JOM PAGAR RUMAH


ILMU MEMAGAR RUMAH.

Petua ini didapati setelah melayari beberapa blog dalam alam maya. Eloklah dibacakan AL FATIHAH dan sedekahkan kepada mereka yang mengongsikan petua ini…AL-FATIHAH. Tarikh dijumpai petua ini pada 20 Sept. 2011.


Caranya:

1   - Berdiri atau duduk bertimpuh seperti tahiyyat awal (lagi afdal) dan mengadap ke Kiblat.
2  - Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana ALLAH TAALA.(Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan)
3  - Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu bacalah AYAT KURSI dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembok yang amat kebal. Sesudah selesai baca AYAT KURSI hembuskan kembali nafas dengan perlahan lahan.
4  - Ulangi perbuatan yang di atas tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah KANAN, KIRI, ATAS & BAWAH. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.
5  - Untuk permulaan, amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yang afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini cuma memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserah saja pada ALLAH SWT.

- Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca AYAT KURSI, bayangkan pula tembok itu berada di hadapan rumah kita dan diikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula.
Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yang lepas, orang yang mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yang masuk ke rumah tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri berkenaan. Cukup dengan mengambil kembali barang yang telah dicuri, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan membaca AYATUL KURSI sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca AYAT KURSI berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali TANDAS. Tamat di hujung pintu utama yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah daripada dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. Jadi pintu utama sahaja yang perlu kita perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu kerana bimbang pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

Tambahan:

Waktu melakukannya ialah LEPAS MAGHRIB hari SELASA untuk pagar diri
Hari JUMAAT untuk pagar rumah.








No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...