Thursday, January 30, 2020

Kembali semula ke MELATI..

Diari DAUD - Hari ni KHAMIS, 30 JAN 2020...aku kembali kepada jadual hiking aku di MELATI HILL tu. Dah hampir seminggu aku tak ke situ sebab aku balik kampung...ada hal termasuklah cuti sebab tahun baru cina...Masa cuti tahun baru cina la memasing amik kesempatan untuk cuti balik kampung..Aku da pencen memang tak cuti tapi anak2 cuti sekolah, balik aje ke kampung...Tulisan aku berkaitan hal balik kampung tu boleh dibaca
DI SINI....
Hari ni aku tak bercadang untuk tulis panjang panjang sebab aku macam dah takde modal dah kalau menulis berkaitan BUKIT MELATI ni...Aku paparkan gambor gambor aje la...Aku jugak biasanya peluhkan badan di TASEK UJANA NILAI...sekali setiap minggu...

CENTIPEDE HILL.
Tiba aje kat kaki bukit tu aku pun terus parking kete. Banyak jugak kete di kaki bukit tu mungkin dalam lebih 30 buah kut..Rasanya memang jumlah itu aje la kalau hari bukan cuti ni...kut...Kalau hari cuti mesti penuh punya...

mendaki ke puncak CENTIPEDE HILL
ke puncak centipede
puncak centipede
puncak centipede
Di kaki bukit tu macam ramai aje...mungkin dia orang nak mula mendaki kut...Gerai di kaki bukit tu pun macam dah mula nak meniaga aje...biasanya kalau hari tak cuti jarang aku tengok ia buka. Moga mereka  dimudahkan rezeki oleh ALLAH SWT.
Aku pun mula mendaki...dalam masa mendaki tu jumpa jugak dengan veteran2 yang sedang turun ke kaki bukit tu. Aku amik masa jugak untuk ke puncak...termengah2 dan kaki macam lenguh aje, mungkin sebab dah tak mendaki seminggu lebih kut...tu yg lenguh kaki kut..
Tapi akhirnya sampai jugak aku kat puncak tu. Aku sensorang aje di puncak tu sebelum sampai sorang hiker pompuan kat puncak tu... Rehat sat dan tangkap gambor la...Selesai aje terus aku sambung untuk menuruni bukit centipede tu menuju ke trail untuk ke Monkey Hill pulak..

menuruni bukit untuk ke monkey hill
simpang ke monkey hill dan ke eagle hill
trail ke kaki bukit monkey hill
trail ke kaki monkey hill
Menuruni bukit pun kena hati hati gak. Ramai jugak hikers lain yang aku jumpa masa menuruni bukit untuk sampai di simpang untuk ke trail monkey hill dan ke eagle hill tu. Tak lama kemudian aku pun sampai ke kaki bukit tu. Walaupun menuruni bukit kena hati hati gak silap langkah boleh terjatuh. Terjatuh tu mungkin disebabkan licin atau kaki tersangkut di akar, jadi kena hati hati lah walaupun menuruni bukit. Akhirnya aku tiba di kaki bukit iaitu simpang untuk ke eagle hill dan monkey hill tu. Aku pilih simpang ke kiri untuk ke monkey hill.

ke atas monkey hill dan ke kanan rope hill
masa kat trail ke puncak monkey hill ni peluh banyak kuar
mendaki ke puncak monkey hill
makan gula2...pembalut masuk poket...jangan jadi pembuang sampah kat sini...
ke puncak monkey hill
Aku terus berjalan di trail menuju ke kaki monkey hill tu. Mulanya aku dan sorang nyonya jauh di depan aku. Namun begitu masa aku lalui trail tu aku jumpa dengan hikers lain jugak. Dia orang laju aje sebab memasing jauh lebih muda daripada aku...tapi tak la bermakna aku ni da tua sangat...ekekekeke...oopst! Akhirnya aku tiba di kaki bukit monkey hill dan kaki bukit rope hill. Kalau aku pilih ke atas terus aje ke puncak monkey hill dan kalau aku pilih ke kanan aku terus mendaki ke puncak rope hill. Aku tengok ada sorang hiker yang masuk ke rope hill tu. Masa tu jugak ada 3 orang pompuan mendaki ke puncak monkey hill. Aku pilih mendaki ke monkey hill bukan sebab grup pompuan tu...hahaha....tapi sebab kalau pi ke rope hill tu, biasanya trail tu sunyi aje. Trail ke puncak monkey pula memang  curam dan agak tinggi jugak. Ramai hikers lain yang aku jumpa di sini.
Memang cepat berpeluh bila aku mendaki ke puncak monkey hill ni. Aku jumpa jugak dengan hikers dari seremban...berpeluh kuyup aku tengok tapi masih bersemangat dia orang. Dia orang muda daripada aku. Dia orang tegur dan salam dengan aku sebelum dia orang sambung mendaki tika aku sedang berehat.
Sepanjang aku mendaki tu iaitu dari kaki centipede hingga tamat hiking...ada sekali aje aku terjumpa botol air mineral kecik yang dibuang tepi trail tu. Rasanya eloklah toksah buang sampah merata rata di sini...masukkan aje dalam beg dan buang dalam tong sampah di kaki bukit tu..Jadilah hikers yang 'smart'. Aku pun kalau makan gula gula, plastiknya aku masukkan dalam poket...ni bukan 'statement' menunjuk nunjuk tauuuu....tapi dah biasa tak buang sampah merata rata...harapnya anak2 pun jangan gitu la..

da sampai puncak monkey hill
puncak monkey hill
puncak monkey hill
Akhirnya setelah berpeluh kuyup, aku pun tiba di puncak monkey hill tu. Rehat sat dan tangkap gambor sikit. Ramai jugak yang ada kat puncak tu. Aku rehat sat aje kat situ...kemudian aku pun mula untuk sambung perjalanan ke COBRA HILL pulak. Trail ke cobra tu tak sukar sangat pun...tapi aku singgah sat masa melalui trail ni sebab nafas aku macam dah pendek aje. Kemudian hikers dari belakang aku terus aje potong aku. Sorang yang veteran tu tegur aku setelah bagi salam. Dia kata takleh singgah lama2 nanti mood berjalan akan terbantut...teruskan aje berjalan.
Akhirnya aku tiba di COBRA HILL tu...Masa tu aku sensorang aje...dia orang semua memang terus berjalan aje kut dan tak berhenti. Aku berhenti sat untuk rehat dan tangkap gambor...Kemudian aku sambung berjalan untuk menuruni bukit pulak. Menuruni bukit tak sukar mana pun tapi kena berhati hati sebab trail licin...mungkin semalam hujan lebat kut...memang...di bangi hujan sepanjang hari semalam tapi tak tau la kat melati hill ni...kalau dilihat kat trail tu memang semalam macam berlaku hujan lebat aje.

trail ke puncak cobra hill
puncak cobra hill
puncak cobra hill
menuruni untuk ke kaki cobra hill
da sampai di kaki bukit cobra
Akhirnya aku tiba di kaki bukit cobra tu. Rehat sat dan kemudian sambung lagi perjalanan untuk ke luar ke jalanraya. Aku tengok kat paya yang dikejauhan tu ada sekumpulan orang yang sedang bersihkan keliling paya tu. Ramai jugak kumpulan orang tu...pakaian sama aje...Masa nak tiba ke jalanraya aku bertembung dengan  sorang yang mungkin tau berkaitan kumpulan orang tu. Aku tanya dia...dia kata dia orang dari KLIA. Dia orang kumpulan BOMBA KLIA dan akan membuat latihan pemyelamat di situ. Semuanya ahli BOMBA KLIA. Aku tanya dia orang bermalam ke...Dia kata tak...dia orang ada kat situ sampai petang aje. Kalau nak bermalam kena mohon permit kata orang berkenaan. Selesai sembang aku mintak diri...

simpang nak ke jalanraya dan mendaki ke mosquito hill...pilih kuar aje..
kumpulan BOMBA KLIA untuk buat latihan kat tepi paya
balik dah
berjaya bakar 100 kalori lebih
puncak tertinggi 153 meter..
Di bawah ni aku paparkan infor berkaitan kalori...moga ianya mampu memberi manfaat kepada kita semua....InsyaALLAH...



Akhirnya aku tiba di jalanraya dan terus menuju kete. Akhirnya jugak aku dapat tamatkan hiking aku tu..Berjaya berjalan lebih kurang 2 kilometer, bakar kalori lebih kurang 100 lebih kalori hari ni...ok la tu walaupun agak lama jugak, maklumlah da tua...opst! ye ke da tua...hahahaha...
Apa apa pun aku doakan agar kita semua, tak kira sape la, akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan semua dosa kita serta kita sentiasa dirahmati dan diberkatiNYA dunia hingga syurga serta dihindarkan kita semua daripada siksaan neraka yang maha pedih tu....aamiinnnn....Marilah kita sama2 doakan yang baik2 diantara satu dengan yang lain. Jangan kedekut dengan doa ye...
 Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #bmf




~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...