Monday, December 2, 2019

Oh! Melati....Hill...

Diari Daud - Hari ni Isnin, 2 Disember 2019..aku pi ke Melati Hill Nilai untuk peluhkan badan di sana. Kali ini aku tukar jadual, sepatutnya tiap2 Isnin pi ke Tasik Ujana
Nilai untuk peluhkan badan di trek sekeliling tasik tu. Tapi aku rasa aku
lebih banyak berpeluh jika aku panaskan badan di
Melati Hill ni. Kalau mendaki bukit
ni mesti peluh lenjun
seluruh badan...yang penting untuk peluhkan badan lebih banyak..

Melati Hill
trail mendaki ke centipede hill
sorang veteran dengan anak dia, trail mendaki centipede hill
Gerak ke sana jam
8.00 pagi lebih kurang. Tiba di kaki Melati Hill
tu aku tengok banyak jugak kete yang parking kat kaki bukit
tu. Mungkin lebih 20 buah kut. Maknanya ramai orang datang walaupun hari
bekerja. Aku dah pencen dah tak perlu pun terikat dengan jadual kerja macam dedulu. Lepas parking kete aku pun menapak ke kaki bukit tu untuk mula
mendaki ke centipede hill....Lembab aje trail tu sebab
semalam hujan lebat kut....

nak sampai puncak centipede hill
pandangan dari puncak melati hill
posing sat..
Sejak akhir akhir ni aku lebih suka panaskan badan pada hari biasa dan bukan
hari cuti sabtu dan ahad. Kalau datang pada hari cuti tu parking mesti penuh punya..orang ramai sekarang ni datang pada hari cuti. Aku rasa selesa pulak datang hari
biasa, orang pun tak ramai sangat...tapi masih ada orang
datang...bukan takde langsung...
kalau takde orang aku pun seram...Setiap kali aku masuk ke trail
ni ada ketikanya aku sensorang aje berjalan kat trail tu...Kalau waktu pagi ni taklah
seram sangat tapi kalau menjelang tengah hari tu kalau sensorang
seram jugak rasanya, maklumlah hutan walaupun hutan
tu tak tebal mana pun....

selfie sat
menuruni cerun untuk pi ke monkey hill
trail untuk pi ke monkey hill
Masa mendaki centipede hill ni ada beberapa
orang yang veteran aku jumpa masa mendaki tu. Lelaki dan pompuan, yang ramainya kali ni golongan veteran. Mungkin mereka dalam sesi untuk mengatasi penyakit dia
orang kut. Masa mendaki centipede tu aku pilih laluan yang curam
sebab aku nak badan cepat berpeluh. Aku selalu aja
berhenti untuk amik pernafasan...Setelah
lega aku sambung mendaki
kembali....

simpang ke monkey hill dan eagle hill, ada sekumpulan pendaki...
trail ke monkey hill
dah sampai simpang ke monkey hill dan rope hill
Kali ni aku rasa aku dah kurang
termengah mengah ketika mendaki di sini, tapi
masih jugak termengah mengah jugak dan banyak berhenti untuk 
tarik oksigen masuk ke paru paru. Tercungap cungap tu mungkin sebab kolestrol
kut...Lebih kurang sebulan aku mendaki sini rasanya dah kurang termengah mengah mungkin ada sebahagian kolestrol kat dinding dinding salur darah aku dah terhakis kut, tu sebab agak kurang termengah mengah tu....

simpang ke monkey hill dan rope hill
rope hill dah bukak dah..harap2 jangan la ada cobra tu lagi...
Setelah beberapa lama mendaki dan beberapa kali
berhenti maka akhirnya aku tiba di puncak centipede hill tu...Masa tiba tu aku sorang aje kat atas tu dan aku amik beberapa foto di atas puncak centipede hill tu...Kemudian
tiba pulak beberapa orang veteran yang rasanya mereka mengenali
antara satu dengan yang lain. Nampaknya dia orang
bertegur sapa dengan mesra antara
dia orang tu.....

Kemudian aku meneruskan
perjalanan aku menuruni laluan dari centipede
hill tu. Aku bercadang untuk pi ke monkey hill pulak. Ada sorang
veteran dan anaknya beri aku laluan dan aku beri salam serta teruskan menuruni
bukit untuk pi ke monkey hill tu... Masa menuruni cerun tu aku bersua dengan pendaki yang lain...Bila tiba di simpang untuk ke monkey hill dan ke eagle hill, aku bersua
dengan sekumpulan pendaki yang terdiri daripada orang dewasa
dan kanak kanak nampaknya....Aku terus pilih lauan untuk pi ke monkey hill tu....
dia orang mungkin nak pi ke eagle hill kut....

trail mendaki ke monkey hill, ada pompuan cina sensorang aje...
trail mendaki ke monkey hill
trail mendaki ke monkey hill
Beberapa lama berjalan di trail untuk menuju ke monkey hill tu akhirnya aku tiba
di simpang untuk ke monkey hill dan ke rope hill. Aku lihat trail ke rope hill dah dibuka untuk mendaki. Walau bagaimana pun aku pilih ke monkey hill aje kut. Aku rasa
aku takkan masuk trail rope hill ni buat masa ni..bimbang
pulak dengan cobra besar yang dia orang
jumpa kat rope hill tu....

trail menuju monkey hill, tu pendaki cina yang aku bagi salam tu..
hahaha.....
belakang tu trail mendaki ke monkey hill
trail mendaki ke monkey hill
Lagi pun aku suka mendaki trail ke
monkey hill ni sebab ia punyai cerun yang curam
dan akan cepat berpeluh bila mendaki trail ni. Trail ke monkey hill
ni jugak amat jauh jugak dan sesuai untuk mereka yang nak peluhkan badan
dengan banyak dan lencun giler...hahaha...Masa aku lalu di trail ni aku bersua dengan sorang pendaki pompuan cina, dia sorang aje pun...berani je dia...

mendaki ke monkey hill
paku midin
nak sampai puncak monkey hill dah
Macam biasalah bila aku ikut trail ni mesti aku
akan berhenti banyak tempat untuk amik nafas. Banyak kali. Aku jugak jumpa dengan pendaki lain di sini. Dia orang laju aje mendaki kat sini, maklumnlah
dia orang semua muda muda aje daripada aku...aku dah
60 tahun, dia orang usia bawah usia aku...
Aku suka dengan trail ni
...cepat aje berpeluh kat sini...hahaha...

kat puncak monkey hill
monkey hill
monkey hill
Ada satu ketika tu aku jumpa dengan sorang
lelaki yang dah berusia jugak kat trail ni...aku bagi salam
tapi dia balas dengan 'morningggg....' opst! rupanya dia kaum cina..hahaha..
Aku tak perasan dia kaum cina, maklumlah aku dah termengah sangat kut...atau sekarang
ni melayu dengan cina dah macam se akan akan sama aje raut wajah mereka..
Maklumlah, bila perhimpunan mengingati anggota PKM dah wujud ni...raut muka cina dan melayu dah macam sama aje nampaknya...sebab ada bekas pemimpin melayu yang
turut serta kan...hahaha...opst!
Apa apa pun aku doakan lelaki kaum cina tu akan dikurniakan hidayah oleh ALLAH SWT untuk dia masuk Islam dan menjadi orang yang soleh dan solehah bersama
keluarganya hingga ke akhir hayat...aamiinnnnnnn......

pandangan dari monkey hill
laluan ke cobra hill
laluan ke cobra hill
Setelah agak lama aku mendaki trail tu dan banyak kali berhenti maka akhirnya aku sampai di kemuncak monkey hill tu. Aku berehat untuk amik oksigen sat kat situ... Selesai 
rehat aku pun amik la beberpa foro dengan hp aku tu..Masa tu aku
sensorang aje kat puncak monkey hill tu...Waktu pepagi
macam ni aku rasa kurang seramnya pun..
ok aje aku rasa....

nak sampai puncak cobra hill dah
laluan ke rope hill dari cobra hill dah dibuka...
di puncak cobra hill
Selesai berehat maka aku pun
mula mengatur langkah untuk pi ke cobra hill
pulak. Trail menuju ke cobra hill ni agak jauh jugak tapi tak banyak
pun pendakian kat sini. Ok aje masa aku lalu tu... Setelah agak lama akhirnya aku
sampai jugak di puncak cobra hill tu...Kat sini aku rehat jugak untuk cari nafas. Selesai rehat aku amik foto sikit...Laluan ke Rope Hill dari Cobra Hill ni pun nampaknya sudah dibuka...dah takde signage yang berupa ular King Cobra besar tu...maknanya
dah boleh lalu la kat situ....tapi aku masih belum minat nak
masuk ke situ ... seremmmm....

turun ke kaki bukit
turun ke kaki bukit
dah sampai laluan landai di kaki bukit..
Sepanjang aku lalu kat trail ni pelbagai tumbuhan yang aku jumpa dan yang biasa aku jumpa tumbuhan paku pakis...antaranya tumbuhan paku pakis midin...kat
kampung aku dikatakan pokok paku midin..kat tempat lain aku pun
tak pasti... korang cari la sendiri namanya....Ada yang
jadikan pucuk paku midin ni sayuran
untuk dimakan....
Tumbuhan paku pakis ni mudah tumbuh di tanah tropika lembab ni..
Ia mudah membiak melalu spora.. Dikatakan pokok paku pakis ni mampu meningkatkan
daya ketahanan tubuh tapi tak tau la aku betul atau salah, korang semak la sendiri....Dikatakan kat malaysia ni terdapat lebih
100 spesis paku pakis..mungkin lebih kut sebab aku pun tak semak jauh hal ni...

mendaki kembali untuk dapatkan peluh kembali
sampai puncak
cari jalan turun ke kaki bukit
Setelah selesai di cobra hill maka aku pun cari
jalan untuk keluar daripada cobra hill tu...Masa nak turn ke kaki
bukit aku bersua dengan sorang pompuan melayu, dia turun melewati aku...Aku 
jugak jumpa dengan sorang pendaki muda yang sama sama untuk turun ke kaki bukit..Dia tegur aku dan aku balas tegurannya. Laju aje dia berlari menuruni bukit tu
...lepas tu memang aku dah tak nampak lagi la dia orang....Seluruh laluan trail pagi ni agak licin, kena hati hati...sebab semalam hujan lebat kut......

nak kuar dah, belakang tu trail nak pi ke mosquito hill
nak kuar dah
laluan ke jalanraya
Akhirnya aku tiba di kaki bukit di laluan yang landai.
Sampai satu laluan mendaki aku terus pilih untuk mendaki kerana aku nak
peluhkan badan aku kembali walaupun aku boleh pilih jalan untuk keluar aje dari kaki bukit tu ke jalanraya. Sekali lagi aku mendaki. Masa mendaki ni aku berhenti dibeberapa
tempat untuk cari nafas. Akhirnya sampai jugak ke puncak dan peluh
mercik giler...kemudian aku cari jalan untuk turun ke kaki
bukit. Jumpa aje terus turun...masa turun memang
tak beban sangat pun...laju aje aku turun ke kaki bukit tu...Sampai di kaki bukit terus aje cari jalan keluar ke jalanraya...Tiba di jalanraya terus aje tuju ke kete...dah tak banyak
dah kete kat kaki bukit tu...mungkin dia orang dah selesai dan balik
ke lokasi memasing. Aku masuk kete dan hidupkan
enjin untuk balik ke Bangi....

nak balik dah
nak balik dah
sejam lebih, lebih 2 Kilometer, pembakaran kalor hampir 200 ...ok la tu...
 

Di bawah ni aku paparkan infor berkaitan kalori, moga ada manfaat untuk kita semua....




Rasanya itu aje yang nak aku tulis hari ni, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serta dihindarkan daripada siksaan
neraka yang membahang panas tu...aamiinnnnn.....
Aku jugak doakan sape sape yang sakit tu akan segera sembuhnya seperti
sediakala....aamiinnnn.....
Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #bmf


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...