Wednesday, June 30, 2021

Vaksin Covid Dos 2 untuk ISTERI

Diari DAUD - Hari ni KHAMIS, 1 JULAI 2021, aku bawak isteri aku untuk suntik Vaksin Dos Kedua. Temujanjinya jam 11.00 pagi. Kali ni aku ikut Semenyih bukan ikut Kajang macam dos pertama dulu tu. Kami gerak jam 9.00 pagi. Kalau ikutkan google map, dalam 26 minit akan sampai kat Dewan Orang Ramai Taman Bukit Mewah tu...Walaupun dah pernah sampai, aku gunakan google map jugak sebab taknak lagi sesat macam itu hari...hahaha...

Kami tiba kat sana tu lebih kurang setengah jam aje. Cari parking kat tepi jalanraya. Nampaknya macam penuh aje, serupa macam kami tiba untuk dos pertama dulu tu. Memang ramai jugak orang yang berminat dengan vaksin ni. Rasanya golongan anti vaksin ni memang tak ramai, cuma gah dalam media sosial je. Ramai yang memang nakkan vaksin ni sebab taknak dijangkiti oleh si Corona tu, walaupun namanya macam 'manis' je didengar...hahaha...Orang bukan takut mati tapi cuma takut dijangkiti dan sengsara bila dah dijangkiti. Virus ni bahaya terutamanya untuk golongan warga emas dan orang yang mengidap banyak penyakit zaman moden ni. Jadi toksah la fikir panjang, pi je la daftar vaksin tu dan sedia untuk di vaksin. Kalau belum sampai ajal takkan matinya kalau divaksin. Kalau kita dah dijangkiti COVID ni memang sukar apatah lagi kita dah dimasukkan ke ICU...Ada jugak yang pulih kembali setelah masuk ICU...tapi ada jugak yang organ dalamannya bermasalah setelah keluar dari ICU tu kesan Covid 19 tu...Apa-apa pun cuba lah tonton video TV3 ni untuk dapatkan gambaran dan untuk bagi kita semangat untuk dapatkan suntikan vaksin tu...


30 Jun 2021

Negeri Selangor ni agak lembab dari segi proses suntikan vaksin ni...Kerajaan Persekutuan dah bekalkan vaksin tapi proses suntikan kepada rakyat agak lembab, tak tau mana silapnya. Negeri Selangor sejak dari awal dah punyai kes yang tertinggi. Sekarang ni hampir cecah 3K setiap hari. Kalau macam ni, macam mana Selangor boleh kurangkan kes hingga bawah 500 kes pada hujung tahun nanti...Tak tau mana silapnya, sama ada sebab persekutuan atau sebab negeri. Kes Covid 19 mungkin boleh dikawal apabila 60 - 70% rakyat telah di vaksin. Imuniti Kelompok mampu mengawal Covid supaya tidak lagi merebak bila majoriti rakyat telah di vaksin. Jadi pi la korang daftar untuk dapatkan vaksin dengan segera....



Sampai je ke sana, isteri aku terus aje masuk dewan, aku tunggu dia di luar dewan tepi jalanraya je. Dos kedua ni mungkin tak sesukar masa dos pertama dulu kut. Urusan dos kedua ni, isteri aku cakap memang tak lama pun. Mungkin sebab dah ada dos pertama, jadi semua data dah ada bersama petugas kat dalam dewan tu. Aku tunggu kat luar tak lama pun, lebih kurang sejam isteri aku dah selesai dah. Kalau ikut temujanji, isteri aku jam 11.00 tapi bila kami sampai jam 9.30 pagi tu, petugas di pintu pagar terus benarkan masuk je... Selesai aje...maka pun gerak balik ke BANGI.

nak balik dahhh...

Vaksin PHIZER ni digunakan si US, UK dan Kesatuan Eropah. Katanya tak ada sangat kesan sampingan yang teruk. Aku dah google dah vaksin ni...kalau ada kesan pun ialah demam, sakit otot, sakit sendi dan kesan-kesan lain yang tak berat pun....Harap-harap semuanya ok la...Aku pula akan dapatkan DOS KEDUA minggu depan...InsyaALLAH....

Rasanya itu aje yang aku nak tulis hari ni...



#bmf
Jangan lupa teruskan dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggal semua...kalau tak kita sapa lagi yang nak bantu perniagaan muslim...

~ sekian ~
daud.montak.zakaria

Monday, June 28, 2021

Jumpa Klinik Kesihatan Lagi...

Diari DAUD - Hari ni SELASA, 29 JUN 2021, aku pi Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. Memang rutin ke tempat tu...apa boleh buat la sebab TUHAN dah tekdirkan macam tu...hahaha..Anggap aje sakit tu ujian daripada PENCIPTA. Memang setiap manusia akan diuji oleh ALLAH SWT. Apa yang perlu ialah kita redha dan sabar sahaja. Berdosa kalau kita tak redha dengan setiap ujian ALLAH. Yang perlu kita risau ialah kita sentiasa sihat hingga ke mati...rasanya itu agak merisaukan kerana setiap manusia akan diuji oleh ALLAH SWT. Bayangkanlah KALAU kita memang tak pernah sakit atau tak pernah diuji oleh ALLAH SWT. Bimbang kalau kita tak dipandang oleh ALLAH SWT...bimbang jugak kita ISTIDRAJ dan seumpamanya... Apa apa pun redha aje la kan...Ramai pulak orang kat Klinik hari ni....rasanya setiap hari memang ramai orang kat Klinik Kesihatan ni...maklumlah klinik gomen...Macam biasalah semua yang datang patuh pada  SOP. Semua guna topeng muka...Bayangkan masa tiada pendemik dulu, ramai yang macam pelik aje kalau lihat ada yang pakai purdah dan nampak mata aje...hahaha...Rata2 sekarang ni masing-masing pakai mini purdah tanpa tudung...hahaha...opst! Begitulah penangan pendemik....semua orang tak kira sapa atau tak kira agama apa pun, kena guna topeng muka...



Sekarang ni kes harian Covid 19 masih lagi tinggi iaitu lebih 5K setiap hari dan kes yang paling ramai hari-hari ialah negeri SELANGOR. Sekarang ni hari-hari Selangor lebih 1K kes Covid dan sering jugak pi ke 2K. Letih betul dengan negeri Selangor ni..Ada yang berpandangan, kes tinggi di Selangor sebab kilang-kilang masih dibuka dalam PKP ni. Namun begitu pandangan tersebut ada yang menyanggahnya. Mereka berkata kes pekerja kilang cuma menyumbang 20% aje kes harian Covid 19 ni. Kes-kes yang tinggi tu adalah sebab virus yang sedia terdapat dalam masyarakat, yang dikatakan kes sporadik...kes yang tiada kluster...kes yang tak tau dari mana puncanya. Tak tau la mana yang betul. Tapi tu la sekarang ni aktiviti tertentu aje yang dibuka. Cuba tutup semua kilang2 tu, kita tengok kes turun secara drastik atau tak...


Sekarang ni Kerajaan telah mengeluarkan PELAN PEMULIHAN NEGARA. Terdapat 4 fasa dalam pelan tu iaitu FASA 1, FASA 2, FASA 3 dan FASA 4. Dalam FASA 1, kerajaan mensasarkan kes bawah 4K kes harian. Tapi tu la, dah hampir tamat bulan JUN, jumlah kes masih tinggi iaitu lebih 5K...macam mana nak capai dibawah 4K. Tak berapa hari lagi nak tamat bulan JUN. Tak taula dengan MALAYSIA KU ni. Rakyat dah ramai tertekan sekarang ni sebab ramai yang tak boleh cari duit, ramai yang diberhentikan keje, ramai yang tak makan, ramai yang dah tak tau nak buat apa untuk cari makan. Ramai dah mati akal sebab ramai yang kelaparan, ramai yang keluarga kelaparan, ramai yang anak bini tak makan...sedihnyaaa...Paling ngeri sekarang ni, dah banyak kes bunuh diri sebab kemurungan kesan pendemik ni...Haih!...kesiannya...Kesiannya, BUNUH DIRI tu DOSA BESAR dan ada hadis mengatakan ORANG YANG BUNUH DIRI TIDAK AKAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA...takutnyaaaa....Boleh tonton video siksa neraka di bawah ni untuk yg berdosa termasuk siksa orang bunuh diri......


Dalam FASA 4, bulan NOV. & DIS. kerajaan berharap kes covid adalah di bawah 500 kes sehari. Banyak sektor ekonomi dan sosial akan dibuka. Tapi mampu ke negara kita mengawal Covid hingga ke paras bawah 500 kes sehari. Harap gitula...sebab dah lama sangat berkurung dalam taman perumahan aje...nak balik kampung pun tak boleh...hahaha...Boleh rujuk kat atas tu dalam setiap FASA. FASA 2 & 3, kerajaan harap akan mencapai kes bawah 2K sehari. Dalam FASA 4 kalau kes harian bawah 500...mungkin boleh rentas negeri...harap gitula...Kome tak seghonok ke dapat ke sana sini masa FASA 4 tu nanti...tanya je...Yang suka menojat tu memang suka la FASA 4 tu kan...opst!



Kerajaan berharap kes mampu diturunkan kejumlah yang paling minima dengan wujudnya IMUNITI KELOMPOK. Bila ramai rakyat telah menerima vaksin tentu pendemik dapat dikawal dan diminimakan jumlah yang terkena COVID ke jumlah yang paling minima, iaitu dibawah 500 kes harian. Untuk mencapai IMUNITI KELOMPOK majoriti rakyat di negara ini mesti diberi vaksin sebelum FASA 4. IMUNITI KELOMPOK boleh dicapai bila jumlah rakyat yang divaksin telah melebihi 60% atau 70%. Bila hampir semua rakyat di vaksin tentu sukar bagi virus corona tu untuk merebak. Maknanya rakyat mesti merelakan dirinya untuk di vaksin. Janganlah menjadi rakyat yang anti vaksin...berusaha mencegah adalah lebih baik daripada duk diam menunggu dijangkiti oleh virus berkenaan...Aku dah dapatkan VAKSIN DOS PERTAMA...menunggu untuk DOS 2 pula...Tapi tu la, kes masih di atas 4K, macam mana nak pi ke FASA 2.....


Sekarang ni kalau kita selalu masuk ke MEDSOS tentu kita akan tersua dengan pelbagai berita sama ada yang benar atau berita yang palsu. Semua jenis berita ada di sana...terpulang la kepada kita untuk menapisnya dengan sendiri. Kita kena bijak menilai berita sama ada benar atau palsu. Kalau berita palsu tak perlulah disebarkan kerana berita palsu adalah berita  fitnah. Berita tak benar adalah berita fitnah. Jangan disebarkan. Aku ada terdengar satu berita yang tak pasti pulak palsu atau benar. Kalau kata palsu pulak...entah-entah benar...Terpulang la kepada korang nak percaya atau tak. Aku rasa perlu jugak aku tulis kat sini supaya korang berjaga-jaga...hahaha..
Terdapat satu berita di MEDSOS yang mengatakan aktiviti jualan di gerai durian boleh menyebabkan virus CORONA tersebar dengan meluas. Cuba fikir gerai durian didatangai oleh ramai pelanggan yg pelbagai. Semua yang datang tu tentu boleh menyebarkan virus jika mereka pembawa dan jika tidak lakukan penjarakan. Durian-durian tu pulak dipegang oleh ramai orang. Tidakkah durian2 tu dijangkiti virus corona sebab dipegang oleh ramai orang. Tidakkah durian2 yang banyak kat gerai tu tidak mempunyai virus corona hasil dipegang oleh ramai orang. Tidakkah virus tersebut tersebar bila ramai pelanggan yang akan menghidu buah durian sebelum membeli buah berkenaan..Cuba la fikirkan...dan hati-hati laaa....

Rasanya itu aje yang aku nak tulis....



Jangan lupa, teruskan istiqamah dengan #bmf, jika tak mampu semua, jangan tinggal semua....



~ sekian ~
daud.montak.zakaria

Sunday, June 20, 2021

Catatan Vaksin DOS PERTAMA Covid 19

Diari DAUD - Hari ni AHAD, 20 JUN 2021, aku pi ke The Mines Serdang untuk dapatkan vaksin DOS PERTAMA Covid 19. Nama aku dah naik dalam MYSEJAHTERA seminggu yang lalu....Alhamdulillah la. Temujanji aku jam 9.30 pagi. Aku tak pandai kawasan The Mines Serdang tu jadi aku mintak anak aku hantarkan awal pagi. Kami pi agak awal jugak iaitu jam 7.30 pagi. Pi awal dengan harapan dapat masuk awal dan boleh balik awal...hahaha...

Dalam lebih kurang di bawah setengah jam kami tiba di Mines International Exibition & Convention Center tu..Bila tiba aje kat anggota RELA tu, dia mintak cek MYSEJAHTERA yang aku dah print out tu. Dia kata temujanji jam 9.30 pagi jadi kena tunggu dulu. Dalam jam 8.30 pagi baru boleh masuk ke parking...Alamak....tak boleh masuk pulak dah... Harapan aku datang cepat, balik cepat, dah pun musnah...hahaha...Kami disuruh parking kat parking diluar The Mines tu. Kami parking la di sana. Banyak jugak kete yang masuk ke parking untuk di vaksin di The Mine tu, mungkin temujanji dorang jam 8.00 atau 8.30 pagi kut. Bersama kami di parking lot tu ialah dua buah kete lain...mungkin dia orang macam aku kut, temujanji vaksin lebih jam 9.00 pagi kut. Sejam jugak la kami tunggu kat parking tu.

Bila tiba waktu jam 8.30 pagi, maka kami pun gerak kepintu masuk parking tu. Anggota RELA tu tengok MYSEJAHTERA dan dia benarkan masuk. Dia arahkan terus dan beluk kanan masuk ke parking MINES INTERNATIONAL & CONVENTION CENTER tu. Masuk parking terus letak kete dan gerak ke pintu untuk masuk ke lokasi pusat vaksin. Petugas di situ suruh scan MYSEJAHTERA dan SCAN SUHU. Selesai aje terus masuk dan naik tingkat atas. Di tingkat atas jumpa dengan petugas yang suruh kami pi ke pintu masuk kawasan tempat vaksin. Tiba di situ sorang petugas beri 2 salinan borang dan suruh masuk ke dalam melalui lorang A. Di sana ada petugas suruh pi ke meja untuk mendaftar. Di meja tu petugas suruh isi borang dan scan code di mejanya. Di sini aku ambil peluang tanya petugas tu, boleh ke aku tukar pusat vaksin untuk dos kedua nanti. Dia cakap tak boleh, mesti di The Mines tu jugak untuk DOS KEDUA. Setelah selesai di sini aku pun diminta untuk ke bahagian yang lain. Ikut aje apa yang diarahkan oleh petugas sepanjang jalan tu..Semuanya sedia aje membantu. 

Kemudian aku tiba di meja yang disebut tu dan petugas telah mengambil borang aku dan tanya macam2 penyakit atau alahan dan sebagainya. Aku jugak ditanya tentang ubatan yang aku makan dan sebagainya lagi. Banyak jugak yang dia tanya dan dia jelaskan. Walaupun gitu aku memang dah buat research dah sebelum datang ke pusat vaksin tu. Di situlah aku menandatangani 2 borang tersebut yang mengaku untuk menerima vaksin. Aku tengok cop yang dia letakkan di borang aku tu. Sah la dia seorang DOKTOR. Doktor pompuan...lebih ramai pompuan daripada lelaki yg bertugas kat situ. Aku diminta oleh doktor tu untuk pi ke BILIK NOMBOR 8.

photo: credit to BH

Tiba di BILIK NOMBOR 8, aku terus masuk ke dalam. Memang ada 8 bilik di lorong berkenaan. Sebenarnya banyak lorong2 yang sudah ditentukan. Setiap lorong mungkin ada 8 bilik kut...tak pasti aku. Masuk aje dan duduk di kerusi BILIK NOMBOR 8 tu. Dia tanya nama aku setelah dia ambil borang yang aku bawa tu. Kemudian dia tanya nak suntik di tangan mana. Dia kata eloklah suntuk di tangan yang jarang beraktiviti. Aku kata la suntik di tangan kiri sebab tangan kanan aku gunakan untuk menulis. Aku tanya sakit ke kalau disuntik...hahaha..Aku memang gerun dengan jarum ni. Da tua2 pun takut jarum...apa da...hahaha..Dia suh aku relax dan jangan keraskan tangan dan jangan tahan nafas...hahaha...Macam itu la aku kalau bab-bab suntik ni...hahaha..Masa suntik tu terasa jugak la..Sedar-sedar dia kata dah siap...Manalah aku nak tau, masa suntik tu aku tak tengok jarum pun...hahaha...Selesai aje aku di minta untuk ke bahagian yang terakhir untuk ambil kad untuk temujanji DOS KEDUA. Sepanjang proses pengambilan vaksin tu aku tak berani pulak untuk membuat rakaman foto atau video, bimbang perbuatan tu dilarang. Aku cuma rakam setelah selesai di vaksin.

Di bahagian akhir tu aku tunggu sebentar di situ...mungkin tak lama kut...dalam 20 minit. Nombor aku dipanggil dan aku pi ke meja NOMBOR 11. Di situ petugas tu jelaskan tentang tarikh DOS KEDUA dan perkara yang berkaitan dengannya. Aku pun diberi salinan borang serta KAD UNTUK DOS KEDUA. Sepanjang berada di semua peringkat dalam proses penerimaan VAKSIN tu aku ditemani oleh anak aku. Sepanjang aku bertemu setiap petugas di situ tak pernah aku terlupa ucapkan TERIMA KASIH. Pada aku kita mesti hormat orang lain sebelum orang lain hormat kepada kita...Tak perlu kita sombong kepada sesiapa di atas muka bumi ni...tak rugi pun...Kebanyakan para petugas di situ terdiri daripada kaumCina...

Setelah selesai selesai semuanya kami, pun gerak nak keluar Pusat Vaksin tu dan sebelum tu sempat la snap foto SAYA DAH TERIMA VAKSIN...hahaha...

Rasanya itu aje catatan aku hari ni, moga kita semua, tak kira sapa la, sama ada aku kenal atau tak, akan sentiasa diredhai, dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...aamiin....


~ Sekian ~

daud.montak.zakaria


Friday, June 18, 2021

Bakar Kalori & Vaccine..

Diari DAUD - Semalam JUMAAT, 18 JUN 2021. Macam biasa la...waktu pagi setiap Jumaat memang aku akan bakar kalori kat sekitar taman perumahan aje. Musim PKP ni tak boleh gerak jauh dari kediaman lebih 10 Km. Cukup aje bakar kalori sekitar taman perumahan aje. Perlu kita buat aktiviti panaskan badan ni kalau tak mampu hari hari cukuplah 3 jam setengah setiap minggu kalau aktiviti berjalan. Mana yang mampu berjoging atau kayuh basikal buatlah aktiviti tersebut hari hari kalau mampu. Musim PKP ni dibenarkan buat aktiviti secara individu aje. Ada yang berpandangan aktiviti berbasikal adalah lebih baik...terpulang la pada kemampuan memasing. Bagi mereka yang sihat aktiviti ni perlu untuk maintain badan supaya terus sihat. Bagi yang ada penyakit perlu untuk maintain supaya penyakit tak bertambah teruk...rasanya gitu la...




Di atas tu terdapat jadual pengambilan harian kalori mengikut usia, makanan dan jumlah kalori serta aktiviti yang mampu membakar kalori berlebihan dalam badan kita. Pagi ni aku mampu berjalan lebih kurang 9000 langkah, bakar lebih kurang 400 kalori, jarak dalam 6Km dalam masa sejam lebih...rasanya ok la tu. Nak buat hari hari macam rasa tak larat aje, maklumla da tua....hahaha...Aku buat aktiviti tu dua kali setiap minggu...Di bawah ni aku tepekkan video aktiviti bakar kalori aku tu...


Esok pagi, AHAD, aku akan pi ke Mines Serdang untuk dapatkan vaccine dos pertama. Aku pun tak tau nape kena pi kat sana. Aku daftar dalam mysejahtera. Rasanya dah lama juga aku daftar. Alhamdulillah la. Harap takde apa apa la...aku ni memang gerun dengan jarum ni...hahaha...da tua pun takot...Sekarang ni pun kes macam tak berkurang...kadang2 naik...kadang2 turun...Ada maklumat yang mengatakan kluster ekonomi yang menyebabkan kes tinggi ni. Sektor perkilangan yang mungkin menambahkan kes tu. Sepatutnya sektor ekonomi yang sudah dibenarkan beroperasi, majikan sewajibnya pantau la SOP betul-betul dan jangan sambil lewa aje...Rakyat dah letih sebenarnya dengan kes yang turun naik ni. Banyak aktiviti rakyat terpaksa diberhentikan sebab kes yang tak menentu ni. Sektor ekonomi mestilah lebih bertanggung jawab. Sebab kes covid yang tinggi ni nak rentas negeri dan balik kampung pun tak boleh. Untuk turunkan kes mesti semua bekerjasama. Kat Selangor kes paling tinggi sejak dari mula2 lagi. Mungkin sebab di Selangor sektor ekonominya terutama kilang2 lebih besar jumlahnya kut. Dikatakan varian covid 19 yang paling bahaya dah dijumpai di negara ni...tak tau la bahaya yang bagaimana. Kementerian Kesihatan aje yang tau. Tak tau nak cakap apa dah...Kerajaan pun dah bagi dan kerajaan pun keluarkan plan untuk mengatasi covid 19 ni dalam beberapa FASA. Pergerakan plan ni bergantung kepada jumlah kes yang berkurangan tapi realitinya kes masih tinggi. Harap2 plan ni berjalan mengikut jangkaan. Aku lebih suka pada FASA 4 tu...sebab dalam fasa Nov - Dis. tu dah boleh rentas negeri untuk balik kampung...hahahaha...Aku harap pihak yang menggagalkan FASA yang telah tercatat tu akan.........( korang bubuh la ayat sendiri...). Aku memang dah bosan dengan pihak-pihak yang menyebabkan jumlah kes tak kurang-kurang ni...


Dalam situasi atau keadaan pendemik yang masih tinggi ni, orang politik masih berpolitik. Dia orang ni memang tak habis-habis dengan politik. Dorang ni tak kisah pun dengan apa yang berlaku kepada rakyat. Dorang tak kisah pun kat rakyat yang ramai diberhentikan kerja, dorang tak kisah pun rakyat tak boleh bukak gerai, dorang tak kisah pun ramai rakyat yang menganggur, dorang tak kisah pun dengan ramai yang berkelulusan masih tak dapat keje, dorang tak kisah pon rakyat tak makan, dorang tak kisah pun apa-apa aje nasib buruk yang menimpa rakyat. Dorang berpolitik ni asyik fikirkan hal politik aje lebih daripada 24 jam sehari. Dorang macam takde hati perut. Orang politik ni setiap hari makan kenyang dan takde masalah pun musim PKP dan musim covid 19 ni. Dia orang hanya fikir tentang kuasa dan tembolok sendiri aje. Orang2 politik yang macam ni dan tak habis2 dengan politik ni, patut dimasukkan ke dalam tong sampah aje masa PRU 15 nanti...😡😡😡😡 Geram sangat...!


Musim PKP ni kita semua mesti banyak sabarnya. Kita tak boleh terburu buru...Kita sendiri yang wujudkan suasana bahagia dalam diri kita dan orang sekeliling kita. Kita jugak mesti banyak berdoa...agama kita memang menuntut kita banyak berdoa dan banyak berdoa dalam apa apa jua perkara pun dalam hidup ni. Gunakan akal yang waras untuk berfikir...jangan fikir untuk jangka masa yang pendek dan jangan berfikir untuk diri kita sendiri aje...Fikirkan semua yang ada di sekeliling kita. Contohnya bila kita tak dibenarkan solat Jumaat dalam musim Covid 19 ni, maka kita akur je la. Musim wabak, tak wajib kita dedahkan diri pada wabak yang melanda kita la ni... Solat aje di rumah, berjemaah dengan bini, mana yang ada bini la. Kalau tak ada bini ajak la rakan2 sama sama berjemaah. Janganlah kita pong pang pong pang dalam media sosial tapi hakikatnya kita sendiri pun tak penuh solat 5 kali setiap hari...opst! hahaha...Cool je la, jangan kita tonjolkan konon kita lebih ISLAM daripada orang lain...sedangkan ALIF BA TA pun tak mahir...hukum hakam agama pun kita tau wajib bersunat aje...hahaha...opst!. Sombong aku ni kan...ngata orang aje...hahaha..Sekali lagi tenang la musim pendemik Covid ni...Aku pun sejak PKP ni memang tak boleh pi solat Jumaat, banyak dah rasanya...ganti aje dengan solat ZOHOR...
Satu lagi...akhir sekali, usahalah kita untuk menjadi orang yang soleh supaya mudah kita di kehidupan yang kekal di sana. Ibu bapa terutama yang meninggal pun akan dapat manfaat daripada anak yang soleh ni...Untuk jadi orang yang soleh, patuh dengan semua yang diperintahkan oleh ALLAH dan jauhilah semua yang dilarangnya. Usahakanlah untuk bersihkan hati kita. Berlapang dadalah kita sentiasa dan maafkan semua orang yg wujud disekeliling kita. Jangan sakiti dan zalimi sapa sapa pun...Bila kita dah maafkan orang lain maka kita takkan ambil masa yang panjang di Mahsyar nanti sebab kita dah tiada apa untuk diadili di mahkamah ALLAH nanti atas dosa sesama manusia. Dosa dengan ALLAH, hanya kita dengan ALLAH SWT je..Masa di Mahsyar nanti sangat panjang masanya, beribu tahun. Duduk dalam Barzah pun lebih panjang daripada usia kita kat atas muka bumi ni. Besar pahala kita maafkan orang lain. Jangan lakukan sihir sebab sihir tu perbuatan syirik...syirik tu besar dosanya..Dosa yang tak terampun jika tak TAUBAT sungguh sungguh...Doakan yang baik2 aje untuk orang sekeliling kita, sesiapa aje...Moga kita sama-sama mampu menjadi insan yang dikehendaki oleh PENCIPTA...Moga moga kita sentiasa dirahmati, diberkati dan diredhaiNYA...
Rasanya itu aje yang nak aku tulis hari ni...


Jangan lupa, teruskan dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua....Orang ISLAM mesti bersatu...




~ sekian ~
daud.montak.zakaria


Sunday, June 13, 2021

Salam Takziah & Bakar Kalori

Diari DAUD - Hari ni ISNIN, 14 Jun 2021...Sebelum aku teruskan mengetuk keyboard ni... terlebih dulu aku ingin mengucapkan salam takziah untuk NINI dan seluruh keluarganya, diatas pemergian ayahandanya menemui Pencipta. Moga ayahandanya diampunkan segala dosa, dihindarkan daripada siksa kubur dan siksa neraka serta dimasukkan ke dalam SYURGA oleh ALLAH SWT...aamiinn...NINI ni menantu kakak ipar aku KAK NAB.

Hari ni Isnin, aku pi bakar kalori pepagi lagi. Tak tau kali keberapa aku bakar kalori ni dalam masa 'total lockdown' ni. Nampaknya 'total lockdown' dilanjutkan oleh kerajaan hingga 28 Jun 2021. Tak tau la bila akan tamat. Kalau sambung lagi maknanya 'total lockdown' ni jadi sebulan la. Menteri kata ia akan disemak kembali jika kes harian turun bawah 400 kes. Tak tau nak cakap apa la. Selangor la yang paling tinggi hingga lebih seribu kes dan lebih 2 ribu kes biasanya. Dikatakan Selangor ada team yang bertindak ke atas Covid 19 ni. Tapi tu la macam takde kesan aje, sebab kes seringkali mengatasi negeri lain. Seringkali menjadi juara. Rasanya la ini mungkin sebab kilang-kilang yang masih dibenarkan beroperasi kut...

Hari ni bakar kalori selama sejam lebih. Aku berjaya bakar kalori lebih 400 Kalori, berjalan lebih 9K langkah, hampir 6 Km. Ok la tu kut. Aku memang beraktiviti bakar kalori ni dua kali setiap minggu. Perlu kita sering panaskan badan ni supaya lebihan kalori tak disimpan dalam tubuh kita dan menyebabkan kita rasa tak 'fit'. Cari la masa untuk panaskan badan sekurang-kurangnya 3 jam setiap minggu. Korang boleh semak berkaitan jadual pengambilan kalori dan cara bakar kalori dalam tulisan aku yang baru lalu DI SINI

Hujung minggu ni akan terus bakar kalori sekitar taman perumahan ni. Tak boleh nak pi jauh dari kediaman sebab itu SOP yang ditentukan oleh gomen. Kalau di luar 10Km dari rumah, akan didenda. Tak kuasa aku nak bayar denda tanpa ada apa apa faedah. Hujung minggu nanti aku akan dapatkan suntikan vaccine di Mines Serdang...alhamdulillah. Itu untuk dos yang pertama. Aku tak mahir dengan kawasan tu jadi anak aku akan hantarkan aku ke sana. Aku memang tak mahir dengan kawasan sekitar sini sebab aku jarang kuar rumah dan tak minat pun kuar mana-mana. Aku lebih berminat duk dalam rumah aje. Kalau korang cite kat aku pi memana pun hatta keluar malaysia pun aku akan buat bodo aje...(aku pinjan kata2 prof muhaya..) hahahaha...opst!. Aku memang takde minat dalam bab tu..Kejadian kita lain-lain...nak kata apa kan...

nanti amik dos vaccine kat sini nanti..

Nampaknya itu aje yang aku nak tulis...sama-sama la kita bersihkan hati kita daripada segala sifat keji supaya kita mudah bertemu Pencipta nanti. Kalau hati bersih seluruh tubuh kita akan bersih...Kita buang jauh2 sikap buruk kita tu...tak gitu...hahaha...Ok beb...Assalammualaikum...

Jangan lupa teruskan dengan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...

Sekian...

daud.montak.zakaria

Friday, June 11, 2021

Solat Jumaat & Bakar Kalori.

Diari DAUD - Hari ni JUMAAT, 11 JUN 2021. Jumaat datang lagi minggu ni. Macam biasala kan, musim 'total lockdown' tentu tak boleh pi solat Jumaat, entah untuk kali yang keberapa dah. Dah banyak sangat tak boleh pi solat Jumaat, tu yang jadi lupa tu dan malas dah nak bilang..Aku pun tak tau dah tajuk khutbah Jumaat untuk Selangor minggu ni. Kalau dalam keadaan tiada wabak penyakit tentu berdosa BESAR meninggalkan SOLAT JUMAAT dan kalau 3 kali berturut-turut, akan dilabel sebagai MUNAFIK. Jangan kita pandang ringan dengan ancaman ALLAH SWT kalau tinggalkan solat Jumaat yang wajib bagi setiap LELAKI. Usahakan juga untuk solat Jumaat di masjid wahai kaum lelaki. Disebabkan ada wabak COVID 19 ni maka kita terlepas daripada kewajiban solat JUMAAT tapi kena ganti dengan solat ZOHOR. Mufti pun berpandangan tak perlu solat taubat jika tinggalkan solat Jumaat sebab wabak penyakit ni. Memang benar la pandangan dia tu sebab dia memang dalam bidang agama. Tak perlu pun kita pertikaikan ilmu dia tu...tak perlu kita jadi pengutuk mufti seperti yang dilakukan oleh sebilangan netizen yang jahil. Bagaimanapun aku tetap juga bertaubat semata-mata untuk menjadikan hati aku jadi lebih tenang. Kat Selangor ni solat Jumaat musim 'total lockdown' hanya untuk 6 orang petugas masjid sahaja.

Aku jugak nak warwarkan jika ada sesiapa yang nak menjana pahala yang berpanjangan hingga hari kiamat, bolehlah berinfaq untuk bina masjid baharu kariah BANGI ni. Poster ada aku tepek kat atas tu. Tak rugi berinfaq untuk keuntungan kita di akhirat nanti. Kalau kita nak infaq dan sedekah pahala tu kepada kedua ibu bapa kita pun boleh. Boleh jugak kalau kita nak infaq dan pahalanya kita sedekahkan kepada orang-orang pernah kita zalimi pun boleh. Rasanya tentu ramai orang2 lain yang kita hina, umpat, fitnah, tipu, maki dan sebagainya sama ada dalam media sosial atau dalam kehidupan harian kita...tak gitu.... Mungkin kita jugak pernah maki pemandu lain tika kita memandu, tak gitu..hahaha...Jadi kita infaqlah dan sedekahkanlah pahalanya kepada mereka yang pernah kita zalimi dan sakiti tu, supaya kat akhirat nanti kita tak jadi MUFLIS di MAHKAMAH ALLAH SWT di MAHSYAR nanti...tak gitu...Bukan semua mereka yang kita zalimi tu boleh kita jumpa dan minta maaf. Tambah pulak sekarang ni dalam media sosial atau medsos hari2 netizen maki hamun dan kutuk orang, share umpatan serta fitnah dan seumpamanya, itu semua dosa sesama manusia dan hanya manusia yg kita maki hamun tu aje yang boleh maafkan dosa tersebut. Kat atas dunia boleh la gelak2 sakan sambil caci maki orang lain. Bila dah ada di mahkamah ALLAH SWT di Mahsyar nanti, tentu akan menyesal sebab di sana dah nampak API NERAKA yang maha dasyat siksanya. Jadi berpada-padalah kita bila melibatkan manusia lain terutama dalam MEDSOS sekarang ni. Sama la jugak dengan dia orang yang main PUBG tu...tentu tak habis2 dengan maki hamun..Semua yang aku tulis tu, mendatangkan dosa semuanya...Wajiblah kita taubat daripada melakukan dosa-dosa yang macam tu...Hari-hari buat dosa tentu hati menjadi semakin keras...Berbalik pada isu tabung tadi, Tabung Masjid ni telah diwarwarkan dalam bulan RAMADHAN yang lalu...Tak rugi kita sama-sama berinfaq. Pahala sedekah kita ni nanti yang mampu membantu kita di sana atau alam selepas mati, selain daripada pahala amalan2 yang lain yang semuanya kita lakukan secara IKHLAS kerana ALLAH SWT....Fikirkanlah...

Pagi tadi macam biasalah bila pagi Jumaat, aku biasanya bakar kalori di sekitar taman perumahan tempat tinggal aku. Aktiviti bakar kalori adalah dibenarkan bagi aktiviti yang dilakukan secara individu dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Aku ada tepekkan video bakar kalori aku pagi tadi kat bawah tu...


Kawasan aku bakar kalori...

video bakar kalori pagi tadi.

Kita memang perlu buat aktiviti bakar Kalori sama ada setiap hari atau beberapa hari dalam seminggu....pada setiap minggu sampai bila2. Kalau mengikut pendapat doktor yang aku pernah temui masa aku masih belum BERSARA dulu...doktor tu kata setiap minggu kita perlu buat aktiviti joging selama 2 jam 30 minit setiap minggu SEKURANG2NYA. Kalau berjalan pula kita perlu berjalan selama 3 jam 30 minit setiap minggu sekurang2nya. Kalau kita mampu buat lebih lama daripada itu adalah yang paling terbaik. Kalau kita hanya boleh buat bakar kalori tika hari cuti Sabtu dan Ahad je, buatlah aktiviti tersebut sekurang2nya jumlah 3 jam 30 minit kalau berjalan untuk kedua-dua hari tersebut. Kalau boleh buat lebih lama, itulah yang terbaik. Masa aku bakar kalori tu, banyak sampah yang aku jumpa dibuang merata-rata. Aku memang tak suka keadaan macam tu. Nape kita sebagai sebuah negara Islam yang ramai orang Islam tak mengamalkan kebersihan yang memang dititikberatkan dalam agama. Pelik kan, macam mana boleh jadi macam ni. Kita silap didik generasi ke...kita gagal ke mendidik generasi kita untuk menjadi warga yang sering menjaga kebersihan dan suka kepada kebersihan....Kesian kan dengan warga kita. Kalau kita dalam kenderaan memang tak terasa semak mata memandang sampah-sampah ni. Tapi bila kita dah berjalan dan tengok sekitar dengan mata kepala kita, memang rasa semak aje mata melihat sampah sampah dibuang merata rata tu...Bila la warga kita nak jadi warga yang memeluk erat sikap PEMBERSIH tu...Di bawah ni aku tolong tepekkan jadual jumlah kalori harian yang perlu diambil dan aktiviti untuk menghakis lebihan kalori tu...




Sebenarnya aku pun seringkali gagal mengikut jadual yang aku tepek kat atas tu....hahaha... Jarang dapat aku patuh dengan jadual kat atas tu....Tapi kalau korang boleh patuh dengan jadual tu...silakanlah...Lain orang lain disiplin yang dimilikinya...tak gitu....Di bawah ni merupakan aktiviti-aktiviti yang mampu membakar kalori yang berlebihan dalam badan tu...



Habis cite bakar kalori tu...Sekarang aku nak cite pulak berkaitan pengambilan vaccine oleh isteri aku. Semalam Khamis, aku bawak isteri aku ke Bukit Mewah Kajang untuk ambil vaccine untuk isteri aku tu. Secara mengejut aje isteri aku dapat call untuk suntikan vaccine tu. Dia memang dah lama daftar di klinik yang berhampiran. Tapi tak tau pulak bila masa boleh dapat suntikan tu. Dalam pukul 10 pagi isteri aku terima call suruh amik slip kat klinik berhampiran. Lepas amik slip tu terus aje pi ke Taman Bukit Mewah di Kajang tu. Aku tak familier pun dengan kawasan tu. Jadi terpaksa la guna google map. Walaupun ada waze aku rasa macam suka pulak guna google map tu. Jenuh jugak la cari Dewan Orang Ramai Bukit Mewah tu...Maklum la aku pernah sampai sekali aje kat situ iaitu semasa rakan aku almarhum ABANG FADIL masih hidup dan tinggal di situ. Aku pi ke rumah dia masa tu sebab hadir majlis anak pompuannya kawin. Itu je la sekali...Rasanya dah lebih 20 tahun kut.


Ada ketikanya sesat jugak aku untuk tiba di dewan tu, maklumlah lokasi yang tak sering aku kunjungi. Bagaimana pun akhirnya sampai jugak kat situ. Besar jugak dewan orang ramai tu...Ada ke sesapa yang jugak ambil vaccine kat sini???. Tiba di sana terus parking kete. Sib baik ada ruang untuk parking walaupun jauh dari dewan. Kebetulan orang berkenaan keluar daripada parking dia tepi jalanraya tu...alhamdulillah. Memang parking tepi jalanraya tu padat sungguh. Isteri aku aje yang masuk ke dewan sementara aku tunggu kat luar. Memang tak boleh masuk pun. Duduk la tepi jalanraya di bawah pokok, sambil sembang dengan ahli RELA dan sorang lain yang sedang tunggu sedara yang ada dalam dewan sedang tunggu vaccine. Anggota RELA tu kata proses ambik vaccine tu dalam masa sejam lebih ke dua jam. Kematu la aku tunggu bawah pokok kat situ. Bukak aje la media sosial masa menunggu tu...bateri hp pun dah tinggal nyawa2 ikan aje..Tak pasti pulak aku apa erti nyawa2 ikan ni...hahaha...Bosan beb menunggu.... 
Agak lama menunggu, akhirnya isteri aku call, katanya dah selesai. Jadi aku pun pi gerak ke kete yang agak jauh tu. Tak lama kemudian isteri aku pun tiba di kete dan masuk ke dalam kete. Macam2 la aku tanya. Bab suntikan ni memang aku gerun sikit...gerun aku dengan jarum suntikan tu...hahaha...Dia kata tak sakit pun. Lepas vaccine rehat sat dalam setengah jam dalam dewan katanya. Selesai aje sesi vaccine tu, isteri aku siap dengan shoot foto lagi tu...'saya dah di vaccine...' hahaha... Agaknya macam tu la kut mesej kat foto tu. Aku dah tengok gak foto tu tapi lupa caption yang ada kat foto tu...Yang aku tulis tu hanya apa yang kuar dari minda aku je...Sib baik isteri aku tak demam sebab vaccine tu. Dia kata rasa sengal aje sikit kat bekas suntikan tu. Dos kedua nanti dia akan terima dalam bulan Julai. Aku kena hantar gak tu nanti...Aku pula masih menunggu untuk dapatkan vaccine tu. Dah lama daftar dah pun tapi belum dapat apa-apa maklumat dalam MYSEJAHTERA tu.



dah lepas vaccine..

Kalau baca komen-komen golongan anti vaccine tu, memang la hebat bunyinya. Tapi aku tak la termakan pun dengan MENTERA dia orang tu. Kalau katakan aku mati sebab vaccine tu, itu memang dah ajal aku pun. Ajal kita memang dah siap dengan asbabnya. Kalau bukan sebab vaccine, tentu ajal tu dengan asbab yang lain...mungkin juga sebab digigit kucing peliharaan...hahaha...sapa tau kan...Ajal kita memang ada asbabnya. Kalau ada sesapa yang mati macam tiada asbab, cuba buat post motem tentu ada sebab mengapa dia mati....tak gitu. Kesimpulannya...kalau nak mati memang tak boleh elak sama ada sebab vaccine atau sebab2 lain yang sudah ditentukan ALLAH SWT.
Vaccine cuma usaha kita aje nak mengelakkan diri daripada kesan yang lebih teruk jika diserang virus Corona tu. Dos pertama untuk trigger sistem imuniti tubuh kita dan dos kedua untuk menguatkan lagi daya tahan kita kepada virus Covid 19 tu. Jadi amik je la vaccine tu...tak perlu bimbang pun...tapi kalau mati sebab di vaccine, itu memang dah ajal kita di situ, nak kata apa...hahaha...Orang yang dah di vaccine pun kena patuhi SOP macam orang lain jugak...jangan mandai-mandai nak menojat sana sini dengan bebas...hahaha...opst!
Nampaknya macam 'total lockdown' akan bersambung lagi. Kes naik turun aje nampaknya...Hari ni kes naik balik lebih 6K. Kat Selangor kes naik lagi 1K daripada semalam, menjadi 2K lebih. Apa nak jadi dengan juara bertahan SELANGOR ni....letih dah dengan 'total lockdown' ni...walaupun aku seorang PESARA.

Rasanya itu aje yang aku nak catatkan kat sini...


Jangan lupa teruskan #bmf, kalau tak mampu semua, jangan tinggalkan semua...


~ sekian ~
daud.montak.zakaria


TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...