sempat aku snap
foto kat situ sebagai kenangan.....Selesai aje maka kami
gerak balik ke PARIT..moga jumpa lagi di masa akan datang...InsyaALLAH....harap gitu la...

SABTU, 15 Jun 2019...awal pagi kami pi cari sarapan di PARIT. Pi kat gerai yang sama jugak. Harga makanan tak lah macam kat BANGI. Kat sini tak la mahal
...agak ok la jugak...Anak bungsu aku dan anak kedua aku
sempat la minum sat sementara tunggu
makanan siap dibungkus...Selesai aje kami pun terus balik....Ramai jugak
orang kat gerai tu..Gerai gerai lain pun ada jugak...ramai jugak
pelanggannya...Gerai tempat kami beli tu ada roti
canai, mee, nasi lemak melaka, tak tau pulak ada nasi lemak melaka ni...dan macam makanan lain jgak...Selesai beli terus aje balik...


anak bungsu kami...
mancing pun kena ada skill
skill mancing aku pun dah lenyap...
cantek kan kat sawah ni...bukan sawah kami pun...
Tiba di rumah kami terus sarapan...Anak sulung aku dengan famili
dia dah pun pi ke pasar SABTU di pekan BOTA KANAN tu...Dengar aje anak
dah pi pasar sabtu isteri dan anak2 aku yang lain terus ikut turut serta ke sana. Adik aku kata pasar sabtu tu kadang2 payah nak parking sebab orang ramai. Aku memang tak suka pi pun sebab aku memang tak suka sesak sesak macam tu...memang aku tak
suka keadaan macam tu sejak dulu lagi...Aku rimas kalau ramai
ramai macam tu...Tu sebab aku jarang pi pasar
pasar macam tu....jarang sangat walau
kat mana pun...melainkan tempat tu baru aku lawat, mungkin aku pi jugak..
Agak lama dia orang pi pasar tu...Bila balik aje terus dia orang sambung sarapan...Anak sulung aku dengan keluarga dia balik SELANGOR pagi ni sebab kawan dia ada
buat 'open house'.....Dia gerak balik dalam
pukul 10.00 pagi lebih kurang...

bersama abang ipar aku kat MANJUNG..abang isteri aku yg sulung...
isteri aku dan abang sulung dia..abang usop...
keluarga aku dan abang ipar aku...tepi kanan sekali isteri abang ipar aku...
ni kat rumah abang ipar aku yang lagi sorang di MANJUNG jugak..
Tengah hari kami pi ke BANDAR SERI ISKANDAR
sebab aku nak gum cermin kete aku yang retak sebab kena batu di lebuhraya
masa gerak ke KANGAR itu hari. Anak kedua aku pula bawak adik pompuan dia dan adik
aku pi ke sana jugak untuk pi ke kedai Eco di Bandar Seri Iskandar tu. Aku terus
singgah kat kedai DR. CERMIN yang ada dibandar tu...Tanya dulu boleh
gum atau tak..Yang jaga kedai tu semua melayu...dia kata boleh...
upahnya 80RM. Rasa ok la kut 80RM...Kalau ganti
cermin MyV harganya 500RM...Jadi lebih baik aku tampal aje sebab tak besar mana pun
kena batunya...batu kecik aje...Selesai buat tengok macam ok aje...
boleh la...Selesai bayar kami terus pi sertai adik aku
di Billion tu. Jumpa aje di sana kami pun
pi la merayau dalam bangunan billion tu...Kami beli kotak plastik aje pun.
Sebenarnya di bandar SERI ISKANDAR ni ada bebarapa buah pasaraya, BILLION, TESCO dan ECONSAVE...Selesai urusan, kami pi cari makan tengah hari di restoran
RIZQULLAH...Kalau anda sampai sini aku sarankan cuba la
kat kedai tu...murah makanan kat situ...
Pelajar IPTA dan IPTS pun ramai makan kat situ...RIZQULLAH tu ada 2 buah kedai. Kami pilih kedai yang agak kurang pelanggan....Selesai makan kami terus balik...

dengan abang ipar aku yang lagi sorang di MANJUNG jugak...
jamu selera...
selesai jamu selera...terima kasih kerana menjamu kami semua...
 Waktu petang aku ajak anak pompuan aku bersihkan rumah baru kami
di belakang rumah adik aku tu. Aku azan setiap empat penjuru dalam rumah tu...Kami sapu dan basuh sikit di dalamnya. Kami sapu jugak di luar rumah tu..Selesai aje bersihkan
rumah, aku dan isteri aku bacakan YAASIIN dalam rumah tu dengan harapan
mana mana perkara tak baik yang tak kelihatan di mata tidak
akan mengganggu sape sape pun...InsyaALLAH...
Rumah tu tak besar mana pun...cukuplah untuk kami laki bini habiskan sisa sisa usia kami di situ hingga akhir hayat dengan aman...harap2 gitulah ...Itu rancangan kami
...harap rancangan kami diredhai ALLAH SWT hendaknya....
Dunia ini sebenarnya hanya sementara aje
habis tinggi pun 70 atau 80 tahun
aje...selebihnya kita tinggal
di alam barzah sebelum ke akhirat...Tinggal di alam barzah
lebih lama daripada tinggal di dunia....Contohnya manusia yang hidup di zaman
Rasulullah mungkin hingga 80 tahun...Nabi pun wafat usia 63 tahun..dan mereka hidup di alam barzah dah hampir 1400 tahun...tak gitu...Jadi lebih baik kita fikirkan hidup kita
di alam barzah daripada hidup kita yang tak berapa lama dalam
dunia ni...tak gitu..?
Jadi tak perlulah kita buat benda2 yang akan menyebabkab kita
sengsara hingga berpuluh, beratus atau beribu tahun dalam alam barzah tu..tak gitu..
Jadi eloklah kita bersihkan hati kita dan redha dengan kehidupan yang
singkat ni...kan...kan...bersihkan hati dan buatlah amal2 yang baik2...tak gitu..Jangan kita reka seteru, musuh dan seumpamanya...kan...kan...kan...opst!

cucu balik selangor hari sabtu pagi..
pegi jumpa DR. CERMIN untuk gum cermin kena batu...
gum cermin
singgah BILLION SERI ISKANDAR..
Sabtu malam tu kami pi ke bandar SERI ISKANDAR
sebab untuk pi cari makan. Adik aku sarankan kami makan di CHEGU CAFE.
Sampai di bandar tu adik aku tunjukkan lokasi cafe tu dekat BILLION dan ECO...Cari parking dan letak kete di situ...Susah nak cari parking kat situ, penuh aje...Anak aku pun cari parking gak dan akhirnya jumpa. Kamudian kami masuk dan cari tempat
duduk. Duduk aje terus pelayan datang bawa menu. Cafe ni
katanya dah masuk TV3. Makanan macam semua
ada, sama ada makanan timur atau barat.
Masing masing buat order....
Rasanya kami
silap masa dan ketika kut sebab
ada sekumpulan lelaki dan pompuan sembang kuat2 sambil ketawa
kuat2 sangat...Aku dah rasa meluat sangat...tapi apa boleh buat. Mungkin dia orang
ni student ipts atau ipta yang ada kat bandar tu...usia macam pelajar aje.. Bila aku nampak macam tu cepat2 nasihat anak aku terutama anak pompuan aku yang masih di ipta tu supaya jangan bersikap 'kuajaq' macam tu...Orang tua2 macam aku tentu
cepat2 aje terbayang emak bapak dia orang....Masa muda2
dulu aku tak pernah buat macam tu walaupun
ramai kawan sama2 belajar di kolej
yang tak berapa tinggi dulu tu masa kat Ipoh tu..
Agak lama dia orang sembang sambil ketawa terbahak2 macam
nak runtuh kedai....Dia orang ni dalam 10 orang kut..geram sangat aku
rasa...sib baik aku bukan
juara wrestling...kalau tak...haihhh....hahahahahaha...ooopst!

BILLION SERI ISKANDAR
BILLION SERI ISKANDAR
santai seketika..
ini rumah kami di kampung untuk habiskan sisa2 usia kami nanti...tak besar mana pun tapi cukuplah
untuk habiskan usia di sini...INSYAALLAH...



Sampai aje order kami, maka kami pun makan dengan
pelbagai menu...Sebenarnya cafe tu memang standard cafe kat bandar baru
bangi..Harganya pun macam harga di sana...macam..Rasanya cafe ni ok gak...kalau nak masuk tiap hari tak mampu la tapi tiap ujung bulan tu boleh la kalau untuk satu
keluarga.. ...bagi yang hidup sederhana macam aku ni
la....hahahaha..
Jadi sesape yang tersesat ke Bandar SERI ISKANDAR PERAK ni bolehlah singgah di sini...
Link FB cafe ni...DI SINI..

Selesai aje makan terus balik ke rumah...
.Kumpulan yang buat bising dan gelak kuat tadi tu dah lama balik dah. Dia orang
selesai masa kami tangah rancak makan makanan kami...Harap harap
anak anak muda janganlah bersikap macam tu..Nak berbual
berbuallah...nak gelak gelaklah tapi jangan
berbual dan gelak macam dalam gua yang kumpulan korang aje yang ada dalam gua tu.......hidup bermasyarakat mesti berpaksikan adat dan agama...
berdosa ganggu orang ni......opst!
Masa pi jamu selera kat cafe ni, isteri aku pulak kena migrane...sian dia
tak dapat merasai nikmat makanan kat situ walaupun makan tu masuk ke mulut..kesian dia..semuanya ALLAH SWT yang tentukan....
Tiba di rumah sempat la aku tengok langit malam yang di sinari cahaya bulan...Seronok dapat tengok langit malam yang jarang aku tengok kat Bangi tu...Tambah pulak
aku dah bersara tentu dah tak involve lagi dengan tugas waktu
malam..Kat sini seronok tengok langit yang bercahaya
bulan tu...Kalau kat bangi penuh cahaya lampu aje....hahahaha....tak nampak
bulan bintang pun.....


anak anak...
SALAH SATU MENU KAT CEKGU CAFE BANDAR SERI ISKANDAR...hahaha...menu ni
takde di mana mana melainkan di PARIT aje..
adik aku ni...
anak pompuan aku dan emak sedara dia...
aku, anak aku dan adik ipar aku..
Awal pagi AHAD, 16 Jun 2019 kami bersiap awal pagi untuk gerak balik ke BANGI SELANGOR. Lepas selesai bersiap dan sarapan dengan masakan adik aku, maka kami pun bersalaman dengan adik aku dan adik ipar aku..Seterusnya kami masuk
kete dan mula bergerak ke BANGI. Kami berharap tiba di BANGI
pada waktu ZOHOR.....
Sebenar masa kat kampung aku tak
pi ziarah sedara mara aku pun...sebab rasa macam
malas aje...memang sikap aku macam tu...bukan bermakna aku putuskan
silatur rahim..tak pun...memang aku macam tu dari dulu...malas sangat nak pi ziarah sedara mara kat kampung aku tu...aku lebih selesa dan cinta duk kat rumah aje....Macam yang
aku katakan...Itu bukan bermakna aku putuskan silatur
rahim...orang yang putuskan silatur rahim diharamkan daripada memasuki syurga...ingat tu...kesalahan ni nampak macam kecil tapi besar sangat akibatnya....
Aku pun memang takde punyai rasa permusuhan pun
dengan sesape, jadi logik la kalau aku katakan aku takde sebarang musuh pun...kan...kan.
Kita jangan cipta musuh, maka automatik orang takkan bermusuh dengan
kita...jangan terlalu campur hal orang lain...tentu tak
akan timbul sebarang masalah....
Sepanjang berada kat kampung tu aku tak berkesempatan untuk tengok tanah aku kat BANDAR SERI ISKANDAR tu...macam tak cukup masa aje....harap
boleh tengok bila balik masa akan datang.....aamiinnn....

Balik dari makan kat cekgu cafe tu sempat tengok langit malam
bersiap nak gerak balik...
  Itu aje la sedikit catatan aku untuk ketika ini....sebelum aku tutup coretan ini aku sentiasa berdoa moga kita semua sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua dosa
kita hingga ke akhir hayat kita semua....dan jangan lupa sentiasa
doakan semoga kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa
mentua kita diampunkan oleh ALLAH semua
dosa mereka, diluaskan kubur mereka
dan dibukakan salah sebuah
pintu syurga ke kubur mereka hingga ke hari
kiamat serta dihindarkan mereka semua daripada siksaan kubur,
siksaan mahsyar dan jugak siksaan neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, para soleh dan solehah..aamiinnn..


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~


daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...