Friday, April 23, 2021

Jumaat Kedua RAMADHAN

Diari DAUD - Hari ni merupakan Jumaat Kedua dalam bulan Ramadhan. Hari ni juga merupakan hari ke 11 bulan Ramadhan. Kita dah puasa 11 hari dah...Biasanya bagi kita, kebanyakannya akan berasa seronok sebab hampir untuk sambutan HARI RAYA. Bagi pengejar pahala mereka tentu berasa sedih sebab bulan puasa akan meninggalkan mereka dan mereka tidak dapat lagi mencetak pahala yang berlipat ganda hingga kepada 700 kali ganda setiap hari sepanjang Ramadhan. Tentu mereka akan sedih sebab tak tentu mereka akan bertemu lagi di bulan Ramadhan yang akan datang untuk pesta mencipta pahala yang lebih banyak lagi. Bagi mereka pahala yang berlipat ganda amat penting untuk menghadapi hari akhirat yang panjang. Perjalanan di akhirat nanti makan masa 50K tahun tentu kita perlukan pahala yang banyak untuk zaman akhirat nanti.

Masjid Kariah Bangi

Hari Jumaat hari ni sebenarnya, aku terlupa pun hari ni hari Jumaat. Isteri aku pun lupa nak ingatkan aku untuk solat hari Jumaat. Bila tau aje, apalagi aku bergegas mandi. Mandi simple je pun sebab nak kejar masa. Biasanya aku pi awal ke masjid, lebih kurang 12.15 aku dah gerak. Hari Jumaat yang ni aku bergerak lewat, dah hampir jam 12.45 baru gerak ke masjid. Pintu pagar masjid akan tutup jam 1.00 petang. Lupa punya pasal la tu...Macam mana la aku boleh lupa hari ni hari Jumaat. Tiba di Masjid KARIAH BANGI, parking pun da penuh. Akhirnya dapat jugak parking di tempat bukan tempat parking...hahaha...selit-selit aje la...
Hari ni dah takde yang beratur panjang kat luar pagar masjid aku tengok...barisan pendek aje...mungkin sebab aku da lewat tiba kut. Aku sebenarnya dah amik pas untuk solat kat masjid tu Rabu malam selepas terawikh kat masjid tu, jadi aku tak perlu beratur pun. Aku terus masuk je dan pi ke tempat scan suhu dan my sejahtera. Kemudian aku bagi pas solat tu kepada petugas masjid untuk dicatat nombor ruang solat dalam masjid. Petugas tu catatkan nombor dan serah balik kat aku. Di pintu masuk masjid pulak ada sorang petugas yang cek nombor ruang solat aku dan tanda di helaian kertas kat tangan dia. Lepas tu aku pun pi la cari dan duduk di ruang solat aku tu. Rasanya ini cara yang berkesan supaya tiada lagi orang lain yang duduk diruang solat kita. Minggu lepas ruang solat aku dah diisi orang lain, jadi terpaksa solat diruang yang tidak bernombor. Tapi aku tak kisah pun asalkan tempat solat aku di bawah teduhan. Terima kasih la pada petugas masjid yang berusaha dengan sungguh2 untuk memberi ruang kepada semua jemaah yang datang untuk solat dalam masjid. Rasanya cara ini lebih efektif.


Kali ni aku perhatikan tiada jemaah yang solat di ruang panas terik cahaya matahari sama ada di dalam atau di luar pagar masjid. Semua jemaah berada di bawah teduh termasuk bawah khemah di halaman masjid. Rasanya ok la tu....payah juga kalau solat di ruang panas terik tu..panas beb walaupun panasnya takde la macam panas neraka...hahaha...Aku pun memang tak sanggup solat kat kawasan terbuka tengah panas tu...Masjid ni rasanya kalau penuh ruang hingga ke laman masjid tu mungkin lebih kurang 450 ruang solat kut mengikut SOP. Aku kesian juga dengan ramai lagi jemaah yang tak dapat solat di sekitar kawasan ni. Pekerja2 asing pun tak dibenarkan hadir solat Jumaat di masjid. Mungkin ada yang dah berbulan dan mungkin dah setahun dah tak solat Jumaat. Tak taulah aku apa hukumnya...kita serahkan pada pemerintah. Bukan hak kita untuk berbahas dalam hal yang sedemikian. Biarlah yang alim putuskan hal tersebut.


Tajuk khutbah JUMAAT hari ni ialah ZAKAT FITRAH. Aku pun tak bercadang untuk kupas tajuk khutbah tu. Zakat Fitrah adalah wajib kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Dikatakan puasa kita takkan kemana jika ZAKAT FITRAH tidak dijelaskan sebelum solat sunnat Aidil Fitri. Maknanya tak sah zakat fitrah dibayar selepas solat Hari raya tu. Jadi hati-hati la semua jelaskan, Zakat Fitrah tu lebih awal supaya ibadat puasa kita tak sia-sia.
Selain Zakat Fitrah, zakat lain-lain pun wajib kepada setiap orang Islam seperti zakat emas, perniagaan dan sebagainya. Jangan lupa jugak bagi yang ada pendapatan gaji dan pencen, wajib dibayar zakatnya bila dah cukup nisabnya. Kalau tak silap, di Selangor NISABNYA lebih kurang 20K setahun. Masing-masing kena semak NISAB negeri memasing. Bayangkan kalau pendapatan kita sebulan 2K maka dalam setahun lebih kurang 24K. 24K dah cukup nisab untuk bayar zakat. Wajib zakat tu DUA SETENAGAH PERATUS...wajib tau bagi yang ada pendapatan. Jangan lupa, tak bayar zakat akan terima azab yang maha pedih dalam neraka di hari selepas kematian nanti...Jangan main2..ambik berat berkenaan zakat ni. Rasanya itu aje yang ingin aku catatkan hari ni...
Moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT sentiasa dunia hingga akhirat. Moga kita semua dihindarkan oleh ALLAH daripada siksa kubur, siksa neraka dan siksa mahsyar serta dimasukkan kita semua ke dalam Syurga...aamiinnnn....


Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggal semua...


~ Sekian ~
daud.montak.zakaria

Saturday, April 17, 2021

Jemaah JUMAAT pertama RAMADHAN '21

Diari DAUD - Semalam JUMAAT pertama bulan Ramadhan 2021. Macam biasalah aku akan pi ke masjid jika benar-benar aku boleh solat di masjid tu. Aku tak bercadang nak bersolat kat laman masjid tengah panas mentari tu...Bagi aku memang tak mampu la...Untuk pastikan aku dapat solat jemaah Jumaat tu, aku usaha dapatkan pas untuk solat Jumaat selepas solat tarawikh di Masjid Kariah Bangi tu. Selepas selesai solat Tarawikh baru pas diserahkan kepada ahli jemaah Masjid Bangi tu. Ramai jugak yang datang solat Tarawikh kat masjid tu. Rasanya penuh ruang dalam masjid dengan patuhi SOP yang diperlukan.

Hari Jumaat tu aku pi awal jugak la, lebih kurang jam 12.15 tengah hari aku dah keluar rumah pi ke masjid. Aku taknak la ambil kesempatan, bila da ada pas boleh pi lewat...Pada aku itu sikap tak baik...Dikatakan pintu pagar masjid akan ditutup jam 1.00 petang. Tiba di masjid tu, ramai yang beratur panjang di luar pagar masjid untuk dapatkan tempat untuk bersolat di masjid tu. Kesian jugak aku tengok. Aku dah ada pas maka terus aje melewati anggota RELA yang tunggu pintu pagar masjid tu. Pastu aku pi ke alatan nak amik suhu badan dan juga scan MY SEJAHTERA. Kemudian pas tu aku bagi kat petugas untuk dapatkan nombor dalam ruang masjid tu. Aku kenal pun petugas yang catatkan nombor aku tu. Aku ni biasala, bila dapatkan khidmat orang lain, terus je ucap terima kasih...bagi aku kalau orang bantu kita, jangan lokek dengan ucapan terima kasih. Lepas tu terus masuk ruang masjid dan tanya petugas dalam masjid berkaitan nombor tempat solat aku. Dia tunjukkan ruang di hadapan. Bila aku pi ke depan aku tengok dah ada orang yang isi ruang aku tu. Maka aku pi jumpa balik petugas masjid tu...Rupanya ada beberapa orang lagi yang ruang solat mereka dah di isi orang lain. Petugas masjid tu pun kelihatan macam tak pasti apa nak buat, jadi salah sorang diantara kami minta kami ditempatkan di ruang dalam masjid yang takde bernombor. Jadi dia tempatkan kami di bahagian belakang yang tak punyai sebarang nombor. Aku sebenarnya tak kisah pun dimana diberi ruang solat asalkan dalam tempat teduh. Aku memang jenis tak kisah pun...benda kecik macam tu tak jadi isu pun pada aku...

Pada aku bukan mudah hendak penuhi kehendak ahli kariah yang pelbagai. Terima kasih aje la kepada petugas masjid yang sememangnya berusaha sebaik mungkin untuk berikan ruang solat kepada semua jemaah. Mereka memang berusaha sungguh-sungguh...Kalau aku duduk tempat dia orang tentu aku pun tak mampu, jadi berlapang dada lah kita...Aku tengok ramai lagi yang masih beratur panjang kat luar masjid tu..Aku tengok jugak masih ada yang bersolat di ruang halaman masjid yang tanpa ditutupi teduhan...panas beb...Ruang dalam masjid boleh muat 400 orang jemaah lebih kurang. Bila dicampur dengan bawah khemah dan tanpa khemah di luar ruang masjid tentu jumlahnya dalam 450 orang kut...

Khutbah Jumaat kali ni bertajuk..DUNIA MEDAN UJIAN, AKHIRAT TEMPAT BALASAN. Aku tak bercadang pun nak kupas isi khutbah Jumaat kat masjid Bangi tu. Kalau kita lihat kat tajuk tu pun memang macam kita dah dapat agak apa yang dimaksudkan oleh tajuk khutbah tersebut. Kita lihat aje di sekeliling kita. Masing-masing punyai ujian masing-masing di muka bumi ni. Memang manusia akan diuji dengan pelbagai perkara. Ada manusia yang diuji dengan sakit, ada manusia diuji denga harta, ada manusia yang diuji dengan kemiskinan dan dengan pelbagai ujian yang lain. Mereka yang diuji dengan sakit tentu akan rasa betapa sukar bila ditubuh badan dihinggapi sakit yang sekejap atau sakit yang berpanjangan. Bila dah diuji dengan sakit jenuh pulak untuk cari penawarnya. Jika sakit biasa tentu boleh diubat dan sembuh dengan cepat. Bagi yang diuji dengan penyakit yang berpanjangan, tentu sekali akan merana hidup hingga ke mati. Bagi yang punyai banyak wang untuk mencari penawar mungkin tidak tertekan sangat. Macam mana dengan mereka yang sakit tapi tiada cukup wang untuk mengubati penyakit tersebut dengan berkesan. Walau bagaimana pun dikatakan Allah swt tak akan memberikan ujian yang tak mampu ditanggung oleh manusia yang diuji. DIA akan beri ujian yang mampu diterima oleh hambanya...Tuhan tak zalim...

Bagi yang kaya raya, lain pulak ujian yang Tuhan berikan wang atau kekayaan untuk menguji keimanannya. Dengan kekayaan yang diberi kemana harta tersebut digunakan. Adakah harta tersebut untuk kepentingan sendiri atau dikeluarkan sebagai zakat, sedekah dan sebagainya. Jika dia tidak menggunakan harta untuk jalan yang dianjurkan, tentu sekali dia gagal dalam ujian berkenaan. Adakah dia cuma pejamkan mata bila terdapat golongan yang memerlukan bantuan daripadanya dalam bentuk sedekah dan sebagainya. Adakah yang punyai harta tersebut mudah untuk keluarkan wang untuk bantu orang lain yang memerlukannya. Jadi orang kaya pun tak terkecuali daripada ujian ALLAH SWT. Bolehkah seorang yang kaya cuma pejam mata bila di sekelilingnya ada ramai manusia yang perlukan bantuan. Sekarang ni banyak cara untuk menyumbang seperti membantu orang miskin dan daif, membantu bina institusi agama, membantu golongan yang tiada tempat tinggal dan sebagainya lagi...Kalau si kaya kedekut maka di akhirat nanti kekayaan itulah yang akan menyebabkan dia terhumban ke neraka.

Selain daripada itu semua peringkat manusia di uji di merata dunia ni. Macam di Palestin mereka diuji dengan peperangan. Mereka diperangi, mereka dibom, kediaman diruntuhkan, mereka jugak dibunuh dengan kejam dan pelbagai lagi. Tapi tu lah ALLAH SWT akan uji setiap manusia mengikut kemampuan mamsing-masing. Lihatlah bangsa Palestine, sampai sekarang mereka tak berganjak pun daripada tanah air mereka. Dah hampir seratus tahun hidup mereka macam tu. Diuji oleh ALLAH SWT sebegitu..Saudara seARAB pun sekarang ni macam tidak endah dengan mereka. Mana pi negara-negara Arab yang kaya tu...mereka macam melihat aje sedara seARAB mereka di ganyang Yahudi. Itu jugak merupakan ujian bagi pemimpin ARAB yang beragama ISLAM. ISLAM tu bersaudara...Itu ujian untuk pemimpin ISLAM di sana. Begitu jugak dengan SYRIA...Bilangan pelarian Syria bukan sedikit jumlahnya. Mereka perlukan bantuan orang ISLAM seluruh dunia. Adakah kita sebagai sedara seISLAM mahu membiarkan mereka tanpa bantuan. Itu jugak adalah ujian bagi kita sedara seISLAM mereka..

Kembali kita ke sini balik..dalam bulan Ramadhan ni bagaimana kita menghadapi segala ujian dalam bulan Ramadhan ni supaya ibadat kita diterima ALLAH SWT dan bukan semata-mata ibadat yang tiada nilai di sisiNYA. Macam mana kita bila diuji dengan lidah yang kita miliki. Adakah kita gunakan lidah untuk menggosip, adakah kita gunakan lidah untuk memaki orang, adakah kita gunakan lidah untuk berbohong dan sebagainya. Sekarang ni dosa mulut jarak dekat ialah dengan kata-kata dan dosa lidah jarak jauh ialah dengan media sosial. Itu jugak ujian untuk kita. Itu baru sebahagian anggota badan yang diuji. Bagaimana dengan ujian mata, hidung, telinga, kemaluan dan sebagainya. Itulah ujian kita sama ada dalam bulan Ramadhan atau diluar bulan Ramadhan. Jangan kita nanti muflis di akhirat nanti bila mana kita dah tiada lagi pahala untuk diberikan kepada orang yang kita sakiti. Akhirnya kita terpaksa tanggung pulak dosa-dosa mereka dan akhirnya kita dimasukkan ke dalam NERAKA YANG PEDIH SIKSAANNYA...

Rasanya itu aje yang aku nak tulis bulan puasa ni sambil menunggu masa berbuka. Moga kita semua, tak kira sapa la akan sentiasa dirahmati dan diredhai ALLAH SWT serta dijauhkan kita daripada siksa kubur, siksa akhirat dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnnn....

Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggal semua..


~ sekian ~

daud.montak.zakaria



Thursday, April 8, 2021

Riadah Sebelum RAMADHAN...

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 9 APRIL 2021, sebelum Ramadhan pada 13 April 2021 ni, aku ingin mohon jutaan kemaafan atas segala DOSA-DOSA aku kepada kalian semua....semua dosa aku tau..Aku taknak masuk ke bulan RAMADHAN dengan dosa-dosa terhadap kalian yang aku tanggung selama ni...Kalau boleh aku nak masuk ke dalam bulan RAMADHAN tanpa sebarang dosa kepada kalian semua....InsyaALLAH TAALA. Sama ada kalian kenal aku secara dekat atau pun jauh...tak kira la, tolonglah maafkan segala dosa aku kepada kalian serta halalkanlah semua perkara yang kalian berikan kepada aku dan yang pernah aku ambil daripada kalian...maafkanlah aku...Aku jugak sudah maafkan semua dosa-dosa kalian kepada aku...sama ada aku kenali kalian secara dekat atau jauh, semua dah aku maafkan...antara kita takde apa dosa dah...kalian semua aku maafkan...


Hari ni hari JUMAAT, 9 April 2021, macam biasa la, sebelah pagi aku pi panaskan badan sekeliling taman perumahan aje musim PKPB ni. Nak rentas sempadan tak boleh, nak pi Nilai 3 yang jauh cuma 7KM pun tak boleh sebab rentas sempadan tak dibenarkan...Biasanya aku panaskan badan di Tasik Ujana Nilai Impian yang tak jauh dari Nilai 3 tu, tapi sebab tak boleh rentas sempadan, semuanya tak jadi. Dah berbulan aku tak ke Tasik Ujana tu disebabkan rentas sempadan tak dibenarkan. Apa-apa pun aku tak kisah la...asalkan aku boleh panaskan badan di sekitar taman perumahan aje. Macam biasala aku panaskan badan 2 kali seminggu. Ini mungkin kali kedua akhir sebelum aku stop seketika dalam bulan RAMADHAN nanti. Bulan Ramadhan takde la aktiviti panaskan badan ni selama sebulan...Setiap kali berjalan 6 Kilometer dan berjaya hakis lebih kurang 200 Kalori. Rasanya ok la tu...Setiap minggu sekurang2nya kita perlu berjalan 3 jam setengah..sekurang2nya, kalau lebih, itu dah lebih ok la. Kalau joging, 2 jam setengah...Tujuan panaskan badan supaya kesihatan kita boleh dijaga atau jika kita dah pun berpenyakit, kita mampu kawal penyakit tu supaya nak menjadi lebih teruk. Bukan sebab takut mati, sebab mati tu tak boleh elak, mati tu pasti dah...Kalau takut mati pun mungkin sebab bimbang amal tak cukup, tu yang takut mati tu...tambah kita ni para suami yang tanggungjawabnya amat luas dan besar...Kalau gagal sempurnakan tanggung jawab tentu haru kalau dah mati..tentu haru kita di alam barzah dan seterusnya alam akhirat nanti...ingat tu para suami...tak gitu...

Tasik Ujana Nilai Impian Negeri Sembilan..

Kawasan panaskan badan

Kita kena buat riadah supaya badan kita boleh dikawal kesihatannya...Jangan lupa jugak bila umur dah lebih 40 tahun, buatlah pemeriksaan kesihatan keseluruhan tubuh kita. Pi pusat kesihatan dan minta pemeriksaan kesihatan keseluruhan badan. Pusat Kesihatan akan amik darah kita dan daripada darah kita tu doktor boleh tahu kesihatan jantung kita, gula dalam darah, kolestrol, hati, buah pinggang dan macam2 lagi. Perlu buat check up macam tu. Ada orang yang taknak buat check up sebab bimbang dapat tau semua penyakit yang kita alami daripada pemeriksaan tersebut. Aku rasa tak perlu takut pun sebab jika kita tau kita banyak penyakit maka kita boleh ambil tindakan sewajarnya sejak awal dan yang paling utama kita boleh kawal pemakanan dan juga buat senaman yang berterusan. Lagi satu jika kita dah tau penyakit kita, maka boleh lah baiki amalan kita kepada ALLAH SWT sebab biasanya orang yang banyak penyakit akan tau ajalnya macam dah dekat aje...hahaha..Walaupun ajal tak mengira tua atau muda, berpenyakit atau tak, semuanya pasti mati...tapi biasanya orang banyak penyakit dan yang usia tua lebih cepat mati kan...hahaha...Tambahan pulak jika dah umur banyak macam aku ni...hahaha...Kalau kita dah tau banyak penyakit dan akan mati, mungkin 5 atau 10 tahun akan datang, mungkin kita akan berubah...Kita akan tambah amalan kita, kita akan banyak bertaubat, kita akan kurang berbual yang boleh menjurus kepada fitnah, caci maki, mengumpat sama ada berdepan atau dalam media sosial, kita akan kurang berbual kosong, kita akan lebihkan ibadat termasuk ibadat memalam, kita akan usaha bersihkan hati kita, kita akan cuba berbuat baik pada semua semua orang seperti jiran2, sedara mara dan sebagainya, kita akan..bla...bla...bla...macam-macam la kan..Pendek kata semua perkara baik kita akan buat dengan niat kerana ALLAH SWT. Kita akan buat semua kebaikan kerana takut mati dan kerana rasa dah dekat nak mati...tak gitu...Kita buat banyak amalan baik supaya bila mati pahala kita banyak, sebab banyak amalan baik yang kita buat sebelum mati...Apa-apa pun kita pun tak tau la mengapa ALLAH SWT turunkan penyakit kat kita...mungkin sebab kifarah...Kalau sebab kifarah, doa la moga ALLAH SWT tak balas lagi dosa kita di akhirat nanti..di akhirat tentu lebih dasyat seksanya kan...Kalau sakit tu merupakan ujian Allah swt, doa la moga kita redha dan mampu menghadapi ujian ALLAH tu. Ujian ALLAH tu tujuannya ialah ALLAH nak beri pahala yang besar kepada kita serta untuk meningkatkan darjat kita..Semua balasan ini lebih jelas bila tiba di akhirat nanti, jadi sabar dan redha aje la....Jadi tak perlu pun takut untuk buat check up seluruh tubuh badan kita tu...ada kebaikannya...jangan bimbang....Setuju ke tak ni...?...hahaha...

Masjid Kariah Pekan Bangi

Hari ni solat Jumaat di MASJID KARIAH PEKAN BANGI cuma 350 orang aje. Kalau ikut dalam FB masjid tu. Sapa yang ada kupon untuk masuk masjid boleh pi solat Jumaat. Kalau takde kupon tidak dibenarkan masuk masjid tapi digantikan dengan solat Zohor di rumah memasing...Kupon boleh diperoleh di masjid pada 7 dan 8 April 2021 selepas waktu Maghrib. Tiap-tiap minggu nak solat Jumaat kena amik kupon di masjid....Payah jugak nak solat Jumaat di Selangor ni. Jadi untuk dapat solat kat masjid kena gunakan kupon yang diambil daripada pihak masjid....Hari Jumaat ni aku tak pi Jumaat kat masjid sebab aku tak pi pun amik kupon tu kat masjid itu hari...mungkin bulan puasa nanti la pi, sebab Jumaat ni merupakan Jumaat terakhir sebelum masuk bulan Ramadhan..Sukar jugak pihak masjid nak uruskan jemaah untuk mendapat peluang solat kat masjid tu. Jumlah jemaah dihadkan seramai 450 aje. Biasanya kat masjid ni memang ramai jemaah, ada yang dapat ruang di tengah panas dan ada jugak yang solat luar pagar sebab jumlah 450 tu dah penuh dalam masjid dan di perkarangan masjid...Jenuh jugak kakitangan masjid nak uruskan dan tentu banyak komplen yang dia orang terima...Berusaha gigih jugak dia orang nak penuhi kehendak orang ramai...kesian kan...Harap semuanya ok la....

Riadah di bangi musim PKPB

Rasanya itu aje yang aku nak turunkan ke blog aku ni, moga kita semua, tak kita sapa la, akan sentiasa diberkati, dirahmati dan diredhai oleh ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka...serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnnn....

Jangan lupa istiqamah dengan #BMF...




~ Sekian ~

daud.montak.zakaria

Friday, April 2, 2021

Jumaat Musim PKPB

Diari Daud - Semalam, JUMAAT, 2 April 2021, aku masih berkesempatan solat JUMAAT di MASJID KARIAH BANGI. Kali ini dapat rezeki solat dalam ruang masjid. Minggu lepas dapat solat di luar masjid. Hari ni aku memang bergerak awal ke masjid, dalam lebih kurang jam sebelum jam 12.15 tengah hari. Bimbang kalau lewat akan terpaksa solat luar masjid. Masa tiba kat masjid tu nampaknya ruang parking masih ada. Jemaah belum lagi ramai. Selesai parking terus tuju ke masjid.



Masa ni takde la beratur untuk ambil suhu, beratur pendek aje pun. Aku dapat nombor 177, maknanya ruang dalam masjid. Ruang dalam masjid rasanya hingga nombor 3 ratus lebih kut. Kalau ruang dalam masjid penuh, ruang bawah khemah luar masjid pula akan diisi. Jika ruang dalam khemah penuh maka terpaksa la guna ruang terbuka di halaman masjid yang panas tu. Masing-masing punya rezeki la. Masa aku dah dalam masjid tu, masa untuk masuk waktu lebih kurang sejam lebih jugak la. Lama jugak kena tunggu. Masa ni buat la apa apa amalan yang boleh datangkan pahala. Itu masing2 punya fikiran la. Masa aku dalam masjid tu, kelihatan di luar masjid dah ramai beratur. Panjang jugak la barisannya, macam yang aku tempuh minggu lepas. Bila ruang masjid penuh, ruang luar masjid pulak diisi. Maknanya ramai la jugak yang solat di ruang panas mentari tu. Akhirnya aku tengok pintu pagar masjid ditutup dan aku lihat ada jugak jemaah yang solat di luar pagar masjid ditengah panas matahari. Kesiannya aku tengok. Kalau aku memang tak mampu la solat tengah panas macam tu...Moga mereka peroleh pahala yang besar asbab solat ditengah panas cahaya matahari tu. Minggu lepas pun aku jugak kena solat ruang terbuka luar masjid tu. Tapi aku masih bernasib baik sebab separuh sejadah aku kena cahaya mentari yang panas...
Sebelum masuk waktu ada satu pengumuman oleh staf masjid yang bertugas. Dia kata minggu depan solat Jumaat tidak lagi secara walk in atau sapa cepat dia dapat. Minggu depan sapa yang berjaya dipilih melaui pendaftaran akan dipanggil untuk datang Solat Jumaat. Rasanya macam tu la kut caranya. Hal ini disebabkan ada banyak kompleh daripada ahli kariah. Ramai ahli kariah tak dapat solat Jumaat. Jadi pihak masjid akan panggil sapa yang berjaya dipilih untuk datang solat. Jadi mula minggu depan kena awal2 mohon solat Jumaat. Sama macam cara sebelum ni iaitu masa dibenarkan solat 40 orang ahli jemaah dulu tu. Mana-mana la...ikut aje la...


Khutbah Jumaat hari ni bertajuk JANGAN HINA ISLAM. Aku tak bercadang untuk catatkan apa yang dikhutbahkan oleh KHATIB Jumaat tu. Aku cuma nak tulis sikit aje apa yang aku tau tentang hina agama ISLAM ni daripada apa yang pernah aku baca. Terdapat 3 golongan yang menghina ISLAM iaitu, orang KAFIR, orang MUNAFIQ dan orang ISLAM sendiri. Penghinaan terhadap ISLAM boleh berlaku dalam perbuatan, perkataan atau tulisan. Perkara-perkara yang menghina ISLAM ialah mencerca ALLAH SWT, menghina Rasulullah saw dan juga mempermain-mainkan AL QURAN. Perkara mencerca ALLAH SWT ni banyak dan salah satu contoh ialah Allah beranak seperti yg dinafikan oleh ALLAH dalam SURAH AL IKHLAS tu. Itu satu contoh aje dan kalau kita semak MEDSOS yang anti ISLAM tentu banyak lagi tulisan yang mencerca ALLAH SWT. Contoh penghinaan kepada Nabi ialah seperti Rasulullah disifatkan sebagai Cassanova disebabkan bilangan isteri yang ramai seperti dalam tulisan dan filem barat yang menghina Rasulullah tu. Contoh mempersenda AL QURAN ialah mengatakan undang ISLAM dah ketinggalan zaman. Atau ada yang kata jika hukum potong tangan dijalankan, maka ramai yang takde bertangan. Dan banyak lah lagi hinaan2 kepada agama ISLAM orang orang yang tak beriman tu yang boleh ditemui dalam MEDSOS atau media sosial tu.
Perbuatan menghina agama ISLAM merupakan kesalahan yang besar. Mempersenda ISLAM boleh merosakkan AQIDAH dan boleh menyebabkan MURTAD. Jadi hati-hati la kita sebagai umat ISLAM, jangan sekali-kali mempersenda agama. Jangan ikut sedap mulut aje..! Jangan kita jadi umat yang di waktu pagi ISLAM dan di waktu petang KAFIR dan begitulah sebaliknya. Tolong ye, jangan SEKALI-KALI kita mempersenda ISLAM...Penghinaan ISLAM di MEDSOS memang banyak...salah satu puncanya mungkin tiada undang-undang yang tegas dan berkesan, membenteras perbuatan berkenaan...mungkin....


Pagi JUMAAT  tu pula, macam biasa la, aku pi panaskan badan di sekitar taman perumahan aje. Dua kali seminggu aku berjalan sejauh 6KM. Dapat la bakar lebih kurang 200 Kalori, itu aje yang mampu. Memang kita kena beriadah sekerap yang mungkin, tambah bila usia kita dah meninggi...hahaha...Bukan sebab takut mati tapi supaya dapat mengawal kesihatan kita. MATI tu memang dah pasti dan tak boleh kita elak pun. Perlu kita peluhkan badan, kalau boleh setiap hati, tapi aku tak mampu la...hahahaha..Aku macam pernah jumpa orang yang macam jarang panaskan badan. Dia jugak taknak pi periksa kesihatannya. Kita kena periksa kesihatan kita bila dah berumur 40-an...tapi aku pun dah lewat, baru nak periksa kesihatan...hahaha..Pi aje ke pusat kesihatan atau pusat kesihatan komuniti atau hospital...Mintak pihak hospital periksa seluruh kesihatan badan kita. Pagawai kesihatan akan ambil darah kita. Melaui pemeriksaan darah kita, doktor tau kesihatan jantung kita, kolestrol, gula dalam darah, buah pinggang, hati kita dan seluruh kesihatan badan kita. Tapi memang la lama untuk buat temujanji dengan doktor tu, biasala, melainkan kita pi ke klinik swasta. Tapi bayarannya memang lebih la kalau pi klinik swasta...Apa yang aku dengar orang yang pernah aku jumpa dan taknak periksa kesihatan seluruh badannya dah pun meninggal. Tapi tu la...ajal tu memang dah ditetapkanlah...Tapi tak rugipun kita pi periksa kesihatan seluruh badan kita kan...supaya kita mampu kawal makanan dan mampu buat pergerakan jasmani...tak gitu...Ingat sapa2 yang dah lebih 40 tahun tu pi la cek badan tu seluruhnya, jangan DEGIL SANGAT...hahahaha...
Rasanya, itu aje yang aku nak tulis hari ni, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai ALLAH SWT dunia hingga akhirat serta moga ALLAH jauhkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka dan dimasukkan kita semua ke dalam SYURGA...aamiinnnn...

Jangan lupa teruskan #BMF, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...


Sekian...
daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...