Diari DAUD - Hari ni AHAD, 10 JULY 2021, aku pi THE MINES untuk dapatkan vaksin kali ke-2. Anak aku yang tolong hantarkan aku ke sana sebab aku tak mahir dengan lokasi berkenaan, walaupun tak jauh sangat dari rumah aku. Temujanji aku jam 9.30 am, jadi kami gerak dalam jam 8.00 pagi. Kali pertama pi untuk dos pertama, Selangor dalam PKP tapi sekarang dalam musim PKPD. Mungkin banyak sekatan untuk sampai ke sana. Dalam perjalanan tiada pun sekatan polis walaupun dalam masa PKPD. Kami ikut Bangi, Teras Jernang, Sungai Merab Dalam dan The Mines. Lebih kurang setengah jam kami sampai di sana. Jalanraya macam lengang aje, mungkin sebab PKPD kut.
Masa dos pertama aku diberi vaksin jenis SINOVAC dan dah tentu la dos kedua ni merupakan jenis yang sama. Aku pernah terbaca jika kita disuntik dengan vaksin yang jenis berbeza untuk kedua-dua dos tu, kesannya adalah lebih baik lagi. Itu apa yang aku baca, benar atau salah, tak tau la. Apa apa pun cubalah google sendiri kalau boleh jumpa. Atau cuba la baca DI SINI. Semasa aku tulis tulisan ni, kes di Selangor dah mencanak, dah mencecah lebih 4K.
Hari ni Selangor dah naik sampai 4600 lebih kes. Naik lagi daripada semalam. Tak tau la nak jadi apa dah..Selangor paling tinggi, macam mana nak balik kampung ni...hahaha...KKM kata kes tinggi sebab sekarang ni KKM sedang buat pengesanan terhadap mereka yang positif Covid dalam kawasan PKPD. Itu sebab kes mencanak tinggi sebab mereka yang positive sedang dikesan termasuk semua mereka yang ada hubungan dengan mereka yang positif covid tu. Kita tunggu la dalam dua atau tiga minggu lagi, mungkin jumlah positif tu akan berkurang. Dikatakan yang ramai menyumbang pertambahan jumlah tu ialah kluster kilang-kilang, pembinaan dan sektor yang seumpamanya. Kat kilang-kilang pun ramai pekerja asing, tentu mereka tak kisah pun dengan naik atau turun kes Covid ni. Sepatutnya kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi oleh MITI hendaklah pantau SOP mereka dengan betul. Pekerja mereka yang tak mengikut SOP tu yang menyebabkan kes Covid 19 bertambah mencanak. Itu la masalahnya dengan golongan KAPITALIS ni, dorang fikir untuk aje...Selain dari itu dikatakan di Selangor ni banyak kilang haram. Dia orang tak kisah kut, tutup atau tak tutup. Mungkin ada je yang terus beroperasi musim PKPD ni....sapa tau kan...
Pekerja kilang-kilang ni jugak mesti di vaksin dengan segera supaya kes Covid tidak meningkat lagi. Kalau jengah ke dalam MEDSOS ni, macam-macam berkaitan pekerja kilang dalam musim Covid ni. Gerun kita tengok kes di Selangor yang terus mencanak naik dan kabur untuk melihat kes semakin menurun. Harap la kes kat Selangor akan menurun dalam bulan OGOS dan SEPTEMBER nanti.
Berkaitan dengan vaksin SINOVAC ni, ia merupakan vaksin yang terbentuk daripada virus covid 19 yang dah mati. Ia disuntik ke dalam badan penerima. Sistem imuniti badan kita akan mengenalpasti virus tersebut dan ia menghasilkan antibodi untuk melawan virus berkenaan. Dua dos diberikan dengan tujuan menguatkan lagi sistem imuniti tubuh kita daripada serangan virus COVID 19 tu. Beberapa minggu diperlukan untuk badan kita membentuk imuniti kepada virus berkenaan. Dikatakan vaksin SINOVAC ni masih kurang berkesan kepada varian covid yang lebih kuat. Kita sekarang tau kan varian Afrika dan India serta yang lain2 yang sekarang sedang menyerang penduduk dunia. Terdapat varian baru covid 19 yang lebih kuat sekarang ni. Macam-macam varian baru sekarang ni antaranya dikenali sebagai DELTA, DELTA PLUS, LAMBDA dan ada beberapa lagi varian yang aku dah tak ingat dah...Dikatakan, pakar kesihatan dunia sekarang tak pasti sama ada vaksin yang wujud sekarang ni mampu mengatasi varian Covid 19 yang terkini. Harap kerajaan mampu mengawal kemasukan varian baru dari luar tu. Orang yang dah dapat suntikan vaksin ni jugak perlu ikut SOP sebagaimana mereka yang belum menerima vaksin. Mereka yang dah di vaksin juga mungkin akan diserang Covid 19 tapi mungkin kesannya taklah separah mereka yang belum divaksin. Menurut KKM, ramai dikalangan pekerja bahagian hadapan yang dah divaksin, terkena Covid jugak. Tapi kebanyakannya di stage 1, 2, 3, 4 dan tiada yang berada di stage 5. Rasanya yang stage 5 tu mungkin berada dalam ICU kut. Jadi kita yang dah vaksin ni jugak kena jaga SOP. Mereka yang dah di vaksin kalau kena serang Covid mungkin tidak seteruk mereka yang belum di vaksin. Sama-sama la kita jaga diri sendiri dan keluarga kita.
Proses penerimaan suntikan vaksin yang kedua lebih kurang sama aja dengan semasa aku terima suntikan dos pertama dulu tu. Tak jauh sangat pun bezanya. Kali ni agak mudah sikit sebab semua data telah ada. Lepas kami parking, kami terus masuk melalui tangga. Disitu petugas suruh scan My Sejahtera dan amik suhu. Mereka suruh naik ke atas. Tiba di cek poin pertama dorang bagi satu slip kecil dan suruh isi nombor IC dan Nama sahaja. Di cek poin ini, anak aku tak dibenarkan masuk sama. Masa aku terima vaksin dos pertama dulu anak aku dibenarkan, ikut serta hingga selesai. Mungkin ramai kut atau ada kes orang positif covid masuk kut...gamak la...aku teka aje...Kemudian aku kena tunggu sat di ruang menunggu. Di situ aku isi slip tu dan tunggu. Di sini aku cek balik slip yang aku isi tu, biasala aku jenis selalu cek apa yang aku rasa aku kena cek berkali kali. Tak lama kemudian dorang suh beberapa orang bergerak naik tingkat atas. Di sini petugas suruh aku masuk ikut line HCO A. Tak faham apa makna HCO tu. Tunggu la di situ. Tak lama nombor aku naik kat skrin dan aku pun pi jumpa doktor di meja 22. Lepas dia selesai catat sesuatu aku pun terus di suruh tunggu di ruang menunggu untuk di vaksin DOS KE-2. Bila selesai aje yang lain2 di vaksin di bilik2 yang beberapa buah tu, barisan orang di depan aku di suruh masuk. Tak lama kemudian petugas depan bilik-bilik untuk suntikan vaksin tu angkat jari dua. Maka orang depan aku dan aku pun gerak menuju ke bilik suntikan vaksin tu. Masa proses suntikan vaksin tu aku tak buat rakaman video, bimbang tak dibenarkan...tutup aje la kamera hp aku tu...
tunggu untuk masuk bilik suntikan..Bila duduk aje depan petugas suntikan tu, aku dah gerun dah, maklum la, aku takut sikit dengan jarum ni. Tengok dia mencucuk jarum ke dalam botol vaksin tu pun aku dah ngilu dah...hahaha...Lepas vaksin di isi dalam picagari...eh! picagari ke...aku tak pasti..Dia tunjukkan cecair dalam picagari tu...Dia kata dia akan suntik 0.5 ml atau 0.3ml...aku dah lupa, maklumlah aku ngeri dengan jarum yang ada kat tangan dia tu. Masa nak cucuk tu aku agak keras sikit sebab takut...hahaha..Dia kata lembutkan badan...hahaha...Lepas tu dia mula menyuntik, haihhh...aku tak tengok pun, ngeri aje aku rasa dan agak pedih sikit. Aku tengok kat tempat lain aje dan tak mampu nak tengok masa dia cucuk lengan aku tu...hahaha...Lepas selesai aje, aku pun lega la...hahaha..Dia catatkan sesuatu di slip tu serta cop sebelum diberikan kepada aku..Biasala, aku ucapkan terima kasih...Baik-baik aje dia orang yang bertugas kat situ...Moga dia orang semua diberkati dan dirahmati ALLAH SWT serta diberi hidayah oleh ALLAH SWT semuanya...Aku lihat cop kat slip tu terdapat nama pekerja yang membuat suntikan serta jawatannya. Dia seorang jururawat rupanya...baik dia tu...hahaha....
No comments:
Post a Comment