Thursday, March 29, 2018

Sorotan seminggu

Minggu ni, dari 24 - 30 Mac 2018 banyak jugak aktiviti aku. Eh! banyak ke...ntah la..
nanti aku catatkan satu persatu kat sini. Nak baca, bacalah, taknak
takpa la, bukan salah punnnnnn.......
Hari Sabtu, hantar anak pepagi buta untuk dia
ikuti program anjuran masjid bangi lama. Hantar dia dengan 
anak jiran. Program tersebut dari pagi sampai jam 6.00 petang.
Jam 11.30 pagi amik isteri dari masjid seri putra.
Dia ikuti kursus aji...aku tak tau
lagi bila akan ikuti kursus
tu...mungkin bila da pencen kut.......

masjid seri putra...
marry brown nilai 3






Lepas amik isteri terus bawa dia ke marry brown nilai 3 ada benda yang perlu aku
beli untuk bawa ke Gob. Beg untuk pakaian aku yang lama da
koyak rabak, jadi kena beli baru. Sebelum beli
beg kami makan dulu kat marry
brown tu...aku ngan dia je...anak bungsu ada program
kat masjid.  Lepas beli beg terus pulak pi beli barang dapur di pasaraya...
barang dapur banyak yang da takde......

ISNIN 26 MAC 2018
Isnin, kami ada rakaman pengerusi KRA
untuk ditayangkan semasa BICARA PERDANA NAIB CANSELOR
nanti.

tunggu masa untuk shot PENDAFTAR UKM
shooting pendaftar ukm di pejabat baru PENDAFTAR di LINGKUNGAN KEDUA


shooting TNC HEPI, PROF. MOHD EKHWAN *foto kamarul
shooting PRO NAIB CANSELOR. PROF. DATO' NOR GHANI
shooting TNC HEPA DR. ROSLEE *foto sdr. kamarul

Kerja kerja shooting Pengerusi KRA aku lakukan bersama dengan krew lain
iaitu sdr. KAMARUL. RAMLI dan JASRIL....
Selama 2 hari kami membuat kerja shooting berkenaan.
Lepas shooting kami buat pulak proses suntingan video berkenaan...

ISNIN, 26 MAC 18, 8.00 MALAM
Aku dan isteri hantar anak bungsu pi tution di rumah guru
di nilai. Lepas hantar kami pi singgah di tesco. Malas nak balik rumah,
sementara kami tunggu anak habis tution. Singgah kat
tesco dan minum kat food court.....kami berdua
lagi....huhuhu.....



ini bukan kat gerai kat kampung aku tapi...kat tesco...huhuhu...
RABU, 28 MAC 2018.
Aku, sdr. jasril dan shahrul, datang ke bangunan penerbit untuk membuat sedikit
pembetulan untuk video yang telah kami edit sebelum ini.
Ada benda yang perlu diubah selepas ditonton
oleh NAIB CANSELOR. Aku dihubungi oleh prof...aaa...prof...lupa namanya...
Kami tiba jam 8.00 malam lebih...kemudian prof yang uruskan
video tersebut tiba. Jadi kami mula buat pembetulan. Pengarah Strategi
yang juga PRO NAIB CANSELOR, DATO' DR. MARZUKI
juga datang sebentar masa kami buat pembetulan
video berkenaan sebelum dia pi
ke DEWAN TUN ABDULLAH SALLEH.

DTAMS...masa raptai...

selamat malam 'MAK LIMAH'
Selesai betulkan video tersebut kami pi ke DEWAN TUN ABDULLAH MOHD SALLEH
untuk tengok raptai di sana. Aku bawak kamera video untuk
uji dengan 'streaming' PTM. Setelah semua ok
kami pun balik ke rumah memasing.
Aku tiba di rumah lebih kurang hampir 12 tengah malam....

BICARA PERDANA NAIB CANSELOR di LIVE STREAMING PTM.

KHAMIS, 29 MAC 2018
Aku ajak isteri dan anak bungsu aku makan malam di RESTORAN
BIGWOK di seri putra. Saja je belanja makan sebab malam esok, Jumaat malam
aku akan pi ke POS GOB GUA MUSANG untuk buat rakaman
video LAWATAN KE PUSAT PENDIDIKAN
KOMUNITI POS GOB. Aku
akan berada di sana daripada 30 Mac hingga 2 April.
Kami tidor di khemah aje.....huhuhu...
Hidup dirimba mungkin kami terakhir kut...sebab aku nak pencen tahun depan..
bye...bye.......
Lawatan ke GOB yang lalu boleh ditonton

DI SINI..

anak bungsu aku
hirup tom yam...
sup...
ni isteri aku laaa...
selesai sup ekor....
buang lemak...


Kami berada di restoran tu hingga jam 9.00 malam lebih....ramai gak pelanggan
kat restoran tu....Ada seorang pompuan yang baik ati
tolong bayarkan RM1 masa isteri aku bayar kat kaunter...moga
dia sentiasa dirahmati dan diredhai serta sentiasa
diampunkan oleh ALLAH SWT hingga ke akhir hayatnya...aamiiinnn..

Apa apa pun moga kita semua sama ada yang aku kenal atau pun tak kenal sekalipun...
sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT
serta dimasukkan ke dalam SYURGA tanpa siksaan kubur,
siksaan akhirat dan siksaan NERAKA...aamiinnnn..

SEKIAN

daud.montak.zakaria

Wednesday, March 21, 2018

Video promo lagi...

Hari ni, Rabu, 21 Mac 2018. Kami dari Unit Video PKK ditugaskan untuk membuat
shooting video promo untuk pusat citra ukm. Seawal 9.00 pagi
kami da siapkan semua peralatan. Kami iaitu sdr. JASRIL,
RAMLI dan AKU kumpulkan semua alat yang
perlu untuk penggambaram.



Kamera, bateri, mikrofon,
lampu dan sebagainya amat perlu untuk shooting.
Lebih kurang jam 9.00 pagi gerak ke bangunan canselori dengan
kete aku. Opst! hari ni rupanya hari tanpa kenderaan di zon canselori. Hermm......
terpaksa kami parking di DECTAR. Jauh tu...kene menapak
beratus meter gak la untuk sampai ke bangunan
canselori tu. Shooting tu di cafe baru
di dataran canselori.


kiri tu pengarah kami...kot kelabu tu ustaz dato' izhar arifff....
Tiba kat cafe tu
dalam jam lebih 9.00 pagi setelah
kami menapak dari dectar dengan membawa dua kamera
lampu, beg mikrofon dan sebagainya. Tiba di lokasi kami tunggu ketibaan
pengarah kami serta krew yang lain. 
Tak lama kemudian...lebih kurang
jam hampir 10.00 pagi pengarah pkk kami tiba bersama
pelajarnya yang akan berlakon sebagai pelajar. Pelakon utama ialah dato' dr
izhar ariff selebriti agama kat tv yang merupakan pensyarah
fakulti pengajian islam ukm. Jadi kami
pun mula seting alat dalam
cafe tersebut.


Tak lama kemudian ustaz
dato' izhar tiba dan dia dilayan oleh pengarah pkk kami
dr. sabariah. Kemudian tiba pula pelakon wanita yang merupakan pelajar
pengarah kami gak...agaknya la...aku pun tak tanya dia....malas nak tanya pun......
Bila seting siap semua, maka mulalah penggambaran kami. Aku buat rakaman untuk 'behind the scenes' je selain membantu dari segi shooting bila diperlukan. Sebenarnya
kami tiada panduan apa2 pun, skrip pun kami tiada. Idea skrip
semua ada pada pengarah pkk kami dr. sabariah.
Video yang kami shooting ini ialah video
promo ijazah baru di PUSAT CITRA UKM.........


Mencabar jugak keje shooting kami ni
tanpa panduan skrip ditangan...nak plan shot pun sukar. Masa
aku belajar broadcasting dulu setiap shooting atau penerbitan video mesti ada skrip.
Satu semester belajar buat rakaman penerbitan filem dan video.
Memang mencabar tugas kami hari ini. Semua kena
jaga dalam penerbitan video atau filem.
Mesti tau rules penerbitan.


Kalau tak tau rules penerbitan
sama la macam rakaman kanak kanak dengan handphone
emak bapak dia orang ..opst!. Kontiniti kena jaga...jangan langgar rule 180 darjah
dalam drama melainkan jika kita buat video clips. Otak kena
sentiasa berjalan bukan rigid. Sentiasa cari
jalan untuk keluar dari masalah
ketika shooting.....


Hasil penerbitan kita akan
diperhatikan oleh orang luar...kalau silap tentu malu
sebab kita memang dalam bidang ini.....tambahan kalau dah lama dalam bidang
ini...rules dalam penerbitan tidak akan berubah sampai bila2...
cuma penerbitan2 tertentu je yang boleh langgar
rules seperti video clips dan video eksperimental...tapi nak langgar rules
dalam video eksperimental kena gak ada ilmu, tak boleh langgar sembarangan 
......yang lain kena ikut rules...
kalau taknak ikut rules lebih baik pilih bidang lain...tukang baiki kasut
ke dan sebagainya...opst!

da tamat...
Setelah kami jalankan shooting lebih kurang satu jam,
maka siaplah keje keje shooting tu. Semua alat dikemaskan. Sebelum
 tinggalkan lokasi tu aku ucap terima kasih kat staf pompuan yang keje kat cafe yang eksklusif tu.... Aku pun da siapkan video 'behind the scenes' yang menjadi 
tanggung jawab aku... Nak tonton sila pi


Semua krew produksi ada di roll title di akhir video berkenaan....selamat
menonton........

Apa apa pon...moga kita semua tak kiralah sesapa
pon, akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa kita sehingga
 ke akhir hayat...aamiiinnnnnn..........

SEKIAN...

daud.montak.zakaria

Saturday, March 17, 2018

Rutin hujung minggu...

Hari ni, Sabtu, 17 mac 2018. Pepagi lagi jam 7.40 pagi aku dan isteri aku hantar
anak bungsu aku pi kelas tambahan di sekolah untuk pepereksaan
upsr nanti. Kuar rumah terus pi sekolah. Sampai je kat
sekolah terus je turunkan anak dan
sempat beri pesanan kat dia.

background kuali...huhuhu...
 Kemudian lihat dia terus masuk perkarangan
sekolah sebelum kami gerak. Mintak maaf la, terlihat sebuah
kenderaan turunkan anak2 betul depan 'gate' sekolah tu, padahal dia da singgah
sebelum tiba 'gate' tu. Apala salahnya turunkan bukan di 'gate' tu.
Takkan nak betul2 depan 'gate' pulak. Kereta tu depan aku
dan halang aku nak gerak...kene tunggu
dia gerak dulu...huhuhu...
macam macam sikap emak bapak la ni....haihhhh.....


Kemudia kami terus cari tempat untuk
sarapan. Singgah di stesen komuter bangi lama untuk
sarapan. Kali ni parking kat luar je sebab masih ada ruang. Berjalan
masuk ke gerai di situ. Kami duduk di bahagian luar stesen je...itu pun da ok.

roti jantan....
Isteri order roti canai telur dan milo. Pesanan tiba terus sarapan dan sembang
sikit sikit. Cerita hal semasa yang tidak termasuk dalam kategori
mengumpat pun... Hal hal semasa berkaitan
kenduri jiran2 dan sebagainya.

...licin....
Selesai je isteri aku terus pi
bayar semua sarapan yang dimakan tadi...tapi
duit tu duit aku la....tak baik suami makan hasil daripada isteri....hukum
agama, suami yang patut nafkahkan isteri bukan sebaliknya melainkan kalau dia
sendiri yang rela untuk belanja suami sekali sekala...tak gitu.....huhuhu...



Lebih kurang 12.30 tengah hari kami pi jemput anak di sekolah..............
Tiba je terus tunggu.....Sementara aku
parking kete, isteri aku pi jemput anak di perkarangan sekolah. Tak lama kemudian
mereka berdua pun sampai dan terus masuk kete...dan......
memang diduga dia mesti ajak pi makan
dulu...................da biasa da...




Tiba cs terus cari food court..
ambil satu lokasi dan anak isteri pi buat order.....Tiba je pesanan terus makan.....
Selesai je makan kami terus beredar. Kami bercadang untuk
beli bahan bahan basah untuk masakan.



Masuk je cs terus beli ikan sikit, ayam, buah dan sayuran...yang biasa kami
buat tiap hujung minggu. Barang2 sekarang ni memang da mahal kut..
Nak pilih barang yang perlu, memang semuanya
perlu...tu sebab dibeli....kan...kan...
kalau tak perlu tentu tak
beli pun kannn...


selesai...


Selesai je membeli beli bahan bahan untuk masak, maka kami terus je balik umah 
dan memerap je la kat umah serta tunggu 
pulak esok hari untuk lakaran sejarah yang baru
pulak...........walau pun mungkin sejarah tersebut adalah sejarah
yang kecil dan tidak penting....namun ia tetap jugak sejarah
....tak gitu.....



Akhirnya...dalam hidup ni tentu kita sentiasa je berdosa kan...sebab kita bukan
manusia yang maksum...oleh itu....doa aku... moga semua dosa aku, dosa
 kedua ibubapa aku, dosa kedua ibubapa mertua aku, dosa isteri
aku, dosa semua anak2 aku, dosa keluarga anak2 aku,
dosa sedara mara aku, sedara mara isteri aku, dosa semua rakan2 aku, 
dosa semua rakan2 isteri aku, dosa semua jiran jiran aku, dosa semua orang islam yang aku kenal dan dosa semua orang islam yang tidak aku kenal pun....moga semua 
dosa2 tersebut sentiasa diampunkan oleh Allah swt sehingga ke akhir
 hayat kami semuanya... tak kira walau sebesar mana pun dosa2 
tersebut....
Apakah nikmat yang lebih baik selain daripada sentiasa mendapat
keampunan ALLAH SWT......aamiinnnn....

SEKIAN
daud.montak.zakaria

Thursday, March 15, 2018

Shooting video promo...sheikh...oh...sheikh..

Link di bawah adalah video 'behind the scenes' shooting video
promo tersebut......nak tonton sila KLIK...

DI SINI

Video promo yang da siap disunting boleh ditonton....

DI SINI 

pulak eaaa....

Hari ni, RABU, 15 Mac 2018, kami ditugaskan untuk membuat shooting video
promo. Video promo tersebut berkaitan Program Baru Ijazah
Sarjanamuda Sains Citra.

....di taman kecik selaka....


Jam 8.00 lebih kurang aku
dan sdr. shahrul dah pi ke taman selaka iaitu
taman kecik berhampiran bangunan Fakulti Pengajian Islam UKM.
Janji dengan sheikh muszaphar jam 8.30am berada di sana untuk shooting.

...sabar menunggu....


Lupa nak cite...sebenarnya video promo tu akan menampilkan datuk sheikh sebagai
pelakon utama yang akan mempromokan program ijazah baru
tu....Opst! lupa nak cite...sheikh muszaphar tu
ialah angkasawan yang pegi
ke angkasa tu laaa...

tengah2 tu pengarah kami dr. sabariah...
...biasanya orang tak suka candidi candid macam ni kan....


Kami berada di taman
selaka tu jam 8.30 am lebih kurang.
Tak lama kemudian tiba pulak cik anim kesitu. Parking kete
dengan penuh keberanian di sisi jalanraya di bulatan depan fakulti islam tu.....



Kemudian tiba pula en matnoor, cik suraya dan sdr. izwan kat sini dengan
o-bike yang bersepah dalam kampus ukm ni. Mungkin boleh
dijadikan basikal untuk kurus kut....kut.... Tak lama
kemudian tiba pulak sdr. ikhwan....



Kemudian tiba pulak boss kami
dr. sabariah dan sdr ridzuan. Seketika kemudian
tiba en. hazrul dengan dronenya...drone je yang nampak kat taman tu..
tak lama kemudian dia menampakkan diri..... Seketika kemudian tiba pegawai
datuk sheikh muszaphar iaitu sdr. rushdy ke taman berkenaan.

datuk sheikh dengan pengarah pusat citra....


Agak lama jugak la kami di taman tu sebelum DATO' SHEIKH
MUSZAPHAR tiba di lokasi penggambaran berkenaan. Lepas beberapa ketika
berbincang...krew foto terlebih dulu buat photoshoot datuk sheikh
di taman tersebut. Selesai je tugas mereka, video
pulak amik alih..................

datuk sheikh layan kerenah pensyarah dan pelajar....
grup foto....


Sdr. shahrul brief datuk sheikh sebelum rakaman
dibuat...nampaknya datuk sheikh dalam keadaan mood yang baik
...dia amat memberikan kerjasama yang amat baik serta memudahkan keje
kami... walaupun bilangan 'take' dua atau tiga kali dibuat...Rasanya lebih kurang 3 shot yang dilakukan di lokasi ini sebelum kami semua bergerak ke bangunan
pusat citra untuk shooting scene yang
selanjutnya.......

grup foto lagiii....


Di bangunan pusat citra pula ada
3 scene yang perlu dirakam. Pertama ketika bersalam
dengan pengarah pusat citra, prof khaizir....scene kedua di depan
pejabat am hingga ke kaunter dan scene ke 3 ialah dengan menggunakan drone.
Semua babak babak ini dapat di rakam dengan baik dan datuk sheikh amat
memberikan kerjasama semasa shooting babak babak berkenaan.
Dengan kerjasama yang amat baik tersebut
kami sebagai krew tidak rasa 
tertekan sangat....


sdr. shahrul bersama datuk sheikh...
Akhir sekali kami semua ber 'group photo' ...huhuhu..........
KREW yang terlibat ialah sdr. SHAHRUL, en. HAZRUL, en. MATNOR, cik ANIM,
cik SURAYA, sdr. IKHWAN, sdr. IZWAN dan aku sendiri buat shooting
'behind the scene'..............

Apa apa pun akhir sekali tak lupa aku doakan moga kita semua...
sesapa saja...sentiasa mendapat keampunan daripada
ALLAH SWT sehingga ke saat
akhir hidup kita....aamiinnnnnnnnnnn........

SEKIAN

daud.montak.zakaria

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...