Saturday, June 30, 2018

Catatan Syawal lagiii...

Sabtu...30 Jun 2018...hari ni besan kami akan datang ke rumah kami. Masa kami tiba
dari kampung itu hari isteri aku pelawa  besan kami untuk datang ke rumah
Masa tu kami baru balik dari kampung dan singgah makan
makan kat rumah anak menantu kami...rasanya
hari Ahad lepas. Dari Perak kami terus singgah di rumah anak
menantu kami tu.


Malam sebelum Sabtu kami da beli
segala yang perlu untuk masak masak tu nanti. Kami tak buat
rumah terbuka pun. Tak pernah pun buat...sape nak datang sila gitau, senang aku nak pi cari lemang tu...ekeke....Sabtu pagi tu isteri aku dan anak pompuan aku masak makanan
yang diperlukan....rendang...laksa...mee goreng...kuah kacang...dan sebagainya.
Pepagi dalam jam 10.00 pagi aku pi teras jernang untuk beli
lemang di sana. OK gak lemang kat sana tu.....Tak jauh pun lebih kurang 10KM je.

Tiba tempat lemang tu...tanyalah tuan lemang tu...
dia kata ada buat tempahan ke...aku kata takde...dia kata tunggu dulu 
sebab lemang sedang dibakar...whaaa...nampaknya banyak betul lemang sedang ditempat
membakar...mungkin lebih kurang beberapa ratus kut...Harga lemang tersebut
ialah RM14...RM16...dan RM18...Bukan aku sorang je pelanggan
tapi ramai...tak putus orang datang membeli.......
Fikirlah kalau RM14 untuk seribu batang setiap hari....whaaa....banyak betul duit tu...

Sedang menunggu akhirnya tuan lemang tu bagi bahagian orang lain yang telah siap dibungkus kat aku...begitu juga beberapa orang lain yang tak buat
tempahan tu...ok la cara macam tu.....nanti bila yg buat
tempahan datang boleh la bagi yang ha hampir
nak masak kat pembakar tu......
Mana yang dah ditempah dulu akan dibungkus siap siap....yang tak tempah kene
tunggu la bila dah masak dibakar....maknanya kalau tuan yang da
tempah tu datang dia kena tunggu la kalau
belum masak lagi.........


Dapat je lemang tu aku terus balik...aku 
beli RM16 untuk 3 batang. Tiba di rumah isteri dan anak pompuan aku
sedang masak....tapi disebabkan gas habis, stop dulu masak....gas abis masa  aku beli lemang tu la..
Tiba rumah beri lemang kepada isteri dan aku angkat tong gas masuk kete. Isteri
aku kata gas abis kat kedai berhampiran dan perlu cari sendiri
kat kedai runcit di kedai kedai di sekitar yang jauh sikit
kalau guna kete...jauh banyak kalau berjalan...

Kami pi pekan bangi...takde...pi seri putra...abis gak...pi ke bukit mahkota...
kedai pertama kata da abis....kemudian pi kedai kedua...barulah dapat kami beli...baru la ada gas tu....
...laku pulak gas masa syawal ni....agaknya sebab nak jamu tetamu kut
...tu sebab memasing memasak je kat umah memasing.....Bila gas da ada maka sambung la aktiviti memasak tu....


Sebelah petang...lebih kurang jam 2.00 petang lebih...anak menantu aku tiba di rumah.
Tak lama kemudian keluarga besan kami tiba....besan lelaki dan
tiga orang anak mereka tak turut serta...mereka ada
hal memasing yang tidak boleh dielakkan...
Aku tak shoot foto pun...rasa segan pulak nak rakam...
anak dan isteri aku pun tak rakam jugak...sepatutnya aku rakam sebab
suasana ini hanya wujud sekali je dalam bulan SYAWAL ...setaun sekali baru boleh jumpa macam ni...apa boleh buat la...Beberapa ketika kemudian bila da selesai
makan mereka minta diri untuk bergerak...kami sempat
bekalkan laksa untuk menantu lelaki mereka.
Dia sempat datang sebentar sebelum bergegas keluar kerana ada hal penting untuk diselesaikan....moga urusan dia dapat diselesaikan dengan sempurna.....



Anak menantu kami tidak turut serta dengan mereka sebab rakan anak lelaki tua aku
akan datang beraya kerumah ni...jadi dia terus tunggu je di sini....
Tak berapa lama...rakan anak tua aku tiba dengan
isteri dan anak anak dia....jemput mereka semua makan....Rakan anak
tua aku tu merupakan kawan lama...dari sekolah rendah hingga sekolah teknik di sepang tu.
Kira kawan lama la tu.....
Anak tua aku dengan keluarga rakannya tu akan bergerak
pula ke rumah kawan mereka yang lain untuk beraya...mereka pi bersama-sama........
Menjelang petang sikit...anak sedara isteri aku datang iaitu keluarga Mae 
dan isterinya Tini serta anak anak....jemput makan semuanya...
Bersembang sambil makan...moga ikatan keluarga
bertambah erat....jangan putus.......Selesai makan mereka mula bergerak........


Dalam jam 6.00 lebih  isteri aku pi bertandang rumah jiran berkongsi
dinding dengan kami...Aku pun cikgu tu ada pelawa tapi takpa la biarlah isteri 
aku je yang wakilkan....rumah terbuka tu dari jam 2.00 ptg hingga jam 7.00 malam...Isteri
aku pi sebelah hampir jam 7.00 malam....takpe la yang penting ada wakil yang
pi supaya dapat memenuhi pelawaan cikgu tu...moga keluarga
mereka sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga..aamiinnn...

Malam pulak keluarga Samad iaitu biras aku yang duk dekat rumah aku bertandang ke rumah pulak. Masa tu aku letih sangat dan tertidur...makan masa la sikit nak kuar 
dari bilik ...Mereka datang satu keluarga dengan keluarga Dila anak sedara 
isteri aku iaitu anak encik akhir. Lama jugak sembang sambil makan2..
Alhamdulillah makanan cukup sampai ke tetamu yang datang 
waktu malam.....alhamdulillah....

Moga semua mereka yang bertamu di rumah aku sentiasa dirahmati dan diberkati
ALLAH SWT dari dunia hingga ke SYURGA begitu juga semua
kaum uslimin dan muslimat semuanya...aamiiinnn...


Maaf la aku tak dapat sertakan foto foto di sini sebab aku tak rakam sebarang foto pun masa mereka berkunjung ke rumah aku tu....huhuhu....

Ahad, 1 Julai 2018....
pepagi jam 8.00 pagi hantar anak pi tution di sekolah dia. Cikgu kelas dia je yang buat kelas tambahan hari Ahad ni....rajin cikgu tu untuk murid2
dia...moga dia sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT
sentiasa......
boring gak tunggu lelama...
depan pintu sekolah
dua sejoli....
dua sejoli....
Sebelum jam 11.00 pagi aku gerak ke sekolah untuk amik anak aku tu...dalam masa tunggu anak hampir setengah jam tu, sempatlah tonton dua sejoli kat pagar sekolah tu...
memadu kasih kut...huhuhu....tebal kasih sayang antara mereka...masa 
budak2 kuar pagar tu barulah mereka blah...huhuhu....
Dalam jam 11.20 pagi baru anak aku kuar. Masuk masuk je dalam kete ajak aku
pi kedai basikal...dia kata nak beli sport rim untuk basikal
dia tu...macam macam la budak lelaki ni....Dia suh aku tambah separuh untuk
beli rim beskal kat kedai cina pekan bangi tu....aihh...budak lelaki ... tu la kejenya........
Terbang la lebih rm50 untuk satu rim beskal......




...........Macam macam la budak lelaki ni kann...kannn....aihhhh.....

Petang ni isteri aku pulak ada program dengan rakan rakan dia...agaknya program yang ada makan makan la kut.....tapi aku lebih prefer untuk duk kat umah jee...huhu..
Moga aku, isteri dan semua anak2 menantu aku sentiasa diberkati 
ALLAH SWT dari dunia hingga ke syurga...aamiiinnnnnn...

Akhirnya moga kita semua, tak kiralah aku kenal atau tak, akan sentiasa mendapat keampunan daripada ALLAH SWT sentiasa atas semua doasa
kita sepanjang hidup ini sehingga ke akhir
hayat kita....sesungguhnya memang tiada yang lebih baik
melainkan sentiasa mendapat keampuanan ALLAH SWT hingga ke akhir hayat..aamiinnn..

....sekian....

daud.montak.zakaria

Friday, June 29, 2018

Kembali kepada jadual asal...

Hari ni Jumaat 29 Jun 2018...lepas maghrib aku hantar anak pi tution macam biasa...
...kat nilai sana tuuu....Ini kali pertama lepas raya hantar anak tution. Aku 
pi dengan isteri aku. Bila da hantar anak, kami pi tesco
untuk beli sedikit barang keperluan. Selesai beli barang kami pi
food court untuk minum...Kami order kopi dan roti bakar sementara tunggu jam 10.00
malam untuk jemput anak dari pusat tution.....





Lebih kurang jam sepuluh malam kami bergerak ke pusat tution untuk amik anak. Tiba di pusat tution terpaksa tunggu sat sebab anak belum abis belajar lagi. Bila dia
 kuar dan masuk kete kami pun terus tinggalkan pusat tution tu untuk 
balik....Nampaknya macam ni la hingga anak aku selesai 
pekse pada bulan september nanti.....

....sekian....

daud.montak.zakaria

Sunday, June 24, 2018

Catatan ENAM SYAWAL...- balik kampung..

Syawal ke 6 kami baru gerak ke Arau...lepas zohor kami gerak ke utara lebih kurang jam 3.00 petang.. Tujuan ke Arau adalah untuk menjemput anak perempuan kami
setelah tamat peperiksaan pada hari khamis nanti. Aku
gerak ke Kangar Perlis bersama isteri dan
dua orang anak kami....
Sepanjang perjalanan anak aku yang pandu sebab aku tak pandai pandu
kete auto......

bangi ke kangar...

...menora...tak tau nape dipanggil menora...yang aku tau main menora kat kelantan..
Kalau ikutkan peta google perjalanan dijangka makan masa selama lebih kurang 6 atau tujuh jam kut...Kami keluar rumah lebih kurang jam 15 minit sebelum pukul 
3 petang. Kami masuk highway Plus menuju selatan dan masuk
highway lingkaran tengah menuju sungai buluh....sebelum terus ke utara...
aku pun tak pasti nama highway tu...tah betul entah tak lingkaran tengah...huhuhu....



RNR selepas ipoh...
Kami melalui Ipoh dan terowong menora. Kemudian kami singgah di RNR selepas itu.
Kami tak singgah di RNR tepi sungai perak tu. Aku pun da lupa nama RNR tu.
Kami singgah untuk makan sebentar. Boleh tahan jugak harga
makanan kat RNR ni kan. Macam harga kat bangi je
nampaknya...Makan je la...apa boleh buat laaa..
ingatkan da zero gst ni makanan makin murah...macam kata bekas sang menteri kerajaan lalu...huhuhu...



hotel federal...
Sebenarnya lenguh jugak duduk dalam kereta walaupun aku tidak memandu...letih jugak
rasanya. Dalam perjalanan banyak jugak kete dilebuhraya...mungkin dia orang
 balik utara kut untuk yang bekerja di utara. Lokasi yang agak sendat
 jemnya ialah di Penang...penang tanah besar bukan Penang pulau...huhuhu....
Setelah beberapa jam kami tiba jugak di Kangar...
Kami tiba di Bandar Kangar lebih kurang jam dua belas tengah malam.
hermmm...jam 3.00ptg dari bangi dan tiba di Kangar jam 12.00
tengah malam....lama jugak rupanya nak pi utagha ni...

ni isteri aku......

....anak dan ibu..

banyak ular kat sini tidor je...kenyang kut...
kasawari....

Kami cuba cari hotel bajet di Bandar Kangar tu..mulanya cari kat dalam bandar....memang               banyak hotel bajet...tapi....bimbang disaman oleh majlis daerah pagi esok 
                         sebab takde kupon parking sebab da tengah malam mana 

ada kedai jual kupon yang bukak lagi. Aku da tanya
hotel kangar tu dengan isteri aku...
sewa bilik tak mahal mana
pun untuk semalam...tapi disebabkan kupon parking
takde...anak aku sewa bilik hotel federal yang da ada parkingnya sendiri.
150rm untuk semalam.......dan keluar jam 12.00 tengah hari esoknya. Disebabkan anak pompuan aku abis pekse jam 5.00 petang maka kami terpaksa la jenjalan 
di sekitar kangar sebelum amik anak pompuan aku 
untuk balik ke perak...


...dalam bangunan tu tingkat atas patutnya ada ikan dalam akuarium tapi...usahkan ikan, air pun takde...
anak kedua aku dan isteri aku....isteri satu je...
tak berbisa tapi garang...
Bilik hotel yang kami sewa tu agak selesa gak...luas jugak la dengan dua buah katil queen
size. Satu bilik air yang ada air sejuk dan panas untuk mandi....bila pagi esoknya
 tak panas pun airnya...masa mula masuk malam tu ada panasnya...
macam2 la...apa2 pon selesa jugak kat situ..
ada aircond....memang semua bilik hotel ada aircond kan...huhuhu...
Selesa jugak la untuk bermalam, walaupun ianya hotel bajet...
...nyenyak jugak la tidor malam tu.....mungkin sebab letih gak kut...

satu lorong untuk pi keluar...
anak bungsu aku dan ibunya...kolam ada, ikan tarak, daun kering je banyak...
anak aku...
Esoknya kami sarapan nasi lemak, anak aku cari kat gerai di Kangar tu...banyak kedai tak bukak lagi masa dia cari makanan tu.....mungkin masih awal pagi kut...
Dalam jam 11.00 pagi kami da mula berkemas untuk 
check out jam 12.00 tengah hari. Selesai kemas segalanya, jam 11.45 pagi 
kami check out. Waktu tengah hari kami pi cari makan kat kedai sekitar Kangar. Kami singgah di sebuah kedai yang jual nasi arab. Waktu siang dia jual nasi arab dan dan nasi mandy. Kami pilih makan nasi mandy, sama ada lauk ayam, daging atau
kambing. Kedai ni jual macam2 makanan bila waktu malam...waktu
siang itu je makanan yang dia jual....ok jugak la makan
kat sini...nasi mandy kambing rm17....




Lepas makan...kami tak tau nak buat apa lagi dah...sementara tunggu anak selesai pekse jam 5.00 petang kami merayau je la...Akhirnya amik keputusan melawat Taman 
Ular Perlis. Dah terlanjur ke Kangar ni pi je la kat taman tu tuk berkenalan 
dengan ulaq ulaq kat situ....huhuhu...Tiba kat sana, anak aku
parking kete dan kami terus pi kaunter
tiket...dewasa 6rm dan 
kanak kanak 2rm...
Selesai beli tiket, kami terus je masuk ke taman tu....masuk je bau da tak
berapa enak da...biasala kan.......haiwan tu bukan 
mandi bersabun kut.....

nasi mandy...ayam 12 rm je....kambing 17rm.....
beli harum manis...beli sikit je...mahal rasanya 30rm sekilo...
balik perak...
Kami masuk kat bangunan yang menempatkan pelbagai jenis ular yang diawet dan juga ular hidup. Banyak ular dalam sangkar sama ada berbisa atau tanpa bisa...
semua ada di sini...Banyak jenis ular di sini dan banyak jugak yang 
aku tak kenal langsung...maklumla aku bukan sedara ular...
tu sebab aku tak kenal ...huhuhu...
Baca di bawah ni...aku google je maklumat tu....
Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis, satu satunya taman ular seumpamanya
di Malaysia. Semua spesis ular ini di letakkan di ruang pameran tertutup
dan ruang terbuka. Terdapat 150 ekor ular yang terdiri
daripada 34 spesis. 25 spesis ular tempatan
dan 9 spesis dari luar negara.
10 spesisi ular di sinijenis berbisa dan yang lainnya
tidak berbisa. Jenis ular yang terdapat di sini diantaranya ular sawa,
tedung selar, tedung senduk, ekor merah, kapak bakau, rusuk kerbau, katam tebu,
katam payung dan punti...Ular paling berbisa ialah ular tedung senduk
sembur. Ular paling berat ialah ular sawa yang
beratnya 80kg dan panjangnya
23 kaki.........

masa ni hujan renyai lepas ujan lebat...balik ke perak..
ni lah jalanraya lama sunyi sepi kat perak tu....
melawat sanak saudara dan muslimin dan muslimat yg da pi dulu...aku pun mungkin kat sini kut...
Masa aku masuk tu cuma satu jenis je yang agresif...aku dekatkan tangan ke cermin dia
terus patuk  tapi ular ni tak berbisa pun...itu apa yang aku baca kat cermin
tu. Tapi memang ganas nampaknya...agaknya yang macam ganas ni
memang tak berbisa kut....macam orang gak
yang nampak ganas tu mungkin hatinya penuh ngan taman2...kan...kan..
Ular ular lain aku tengok semuanya da senyap je...belingkar je...mungkin da kenyang kut..
Dalam beberapa sangkar ular, kebanyakannya terdapat sekumpulan tikus putih
...mungkin itu makanan ular tu kut...kadang kesian tengok...tikus
tikus tu diam berkumpul je di tepi satu sudut sementara
ular berlingkar tidur di sudut yang lain..
Mungkin tikus2 tu risau dalam hati sebab bila bila masa je ular
tu akan bangun bila lapar dan cari tikus tikus mana yang akan di 'ngap'...kesian
tikus2 tu...kalau tikus2 tu ada sakit jantung rasanya da lama
mati...sebab gerun tengok kebanyakan
wajah2 ular yang tak 'handsome' tu...tengok wajah je da sakit
jantung...belum lagi di kejar dan di 'ngap'...Itulah dunia kannn....dunia manusia
la ni pun da macam sama je dengan pemangsa dan mangsa
dalam taman ular ni...huhuhuhu.....
Dalam sangkar ular sawa yang besar jugak ada makanan hidup iaitu beberapa ekor
ayam yang berada di satu sudut sementara satu sudut yang lain belingkar
ular sawa yang besar...macam tikus tikus putih tu...ayam2
ni pun tunggu giliran untuk di 'ngap'...eee...
ngerinya dimakan hidup2.....

doa untuk mereka...
anak bungsu aku dan adik pompuan aku...
pusara emak aku....meninggal 1999....
Dalam taman ular ni jugak ada lain lain binatang jugak...buaya, rusa, burung casawari
dan sebagainya. Kucing2 pun banyak termasuk kucing2 yang sakit
dan ada yang dah teruk sakitnya dalam sangkar yang
berasingan dengan kucing2 yang sihat...
Sangkar kucing yang sakit diletakkan dengan pita keselamtan
untuk tidak didekati oleh pengunjung kut... Dalam kolam buaya aku tengok ada
dua ekor buaya...yang aku nampak la....kat luar kolam mungkin lebih
banyak buaya kut...buaya darat...huhuhu...opst!
Kami jugak pi ke bangunan yang menempatkan akuarium...tapi..
semua akuarium tu...kosong semuanya...bukan setakat kosong...air pun takdak...
huhuhu....
Kemudian aku terus berjalan keliling taman yang sekelilingnya penuh
tumbuhan hutan yang hijau...aku suka keadaan hijau macam ni..
...cuma rasa panas je suhu kat kangar ni........taman ni tepi rimba............
Puas merayau dalam taman maka kami pun keluar...tiba diluar
anak bungsu aku nak beli makanan dan air....satu cucuk bebola..macam2 bebola
harganya 2rm...satu gelas air 2rm...ermmm...macam harga
kat bangi je....memang harga makanan kat sini
macam harga kat bangi je....huhuhu..

anak bungsu dan adik pompuan aku...
pusara bapak aku..meninggal 2016...96 tahun kalau tak silap masa tu...
kubur yang tengah2 tu sepupu aku yang baru meninggal..kak bee...moga dia akan terus dimasukkan ke syurga...
aamiinnnn...sama2 kita doakan...
Sementara menunggu anak selesai pekse...kami cuba habiskan masa yang ada ni...lepas
taman ular kami pi masjid untuk solat...buat solat jamak je...ALLAH SWT da
bagi kemudahan kepada musafir...maka kita gunakanlah nikmat
ALLAH tersebut....ALLAH SWT tidak menyusahkan
hambanya.....
Lepas solat rehat dan baring kat masjid tu
untuk hilangkan keletihan....memang letih pun...suhu kat perlis ni macam panas je...
ingatkan lagi dekat sempadan siam lagi sejuk, rupanya tak...tapi kat siam
memang 'hot' pun..kannn....
Lebih kurang jam 5.30 petang kami pi ke kolej kediaman 
anak pompuan aku untuk jemput dia di sana...sebab dia wassap dia da ada
di kolej...
Tiba di kolej semua barang barang dimuatkan ke dalam kereta dan... lebih kurang
jam 6.30 petang kami gerak menuju PARIT, PERAK pulak.....

arah ke makam tok kaya senin...
tok kaya senin..
kubur pengasas kampung senin...
Dalam perjalanan menuju ke perak...agak banyak jugak kete...mungkin ada yang balik dari
kampung untuk ke tempat mereka bekerja..mungkin...Kami pulak balik kampung
setelah orang lain mungkin da mula balik dari kampung ke bandar..mungkin..
Dalam perjalanan rasanya kat kedah kut hujan mencurah curah
lebatnya. Hujan tu rasanya sampai kampung aku kat perak.
Kami singgah di sebuah RNR
kat perak...dlm hujan renyai2 ....beli sikit makanan sebab ada yang da
lapar sangat. Selesai beli...masuk kete kembali dan gerak ke perak.
Tiba di kuala kangsar kami masuk ke pekan kuala kangsar dan ikut jalan lama
ke Parit Perak. Ikut jalan ni lebih dekat untuk ke Parit Perak. Kami ikut manong dan ikut jalan lama tepi sungai ke pekan Parit. Jalan kampung tentu lebih banyak
gelap daripada terang...bila jumpa pekan
kecik terangla sikit sebab ada lampu....jalan lama ni memang
banyak hutan pokok getah dan kelapa sawit daripada rumah rumah atau kampung.
Tak boleh bawak lelaju sebab jalan kecik dan mungkin boleh bahayakan diri..
Gelap bukan main melalui jalan lama ni...sunyi kurang kete tambah
pulak bila da memalam ni...hujan renyai2 pulak tu...seram whoooooo.....
Jalan pun banyak bengkang bengkuk.....

masjid seri iskandar...


Lebih kurang jam 12.00 lebih tengah malam, kami tiba di rumah adik pompuan aku kat Parit...bukan dalam parit air tu eaaa.........hujan renyai masa tu..
Aku dan keluarga...bila balik kampung di rumah adik pompuan aku nilah
kami tinggal terutama setiap hari raya...bukan aku takde adik
beradik lain tapi...kami macam ada 'chemistry' diantara satu dengan lain..
Masuk je ke rumah...aku terus mintak nasi nak makan...sebenarnya dalam kete masa
gerak dari perlis da wassap adik pompuan aku suh masak nasi sebab nak makan...
Jadi malam tu kami sekeluarga makanlah apa yang adik aku masak tu...
gulai tempoyak pun ada...huhuhu.......selesai makan apa lagi 
terus tidur lepas selesai solat.......

Esoknya hari jumaat.....pepagi lepas sarapan ajak adik pompuan
aku pi kubur ayahanda dan bonda....tak jauh pun...dalam 300 meter kut dari rumah adik pompuan aku...Kami lawat juga pusara sedara mara sekeliling pusara emak 
bapak aku....Di tanah perkuburan tu kami baca fatihah dan baca
yassin untuk roh emak bapak dan seluruh penghuni perkuburan tersebut....rasanya
tiada larangan jelas takleh baca yasin di kubur kut...kalau ada gitau aku
eaaa....supaya aku boleh elakkan buat perkara tu.....
Selesai baca surah yasin...doakan supaya kubur emak bapak
diluaskan dan dibukakan salah satu pintu syurga
ke kubur mereka hingga ke hari kiamat serta dihindarkan mereka
dari siksaan kubur, siksaan akhirat atau siksa mahsyar serta siksaan api neraka...kami
doa untuk kedua emak bapak kami dan seluruh penghuni tanah
perkuburan berkenaan...moga doa kami tu dikabulkan..
mohon pembaca blog ini sama2 aamiinkan...jika
doa ini dikabulkan, tentu ia merupakan nikmat untuk roh mereka di sana..
mereka memang mengharapkan doa kita yang masih hidup..
doa doa kitalah harapan mereka....kita jugak akan
mati jugak nanti..............aihh...takutnya
bila kenangkan kematian....kita tak tau kita akan diletakkan di golongan mana
...apa2 pun moga ALLAH SWT letakkan roh kita jugak dikalangan orang2
yang soleh dan solehah...Menurut kata ustaz...roh emak bapak kita yang
meninggal tau kita melawat pusara mereka...jadi lawatlah pusara emak bapak kita
dan berdoalah untuk mereka........itu apa yang ustaz kata....
Aku jugak sempat singgah kat makam pengasas kampung aku ni TOK KAYA
SENIN...sempat aku titipkan doa kebaikan untuk dia kepada Pencipta...tu sebab nama kampung aku kampung senin...tak taulah
sama ada dia benar2 yg mula bukak kampung ni...selagi aku tak dengar cerita yang
sah atau dengar cerita yang sah daripada keturunan yang sah, payah
aku nak percaya...huhuhu...oopst!. Aku payah nak percaya
selagi tak de cerita yang sah...tapi kalau ada maklumat tak sah aku baca gak...
Aku juga sempat tengok pusara adik emak aku ucu pian dan sempat
singgah di pusara kakak sedara aku KAK BEE...dia baru
meninggal bulan puasa yang lalu.............moga
ALLAH SWT kabulkan doa ku untuknya....

hijau tu menawan...
sempat pi sawah orang....
tenang tengok sawah ni....
selfie kat sawah orang...
Waktu tengah hari aku pi solat jumaat di MASJID SERI ISKANDAR...dekat tempat aku
memang ada masjid tapi apa salahnya pi jauh sekali sekala...bukan balik 
selalu pun...aku pi dengan anak kedua aku dan adik ipar aku...iaitu
suami adik pompuan aku....
Sampai je...azan da mula...masuk masjid dan dengar khutbah...
Masa khutbah...ramai jugak la budak2 muda yang sembang masa khutbah...terdapat hadis soheh larangan berkata kata masa khutbah ni.....nampaknya
macam sama je dengan tempat aku tinggal kat selangor tu. Masa khutbah mereka
 sembang ...rasanya da besar macam tu tentu tau sembang masa khutbah
 tak dapat pahala solat jumaat walaupun solat tu sah. Itu cuma 
ajaran basik je dalam islam...kalau ajaran basik kita tak tau 
macam mana dengan hukum2 yang kompleks...Aku tak tau la sape 
yang nak disalahkan
emak bapak atau anak2 tu sendiri....inikah generasi yang akan kita wariskan untuk jaga
agama...hermmm...entahlah........harap semuanya dapat hidayah
ALLAH SWT...aamiinn....

cantik...sawah...
...ada bahagian tanah aku dalam tanah kelapa sawit tu...
walau ada tanah, dalam ni pun takleh buat rumah...sunyi gak di sini....seram bila malam kut...
...makan tengah hari di seri iskandar....tengah tu anak bungsu aku, sebelah dia adik pompuan aku
dan adik ipar aku......bersih sangat kedai makan ni....
Lepas jumaat sebelah petang da lewat petang dalam kul 6.00 petang aku pi kayuh
basikal gi ke sawah....bukan sawah aku, sawah orang...saje je nak tengok
sawah...Kayuh basikal je...mulanya goyang2 gak masa basikal
mula bergerak...lelama jadi ok...sebenarnya aku dah tak
kayuh basikal da berpuluh tahun sejak aku guna kete ni.....ini bukan tipu...
real punya cite.....maknanya aku masih ada skill kayuh basikal ni...huhuhu..
Tiba di sawah tengok kebun kelapa sawit dari jauh je...kebun kelapa
sawit tu dalam lebih sikit satu ekar kut...tanah tu bahagi
empat...ermmm.....tak pasti....nama aku pun ada dalam tu...maknanya
kalau nak buat sebuah bangalow besar pun boleh kut untuk bahagian aku tu..tapi
aku tak bercadang pun nak buat rumah besar kat situ sebab nak buat rumah besar apanya,
sebab akhirnya aku akan dimasukkan ke dalam tanah oleh jiran2 bila mati nanti...
huhuhu....Aku bercadang nak buat rumah sederhana je di tanah yang  ditempat
lain masa pencen nanti...insyaALLAH...doakan eaaa.....
Tanah kelapa sawit ni bersempadan dengan tanah sawah orang lain.........
Di sawah orang tu sempatlah aku posing sikit..selfie la konon...huhuhu..
seronok tengok sekeliling sawah yang hijau dengan pokok
padi tu....luas terbentang pada pandangan mata.....
Lebih kurang jam 7.00 petang aku gerak balik ke rumah......kayuh basikal gak laa...


background sana lepas jalanraya tu yg takde pokok tu tanah aku dan adik aku...
...dalam semak tu ada sikit tanah aku...boleh muat dua bangalow dan ada laman...tapi tak
buat rumah kat sini pun...takde orang...mungkin ramai penyamun kat sini...huhuhu...
Esoknya hari sabtu aku bercadang untuk pi tengok tanah aku dan adik aku dekat bandar seri iskandar..lebih kurang 5 kilometer dari bandar seri iskandar....tapi
tak jadi...sebab sepanjang pagi tu hujan sampai tengah hari..
Cadang nak tanam pokok durian kampung di tanah
yang sudah dibersihkan tu..........hujan turun, langsung tak jadi pi........

Waktu tengah hari aku ajak famili aku dan adik serta adik ipar aku untuk
pi makan tengah hari di seri iskandar...adik aku kata ada sebuah kedai yang murah
tuk makan...kalau tak silap nama kedainya rizqullah...rasanya macam tu la bunyinya.
Aku da google da kedai tu...memang ada...memang nama tu pun..betul la nama tu..
Kalau sesapa pi bandar seri iskandar pi la try kat situ...aku makan enam
orang 50rm je....amik sendiri nasi dan lauk yang kita nak......
layan diri je...banyak lauk di situ....mula dulu dia ada dua kedai sebelah 
menyebelah, la ni
dia sewa satu lagi selang dua pintu...Ramai student
ipt makan kat situ...sebab murah kut....kat situ banyak
ipt...universiti petronas, uitm, ibkkn dan lain2.......

Lepas makan tengah hari ... pi pulak ke pasaraya Billion....Tesco jauh sikit 
dari billion ni...begitu jugak Econsave...lagi jauh sikit.....kami beli
ikan dan sayur untuk makan malam nanti.....sempat jugak
capai selai kemeje...huhuhu.....bukan branded pun..
asal boleh pakai kannnn.........

moga tumbuh dengan subur dan berbuah dengan banyak dan dapat memberi manfaat kepada semua
makhluk hingga sampai masa ditentukan oleh ALLAH SWT....
ni bahagian tanah seberang jalanraya...
...yang bersih ni tanah aku...rasa boleh letak 3 buah bangalow...tapi aku tak cadang nak duk kat tempat
sunyi niii....dari bandar seri iskandar 5km je.......anak kedua aku cari lokasi
tuk tanam pokok durian.....kelapa sawit tu orang lain punya...
Waktu petang lebih kurang jam 5.00 aku ajak adik pompuan aku pi tengok
tanah kami dekat bandar seri iskandar tu....bawak lebih kurang 10 batang anak durian...nak tanam kat tanah tu...........
Tiba di sana lebih kurang 15 minit dari rumah...tinjau dulu..Tanah tersebut
terbahagi dua oleh sebatang jalanraya yang baru di bina ditengah
tengah tanah tu, masa tu bapak aku masih hidup lagi...Jalanraya tersebut hubungkan bandar seri iskandar dan pekan parit........
.....kawasan ni penuh dengan kelapa sawit dan kebun getah...takde langsung
kampung orang kat sini. Rasanya buat masa ni sukar nak
bina rumah kat sini sebab takde kampung orang
walau pun ada jalanraya.........sunyi macam ni tentu ramai penyamun...huhuhu....
Tanah ni peninggalan bapak kami, kat sini ada nama aku diantara tiga nama
di tanah ni. Adik pompuan aku beli separuh tanah abang aku kat sini.
Tanah ni dulu banyak pokok getah tapi duit getah tak pernah
dapat pun ... tak pernah pun duit tu sampai ke tangan...sebab orang curi toreh pokok pokok getah tu...sampai ke dahan dia orang
toreh...tapi satu sen pun aku tak dapat.....tah sapa yang toreh...
kami tak dapat pun hasilnya...aku tak tau sama ada
nak halalkan atau tak...tengok la mana la tau dekat nak mati mungkin aku halalkan kan..
huhuhu.....
Jadi aku pakat dengan adik aku untuk buang semua pokok getah dan tanam pokok
buah buahan...Jadi hari ni aku pi la untuk tanam pokok durian kampung
yang adik pompuan aku da semai...Tanah tu setiap sorang 
dapat lebih kurang satu ekar kut...ok la tu...Aku da pesan kat anak2 jangan jual tanah tu kalau aku mati...tapi kalau dia orang ada duit beli je tanah kalau ada orang nak
 jual sebab tanah takkan turun harga akan datang...ia merupakan aset 
masa depan....Semua pokok getah dah dibersihkan..dan...
yang tumbuh
lalang lalang dan pokok renik lain la...Jadi sempatkan aku tanam
10 batang pokok durian kampung. Durian kampung tahan sikit dengan keadaan
sekeliling yang extreme...Kalau tanam pokok durian mahal2, payah
nak jaga...Biasanya dalam 5 tahun pokok durian kampung
boleh mula berbuah.....kalau ia subur.....tu semua biar ALLAH SWT yang tentukan..

nostalgia...tu rumah aku membesar...la ni abang aku yg duduk...
ni rumah adik pompuan aku...ni tempat kami tinggal bila balik kampung....
sebelum balik bangi...sempat selfie dengan adik pompuan dan adik ipar aku....anak2 dia orang da balik kl
raya ke 4 kut....
RNR Tapah..
Sebenarnya aku tanam je durian tu...tak tau aku boleh rasa atau tak 
sebab aku pun dah banyak umur...banyak umur, bukan tua...huhuhu...Aku tak kisah la 
sama ada boleh rasa atau tak buah buah tu....yang penting sapa juga yang memakannya aku dapat pahalanya juga sama ada aku mati atau masih hidup. Kalau pencuri sekali pun mengambilnya atau haiwan2 yang memakannya..aku masih lagi berpahala 
sebab tanah tu tanah aku dan pokok tu aku yang tanam....huhuhu.....
Niatkan je tanam pokok tu kerana ALLAH SWT..
sebab pahala tu DIA yang tentukan....selagi pokok tu
hasilkan buah selagi itulah kita akan memetik
pahalanya............Tanah adik aku tak sempat tanam sebab tanah dia
semaknya masih tebal...aku cadang nak bantu dia tanam pokok tu hujung tahun ni...insyaALLAH....
...aku nak amik cuti ujung taun...Aku minta dia bersihkan semak kat
tanah tu...upah orang racun...nanti balik kampung aku bantu
dia tanam pokok2 buahan kat tanah dia tu....
Selesai je tanam pokok....kami terus balik rumah.......

Esok Ahad, pepagi jam 9.00 pagi kami dah gerak balik ke bangi.......rabu aku mula keje...
Sebenarnya aku balik raya kali ni memang takde raya pun...sebab masa singkat..
aku balik masa dah 6 syawal...ramai orang da balik ke bandar da pun..
Banyak masa aku duk rumah je...tak pi bertandang rumah sedara
mara dan jiran pun....huhuhu.....apa boleh buat laaa...
Maaf jugak kepada sedara mara isteri aku kat Sauk Kuala Kangsar sebab tak sempat
berkunjung ke sana...maaf eaaa......

Akhirnya...aku doakan kita semua termasuk mereka yang aku tak kenal sekalipun akan
mendapat...sentiasa mendapat keampunan ALLAH SWT sentiasa sehingga
ke akhir hayat kita semua...takde nikmat yang paling besar selain
mendapat keampunan ALLAH SWT
sehingga ke akhir usia kita...
juga semoga kedua ibu bapa kita dihindarkan oleh ALLAH SWT
daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka
serta dimasukkan ke dalam syurga dan kekal mereka di dalamnya...aamiinnnn...

....sekian....


daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...