Sunday, June 20, 2021

Catatan Vaksin DOS PERTAMA Covid 19

Diari DAUD - Hari ni AHAD, 20 JUN 2021, aku pi ke The Mines Serdang untuk dapatkan vaksin DOS PERTAMA Covid 19. Nama aku dah naik dalam MYSEJAHTERA seminggu yang lalu....Alhamdulillah la. Temujanji aku jam 9.30 pagi. Aku tak pandai kawasan The Mines Serdang tu jadi aku mintak anak aku hantarkan awal pagi. Kami pi agak awal jugak iaitu jam 7.30 pagi. Pi awal dengan harapan dapat masuk awal dan boleh balik awal...hahaha...

Dalam lebih kurang di bawah setengah jam kami tiba di Mines International Exibition & Convention Center tu..Bila tiba aje kat anggota RELA tu, dia mintak cek MYSEJAHTERA yang aku dah print out tu. Dia kata temujanji jam 9.30 pagi jadi kena tunggu dulu. Dalam jam 8.30 pagi baru boleh masuk ke parking...Alamak....tak boleh masuk pulak dah... Harapan aku datang cepat, balik cepat, dah pun musnah...hahaha...Kami disuruh parking kat parking diluar The Mines tu. Kami parking la di sana. Banyak jugak kete yang masuk ke parking untuk di vaksin di The Mine tu, mungkin temujanji dorang jam 8.00 atau 8.30 pagi kut. Bersama kami di parking lot tu ialah dua buah kete lain...mungkin dia orang macam aku kut, temujanji vaksin lebih jam 9.00 pagi kut. Sejam jugak la kami tunggu kat parking tu.

Bila tiba waktu jam 8.30 pagi, maka kami pun gerak kepintu masuk parking tu. Anggota RELA tu tengok MYSEJAHTERA dan dia benarkan masuk. Dia arahkan terus dan beluk kanan masuk ke parking MINES INTERNATIONAL & CONVENTION CENTER tu. Masuk parking terus letak kete dan gerak ke pintu untuk masuk ke lokasi pusat vaksin. Petugas di situ suruh scan MYSEJAHTERA dan SCAN SUHU. Selesai aje terus masuk dan naik tingkat atas. Di tingkat atas jumpa dengan petugas yang suruh kami pi ke pintu masuk kawasan tempat vaksin. Tiba di situ sorang petugas beri 2 salinan borang dan suruh masuk ke dalam melalui lorang A. Di sana ada petugas suruh pi ke meja untuk mendaftar. Di meja tu petugas suruh isi borang dan scan code di mejanya. Di sini aku ambil peluang tanya petugas tu, boleh ke aku tukar pusat vaksin untuk dos kedua nanti. Dia cakap tak boleh, mesti di The Mines tu jugak untuk DOS KEDUA. Setelah selesai di sini aku pun diminta untuk ke bahagian yang lain. Ikut aje apa yang diarahkan oleh petugas sepanjang jalan tu..Semuanya sedia aje membantu. 

Kemudian aku tiba di meja yang disebut tu dan petugas telah mengambil borang aku dan tanya macam2 penyakit atau alahan dan sebagainya. Aku jugak ditanya tentang ubatan yang aku makan dan sebagainya lagi. Banyak jugak yang dia tanya dan dia jelaskan. Walaupun gitu aku memang dah buat research dah sebelum datang ke pusat vaksin tu. Di situlah aku menandatangani 2 borang tersebut yang mengaku untuk menerima vaksin. Aku tengok cop yang dia letakkan di borang aku tu. Sah la dia seorang DOKTOR. Doktor pompuan...lebih ramai pompuan daripada lelaki yg bertugas kat situ. Aku diminta oleh doktor tu untuk pi ke BILIK NOMBOR 8.

photo: credit to BH

Tiba di BILIK NOMBOR 8, aku terus masuk ke dalam. Memang ada 8 bilik di lorong berkenaan. Sebenarnya banyak lorong2 yang sudah ditentukan. Setiap lorong mungkin ada 8 bilik kut...tak pasti aku. Masuk aje dan duduk di kerusi BILIK NOMBOR 8 tu. Dia tanya nama aku setelah dia ambil borang yang aku bawa tu. Kemudian dia tanya nak suntik di tangan mana. Dia kata eloklah suntuk di tangan yang jarang beraktiviti. Aku kata la suntik di tangan kiri sebab tangan kanan aku gunakan untuk menulis. Aku tanya sakit ke kalau disuntik...hahaha..Aku memang gerun dengan jarum ni. Da tua2 pun takut jarum...apa da...hahaha..Dia suh aku relax dan jangan keraskan tangan dan jangan tahan nafas...hahaha...Macam itu la aku kalau bab-bab suntik ni...hahaha..Masa suntik tu terasa jugak la..Sedar-sedar dia kata dah siap...Manalah aku nak tau, masa suntik tu aku tak tengok jarum pun...hahaha...Selesai aje aku di minta untuk ke bahagian yang terakhir untuk ambil kad untuk temujanji DOS KEDUA. Sepanjang proses pengambilan vaksin tu aku tak berani pulak untuk membuat rakaman foto atau video, bimbang perbuatan tu dilarang. Aku cuma rakam setelah selesai di vaksin.

Di bahagian akhir tu aku tunggu sebentar di situ...mungkin tak lama kut...dalam 20 minit. Nombor aku dipanggil dan aku pi ke meja NOMBOR 11. Di situ petugas tu jelaskan tentang tarikh DOS KEDUA dan perkara yang berkaitan dengannya. Aku pun diberi salinan borang serta KAD UNTUK DOS KEDUA. Sepanjang berada di semua peringkat dalam proses penerimaan VAKSIN tu aku ditemani oleh anak aku. Sepanjang aku bertemu setiap petugas di situ tak pernah aku terlupa ucapkan TERIMA KASIH. Pada aku kita mesti hormat orang lain sebelum orang lain hormat kepada kita...Tak perlu kita sombong kepada sesiapa di atas muka bumi ni...tak rugi pun...Kebanyakan para petugas di situ terdiri daripada kaumCina...

Setelah selesai selesai semuanya kami, pun gerak nak keluar Pusat Vaksin tu dan sebelum tu sempat la snap foto SAYA DAH TERIMA VAKSIN...hahaha...

Rasanya itu aje catatan aku hari ni, moga kita semua, tak kira sapa la, sama ada aku kenal atau tak, akan sentiasa diredhai, dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...aamiin....


~ Sekian ~

daud.montak.zakaria


No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...