Friday, January 17, 2020

Pi MELATI HILL hari ni...

Diari DAUD - Hari ni SABTU, 18 JANUARI 2020...aku pi ke Melati Hill untuk peluhkan badan. Memang dah plan dah nak pi sini. Macam aku katakan jadual aku dua kali pi Melati Hill dan sekali pi Tasik Ujana Nilai setiap minggu. Kena pi jugak tiap2 minggu untuk keluarkan peluh. Kena keluarkan peluh sebab kita hari2 amik banyak kalori tanpa sebarang aktiviti untuk kalori yang dah kita amik tu. Bila takde aktiviti tapi kalori amik hari hari tentu akan terkumpul dalam badan termasuk dalam bentuk lemak yang boleh memberi kesan kepada tubuh kita yang akhirnya membentuk pelbagai penyakit....tak gitu?

di kaki bukit melati nilai
nak sampai puncak centipede hill
pandangan dari puncak centipede hill
puncak centipede hill
puncak centipede hill
Aku gerak ke Melati Hill agak awal gak la sebab aku nak balik awal jadi kena pi awal la...Cadang nak pi lebih awal daripada tu tapi macam tak mampu aje. Tiba di kaki bukit tu memang dah banyak dah kete parking kat kaki bukit tu...Aku terpaksa parking jauh sikit la. Lepas parking terus la cari trail untuk mendaki ke puncak centipede tu...Aku cadang nak mendaki ke centipede hill dan seterusnya ke cobra hill....dan terus balik...Itu plan awal aku...

trail ke kaki bukit centipede untuk ke simpang eagle dan monkey hill
ke simpang untuk ke eagle dan monkey hill
simpang kiri ke trail monkey hill, kanan ke eagle hill
ke kaki monkey hill dan rope hill
Memang ramai hari ni sebab hari ni cuti. Semua ada...kanak kanak pun ramai. Aku tengok ada jugak satu kumpulan dari KUIS. Mungkin dia orang ada program kut...Gerai kat kaki bukit tu pun bukak nampaknya. Gerai jual alat2 mendaki pun ada kat kaki bukit tu. Penjual buah dan penjual air pun ada..Moga jualan mereka semua laris la...aamiinnn...Masa aku mendaki ke centipede hill tu, ramai jugak hikers lain yang aku jumpa...tak putus putus...Aku macam biasa la bukan terus aje ke puncak tapi berhenti henti sebab nak menghilangkan  kepenatan yang sentiasa aja taknak tinggalkan aku ni....hahahaha...Termengah mengah beb, maklum la udah usia banyak...

ke atas ialah ke puncak monkey hill dan ke kanan ialah ke puncak rope hill
simpang ke monkey hill dan ke rope hill
paya di trail rope hill
trail rope hill
Tiba di puncak centipede nampak memang ramai orang kat situ. Aku rehat sat untuk hilangkan kepenatan. Tangkap sikit foto foto kat situ. Setelah selesai rehat aku sambung berjalan untuk ke simpang antara ke monkey hill dan ke eagle hill di kaki bukit centipede hill tu. Masa menuruni bukit tu bertemu dengan ramai lagi hikers yang lain...Akhirnya aku tiba di simpang di kaki bukit tu. Aku amik simpang ke kiri untuk pi ke kaki bukit Monkey Hill. Di trail ini pun aku jumpa ramai hikers...memang ramai hari ni..Aku teruskan perjalanan ke kaki bukit Monkey Hill tu...Aku sering aje datang ke Melati Hill ni sensorang aje...dah lama macam tu....macam dah rasa selesa pulak...hahahaha...

ke puncak rope hill
ke puncak rope hill
ke puncak rope hill
berpeluh jugak pagi ni...macam tak nampak aje peluhnya...tapi berpeluh la jugak..
Akhirnya aku tiba di simpang untuk ke puncak Monkey Hill dan ke puncak Rope Hill di kaki monkey hill tu. Aku singgah sat di situ. Ramai yang pilih untuk mendaki ke puncak monkey hill tu..Setelah beberapa lama berfikir maka aku pun amik simpang ke kanan iaitu untuk ke puncak Rope Hill. Seram jugak masuk ke situ sebab dulu di tutup sekejap sebab ada yang jumpa cobra besar kat situ. Sekarang dah bukak kembali dan masa dah bukak tu aku tak pernah masuk pun sebab bimbang dengan cobra tu...Sebelum kes cobra tu aku pernah mendaki trail rope hill tu sekali aje...itu pun dengan isteri dan anak bungsu aku...Tapi hari ni aku pilih untuk masuk ke trail rope hill tu lagi...ini kali kedua la....Masa mula masuk tu aku sensorang aje..tu yang rasa seram sikit tu..Tapi tak lama kemudian aku tengok di belakang aku dah ramai yang masuk...ok la tu...seram aku pun secara automatik lenyap gitu aje...hahaha...

ke puncak rope hill
ke puncak rope hill...cantik kan kehijauan di atas tu..
sampah...eloklah dimasukkan ke dalam beg dan dibuang bila da sampai ke kaki bukit..
sikap tu lebih manis beb....
puncak rope hill
Macam yang aku kata.... ini kali kedua aku masuk ke trail rope hill dari kaki bukit monkey hill. Trail di sini memang banyak mendaki dan disediakan tali untuk memudahkan pendakian. Tinggi jugak pendakian di sini. Pendakiannya jugak panjang untuk tiba di puncak. Masa aku mendaki kat situ ramai yang muda muda potong aku yang sering kali singgah untuk sedut oksigen lebih lebih. Badan pun cepat berpeluh, sama macam aku mendaki ke monkey hill seperti masa yang lalu lalu. Berpeluh sakan beb...itu yang aku suka...suka aku bila badan cepat berpeluh. Bila mendaki tentu kaki kaki pun rasa lenguh sangat. Ada jugak aku jumpa sampah sarap masa hiking tu...Aku rasa la elok la kalau sampah yang berupa kotak atau botol minuman atau bungkusan makanan tu disimpan dalam beg dan dibuang ke bakul sampah bila dah tiba di kaki bukit tu...Tunjukkanlah sikap baik kita sebagai hikers...tak rugi pun...takkan orang lain pulak yang nak kutipkan untuk kita...tak gitu ke....opst!

puncak rope hill
jumpa bro ni kat puncak rope hill...dari BANDAR BARU BANGI..lupa seksyen berapa...
puncak monkey hill
puncak monkey hill
Tiba di puncak rope hill tu aku jumpa dengan sorang orang muda. Kami sembang sat sambil berehat kat situ..Aku dah lupa namanya. Dia cite dia mula hiking tahun lalu. Dah banyak bukit dia pi..seronok jugak dengar cite dia...Dia kata dia sentiasa cari lokasi pendakian sebab dia nak mendaki Kinabalu tak lama lagi dengan bekas rakan2 sekolah dia dulu dulu... Dia kata dia kena praktis banyak di lokasi lokasi mendaki sekitar sini. Seronok jugak dengar dia nak mendaki Kinabalu tu. Aku cuma boleh mimpi aje la kalau nak mendaki Kinabalu tu. Dia kata dia datang dari BANDAR BARU BANGI...aku lupa seksyen berapa. Aku sempat selfie dengan dia. Aku galakkan dia pi melalui trail rope hill ke Cobra Hill pulak. Aku dah lalu trail tu sekali dengan hiker veteran itu hari...Boleh baca kat SINI....Dia macam setuju aje tapi aku tak pi sebab aku nak naik ke puncak monkey hill dan ke cobra hill serta terus turun ke kaki bukit untuk balik. Kami berpisah di puncak rope hill tu...Moga dia sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT sentiasa, dunia hingga akhirat...aamiinnn....

trail ke cobra hill
puncak cobra hill
menuruni ke kaki bukit cobra hill
kaki bukit cobra hill
Aku sambung perjalanan ke monkey hill. Di puncak monkey hill tu memang ramai orang. Aku rehat sat kat situ dan kemudian terus sambung untuk ke cobra hill. Di trail ke cobra hill tu ramai jugak hikers lain yang aku jumpa...semua ada...tua, muda, laki2, pompuan...yang comey pon ada..hahaha...opst!...Akhirnya aku tiba di Cobra Hill. Rehat sat kat situ. Ada satu kumpulan lain jugak kat situ. Selesai rehat terus sambung berjalan untuk ke kaki bukit pulak. Ke kaki bukit memang tak susah mana pun. Sekali henjut aje tanpa berhenti aku dah tiba di kaki bukit. Kemudian cari trail untuk keluar ke jalanraya. Tiba di jalanraya terus aje masuk kete dan gerak balik ke BANGI.

simpang ke mosquito hill dan ke luar ke jalanraya...
nak balik dah...
selesai hiking...sejam lebih...2 kilometer lebih..bakar kalori lebih 100 kalori..
puncak tertinggi 148 meter...
Selesai aktiviti untuk hari ni. Berjaya berjalan lebih kurang 2 kilometer, bakar kalori lebih 100 kalori dan dalam masa sejam lebih. Moga aktiviti ni akan dapat menjadikan tubuh aku yang tak berapa nak sihat ni menjadi sihat...aamiinnn...Setiap kali datang sini, aku cuma mampu mendaki setakat mana yang aku mampu aje...Kalau selalu pi ke FB MELATI HILL tu...ramai jugak yang boleh 'cover' semua bukit2 dalam satu hari aje...tapi...aku memang tak mampu pun...Kalau mampu tentu aku pun akan buat macam tu gak...hahahaha...

Di bawah ni aku sertakan infor berkaitan kalori, moga ada manfaatnya untuk kita semua. 




Apa apa pun aku doakan kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan daripada siksaan neraka yang maha pedih tu...aamiinnnnn....
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf...kalau tak boleh semua, jangan tinggal semua...



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...