Wednesday, December 30, 2020

Riadah di TASIK UJANA & NC Baru UKM..

Diari DAUD - Hari ni RABU, 30 Disember 2020. Pepagi lagi aku dah gerak ke TASIK UJANA Nilai Impian untuk panaskan badan kat trek tasik berkenaan. Memang aku selalu pi 2 kali seminggu ke tasik tu untuk buang kalori yang terlebih dalam  badan aku ni. Masa PKPB tu memang tak pi la sebab sempadan ke Nilai tu tutup. Tiba di sana lebih kurang jam 7.00 pagi. Aku rakam video sat dengan niat untuk edit dan upload ke youtube aku tu.




Selesai rakam video aku terus aje berjalan. Agak ramai jugak pagi ni tapi tak seramai macam hari Sabtu atau Ahad. Kalau hari cuti memang ramai. Macam macam orang ada. Aku berjalan lebih kurang 5 pusingan aje...dapat la lebih kurang 6KM berjalan dan bakar kalori lebih kurang 300 kalori...ok la tu....

Selesai aje berjalan, bersiap nak balik aku terjumpa pulak sdr. MEOR SONY, staf UKM. Rupanya ramai jugak orang UKM yang duduk di BANDAR BUKIT MAHKOTA tu. Kami sembang agak lama jugak. Kemudian datang dua orang lagi yang buat aktiviti panaskan badan di situ. Sorang tu aku kenal sebab selalu jumpa dia jogging kat situ.Dia duduk kat Avinew...opst! betul ke spelling aku tu...hahaha...Sorang lagi aku tak kenal tapi Meor Sony kenal kedua duanya...Aku dengan meor cerita berkaitan UKM aje la...Dia kata dia Work From Home...sejak kes covid naik ni...Selesai sembang kami pun bergerak balik...Cadang aku nak edit video aku kat tasik tu tapi software premier aku da bermasalah...nampaknya lama lagi la aku boleh buat suntingan video...Nanti nak hantar komputer ke kedai baiki komputer...gitu la nampaknya...


meor sony...

Hari ni aku baru tau PROF. DR. EKHWAN TORIMAN dilantik jadi NAIB CANSELOR UKM...Tahniah! Prof. Berita kat SINI...Aku kenal Prof ni sejak aku buat video PROF. JUMAAT sejak tahun 2008 kalau tak silap. Diantara rakaman video kami ialah XPDC SAINTIFIK BUKIT FRASER. Baik orangnya Prof. Ekhwan ni...peramah aje...humble orangnya...tahniah la sebab dilantik jadi NC UKM tu...Dua video pertama di bawah tu merupakan video kali pertama aku dan almarhum RAMLI buat rakaman yang ada PROF. EKHWAN dalam XPDC tu...Muda lagi dia masa tu...Video ketiga berkaitan PADI UKM tu ialah video kali akhir aku buat rakaman sebelum aku PENCEN...hahahaha....

Prof. Ekhwan

XPDC BUKIT FRASER
XPDC BUKIT FRASER
PADI UKM

Rasanya itu aje yang aku nak tulis, moga kita semua tak kira sapa la akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT semuanya serta dihindarkan kita semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksaan neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga....aamiinnnn....

Jangan lupa teruskan dengan #bmf, kalau tak boleh semua, jangan tingalkan semua...


Sekian...

daud.montak.zakaria




Wednesday, December 16, 2020

Tasik Ujana Berkabus

Diari DAUD - 16 Disember 2020, RABU, pepagi lagi aku da gerak ke TASIK UJANA Nilai Impian untuk hangatkan badan. Gerak dari Bangi, sepanjang jalan memang kabus tebal sangat. Tak tau nape kabus tebal pagi ni...mungkin sebab hujan semalam kut...mungkin la...aku pun tak pasti...nanti la aku google sebab sebenar...Rasanya link INI dapat terangkan berkaitan kabus tu...baca la....Aku tiba ditepi tasik tu lebih kurang jam 7.00 pagi...masih gelap...lampu jalan kat trek tu pun masih menyala...



Jarang sebenarnya kabus tebal macam ni sejak akhir akhir ni. Sampai di tepi TASIK UJANA tu kabus memang masih tebal. Jarak penglihatan pun tak jauh sangat. Lepas aku rakam video maka aku pun mulalah berjalan untuk cuba hakis kalori yang berlebihan dalam badan aku tu..😊😊😊Pepagi ni ramai jugak orang beraktiviti di tasik tu...hampir penuh jugak parking kat situ. Terdapat jugak lopak air atas trek tu...semalam memang macam sepanjang hari hujan je. Musim hujan kut. 



Kabus tersebut semakin naik matahari semakin ia menipis. Masa dalam keadaan kabus tu cahaya matahari pun tak nampak jelas. Namun kabus tu makin lama makin menipis. Sempat la aku berjalan sejauh 5 KM lebih selama sejam lebih. Rasanya ok la tu daripada tak buat langsung kan..Selesai berjalan terus rakam video sikit2 sebelum balik...Tak semena mena aku terpandang orang yang pernah aku kenal..Dia pun pandang aku jugak...maknanya dia kenal jugak aku..USTAZ HAFIZ...Imam Masjid UKM. Dia kata dia duduk di PAJAM. Dia kata dia sering joging kat sini. Kami sembang panjang jugak kat tepi tasik tu. Dia tak tau pun aku dah pencen...dia ingat aku dipindahkan ke jabatan lain dalam UKM. Rasanya mungkin ramai kut orang UKM tak sedar aku dah pencen...maklum la aku tak sepopular mana pun...😀😀😀😀 Lama jugak kami bersembang...berkaitan UKM je pun...Akhirnya kami memasing minta diri untuk buat hal memasing...dia pi ke trek untuk mulakan joging...aku pulak masuk kete untuk balik ke rumah...Alhamdulillah...ada jugak orang UKM yg aku jumpa...dapat la sikit infor berkaitan UKM...Ada kalanya rindu jugak dengan UKM..😉😉😉 Ada sesape lagi dari UKM, yang aku boleh jumpa kat TASIK UJANA di masa akan datang...boleh gak kita sembang2 kan....ada ke gamaknya...😀😀😀 Boleh pulak aku lupa nak selfie dengan USTAZ HAFIZ tu...biasanya aku memang rajin selfie selfie ni...😆😆😆😆 Di bawah ni ada video berkaitan riadah aku kat tasik tu pada 16 Disember 2020.

Kenangan masa keje dulu...kami sedang rakam ucapan HARI RAYA

Ustaz Hafiz, Imam Masjid UKM.

TASIK UJANA 16 DIS. 20

Rasanya itu aje yang aku nak tulis kat sini...moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksaan neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam SYURGA...aamiinnnn....

Jangan lupa teruskan dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...



~~~~~ SEKIAN ~~~~~

daud.montak.zakaria

Tuesday, December 8, 2020

Hari Pertama Rentas sempadan PKPB

Diari DAUD - 7 Disember 2020, hari pertama boleh merentas sempadan masa PKPB ni. Jadi pepagi lagi aku gerak melintas sempadan Negeri Sembilan. Aku nak pi panaskan badan di trek Tasik Ujana Nilai Impian, NS tu. Sejak tak boleh merentas sempadan, aku terus aje duk kat rumah tanpa pi memana untuk peluhkan badan. Rasa badan pun dah tak berapa nak sihat sebab badan dah lama tak berpeluh...

Sebelum ni aku memang akan pi 2 kali seminggu ke tasik tu untuk peluhkan badan. Memang perlu kita peluhkan badan sekurang2nya 3 jam setengah setiap minggu untuk jadikan badan kita lebih fit. Dengan panaskan badan, maka kalori yang tersimpan mampu dihakis dari tubuh kita..Hari hari kita makan jadi lebihan yang disimpan perlu kita hakiskan...Rasanya dah sebulan aku tak pi ke tasik tu. Ramai jugak pagi ni kat tasik tu untuk aktiviti panaskan badan kat tasik tu.Dah boleh merentas sempadan ni maka aku akan terus pi ke tasik ni 2 kali seminggu sama sebelum ni...Sebelum ni aku pi sana hari RABU dan hari SABTU kalau tak silap. Harap jangan ada lagi halangan untuk rentas sempadan lepas ni...harap la...Selain daripada aku pi ke tasik ni, aku juga sering pi MELATI HILL di Nilai jugak untuk HIKING. Dah lama sangat aku tak pi HIKING tu...agak lama la sejak masa covid 19 ni. Sempat la aku berjalan sejauh lebih kurang 6KM dalam masa sejam hari ni.....



Sebelum pi aktiviti ke Tasik Ujana ni, aku bersama keluarga aku ada program lain. Kami berkumpul di rumah kakak ipar aku dan biras aku di KG ABU BAKAR BAGINDA tu.
Kumpul bersama sedara mara isteri aku. Kami berkumpul sambil makan tengah
hari dengan keluarga adik beradik isteri aku. Kami berkumpul sambil makan
tengah hari bersama 3 buah keluarga adik beradik isteri aku. Aku memang
suka dengan program macam ni...berkumpul dengan sedara mara,
ipar duai serta 'beras-beras'😊😊😊😊 di rumah sedara mara isteri aku...
Lagipun jaraknya tak jauh pun dari rumah aku...
Kalau jauh...entah la...sebab aku bukan jenis manusia yang suka keluar
dari rumah...Aku lebih berminat memerap kat rumah...berkumpul di kedai kopi pun aku
tak minat...hahaha...opst!...walaupun aku dah pencen ni...Tapi aku tak halang pun
jika isteri aku nak ziarah adik beradik dia jika ada sedara mara yang nak
bawak dia...atau anak-anak nak bawak dia pi memana...hahaha...

panaskan badan di TASIK UJANA...

Kami berkumpul 3 buah keluarga adik beradik isteri aku...Keluarga kakak ipar aku, Kak Nab, keluarga adik ipar aku dari Banting, Asmah dan keluarga aku.. Masing keluarga bawak sedikit masakan memasing...tu sebab penuh satu meja tu...hahaha...opst!. Kami jugak bawak bersama menantu kami yang baru je menikah dengan anak lelaki kami tu. Biarlah dia kenal sedara mara...Bila da bertemu reramai tentu macam macam cite yang keluar tapi tak mengumpat orang punnnn...mengumpat tu berdosa besar....Yang kenakan orang pun ada...hahaha...tapi aku kisah pun tak...Sekelumit pon tak terasa punnn...Dah tua tua ni kita jangan cepat terasa hati dan merajuk sakan...Kita sediakan perisai cukup2, jangan cepat terasa...Kita didik hati kita keras seperti batu supaya tahan dengan segala 'peluru' yang ditujukan kat kita...hahahaha...opst! Aku tak kisah langsung pun...aku dah biasa dengan benda2 macam tu...hahaha...Lagipun perlu ada jugak sedara mara yang macam ni dalam ramai2 tu, supaya tak la sunyi sangat majlis...hahaha...Kita bukan berada di tanah wakaf...memang la sunyi kalau tanah wakaf...hahaha.....

Anak buah isteri aku, DIN yang baru nikah jugak tu, turut serta bersama makan tengah hari di rumah Kak Nab. Dia orang tiba lewat sikit sebab ada hal lain...Dengar cite dia nak balik ke universiti arab saudi tu dalam bulan disember ni tapi tak tau tarikh yang tepat...Dia akan uruskan untuk bawak bini dia bersama...Moga dia terus cemerlang dalam menuntut ilmu di universiti madinah tu...aamiinnn...Aku jugak doakan semua sedara mara yang lain, semoga korang berjaya dalam kehidupan korang dunia hingga akhirat...Kita mesti sering mendoakan orang sekeliling kita...jangan kedekut dengan doa...Sebenarnya aku memang suka dengan jalinan tali silatur rahim dalam keluarga isteri aku ni...Harap sangat ia terus terjalin erat hingga bila bila...hingga ke syurga...aamiinnnn...Itu memang tujuan hidup kita kannn...untuk ke destinasi kita yang hakiki di syurga nanti..InsyaALLAH..Diantara kita mesti eratkan hubungan silatur rahim antara kita tanpa melihat kepada sama ada kaya atau miskin, berilmu atau kurang berilmu...Semua ukuran itu hanya untuk dunia aje...tu semua ujian untuk kita semua...Jangan kita ada sikap sombong, riyak dan sebagainya dikalangan kita sampai bila2...Allah tak pandang pun apa kita ada..ALLAH SWT cuma pandang segumpal daging yang mendiami rongga dada kita...Kalau bersih daging tu..maka bersihlah rohani dan jasmani kita...

Hubungan silatur rahim tak boleh dijual beli...

Silatur rahim perlu dijaga, dibajai, supaya jadi lebih subur...Silatur rahim amat dituntut dalam agama yang kita anuti...Kalau kita bermusuh hingga ke mati...walau dengan sesiapa sekali pun sama ada adik beradik,sedara mara atau sedara seISLAM ..maka kita telah menempah ruang dalam NERAKA...duduk dalam neraka bukan seperti duduk dalam AIS ABC...berdosa kerana memutuskan silatur rahim...hati hati la yeee...

Doa aku, moga silatur rahim dalam keluarga aku, keluarga sedara mara aku, keluarga isteri aku dan keluarga sedara mara isteri aku...akan terus subur dan kekal hingga ke SYURGA..Syurga tu memang destinasi kita yang HAKIKI...Moga moga kita dikumpulkan semuanya di syurga nanti...aamiinnn...Kalau boleh pertemuan lepas ni akan lebih mampu kumpulkan lebih ramai sedara mara...InsyaALLAH Taala...aamiinnnn...

Aku juga sempat edit beberapa video...sesaja je sebab dah tak buat apa kan...maklumlah memerap aje kat rumah masa PKPB ni...hahaha...Boleh ditonton DI SINI dan jugak DI SINI...

Apa apa pun...moga kita semua, tak kira sapa la akan dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dan dihindarkan kita semua drpd siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnnnn....

Jangan lupa, teruskan #bmf...



- SEKIAN -

daud.montak.zakaria

Tuesday, December 1, 2020

Balik Kampung 19 - 23 Nov. 2020.

Diari DAUD - Lama betul aku tak buat 'posting' kat blog ni. Masa PKPB ni macam semua aktiviti aku terhenti terutama aktiviti berjalan di Tasik Ujana Nilai Impian tu. Bila sempadan tak boleh direntas maka secara automatik aktiviti panaskan badan aku di Tasik Ujana Nilai Negeri Sembilan, semua terhenti. Aktiviti aku panaskan badan langsung tak dilakukan. Bimbang pulak badan aku tak fit, maklumlah sekarang ni badan aku dah menjadi galeri untuk beberapa jenis penyakit...ekekeke...😃😃😃...


Parit Perak

19 - 23 November 2020 yang lalu, aku balik kampung sebab ada perkara yang perlu dilakukan walaupun waktu PKPB. Untuk merentas sempadan aku terpaksa pi ke Balai Polis Bangi untuk minta kebenaran merentas sempadan ke Perak. Aku isi dua borang untuk dua buah kereta. Isteri aku dapatkan maklumat daripada adik iparnya seorang anggota polis, cara untuk mohon rentas sempadan. Dia suruh isi borang dan sediakan salinan IC untuk borang yang aku isi tu. Sebenarnya aku memang dikelilingi oleh sedara mara, ipar duai dan biras biras yang baik2 belaka. Aku juga dikelilingi oleh jiran jiran dan kenalan yang baik2 jugak. Alhamdulillah aku dikurniakan nikmat sebegitu oleh ALLAH SWT. Dengan maklumat tersebut aku isi borang dan terus pergi ke balai polis untuk urusan merentas sempadan. Mudah aje awek2 polis yang jaga kaunter di balai tersebut meluluskan permohonan aku tu...alhamdulillah...tak banyak kerenahnya, mungkin borang aku tu lengkap dan sempurna kut...hahaha...


Kg Senin

19 November 2020, Khamis, kami gerak ke Perak dengan dua buah kereta yang setiap sebuah kereta terdapat 3 dan 2 orang di dalamnya. 3 orang merupakan penumpang maksima dalam sesebuah kenderaan semasa PKPB ini. Kami tinggalkan pesan pada jiran minta tolong siramkan sayur2 yang kami tanam tu...tak banyak mana pun sayurnya...tapi cukupla untuk rencah nasi goreng atau meehon goreng...hahaha...Syukurlah kami dikurniakan jiran2 yang baik2 belaka...yang sedia memabantu...moga ALLAH SWT sentiasa berkati dan rahmati semua jiran-jiran kami dunia hingga akhirat...aamiinnn...Kami berada dalam kenderaan ke Perak selama lebih kurang 4 jam. Kami tiada masalah untuk melepasi sekatan polis sebelum masuk ke lebuhraya PLUS. Tiba di jalanraya keluar di Gopeng Perak kami jugak diperiksa salinan borang yang dibawa. Setelah selesai anggota polis baca salinan borang tersebut, dia lepaskan kami untuk teruskan perjalanan. Masa sepanjang jalan di Perak kami melalui 3 lagi sekatan. Setiap sekatan polis, anggota yang memeriksa dokumen yang kami bawa akan ucapkan 'TAHNIAH'...Akhirnya kami tiba di rumah kami menjelang tengah hari KHAMIS, 19 Nov. 2020.

Pejabat Pentadbiran Agama Islam Manjung

Majlis akad nikah

Kami tiba di rumah kami di kampung aku tu. Kami bersihkan rumah bersama biras aku yang duduk di rumah depan rumah kami tu. Hari Khamis tu kami hanya duduk di rumah aje. Tak pi mana pun. Kat kampung masa tu musim hujan tapi hujan tak turun setiap hari pun. Pagi Jumaat, 20 November 2020, kami gerak ke Bandar Manjung Perak. Kami gerak dengan 2 buah kereta dan setiap kete punya 3 dan 2 orang penumpang aje. Masa PKPB ni, maksima boleh ada 3 orang dalam kete. Tiada pun sedara mara yang lain dijemput untuk turut serta sebab majlis tu nanti cuma majlis yang ringkas aje. Kami tiba di Pejabat Pentadbiran Agama Islam Manjung dalam pukul sembilan lebih waktu pagi. Kami tunggu sebentar sebelum pasangan anak aku tiba kemudian. Sebenarnya pagi ini kami hadir di majlis akad nikah anak lelaki kami dengan pasangannya dari Pantai Remis Perak. Semua akad nikah di Perak dibuat di Pejabat Agama di Perak. Ramai jugak pasangan yang aku tengok dinikahkan di situ pagi berkenaan. Selesai majlis akad nikah, anak lelaki dan pasangan dia ada sesi fotografi. Kami pula pergi ke rumah abang isteri aku yang dah tinggal di bandar tu sejak sekian lama. 

Bandar Manjung

Di rumah abang ipar aku tu, kami dijamu makan tengah hari. Abang ipar aku yang sulung dan isterinya jugak ada di rumah berkenaan. Kami makan tengah hari di situ. Memang sedap2 aje masakan yang disediakan. Macam yang aku katakan awal tadi, aku memang dikelilingi oleh semua sedara mara, ipar duai serta biras biras yang baik2 belaka..alhamdulillah, moga berterusan sebegitu serta moga ALLAH kumpulkan kami di SYURGA nanti...aamiinnnnn...Anak lelaki aku dan pasangan dia tiba di rumah tersebut setelah kami selesai makan tengah hari. Mereka dilayan makan tengah hari oleh abang ipar dan biras aku...Selesai makan kami rehat sebentar dan selepas tu kami minta diri untuk balik ke kampung aku di Parit Perak. Kami dibekalkan dengan buah pisang dan pucuk ubi..terima kasih bebanyak...Jauh kampung aku dengan Bandar Manjung tu lebih kurang 40Km kut...

Abang Ipar dan Biras aku..

Sebenarnya waktu PKPB ini, kami tak buat sebarang majlis untuk perkahwinan anak kami. Majlis keramaian memang dilarang masa PKPB ni. Memang dah dirancang tapi dibatalkan masa PKPB ni. Tempahan khemah jugak aku batalkan...begitu jugak tempahan 2 homestay. Kita mampu merancang tapi ALLAH SWT punya rancangan yg lebih unggul....Bagaimanapun aku bercadang juga untuk buat MAJLIS DOA SELAMAT selepas PKPB nanti. Harap PKPB ni cepatlah sampai ketitik noktahnya. Kalau rentas sempadan boleh dibuat, kami memang bercadang untuk adakan majlis di rumah kami di Parit Perak tu. Harap semua sedara mara dan rakan2 akan datang ke majlis kami tu...InsyaALLAH...Harap2 boleh dibuat pada bulan Januari 2021 nanti...InsyaALLAH...

Bagi yang nak datang ke Perak ni, ada lokasi untuk bercuti di sekitar Manjung ni, iaitu Lumut, Teluk Batik, Pangkor dan Teluk Senangin. Ada infor yang mengatakan Teluk Senangin pantainya cantik tapi banyak lalat kat pantai tu. Kehadiran beribu-ribu lalat ni sebab terdapat ladang ayam dan ladang babi berhampiran. Sepatutnya majlis tempatan lebih tegas supaya tidak benarkan ladang2 berada 5 kilometer dari kawasan peranginan. Rasanya ini memang silap majlis tempatan yang tak perihatin dan tegas dengan masalah ni...Orang yg ada kuasa ni memang selalu mengalah bila berdepan dengan kaum tu....apa nak jadi la...😡😡😡😡

Ada berita LALAT di daerah tersebut di SINI

Abang Ipar dan Biras aku..


video akad nikah anak aku..

Sebelum kami balik Perak untuk majlis akad nikah anak kami...aku dan isteri aku sempat pi hadir majlis pernikahan anak sedara isteri aku, HASSANUDDIN di MASJID BESI PUTRAJAYA tu...pada 14 November 2020. Moga mereka suami isteri sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...aamiinnnnn...Di bawah ni video akad nikah anak sedara isteri aku tu di Masjid Besi Putrajaya tu...

video akad nikah anak sedara isteri aku di masjid besi

Hari SABTU pagi, aku pi ke Pasar Sabtu di Bota Kanan tu. Aku bawak isteri dan adik pompuan aku. Kami beli macam2 barang untuk keperluan kami tinggal di rumah kami di Perak tu. Selama 3 hari kami tinggal di rumah kami tu. Rumah kami tu tak besar mana pun tapi cukuplah untuk kami laki bini tinggal di situ hingga akhir hayat nanti. Sekarang ni rumah tersebut digunakan masa kami balik kampung sahaja. Adik pompuan aku dan adik ipar aku jaga rumah tu dan bersihkan sekeliling rumah tersebut. Kalau tak dibersihkan tentu semak samun. Terima kasih kepada mereka berdua, moga ALLAH SWT sentiasa pelihara mereka dunia akhirat...aamiinnn...

Waktu petang aku pi ke BANDAR SERI ISKANDAR. Kami pi ke DIY untuk beli barang keperluan rumah. Kami jugak beli kek untuk HB anak bungsu aku. Balik ke rumah, kami sambut HB anak bungsu aku di rumah adik pompuan aku di rumah di hadapan rumah aku tu. Kami buat kecik2 aje pun. Masa aku rakam video majlis kecik tu...rakaman aku rosak pulak, langsung tak boleh guna untuk aku buat video. Agaknya aku dah tua  kut...tu sebab silap tekan butang HP aku. Tu sebab dalam video aku takde banyak footage majlis tu. Aku minta foto kat adik pompuan aku dan foto dari anak pompuan aku masa nak edit video majlis tu...memang aku ni da tua laaa...boleh pulak silap tekan butang rakam video HP aku tu...apa boleh buat laaaaaa.....

Bandar Seri Iskandar

Ahad, pagi aku pi ziarah pusara bapak aku dan emak aku yang terletak sebelah kampung aku tu...Tak jauh mana pun...mungkin lebih kurang 250 meter dari rumah kut. Aku pi sorang aje. Masa kecik2 dulu memang takut nak pi kat tanah kubur tu, sebab semak. Sekarang ni kawasan kubur tu dah bersih dan waktu malam ada lampu kat kawasan kubur tu. Kalau ada pocong sandar kat tiang lampu tu memang jelas nampak la...hahaha...Sampai aje di kubur tu aku sempat baca surah yasin di skrin HP aku. Aku juga sempat doakan supaya kedua ibu bapa aku dan semua penghuni tanah perkuburan tersebut dihindarkan oleh ALLAH SWT dari siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka. Kita jangan kedekut berdoa untuk semua orang Islam...jangan kedekut....kita pun nanti akan masuk kubur jugak...tentu ada yang akan doakan untuk kita nanti. Kalau tak manusia yang berdoa, mungkin makhluk2 ALLAH yang lain...sapa tau kan...Jadi janganlah kita semua sombong sangat sesama manusia, sampai waktunya kita akan dimasukkan ke dalam lahat dan tanah kubur tu akan diinjak2 oleh kaki manusia yang akan kuburkan kita nanti..tak perlu rasa sombong dalam soal apa sekalipun...Tak perlu kita hidup sombong atas muka bumi ni...Sebenarnya ibu bapa kita yang dah meninggal tu tahu kita ziarah pusara mereka tu....

Pekan Parit

Aku jugak sempat pi ke sawah yang tak berapa jauh dari kampung aku tu. Sebenarnya aku pi ke tanah kubur dan sawah tu dengan kete dan sorang aje... Malas nak berjalan kaki, maklumlah da tua tua ni...hahaha...malas nak menapak...Sawah masa tu sedang menghijau dengan padi. Cantik kelihatannya, maklumlah jarang pi sawah. Aku takde sawah pun kat situ sebab bapak aku dah tanam pokok kelapa sawit di sawah kami tu. Sekarang ni pokok kelapa sawit je la. Aku cuma tengok sawah orang aje la...jadi la kannnnn...Aku rakam sikit video kat sini. Boleh tengok dalam video yang aku dah edit tu...

Sungai Perak di Pekan Parit

Petang Ahad tu, aku bawak anak pompuan aku dan anak bongsu aku ke Pekan Parit. Dulu pekan Parit ni meriah jugak..masa aku kecik2...Sekarang ni dah macam pekan mati. Salah satu sebab pekan Parit ni menjadi mati mungkin sebab BANDAR SERI ISKANDAR dah pesat. Di Bandar Seri Iskandar ada beberapa buah pasaraya dan banyak premis perniagaan dan taman perumahan. Di bandar Seri Iskandar pun ada beberapa buah institusi pengajian tinggi seperti Universiti Petronas, UITM, Institut Kemahiran Belia Negara dan lain2...Pekan Parit yang aku pi ni memang macam dah jadi pekan mati tapi masih ada sikit nyawa la...hahaha...Masa aku kecik dulu memang meriah. Kami selalu pi pekan Parit ni. Dulu ada sebuah panggung wayang yang tayangkan macam2 cerita dan banyak jugak cerita hindustan. Nak amik tiket pun payah sebab berebut. Kami sering upah orang lain amik tiket untuk kami dan kami beri sedikit upah. Aku dan rakan2 pun pernah pi malam2 ke pekan tu dengan naik basikal ramai2. Kena pi ramai malam2 sebab terpaksa melalui satu kawasan dan jalan sunyi gelap yang kiri kanan tiada penghuni pun...semak dan ladang getah aje yang ada di situ...semestinya ramai JIN kat situ...Tapi aku tak pernah pun jumpa JIN kat kampung aku tu sepanjang aku tinggal di kampung. Orang lain ada jugak cite pernah jumpa macam2...hahaha...Masa kecik dulu memang meriah pekan Parit ni. Kami makan mee maidin, mee hailam dan sebagainya di sini...memang terkenal dan meriah pekan tu pada orang2 kampung kami masa aku kecik2 dulu. Sekarang ni Pekan Parit ni pekan mati yang hidup sikit2...hahaha...Hari ni sempat la kami pi keliling pekan tu masa singgah kat situ. Kami pi tengok sungai. Air sungai masa aku kecik dulu nampak jernih jugak tapi sekarang ni lebih banyak kelihatan seperti teh susu aje...nampak sangat sungai besar Perak ni macam ada masalah dan sedang sakit kut....Sebelum balik kami sempat beli cendol...beli cendol biasa je yang harganya RM3.50 sen...tak jadi beli cendol durian berharga RM10 tu...hahaha...

Video menjengah kampung 19 - 23 Nov. 2020

Pagi Isnin, aku sempat bawa isteri dan adik pompuan aku ke Pasar Senin di Pekan Parit. Kami beli sedikit keperluan di Parit tu. Ramai jugak pembeli dan penjual di Pasar Senin tu. Isteri aku beli beberapa bungkus IKAN PEKASAM..Macam2 ada jual dipasar tu. Sayur kampung pun banyak...Ikan2 pun banyak...Hampir tengah hari kami tinggalkan kampung aku untuk kembali ke SELANGOR. Harap kami akan kembali ke kampung tahun 2021, antaranya untuk selesaikan MAJLIS DOA SELAMAT di rumah aku kat kampung tu...

Cipta nostalgia sebelum gerak ke Bangi

Apa apa pun, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhai oleh ALLAH SWT dunia hingga ke syurga. Moga kita dijauhkan daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka serta dimasukkan ke dalam syurga...aamiinnnnn..

Jangan lupa, teruskan dengan #BMF



SEKIAN

daud.montak.zakaria

Tuesday, October 13, 2020

PKPB Baru & Kisah Balik Kg.

Diari DAUD - Hari ni RABU, 14 OKT. 2020...merupakan hari pertama PKPB di SELANGOR, KUALA LUMPUR dan PUTRAJAYA hingga 27 OKT 2020. Sepatutnya hari RABU ni aku pi ke TASIK UJANA. Nilai Impian untuk aktiviti berjalan. Memang itu jadual aku setiap minggu, iaitu 2 kali setiap minggu aku akan berjalan kat trek TASIK UJANA tu. Biasanya berjalan sejauh 6KM. Namun dah lama aku tak pi HIKING di BUKIT MELATI. Kat Nilai jugak. Buat masa ini terpaksalah tak gerak ke sana sebab PKPB tidak membenarkan sesapa pun merentasi daerah atau sempadan. Maknanya aku kat SELANGOR tak boleh nak pi rentas sempadan ke Nilai Negeri Sembilan tu....

Hari ni merupakan hari pertama PKPB diistiharkan seluruh SELANGOR, KUALA LUMPUR dan PUTRAJAYA. COVID-19 telah merebak kembali. Ini ada kaitan diantaranya dengan pergerakan manusia semasa pilihanraya Negeri SABAH itu hari. Sabah mengadakan pilihanraya semasa wabak COVID-19 sedang rancak di SABAH tu. Aku tak tau nak kata apa tapi aku memang macam nak maki aje pemimpin2 yang mengadakan pilihanraya masa wabak sedang menular ni. Kalau aku ada kuasa mutlak tentu aku humbankan pemimpin yang mengadakan pilihanraya tu ke dalam kolam BUAYA...😊😊😊. Rasanya itu aje tempat yang sesuai untuk dia orang. Bila PKPB diistihar kembali tentu menyusahkan semua orang. Aktiviti yang sebelum ni dibolehkan, langsung terhenti. PKPB sememangnya menyekat banyak pergerakan manusia. Gerammmmnya...betul2 geram aku dengan mereka yg berkenaan yang bersifat seperti HAIWAN tu...maaf kalau aku keterlaluan..

Dari 8 - 11 OKT. 2020 yang lalu aku berada di kampung aku kat PARIT PERAK tu. Kami menghadiri kenduri kawin anak sedara isteri aku di kampung STRUS SAUK KUALA KANGSAR. Majlis tersebut pada hari SABTU 10 OKT. 2020. Kami tiba di kampung tengah malam hari KHAMIS, 8 OKT. 2020. Kami bernasib kurang baik sikit, sepanjang malam tu dan separuh hari JUMAAT kami tiada air. Putus bekalan air di kampung aku sebab paip bocor semasa keje keje pembinaan jalan/jambatan di kampung aku tu. Isteri dan anak aku pi guna tandas di masjid masa takde air tu. Aku tengok apps AIR PERAK tapi macam takde update aje masalah air yg putus kat kampung aku tu..tak macam AIR SELANGOR yg sentiasa ada update...teruk kannnn...

Hari SABTU pula kami pi ke KG STRUS untuk hadir majlis kawin. Majlis tu diadakan di rumah pengantin lelaki iaitu anak sedara isteri aku. Walaupun wabak COVID-19 masih ada tapi majlis berkenaan masih ada kemeriahannya. Aku secara sukarela rakam suasana majlis tersebut. Aku bercadang untuk buat video berkaitan majlis tu. Selesai aje majlis tersebut, kami balik ke rumah aku di PARIT PERAK tu. Doa aku moga pengantin akan sentiasa bahagia dunia hingga ke syurga...aamiinnn...Video ada kat bawah ni...


Balik dari majlis kenduri tu, waktu malam pula kami pi ke pasar malam PEKAN PARIT. Kami beli makanan dan jugak IKAN PEKASAM. Korang kenai ke ikan pekasam tu...?. Kalau tak kenai google je la...Rasanya ikan pekasam ni makanan orang Perak...kalau tak silap la...Eh! betoi ke...???? Nak masuk pasar malam tu kami diambil suhu badan sebelum dibenarkan masuk. Di satu sudut kawasan tu aku tengok ada yang curi masuk dengan menyusup tali belang putih merah yang direntang keliling kawasan tu. Jenis manusia TAK SEKOLAH macam ni la yang merebakkan COVID-19 ni...Aku memang geram dengan sikap manusia macam ni, macam orang tak sekolah. Bila yang tua langgar peraturan, anak2 yang menjadi baka tentu akan mengikut aje...Nape masih wujud dalam masyarakat manusia yang suka melanggar peraturan ni...Macam ni la...maaf kalau aku melampau...Aku samakan manusia macam ni dengan kumpulan kera yang merosakkan tanaman kat kampung aku tu...maaf ye..Dulu kampung aku memang takde kera, masa aku kecik2 dulu la...Sekarang ni, dah banyak kera kat kampung aku. Semua tanaman dirosakkannya, pucuk betik yang pahit pun 'dia orang' makan habis. Aku samakan spesis primat ni dengan manusia yang suka langgar undang-undang tu...


Hari AHAD, 11 OKT. 2020, aku serta isteri, anak kedua aku dan kakak ipar aku, merayau di seluruh kampung untuk cari orang2 yang boleh sewakan khemah dan sebagainya. Ada aje orang yang nak bantu aku..aku harap sepanjang hayat aku serta famili aku, akan sentiasa dikelilingi oleh semua orang2 yang baik2 belaka...aamiinnnn...Rupanya susah jugak untuk dapatkan khemah di kampung. Mesti dibuat lebih awal, mungkin dalam tempoh 3 bulan sebelum majlis. Ramai yang gagal aku dapatkan sebab masing2 dah ada yang tempah masa tarikh yang aku nak tu. Sebenarnya aku ingin tempah khemah tu untuk kenduri doa selamat kat rumah aku nanti pada 22 NOVEMBER 2020. Aku buat majlis makan2 untuk sedara mara dan keluarga aje. Majlis tu sempena anak lelaki aku nikah. Aku tak buat besaran pun. Takde majlis bersanding dan sebagainya. Cuma majlis makan2 adik beradik dan sedara mara aje. Harap sedara mara aku akan hadir nanti, sama ada jauh atau dekat. Harap takde PKPB masa tu. Jemputan pun tak ramai, cuma bawah 250 orang saja. Itu jumlah jemputan yang dibenarkan untuk kenduri kan. Aku buat kat rumah aku di kampung, rumah yang akan aku jadikan kediaman untuk hujung usia aku nanti. Rumah tu di kampung aku di KG SENIN, LAYANG2 KANAN, PARIT, PERAK. Kalau ada RAKAN-RAKAN aku nak datang silakanlah..aku jemput datang....Setelah selesai mencari khemah tu, kami singgah sat di sebuah gerai di kampung aku tu. Meriah jugak gerai tu. Semua makanan hampir habis. Roti canai pun masih ada sikit lagi. Masa nak beli untuk bawak balik, penjual tu kata udah abis dah...Kueh pun hampir habis masa kami tiba tu...Alhamdulillah...bagus sungguh rezeki brother tu....


Balik kali ni aku tak dapat pi ziarah kubur ibubapa aku. Biasanya, kalau balik kampung aku tak lupa ziarah kubur tu...Ustaz kata ibu bapa kita tau kita ziarah pusara dia orang...Jadi, kali ni aku tak dapat ziarah sebab sibuk dengan hal2 lain. Rasa terkilan jugak sebab tak dapat ziarah dan doakan mereka dan semua penghuni perkuburan tu....Apa-apa pun moga ALLAH SWT ampunkan semua dosa kedua ibubapa ku serta semua penghuni di perkuburan tersebut. Hindarkan mereka semua daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar dan siksaan neraka...aamiinnnn...Kami kembali ke SELANGOR lebih kurang waktu tengah hari...

Rasanya itu aje yang aku nak tulis...Moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati oleh ALLAH serta diampunkan semua dosa kita dan dihindarkan kita daripada siksa kubur, siksaan mahsyar dan siksaan neraka, serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...aamiinnnn....
Jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF, kalau tak mampu semua, jangan tinggal semua...kalau tak kita, siapa lagi....

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

Tuesday, October 6, 2020

Riadah & bekalan air putus lagi...

Diari DAUD - RABU, 7 OKT. 2020, aku pi TASIK UJANANilai Impian untuk riadah seperti biasa. Memang seperti biasa aku datang sini 2 kali seminggu untuk beriadah. Berjalan aje pun. Tak larat nak jogging. Pepagi aku tiba di tepi tasik ni. Sebelum jam 7.00 pagi. Rakam video dulu sebelum berjalan. Ahad lepas aku terjumpa dengan bekas rakan opis aku ANIM. Pertama kali aku terjumpa dia di tasik ni. Rupanya dia dah tinggal di Nilai. Dia wartawan dan bekas rakan opis aku. Aku kata bekas sebab aku dah pencen dia masih bekerja lagi. Opis aku dulu PUSAT KOMUNIKASI KORPORAT, UKM. Kalau nak tau lebih lanjut tentang opis tempat aku keje tu, google je...sekarang dah mudah kan. Masa jumpa dia ahad lepas, panjang jugak sembang kami, maklumlah lama tak jumpa, mungkin setahun kut sebab aku dah pencen nak masuk dua tahun dah...Ada kalanya rindu nak lawat rakan rakan kat UKM tu, lama tak jumpa. Rasanya mungkin tahun depan kut...harap COVID-19 ni reda la sikit. Hari ni aku sempat berjalan lebih kurang 6KM dan bakar kalori lebih kurang 300 kalori serta cipta lebih kurang 7 ribu langkah.

menteri air...

Hari ni hari pertama AIR ada kembali. Semalam bekalan air pulih. Sebelum ni iaitu sejak petang AHAD air paip terputus sebab pencemaran air sungai yang bersambung dengan EMPANGAN SEMENYIH tu. Lebih 300 ribu yang terlibat. Semalam baru air pulih kembali. Aku memang tak berkenan dengan orang yang buat onar cemar sungai ni. Puncanya ialah  bahan organik dan buangan yang mencemari sungai di Batang Benar, Negeri Sembilan tu. Sungai tu menyalurkan air ke empangan semenyih jugak. Dah dua kali pencemaran berlaku dari sungai ini. Sebelum ni ada lagi pencemaran yang berlaku, baru je lagi. Pencemaran tu disebabkan oleh kilang haram di Selangor. Sepatutnya kilang haram tu ditutup tapi kerajaan negeri macam tak tegas aje...mungkin takut kut kalau berkaitan dengan golongan kapitalis macam tu. Kalau gerai kecik2 orang Melayu senang aje diroboh, sekelip mata je. Bila melibatkan pengusaha bangsa lain, para penguasa macam takut aje dan kecut sangat. Kalau penempatan haram melayu, cepat aje bertindak. Kilang bangsa tu, langsung tak berani, padahal dah beroperasi secara haram berpuluh tahun. Apa nak jadi dengan nasib rakyat dan nasib orang Melayu masa depan. Mungkin jadi Palestin kut jika orang Melayu tak sayang pada bangsa sendiri. Kes penceroboh penanam durian musang king kat pahang tu, macam tak dengar apa keputusannya sampai sekarang. Menceroboh tanah dah lebih 40 tahun. Benda-benda berlaku mungkin ada unsur korupsi kut...teka aje la...Rasanya kerajaan kena gubal undang2 supaya pencemar sungai dihukum dengan berat. Kalau denda, kenakan denda 50 juta atau 100 juta atau lebih tinggi lagi jika lakukan pencemaran sungai. Para pengusaha ni memang #$@!%&*...Dah selalu sangat pencemaran berlaku di negara kita ni tapi macam tak serik serik dia orang buat onar...Sekali lagi patut dikenakan hukuman yang berat denda dan penjara jugak...Susah rakyat dengan kerenah pengusaha yang macam HAIWAN ni...

Masa air takde tu macam macam cara nak cari air. Aku pi beli air kat tesco dan dapatlah 24 botol. Tak tahan lama pun. Tak sampai 2 hari da habis. Cuba pi beli lagi, semua dah habis. Cari kat kedai memana pun air mineral dah abis. Kami jugak dapat sekali aje merasa bekalan air yang dihantar oleh SYABAS. Lepas tu, tak dapat lagi dah. Sempat aku rakam video dan sunting masa SYABAS hantar air tu...Selasa malam Rabu aku pi ke rumah kakak ipar dan biras aku yang baik kat Kg Abu bakar Baginda. Di sana bekalan air tak terjejas sebab tiada kaitan dengan Empangan Semenyih. Kami mandi dan basuh kain kat sana tu. Lebih jam 11.00 malam baru balik ke rumah. Nasib baik ada sedara mara yang baik macam ni. Kalau sedara mara yang bermusuhan tentu tak akan berlaku benda ni. Aku memang doa aje kebaikan untuk semua sedara mara dan sesapa saja yang muslim. Kita memang dituntut menjaga silatur rahim sesama sedara mara dan sesama muslim. Tak masuk SYURGA mereka yang memutuskan silatur rahim dengan apa cara sekali pun. Terdapat hadis sahih berkaitan perkara ni. Jadi, marilah kita eratkan lagi silatur rahim, jangan ada lagi sebarang permusuhan. Cari jalan untuk berbaik-baik....Yang paling utama hati masing kena bersihkan supaya tiada sebarang sifat yang buruk..Harap akan datang tiada lagi bekalan air terputus disebabkan oleh penguasaha yang sangat kurang cerdek tu...

Rasanya itu aje yang aku nak coretka hari ni...Moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serta dihindarkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka..aamiinnnn...

Jangan lupa teruskan dengan #bmf...kalau tak boleh semua, jangan tinggalkan semua...ELEWSMART akan dibuka di BANDAR SERI PUTRA, BANGI, jangan lupa sokong perniagaan dia KETAT-KETAT sampai bila-bila...Kita orang ISLAM tak boleh undur lagi...sokong semua produk MUSLIM, kalau tak kita, sape lagi...tak gitu...


~~~     SEKIAN   ~~~


daud.montak.zakaria

Friday, October 2, 2020

Waa.. kawan lama rupanya..

Hari ni JUMAAT, aku sempat berbual melalui wassap dengan rakan lama aku...agak rapat jugak la masa aku belajar dulu tu. Aku sebenarnya tak ramai kawan rapat sebenarnya masa belajar dulu tu, maklum la aku MAHASITUA dia orang MAHASISWA. Sebenarnya semalam aku dah dapat wassap dari nombor yang takde dalam senarai HP aku, jadi aku tak balas pun. Aku memang biasa macam tu, kalau nombor aku tak kenal memang aku tak balas sama ada call atau wassap. Jadi aku diamkan aje...


Bila malam baru aku balas wassap tu, tanya sapa yang wassap aku tu...Baru la aku tau sapa...terkejut gak aku bila dapat tau dia ialah kawan lama masa belajar dulu tu...Dah lebih kurang 20 tahun masa berlalu sejak belajar kat UKM dulu tu. Sebab waktu aku balas wassap tu dah malam, maka tak banyak pun bicara yang kami bicarakan. Dah pagi ni baru bicara antara kami agak panjang jugak. Ia berkaitan perbincangan berkaitan dengan  peralatan broadcasting. Bukan berkaitan MCP tapi SCP. MCP - multiple camera production. SCP - single camera production. Peralatan yang basic aje...walaupun basic tapi memang penting untuk pengajian media...memang penting sangat, pada yang terlibat dengan penerbitan video peringkat universiti. Aku cuma beri pandangan yang tak berapa aje pun...


Rakan yang aku maksudkan ini ialah rakan aku yang dah berjaya dalam pendidikan. Dia dah berjaya ketahap PHD. Sebenarnya rakan aku yang sama2 belajar dulu dah hampir 3 orang peroleh PHD. Aku memang bangga dengan rakan2 aku yang rajin belajar hingga ketahap sebegitu....bangga sangat...moga dia orang terus berjaya hingga boleh capai ketahap professor...memang itu doa aku untuk rakan2 aku yang terus dibidang pendidikan serta bidang lain yang masih dahagakan ilmu. Jadi rakan aku yang dah berjaya ketahap PHD dah ada 2 orang dan sorang lagi akan muncul..., setahun lagi akan selesai PHD...tahniah korang semua, seronok dengar berita2 yang baik2 macam ni...Rakan2 aku dulu yang agak rapat masa belajar dulu ialah RAZIF, ISMA, NURUL, NIZA, FIZA, NUYU, ARAFAT, GHAZALI, ROS dan...ada sorang lagi...FELOMENA yang veteran macam aku ni, cuma kawan sembang aje..hahaha..Dia pegawai kat RTM tu kalau tak silap...Seronok sebenarnya masa belajar dulu tu...Kami dari PENGAJIAN MEDIA-broadcasting memang rapat sangat sebab segala projek amali kami diterbitkan secara berkumpulan seperti penerbitan video SCP dan MCP serta penerbitan berita kewartawanan penyiaran. Rasanya memang bidang kami aje kut yang rapat antara satu dengan yang lain...memang rapat sangat. Aku pernah menulis dalam BLOG ni beberapa tahun lalu kut. Berkaitan rakan2 pengajian aku selepas belajar... 

Boleh di baca

 - DI SINI..

DI SINI...

DI SINI.


google pic.

Secara ringkas peralatan yang perlu dalam penerbitan MCP, yang basic ialah kamera video, sekurang2nya 3 buah. Tripod-tripod yang sesuai untuk studio mcp. Lampu2 video dalam studio floor. Background untuk green screen. Telepromter. Jib arm. Kalau boleh dapatkan pedestal tripod untuk studio floor lagi baik. Itu dalam studio floor. Beberapa buah mikrofon. Dalam Bilik Kawalan Video pula mesti ada set intercom untuk berhubung dengan semua krew. Mesti ada alat Camera Control Unit mengikut bilangan kamera. Sebuah switcher yang sesuai antaranya yang boleh buat cromakey untuk setiap camera. Komputer untuk paparan graphik dan video. Kalau nak informasi berkaitan MCP boleh peroleh DI SINI. Peralatan berkaitan SCP yang asas ialah Kamera, tripod, microphone yang ber 'cable' dan 'cordless'. Yang 'cordless' mesti ada receiver di camera. Lampu2 video, sekarang ni lampu LED. Serta komputer2 yang sesuai untuk suntingan video. Perkara berkaitan SCP boleh disemak DI SINILain informasi berkaitan penerbitan video boleh diperoleh DI SINIApa2 yang berguna di blog aku tu, korang amik aje la dan tak perlu kebenaran pun...amik aje...Rasanya itu aje coretan untuk blog aku berkaitan rakan2 aku tu. Kepada semua rakan rakan aku, moga kalian terus berjaya dunia dan akhirat...tahniah DR. ISMAHISHAM, DR. MILAH dan bakal DR. yang akan peroleh PHD, DR RAZIF.... Kalau ada lagi rakan2 aku yg bakal peroleh PHD, aku ucapkan tahniah kepada semua...

tanggungjawab BAPA (KHUTBAH)

Hari ni aku pi solat jumaat di MASJID SERI PUTRA. Seronok aku sebab belum pernah lagi gagal solat JUMAAT di masjid. Sekarang ni mudah sikit, cuma daftar dan terus pi ke masjid untuk solat. memang mudah kali ni. Cuma sejak akhir2 ni aku risau gak sebab wabak COVID-19 sekarang dah makin merebak di SELANGOR ni. Berbelas kawasan dah jadi ZON MERAH. Bimbang aku akan balik kepada PKPD yang langsung tak boleh kuar rumah...memang bimbang sekarang ni...Aku memang bercadang nak balik kampung...jangan pulak kerajaan istihar PKPD yang langsung tak boleh rentas negeri...bimbang sangat dah...Pada pandangan aku jika kita patuh SOP tentu COVID-19 ni tak merebak...Benda ni jadi sebab ramai yang takde disiplin, macam budak kecik...Kalau PKPD diistihar tentu akan banyak lagi masalah timbul...ekonomi teruk, ramai yang akan diberhenti keje dan macam lagi lagi bakal menyusahkan semua...Apa apa pun sama-sama kita doakanlah moga COVID-19 ni tak merebak....

Akhir catatan...aku doakan moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia dan akhirat serta dihindarkan kita semua daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksa neraka dan dimasukkan ke dalam syurga....aamiinnnnn....

Jangan lupa teruskan dengan #bmf...kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua....


SEKIAN

daud.montak.zakaria

Thursday, September 24, 2020

Lamanya tak update, rasanya la..

Diari DAUD - Semalam, KHAMIS, 24 sept. 2020, aku pi ke bengkel kete di Bandar Seri Putra, Bangi tu. Aku bercadang untuk tukar tayer kete aku yang dah botak tu. Dalam kepala aku memang aku nak pi cari kedai MUSLIM aje. Aku ni boleh dikatakan tegar dengan #bmf. Kalau aku pi kedai non MUSLIM pun aku akan cari barang MUSLIM. Melainkan barangan MUSLIM, stocknya dah takde. Korang nak kata apa, kata la, aku tetap dengan pendirian aku..tak kisah pun aku. Pada aku aku kena sokong sesama ISLAM. Sebab kita ni dah lama sangat sokong NON MUSLIM...dah kaya dah pun dia orang sekarang ni. Dahla kaya, dah makin sombong pulak dengan rakyat PRIBUMI.

Akhirnya aku tiba di sebuah kedai MUSLIM. Aku pun mulalah tanya tayer dan harga benda berkenaan. Akhirnya aku pilih tayer DUNLOP. Tak tau la aku, rasanya DUNLOP ni tayer non muslim...tapi...ada ke tayer yang jadi keluaran MUSLIM...😉😉😉. Tak boleh buat pape la...Takpe la asalkan kedai MUSLIM. Sempat la aku rakam video kat kedai tu sebab aku bercadang nak buat video kedai ni. Tiba2 aku dengar mekanik tu panggil aku. Bila tiba dekat, dia kata, tak perlu tukar keempat-empat tayer tu sebab tayer belakang masih banyak 'bunganya'. Jadi aku pun buat keputusan untuk tukar tayer depan yang memang dah licin sangat, bahaya bila dalam hujan. Mekanik tu pun pasang kembali skru tayer belakang tu. Aku rasa berbaloi datang kedai MUSLIM ni sebab dia bagi tau apa yang benar berkaitan perkara tu. Itulah baru peniagaan MUSLIM sebab jujur dengan pelanggan. Tentu anda dapat bayangkan jika aku pi ke kedai NON MUSLIM. Mungkin ada jugak yang jujur tapi faham2 la sebab kita dah lama hidup dengan ramai NON MUSLIM kannn...Aku jugak turut ganti minyak hitam yang dah sampai pun masa untuk ditukar. Aku tanya hal berkaitan 'injection cleaner'. Mekanik tu kata yang paling mudah, dia syurkan supaya guna minyak RON yang lebih tinggi daripada RON95 tu sekali sekala. Isi penuh tangki dan habiskan satu tangki tu. Dia syurkan supaya kete digunakan di highway supaya kita boleh bawak laju sikit...untuk tujuan bersihkan enjin dan injection tu. Kalau kita isi minyak untuk jalan jauh balik kampung, lagilah okay rasanya, kan...Semua mekanik kat kedai tu Melayu aje semuanya. Layanan mereka pun baik2 aje. Aku sempat rakam video dan sunting serta upload ke channel youtube aku tu..Sila tonton kat link di atas tu....Nama kedai tu pun ada aku letakkan dalam video tu. Sapa2 yang duduk berhampiran tu, bantulah perniagaan MUSLIM kita...

Minggu lepas Rabu, 16 Sept. 2020, Hari Malaysia, aku balik kampung sebab abang sulung aku meninggal dunia. Kami terima wassap dari adik pompuan aku di kampung. Kami bergegas balik kampung, seramai tiga beranak. Dua orang anak aku tak dapat balik sebab bekerja. Kami bersiap2 dan terus gerak ikut highway PLUS. Dalam 400 km rasanya. Biasanya dalam 4 jam boleh sampai kampung. Namun begitu, kami tak sempat sampai kampung sebelum abang sulung aku dikebumikan. Kami sampai aje di kampung majlis pengkebumian dah hampir tamat. Oleh kerana kami tak sempat sampai kampung sebelum kebumi, maka aku amik keputusan untuk terus aje balik ke rumah aku yang ada di kampung tu. Tak besar mana pun teratak tu, cukuplah untuk aku laki bini habiskan usia kami di sana tu...InsyaALLAH...Aku bercadang untuk lawat pusara almarhum abang aku tu waktu petang aje. Setiap detik aku balik dan berada di kampung tu, ada dalam video yang aku letakkan di atas tu. Tonton la kalau nak...kalau taknak, aku tak kisah pun...😊😊😊 Bagi pihak aku, jika ada dosa abang sulung aku kat aku, aku dah maafkan semuanya. Moga dia tidak diberatkan oleh ALLAH dengan dosa kat aku...Dia pun sudah takde dan biarlah perjalanan dia mudah menuju ALLAH TAALA. Aku harap pun semua sedara mara aku yang lain pun maafkanlah segala dosa dia dan halalkan segala perkara yang berkaitan kita dengan dia tu...biarlah dia dalam keadaan aman di sana. Doa aje yang baik2 untuk dia..doakan kebaikan dan kebahagiaan dia di sana....Link video ada aku letakkan di atas tu untuk tontonan.... kalau nak la...

ikan GAPI


KAILAN

SAWI

Sebenarnya, masa pencen aku yang terluang ni, tak banyak benda yang aku buat. Aku hanya pi peluhkan badan di TASIK UJANA Nilai Impian tu 2 kali setiap minggu. Dah lama aku tak HIKING di MELATI HILL Nilai tu. Kalau aku pi hiking kat Melati Hill tu pun, 2 kali seminggu jugak. Masa aku selalu pi Melati Hill tu memang ramai yang berkunjung dan hiking kat sana tu. Apatah lagi jika hari cuti, lagi la ramai.Tapi sekarang ni hanya berjalan peluhkan badan di TASIK UJANA Nilai Impian aje. Sejak musim hujan yang lalu, aku dah tak pi ke Melati Hill tu. Rasa macam rindu jugak nak pi HIKING kat MELATI HILL tu...tapi tu la, tak tau bila pulak boleh pi ke sana tu....




POKOK KARI

Selain daripada itu, aktiviti aku ada la tanam sikit sayuran di belakang rumah aku. Bukan ladang besar mana pun...cuma dalam pasu aje. Mungkin aku silap teknik kut...tu sebab sayur tu ada yang tak besar pun pokoknya. Rasanya aku kena tanam tak banyak dalam sesebuah pasu, baru la ia boleh subur dan besar. Sayuran KAILAN tu nampaknya memang subur. rasanya berbaloi tanam KAILAN sebab bila kita potong, ia akan bertunas kembali dan boleh dipetik lagi...tapi...sape nak makan KAILAN hari-hari kan....hahaha...Sayur yang lain tak macam KAILAN sebab bila diambil, ia akan terus habis gitu je...Rasanya lepas ni aku kena sambung tanam sayur dan baiki lagi kelemahan yang dah dibuat tu....Berbudi dengan BUMI ni, dah tentu ada hasilnya tapi berbudi kat WAKIL RAKYAT tak tentu dapat hasilnya kannn,manifesto pun dikata bukan kitab...ekekekeke...Aku jugak bela ikan GAPI kat dalam bekas air yang besar tu...di belakang rumah aje. Dah banyak dah, rasanya dah beratus kut. Agaknya ikan GAPI ni beranak hari2 kut...Rasanya kaum lelaki kena belajar ilmu dari ikan GAPI ni...opst! yang ni gurau je...jangan simpan dalam hati ye...😅😅😅Aku amik benih ikan tu di rumah adik pompuan aku kat kampung tu. Dah biak banyak dah...Aku bela bukan apa apa pun...saje je suka suka...da takde keje kannnn...hahaha

Rasanya itu aje yang aku nak tuliskan kat sini...moga kita semua, tak kira sapa la...akan diampunkan oleh ALLAH TAALA akan semua dosa kita dan dihindarkan kita daripada siksaan kubur,siksaan mahsyar dan siksaan neraka serta dimasukkan kita semua ke dalam syurga...Maafkan semua dosa aku ye...bimbang dah sekarang ni...dulu generasi ibu ayah yang meninggal, la ni dah tiba ke generasi aku pulak...haihhh...

Jangan lupa jugak, terus istiqamah dengan #bmf...kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua ye...


~~~~~     SEKIAN    ~~~~~

daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...