Tuesday, April 7, 2020

Dah minggu ke-2 PKP..

Diari DAUD - Hari ni RABU, 8 APRIL 2020...Minggu ni dah minggu kedua PKP kat negara kita mesia ni...Ini bermakna aku dah berkurung aje kat rumah selama 2 minggu..duk aje...makan tido makan tido. Sekali sekala kuar beli keperluan makanan aje..Rasanya belanja masa PKP ni macam lebih banyak aje jumlahnya..Tak tau la berat aku dah berapa. 2 Minggu jugak aku tak pi HIKING di BUKIT MELATI tu. Rasa badan memang tak fit pun. Kalau hiking badan agak rasa selesa sebab peluh keluar. La ni peluh langsung tak kuar tentu badan rasa tak sihat. Kuar rumah pun sensorang aje untuk beli barang keperluan. Duk rumah memang rasa nak makan aje...selera terbuka aje macam jerung..opst!. Nak peluhkan badan takde alat untuk digunakan dalam umah.

foto terbaru ni...janggut & misai pun da malas nak potong...hahaha...
Duk kat umah ni rasa semua benda dah buat. belakang rumah dah bersih, depan rumah turut dibersihkan dan tanam tanaman sikit dalam pasu pasu yang memang dah lama ada kat rumah ni. Dulu memang aku tanam bendi dan kangkung serta sawi. Bila musim dah abis dan semua dah tuai pasu tu dah lama la kosongnya. Masa tu da malas pulak nak tanam...hahaha...Jadi sebab PKP ni aku tanam la kangkung balik dan isteri aku tanam dan jaga bayam brazil tu...dah pernah gulai dah pun......Aku suka tanam kangkung sebab mudah tumbuhnya...Hari2 ujan ni memang mudah hidup...memang dah hidup dah pun...Tapi tu la bukan hari ni tanam esok boleh tuai...kan...kan...hahaha...

google pict
google pict
Aku jugak cuba penuhkan masa aku. Aku cuba kembali buat keje edit video suka suka aje. Dah setahun aku tak pegang keje tu sejak bersara..Rasanya macam semua yang aku tau tentang software premier tu macam dah terbang jauh dah...dah berkarat sangat. Amik masa aku nak catch up balik dan ingatkan semuanya kembali. Cuba ingat semuanya tapi tu lah da tua tua ni payah nak ingatkan balik dengan pantas...makan masa rasanya jugak. Dah berkarat ilmu video aku ni rupanya..Aku guna handphone untuk rakam footage kat keliling rumah aje...buat permulaan. Dan aku dah pun cuba edit sebuah video seminit. Aku guna kamera handphone aku aje untuk rakam footage tu...rasa macam ok jugak kualiti resolution footage tu...rasanya la....Tak bagus mana pun video tu tapi cukuplah sebagai bahan untuk aku praktis...Sebagai permulaan. video tu seminit aje tapi nak upload ke YouTube makan masa satu jam...Itulah keburukannya Sreamyx ni...apa boleh buat...Aku dah mohon unifi tapi TM kata rumah aku tak boleh masuk sebab masalah nak pasang 'line' tapi keliling rumah aku boleh masuk...malas la nak fikir..Aku dah mohon dah pun unifi tapi takde rezeki. Kalau tak aku untung sikit sebab streamyx yang aku guna ni lebih mahal drpd unifi tu billnya tapi hanya 8 mbps aje...unifi lebih jimat belanja dan pantas iaitu 30mbps...Streamyx ni lebih slow dan mahal...apa apa la...Tak kisah la sebab aku pun dah nak pindah kampung tapi tak pasti bila la...Streamyx tu nanti akan aku tutup aje sebab mahal dan slow, kalau laju tak jadi masalah...

Video yang aku sunting tu boleh ditonton DI SINI

google pict
Masa PKP ni memang takde berita yang boleh dapat cuma melalui internet aje...news yang betul pun dari situ yang fake pun dari situ gak...pandai pandai la nilaikan. Aku dah lama tak tonton berita tv da bertahun2 dah..Aku harap PKP ni tak berlanjutan sebab aku dah rimas duk dalam rumah. Kalau ikutkan berita, negara kita ni memang terbaik la sebab berjaya jugak mengekang virus ni daripada terus merobek dengan teruk negara kita. Cuma ada segelintir yang memang jenis tak cerdek...melanggar PKP yang boleh melumpuhkan negara kita serta diri yang melanggar PKP tu sendiri..Geram aku rasa..macam nak carut aje dalam komen2 dalam FB tu tapi sib baik aku ni masih ada iman...ewahhhh...berlapik jugak la komen aku...hahaha...Semua mesti patuh dengan PKP ni...tak kira kecik atau beso kena patuh. Banyak keburukannya kalau tak patuh, semua akan terkesan.


google pict
Andaikata kita tak patuh tentu virus tersebut akan terus merebak sebab yang ada virus berkenaan terus sebarkan kepada orang lain yang melipat gandakan lagi jumlah mereka yang terjangkit. Bila benda ni berlaku PKP tentu akan dilanjutkan. Bila PKP dilanjutkan tentu sesiapa saja tak boleh pi keje.  Kilang dan lain2 sektor ekonomi akan terhenti sebab PKP. Kilang tutup, kedai tutup, gerai tepi jalan tutup, keje kontrak tutup malah semua kegiatan ekonomi akan terhenti. Bila ekonomi terhenti banyak pihak akan terjejas. Ramai yang akan menganggur sebab semua kegiatan ekonomi terhenti. Kilang dan sebagainya tak mampu nak bayar gaji. Bukan saja yg keje kilang...yang keje sendiri pun tak boleh kuar rumah...termasuk la pencari besi buruk...Natijah daripada pengangguran ialah duit takde, bila duit takde tentu sukar untuk dapatkan makanan dan sebagainya. Aku terus ringkaskan kepada akibat yg lebih jauh iaitu bila makanan takde tentu akan kebulur...bila kebulur tentu akan mati dan akan ditanam...Mangsa virus pun ditanam dan mangsa kebulur pun akan ditanam...Jadi tolonglah patuh dengan PKP. PKP yang berlanjutan akan melumpuhkan semua termasuk ekonomi negara. Jadi untuk yang KANAK2 dan yang TUA2 tu...yang payah nak faham tu...silalah patuh dengan PKP supaya virus tak menular dan dapat dikawal serta kegiatan ekonomi akan dapat diteruskan...Memang aku pun berharap PKP tidak berlanjutan...Aku amat setuju dengan tindakan keras anggota keselamatan dalam menangani golongan yang DEGIL dengan PKP ni...


ustaz ebit...foto fb
Aku kesian jugak bila baca kat fb ramai yang kelaparan sebab dah takde duit nak makan dan terpaksa mengharapkan bantuan terutama orang yang ada keje ada duit...Aku hormat la pada yang sanggup bantu mereka seperti ustaz ebit liew, firdaus wong dan sebagainya lagi..Ada lagi yang menyumbang di belakang tabir yang kita tak tau pun...besar jasa mereka semua...Dia orang ni memang istiqamah membantu orang lain. Seronok tengok dia orang membantu sape saje tanpa mengira sape....Harap jutawan2 yang ada kat mesia ni akan bantu jugak termasuk 10 orang BILLIONAIRE terkaya di mesia ni...yang sememangnya bukan Islam pun pun...Mereka kena bantu jugak sebab mereka dah menyedut kekayaan di Tanah Melayu ni sejak sekian lama...harap2 gitu la...
Yang golongan politik ni biasalah dalam keadaan sekarang memang cari salah sape yang merintah...biasalah...itulah tugas pembangkang yang guna apa saja untuk menggugat pihak lawan...tak perlulah ambik kira sangat...teruskan berjuang untuk basmi wabak CHINESEVIRUS ni...


ustaz firdaus wong...fb pict
google pict
Rasanya itu aje yang aku nak tulis...sama samalah kita berdoa supaya wabak ni cepat selesai dan kita dapat menjalani hidup seperti biasa...Jadikanlah wabak ni sebagai iktibar, mungkin ada perkara yang kita buat yang menyebabkan kemurkaan ALLAH SWT, sape tau kan...jadi...banyak2 la muhasabah diri kita sendiri...
Doa aku, moga kita semua, tak kira sapa la akan sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga dan dihindarkan kita semua daripada siksaan neraka yang maha pedih tu..
Jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF dalam keadaan yang sukar sekarang ni...



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...