Wednesday, February 28, 2018

Ujian ALLAH SWT...

Hari ni, KHAMIS, 1 Mac 2018,  hari ni da hari ketiga aku pi cek tekanan darah.
Aku pi cek kat Pusat Kesihatan UKM je. Sebenarnya hal ni berlaku sebab
masa jumpa doktor itu hari tekanan darah aku tinggi.
Jadi dia suh aku buat pemeriksaan
tekanan darah selama
seminggu.


Jadi macam biasa aku
pi pusat kesihatan tu jam 9.00 pagi seperti masa
masa sebelum ni. Masa2 tu mesti konsisten waktunya sebab supaya
bacaan tak lari jauh. Tiba di pusat kesihatan tu aku rehat kat luar sebentar supaya
keadaan tercungap2 tu settle dulu, baru boleh pi cek. Aku
pi cek kat bahagian kecemasan je.



Sebelum masuk aku duk la kat kerusi
di luar tu selama 20 minit kut...tapi doktor pesan setengah jam.
Masa duk kat situ...handphone je la teman aku. Masa duk menanti tu, tersua la
dengan staff pusat kesihatan yg aku kenal...angguk kepala je la...
jumpa shirin dan sebagainya...setakat angguk
kepala je.........



Tiba tiba terjumpa NAJWA. Oooo...rupanya
dia pi cek bulanan kat sini....TAHNIAH NAJWA....kami sempat
bersembang sebentar, bertanya kabar, sebelum dia cek masuk makmal 
untuk darah...tak pasti amik darah atau tak.... Sebelum tu da jumpa masa dia
 nak pi jumpa doktor...sembang kejap je...La ni masa dia nak masuk makmal tempat 
amik darah tu...lama sikit sembangnya sebelum dia tolak masuk pintu makmal tu.......
Aku pernah tulis berkaitan cerita dia 
DI SINI
NAJWA ni merupakan pelajar LI kami dulu. Masa aku kat PENERBIT UKM....cite lama la niiii...

Berbalik kepada cite aku lak...itu tadi cite 'insert' je...
Kemudian bila sudah rehat sebentar kat luar... aku pun masuk bahagian
kecemasan untuk cek BP. Masuk je pintu, staff pusat kesihatan bagi salam.............
oooopst! sdr. JIPPA rupanya...aku kenal JIPPA ni masa kami ikut kayuhan 
basikal amal oleh staf ukm dulu tu. Dia wakil pusat kesihatan
yang tugasnya untuk memantau segala perkara
berkaitan kesihatan peserta kayuhan tu..
Cerita sertai kayuhan amal tu ada
DI SINI
Kayuhan tu sampai upsi tanjung malim. Aku kena
alahan teruk masa tu...terpaksa masukkan ubat alahan....sdr. JIPPA ni 
la yang banyak membantu merawat aku. Terima kasih banyak2 sdr. JIPPA. Kami buat
 liputan video masa tu...sepanjang program beberapa haru tu. Dia ucap salam masa
 aku melangkah masuk bahagian kecemasan tu...aku lupa sama ada aku balas 
salam atau tak...takpe la aku jawab sekarang ...WAALAIKUM 
MUSSALAM... Dia ada tugas iaitu sedang rawat pesakit masa aku
melangkah masuk tadi. Terima kasih sekali lagi 
sdr. JIPPA sebab bantu aku dulu.



Masuk je ke bahagian kecemasan tu, aku terus tuju ke meja
untuk cek BP. Sorang staf datang dan aku beri dia
rekod catatan yang dia perlu catat keputusan ujian BP tu nanti. Dia ambil catatan
tu dan catat kat buku rekod besar dia tu. Kemudian dia datang ke meja
dan mula balut tangan aku dengan alat tu sebelum dia tekan
butang mesin. Dia buat dua kali...dan
dia cakap masih tinggi lagi.


sering menjeling waktu...
Dia kata yang atas tinggi sementara
yang bawah ok. Yang atas turun sikit daripada semalam...aku
harap akan datang akan turun lagi supaya aku tak perlu makan ubat darah tinggi.
Ini merupakan kali pertama aku dapat tekanan darah macam ni...aku tak
pernah kena darah tinggi...cuma border je. Ini pertama
kali hp ....ooopst! BP (blood pressure) aku tinggi............... Harap
nanti ia akan turun dan tak perlu aku makan ubat darah tinggi.


setia menunggu...
Hari Jumaat ... Sabtu...Ahad...dan...Isnin aku
bercuti....Sabtu dan Ahad aku berada di PERAK...jadi tak tau
aku nak cek kat mana. Nantilah....aku fikirkan...Kalau cek sendiri boleh
terima oleh pusat kesihatan ke....hermmm...ntahlah....


ukuran normal (ukuran sebelah atas) antara 120 - 140: tinggi tuuu...
Moga aku sentiasa redha dengan segala ujian ALLAH SWT.
Apa apa pun aku berharap semua penyakit
aku akan sembuh..begitu juga penyakit yang ada pada semua yang
sakit di atas muka bumi ini sama ada yang ringan atau yang teruk...itu doa aku
untuk semua...moga ALLAH SWT akan makbulkan......aamiinnnnn...

SEKIAN


daud.montak.zakaria

Saturday, February 24, 2018

Sabtu dan Ahad...memang macam sibuk...

Sabtu dan Ahad ni, 24 dan 25 Feb. 18, memang macam sibuk je....Ingatkan
da tua tua ni da kurang sibuk...rupanya tak.... Sabtu pagi jam tujuh lebih
hantar anak pi kelas tambahan kat sekolah untuk tahun 6.
Persediaan untuk UPSR. Anak yang
sekolah, ibu bapa gak ikut
sama......tiap2 Sabtu ada kelas tambahan hingga pekse...


Aku pi hantar anak bungsu aku
tu dengan isteri aku....saje je. Dalam perjalanan
balik rumah singgah sat beli sarapan. Jam 9.00 pagi isteri ada
kelas pengajian kat surau tu. Pengajian untuk muslimat yang disampaikan
oleh pengajar dari al jenderami. Surau tu memang banyak
pengajian dan aktif je sepanjang masa.


Pukul dua petang aku pi ke sekolah
untuk amik anak aku dari sekolah. Kalau kelas tambahan
je mereka balik jam 12.30 tgh hari tapi sebab ada latihan sukan mereka
stay back hingga jam dua. Lepas amik dia kami terus
pi pasaraya untuk beli barang untuk stock
sebulan...banyak keperluan dapur
macam da habis je kat rumah tu...............



Malam pulak anak bungsu aku ajak
pi buat salinan buku helaian tertentu untuk keje
rumah dia. Pi kedai fotostat. Siap je kami pi ke pasaraya untuk
beli kasut hitam anak. Dia kata cikgu pesan untuk acara sukan esok dia kena
pakai kasut hitam...Kami pi ke Tesco Nilai dan Giant Nilai.
Selesai je kami terus balik.......


AHAD, 25 Feb. 2018, pepagi lagi aku dah pi hantar
anak bungsu aku untuk program sukan dia. Aku pi dengan isteri aku
..awal pagi masih tak ramai orang. Singgahkan dia depan sekolah. Kemudian kami
pi cari sarapan pagi.


Jam 8.30 pagi aku pi
sekolah anak aku untuk tengok program
sukan dia orang. Isteri tak dapat pi sebab dia ada kursus haji di masjid
seri putra. Tiba di sekolah...alamakkk...parking penuh...kena pusiang sekali lagi
dan akhirnya terpaksa parking jauh sangat kat jalan besar di luar
sana...Kemudian masuk kawasan sekolah dan duk
dekat khemah di tepi padang tu...



Sempat la aku tiba masa program baru
bermula tapi perbarisan tak sempat tengok. Masa negaraku
hadirin diminta untuk berdiri hormat lagu tersebut. Namun ada jugak yang tidak
berdiri hormat. Pelik aku...kalaulah dia tu bukan warga negara,
dia pun kene berdiri hormat sebab dia cari makan kat
sini... Kalau dia memang warga negara
...lagilah dia kena hormat....
Di mana2 pun masa aku keje
ni memang bila negara ku dimainkan semua
akan berdiri..tak kira apa pangkat pun....apa istimewanya dia
untuk tidak berdiri....apa sumbangan besar dia yang menyebabkan dia tak perlu
berdiri...warga negara yang dah jejak angkasa pun kene berdiri apabila
negara ku dimainkan.... Rasanya tak perlulah kita
paparkan kejahilan diri sendiri......oopst!
Maaf .... da melalut da niiii...



Masa sukaneka pra sekolah berlangsung
ada ibubapa yang masuk padang bila anak mereka sedang beraksi.
Pengacara minta mereka tidak masuk ke padang...tapi...aku tengok langsung
tak endahkan permintaan tersebut...dua kali diminta barulah
mereka bergerak ke luar...itu pun setelah sukaneka
tu tamat....Kalau kita sebagai ibubapa, tidak
mampu disiplinkan diri kita...macam mana nak disiplinkan anak anak...
Begitu juga kalau ada emakbapak atau guru2 yang cakap 'bodoh' kepada anak atau
anak murid, macam mana anak atau anak murid hendak menjadi 'pandai' 
sebab perkataan 'bodoh' sering bermain di bibir
ibubapa atau guru2...Tentu anak atau anak murid tu pun akan menjadi manusia 
yg sering menuturkan perkataan 'bodoh' kepada orang lain...opst!



Aku tak lama pun di sekolah tu sebab
jam 11.00 pagi aku kena jemput isteri aku dan rakan baiknya 
daripada kursus haji di seri putra tu...jadi sempatlah aku rayau kejap kat kawasan
sekolah tu untuk snap foto foto di sana. Ada gerai gerai jualan..
ada lapangan memanah....ada tempat untuk bermain
dengan arnab dan mungkin ada yang
lain2 yg aku tak sempat kunjungi...............................



Lepas hantar rakan isteri aku ke rumahnya..
aku hantar pulak isteri aku ke sekolah...dia pulak ganti tempat aku
tengok program sukan anak aku tu...Aku terus balik rumah...rehat...Aku
pun bukanlah gemar untuk beramai ramai macam tu..cuma sekadar
untuk gantikan tempat isteri aku tu je....huhuhu...
Bila program sukan tu tamat nanti, aku akan jemput mereka dari sekolah tu....



amik anak dan isteri dari sekolah...
Akhirnya....apa apa pun...aku berdoa moga diri aku...isteri aku...kedua ibubapa aku..
kedua ibubapa mertua aku.....seluruh ahli keluarga aku....
sedara mara aku...seluruh sedara mara isteri aku..
semua jiran2 aku....semua muslimin
dan muslimat di seluruh dunia...diampunkan oleh ALLAH SWT
sentiasa, sehingga ke akhir hayat...insya ALLAH...
....sebab kita manusia biasa yg bukan MAKSUM yang sentiasa berdosa
serta perlu keampunan ALLAH SWT sepanjang masa...

*google picts

SEKIAN

daud.montak.zakaria

Sunday, February 18, 2018

Bertemu Ahad lagi..

Hari ini Ahad, 18 Februari 2018...macam biasa la jadual Ahad...pepagi jam 8.45 pagi
isteri aku pi kursus haji di masjid seri putra. Dia ikut rakan baik dia
pi masjid tu. Aku kalau kena hantar dan ambik pun,
kalau rakan baik dia tu ada
hal lain yang lebih
perlu.



Jam 11.00 pagi
aku pi hantar anak aku latihan silat di
masjid bangi. Dia ada latihan tu sampai pukul 1.00 petang.
Hari ni lepas hantar dia, aku terus pi bandar baru bangi untuk tangkap gambar
 passport.
Gambar tu perlu kerana aku nak sertakan bersama borang untuk 'option'. Aku memang
nak mohon pencen sebelum 60 tahun...Itu pun kalau pengarah luluskan..
dia ada kuasa untuk tidak luluskan...tapi...harap2 dia luluskanlah...
Tiba di bandar baru bangi tu...kedai gambar tu pulak tutup daaa....jadi balik je la
tanpa apa apa urusan kat sana... payah nak cari kedai gambor
la ni.....
Kemudian dalam pukul 1.00 petang aku pi ke masjid untuk ambik anak
dari latihan silat di masjid bangi tu. Aku pi dengan isteri aku..
Biasanya gitu la...aku mesti bawa isteri aku bersama
sebab dah terbiasa macam tu...tak selesa
aku kalau aku pi sensorang....



Kami sering je berdua kalau pi memana kalau
takde apa apa....kalau sensorang aku takde kawan untuk
berbual...aku perlu berbual dalam kete tu....Sementara tunggu anak kami
berbual dalam kete...tapi kami tak ngumpat orang pun...jauh sekali untuk memfitnah 
orang...cerita tentang kami sendiri je. Fitnah dan ngumpat tu boleh
menyebabkan kita duk dalam neraka...sape yang suka
neraka......?



Bila anak kuar dari masjid
terus je masuk kete...terus je dia ajak makan kat
kedai...aihhhh....tu la keje dia kalau ambik dari latihan silat mesti ajak 
singgah makan dulu.....Kami singgah di super market CS...terus je tuju tempat makan.
Order makan tuk dia je...aku tak makan...cuma minum je...kalau makan
pun cuma amik sikit je...untuk sekadar merasa......
Selesai makan aku masuk DIY sat sebab aku nak
beli sebuah album dvd untuk letakkan dvd yg banyak tu...hasil suntingan yang
aku buat...maknanya aku beli sendiri untuk dvd hasil keje suntingan aku...
bahan video tugas aku la.........untuk pejabat tu.......



Kemudian kami masuk CS untuk beli barang basah sikit. Masuk CS isteri aku
beli ayam, ikan dan sayur. Ikan pun da tak cantek...mungkin
ikan lama kut...maklumlah tahun baru Cina
...mungkin ikan lama dalam simpanan
dia orang...gamaknya laaa...

Selesai kat CS
terus balik. Malam pulak lepas maghrib
pi darus syifaq sat...mintak air kat ustaz di sana tu...kami
memang sering pi darus syifaq tu....biasanya bila ubat moden tak jalan.....
apa salahnya kita usaha kan...jangan cara syirik, sudah la kan.....

Selesai pi darus syifaq kami terus pi ke seri putra...anak aku nak gunting rambut...
dia kata cikgunya nak cek masa mula sekolah nanti. Pi kedai pertama
ramai...pi kedai kedua...begitu jugak...las sekali singgah
di kedai ketiga...di sini dia terus bergunting.
Tak ramai kat sini.....Pelik kan...semua
kedai gunting macam orang India je
yang kuasai..........Orang melayu
nape tak bukak kedai gunting...malu ke...haihhh...tulah orang
kita.......pastu hebohlah orang asing kuasai keje kat mesia ni....diri sendiri
yang kurang rajin, tak pulak dia orang fikir.......



Di sini aku jumpa rakan sepejabat aku yang jugak 
hantar anak untuk bergunting. Kami bersembang sekejap sebelum dia mintak diri
untuk balik.
Selesai gunting je kami singgah sat kat farmasi untuk beli ubat selsema aku...aku ni
sering je kena selsema....aku punya kekebalan daripada penyakit
lemah je....sikit sikit selsema...sikit sikit selsema...
Selesai je terus balik ke rumah.....


Itulah rutin harian kami....biaasanya masa cuti...Kalau hari keje sibuk dengan keje je...
Mungkin ada yang tersimpan pertanyaan kan...kenapa aku suka tulis blog...
Sebenarnya aku memang suka menulis...sebab dengan menulis
di blog ...aku boleh bercerita...aku nak tulisan aku ni jadi macam
diari...ada je catatan setiap ketika....aku nak tulisan aku ni akan dapat dibaca 
kembali setelah aku takda oleh orang yang masih ada....Itu sebab aku cuba menulis benda
benda yang berkaitan dengan aku...bukan berkaitan dengan orang lain yang
mungkin boleh mendatangkan dosa ngumpat dan dosa fitnah....
yang mana dosa tu akan kekal dibawa ke mati...



Jadi sebagai penutup bicara...aku doakan
supaya semua dosa aku...dosa kedua ibubapa aku...dosa kedua
 ibubapa mertua aku...dosa seluruh keluarga aku...dosa semua orang yg aku kenal
 dan yang tidak aku kenal pun ...serta dosa kaum muslimin dan muslimat 
di muka bumi ini, sentiasa diampukan oleh ALLAH SWT....kerana...
 apakah yang lebih baik drpd mendapatkan 
keampunan ALLAH SWT.........?

SEKIAN
* google pics
daud.montak.zakaria

Saturday, February 17, 2018

Demo langkah pendekar..

Hari Sabtu, 17 Feb. 2018, masih cuti hari ni....Hari ni bawak anak bungsu pi
stadium kajang sebab dia orang ada demontrasi silat
dalam ekspo yang diadakan di
stadium kajang tu...





Aku pi dengan isteri.
Disebabkan aku fikir masuk kajang
biasanya jem jadi aku bercadang untuk pi awal pagi.
Lagipun semalam telah dipersetujui untuk berkumpul di stadium dalam jam 9.00pagi.





Aku bergerak ke kajang dalam jam 7.45 pagi. Bersama kami ialah dua orang
anak jiran yang berkongsi dinding dengan kami. Kami singgah
sat beli kueh sebab masih belum sarapan pagi.
Kemudian terus gerak.

stadium kajang...stesen mrt berhampiran..




Sepanjang perjalanan
nampak macam clear je jalan pi kajang....takde jem pulak
...mungkin sebab ramai yang balik kampung kut...cuti taun baru cina kan...lancar je
perjalanan kami sampai ke stadium....wah! terkejut gak aku pi kajang tanpa sebarang
jem pun...hahaha. Biasanya kajang ni macam jem memanjang je...

pesanan guru...





Tiba depan stadium terus
cari parking....depan stadium nampaknya
takde sebarang parking pun....penuh semua.. Jadi kami terus ke depan lagi dan
 nampak penunjuk arah tempat letak kereta...depan stesen rtm kajang....
jadi kami terus je ikut arah yang ditunjukkan tu.





Akhirnya kami tiba di lokasi parking bawah rail mrt. Rupanya banyak tempat letak
kereta di situ. Ini merupakan kali pertama setelah berpuluh tahun...
sekali lagi..berpuluh tahun....
aku tak jejak di stadium kajang ni. Dulu takde stesen
mrt...... tapi sekarang dah ada stesen
mrt depan stadium tu...

hampir dengan demontrasi...



Nampak sangat aku
da macam rusa masuk kampung. Dari tempat parking kami berjalan ke stadium
...cari lokasi tempat berkumpul yang telah diberitau semalam. Akhirnya
jumpa gak....tunggu jela di situ.....
Sebelah stadium kajang tu terdapat sebuah bangunan.......
disitulah menermpatkan satay kajang yg terkenal tu..
jangan lupa kalau nak nikmati satay kajang
carilah bangunan di sebelah stadium kajang tu eaaaaa........promosi ni....

Kami tiba awal di stadium tu...kena tunggu lebih kurang
satu jam sebelum sampai jam 9.00 pagi. Kami tunggu mereka yang lain tiba. Dalam
masa menunggu tu anak anak bermain alat2 senaman kat tepi stadium tu.
Ramai jugak orang yg bersenam kat sini...joging dan lain2...




Bila sampai mereka yang lain serta guru silatnya...anak anak dikumpulkan untuk diadakan
latihan sebelum pertunjukkan. Program tersebut merupakan program
festival dan ekspo mengenali rasulullah saw yang turut
dianjur bersama oleh Pondok AL JENDERAMI.
Banyak acara yang dijalankan
hingga esok...semuanya berunsurkan ISLAM dan terdapat
juga FORUM HAL EHWAL ISLAM. Gerai gerai jualan pun banyak dibuka di sana.
Giliran untuk membuat pertunjukkan
tiba dan semua anak anak dengan diuruskan oleh guru silat mereka
telah membuat pertunjukkan hingga selesai. Agaknya dalam
lebih kurang hampir setengah jam gak la pertunjukan
mereka tu...........

team silambam...
team silambam...


Sebenarnya terdapat beberapa
pertubuhan silat telah membuat pertunjukkan termasuklah
seni SILAMBAM yang merupakan seni bela diri kaum India. Silambam ini
memang pantas pergerakan mereka ketika di gelanggang. Banyak senjata yang mereka
gunakan...kadangkala rasa macam ngeri je....





Aku tak lama di sana...lebih kurang jam hampir 12 tengah hari kami bergerak balik.
Sebelum tu aku serta isteri dan anak anak pi ke gerai tuk beli makanan
dan air sebelum balik....isteri aku sempat capai
sehelai tudung....pompuan kannnn....
Semasa balik .....kajang masih lagi tak banyak kenderaan...lancar je
pemanduan hingga bangi. Sebab da masuk tengah hari
kami pun singgah di Tesco bandar Puteri untuk
makan tengah hari......Selesai je
makan terus kami
balik...
Aku doakan moga usaha
yang telah dilakukan oleh guru silat terhadap anak
anak pesilat akan sentiasa mendapat rahmat dan sentiasa mendapat redha ALLAH
SWT  selamanya.....





Moga semua dosa kami
dan dosa semua orang2 yang kami kenal dan
dosa mereka yang kami tak kenal langsung serta dosa kaum muslimin
dan muslimat seluruh dunia diampunkan oleh ALLAH SWT....tiada apa yang lebih
berharga melainkan mendapat
keampunan daripada ALLAH SWT...aamiinnnn....

SEKIAN

daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...