Wednesday, October 16, 2019

Melati Hill, Nilai NS lagi...

Diari Daud - Hari ni Rabu, 16 Oktober 2019...sepatutnya hari ni aku peluhkan badan di TASIK UJANA, NILAI IMPIAN tapi semalam aku dah ubah plan untuk daki
Melati Hill di Nilai pulak. Aku plan nak datang melati hill ni sebab kali
pertama datang cuma mampu mendaki setakat centipede
hill aje...Lagi pun baru pertama kami datang
tentu tak banyak infor yang dapat kan
...jadi pakai masuk aje la...
La ni aku datang lagi untuk ulang kembali daki melati
hill untuk cover bukit-bukit yang lain tu. Ada beberapa bukit lagi
yang tak dijelajah itu hari...jadi hari ni memang niat nak cover semua bukit bukit tu...ekeke...Malangnya tak tercapai jugak dan akan datang lagi untuk daki bukit2 yang lain...
Tulisan aku masa kali pertama daki
melati hill tu ada ditulisi

ramai gak yg parking walau hari biasa...
di kaki melati hill
ada dah yang mula mendaki
posing sat..
nak mula mendaki..
Hari ni aku gerak ke Melati Hill
tu lebih kurang jam 7.30 pagi. Aku bawak
anak bungsu aku dan jugak sorang anak jiran aku yang berkongsi
dinding tu. Melati Hill tu lebih kurang 18 kilometer dari rumah aku. Terletak di Nilai
Negeri Sembilan...kami datang dari Selangor, merentas sempadan la ni. Tiba di sana lebih kurang hampir jam 8.00 pagi.

Aku ingatkan masa hari biasa ni orang tak ramai namun
jangkaan aku meleset...banyak jugak kereta yang parking ditepi jalan tu dan bermakna hari biasa pun ramai gak yang berkunjung ke sini. Lepas parking kete dan kunci leklok
kami pun menapak menuju lorong utama untuk mendaki. Sebelum tu
sempat la posing depan  MELATI HILL tu. Dah ada
jugak kat kaki bukit tu penjual air.
Kat kaki bukit ni pun
ada gerai untuk sarapan bagi mereka yang nak sarapan...jadi duk usah risau la bagi mereka yang nak isi perut sebelum mendaki tu.....


menuju puncak centipede hill
menuju puncak centipede hill
menuju puncak centipede hill
menuju puncak centipede hill
menuju puncak centipede hill
Lepas snap beberapa foto aku dengan anak bungsu aku dan anak jiran aku,
pun mulalah mendaki untuk ke centipede hill. Macam yang lalu la....aku agak semput jugak mendaki ke centipede hill ni. Beberapa kali jugak la berhenti dan rehat.
Anak anak kena tunggu la aku amik nafas...dia orang
masih muda memang takde masalah
semput ni...Aku ni usia
da banyak...maklumla dah bersara
tentu semput aje memanjang...Masa aku rehat anak anak pun
terpaksa la tunggu aku...Dua tiga kali jugak la aku rehat dan amik angin sebelum sambung
pendakiaan ke puncak centipede tu...rasa macam sempit aje lubang
pernafasan aku...Da tua tua ni kena pelan
pelan kan...kan...


dah berada di puncak centipede hill
dah berada di puncak centipede hill
dah berada di puncak centipede hill
dah berada di puncak centipede hill
dah berada di puncak centipede hill
Dalam masa pendakian tu selalu jugak berselisih dengan pendaki lain yang nak turun ke kaki bukit tu...kadang2 dia orang bagi salam...kadangkala aku yang bagi salam
..masing masing mendoakan sejahtera antara satu dengan yang
lain...baguskan macam tu....saling mendoakan...
Tak lama kemudian kami tiba di puncak
centipede hill tu dan rehat sat. Aku snap beberapa foto kat
puncak tu. Aku jugak snap foto anak anak jugak kat situ. Terdapat
beberapa orang pompuan yang dah ada kat puncak centipede tu dan posing foto bagai. Kami pun posing gak kat situ untuk beberapa ketika...


dah berada di puncak centipede hill
nak pi ke monkey hill
nak pi ke monkey hill
nak pi ke monkey hill
nak pi ke monkey hill
nak pi ke monkey hill
Kemudian kami memilih untuk
ke monkey hill pulak iaitu masuk ke kanan...
Kat laluan ke monkey hill ni pun memang mencabar...
Ada ketikanya naik dan ada ketikanya turun...memang mencabar la jugak.
Masa menurun terpaksa menahan diri dengan lutut supaya tak ditarik oleh graviti.
Masa menurun ni memang kena hati hati sebab ada cerun yang curam sangat dan tempat meletakkan langkah kena betul betul supaya tak tergelincir. Laluan mendaki pun
ada jugak dan yang curam...memang kena hati hati....ngeri wooooo.....
Dalam perjalanan
menuju ke monkey hil tu kami terserempak
dengan ibu muda yang dokong anak kecik sedang mendaki cerun
yang curam tu......Dia bersama sorang wanita muda yang lain...tak sempat aku
nak rakam foto dia orang.....sama ada aku terlupa atau malu nak rakam...maklumlah bini orang....sebab ada anak tentu bini orang..kan...kan...Nanti laki dia tengok ada
pulak foto bininya dalam blog...tentu haru kan...
Aku memang respect la kat ibu muda tu...berusaha kendong baby kat badan dia untuk tiba di kemuncak.....


nak pi ke monkey hill
nak pi ke monkey hill
nak pi ke monkey hill
nak pi ke monkey hill
nak pi ke monkey hill
nak pi ke monkey hill...dah jumpa monkey dah pun..
Walaupun laluan kering tapi masih jugak licin, kalau tak hati hati
...dan terjatuh ditempat yang curam memang boleh patah atau terseliuh...atau...
moga2 ALLAH SWT lindungi semua yang masuk ke trek tu....bahaya jugak jadi kena hati hati setiap masa. Rasanya kalau laluan macam tu licin disebabkan hujan tentu lagi bahaya...mungkin aku pun takkan memilih untuk masuk ke tempat tu...
memang bahaya sangat sangat kalau licin sebab hari hujan.....
Jadi rasanya kalau selepas waktu hujan tak perlu
la masuk ke situ...besar risikonya.....


nak pi ke monkey hill
hahaha...jumpa pulak simpang....kami pilih eagle hill la pulak......hahaha...plan awal nak pi monkey hill....
pi menuju eagle hill
pi menuju eagle hill
pi menuju eagle hill
pi menuju eagle hill
Agak lama jugak, akhirnya kami
tiba di satu simpang...satu ke monkey hill sebelah kiri
dan satu lagi ke kanan iaitu ke eagle hill....Aku fikir elok pi ke eagle
hill dulu dan kemudian patah balik dan pi pulak ke monkey hill...aku padam dulu plan
untuk ke monkey hill seperti rancangan awal...Maka kami pun masuk ke kanan untuk ke eagle hill........
Jenuh la mencari signage puncak eagle hill...sampai la tak jumpa...rupanya bila pi kanan tu memang dah kawasan eagle hil la tu...Itu infor yang aku peroleh daripada pendaki
Cina yang aku selisih masa masuk ke kawasan eagle hill tu....
Apa boleh buat laaaaa....


pi menuju eagle hill
pi menuju eagle hill
pi menuju eagle hill
pi menuju eagle hill
pi menuju eagle hill
pi menuju eagle hill
pi menuju eagle hill
Laluan sini memang naik turun naik turun
sentiasa je je..jarang laluan mendatar...turun pun curam, naik pun
adakalanya curam dan mesti berhati hati bila meletakkan kaki bimbang tergelincir
sebab curam sangat. Ada jugak yang laluan mendatar....Laluan di sini banyak pokok kelapa sawit...Aku jumpa jugak beberapa ekor monyet kat sini....mampu ucap hai aje...ekekeke...Ramai jugak kami jumpa dengan orang lain
yang masukmelalui jalan eagle hill dari
jalanraya utama tu. Kalau hari cuti mesti lebih kerap kut....rasanya laaa.....


pi menuju eagle hill
pi menuju eagle hill
pi menuju eagle hill
pi menuju eagle hill
pi menuju eagle hill
pi menuju eagle hill
pi menuju eagle hill
Di sini jugak kami jumpa dengan sorang
pompuan..Kami bersembang sat...Aku tanya dia jalan untuk
ke luar. Dia gitau boleh keluar ke jalan utama yang jauh dan boleh jugak
pilih short cut melalui tangki air. Aku bahasakan dia sebagai akak walaupun aku tau dia muda daripada aku punnn..perasan muda pulak aku kannnn...hahaha...Dia cite dia
datang sorang dari REMBAU...amik ko dari rembau beb...jauh tu...
Dia kata dia selalu datang sini. Dia sorang aje
tu....sorang sorang aje melalui laluan
bersemak tu...
Badannya agak gempal jugak...
Sebenarnya aku selalu jugak berselisih
dilaluan ni dengan mereka yang bertubuh gempal serta
jugak yang dah veteran sangat sangat...mungkin lebih veteran daripa aku kut...
...ramai beb bukan sikit....Agak aku la dia orang ni mesti dah pencen macam aku kut.. Yang muda muda pun ramai jugak...Kalau masuk sini memang berpeluh sakan.....mesti
berpeluh punya la...Kalau mana yang tak berpeluh tu rasanya bukan manusia
la...robot kut...hahaha....opst!


trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
tak sedar wefie dengan nyamuk...ekekeke....trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
Aku ucapkan terima kasih INTAN tu...atas semua infor
yang dia berikan kat aku tu...namanya intan...sebelum kami meneruskan
perjalanan melalui trek eagle hill tu..Kami jugak bertemu dengan tokong cina dalam hutan tu...di satu puncak...snap gambor dan teruskan  perjalanan. Macam macam la
bila melalui trek ni dan selalu selisih dengan orang lain kat sini,
pelbagai kaum.... Banyak jugak laluan mendaki
dan menurun bukit. Sini banyak
pokok kelapa sawit. 


trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill...ada tokong kat puncak ni..
trek eagle hill
Pacat rasanya takde kut sebab
mungkin bukan musim hujan atau mungkin laluan
tu licin dan tanah aje takde rumput pun...clean aje...tapi nyamuk
macam ada...rasanya macam banyak jugak...Tapi nyamuk yang bilangan tak
banyak sakan pun aku tak kisah sebab lepas form five dulu aku memang motong getah dan
dalam kebun getah tu memang banyak nyamuk...besar besar pulak tu...terpaksa
lilit  kain dan cuma nampak mata aje untuk elakkan nyamuk tikam muko...
sakit beb nyamuk kat kampung dalam kebun getah tu...
Masa kat kampung dah biasa dengan
benda2 tu.....Bagi anak
anak yang lahir terus tengok jalanraya berbatu memang la tak tahan dengan nyamuk ni walaupun sekor...


trek eagle hill...tangan sentiasa aje pegang pape masa menurun atau mendaki..da 9 am..
trek eagle hill
trek eagle hill...ada tasek kat sini
trek eagle hill...rehat sat
trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill...jumpan intan dari rombau...
Kami jugak jumpa tasek kecik
kat sini. Kami jugak sering jumpa tebing yang curam
yang dah hampir dengan jalanraya..Jauh jugak laluan ni. Aku amik
keputusan untuk tak patah balik dan masuk ke monkey hill tu...jauh beb kalau patah balik...Melalui jalan ni pun dah amik masa hampir dua jam. Kalau kami patah
balik dan masuk monkey hill tentu amik masa lagi sejam lebih dan...
mungkin jam 12.00 tengah hari baru kami keluar daripada
melati hill tu...Jadi...kami amik keputusan
terus ke luar ke jalanraya aje..Lain kalilah kami
datang untuk jelajah bukit bukit yang lain tu...Inipun dah letih dan lesu...maklumla da tua...eh! ye ke da tua...hahaha...ooopst!

trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
Memang laluan eagle hill ni memang macam
mencabar aje..Banyak sangat menuruni dan mendaki bukit...sama
ada panjang atau pendek...sama ada curam atau tidak...Laluannya jugak macam
jauh aje untuk kuar ke jalanraya...Anak bungsu aku dah merungut sebab dia rasa jauh sangat untuk keluar ke jalanraya...Aku pun rasa macam tu jugak tapi aku dah biasa dengan hutan ni masa keje dulu dan tak kisah pun...Kalau letih aku berhenti dan rihat sat
untuk amik angin...Anak anak memang la..walaupun stamina banyak
tapi kalau dah jemu tentu merungut jugak...apa boleh
buat laaaaa...

trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
Kalau korang tanya aku penat atau tak...
hahaha...memang la penat beb...lenguh kaki beb...rasa
macam lama sangat...Mula daki jam 8.00 pagi dan hampir keluar ke
jalanraya melalui eagle hill tu hampir jam 10.00 pagi...dekat dua jam beb...Aku
lupa pulak nak hidupkan apps kat hp aku untuk kira jarak berjalan tu...Namun line DIGI kat dalam hutan tu macam lembab gilo...macam kura kura lumba dengan arnab..hantar
foto masa kat dalam tu...tak masuk masuk...Dah dalam kete nak balik baru foto
tu masuk FB.Tapi tu lah dari dalam hutan tu nampak
pulak pencawang telekomunikasi...mungkin bukan DIGI punya kut.....


trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill...bahaya kat belakang tu...curam sangat...jangan hampir sangat..
trek eagle hill...bahaya
trek eagle hill
Kat dalam hutan sepanjang daki
eagle hill macam tak nampak sangat serangga
dan burung..Kami cuma jumpa monyet dengan seekor tupai aje....
Semut semut pun ada jumpa sekali aje itupun semut yang kecik sedang berbaris....
Rerama dan sebagainya macam tak nampak atau memang aku sorang aje tak terserempak kut...Trek yang dilalui pulak memang jelas dan rasanya kalau ikut trek tu memang
tak sesat kut...melainkan ada 'sesuatu' yang menyesatkan la...kut...
Nasihat aku kalau masuk tu jangan la sensorang .. 
eloklah sekurang kurangnya berdua...Namun aku jumpa jugak yang
masuk utan tu sensorang...seingat aku beberapa orang melayu dan beberapa orang cina. Dia orang memang masuk trek tu sensorang aje...berpeluh peluh...mungkin
da biasa kut....memang tempat dia kut.....


trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
trek eagle hill
Hampir keluar kejalanraya
kami jumpa satu kawasan yang datar aje...
Macam cantik aje aku rasa...atau mungkin aku aje yang rasa
cantek kut...ekekeke...kami singgah sat kat sini ... rehat sat dan amik gambor
kat sini...Macam seronok pulak aku tengok...macam tak jauh pun daripada jalanraya....Kadang kadang rasa seronok pulak aku sebab lama
tak masuk hutan....Mungkin sebab aku minat masuk
utan kut...mungkin bagi yang tak minat
mungkin tak kisah kut...Mana mana la kan...memasing dengan minat memasing....


jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
Lepas rehat kat tanah lapang tu
maka kami mula sambung perjalanan dan akhirnya
kami keluar ke jalanraya serta terus berjalan menuju ke laluan utama  masuk
mendaki melati hill tu...Tiba di tempat beli air, kami beli air kat peniaga berkopiah kat situ..
Sempat la aku tanya abang jual air tu...muda daripada aku tu...perasan muda
lagi aku kan...Aku tanya macam macam la...Dia kata kalau hari biasa tak
ramai tapi kalau hari cuti memang ramai dan di trek tu kita
akan kerap berselisih dengan orang lain. Hari biasa ni ada jugak orang tapi jarang berselisih ketika berada di trek tu....


jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
Kami berada sebentar aje kat penjual air tu dan kemudian terus menuju ke kete...
Aku tengok ramai jugak yang baru tiba untuk mendaki bukit tu. Ramai jugak yang dah selesai mendaki dan bersarapan di gerai di kaki bukit tu. Akhirnya kami
masuk kete dan terus menuju ke Bangi. Sebelum balik
rumah singgah sat di food court tesco...
Hari ni aku buang beberapa kalori dan di tesco tu pulak mungkin aku masukkan beberpa lori kalori pulak...ekekeke......


jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
jalan keluar ke jalanraya melalui trek eagle hill
tiba dijalanraya
beli minuman
nak gerak ke Bangi
singgah tesco untuk isi berlori lori selepas hakis beberapa kalori di melati hill...ekeke..
Rasa itu aje yang aku nak kongsikan kat sini...moga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan kita semua,
tak kira sape la, daripada siksaan neraka...aamiinnnnn....

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...