Friday, November 15, 2019

Melati Hill Nilai, Kali Ke-6 dah..

Diari Daud - Hari ni Jumaat, 15 Nov. 2019...memang hari ni aku biasanya akan peluhkan badan di tasik ujana nilai impian, namun sekali lagi aku ubah jadual aku tu.
Hari ni memang aku dah plan semalam untuk peluhkan badan
di MELATI HILL, Nilai. Macam biasalah aku
gerak ke sana dalam pukul 7.30
pagi....

kete parking kat laluan utama masuk ke trail melati hill ; aku tak ikut tu hari ni
aku masuk melalui laluan tangki air..
mulanya jalan tar lepas tu jalan tanah berbatu
Kali ni aku pi sensorang aje
..anak bungsu aku pun macam dah tak minat masuk
hutan kat melati hill tu lagi...hahaha....apa boleh buat la, sorang sorang la
...aku tak kisah pun. Aku berani pi sensorang masuk mendaki melati hill tu bukan sebab
apa, aku dah fikir dah tentu orang lain pun ramai pi ke sana tu...tentu aku tak
rasa seram pun...tapi kalau bukit melati tu orang jarang pi memang aku
pun malas nak pi sensorang masuk hutan tu...bukan sebab
takut tapi sebab seremmmm...hahaha...

masuk trail untuk ke melati hill
jauh jugak tu...
akhir sekali jumpa simpang...ke kiri tu melati hill la
Sebaik aje tiba kat sana tu aku tengok memang banyak
jugak kete parking kat tepi jalanraya kat kaki bukit melati hill tu...lega la
aku rasa sebab macam ramai aje orang berkunjung ke sana tu. Aku kira lebih 20
buah kete yang parking kat tepi jalanraya tu...Tapi arrr...kalau pompuan tu, aku nasihatkan eloklah pi masuk trail melati hill tu berdua atau lebih sebab trail tu memang semak jugak dan kita bukan tau apa yang ada dalam hutan ladang kelapa sawit
dan pokok getah tu....tak gitu...

Sebaik sampai aku pun parking kete dan kunci leklok, kemudian aku pilih jalan menuju tangki air untuk masuk ke trail melati hill tu. Pada mulanya jalan tu jalan tar dan
ada kumpulan orang veteran yang berjalan ulang alik kat situ untuk
peluhkan badan...ramai yang veteran yang terdiri daripada
kaum melayu dan cina...Ewahhh...macam
aku ni bukan veteran pulak kann..hahahaha...opst!

kat depan aku ada sekumpulan pendaki
aku tiba kat simpang nak pi eagle hill dan jugak pi ke centipede hill
ada jugak trail yang landai macam ni tapi tak banyak..
Sampai hujung jalan tar tu aku belok kiri masuk
ke jalan tanah, memang ada tulis papan tanda melati hill.
Aku berjalan masuk ke dalam...dan jalan tanah tu campur dengan batu
dan agak licin jugak sebab semalam hujan kat sini kut. Jalan aku masuk tu jauh
jugak dan berakhir di satu cabang...satu ke kiri dan satu ke kanan...Aku amik jalan kiri sebab ia nampaknya memang trail melati hill.

Sebenarnya di depan aku ada kumpulan pendaki lain
yang terdiri daripada lelaki dan pompuan serta kanak kanak pun ada
nampaknya. Dia orang mendahului aku. Aku jugak ada berselisih dengan pendaki lain
yang mungkin datang daripada centipede hill. Hari ni aku memang bercadang untuk masuk trail tu tak jauh pun...Cadangnya aku masuk hingga ke simpang monkey dan
rope hill kemudian patah balik untuk naik ke centipede hill dan
seterusnya keluar di kaki melati hill.

ni jalan yg kena lalu
ada jumpa tasik
akhirnya tiba disimpang monkey hill dan rope hill...aku tak bercadang nak teruskan berjalan, aku patah balik..
Pandangan aku la bukit bukit di sini rasanya
sesuai untuk pendaki yang bukan 'hardcore' dan ia sesuai
untuk pendaki yang besa besa aje..macam aku ni...Pada aku sesuai untuk
aku sebagai medium untuk peluhkan badan. Aku biasanya pi tasik ujana nilai impian untuk peluhkan badan 3 hari setiap minggu dan aku rasa kat melati hill ni lebih baik kerana
di sini peluh lebih banyak keluar daripada beraktiviti di tasik ujana tu...
Tapi aku taklah bercadang untuk
datang ke melati hill ni aje...cukup lah seminggu sekali
aje kut...kut la...hahahaha....

Jalan yang aku lalui ni ada yang sama dengan
yang aku pernah masuk masa sebelum sebelum ni. Jalannya ada
yang menurun dan ada yang mendaki...Tapi hari ni kena hati hati sikit sebab
agak licin mungkin semalam kawasan ini disirami hujan lebat kut...kat bangi memang hujan
lebat semalam...
Serangga dan kera serta tupai aku tak nampak langsung hari ni...
mungkin sebab waktu pagi ni sejuk sebab semalam hujan...kera2 pun tak nampak dan mungkin mereka masih dalam selimut hutan kut...Kera pun tau pepagi yang
sejuk ni memang sesuai untuk duk dalam selimut...ekekeke...opst!
Yeee...memang aku tak nampak sekor pun monyet kat
trail yang aku lalui tu...sungguh.......

jalan patah balik...
jalan patah balik untuk ke centipede hill
jalan patah balik untuk ke centipede hill
ke centipede hill
Akhirnya aku sampai jugak kat simpang untuk ke monkey hill
dan rope hill tu...Aku rehat sat kat situ dan amik sikit foto. Kemudian aku patah
balik untuk cari trail untuk mendaki puncak centipede pulak. Masa aku lalu trail tu ramai jugak aku jumpa dengan pendaki yang lain...dan ada yang pakai t-shirt sama
untuk kumpulan mereka...tak sempat aku nak baca pun apa
yang tertulis...t-shirt sedondon..eh! boleh ke
aku kata macam tu...hahaha...
Aku jugak jumpa pendaki lelaki yang sensorang aje macam aku
lalu ikut trail tu. Aku jugak bertemu dengan pendaki yang bersama isteri dan
ibu dia masuk ke trail tu...kalau dah digelar ibu tentu dah veteran kan...rajin dia orang bawak emak emak dia orang..Aku jugak bertemu dengan pompuan pompuan
yang veteran dan up to date sungguh, rasanya bukan besa besa
punya golongan ni...mungkin pompuan veteran
yang dah pencen...dengar gaya sembang dia orang la....semua jenis ada laaa......


aku jumpa teman ni tapi dah lupa namanya keje kat KLIA
posing sat
pandangan dari puncak melati hill
Akhirnya aku jumpa jugak trail untuk naik ke kemuncak centipede ni...puncak ni curam jugak dan tinggi jugak la bagi yang amatur macam aku ni....Setelah berehat
maka aku pun mula mendaki...termengah mengah jugak la...Selalu
aku berhenti dibeberapa tempat di trail ni. Memang aku
tak boleh langsung nak daki terus, memang
semput habis...seolah olah
darah aku kekurangan haemoglobin
untuk bawa oksijen dari jantung ke paru2 aku...tercungap cungap beb...
Bila da tercungap cungap tu, aku kena la berhenti rehat sebentar. Bila nafas dah ok,
barulah daki lagi...
Setelah beberapa ketika mendaki akhirnya sampai jugak aku di kemuncak centipede hill tu. 
Berhenti dan amik nafas dulu...Kalau usia dah usang payah jugak untuk mendaki
bukit bukit ni kan...kan...hahaha...terasa sangat yang umur memainkan
peranan jugak..

keluar ke kaki bukil melati...
turun ke kaki bukit melati
turun ke kaki bukit melati
Setelah berehat sebentar maka aku pun mulalah amik gambar dari atas
puncak centipede hill tu...Aku jugak sempat bersembang dengan sorang pendaki lain yang datang dari sepang dan bekerja di KLIA. Dia datang dengan isteri dia dan sorang
pompuan veteran...mungkin ibu dia kut... Sempat bersembang dan sempat
kami wefie.
Kemudian dia minta diri untuk turun ke kaki bukit..
Jadi aku sempat la berehat sebentar dan rakam sikit suasana kat puncak
tu. Agak lama jugak kat situ, kemudian aku pun mula cari jalan menuju ke kaki bukit dan mula bergerak...Masa ke kaki bukit, trail ni cuma menurun aje dan takde mendaki pun...Rasanya lebih kurang 10 minit aku pun sampai ke kaki bukit. Aku 
snap foto kat kaki bukit tu..Hari ni nampaknya gerai minuman bukak kat kaki bukit tu...
Bila menurun bukit tentu la tak termengah mengah kan...hahaha...

hijau
sempat rakam masa nak turun...
seronok tengok hijau ni
seronok jugak tengok warna warni
 Akhirnya aku sembang dengan nyonya yang
menjual ubat gigi buatan korea tu...Aku beli la ubat gigi korea dia tu
dengan tujuan untuk sembang dan bertanya macam macam...Dia terangkan kelebihan
ubat gigi korea dia tu dan lepas tu aku amik kesempatan bertanya tentang tokong yang aku jumpa atas puncak eagle hill tu...Aku tanya ada ke orang cina datang selalu
ke tokong atas tu untuk semayang...Dia kata selalu...Aku tanya
dia apa yang dia sembah kat sana tu...Dia kata
orang cina minta supaya tak berlaku
apa2 kemalangan dan benda tak baik kat bukit tu...
Orang cina pun percaya ada hantu yang kita tak nampak jadi
dia orang mohon supaya jangan berlaku apa apa yang tak baik la kat situ...Memang aku
tengok pun ada beberapa tokong cina kat situ dan yang paling besar adalah
di laluan masuk utama untuk mendaki trail melati hill tu....Dia kata
setakat ini takde apa apa yang tak baik berlaku kat situ..
dia kata setakat ini la.....bila aku tanya dia
sama ada pernah tak berlaku perkara2 yang tak baik kat bukit tu...
Akhirnya aku tinggalkan pompuan cina tu sebab aku nak balik dah...dan senyap2 
dalam hati aku doakan dia dapat hidayah daripada ALLAH SWT. Aku kena buat macam tu, nanti bila dah mati nanti dia akan salahkan kita sebab tak dakwah dia..
Aku tak mampu dakwah dia tapi aku cuma mampu
berdoa aje untuk dia...kan...kan...Moga moga dia peroleh hidayah la.....sebab
neraka tu panas untuk kekal di dalamnya....
Sebelum masuk kete aku jugak sempat beli sebotol minuman air durian belanda daripada sorang peniaga minuman melayu, kat kaki bukit tu dengan harga 6 RM sebotol...

di kaki bukit melati...
posing sat
nyonya ubat gigi korea tu...
Hari ni aku mampu bakar 100 kalori lebih aje dalam masa sejam lebih sikit...Tapi kalau ikut peluh yang kuar dan aktiviti mendaki tu, aku rasa kalori yang terbakar mungkin
lebih daripada 100 kalori kut...kut la.....

nak balik dah
yang bulat2 dalam shot tu ialah pause masa aku rehat

puncak tertinggi 141 m
Di bawah ni sengaja aku letakkan infor berkaitan kalori...mungkin berguna untuk kita semua ..kan..kan...Kalau sesapa nak kurangkan pengambilan kalori boleh la
tengok tengok jadual tu...ambil dan bakar kalori jugak..
jangan simpan kalori yang berlebih tu..
ekekekeke.....




Rasanya itu aje yang mampu aku tulis hari ni...moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT serta dihindarkan daripada
api neraka...aamiinnnnn....
Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #bmf



~~~~~      SEKIAN      ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...