Monday, September 24, 2018

Cuti seminggu...

Hari ni Isnin, 24 September 2018....aku cuti hari ni...Aku cuti sebab nak urus anak aku kerana hari ni dia mula ujian UPSR...Pepagi lagi aku da hantar dia pi
sekolah....Biasanya dia naik van pi sekolah tiap2 pagi dan balik
tiap2 petang.....Masa exam ni aku tak tau sama ada
van ada atau tak...aku tak kisah la sebab
aku da cuti seminggu....memang cuti semata mata untuk uruskan dia masa exam ni...
.....aku boleh hantar dan ambil dia dari sekolah.
Pagi aku hantar sebelum jam 7.00 pagi dan amik jam 2.30
petang amik setelah dia tamat ulangkaji untuk paper esok pulak iaitu
paper bahasa inggeris.....jadi sampai hari khamis la tugas aku macam tu, hingga ujian tamat............

berbincang dengan serius ni....
lakaran mcp...
kami dari unit audia visual pkk
 Walau pun cuti aku pi gak keje sebab ada meeting yang penting gak untuk unit aku...cuti pun pi keje...kan aku da kata aku memang pekerja yg rajin....opst! hahaha...gurau 
je tu...walaupun memang betul aku rajin keje....kikiki......Sebenarnya
kami meeting dengan pembekal untuk alatan
sewaan masa majlis konvokesyen
ukm tak berapa lama lagi kat dewan tun abdul razak ukm.
Kami rasanya memang kena sewa alatan sepenuhnya tahun ni sebab alatan
rakaman multiple camera production kami dah lebih 10 tahun...jadi agak risau nak guna alat yang da berusia ni untuk program terbesar dalam kalender ukm setiap tahun
ni...Sebelum ni kami gunakan alatan rakaman yang lama...cuma
sewa dua atau tiga kamera aje....sebelum ni....da banyak
tahun da pun.....Kali ni kami tak berani nak gunakan alatan yang da berusia tu 
dah......dan berusia macam aku..kene pencen..
 Kami sewa buat sementara waktu sehingga kami dapat bajet untuk beli alatan yang baru...
Alatan baru bukan murah..mau jutaan ringgit jugak bajetnya....alatan broadcasting
memang macam tu....Kalau kita sewa untuk satu program lebih kurang
3 jam kita perlu keluarkan belanja lebih kurang 20K
untuk alatan MCP yang mengandungi beberapa buah
kamera........Memang macam tu bajetnya.....jangan pelik tau...
kalau korang rasa pelik tentu aku dapat detect korang memang jahil tentang
broadcasting ni....jadi...tolong la jadi ceredik sikit...kikiki.....
...statement ini pun gurau jugak...jangan amik ati laaa.....




Agak lama jugak kami berbincang dengan vendor tu sebab kami
nak dapatkan spesifikasi alatan yang penuh dan sempurna untuk majlis konvokesyen nanti.
Kami ingin sewa alat yang high end....kali ni pilih full hd....dipasaran
sekarang alatan da ada 4K....kami pilih format high end yang
kedua...itu pun da tinggi da tu......Mutu visual yang dihasilkan setaraf
dengan apa yang ditayangkan oleh stesen televisyen tu la...Kami sewa untuk 4 hari
sebab konvo berlangsung selama 4 hari dalam bulan november tu nanti....
Kami sewa alatan sahaja sementara krew kami yang akan
operate...dia orang sediakan krew untuk
jaga alatan berkenaan jika ada apa apa masalah berlaku
semasa majlis sedang berlangsung. Ini kali pertama kami sewa peralatan
sepenuhnya dan mungkin ini merupakan majlis konvokesyen
terakhir aku involve dalam keje keje rakaman
mcp sepanjang majlis selama 4 hari tu....Tahun berikutnya mungkin
aku dah bersara....da mohon option dah...dah tiga puluh tahun berkhidmat dengan ukm...
ok la tu kan.....

jam 3.00 petang...
...pengorbanan ibu bapa la ni...
masing masing tunggu emak bapak amik...
Tamat meeting jam 12.30 hari dan aku pun gerak balik ke rumah....sambung cuti balik...kikiki...Jam 2.30 petang aku jemput anak aku dari sekolah.
Aku pi dengan isteri....memang aku biasa macam tu...
Anak aku balik jam 2.30 sebab ulangkaji paper untuk ujian esok
 pagi pulak....iaitu BI....Malam nanti jugak dia kena pi tution kat pusat tution pulak
...mungkin ulangkaji jugak untuk paper esok...Aku memang kena hantar ke pusat tution dan mana2 tution yang ada termasuk tution di sekolah...Perlu aku  buat macam tu
sebab di rumah dia jarang sangat untuk buat ulangkaji...hanya harapkan
tution dan kelas sekolah lebih 80%....Pada aku...usaha tu da ada...selebihnya 
tawakkal sahaja...serah kepada ALLAH SWT. Guru2 pun berusaha kuat untuk anak 
anak murid mereka...adakan tution yg tak henti henti...adakan majlis2  baca yaasin dan solat hajat dan macam2 lagi...memang gigih mereka...memang nampak sangat 
mereka berusaha keras......Jadi kita sebagai ibubapa pun mesti sama2 
berusaha demi  untuk masa depan anak2....
Memang masa umur macam ni anak2 yang
sekolah rendah ni tak risau pun tentang ilmu ni...Kalau kita sebagai  ibubapa tak amik berat
...anak anak memang la akan hanyut....Yakin la bila mereka da besar dan bijak
berfikir tentu mereka akan dapat menilai sendiri kepentingan ilmu ni...
Andaikata anak anak kita tidak mencapai tahap cemerlang, walaupun kita dah berusaha
semaksima yang mungkin serta dengan doa dan tawakkal........
...tak perlulah risau pun.... masih ada ruang untuk dibaiki
di masa akan datang..... UPSR bukan penentu masa depan tapi untuk
menilai langkah pertama kanak kanak sebelum mereka melangkah lebih jauh lagi...Jangan
risau sangat la....ada individu yang tertentu akan menjadi lebih baik bila usia 
da meningkat..
...cuma kita sebagai ibubapa kena pandu mereka ke arah yang betul dan
yang sepatutnya.....jangan kecewa eaaa......
Peringkat yang lebih penting ialah di tahap SPM...itu permulaan langkah
sebenarnya anak2 hendak menuju ke mana........itu pandangan aku.......jangan terpengaruh sangat dengan pandangan aku tu....aku bukan bijak pun...masuk u pun dah umo
lebih 30 tahun....opst! apa boleh buat laaaa......masing2 punya rezeki....
yang penting kita jangan lupa bumi ni cuma jambatan untuk
pi ke akhirat...ingat tau........

Apa apa pun ...aku doakan anak aku dan semua murid2 yg amik upsr kali ni tak kiralah dia dari kelas pertama atau terakhir, akan memperoleh keputusan upsr yang 
cemerlang dan moga mereka semua menjadi manusia 
cemerlang di dunia dan di akhirat...

Tak lupa jugak aku doakan kita semua, kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia
akan memperoleh keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa
kita sehingga ke akhir hayat kita....Tiada nikmat yang lebih
baik melainkan mendapat keampunan
atas segala dosa kita.....

~ sekian ~

daud.montak.zakaria

Saturday, September 15, 2018

Sabtu & Ahad...jadual sama je...

Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Sept. 2018...aku sibuk dengan jadual untuk anak bungsu aku...
Pagi jam 8.00 hantar anak ke sekolah untuk kelas tambahan. Hantar pagi
tengah hari atau petang amik anak dari sekolah.....
Kelihatannya semakin hampir untuk examp UPSR semakin
banyak kelas tambahan yang disediakan oleh guru sekolah untuk anak2 darjah
enam ni....Rajin betul mereka buat kelas tambahan demi untuk kejayaan anak anak murid mereka. Betul betul berusahanya guru guru untuk melihat kejayaan anak murid 
dibawah didikan mereka....berusaha sungguh sungguh mereka semua 
demi kejayaan anak2 murid dan sekolah mereka.....usaha 
mereka wajib dipuji....

...sentiasa je berdua bila hantar anak...aku lebih suka begitu....
sekolah anak aku.....
Aku pula sibuk uruskan hantar anak ke kelas tambahan di sekolah dan jugak kelas
tambahan di pusat tution di nilai, negeri sembilan tu. Aku kene hantar anak
ke pusat tution sebab dia tak rajin sangat untuk belajar kat rumah....
payah jugak anak lelaki ni...tiada pilihan...aku kena hantar pusat 
tution jugak...Harap usaha kami untuk anak tidak sia sia walaupun anak yang umur sedemikian tak tahu betapa pentingnya ilmu untuk kehidupan mereka di masa
akan datang....Kita kena didik anak mengikut zaman yang mereka akan
 jalani kehidupan mereka nanti.....itu tanggungjawab bapa....
tugas bapa bukan main main....kewajiban mereka ini 
akan ditanya bila kita da mati nanti....
Rasanya, kalau bapa ingat mati, eloklah
tunaikan kewajiban mereka tu dengan sunggh sungguh......


foodcourt cs kat taman aku....
layan aje....
habis gak....
Rezeki itu memang milik ALLAH namun DIA tidak akan memberi rezeki tanpa sebarang usaha yang dilakukan oleh hambaNYA. Jadi logiknya zaman ini merupakan 
zaman yang menjulang ilmu sebagai medium untuk mendapatkan 
rezeki....Tanpa ilmu rezeki masih boleh dicari namun jalan 
mencarinya tentu berbeza daripada mereka yang 
mempunyai ilmu yang tinggi....Namun kita tidaklah boleh percaya dengan sepenuhnya bahawa ilmu tersebut yang merupakan satu satunya jalan untuk mendapatkan rezeki...kerana rezeki tu milik ALLAH SWT....dia mampu memberikan
 rezeki tanpa dijangka....Apa yang penting kita telah berusaha untuk mendapatkan ilmu setinggi mungkin bukan saja sebagai medium untuk mendapatkan rezeki tetapi
jugak untuk keperluan kita dalam menghadapi pelbagai kerenah kehidupan
di  muka bumi ni...tanpa ilmu kita akan mudah diperkotak katikkan
oleh yang lain yang bijak dalam memanipulasi ke atas diri
orang lain terutama yang cetek atau yang gersang 
dengan ilmu yang bersarang di dadanya....
jadi, kita perlu ada ilmu....Islam mengutamakan ilmu, tu sebab perkataan awal dalam Islam ialah 'IKRAQ'...bacalah....dengan membaca dan banyak membaca kita akan 
memperoleh banyak ilmu.....Ilmu sebenarnya bukan saja perlu
untuk manusia tapi perlu jugak untuk haiwan...Walaupun 
otak haiwan simple namun ianya cukup untuk ilmu 
yang simple yg diperturunkan oleh 
emak bapak dia dari generasi ke generasi.... Contoh macam monyet, ia mesti pantai memanjat untuk mencari makanan dan  melarikan diri daripada pemangsa...tak gitu....ooopst! melalut pulak...huhu..


menu tengah hari...ikutkan aje....
...order air dua cangkir aje...itu pun tak abis....sebab tak makan gelas sekali...huhuhu...
....selesai dah......alhamdulillah...


Macam biasalah... lepas amik anak di sekolah tentu je dia ajak pi makan...layan aje la....tak kisah la tu...Sebenarnya kita ni masing masing ALLAH kurniakan anak anak yang 
pelbagai anugerah....ada yang dikurniakan anak anak yang dah sedia punyai
 akal yang pintar...ada yang dikurniakan anak yang punyai tahap akal yang 
biasa2 dan ada yang dikurniakan anak anak yang tahap akalnya
 rendah. Semua anak2 yang dikurniakan Allah swt itu
merupakan ujian untuk anak2 tu sendiri dan 
jugak ujian untuk ibubapa.
Ujian untuk ibubapa pula dalam pelbagai...contohnya adakah kita bersyukur dikurniakan anak2 yang bijak dan sebagainya....Adakah kita menjadi riak, bongkak, melekehkan
 orang2 yg tidak punyai anak yg bijak dan sebagainya lagi..... Itu jugak ujian 
untuk ibubapa yang punyai kelebihan...hati hatilah.......riak dan 
bongkak ini datang dalam pelbagai bentuk dan adakala 
kita tidak menyedarinya ......Bagi anak2 yang
kurang bijak, ibubapa diuji dengan 
pelbagai perkara...diuji ibubapa untuk lebih berusaha bagi melengkapkan anak2 dengan ilmu melalui cara yang lebih sukar...terpaksa berusaha hantar ke sana sini untuk membentuk anak supaya menjadi yang terbaik dan sebagainya lagi...
terpaksa keluarkan belanja yg lebih dan sebagainya..... 
Namun segala usaha yang dilakukan ini akan 
diberi ganjaran pahala oleh ALLAH
 selagi dia bersikap redha 
dan ikhlas dengan apa yang ditentukan oleh ALLAH sebagai jalan hidupnya......opst! sambung cite tadi...

Selesai makan terus pi nilai 3 sat, nak beli buah, kami beli buah dokong johor kat situ..
harganya 3 kilo 10rm....Tak rayau memana pun kat nilai tiga tu....semata mata
beli buah aje....buah2 lain pun banyak jual kat lori tu...
Masa jalan balik ke rumah singgah pulak kat
gerai disempadan selangor dan negeri sembilan tu...beli buah rambutan dan petai...rambutan 5rm sekilo, petai 10rm sepuluh papan.. opst! utas
 atau papan......konfius aku.....


duku johor...
sekilo 5rm
10 utas 10rm...
Sambung cite hal anak anak pulak....
Ibubapa yg punyai anak2 
yg kurang dari segi tahap kecerdasan akalnya, perlu 
berusaha lebih. Bagi yang begini tahap redha ibubapa juga dinilai
 dan usaha mereka yang lebih keras juga merupakan ujian ALLAH SWT. Ini merupakan ujian pulak untuk ibu bapak yang dikurniakan anak anak yg tahap kecerdasan minda yang rendah dan biasa biasa......Semua hamba ALLAH perlu diuji dan melalui ujian 
itu dapat ditentukan tahap keimanan, tahap kesabaran dan sebagainya...
Semua ujian ini untuk menentukan darjat manusia bila da berpindah 
ke akhirat nanti.....Orang yang sering diuji ALLAH mungkin menunjukkan ia disayangi ALLAH....siapa tau kan.....Jadi hati2lah bila kita 
rasa kita tidak diuji oleh ALLAH SWT....
Anggaplah ujian ujian ALLAH SWT ini sebagai ladang ladang
pahala bagi kita untuk menyemai benih benih pahala yang amat berguna bila
kita berpindah ke akhirat nanti.......tanpa pahala kita bukan siapa siapa bila sampai di sana..
Bagi kita ibubapa yang diuji perlu redha dengan ujian ALLAH SWT jangan sekali kali kita 
mengeluh dengan ujian ALLAH ... keluhan akan menyebabkan kita tidak
ikhlas dan tentu sekali  menjadikan kita tidak redha dengan ujian
ALLAH SWT. Bila kita tidak redha tentu kita gagal
dalam mengharungi ujian berkenaan....insan yang gagal dengan ujian
 ALLAH SWT bermakna kita merupakan insan yang gagal di sana nanti...mungkin dalam segala galanya.......bukan saja di dunia malah
di akhirat jua.....opst! balik ke cite tadi....

Memalam pulak, lepas maghrib hantar anak ke pusat tution di nilai pulak...
15 minit da sampai sana dah...Aku pi dengan isteri aku sementelah dia takde kelas di surau..Disebabkan lama lagi anak akan kuar dari pusat tution...aku malas nak balik rumah lalu aku bawak isteri aku minum di food court tesco bandar puteri di bangi....
Kami duk di situ lebih kurang dekat 2 jam sambil makan roti
bakar dan hirup kopi raddick...kopi raddick tu...haha..
Kat situ sambil makan roti sambil sembang tapi bukan membawang...sambil layar internet jugak kat hp.....hahaha...
Hampir anak nak kuar dari pusat tution, kami pun gerak ke nilai.....


raddick dan roti...
depan ni isteri aku bukan isteri orang....
Bagi kita ibubapa, setelah kita berusaha dengan sungguh sungguh
tapi anak anak masih tidak dapat mencapai tahap yang dikehendaki oleh ibubapa,
janganlah menjadi 'down' sangat...anggaplah itu juga ujian ALLAH SWT dan redhalah kita dengan ujiannya...tak perlu kita berasa terlalu sedih sangat...redha dan sabarlah
...mungkin kali ini kita tidak berjaya setelah berusaha dan bertawakkal....
yang penting kita telah berusaha dan bertawakkal....usaha dan tawakkal kita tu dikira dah berpahala.....yang penting ikhlas dan redha...semua kerana ALLAH SWT.....
Takpe mungkin ada hikmahnya 
untuk kita di masa akan datang...kita tak tahu kan.......
dan jangan pandang rendah kepada anak anak yang tidak berjaya...
mungkin dia yang akan sering mendoakan kebahagiaan  kita setiap masa dan setiap hari setelah kita berpindah ke alam barzakh...sape tau....Meninggalkan anak anak yang 
soleh lebih berharga daripada dunia dan seluruh isinya....Kebahagiaan di akhirat 
lebih penting  daripada dunia dan isinya....Jadi anggaplah 
segalanya ujian ALLAH SWT kepada kita adalah untuk meninggikan darjat kita di akhirat nanti.....jangan gundah dan gulana...jangan kecewa...jangan bersedih......

tunggu anak diluar pusat tution dengan isteri...ada gak teman tuk sembang masa tunggu tu....
anak kuar dari pusat tution....
Jam 8.00 pagi hantar anak pi kelas tambahan di sekolah dia, pagi ahad....nanti balik jam 12.30 tengah hari.....

Zaman la ni nak didik anak bukannya mudah...tidak semudah zaman emak bapak kita didik kita dulu...Sekarang ni amat sukar dan kita tak boleh biarkan anak anak buat keputusan
sendiri....Zaman internet ni memang mencabar....segala galanya
di hujung jari je....Anak2 mudah aje nak pi memana
dalam dunia siber ni....kita kena hati2....
Tapi nak dikongkong terus pun tentu tidak mungkin...
cuma perlu kepada undang undang di rumah yang kita bentuk sendiri...Tapi tu lah
bukan semua anak anak nak ikut apa yang kita buat untuk mereka...kerap peraturan yang dibuat sering dilanggar lama kelamaan......
Bagaimana pun yang berkaitan dengan agama pula kita kena ketatkan...mula
umur 7 tahun mesti disuruh solat supaya dia biasa dengan
solat sejak dari awal....cuba tinjau la ni berapa peratus orang islam tunai solat
5 kali sehari....ada yang solat tak lengkap 5 kali sehari...malah ada
yang tak pernah solat pun sejak keluar dari rahim
emak mereka.....ini tentu kesalahan bapak...bapak yang patut didik 
anak untuk solat...solat tu wajib...dia mesti dimulakan sejak umor 7 tahun...supaya dia biasa dengan solat sehingga dia mati.....tak boleh tidak......Sanggup ke bapak diseksa
sebab tak pernah ajar anak untuk solat dan untuk dirikan solat....
Solat tu tiang agama...kalau solat tak dibuat
maka amalan amalan yang lain akan tertolak bila dah mati nanti......
jangan main main bapak bapak semua..........opst!

ahad...hantar anak pi kelas tambahan di sekolah kebangsaan....
perhati aje anak masuk perkarangan sekolah...
Opst!...berbalik pada cite aku.....lepas amik anak... dia ajak pi kedai basikal...tah apa yang nak dibelinya....asyik hal basikal aje....tah berapa kali warna
basikal tu bertukar...macam macam kaler.....dia buat sendiri je...aku tak campur pun, malas aku nak campur hal basikal dia tu.....Siap bagi syarat syarat, kalau cemerlang
ujian upsr, dia nak basikal rege 200rm ke atas....macam macam la.....
Bila da pi kedai basikal tentu taknak nak pi makan...tak sabar
dia nak bege basikal dia kat rumah tu.......macam2 la...

Malam nanti nak pi hantar anak ke pusat tution...tentu dengan isteri aku.....dan kene tunggu lagi hingga tamat tution, tentu kami akan tunggu kat tesco lagi....minum
 la gamaknya kat situ lagi................
Malam esok pun ada tution.....Kalau bukan pelajaran bahasa Inggeris,
 aku akan hantar dan tentu sekali dengan isteri aku....apa boleh buat laaa.....tapi kalau malam esok pelajaran bahasa inggeris, anak aku akan tompang teacher dia 
pi ke pusat tution tu sebab teacher dia duk satu taman dengan
 kami dan dia merupakan tenaga pengajar kat 
pusat tution tu...
Itulah rutin hidup aku ..... 

Apa apa pun aku mohon doa kepada ALLAH SWT supaya kita semua 
sama ada aku kenali atau tak...sama ada dekat atau jauh....serta semua kaum 
muslimin dan muslimat seluruh dunia akan peroleh keampunan daripada ALLAH SWT atas semua dosa kita sehingga ke akhir hayat kita. Tiada nikmat yang lebih besar selain
mendapat keampunan ALLAH SWT atas segala dosa kita....

~ sekian ~


daud.montak.zakaria

Sunday, September 9, 2018

Dua cerita berbeza.....

Sabtu...Ahad dan Isnin...aku dengan anak anak aku aje kat rumah...anak bungsu dan anak kedua aku....isteri aku pi bercuti...hahaha....Payah jugak bila isteri takde 
bersama sama. Tambah pulak bila tiba waktu makan....
Disebabkan skill masak da lama terkubur 
maka cari aje kat kedai....
huhuhu...
.....apa boleh buat la...Sabtu tengah hari
pi beli aje pizza kat pizza hut tu....lagi pun anak bungsu
aku lebih suka makanan macam tu daripada makanan yang berunsurkan nasi......

pizza hut sri putra...
dalam piza hut...
 Isteri aku jam 11.00 pagi  da pi ke KLIA. Dia bersama rakan rakan dan anak rakannya pi bercuti ke Langkawi iaitu kawasan Tun Mahathir. Tak tau apa yang akan dia 
orang buat di sana. Anak rakan isteri aku yang hantar dia 
orang ke KLIA.....
tengok, aku da kata aku dikelilingi oleh jiran
jiran yang baik di sini...moga aku kekal peroleh jiran macam tu....Moga aku 
serta semua jiran jiran aku akan berjumpa lagi di SYURGA nanti...InsyaALLAH TAALA. 
Aku harap isteri aku dan rakan rakan dia dapat merasai keselesaan
 di langkawi tu....Anak rakan isteri aku yang akan bawak
 mereka bergerak di sekitar Langkawi tu.....moga dipermudahkan 
semua urusan mereka sepanjang mereka di sana oleh ALLAH SWT.....Sebelum pi isteri sempat jenguk 'new born' di hospital petaling jaya waktu 
petang, hari sebelumnya....moga ibu dan baby sihat walafiat......

tunggu sat dia orang masak....bersama anak bungsu aku....
large....
 Bagi aku elok jugak beri peluang isteri berjalan bersama rakan rakan wanita mereka  untuk pi memana yang mereka nak pi....Biarkan mereka rehat daripada segala hal dalam 
rumah buat sementara waktu...beri mereka ruang berehat dan buat apa 
yang mereka nak buat bersama rakan atau sedara mara
dan sebagainya selagi tidak buat
benda yang melampaui sempadan agama....tak gitu......
Berilah mereka peluang untuk pi jauh atau pun pi dekat2 aje...Kalau
modal besar biarlah la dia orang pi jauh2 dan kalau modal kecil, pi la dekat dekat pun
tak apa...ikutlah setakat kemampuan yang ALLAH SWT rezekikan
 kepada kita...tak gitu.......bersyukur dengan apa yang ada..
Jadi, suami kena la pulak ambik tanggung jawab
jaga dan duk kat rumah untuk
tengokkan anak anak pulak...tak gitu.......Itu pun kalau anak2 da besar tapi kalau anak2 masih baby, kat mana pulak nak halakan untuk 'breast feeding'...lainlah
kalau ada isteri lebih....opst! ..hahaha...ni perkara sensitif,
tak boleh dibincangkan lebih lebih.........
Kan cantik dunia ni kalau kita saling faham memahami dan saling 
memberi peluang kepada pasangan
untuk buat apa yang dia nak dibuat bersama rakan rakan wanita mereka....sekali lagi...
asalkan tidak keluar daripada landasan agama.......

beli bungkus bawak balik kumah....
ini foto isteri aku dan rakan satu taman yg baru tiba KLIA dari bangi...
Sebelah malam pulak aku kena hantar anak bungsu aku untuk kelas tambahan di Nilai
...jauh wooo....dari selangor pi negeri sembilan, tution di luar negeri
bukan luar negara.....hahaha....Lepas maghrib terus
kuar, start kete dan terus gerak ke Nilai negeri Sembilan. Tiba kat pusat
tution tu lebih kurang 15 minit kalau bawak kete macam siput...hahaha........Kalau bawak
pantas macam arnab lagi lambat sampai atau tak sampai lansung....kalau
bawak laju...laju itu membunuh....ooopst! nauzubillahi minzaliq
...moga ALLAH SWT jauhkan daripada sebarang kemalangan sama ada semua keluarga
aku dan siapa saja, yang aku kenal atau pun tidak...itu doakan ku
untuk semua...tidak rugi kita doakan sesama manusia
...sekurang2nya kita dapat PAHALA berdoa....tak gitu............

KLIA
kat KLIA...
Dalam pukul 9.50 malam aku gerak pulak ke Nilai balik untuk amik anak bungsu aku yang akan tamat tution dia jam 10.15 malam....Masa pi ni pun amik masa 10 ke 15 minit 
jugak jika
kita gerak secara merangkak dengan kete....ibarat kura2 sedang bersantai
melihat kangkung dalam kolam....hahaha.......Biasanya kalau
isteri aku ada aku akan pi amik anak sama2 jadi takde la aku rasa sunyi boleh la
sembang sembang abiskan masa dan tak la boring sangat......Itu pun bila isteri aku takde kelas pengajian agama di surau...Kalau ada kelas agama, macam ni la jugak aku
akan pi sensorang jugak ke nilai tu..........Duk tunggu kat depan pusat tution
tu sensorang dalam 15minit...boring gak kalau sorang...

dalam perut kapalterbang....
waktu makan pun boleh jadi kenangan sebab waktu tu takkan berulang lagi...
tunggu anak depan pusat tution...
 Tiba di pusat tution lebih kurang jam 10.05 malam...duk aje dalam kete tunggu anak
kuar dari pusat tution tu...Boring tunggu jadi aku belek hp...tengok FB..
Nak habiskan masa tunggu tu baca FB aje la....itu aje yang
buat....Tak lama kemudian dalam 10.15 lebih kurang
anak aku keluar dari pusat tution tu.....
dia terus masuk kete.....

anak da masuk kete....
singgah sat kat dataran bazar nilai...tengok dari jauh aje...
 Sebab kalau balik ke rumah terus, rasa tak ada pape...isteri pun takde maka aku ajak anak bungsu aku pi ke nilai tiga...tak jauh pun dari situ...lebih kurang lima kilometer 
aje gamaknya...memang tak jauh..Tiba nilai tiga tengok masih ada
kedai kat pasar tu masih buka....Sebuah gerai tepi
jalan pun masih buka...Nampaknya ramai jugak sedang makan
kat situ.....hermmm...makan tengah malam ni boleh jadi gemok...tak gitu...atau
cuma telahan orang je ke....hahaha...Ternampak kain bena besar kat situ tertulis 'SUP EKOR' ....Oooooo....patut la masih ramai kat gerai tu.....Kemudian kami terus 
ke depan lagi dan singgah sat kat dataran bazar nilai...
Tengok dari jauh aje...ada jugak nampak
orang ramai bawak anak2 kecik kat situ sedang berlari dan
sebagainya....Terdengar jugak lagu nyanyian yang kuat bunyinya dari lokasi
tu...mungkin persembahan buskers kut...kat situ memang ada
sebuah pentas untuk persembahan tapi dari tempat
kami singgah tu memang tak nampak ponnn..................................

pekan kuah...
sape pun kalau pi langkawi pasti pi kat pusat cokelat ni....
pusat cokelat....
Masa singgah kat situ sempat jugak aku belek handphone aku...kelihatan foto
foto yang dihantar oleh isteri aku melalui wassap...Dia kata pi makan
dan membeli kat pekan kuah tuuuu...........
Sekali lagi aku ingin nyatakan elok jugak beri
peluang isteri meluangkan masa bersama kawan
kawan dia ke mana aje nak pi asalkan tidak melanggar syariat agama.
Biarlah dia punyai masa tanpa disibukkan dengan suami dan anak2  sekali sekala
...mungkin ia boleh menjadikan mereka lebih gembira dan selesa...
takde la terperok aja dalam rumah....tapi aku suka memerokkan diri aku kat rumah 
kalau takde pi keje...........
Rasanya memang perlu diberi  isteri peluang seperti itu............Macam lelaki la
jugak, ada masanya perlu berjumpa kenkawan untuk
bersembang dan sebagainya dalam keadaan santai tanpa ada isteri
dan anak anak di sisi....jugak asalkan tidak melanggar syariat
agama...tak gitu..........

...............................................................................................................................

AHAD, 9 September 2018....masih lagi sendiri dengan anak anak....pepagi dapur
masih tak berasap sebab order nasik lemak kat gerai jiran di taman
kami...sarapan aje la dengan nasik lemak.....tengah hari
masih fikir nak makan kat mana....tunggu aje laaa...
..........................................

Pepagi aku semak wassap dan ada beberapa
foto yang di share oleh isteri aku...Foto dia orang kat Langkawi tu...
La ni mungkin mereka akan pi jelajah pulau tu kut....Sebenarnya banyak lokasi yang boleh dilawati di Pulau Langkawi tu...Langkawi mempunyai 99 buah pulau sebenarnya..
Banyak tempat yang boleh dikunjungi di sana tu....Pekan Kuah untuk
beli belah barang barang yang macam2 dari pinggan
mangkuk hinggalah  barang2 makanan.

langkawi...
langkawi...
Sebenarnya aku da beberapa kali pi Langkawi tu....Kali pertama bila aku involve dalam
program yang dianjurkan oleh ANGKASA...Kami membuat rakaman
penuh bengkel serta lawatan peserta ke hampir seluruh
pulau Langkawi tu...kalau tak silap hampir
sepuluh tahun yang lalu...jadi memang banyak lokasi yang boleh
dilawati di Langkawi tu....Selain daripada itu dua kali lagi aku berkunjung ke Langkawi kerana opis aku buat program macam team building lebih kurang dan yang terbaru
ialah awal tahun 2018 ni...

pantai langkawi...
ni mungkin untuk menjelajah sekitar pulau kut....
Antara lokasi yang boleh pi di pulau tu ialah underwater world, cable car, beras terbakar, perigi dayang, pantai cenang, pantai batu tengkorak, sky bridge, padang
matsirat dan sebagainya....Aku sebenarnya da pun pi hampir
semua lokasi ni sebab bekerja bukan bercuti...huhuhuhu................

...................................................................................................................


tunggu piza siap...
hari ni tambah lagi satu....
tiba je kat rumah anak bungsu aku terus je jamah.....
Opst! berbalik pada cite aku yang tinggal di rumah
masa isteri tiada....menjelang tengah hari aku ajak anak bungsu
aku pi piza hut aje...Hari ni tak berasap lagi dapur aku...malas nak masak...Aku punya skill memasak pun tah mana lenyapnya..kali terakhir aku masak masa isteri aku dalam 
pantang, masa dia belum kuat untuk buat pape...Biasanya aku masak 
masa isteri dalam pantang aje....Sebenarnya kali terakhir 
aku masak 12 tahun yg lalu...huhuhu....masa anak 
bungsu aku lahir...apa boleh buat laaa...
Jadi hari ni kami beli piza large macam semalam dan hari 
tambah satu lagi 'personel'...itu permintaan anak bungsu aku...Kami bawak balik 
ke rumah dan makan kat rumah aje lebih selesa rasanya...Aku memang jarang makan kat kedai sejak kawen...da umur banyak ni baru aku rajin makan kat kedai dengan
 isteri dan anak2...kalau tak, aku lebih selesa makan kat rumah 
dengan makanan
yang dimasak oleh isteri...istilah makan kedai merupakan istilah yang asing sangat bagi aku.......

Di lokasi yang lain isteri aku dan rakan2 dan anak rakan dia pi naik kereta kabel kat Langkawi tu...
perlu ada kenangan bila pi memana...
nak naik kete kabel....
posing kat kete kabel...
Aku pernah sekali naik kete kabel ni iaitu lebih kurang 10 tahun yang lalu masa aku buar
rakaman video lawatan peserta bengkel ISYA ke seluruh Pulau Langkawi tu...
Kami naik terus ke kemuncak gunung mat chinchang tu......
Masa aku pi Air terjun Telaga Tujun awal tahun 
lalu 2018, memang kami nampak kete kabel tu dari puncak Air Terjun 
Telaga Tujuh tu.......
Kete Kabel gunung mat chinchang tu
dibuka pada pengunjung dalam tahun 2005. Panjang laluan
kete kabel tu 2.2 km yang terpanjang di dunia. Dulu tiket naik kete kabel tu
30rm sahaja tapi la ni tak tau pulak, tentu dah naik kut. Kete kabel ni tak berenti pun dan ia akan perlahan bila tiba di stesen untuk pengunjung mudah naik ketika ia
sedang bergerak......

kelihatan lautan luas....
kete kabel...
lokasi kete kabel....
Dari puncak gunung mat chinchang tu boleh nampak permandangan yang luas di bawah... Boleh nampak lautan yang luas, air terjun telaga tujuh pulau pulau mungkin
di thailand kut dan sebagainya lagi...Masa aku naik dulu tu
macam dingin aje kat puncak tu.....
Moga isteri dan rakan2nya serta anak rakannya tu dimudahkan
segala apa yang mereka lakukan di sana tu.......


foto mereka semasa dalam kete kabel tu...rakan rakan isteri aku dan ahli keluarga rakan dia...maaf aku guna foto ni....
posing .....
posing....
Waktu petang aku terima lagi foto drpd isteri aku melalui wassaps..memang aku mintak dia update foto masa berada kat sana di memane aje dia pi....Sama ada dari kamera
hp dia atau pun hp rakan rakan dia.....sebab nak update blog ni la...
Moga mereka semua dimudahkan oleh ALLAH SWT
atas segala urusan mereka di sana
serta dalam perjalanan balik nanti...............


tunggu anak keluar tution...
Berbalik kepada cerita aku di sini....lepas maghrib aku
hantar anak bungsu aku ke pusat tution di negeri sembilan tu....Pandu kete
secara santai aje....dalam 10 atau 15 akan sampai jugak di sana. Tiba aje kat pusat tution tu anak aku turun kete dan masuk ke pusat tution tu...Sekarang ni kerap aje
tambahan kepada kelas tambahan tu sebab nak dekat periksa...


sentral bazar nilai...
Boring jugak kalau hantar anak sensorang ke pusat
tution tu...Kalau isteri aku takde pape dia akan temankan aku hantar
anak ke pusat tution tu...Biasanya kami tidak balik terus ke rumah. Kami akan singgah
di tesco untuk minum dan makan roti bakar sambil sembang sembang...tapi bukan membawang tauuu...Pada aku istilah membawang ni takde dalam 
kamus aku...
Agak2 masa tution anak aku nak tamat kami pun gerak 
ke sana untuk jemput dia dari pusat tution tu....Biasanya kami kat
 food court tesco tu lebih kurang sejam lebih sebelum kami gerak semula ke pusat tution tu 
untuk amik anak...


sentral bazar nilai...
Ada ketikanya aku bergilir dengan jiran berkongsi dinding untuk hantar dan amik anak dari pusat tution tu. Jiran hantar lepas maghrib dan aku amik masa balik sebab
anak jiran tu ada sama belajar kat pusat tution tu.....Jadi tu lah
aku katakan awal lagi aku dikelilingi jiran jiran yang baik...
InsyaALLAH TAALA
terus kekal dengan baik dan aman hingga masing2 tinggalkan dunia 
ini dan berjumpa kembali di SYURGA yang kekal abadi.....


sentral bazar nilai...
Masa amik anak dari pusat tution, macam semalam aku terus pi Nilai Tiga, saje je pi sana...Saja je nak tinjau kat situ.......Kami singgah sebentar di sentral bazar
nilai tu...saje tinjau. Orang tak ramai pun...ada 4 atau 5 orang penjual
kat situ...aku pun tak tengok apa yang dia orang jual...
tinjau dari jauh aje. Kolam untuk mandi mandi bebudak pun tiada beroperasi
Budak tak ramai pun masa tu...dia orang main basikal dan skateboard beroda tu......
Tak lama kat situ kami pun balik.......

Rasanya setakat ini catatan aku sebab isteri aku dan rakan rakannya akan balik esok..mungkin flight pukul 1 kut dari langkawi....

Akhirnya, aku doakan kita semua sama ada aku kenal atau tak, sama ada jauh atau dekat  dan jugak semua kaum muslimin dan muslimat akat peroleh keampunan daripada
ALLAH SWT atas segala dosa kita semua hingga ke akhir hayat kita..
tiada nikmat yang lebih baik daripada mendapat keampunan
drpd ALLAH SWT atas segala dosa kita sehingga ke akhir hayat kita...

~    sekian    ~


daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...