Wednesday, December 27, 2017

Alahan ubat...balasan atau ujian ALLAH...?

Hari ni, KHAMIS, 28 Disember 2017...sejak balik dari kampung
badan macam tak sihat. Rasa demam je tapi tak pi klinik
pun. Kaki terseliuh masa di kampung lagi.
Aku dah pi urut sah. Jadi
urat tu dah dibetulkan
....cuma sakit je yang masih ada.
Disebabkan demam dan sakit2 badan masih ada
aku dan isteri aku pi ke farmasi untuk beli ubat demam.  Isteri
aku pun kebetulan ada urusan kat kedai jahit
sebelah farmasi tu. 

bengkak mata ... itulah alahan yg aku alami sejak dulu lagi...da tau alahan tapi makan gak...
  Tiba rumah ubat demam tu
tercatat demam + tahan sakit. Aku tahu aku memang
alah dengan ubat tahan sakit dan ubat demam yang ada ubat tahan sakit.
Namun aku tawakkal je...jadi aku makan sebiji je. Tak lama
kemudian mata rasa gatal2 dan mula bengkak.
Tak tahan dengan rasa gatal2 mata
dan bengkak makin
naik...aku ajak isteri aku pi klinik
semalam jam 10.00 malam. Klinik Bandar Seri Putra.
Tiba giliran terus masuk dengan isteri aku. Terus cakap sebab alahan
ubat tahan sakit dan isteri aku beri doktor tu tengok
yang yang kami beli tadi. Doktor tu terus 
bagi injection...........

baru sebiji je ubat demam yang aku makan tu....


Doktor tu cakap
certain ubat yang mengandungi bahan
tertentu jer yang boleh sebabkan alahan. Kalau nak beli ubat
pastikan ubat tu tiada kandungan bahan tersebut. Doktor tu siap tulis lagi
supaya gitau farmasi tu bahan tersebut. Terus aku simpan
maklumat tu. Dia kata alahan ni sampai bila2
...maknanya alahan ni sampai mati la...huhuhu.....

ni la catatan doktor berkaitan bahan alahan tu...doktor ni takleh tulis cantik2 ke.....
Selesai jer kami terus balik....
Tapi tu lah...bengkak mata ni masih ada sampai hari ni...tak tau bila akan
surut...apa boleh buat laaaa........sabar dan redha je la....
Alahan macam ni sama je macam tahun2 yang lalu....

REDHA DAN SABAR JE LA KAN........

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...